sajak “persahabatan”

Download SAJAK “PERSAHABATAN”

Post on 13-Jan-2016

153 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SAJAK “PERSAHABATAN”. MAKSUD Seorang kanak-kanak Melayu berbaju kurung , berlesung pipit dan beralis lentik sedang bermain -main dan wajahnya terpancar kegembiraan serta sentiasa tersenyum . Ketawanya yang berderai memecahkan suasana. RANGKAP 1. anafora. personifikasi. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

  • SAJAK

    PERSAHABATAN

  • Seorang kanak-kanakberbaju kurung nampak cantikberlesung pipit beralis lentikbermain-main riang,bermain keseoranganpada wajahnya meriak gembirapada bibirnya menguntum ceriaberderai ketawa mengocak suasana RANGKAP 1MAKSUDSeorang kanak-kanak Melayu berbaju kurung, berlesung pipit dan beralis lentik sedang bermain-main dan wajahnya terpancar kegembiraan serta sentiasa tersenyum. Ketawanya yang berderai memecahkan suasana. anaforapersonifikasi

  • RANGKAP 2

    Seorang kanak-kanakBerpakaian ceongsam bertocang duaBergincu pipi tampak ceriaTiba-tiba datang menerpa bertegur sapaMenghulur senyum dan ketawa manjaPada wajahnya menyerlah kerianganMereka bermain alang-kepalangBerkejar-kejaran tanpa halanganMAKSUD

    Seorang kanak-kanak Cina yang berpakaian ceongsam, rambutnya bertocang dua, bergincu di pipi dan wajahnya ceria telah menegur/menyapa kanak-kanak Melayu itu dengan senyuman manja. Mereka bermain bersungguh-sungguh tanpa sebarang prasangka/ada perasaan bimbang.

  • RANGKAP 3Seorang kanak-kanakBersari bergelang kakiBertindik hidung menguntum seriMelihat saja telatah manjaSi comel berdua,bermain dan tertawaDirinya bagai digamit bermain bersamaMengongsi kemesraanMenterjemah makna kejiranan

  • RANGKAP 4Ah, kanak-kanakBiar berlainan agamaBiar berlainan bangsaMereka saling bersalamanDan berpeluk mesraTanpa menghiraukan adat dan budaya; membina keakraban tanpa curiga membentuk perpaduan tanpa prasangkaBersatu hati membentuk jati diriKe arah wawasan lebih bererti!MAKSUD

    Kanak-kanak yang berlainan agama dan bangsa saling bersalaman dan berpeluk mesra tanpa mengira adat dan budaya demi mewujudkan hubungan baik serta perpaduan tanpa sebarang prasangka. Mereka bersatu hati bagi membentuk jati diri ke arah pembentukan wawasan negara yang lebih bererti.

  • TEMA Perpaduan kaum dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya seperti rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia hidup harmoni dan aman damai walaupun terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India kerana mereka hidup berbaik-baik,saling menghormati dan bertolak ansur dalam semua perkara.

  • PersoalanKeseronokan kanak-kanak yang sedang bermain-main.Kanak-kanak tidak mengenal erti perkauman.Pemupukan perpaduan hendaklah disemai sejak kecil.Perpaduan akan menjamin keamanan.

  • Nada : Romantis

    Bentuk Ada empat rangkapBilangan baris setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap 1 mempunyai 7 baris, rangkap 2 dan rangkap 3 mempunyai 8 baris, dan rangkap 4 mempunyai 10 baris.

  • Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara 2 hingga 5 patah kata atau 5 hingga 15 suku kata sebaris. Contohnya:Seorang kanak-kanak ( 3 patah kata / 7 suku kata )berpakaian ceongsam bertocang dua ( 4 patah kata / 12 suku kata)Sajak ini berbentuk bebas.

  • Unsur-unsur bunyi :Asonansi : berlesung pipit beralis lentik ( pengulangan vokal i ) Aliterasi : berkejar-kejaran tanpa halangan ( pengulangan konsonan n ) Rima akhirnya bebas ( rangkap 1 : abbcddd, rangkap 2 : abbbbcdc, rangkap 3 : abbcccdd, rangkap 4 : abbcbbbbdd ).

  • Gaya BahasaRepetisi. Contohnya, Seorang kanak-kanak ( diulang pada rangkap 1, rangkap 2 dan rangkap 3 pada baris 1 )

    Anafora. Contohnya, biar berlainan agamabiar berlainan bangsa.

  • Responsi. Contohnya, membina keakraban tanpa curigamembentuk perpaduan tanpa prasangka

    Simile. Contohnya,bagai digamit main bersama

  • Personifikasi. Contohnya, ketawa mengocak suasana

  • Nilai Hormat-menghormati. Contohnya, tiga orang kanak-kanak itu saling bersalaman.

    Kasih sayang. Contohnya, tiga orang kanak-kanak itu berpeluk mesra tanpa menghiraukan perbezaan adat dan budaya mereka.

  • PengajaranKita hendaklah bergaul mesra dengan pelbagai kaum untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan.

    Kita hendaklah bersatu padu demikesejahteraan negara.

  • Kita hendaklah bersatu hati demi mencapai wawasan negara.

    Kita hendaklah melatih anak-anak agar berbaik-baik dengan semua bangsa dan kaum.

  • TAMAT

    *