nota sajak blog

38
BENTUK Bentuk merangkumi jumlah rangkap, baris dan nama baris dalam setiap rangkap sajak, jumlah sukukata, rima dan bentuk sama ada bebas atau terikat. i.RANGKAP Ada beberapa istilah lain yang digunakan selain daripada rangkap. Rangkap disebut juga sebagai bait dan stanza. Sesebuah sajak boleh mempunyai rangkap paling minimum satu rangkap dan boleh mencapai rangkap yang banyak terpulang kepada kreativiti penulis. Contohnya sajak Pusara karya Surra ada tiga (3) rangkap. Lihat contoh sajak Pusara karya Surra seperti berikut:- Di kaca jernih seorang tua bertafakur atas tikar di sisi batu nisan yang reput dedaun bertaburan menutup lantai tanah Anak-anak turut menatapi Yasin jejarinya rancak mengutip dedaun tanah kering disimbah air bunga-bunga segar bertaburan di atasnya semua bersalaman bertemu tapak tangan Pusara yang gelap diterangi bulan perginya menghadap Illahi dengan reda keluarga melepaskannya pusara kian using tak sedetik hilang dari ingatan kunjungan tak pernah berhenti walau hujan menenggelami bumi Surra *Dari sumber majalah Bahana Disember 2005 . ii.BARIS.

Upload: mysweetypie

Post on 25-Jun-2015

2.585 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sajak Blog

BENTUK

Bentuk merangkumi jumlah rangkap, baris dan nama baris dalam setiap rangkap sajak, jumlah sukukata, rima dan bentuk sama ada bebas atau terikat.

i.RANGKAP

Ada beberapa istilah lain yang digunakan selain daripada rangkap. Rangkap disebut juga sebagai bait dan stanza. Sesebuah sajak boleh mempunyai rangkap paling minimum satu rangkap dan boleh mencapai rangkap yang banyak terpulang kepada kreativiti penulis. Contohnya sajak Pusara karya Surra ada tiga (3) rangkap. Lihat contoh sajak Pusara karya Surra seperti berikut:-

Di kaca jernihseorang tua bertafakuratas tikar di sisi batu nisan yang reputdedaun bertaburan menutup lantai tanah

Anak-anak turut menatapi Yasinjejarinya rancak mengutip dedauntanah kering disimbah airbunga-bunga segar bertaburan di atasnyasemua bersalaman bertemu tapak tangan

Pusara yang gelap diterangi bulanperginya menghadap Illahidengan reda keluarga melepaskannyapusara kian using tak sedetik hilang dariingatankunjungan tak pernah berhentiwalau hujan menenggelami bumi

Surra

*Dari sumber majalah Bahana Disember 2005 .

ii.BARIS.

Sesebuah sajak akan dapat kita fahami bentuknya daripada baris-baris dalam sesebuah sajak. Baris-baris itu adalah seperti berikut:-

Monoton - 1 baris serangkap.Contohnya dalam sajak Ramadan karya Effy, iaitu:-

Rangkap 7Alhamdullilah

Page 2: Nota Sajak Blog

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 21hb Ogos, 2010. Distikon - 2 baris serangkap.

Contohnya dalam sajak Azamku karya Lelawati Binti Yusof, iaitu:-

Rangkap 2Bangun! Bangun! Bangunlah segeraingat pesan bonda.

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 9hb Oktober, 2010.

Terzina - 3 baris serangkap.Contohnya dalam sajak Bapak karya Buhari, iaitu:-

Rangkap 5Semoga kau beroleh ketenanganmenjadi insane kesayanganTuhan Yang Maha Esa

*Dari sumber majalah Bahana Disember, 2005.

Quatrain - 4 baris serangkap.Contohnya dalam sajak Rintihan Sepi karya AZ, iaitu:-

Rangkap 3Kuhembuskan nafaskuuntuk menenangkan fikiran

untuk meredakan tangisanberlalu dalam kesepian

*Dari sumber majalah Bahana Disember, 2005.

Quint - 5 baris serangkap.Contohnya dalam sajak Alhamdulillah karya Masra, iaitu:-

Rangkap 2Jikalah alif itu syahadatkuLam itu sembahyangkuHaa itu puasakuMim itu zakatku

Dall itu hajiku.

Page 3: Nota Sajak Blog

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 25hb September, 2010.

Sekstet - 6 baris serangkap.Contohnya dalam sajak Akan Kau Ampunkan Dosaku? karya Masra, iaitu:-

Rangkap 2Alhamdulillahandainya sudah sampailah seru-Museperti suratan takdir yang ditentukandi situ tiada lagi soal jawabdi situ tiada lagi tawar-menawarmelainkan reda.

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 25hb September, 2010.

Septaim - 7 baris serangkap.Contohnya dalam sajak Bunga-bunga yang Tenggelam karya Sosonjan A. Khan, iaitu:-

Rangkap 3Kau…kembang-kembang pagi

luruh dari tangkainyaterbang bukan burung

berenang bukan ikantenggelamsebelum sampai ke tebing impian!

*Dari sumber majalah Bahana Disember 2005.

Oktaf - 8 baris serangkap.Contohnya dalam sajak Berakhir Di Pintu Zaman karya Sabaruddin SD, iaitu:-

Rangkap 5Carilah diriku kekasih hati

berhijrah ke negeri cintakujelajahilah ke negeri cintakuusah biarkan kecewa terbujur kakumenderita dan hilang mayamengusung dingin rindu-rindu kelmarinberakhir di hujung gelap titian

Page 4: Nota Sajak Blog

gerbang pintu zaman.

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 9hb Oktober, 2010.

Sonata – Bebas (12 dan seterusnya dalam serangkap).Contohnya dalam sajak Masa Dipersiakan karya Haji Mat Noor Matussin, iaitu:-

Rangkap 2Sibuk bersama tualameluru ke bilik mandi

solat hanya sekadar bolehmemandu terus ke opispura-pura banyak kerja, kakas sini dan sanadari pagi hingga ke malamhanya pembohongankebiasaan di hari esok yang berterusancuri tulang menjadi amalanbukan untung tapi ruginya dirikerja-kerja yang tanpa bismillah kerana Allahrezeki yang halal menjadi haram

*Dari sumber majalah Bahana Disember 2005.

iii.SUKUKATA.

Bagi menentukan bentuk sesebuah sajak, kajian juga perlu dibuat pada jumlah sukukatanya. Ini dikaitkan dengan jumlah sukukata yang terdapat pada pantun dan syair. Dalam pantun dan syair terdapat lapan hingga dua belas sukukata. Dalam sajak tidak terikat kepada jumlah sukukata tetapi ada juga terpengaruh dengan jumlah sukukata pantun dan syair. Jumlah sukukata juga dilihat pada jumlah sukukata yang peling panjang dan pendek. Contohnya dapat dilihat dalam sajak Surat karya Lelawati Binti Yusof, iaitu:-

Da/lam ku ber/sa/jak – 6 sukukata.a/ku me/nya/pu wa/jah i/bu/ku – 10 sukukata.ki/ni da/ku per/gi ja/uh – 8 sukukata.ke/ra/na me/nun/tut il/mu yang a/da – 11 sukukata.di ga/ri/san la/ut yang me/man/car – 10 sukukata.i/tu/lah ga/ri/san ha/ti/ku jua – 10 sukukata.ke/ra/na ha/ti/ku me/nge/nang i/bu yang ja/uh. – 14 sukukata.

