analisis bentuk sajak

Download Analisis bentuk sajak

If you can't read please download the document

Post on 21-Jun-2015

6.977 views

Category:

Education

9 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tolong kemaskan lagi sebelum digunakan. Slide ini saya gunakan untuk ulangkaji saja.

TRANSCRIPT

  • 1. ANALISIS SAJAK BENTUK SAJAK

2. Perkara-perkara yang perlu dihuraikan dalam menjawab soalan:- Rangkap Baris Suku kata Rima Terikat Bebas 3. Rangkap Istilah ini hanya digunakan untuk puisi. Dalam prosa, perkataan rangkap tidak digunakansebaliknya perkataan perenggan atau paragraf lahyang digunapakai. Rangkap paling minimum adalah satu rangkap. 4. Contoh:Bagaikan anjing yang menunggutuannyakerana hanya seketul tulangyang dilekati Rangkap 1cebisan dagingBagaikan bangau-bangaumencintai Rangkap 2 Sajak inisungai kerana ikannyamempunyai tigaDemikian manusia mengikat rangkapdirinyakerana sesuatu yangdicintainya Rangkap 3bagaikan kelkatu-kelkatuyang mennyambar api lilinia mati keranacintanyapada sinar lilin 5. Baris Bentuk sebenar sajak dikenalpasti denganmengetahui barisnya. Baris dikira mengikut rangkap. (setiap rangkapdikira barisnya). Jumlah baris bagi setiap rangkap menentukannama atau panggilan rangkap tersebut. 6. Monoton Istilah yang digunakan bagi sajak yang hanya terdapat satu barisdalam serangkap. Teknik ini jarang kita temui namun pernah digunakan oleh YusufM.D. dalam sajaknya Gadis di Pantai contohnya:Kini di pesisir pantai yang mengulum rindu geloraDan sepoi bayu yang menyapaGadis di pantai berpesan juaOh! Gelora akan sepikahHati yang rindu ini ke pelabuhan sana?MonotonGadis di pantai rindu menunggu nur tiba. 7. Distikon Perkataan ini berasal dari perkataan dia yang bermaksd dua. Istilah ini dugunakan untuk menamakan sajak yangmengandungi dua baris dalam serangkap. Contohnya sajak Sederhana Saja oleh Masuri S.N:Dari Musim berlepas dengan kembang mengharumDistikonTanah menerima rontokan bunga gugur tersenyum DistikonDari atas suara muzik suci mengiringSatria berbakti dalam pertiwi terbaring 8. Terzina Istilah ini merujuk kepada rangkap sajak yang mengandungi tiga barisserangkap. Contoh sajak yang mengandungi rangkap jenis ini adalah sajak oleh UsmanAwang yang berjudul Dunia Sejahtera:Sisa hidup ini akan kita pelihara,Dengan tanah bersama pohon menghijau indah,TerzinaDi atas tulang yang kurus, daging dan darah.Sayang tanah yang sudah kerecikan api,Yang lama bermula belum jua padam hingga kini, TerzinaMeski tawaran damai pernah diberi. 9. Quatrain Istilah yang digunakan bagi rangkap yang mengandungi 4 barisdalam satu rangkap. Perkataan ini berasal dari kata quarter atau atau satuperempat dalam bahasa Inggeris. Bentuk ini terdapat dalam sajak Senja di Desa oleh Masman:Wajah senja berkilau-kilauan QuatrainSungai Jengal beralun tenanglumba-berlumba bergalah sampanriang petani berdayung pulang. 10. Quint Istilah ini adalah bagi rangkap yang mengandungi lima barisdalam satu rangkap. Contohnya sajak Oh Tuhan oleh Pungguk:Oh Tuhan?Anugerahilah cinta-MuKe sanubari setiap ronggakuQuintSudah bertahun aku tersemuSesak nafas lidahku kelu. 11. Sekstet Istilah ini berasal dari perkataan Inggeris iaitu six atau enam. Bentuk ini merujuk kepada sajak yang mengandungi enam barisserangkap. Contohnya sajak Kemelut oleh A.Samad Said: Bila diplomat bercanda di puncak Bersama roket yang sedia meledak Malam ini atau subuh nanti Sekstet Tak usah kita berdoa juga menadah Bunga atau peluru terpaksa diterima dahulu Kerana suara kita, ya, angin timur diburu. 12. Septaim Septaim ialah rangkap yang mengandungi tujuh baris dalamserangkap.Contonya sajak percakapan antara dua buah benua karya Masuri S.N: Benua XBerapa lama kita telah mengharungi mayaBertanyalah kau pada bulanPada bintang yang menyinar tertuju rataSeptaimAku ingat pada setan yang menyapaKita manusia katanya mudah diperkosaAku sekarang serasa tidak mahu percayaPada ayah pada kau pada siapa saja. 13. Oktaf Istilah ini digunakan untuk rangkap yang mengandungi lapanbaris dalam serangkap.Dalam sajak Sumpah Sakti oleh Sanusi Pane terdapat bentuk ini:Terdengar suara kepada kami,Melayang di atas gempar dunia,Percaya datang zamannya nanti,OktafKaum marhaen jadi mulia,Akan sama pembahagi harta,Orang semua mendapat nasi,Sehingga bumi jadi sentosa,Tidak tahu perbantahan lagi. 14. Soneta Sajak ini mengandungi empat belas baris secara totalnya iaiturangkap pertama dan kedua masing-masing empat baris dalamserangkap kemudian rangkap ketiga dan keempat masing-masing mengandungi tiga baris dalam serangkap. Soneta juga terdapat dalam sajak yang:- mengandungi dua rangkap sekstet dan satu rangkapdistikon,- mengandungi tiga rangkap quatrain dan satu rangkap distikon,- mengandungi dua rangkap quint dan dua rangkap distikon. Sajak Gembala oleh Muhammad Yamin mengandungi unsurini: 15. Perasaan siapa takkan nyala,Melihatkan anak berlagu dendang,Seorang saja di tengah padang,Tiada berbaju buka kepala.Beginilah nasib anak gembala,Berteduh di bawah kayu nan rendang,Semenjak pagi meninggalkan kandang,Pulang ke rumah di senjakala.Jauh sedikit sesayup sampai,Terdengar olehku bunyi serunai,Melagukan alam nan molek permai.Wahai gembala di segara hijau,Mendengarkan puputmu menurutkan kerbau,Mahulah aku menurunkan dikau. 