pembentangan - puisi (sajak)
TRANSCRIPT
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
NATIONAL LANGUAGEMPW 1213
AHMAD ZAKI BIN OSMAN
0952037
DEFINISI PUISITulisan berirama, terikat oleh bentuk
lahir yang tertentu dan mengutamakan keindahan dan imaginasi untuk mencapai kebenaran.
Ungkapan atau rangkaian kata-kata dalam sebuah rangkap, disusun berserta dengan irama, bunyi, rima dan kiasan.
TUJUAN PUISISebagai satu medium untuk meluahkan
perasaraan atau tekanan yang menghimpit jiwa manusia.
Sebagai satu kaedah untuk berinteraksi antara satu sama lain.
Sebagai satu medium pembelajaran untuk meraikan satu-satu majlis.
BENTUK PUISI
P a n t u nS y a i rG u r i n d a mS e l o k aS a j a k
SAJAKPuisi moden.
Bebas daripada ikatan tradisi
Berbeza daripada puisi dan syair.
Muncul hasil daripada perubahan sikap, pemikiran, pandangan, dan beberapa aspek kehidupan hasil daripada pengaruh Barat.
Sajak boleh dibahagikan kepada dua:
◦Sajak bebas (Verslibre)
◦Sajak Konkrit
Sajak BebasSajak ini tidak terikat dengan sebarang
bentuk.
Rentak berubah-ubah dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain.
Jumlah perkataan / suku kata untuk baris-baris sajak itu tidak diseimbangkan.
Sajak ini tidak mengambil kira soal keseimbangan jumlah baris, jumlah suku kata dan juga rima.
Pengucapan sajak lebih kepada peniruan percakapan yang diperhalusi sehingga menjadi lebih ekonomis dan puitis.
Sajak Konkrit
Aspek penglihatan menjadi asas kepada pembentukan sajak jenis konkrit.
Antara aspek konkrit yang boleh dikenalpasti ialah:
◦Bentuk◦Tempat◦Iklim
CIRI-CIRI SAJAK 1.Tema
Tema merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam sajak, contohnya tema kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan negara.
2.Persoalan
Persoalan pula merupakan perkara sampingan yang hendak disampaikan. Misalnya, sesebuah sajak akan menyelitkan persoalan kasih sayang, kemarahan, dan kekecewaan dalam sajak tersebut
3.Bentuk
Jenis bentuk, bilangan rangkap, jumlah baris, jumlah suku kata dalam baris, jumlah perkataan dalam baris dan rima akhir setiap baris.
4.Gaya Bahasa
i.Perbandingan
(a) Metafora
Perbandingan yang tidak jelas. Penggunaannya secara langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bak, umpama.
(b) Hiperbola
Gaya bahasa yang keterlaluan. Biasanya digunakan untuk memberi penekanan maksudnya berhubung dengan perasaan dan suasana.
c) Personofikasi
Benda yang tidak hidup, peristiwa atau keadaan diberi perbandingan dengan manusia.
(d) Simile
Membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa diberi perbandingan dengan manusia.
ii. Penggunaan ayat
Inversi - Gaya bahasa yang menyongsangkan ayat.
iii. Pengulangan
Anafora / Epifora / Simplok
Memperlihatkan aspek pengulangan perkataan dalam setiap perkataan di awal ayat( anafora), tengah ayat ( simplok), dan akhir ayat (epifora).
iv. Unsur Bunyi
Asonansi _ pengulangan bunyi vokal ( a,e,i o,u)Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan
v. Nada
Nada Melankolik - Menggambarkan suasana sedih
Nada Patriotik - Menggambarkan penuh perasaan
Nada Sinis - Menggambarkan perasaan kurang senang.
Nada Protes - Menggambarkan perasaan menentang
Nada Romantik - Menggambarkan perasaan yang tenang
SAJAK YANG BERMUTUIsi yang baikTeknik dan gaya yang baikImejan bercampurWujudnya kliseGaya melankolikKata-kata bombastikMetafora yang TIDAK berlebihanMeletakkan imbuhan pada tempatnyaBersifat prosaik
PROSES KREATIF SAJAKMenentukan tema bagi puisi yang hendak dikarang
Memikirkan mesej dan pengajaran yang hendak disampaikan
Menyenaraikan lakaran bahasa atau medan bahasa bagi puisi yang hendak dikarang
Memilih bahasa simbolik yang akan digunakan
Menyusun idea keseluruhan yang sesuai
Menentukan TemaTema merupakan intipati kepada satu-satu
puisi.Tema menjadi penentu kepada isi, pemilihan
kosa kata, gaya bahasa dan nada.Perkara yang perlu diambil kira:
◦Pengalaman◦Perkara yang menarik perhatian◦Bermakna◦Berkesan
Mesej dan Pengajaran
Mesej dan pengajaran tertentu boleh disalurkan kepada pendengar melalui bahan-bahan puisi.