Be/ta/pa si/al/nya ha/ti/ku - 9 sukukata.ha/nya sa/jak yang ku/tu/lis i/ni – 10 sukukata.em/pat su/rat ker/tas bi/ru – 8 sukukata.

Page 5: Nota Sajak Blog

te/ri/ma/lah su/rat/ku i/ni – 9 sukukata.da/ri a/nak/mu wa/hai i/bu – 9 sukukata.ki/ni a/pa da/ya ku a/ku ja/uh – 11 sukukata.ja/uh di se/be/rang la/ut/an – 9 sukukata.ha/nya ku/i/ring/i de/ngan do/a a/gar i/bu – 14 sukukata.ba/ha/gi/a se/la/lu. -7 sukukata.

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 9hb Oktober, 2010.

Jumlah sukukata yang paling panjang ialah empat belas (14) sukukata yang terdapat pada rangkap 1 baris 7 (Ke/ra/na ha/ti/ku me/nge/nang i/bu yang ja/uh) dan rangkap 2 baris 8 (Ha/nya ku/i/ring/i de/ngan do/a a/gar i/bu). Manakala jumlah sukukata yang peling pendek ialah enam (6) sukukata yang terdapat pada rangkap 1 baris 1 (Da/lam ku ber/sa/jak).

iv.RIMA.Rima merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara pengulangan atau bertentangan yang terdapat pada baris-baris sajak atau puisi bagi rangkap atau bait-bait tertentu.

Rima akhir atau hujung.Rima akhir ialah hujung baris setiap rangkap itu mempunyai bunyi yang sama atau tidak. Lihat contoh di bawah yang dipetik dari sajak Mengenangmu Dalam Kerinduan karya Sabaruddin SD, antara rangkapnya ialah:-

Resah lamunanku – a.memapah kerinduan – b.mengubati kelukaan – b.

yang amat berat di hati ini – c.kisah aku dan dirinya –d.cinta insan dua dunia. – d.

Aduhai malang – a.betapa aku menyedari hari dan masa yang berlari –b.bukan lagi seindah – c.atau semanis senyuman dulu – d.bahkan kini pudar warna hidupku – d.dibasahi air mata bayangan kecewa. – e.

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 9hb Oktober, 2010.

Sajak di atas mempunyai rima akhir iaitu:-

Rangkap 1 – a/b/b/c/d/d.Rangkap 2 – a/b/c/d/d/e.

v.BENTUK TERIKAT ATAU BEBAS.Terikat merujuk kepada sajak yang terpengaruh dengan cirri-ciri yang ada pada puisi lama iaitu pantun dan syair dari segi rima, baris, sukukata dan sebagainya.

Page 6: Nota Sajak Blog

Terikat kepada pantun.Terikat kepada pantun dikatakan sajak yang dipengaruhi oleh semua atau sebahagian daripada ciri-ciri yang terdapat dalam pantun. Dalam pantun terdapat empat baris serangkap dengan rima akhir a/b/a/b. Ia juga disebut pantun empat kerat dan pantun enam baris disebut pantun enam kerat dengan rima akhir a/b/c/a/b/c.Setiap baris pantun mengandungi kira-kira empat hingga dua belas sukukata. Contohnya dapat dilihat dalam sajak Senja Di Desa karya Masman, antara rangkapnya, iaitu:-

Wajah senja berkilau-kilauan – a.sungai Jengal beralun tenang – b.

lumba-berlumba bergalah sampan – a.riang petani berdayung pulang – b.

*Sajak ini terpengaruh dengan pantun kerana rima akhirnya a/b/a/b.*Dari sumber buku Memahami Sajak dan Novel karya Nurazmi Kuntum.

Terikat kepada syair.Merujuk kepada sajak yang dipengaruhi sebahagian atau sepenuhnya ciri-ciri syair. Syair juga mengandungi empat baris setiap rangkap dengan rima akhirnya sama iaitu a/a/a/a. setiap baris mengandungin empat hingga dua belas sukukata. Lihat contoh yang dipetik iaitu sajak Bersujud karya Surra, antara rangkapnya:-

Sejadah itu milik ku – a.Sejadah itu teman ku – a.Sejadah itu saksi ku – a.Sejadah itu pengubat rindu ku – a.

*Sajak ini terpengaruh dengan syair kerana rima akhirnya sama iaitu a/a/a/a.*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 21hb Ogos, 2010.

Bebas.Merujuk kepada sajak yang berbentuk bebas iaitu bentuk ini tidak terikat dengan puisi lama seperti pantun dan syair. Contohnya dalam sajak Ibuku karya Effy, antara rangkapnya:-

Pengorbanan ibu bermula sejak awal lagi – a.sejak kelahiranku – b.hidup Ibu setiap malam – c.menjagaku tanpa penat lelah – d.

Semasa ku di bangku di sekolah – a.Ibu menasihatiku – b.menegur kesalahanku – b.memberi tunjuk ajar kepadaku – b.

Page 7: Nota Sajak Blog

*Bentuk sajak ini bebas kerana tidak terikat dengan puisi lama dan rima akhirnya tidak sama iaitu rangkap 1 (a/b/c/d) dan rangkap 2(a/b/b/b).*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 21hb Ogos, 2010.

Sajak eksperimen.Merujuk kepada sajak yang bentuknya tidak menentu. Sajak ini mempunyai susunan kata dan baris yang tidak menentu. Contohnya dalam sajak Kesucian karya Julaihi Haji Abdullah, antara rangkapnya:-

Maruah kentalkukuh

Martabat mulia agung

Cinta sejatiabadi

*Dari sumber majalah Bahana Disember 2005.

ALIRANAliran merujuk kepada seluruh idea yang disampaikan dalam sesebuah sajak secara keseluruhan. Aliran dapat dikesan setelah memahami maksud sajak. Antara aliran itu ialah:-

i.Realisme- Aliran ini mengungkapkan kehidupan secara real atau benar seperti yang dapat dilihat dalam kehidupan sebenar atau seharian.

Contohnya dalam sajak Ramadan karya Y. H. Mizan, iaitu:- Bulan Ramadan, bulan yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan penuh keberkatan, bulan yang mulia, mempunyai kelebihan yang tersendiri, mempunyai kepentingan dalamnya, mempunyai keistimewaan,

Di malam yang gelap gelita, di cahayakan bulan,

Page 8: Nota Sajak Blog

di cahayakan bintang, sungguh menawan, sungguh indah, hanya di bulan ramadan, hanya dalam bulan ini hanya sekali setahun.

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 21hb Ogos, 2010.

Sajak ini beraliran realisme kerana ia menceritakan tentang sesuatu yang benar-benar terjadi dalam kehidupan sebenar iaitu tentang bulan Ramadhan. Sajak ini juga menceritakan tentang keindahan dan keberkatan yang diperolehi dalam bulan Ramadhan.

ii.Didaktisme- Aliran ini merujuk kepada maksud mengajar, membimbing, menasihati,

mengajak kepada kebaikan dan menjadi perbandingan untuk ikutan pembaca.

