sajak tiba waktunya
DESCRIPTION
Komsas Ting 4TRANSCRIPT
Antologi Harga Remaja
Tiba Waktunya
Rangkap 1Angin musim semakin deras dan ganas meniup tamadun ke era yang pantaslihatlah siapa mereka yang memanjang langkahmerebut tunas – tunas harapan yang hijaudari putik dan pucuk berembun kemilau.
Perubahan zaman dengan pelbagai kemajuan bergerak pantas. Manusia merebut segala
peluang daripada kemajuan tersebut.
Rangkap 2Haruskah kita tunduk mengutip sisa – sisa atau berada di sana meraih sejahtera ? Usah kautanya persoalan dilemakerana ini bukan waktunyauntuk berhujah perlu tidaknyadan masa pun tidak akan menantibuat mewajar padah atau simpati .
Penyajak bertanya sama ada kita harus tunduk
dan hanya mengutip sisa –
sisa peluang daripada kemajuan itu atau
berada dalam zaman dan kemajuan itu untuk memperoleh kejayaan.
Rangkap 3Wanita zaman siberperlu mengacung mindake tengah arena suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasimenuju wawasan era globalisasi.
Penyajak menyeru agar wanita zaman siber mengangkat fikiran ke tengah arena zaman kemajuan kerana suara dan kekuatan wanita itu adalah pemangkin aspirasi menuju era globalisasi.
Rangkap 4Lepaskan segala belenggu kedaifanhuraikan segala keliru kekusutanwanita zaman ini perlu bangun berani yakin diri tahan diujitinggi pekerti anggun gerak – geri terunggul dalam segalasegi.
Penyajak menyeru agar segala belenggu kedaifan dilepaskan dan menghuraikan segala kekeliruan dan kekusutan. Malah, wanitahari ini perlu berani bangun, mempunyai keyakinan diri, dan tahan diuji. Walaubagaimanapun,golongan wanita hendaklah mempunyai pekerti yang tinggi dan bersopan dalam setiap tindakan.Wanita hari ini mesti unggul dalam segala aspek kehidupan.
Rangkap 5Mari kita jana semua upayadalam menjulang citra seluruh wanita dengan kudrat mental juga fizikalberbekal iman dan semangat cekalkita gerakkan kemampuan yang pukal.
Penyajak menyeru agar semua wanita bersama – sama menjanakan keupayaan menerusi kekuatan mental dan fizikal dengan berbekalkan iman serta semangat dalam usaha memartabatkan citra wanita. Usaha ini hendaklah dilaksanakan secara kolektif.
Rangkap 6Kini sudah tiba
waktunyaKita bertakhta di
persada dunia.
Penyajak menyedarkanseluruh wanita bahawa sudah tiba waktunya wanita bertakhta di persada dunia.
TEMA
Persiapan dan usaha mengangkat wanita dalam menghadapi cabaran, merebut peluang yang ada, dan memainkan peranan dalam era globalisasi.
PERSOALAN
peranan wanita amat penting dan menjadi pemangkin dan aspirasi kepada negara dalam menghadapi era globalisasi,
wanita hari ini mesti berani dan yakin akan diri untuk melepaskan diri daripada belenggu kedaifan,
kekuatan minda dan suara wanita hari ini semakin penting untuk diketengahkan dalam membantu menghuraikan segala kekusutan pada bangsa dan negara,
wanita hari ini tidak harus meninggalkan kesopanan tetapi mesti memiliki ketinggian budi dalam semua aspek,
kemajuan dunia berlaku dengan pantas, golongan wanita mempunyai peranan dan
kekuatan untuk memenuhi aspirasi bagi menjayakan wawasan, khususnya dalam era globalisasi.
BENTUK SAJAK
Sajak “Tiba Waktunya” terdiri daripada enam rangkap, iaitu rangkap pertamanya mengandungi lima baris, rangkap kedua mengandungi tujuh baris, dan rangkap ketiga mengandungi empat baris ayat, rangkap keempat sajak ini ada enam baris, rangkap kelimanya dengan lima baris, dan rangkap keenam pula hanya ada dua baris ayat.
Jumlah perkataan dalam sajak “Tiba Waktunya” ini tidak seimbang. Misalnya, dalam rangkap ketiga, baris pertamanya mengandungi tiga patah kata, baris kedua dengan lima patah kata, baris ketiga mengandungi enam patah kata, dan baris keempat pula mengandungi empat patah kata.
Jumlah suku kata dalam setiap baris dalam sajak ”Tiba Waktunya” juga tidak kekal. Contohnya, pada baris pertama dalam rangkap ketiga terdapat tujuh suku kata tetapi dalam baris keempatnya pula ada tiga belas suku kata.
Rima akhirnya bebas : aabcc,aaaaabb,abcc,aabbbb,aabbb,aa.
Kesimpulannya,sajak “Tiba Waktunya” berbentuk bebas. Sajak ini tidak terikat dengan ciri – ciri khusus seperti ciri pantun atau syair.
NADA
Sajak “Tiba Waktunya” telah mengajak wanita hari ini bangkit segera untuk mencapai kemajuan diri. Oleh itu, penyajak hendaklah mempunyai nada tinggi, tegas, dan lantang dalam menyampaikan mesej dalam sajak ini. Tegasnya, sajak “Tiba Waktunya” bernada patriotik.
GAYA BAHASA
Pemilihan kata atau diksinya indah ( puitis )
Contohnya: dari putik dan pucuk berembun kemilau.
Inversi
Contohnya: lihatlah siapa mereka yang memanjangkan langkah
Perlambangan atau imejan
Contohnya: tunas – tunas harapan yang hijau Metafora
Contohnya: suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi
Penggunaan kata pinjaman
Contohnya: siber, aspirasi, globalisasi Perulangan kata
Contohnya: era, wanita
UNSUR BUNYI
Asonansi
perulangan bunyi vokal e: Contohnya: Lepaskan segala
belenggu kedaifan Aliterasi
perulangan bunyi konsonan k: Contohnya: huraikan segala keliru
kekusutan
NILAI
Keberanian - penyajak menyeru kaum wanita agar berani mengetengahkan pemikiran dan idea mereka. Tinggi budi - golongan wanita mesti pekerti mengekalkan sifat bersopan santun dalam mengharungi dunia globalisasi. Kegigihan - sajak ini ada menyatakan bahawa usaha gigih dengan menggunakan pelbagai kebolehan dan keistimewaan diri mampu menjanakan kejayaan yang cemerlang.
Yakin diri - penyajak mengatakan bahawa wanita pada zaman ini perlu mempunyai keyakinan diri
untuk menempuh cabaran. Bercita – cita - penyajak menggalakkan wanita tinggi supaya mempunyai cita – cita yang tinggi untuk mencapai kemajuan pada era globalisasi.
PENGAJARAN
Golongan wanita mestilah mempunyai peranan penting dalam memajukan negara. Dalam mengejar kemajuan, iman mestilah
kukuh. Kekuatan mental, fizikal, iman dan semangat
hendaklah digerakkan secara kolektif bagi menjamin usaha memartabatkan wanita.
Rakyat negara ini hendaklah berani bersaing. Jangan mudah mengaku kalah ketika melihat
kemajuan orang lain.
Setiap wanita mesti bergerak pantas untuk mengambil peluang daripada perubahan kemajuan dan tamadun agar tidak ketinggalan.
Setiap usaha mestilah dilaksanakan dengan keyakinan diri yang tinngi agar cabaran dan dugaan dapat ditangani.
DISEDIAKAN OLEH :
NUR AMIZA BINTI MASROL