16. Contoh: Rangkap iniBagaikan anjing yang menunggutuannyamengandungi limakerana hanya seketul tulangbaris dalam satuyang dilekati rangkap iaitu Quintcebisan daging Rangkap iniBagaikan bangau-bangau mengandungi tigamencintaibaris dalam satusungai kerana ikannyarangkap iaituDemikian manusia mengikat Terzinadirinyakerana sesuatu yangdicintainya Rangkap inibagaikan kelkatu-kelkatu mengandungiyang mennyambar api lilinsembilan barisia mati keranadalam satu rangkapcintanyapada sinar lilin 17. Suku Kata Suku kata juga ada kalanya boleh menentukan bentuk sesebuahsajak. Dalam pantun dan syair terdapat kira-kira lapan hingga duabelas suku kata. Dalam sajak tidak terikat kepada jumlah suku kata. Contoh suku kata itu adalah seperti berikut: 11 Suku kataPe/ra/sa/an/ si/a/pa/ tak/kan/ nya/la, 11 Suku kataMe/li/hat/kan /a/nak/ ber/la/gu /den/dang,10 Suku kataSe/o/rang/ sa/ja /di/ ten/gah/ pa/dang, 11 Suku kataTi/a/da/ ber/ba/ju/ bu/ka/ ke/pa/la.{Suku kata paling pendek dan paling panjang perlu dinyatakan}. 18. Rima Rima terbahagi kepada tiga, iaitu:1. Rima awalRima awal terjadi pada suku kata awal setiap baris puisi samada lama atauModen (dikenal juga dengan anafora).2. Rima tengahRima berselang atau bertentangan bunyi pada suku kata di tengah-tengahbaris.3. Rima akhirRima akhir ialah bunyi suku kata akhir dalam sesebuah puisi sama adasecara bertentangan atau secara sama (dikenal juga dengan epifora). 19. Contoh ketiga-tiga rima:Rima awal:Dari mana punai melayang,Dari sawah turun ke padi;Dari mana datangnya sayang,Dari mata turun ke hati.Rima tengah:Buah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan,Saya budak baru belajar,Kalau salah tolong tunjukkan. 20. Rima akhir:Pulau pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga. 21. Terikat Terikat bermaksud sajak yang tidak bebas malah terbawa-bawakepada unsur puisi tradisi khususnya pantun dan syair. Kedua-dua puisi klasik ini mempunyai ciri-ciri yang ketat dansyarat-syarat yang perlu dipatuhi dari segi bait, rima, baris, sukukata, dan sebagainya.1. Terikat kepada Pantun2. Terikat kepada Syair 22. Ciri-ciri sajak yang terikat kepada pantun: Dalam pantun terdapat empat baris serangkap dengan rimaakhir a/b/a/b/. Ia disebut juga pantun empat kerat. Setiap baris pantun mengandungi kira-kira empat perkataanatau antara lapan hingga dua belas suku kata. Dalam sesuatu rangkap ada empat baris, baris pertamadikatakan sebagai pembayang maksud dan baris ketiga dankeempat sebagai maksud. Sesuatu rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan membawamaksudnya secara langsung. 23. Ciri-ciri sajak yang terikat kepada syair: Sajak yang dipengaruhi sebahagian atau sepenuhnya olehciri-ciri syair. Syair juga mengandungi empat baris setiap rangkap denganrima akhirnya sama iaitu a/a/a/a/. Setiap baris mengandungi empat perkataan atau antara lapanhingga dua belas suku kata seperti pantun juga. Syair merupakan gambaran peristiwa atau cerita. Rangkap syair jarang boleh berdiri kerana antara saturangkap dengan rangkap yang lain saling berkesinambungan. 24. Bebas Sajak-sajak terkini rata-rata berbentuk bebas. Bentuk bebas ini memiliki ciri-ciri tersendiri yang bolehdiperhatikan dengan jelas dan dibuat perbandingan. Keseluruhan sajak yang terkandung dalam buku Antologi sajakCermin Diri adalah berbentuk bebas. 25. CONTOH MENERANGKAN BENTUK SAJAK CONTOH SAJAKCONTOH HURAIANBagaikan anjing yang menunggutuannyaSajak ini ada tiga rangkap.kerana hanya seketul tulang Rangkap pertama sajak iniyang dilekaticebisan dagingmengandungi lima baris iaitu quintdengan baris pertama menggunakanBagaikan bangau-bangaumencintai sembilan suku kata, baris kedua tigasungai kerana ikannyasuku kata, baris ketiga sepuluh sukuDemikian manusia mengikat Kata, baris keempat ada lima sukudirinyakerana sesuatu yang Kata dan baris kelima mengandungidicintainya lima suku kata.bagaikan kelkatu-kelkatuyang mennyambar api lilinia mati keranacintanyapada sinar lilin