Contohnya dalam sajak Pusara karya Surra, iaitu:-

Di kaca jernihseorang tua bertafakuratas tikar di sisi batu nisan yang reputdedaun bertaburan menutup lantai tanah

Anak-anak turut menatapi Yasinjejarinya rancak mengutip dedauntanah kering disimbah airbunga-bunga segar bertaburan di atasnyasemua bersalaman bertemu tapak tangan

Pusara yang gelap diterangi bulanperginya menghadap Illahidengan reda keluarga melepaskannyapusara kian using tak sedetik hilang dariingatankunjungan tak pernah berhentiwalau hujan menenggelami bumi

*Dari sumber majalah Bahana Disember 2005.

Sajak ini beraliran didaktisme kerana sajak ini member bimbingan atau nasihat agar reda dengan takdir Allah seperti reda dengan kepergian orang yang disayangi buat selama-lamanya. Sajak ini juga memberi nasihat agar selalu melawat atau menziarahi pusara atau kubur ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

Page 9: Nota Sajak Blog

iii.Humanisme- Memberi perhatian langsung tentang kehidupan manusia sejagat. Ia menekankan sikap manusia seperti budaya, politik, pemikiran kehidupan, perang, kemiskinan dan sebagainya. Aliran ini biasanya memberi tempat kepada gejala manusia yang tertindas atau kelas bawahan.

Contohnya dalam sajak Kemanusiaan karya Usman Awang, iaitu:- Segala daun dan angin menyapa menoleh hanyabersama kain-kain yang berkibar di tengah-tengah tiangkerana mereka tidak bergetar oleh berita-berita besaratas kehendak yang telah berlaku dan manusia segala yang

telah terpaku.

Telah mereka saksikan sejak pertama cair merah tumpahputera Adam membunuh – terbunuh dalam pertarungan

menang kalahdan kematian demi kematian dinyanyikan di mana-mana

dan dilanjutkan sehingga segalatanah jadi pusara.

Berapa titiskah air mata untuk seorang yang pergisebelum keranda bertolak untuk nanti ditambah lagidibandingkan dengan hebatnya air terjun di Niagaraair mata putera-putera tercinta dan gadis-gadis menunggu

di muka jendela.

Bersama kerutan pahit para ibu yang pernah menyusuimendengar berita kematian ngeri dari daerah peperangan?

Jika kita menyesali kematian atas seseorangdan hati tidak berdenyut untuk kematian yang lainmaka kemanusiaan tidak wujud di mahkota kebenaransebab bukanlah kemanusiaan bila ia ada perbatasan.

Dan sekarang tiap kota menangis dan mengucap katakerana sewajarnya kemanusiaan itu berdenyut dan terasatapi tak seorang pun akan menangis

untuk pembunuhan yang bakal tibaatau akan berkata: mari kita padamkan segala api

sengketa.

siapa yang merasa dan kehilangan kesayangannya,menangislah

dunia telah didadankan; kehidupan adalah kematian yangberdarah.

*Dari sumber buku Memahami Sajak dan Novel karya Nurazmi Kuntum.

Page 10: Nota Sajak Blog

Dari sajak di atas ia digolongkan aliran humanisme kerana ia cuba mempertahankan orang yang ditindas dan merasa sedih kerana nasib mereka tiada yang membela.

iv.Simbolisme – Simbol ialah sesuatu yang berdiri sendiri tetapi membentuk makna dan realiti yang lain secara objektif. Bendera misalnya adalah sehelai kain berwarna yang mewakili atau menjadi simbol sesebuah Negara. Hakikatnya semua bahasa ialah suatu lambang bagi mencerminkan perkara sebenar. Objek-objek yang ada di sekeliling manusia itu juga menjadi lambang kehidupan. Dalam penulisan sajak aliran ini cuba mengungkapkan kata-kata biasa tetapi memberi makna yang berbeza. Makna itu mungkin selapis atau lebih sehingga memerlukan pemikiran yang serius untuk mencari makna sebenar sajak tersebut. Contohnya dalam sajak Jalan Ke Taman karya Ali Ahmad, iaitu:-

Jalan ini terlalu lengangselaku malam yang tua.

Lurus dan tegak berbatu pedoman dan pengingat yang tepat.

Jalan ini ikut cita hati paling halus dan kudus dalam lagu damai dan senangAlun-alun pujaandengan makna yang memastikan antara jasad yang sementaradan kehidupan yang abadi.

Jalan ini tiada simpang masuk pintunya dari maknawi tertinggiatas makrifat.

Di hujung taman-taman menanti sekeliling sepi dan pujihembus –hembus deru kedusdesir dan Firdausi.

Jalan ini telah sunyikembara teguh membenarkan keredaan wujud –Nya.

*Dari sumber buku Memahami Sajak dan Novel karya Nurazmi Kuntum.

Page 11: Nota Sajak Blog

Dari sajak di atas ia tergolong dalam aliran simbolisme kerana ia sukar difahami dan menggunakan perlambangan perkataan ‘jalan’ yang boleh membawa maksud yang berbagai-bagai dan sebagainya.

NADANada kuat hubungannya dengan dengan sesuatu mesej yang ingin disampaikan dalam sajak. Ia dikaitkan dengan sikap atau semangat penyajak ketika mengungkapkan isi dalam sajaknya. Antara nada yang terdapat dalam sajak ialah:-

i.PROTESProtes merupakan satu nada yang keras terdapat dalam isi sajak dan menampilkan penentangan terhadap sesuatu yang berlaku sama ada secara terang atau berselindung. Ia memperlihatkan bagaimana ungkapan-ungkapan yang tidak bersetuju dengan sesuatu peristiwa yang berlaku sama ada yang terdapat dalam diri, pengalaman atau pemerhatian penyajak. Contoh dapat dilihat dalam sajak Keranda 152 karya Usman Awang, iaitu:-

Panas dadaku membakar bajukita arak keranda 152ke tanah perkuburan parlimen

Sepuluh tahun nafas ini terhenti hari ini jangan lagi menyanyisebentar lagi malam akan tiba tiap pintu dan jendela sudah dijagabayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak melayu namamu telah diserujawablah sebelum lidah jadi bisu.

*Dari sumber buku Memahami Sajak dan Novel karya Nurazmi Kuntum.

Dari sajak di atas jelas menunjukan bahawa penyajak memprotes terhadap sesuatu perkara yang tidak lagi boleh diperdiamkan. Kesabaran anak Melayu telah dicabar oleh orang asing dan ia menyeru agar orang Melayu mempertahankan martabatnya.

ii.KECEWA DAN HAMPANada kecewa biasanya terdapat dalam sajak-sajak yang memperlihatkan perasaan putus asa, hilang harapan, kehilangan seseoramg atau gagal dalam mencapai cita-cita. Contohnya dapat dilihat dalam sajak Melirik Mimpi karya Masni HA, iaitu:-

Semalam begitu indahbuat jiwa yang larakabarmu jua kunantikanbagai semalam ku kejar

Page 12: Nota Sajak Blog

dan semalam tetap berlalu

Sejenak fikiranku tergangguhadirmu tidak kuharapkansekuntum senyuman tidak kuendahkansebagai ruang kepiluandari kejauhan aku kelukaantiada daya untuk menembus kembalisaat-saat yang memilukan

Aku cuba menyendirinamun aku hanya sebagai sandarantiada yang menghargaiaku tetap kehilanganmendengar ketika sepimelihat ketika hilangumpama kasih satu bayangan.