Antara nilai murni yang boleh diterapkan dalam mesej ialah:
◦ Baik hati◦ Jujur◦ Amanah ◦ Berkasih sayang◦ Hormat menghormati
Lakaran BahasaBagi mempercepatkan lagi proses kreatif dan
segi pembentukan baris-baris perkataan dalam rangkap, penyenaraian lakaran bahasa yang juga dikenali sebagai medan bahasa bolehlah dibentuk.
Ini bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan dalam penulisan karya sajak bahkan dapat memberi gambaran yang jelas akan apa yang hendak disampaikan kepada pendengar.
Bahasa SimbolikBahasa simbolik digunakan dalam sajak
bagi menampakkan nilai atau unsur tersurat / intrinsik dalam sesuatu sajak.
Berdasarkan simbol-simbol inilah kita dapat mengaitkan makna yang hendak dibawa dengan hakikat hidup realitinya.
Penyusunan Idea
Setelah kita telah mendapat gambaran yang jelas tentang apa yang akan dikarang, proses penyusunan medan bahasa seiring dengan susunan idea mengikut bentuk puisi yang akan dikarang.
GAYA BAHASA
Bentuk sajak adalah bebas tidak seperti sepupu-spupunya yang lain seperti pantun dan syair kerana masing-masing terikat dengan peraturan masing-masing.
Di dalam bersajak kita perlu tahu akan beberapa aspek yang membentuk keseluruhan sajak yang baik.
Aspek Bunyi
Asonansi Perulangan bunyi vokal
AliterasiPerulangan bunyi konsonan
biasanya pada awal perkataan yang berurutan.
RimaPengulangan atau
pertentangan bunyi yang sama yang terdapat diawal atau
akhir baris.
Aspek Perkataan
DiksiPemilihan dan susunan
perkataan serta ketepatan, sama dan keistimewaan
perkataan-perkataan itu pabila digunakan dalam percakapan
atau penulisan.
MetaforaKiasan perbandingan yang
tidak menggunakan kata-kata perbandingan yang disebut
perumpamaan.
SimileBahasa perbandingan peringkat
termudah.
Personifikasi Memberikan sifat-sifat manusia kepada benda-benda
Aspek Perkataan
Hiperbola Penyataan yang berlebih-lebihan.
Pengulangan
Perkataan yang berulang pada satu satu baris.
Pengulangan di awal baris dipanggil anafora.
Pengulangan di akhir baris dipanggil efifora
CONTOH-CONTOH SAJAKAku Menjadi Lebih Berani
Kali inikau berbaju birudan bajuku ungu
sayang, hanya aku tahuhatimu
tidak setulus hatikuyang berbaju ungu.
Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentarsepatah kata,
bisa, aku merasa.
Hati dan rasa mengejarkuaku menjadi lebih berani.
Latifah Haji Shebli Anak Laut, DBP, 2000.
Maksud
◦Penyajak menyatakan dalam persahabatan yang lebih penting ialah kejujuran dan keihlasan bukan sifat luaran.
◦Penyajak berani menghadapi cabaran kerana dia lebih memahami hatinya dan sahabatnya.
◦Penyajak juga memahami hati wanita yang berani menghadapi cabaran.
Ciri-ciri
◦ Sajak ini berbentuk bebas dan mempunyai tiga rangkap:
-rangkap pertama mempunyai tujuh baris.-rangkap kedua lima baris. -rangkap ketiga mempunyai lima baris.
Tema dan Persoalan
◦Tema sajak ini ialah sifat keberanian seorang wanita.
◦Persoalannya pula sesetengah orang tidak jujur dalam percintaaan dan pengalaman pahit yang dilaluinya menjadikan dia lebih berani.
Nada
◦Sajak ini bernada kecewa.
◦Gaya Bahasa
Asonansi : bajuku ungu ( pengulangan vokal u)
Aliterasi : tidak setulus hatiku
(pengulangan konsonan t)
Nilai
1. Peribadi kawan atau kekasih
Memilih sahabat atau kekasih jangan mengikut keadaan fizikal ( kecantikan dan ketampanan), tetapi yang penting kejujuran.
2. Kemanusiaan
Wanita walaupun bersifat lemah , tetapi akan bangkit menghadapi cabaran apabila dicabar.
3. Kemasyarakatan
Manusia tidak kira lelaki atau perempuan haruslah berani menghadapi cabaran yang bakal mendatang.
Bahasa Kebangsaan