sajak dirgahayu bahasaku

Download Sajak Dirgahayu Bahasaku

Post on 20-Jul-2015

192 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Sajak Dirgahayu Bahasaku Ahmad Sarju Maksud Rangkap 1 Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara. Rangkap 2 Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan bangsa. Rangkap 3 Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini. Rangkap 4 Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa. Rangkap 5 Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencaipta kejayaan dalam alaf baru ini. Tema Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya. Persoalan 1. Sayang akan bahasa kebangsaan 2. menghargai sumbangan bahasa kebangsaan 3. hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu 4. keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan Gaya Bahasa 1. Sinkof tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu, bahasamu, tak 2. Metafora lautan bijaksana 3. Personifikasi Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan - bahasaku mencengkam 4. Inversi gagah pelautku membelah lautan - di arena antarabangsa suaramu tumbuh 5. Anafora hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu

6. Pengulangan ke barat dan ke timur ke utara dan ke selatan Nilai 1. Semangat patriotik 2. Hormat-menghormati 3. Semangat perpaduan 4. Yakin diri Pengajaran 1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri. 2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan. 3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. 4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.

Sajak Tingkatan 5 Kecek (V) Awang AbdullahMaksud Rangkap 1 Seorang pengarah syarikat mengumpulkan kekayaannya dengan melakukan penipuan atau pecah amanah dan perkara itu menyusahkan orang lain. Rangkap 2 Seorang petani di kampung pula berusaha dengan tenaga dan kudrat yang dimilikinya untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya yang ramai. Namun begitu, dia tidak pernah mengambil harta atau kekayaan orang lain untuk meneruskan kehidupannya yang sekian lama dalam kemiskinan. Rangkap 3 Seorang nelayan yang hidup miskin meneruskan hidupnya dengan mencari rezeki di laut untuk membesarkan anak-anaknya. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain semasa mencari rezeki walaupun dia sudah lama hidup dalam keadaan susah. Rangkap 4 Walau bagaimanapun, Tuhan tidak pernah mungkir untuk mencatatkan setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia untuk menegakkan keadilan pada hari pembalasan nanti. Tema Pertentangan sikap antara orang kaya yang tidak amanah dengan orang miskin yang jujur. Persoalan 1. sikap orang kaya yang menyusahkan orang lain 2. kegigihan petani yang berusaha untuk mencari rezeki 3. ketabahan nelayan yang mencari rezeki untuk menanggung keluarga 4. hari pembalasan pasti akan dihadapi oleh setiap orang Gaya Bahasa 1. Metafora akaun kemiskinannya - pagar sengsara - akaun sengsaranya - ruang kedaifan - rahang laut - pusaran nasib - rumah keadilan 2. Pengulangan tetapi, ke dalam, di, ke dalam 3. Asonansi yang telah lama pecah 4. Aliterasi - dia mencantum kemiskinan Nada

Sinis Nilai 1. Kejujuran 2. Kegigihan 3. Ketabahan 4. Keadilan Pengajaran 1. Kita hendaklah mencari harta kekayaan dengan cara yang halal. 2. Kita haruslah gigih berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarga. 3. Kita mestilah percaya akan balasan Tuhan kepada orang yang tidak amanah. 4. Kita tidak patut mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain untuk memperoleh kekayaan.

Hikayat Langlang BuanaSinopsis Cerita Inang kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mengatakan bahawa dia bermimpi pada malam sebelumnya dan tuan puteri juga bermimpi perkara yang sama. Inang mengatakan bahawa itulah tandanya tuan puteri akan mendapat jodohnya. Seperti biasa, tuan puteri mengajak inang-inangnya mandi di tasik yang dijaga oleh peri. Peri itu pula memberitahu perkara itu kepada Raja Indera Bumaya dan menyuruhnya supaya bersembunyi untuk melihat tuan puteri itu dan apabila baginda terpandang akan tuan puteri itu, baginda terus tertarik kepadanya. Raja Indera Bumaya pun menjadikan dirinya seekor burung bayan yang cantik iaitu matanya dibuat daripada intan dan bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas. Tuan puteri tertarik oleh burung bayan itu dan meminta inangda supaya menangkap burung itu. Namun begitu semua dayangnya gagal untuk menangkap burung bayan itu hinggalah dayang-dayang menyarankan supaya tuan puteri sendiri yang menangkapnya. Tuan puteri berasa sangat gembira kerana burung bayan itu terus hinggap pada tangan tuan puteri. Burung bayan itu bukan sahaja cantik, malahan pandai berpantun dan berkata-kata serta boleh menukar dirinya menjadi burung nuri dan bunga yang sudah dikarang. Burung bayan itu sebenarnya datang dari negeri Lela Gambar iaitu dari kawasan matahari naik atau dari Timur lalu dibawa ke mahligai tuan puteri. Burung bayan yang sebenarnya Raja Indera Bumaya itu telah bertukar menjadi burung nuri dan seterusnya menjadi bunga yang sudah digubah lalu dicium oleh tuan puteri dan Raja Indera Bumayapun mengembalikan dirinya yang asal dan tuan puteri jatuh cinta kepadanya. Tuan puteri menjamu Raja Indera Bumaya dan seterusnya mereka bergembira dan bergurau senda dengan semua dayang. Empat orang menteri dan empat orang hulubalang yang mengawal tuan puteri dari bawah mahligai, menyampaikan berita tentang tuan puteri membawa masuk lelaki ke dalam mahligainya kepada Raja Bahrum Dewa iaitu ayahanda Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Perkara itu menyebabkan Raja Bahrum Dewa sangat murka dan menitahkan hulubalang serta rakyat mengepung lelaki itu pada malam itu juga. Setelah tuan puteri mengetahui berita tentang hulubalang dan rakyat datang ke mahligainya untuk mengepung dan menangkap Raja Indera Bumaya, dia berasa takut dan sedih kerana tidak sanggup berpisah dengannya. Raja Indera Bumaya pun menyeru geliga daripada Raja Johan Shahperi dan keluarlah empat jin yang menyerupai manusia yang lengkap bersenjata untuk menangkis serangan hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa. Hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa itu gagal

untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perkara ini menyebabkan Raja Bahrum Dewa menjadi semakin murka dan menitahkan semua rakyatnya mengepung Raja Indera Bumaya. Perkara itu menyebabkan tuan puteri berasa semakin takut tetapi perkara itu membuktikan cinta dan sayangnya kepada Raja Indera Bumaya. Raja Indera Bumaya kemudiannya menyeru gemala hikmat daripada Raja Johan Shahperi dan keluarlah empat ribu jin yang akan berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa. Dalam peperangan itu banyaklah darah yang tumpah ke bumi. Tema Kasih sayang yang mendalam terhadap orang yang tercinta. Persoalan 1. Kebijaksanaan dalam memikat orang yang disayangi. 2. Keberanian dalam menempuh rintangan 3. Menghormati tetamu yang datang 4. Ketaatan kepada raja atau ketua 5. Tolong-menolong dalam kehidupan Watak dan Perwatakan 1. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi i. Puteri Raja Bahrum Dewa ii. Penyayang sayang kepada Raja Indera Bumaya iii. Penyedih menangis kerana takut kepada ayahandanya yang hendak menangkap Raja Indera Bumaya. iv. Menghormati tetamu menghormati Raja Indera Bumaya dan melayan baginda dengan baik dan menjamu baginda. 2. Raja Indera Bumaya i. Putera raja dari negeri Lela Gambar ii. Boleh bertukar rupa menjadi burung bayan, burung nuri dan bunga. iii. Bijaksana - bijaksana untuk memikat tuan puteri iv. Penyayang - sayang akan tuan puteri v. Memiliki geliga sakti 3. Peri i. Penjaga tasik tempat tuan puteri mandi. ii. Suka menolong orang - menyuruh Raja Indera Bumaya bersembunyi untuk melihat tuan puteri. 4. Raja Bahrum Dewa

i. Ayahanda Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi ii. Garang dan tegas - menitahkan menteri dan rakyatnya menangkap Raja Indera Bumaya yang berada di dalam mahligai tuan puterinya. 5. Inangda i. Sentiasa menemani tuan puteri ii. Patuh akan arahan tuan puteri - menurut perintah tuan puteri agar menangkap burung bayan. Gaya Bahasa 1. Pantun Gambar di dalam puan, Dang Jirat duduk menyuji; Jika beta khabarkan tuan, Tuan nescaya ghairat dalam di hati. 2. Simile seperti bunga raya yang baharu kembang 3. Bahasa klasik syahadan, alkisah, perwara, bercetera, berlangir 4. Bahasa istana baginda, tuan puteri, tuanku, santap Teknik Plot 1. Pemerian pemerian tentang Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dengan dayang-dayang pergi ke kolam untuk mandi. 2. Dialog dialog antara tuan puteri dengan Raja Indera Bumaya semasa di dalam mahligai tuan puteri 3. Saspens - Raja Indera Bumaya hendak ditangkap oleh menteri dan rakyat Raja Bahrum Dewa. Latar Masa 1. Waktu pagi 2. Waktu siang 3. Waktu malam Tempat

1. Di tasik - Tuan puteri mengajak inang-inangnya mandi di tasik. 2. Di mahligai tuan puteri - Tuan puteri menjamu Raja Indera Bumaya dan seterusnya mereka bergembira dan bergurau senda dengan semua dayang. 3. Di istana Raja Bahrum - Empat orang menteri dan empat orang hulubalang yang mengawal mahligai tuan puteri itu menyampaikan berita tentang Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi membawa masuk lelaki ke dalam mahligainya kepada Raja Bahrum Dewa. 4. Negeri Lela Gambar - Burung bayan datang dari negeri Lela Gambar iaitu dari kawasan matahari naik atau dari Timur. Masyarakat 1. Masyarakat feudal - susun lapis masyarakat yang terdiri daripada raja, pembesar dan rakyat. 2. Masyarakat peri - masyarakat jin yang menyerupai manusia dan bertu