*Dari sumber majalah Bahana Dismeber 2005.

Dari sjak di atas jelas memperlihatkan nada kecewa kerana kehilangan orang yang disayangi. Dia menunggu orang yang disayanginya tetapi hampa kerana orang yang ditunggu tidak juga muncul sehingga dia putus harapan kepada orang yang disayanginya.

iii.SEMANGAT DAN HARAPANSajak yang bersemangat merupakan sajak yang menggambarkan cita-cita yang kuat untuk mempertahankan fenomena atau situasi social yang berlaku. Contoh dapat dilihat dalam sajak Hasratku karya Lelawati Binti Yusof, iaitu:-

Malam gelap pekat membisutiada bintang berkerdipantiada bulan menyinari namun...dengan kecekalan hati waja aku tetap merangkak dan berjalan.

Jalan yang kulalui bukan kepalang rintangannyasana sini penuh ranjau dan duri menembusi dan merebek isi tersungkur aku dibuatnya menahan kesakitan mencekek jiwa.

Biar duri menembusi kulitbiar terjatuh seribu kali demi cita dan hasrat hatiaku rela bertarung nyawamenempuh segala rintangan

Page 13: Nota Sajak Blog

asalkan...istana kejayaan dan kertas segulungdapat ku menang.

*Dari sumber pelita Brunei Sabtu, 9hb Oktober, 2010.

Dari sajak di atas mempunyai nada semangat dan harapan kerana megisahkan seseorang yang mengejar cita-cita dengan penuh semangat dan gigih. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dia tidak berputus asa malah sanggup menempuhi rintanagan tersebut sehingga cita-citanya tercapai.

iv.SIMPATISajak yang bernada simpati ialah sikap penyajak dan seolah-olah mengajak pembaca sama-sama prihatin terhadap kejadian menimpa orang lain seperti hal kemiskinan, putus asa, hal yang menyedihkan, melarat dan sebagainya. contohnya dapat dilihat dalam sajak Miskin II karya Seribadi, iaitu:-

MISKINitu adalah kehidupan sempitterhempittersepitkekosongan wang di poketberlantai di bumi beratap di langit.

Si miskin tersingkir di tepi hutantiada handai taulan berpuasa setiap bulan sedih menyentuh rasa kehidupanteraba-raba dipeluk kegelapan sabar menempuh ujian Tuhan.

Tersirat disurat pusakahatinya menadah relareda terima janji setia dari Yang Maha Esakeluhan si miskin hinaterlukis ukiran warna suasanatenang mengembara di padang terlentangdi hari besok menunggu siangapresiasimu adalah harapan.

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 25hb September, 2010.

Dari sajak di atas mempunyia nada simpati kerana penyajak turut meras simpati atas nasib orang yang hidup dalam kemiskinan, merempat atau tinggal ditepi jalan, tidak ada wang untuk berbelanja membeli makanan dan sebagainya. walaupun, dia miskin tetapi dia tetap sabar menempuhi dugaan hidup dari Allah S. W. T. dan redha dengan takdir itu.

Page 14: Nota Sajak Blog

v.SINISSinis ialah sajak yang mengandungi nada yang berunsur sindiran terhadap sesuatu kejadian yang berlaku. Ditujukan kepada sesuatu pihak dan ini menggambarkan ketidapuasan hati penyajak teradap sesuatu itu. Contoh dapat dilihat dalam sajak Orang Kita karya Surda, iaitu:-

Orang kita bila kayasenang dan berkedudukanmerasa bangga akan dirinyahingga lupa asal usulnyahingga sekerat tanah dari bumi.

Orang kita bila miskin susah dan tak punya apa-apamerasa dirinya tak bergunabernasib malang dan pembawa balatapi kekadang juga ia lupasemua itu perit kehidupancubaan menguji keimanan

Orang kita semuanya sama bila kaya dan miskin bila susah dan senangbila berharta dan tak punya apa-apatetap selalu ada kebiasaanlupa akan dirinyajuga asal usulnyakekadang mereka khilaf.

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 27hb Mac, 2010.

Dari sajak di atas ia bernada sinis kerana penyajak ingin menyindir bahawa sesuatu masyarakat itu bila dia kaya akan lupa segala-galanya dan merasa bangga dengan kehiduapannya yang kaya itu. Golongan kaya ini juga akan lupa asal usulnya kerana dia sudah dilimpahi dengan kekayaan. Begitu juga golongan miskin, mereka tidak dapat menerima dan lupa itu semua adalah dugaan dari Tuhan. Seseorang itu bila susah dan senang sama saja lupa aka nasal usul mereka.

CORAK

i.SATIRASatira bermaksud sajak yang mengandungi unsur menyindir, mengejek, mencemuh dan menghina terhadap sesuatu perkara dan sebagainya. Contohnya dapat dilihat dalam sajak Adat Orang Melayu karya Yatim Budiman, iaitu:-

Page 15: Nota Sajak Blog

Kita orang Melayuorang Melayu Bruneijangan dicampur adukkanadat Brunei dengan adatorang Barat.

Adat orang Bruneiadat seni adat halusadat lembut adat berdisiplinadat menegenang orang yang tiadaadat melagau indung bapaadat bertuturan dengan orang tuadan orang ramai.

Walaupun kata lisan berbunyi“Biar mati anak jangan mati adat”ada adat mandi belawatada adat menyiram batisada adat makan di gangsaada adat besuruhada adat ambil-ambilanbanyak lagi adat orang Melayudi Brunei.

Jangan diadatkankasut, stoking dan pakaian dalamnaik ke atas gangsaitu merosakkan adat namanya.

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 26hb Jun, 2010.

Dari sajak di atas menunjukkan contoh sajak yang mempunyai corak satira kerana ia menyindir orang Melayu ada yang tidak tahu tentang adat Melayu Brunei dan tidak mempertahankan adat Melayu Brunei. Malah orang Melayu Brunei yang terikut-ikut dengan adat Barat sehingga ada yang merosakkan adat Melayu Brunei itu sendiri.

ii.ODEOde bermaksud sajak yang memuja, menghormati, mengangkat sesuatu yang dibanggakan seperti pahlawan, bangsa, negara, seni, kehidupan, alam dan tokoh-tokoh tertentu. Antara contoh sajak dapat dilihat dalam sajak Perwira karya Kurnia Putri, iaitu:-

Perwirakubukan mudah kerjayamubeban terpikul dibahumubarisan depan tempatmupertahankan negara bumi kelahiranmu.

Page 16: Nota Sajak Blog

31 Mei setiap tahundiisytihar bagai ulang tahuntanda memperingati perjuanganmenghormati pahlawan negarajasa-jasa dan keringatmujuga pada yang telah tiadamenabur bakti setiaberkorban pada nusa bangsa.

Hijau warna kebanggaanlambang keamananan sejagatsegaknya seragam tenteraberjaya menjunjung kedaulatankeamanan diperjuang sesamamenawan musuh negaramaju bergerak pantashujan panas rebut Katrinamundur jangan sekalipencerobohan dibantrasibersatu teguh membela pertiwijadi hero negeriitulah dia perwira kitani.

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 9hb Jun, 2010.

Dari sajak di atas menunjukkan antara contoh sajak yang mempunyai corak ode kerana penyajak memuji, menghormati dan mengangkat pekerjaan tentera sebagai sesuatu yang dibanggakan. Bagi penyajak pekerjaan sebagai tentera itu dihormati kerana mereka sanggup berjuang mempertaurhkan nyawa mereka untuk nusa bangsa yang tercinta sehingga ulang tahun tentera itu setiap tahun diraikan dengan meriah.

iii.EPIGRAMEpigram bermaksud sajak yang mempunyai mesej yang berunsur nasihat, pengajaran dan didaktik moral. Contoh dapat dilihat dalam sajak Ibuku karya Effy, iaitu:-

Pengorbanan ibu bermula sejak awal lagisejak kelahirankuhidup Ibu setiap malammenjagaku tanpa penat lelahsemasa ku di bangku sekolahibu menasihatikumenegur kesalahankumemberi tunjuk ajar kepadaku

Sudah dewasaibu mengingatiku

Page 17: Nota Sajak Blog

untuk bekerja jujuramanah dan bertanggungjawab

Untuk Ibutidak akan ku lupa semua ituterima kasih Ibu.

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 21hb Ogos, 2010.

Dari sajak di atas ia mempunyai corak epigram kerana penyajak ingin memberi nasihat dan pengajaran supaya menghargai dan mengenang jasa ibu yang telah berpenat lelah membesarkan kita. Sebagai anak mesti ingat nasihat dan tunjn\uk ajar yang telah diberikan oleh ibu sampai bila-bila.

iii.ELEGIElegi ialah sajak yang menekankan unsur meratap, hiba, pilu, duka, sedih, rindu, keluh-kesah, kesal, hampa dan kecewa terhadap sesuatu peristiwa. Contoh dpat dilihat dalam sajak Perempuan Tua Itu karya Surda, iaitu:-

Nun jauh di sudut bangku temanku terpandangseorang perempuan tuayang kelihatan tak berdayasedang duduk seorang diriketawa dan menangis tak ada sesiapadi sisinya.

Entah mengapatiba-tibahatiku terasa pilusebak rasanya menahan air matakumungkinkah keranaaku juga seorang perempuanatau punseorang muda yang suatu saatpasti akan merasai hari tua.

Tapi hari tua bagaimanayang akan ku pilihjuga ku jalaniadakah hari tua yang gembiradengan keluarga yang setiamenemaniatauhari tua yang penuh dengan kesepian juga keseorangan.

Page 18: Nota Sajak Blog

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 27hb Mac, 2010.

Dari sajak di atas menunjukkan contoh yang mempunyai corak elegi kerana ia menggembarkan perasaan penyajak sendiri atau seseorang yang merasa sedih dan pilu melihat seorang perempuan tua yang duduk seorang diri tanpa ditemani oleh anak-anak atau keluarganya. Di juga hampa kerana anak-anak atau ahli keluarga orang tua itu tidak menemani dihari tuanya. Penyajak atau seseorang itu tidak mahu menerima nasib yang sama tetapi dia tahu sama ada dihari tuanya nanti akan berasa kesunyian atau gembira ditemani oelh ahli keluarganya.

iv.HIMNEHimne ialah sajak yang mempunyai unsur puji-pujian kepada Allah S. W.T. Corak ini memperlihatkan kecintaan dan keagungan yang bersungguh-sungguh kepada Allah S. W. T. Contoh dpat dilihat dalam sajak Akan Kau Ampunkan Dosaku karya Masra, iaitu:-

Tuhankusyukurku kepada-Mukerana melimpahkan rahmat-Mu yang

berpanjangansehingga sampainya aku ke perbatasan usiadi penghujung senja.

Alhamdulillahandainya sudah sampailah seru-Museperti suratan takdir yang ditentukandi situ tiada lagi soal jawabdi situ tiada lagi tawar-menawar

melainkan reda.

Tetapi telahku tunaikan kewajipankuku taati perintah-Muapa yang Kau telah halal haramkan

ke ataskujadi panduan perjalanandemi menjaga kesucian-Muku hindari lembah dosasatu per satu ku kutip pahalaaku mencari nuur yang hamper padamdaripada yang tidak adakepada ada.

Tuhankumemang berat bebannyabila mengitung dosa-dosa semalamakan Kau ampunkan aku ini?semoga Kau sentiasa memberi laluanjalan untuk bertaubat

Page 19: Nota Sajak Blog

supaya aku akan lebih dekatmendekati pintu Akhirat.

*Dari sumber Pelita Brunei Sabtu, 25hb September, 2010.

Dari sajak di atas menunjukkan contoh yang mempunyai corak himne kerana penyajak menunjukkan perasaannya yang memuji dan rasa kecintaannya kepada Allah S. W. T. dengan mengerjakan segala suruhan dan perintah-Nya. Penyajak juga merasa takut sama ada segala dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah S. W. T. atau tidak. Oleh sebab itu dia bertaubat dan mengerjakan segala suruhan-Nya. GAYA BAHASA

Pengenalan

Keindahan dan puitisnya sesebuah sajak terpancar pada pemilihan kata-kata (diksi).aspek bahasa bagi sesebuah sajak sebenarnya bukanlah semudah yang selalu di lakukan oleh semua orang. Gaya bahasa tersebut termasuklah gaya pengulangan (repitasi) yang meliputi asonansi, aliterasi, anafora dan epifora. Gaya bahasa perbandingan pula merangkumi simile, hiperbola, metafora, dan eufemisme. Selainnya merupakan kata-kata simbolik, singkatan, personafikasi, paradoks, asing dan sebagainya.

Di sini, kami hanya membincangkan beberapa gaya bahasa yang popular digunakan oleh pencipta sajak. Di antaranya ialah :-

1. Asonansi

Ia juga di sebut sebagai runtun vokal. Ia merupakan pengulangan bunyi atau huruf vokal ( a,e,i,o,u ) dalam sesuatu baris sajak sebanyak dua kali atau lebbih secara berterusan. Pengulangan vokal yang sama dalam satu-satu baris sajak hingga beberapa kali meninggalkan kesan yang indah. Misalnya dalam sajak Pak Tua iaitu hasil karya A.Rahim Hamid (Antologi Sajak Cermin Diri) dalam rangkap 1 baris 6 :-

Pak tua Wajahmu telah menghilangDi titian musim yang panjangPada waktu yang menyepi beginiWajahmu yang tuaTerbayang di persadaian masihPada perahumu yang hampir reputDi sana rindukan terpaut

Page 20: Nota Sajak Blog

2. AliterasiIa juga dikenali sebagai perwakanti dan rumpun kosanan. Selain itu, aliterasi merupakan

pengulangan bunyi dan huruf konsanan dalam satu baris sajak sebanyak dua kali atau lebih. Misalnya dalam sajak Daun iaitu hasil karya Aminah Haji Momin (Antologi Sajak Cermin Diri) dalam rangkap 1 baris 3 :-

3. AnaforaAnafora adalah pengulangan kata-kata pada pada setiap awal baris dalam satu-satu

rangkap sajak khususnya secara berikutan. Misalnya dalam sajak Menara Gading hasil karya Adi Dharma (Antologi Sajak Cermin Diri) dalam rangkap 2 :-

4. Epifora

Ia merupakan pengulangan perkataan atau frasa di hujung baris dalam satu rangkap sajak secara berturutan sebanyak dua kali atau lebih. Misalnya dalam sajak Sulung hasil karya Adi Dharma dalam rangkap 3 :-

KesulunganmuJadi pemimpin adik-adikmuYang kehausan ilmuDengan aliran baratnyaKay tetap berdiri dengan aliranmuKetimuran yang tulen

Tiada temanTiada idaman Tiada pedoman Bukan dagang merempatTapi bertempat

DaunmuHijaumu menyegarkanKuningmu kemusnahanLayumu kehancuran

Page 21: Nota Sajak Blog

5. Simile

Simile membawa maksud sebagai tamsil atau kiasan yang memprlihatkan perbandingan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama. Panduan yang mudah mengenai simile dalam sesuatu baris sajak apabila wujudnya perkataan bagai, sebagai, serupa, sama, laksana, macam, semacam, seperti, umpama, bak, ibarat dan sebagainya bagi menyambung hubungan persamaan antara dua objek tersebut. Misalnya dalam sajak Tentang Cinta hasil karya Adi Kelana (Antologi Sajak Cermin Diri) dalam rangkap 2 :-

6. Metafora

Metafora merupakan kiasan bagaimana frasa di atur dengan hasrat memberi makna satu perkara lain. Ia semacam penggunaan simbol tetapi kedudukan simbol dalam sesebuah sajak adalah lebih menunjukkan penampilan satu objek dan keadaan yang lebih luas memberi makna yang lain juga. Misalnya dalam sajak Orang Tua Dengan Hujan hasil karya Adi Kelana (Antologi Sajak Cermin Diri) dalam rangkap rangkap 5 baris 3 :-

7. Personafikasi

Personafikasi juga dinamakan sebagai pengorangan dalam istilah sastera. Ia bermaksud memberi kiasan kepada sifat-sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan mahupun tindak-tanduk kepada objek-objek mti atau kepada binatang, idea banda-benda abstrak. Misalnya dalam sajak Tentera Pulang Dari Medan Perang hasil karya A.S. Isma (Antologi Sajak Cermin Diri) dalam rangkap 1 :-

Seorang tuaYang kiniSetengah matiKedinginanMeneruskan jalannyaDalam hujan abadi

Bagaikan bangau-bangauMencintaiSungai kerana ikannya

Page 22: Nota Sajak Blog

8. Paradoks

Paradoks merupakan frasa dalam baris-baris asajk yang menggambarkan ciri-ciri berlawanan khususnya dari segi maksud. Ia juga terdapat unsur pertentangan dari aspek keadaan atau situasi. Perlawanan dari segi maksud biasa wujud daripada dua patah perkataan yang sengaja dipilih dalam satu baris sajak seperti malam siang, desa kota, ibu bapa, rebah bangun dan sebagainya. Sebagai contoh dalam sajak Ayahku hasil karya Abdullah Idris (Antologi Sajak Cermin Diri) dalam rangkap 3 :-

9. Simbolik

Simbol biasanya merujuk kepada kata-kata yang dipilih memberi erti sebaliknya dan lambang. Simbol yang biasa atau universal amat mudah difahami berbanding degan simbol yang dinamik atau yang sengaja di cipta baharu oleh penyajak. Sebagai contoh dalam sajak Di Pasir Pantai hasil karya Bergelimpangan hasil karya Firdaus H.N (Antologi Sajak Cermin Diri) dalam rangkap 2 :-

Sang suria kian benderangManusia, kenderaan lalu-lalangTiada hiraukannyaMereka masih dengkur selesaBeralasakan kertas suratkhabar cumaBetis yang telanjang, melidiSehelai sepinggang yang sudah usangPerutnya kempisKutang bajunya entah di manaPersis bangkai bernyawa.

Kini waktu tua telah datang menyendiriDengan nadi dan sendi yang lesu iniSelama perjalanan bertahun-tahunJerih payah yang dilaluiSiang membebaniDan malam menuntuti

Derap sepatu tenteraPulang dari medan perang

Page 23: Nota Sajak Blog

MEMPROSAKAN PUISI ATAU SAJAK

Panduan Am

Teknik memprosakan puisi berbeza dengan mentafsirkan atau memberi maksud. Ganti nama diri perlu dikekalkan (tidak boleh ditukar). Contohnya jika penyajak menggunakan perkataan aku, kami dan kau maka perkataan tersebut perlu dikekalkan. Begitu juga dengan ganti nama tempat. Tugas anda hanya mengubah bahasa puisi atau sajak kepada bahasa prosa karangan biasa. Anda hanya perlu mengubahkan perkataan-perkataan yang kurang sesuai. Harus diingat bahawa jikalau anda mengubahkan ganti nama bermakna anda bukan memprosa tetapi mentafsir puisi tersebut.

Cuba perhatikan petikan sajak yang diprosakan dan ditafsirkan di bawah ini.

Penjual Bunga

Orang tua yang berbaju layu dan kain pudardulu pernah berjalan di kaki lima inimenjaja bunganya dengan suara tinggitetapi mengejek anak-anak dengan lebih lunakbila ayahku tidak membelidia sering memberiku satu percuma,katanya, “sedekah bunga nak,nanti bagi kubur pak cik wangi.”

Contoh memprosakan sajak

Orang tua yang berpakaian buruk pernah berjalan di kaki lima ini sambil menjaja bunga dengan suaranya yang tinggi. Orang tua itu diejek oleh anak-anak dengan suara mereka yang lebih lunak. Apabila ayahku tidak membeli bunganya, dia selalu memberi aku setangkai sebagai hadiah. Orang tua itu berkata, “sedekah bunga nak, nanti bagi kubur pak cik wangi.”

Contoh mentafsir sajak

Penyajak menyatakan orang tua yang berpakaian pudar itu pernah berjalan di kaki lima itu menjaja bunga tetapi diejek oleh anak-anak yang ada di situ. Penyajak juga menyatakan apabila ayahnya tidak membeli bunga, orang tua itu menghadiahkan penyajak setangkai bunga dan orang tua itu mengharapkan supaya ia senang semasa di dalam kubur nanti.

Di antara kedua-dua contoh jawapan di atas, contoh jawapan pertama menepati soalan memprosakan puisi kerana anda hanya mengubahkan sajak ke dalam bentuk prosa dengan mengekalkan kata-kata ganti nama diri. Manakala bagi contoh jawapan kedua pula menepati kehendak soalan mentafsirkan sajak kerana anda memberi ulasan sajak tersebut dengan mengubah kata ganti nama diri ‘aku’ kepada ‘penyajak’ dan ini bermakna anda menjadi ‘orang pertama’ dan memperkatakan penyajak sebagai ‘orang kedua’. Kedua-dua contoh jawapan tadi merupakan panduan menjawab yang amat penting kepada anda.

Page 24: Nota Sajak Blog

Syarat (memprosakan sajak):

1. Mengarang seperti karangan bahasa Melayu biasa.2. Jangan ubah ganti nama diri (jadi pengarang).3. Jelaskan perkataan yang kabur dengan erti yang sama.4. Gunakan sendi nama (oleh itu, maka, dan, tetapi) sebagai penyambung ayat.

MEMBERIKAN MAKSUD/HURAIAN SAJAK

1. Memberikan maksud/huraian sajak bermaksud pelajar dikehendaki memberikan

maksud sebenar sebuah puisi atau membuat tafsiran sebenar sajak dari tajuk

hinggalah baris akhirnya.

2. Jadi, sajak hendaklah dibaca beberapa kali sehingga benar-benar difahami.

3. Sering kali setiap patah perkataan penyajak mengandungi makna yang boleh

dihuraikan dengan panjang lebar.

Contoh: Ombak membawa maksud kehidupan yang penuh pancaroba.

Darah membawa maksud peperangan atau perjuangan.

4. Panduan menjawab:

a) Baca dan fahami keseluruhan sajak.

b) Baca dan fahami kehendak soalan.

c) Segala lambang dan symbol hendaklah diberi tafsiran

d) Satu rangkap hendaklah dihuraikan dalam satu perenggan dengan huraian yang

jelas dan terperinci.

e) Sebaik-baiknya mulakan huraian maksud kamu dengan

Penyajak menyatakan…….

Penyajak menegaskan…….

Pada rangkap ketiga, penyajak membicarakan…..

Rangkap keempat pula, penyajak memperlihatkan….

Peringatan: Berpandukan kehendak penyajak.

f) Tulisan hendaklah cermat dan mudah dibaca.

Page 25: Nota Sajak Blog

Contoh:

Jelaskan maksud sajak Nasi dan Darah.

NASI DAN DARAH

nasi dan darahadalah sumber tangan dan hati patuh!Kepadaku kauusah cemburu

hidup pada urat dan otot kerasdigerak menggerak!Sesuatu kan siap dan bernas

dengan jiwa keras mencungapsekitar yang melahap!Untuk dunia, kau perlu menghambat

keinginan sekadar wajarmerasa sambil berlaridengan dada tidak mesti ditindih…

kerakusan dalam benak manusiaadalah tembok suatu batas cahaya!Tuhan dan diri di satu pihak

ya, nasi dan darah hanyasumber tangan dan hati patuh!Kepadaku kauusah cemburu

-Adi Rumi-

Page 26: Nota Sajak Blog

Contoh Jawapan:

Rangkap MaksudPertama Penyajak menjelaskan bahawa untuk hidup memerlukan perjuangan dan

pengorbanan. Ini dilakukan dengan usaha dan keyakinan diri. Kejayaan yang diperoleh dengan demikian tidak perlu dicemburui.

Kedua Penyajak juga menerangkan bahawa untuk hidup perlulah bergantung pada tenaga empat kerat supaya usaha itu berhasil.

Ketiga Pada rangkap ketiga penyajak menyatakan bahawa ada juga yang berusaha dengan keyakinan yang kuat tanpa bertolak ansur demi kepentingan hidup mereka di dunia.

Keempat Rangkap keempat pula, penyajak menegaskan bahawa sesuatu yang diinginkan itu hendaklah diusahakan mengikuti yang wajar sambil menikmati dunia seperluannya tanpa menindas orang lain.

Kelima Rangkap kelima, penyajak menyatakan bahawa kerakusan manusia selalunya mengatasi segalanya. Tetapi Tuhan mengetahui segalanya.

Keenam Pada rangkap terakhir iaitu rangkap keenam, penyajak tetap menegaskan bahawa kehidupan dan perjuangan itu adalah dari dalam hati manusia yang dilakukan dengan usaha dan keyakinan. Dan ini tidak perlu dicemburui.

Page 27: Nota Sajak Blog

PERSOALAN:

Bagi seseorang penyair, sebelum ia menciptakan sajak-sajaknya, ada sesuatu yang

difikirkannya yang dikirakan mengusik hati nuraninya. Sama ada apa yang dilihatnya ketika

itu, telah lalu dan akan datang, tentang masalah yang dikiranyanya perlu dikongsi bersama-

sama dengan pembaca atau penikmat sajaknya itu, supaya bertindak sesuatu demi

membuat sesuatu peleraian. Tanpa persoalan yang khusus, tidak mungkin sesebuah sajak

itu akan diciptakan oleh penyairnya.

Jika diamat-amati persamaannya dengan tema dan perutusan adalah tidak berapa jauh

perbezaannya. Tema bermakna pokok persoalan yang jadi teras untuk dibincangkan dan

pegangan atau teladan hidup. Manakala perutusan pula beerti amanat atau gagasan yang

mahu disampaikan kepada para pembaca. Justeru, persoalan itu mahu diketengahkan

kepada pembaca.

Penyair tidak akan menyatakan secara terus apa persoalan di dalam sajaknya itu,

terpulanglah kepada kebijaksanaan para pembacanya menukilkannya kembali banyak atau

sedikit persoalan yang terdapat dalam sajak itu.

Sesebuah sajak mungkin mempunyai satu atau beberapa persoalan yang diketengahkan

oleh penulisnya.Biasanya satu rangkap mengandungi satu persoalan. Jika sajak itu

mempunyai lima rangkap,tidak mustahil ia mengandungi lima persoalan. Dan kadang-kala

terdapat persoalan yang sama berulang. Untuk mendapatkan persoalan, kita perlu

memberikan maksud keseluruhan sajak dari rangkap ke rangkap.

(Lihat contoh) berdasarkan maksud dan persoalan yang diperolehi daripada setiap rangkap

akan menyimpulkan bahawa persoalan bagi sajak Nasi dan Darah adalah tentang

perjuangan, pergorbanan hidup, kegigihan, keyakinan diri dan kerakusan manusia.

Persoalan-persoalan tersebut ialah rumusan daripada keenam-enam rangkap sajak yang

telah dihuraikan maksudnya di atas.

Page 28: Nota Sajak Blog

TEMA:

Tema dalam sesebuah puisi adalah pokok persoalan yang menjadi teras atau hal sesebuah sajak yang dibincangkan iaitu mesej utama yang hendak disampaikan untuk menjadi pegangan atau teladan hidup pembacanya.

Setiap pembaca akan dapat merumuskan tema sajak yang dinikmatinya berpandu kepada keseluruhan isi sajak itu. Dan tidak hairan, andainya terdapat tafsiran-tafsiran yang berbeza antara seorang pembaca dengan pembaca yang lain.

Ada beberapa cara untuk mengetahui apakah temanya sesebuah sajak yang dibaca atau dikaji itu, antaranya:

a. Dapatkanlah apa yang dikemukakan oleh penyair menerusi sajaknya itu.b. Tema memang rapat sekali hubungannya dengan tujuan atau aspirasi

penyair, kerana pada setiap penyair apabila ia menghasilkan sajaknya, tentulah tersimpan di dalam hatinya tujuan-tujuan penciptaan sajaknya itu. Ia tidak hanya menulis kosong tanpa tujuan tertentu. Ada motif dan sikap penyair yang terselit di dalam karya itu. Tujuan dan sikap penyair itu sebenarnya mempengaruhi tema terutamanya dalam sudut pemilihan tema itu sendiri. Tegasnya, kajian tentang motif dan sikap penyairnya juga dapat membantu pemikirnya yang tersirat di dalam sesebuah sajak itu.

c. Cara si penyair menggubah sajaknya dari awal rangkap ke akhir rangkap boleh menentukan pencarian tema di dalam sesebuah sajak itu.

d. Sesebuah sajak tercipta melalui beberapa pemilihan kata atau diksi bagi tujuan memperjelas sifat dan kepentingan sesebuah tema. Dari itu, para pelajar perlulah memberikan beberapa tumpuan tertentu terhadap diksi-diksi itu.

e. Pada tajuk juga kadang-kadang boleh menyerlahkan tema sajak itu.

(Lihat contoh) Dalam sajak Nasi dan Darah temanya ialah perjuangan dan pengorbanan

hidup. Tema ini ditemui dalam rangkap pertama, kedua dan keenam. Oleh itu, proses

mendapatkan tema perlulah melalui tahap seperti berikut:

Rangkap 1 Maksud Persoalan

TemaRangkap 2 Maksud Persoalan

Rangkap 3 Maksud Persoalan

Contoh:

Page 29: Nota Sajak Blog

R Maksud Persoalan Tema1 Penyajak menjelaskan bahawa

untuk hidup memerlukan perjuangan dan pengorbanan. Ini dilakukan dengan usaha dan keyakinan diri. Kejayaan yang diperoleh dengan demikian tidak perlu dicemburui.

Perjuangan dan pengorbanan hidup.

Perjuangan dan pengorbanan Hidup

2 Penyajak juga menerangkan bahawa untuk hidup perlulah bergantung pada tenaga empat kerat supaya usaha itu berhasil.

Kehidupan

3 Pada rangkap ketiga penyajak menyatakan bahawa ada juga yang berusaha dengan keyakinan yang kuat tanpa bertolak ansur demi kepentingan hidup mereka di dunia.

Keyakinan diri

4 Rangkap keempat pula, penyajak menegaskan bahawa sesuatu yang diinginkan itu hendaklah diusahakan mengikuti yang wajar sambil menikmati dunia seperluannya tanpa menindas orang lain.

Kegigihan

5 Rangkap kelima, penyajak menyatakan bahawa kerakusan manusia selalunya mengatasi segalanya. Tetapi Tuhan mengetahui segalanya.

Kerakusan manusia

6 Pada rangkap terakhir iaitu rangkap keenam, penyajak tetap menegaskan bahawa kehidupan dan perjuangan itu adalah dari dalam hati manusia yang dilakukan dengan usaha dan keyakinan. Dan ini tidak perlu dicemburui.

Perjuangan hidup

Page 30: Nota Sajak Blog

PERUTUSAN

Setiap karya sastera tidak terkecuali sajak, pasti mempunyai amanat atau sesuatu gagasan yang mahu disampaikan oleh pengarang atau penyairnya. Di dalamnya terdapat sekurang-kurangnya satu atau lebih perutusan atau mesej agar para pembaca sajaknya mengetahui kehendaknya menulis sajak itu, sekira-kira dapat ditangani bersama-sama, lalu memperoleh penyelesaian atau tindak balas yang sewajarnya. Tanpa perutusan atau amanat di dalam sesebuah sajak itu, maka ibarat perahu tanpa pengayuh, tentulah terkatung-katung tidak tentu arah.

Perutusan yang hendak disampaikan itu tergantung kepada keadaan pekerjaan, cita-cita, pandangan hidup dan kepercayaan yang dipegang oleh penyair. Ada puisi-puisi yang bertujuan hendak mengajar, menguatkan kepercayaan agama, mengajak berfikir atau menaikkan semangat dan sebagainya lagi.

Dalam sesebuah sajak selalunya terlihat beberapa perutusan yang juga dikenali sebagai amanat, motif, pesanan atau tujuan sebenar penyajak menghasilkan sajak.

Ia bersifat positif dan menuju kepada maksud kehidupan yang baik. Ia juga dianggap semacam pesanan yang baik kepada pihak pembaca.

Dalam sesebuah sajak itu boleh terdapat satu atau lebih perutusan yang mungkin disampaikan secara nyata atau mungkin juga secara tersembunyi. Contohnya dalam sajak ‘Perahu Penambang Belayar Malam’ oleh Dino M.N misalnya menekankan perutusan:

1. Rajin dan gigih mencari rezeki hingga malam seperti hidup penambang banyak mendatangkan pendapatan.

2. Seorang penambang yang berhati-hati dan bersopan ketika memandu dapat memberikan gambaran yang baik kepada pelancong yang menaiki perahu mereka.

Para pelajar bolehlah mencatatkan lagi kalau ada perutusan lain yang boleh kamu dapati sendiri.

Ringkasnya, perutusan ialah apa yang hendak disampaikan kepada para pembaca melalui sajaknya. Biasanya penyair mengharapkan sesuatu yang positif, amanat dan maksud yang tersirat/tersurat.

PENGAJARAN

Tidak jauh bezanya dengan pengertian perutusan atau mesej sebelum ini. Apabila ada perutusan, maka dengan sendirinya di sebaliknya perutusan itulah terkandungnya pengajaran.

Terdapatnya nilai-nilai murni dan nilai-nilai moral yang di sampaikan oleh penyajak kepada pembaca (pelajar).

Page 31: Nota Sajak Blog

Pengajaran di dalam sesebuah sajak itu, tidak hanya tertumpu kepada satu sahaja. Malah boleh lebih daripada itu. Terserahlah kepada pembacanya untuk menampilkan pengajaran atau pengajaran-pengajaran di dalam sajak yang dinikmatinya.

Tujuannya ialah membentuk peribadi mulia di kalangan masyarakat (pelajar).

Dalam penyampaikan pengajaran kamu boleh memulakan ayat seperti:

“Kita hendaklah………” “Kita seharusnya………” “Kita jangan………” “Kita tidak boleh………”“ita janganlah………”“kita elakkan……...”.

Contoh pengajaran dalam sajak ‘Tentera Pulang Dari Medan Perang’ karya A.S Isma:

1. Kita hendaklah mengelakkan daripada peperangan kerana ianya membawa kepada penderitaan, kematian, pencemaran alam dan kehilangan.

2. Kita janganlah menyelesaikan setiap masalah dengan peperangan kerana ianya tidak akan membawa kepada keamanan negara.

3. Kita sentiasalah memaafkan orang lain sekalipun dia musuh kita kerana dengan adanya maaf, kita akan hidup dengan tenang.