sajak merdeka 2013

20
NEGARAKU BEBAS MERDEKA Kini.. tiada lagi tangisan insan terseksa terkapai-kapai lemas mencari daratan berkorban jiwa pertahan negara penjajah durjana merampas segala 56 tahun dahaulu.. stadium merdeka menjadi saksi negaraku merdeka rakyatku tidak lagi sengsara menangis gembira mendapat cahaya Merdeka.. tiada lagi penjajahan.. tiada lagi penderitaan.. tiada lagi jeritan penyiksaan.. tanah air ditadbir insan bijak bestari.. memimpin negara mengukir nama.. Kini.. 56 tahun sudah merdeka.. negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang burung berkicau bebas berterbangan menjadi tanda negaraku aman daman Maju berteknologi kearah mencapai wawasan 2020. kugenggam erat amanah pejuang tanah air pertahanlah kemerdekaan teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati semoga kekal selamanya merdeka tetap merdeka.. HUJAN MERDEKA Di langit Ogos awan gembira mengkhabarkan hujan merdeka turun lagi untuk kesekian kalinya membasahi bumi keramat ini dinginnya merangkul perasaan nusa syahdunya menyelimuti hati pembela damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa. Telah kutemui mutiara yang tersembunyi dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan kukecapi aroma pembangunan kukucupi wangian pembebasan dan telah kuwarnai kanvas jati diri mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku. Hujan merdeka turun lagi titisnya menjelajahi hati srikandi pertiwi tersenyum menerimamu memeluk janji yang termetarai harapan yang terkota teguh mengepung cinta. Terima kasih, hujan merdeka walau langit Ogos berlalu titisnya membasahi sepanjang musim.

Upload: david-landry

Post on 08-Feb-2016

108 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sempena bulan kemerdekaan

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak Merdeka 2013

NEGARAKU BEBAS MERDEKA

Kini..tiada lagi tangisan insan terseksa

terkapai-kapai lemas mencari daratanberkorban jiwa pertahan negara

penjajah durjana merampas segala

56 tahun dahaulu..

stadium merdeka menjadi saksinegaraku merdeka

rakyatku tidak lagi sengsaramenangis gembira mendapat cahaya

Merdeka..

tiada lagi penjajahan..tiada lagi penderitaan..

tiada lagi jeritan penyiksaan..tanah air ditadbir insan bijak bestari..memimpin negara mengukir nama..

Kini..

56 tahun sudah merdeka..negaraku cemerlang, gemilang dan

terbilangburung berkicau bebas berterbanganmenjadi tanda negaraku aman daman

Maju berteknologi

kearah mencapai wawasan 2020.kugenggam erat amanah pejuang

tanah airpertahanlah kemerdekaan

teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan

sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati

semoga kekal selamanya

merdeka tetap merdeka..

HUJAN MERDEKA

Di langit Ogosawan gembira mengkhabarkanhujan merdeka turun lagiuntuk kesekian kalinya

membasahi bumi keramat inidinginnya merangkul perasaan nusasyahdunya menyelimuti hati pembeladamainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyidalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaankukecapi aroma pembangunankukucupi wangian pembebasandan telah kuwarnai kanvas jati dirimengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagititisnya menjelajahi hati srikandipertiwi tersenyum menerimamumemeluk janji yang termetaraiharapan yang terkotateguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdekawalau langit Ogos berlalutitisnya membasahi sepanjang musim.

DI PENTAS KEBEBASAN

Kamu membakar hutan bandarkedai dan kereta disambar api

kemarahan semarak darah generasi abad duapuluh satu

siapa yang ditentang juga jelasmenegakkan keadilan dengan tangan

kasarmeja rundingan pun turut dibakar.

Page 2: Sajak Merdeka 2013

Seorang tua termanggu melihat kejadian

peristiwa yang tidak terlintas di fikiranapakah yang dicari wahai anak muda?

Aku yang membina tiang kemerdekaankau bersorak bangga mematahkan.

Aku yang mengecat tugu sejarahputih bersih sedap mata memandang

kau conteng dengan niat hitam.

Jari terketar tak mampu menampartangannya letih hendak menangani

mereka yang bingung di pentas kebebasan

tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak

sedangkan ladang sudah dibajakbenih sudah dipilih untuk disemai.

Orang tua itu berbisik sedihaku membina kamu meruntuhkan.

31 OGOS TIBA LAGI

31 OGOS TIBA LAGISetiap kali tibamu Ogos

mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah

dalam matang akal fikirsemangat dan kudrat masih berbakimerisik khabar pejuang yang jauh

dalam lipatan darmawisata merdekamahalnya nostalgia.

Manis dan comelmu Ogos ini tiba juamenyentak lolong makrifat membiak

musim

ceriteranya berderai plotnya berkecaimengirai skrip duga yang tak sudah

atas aspal fatamorgana bumi bertuah.

Ogos yang sujud di kaki merdekatanggal tiga puluh satumu tidak

pernah hilangtetap menyimpul senyum

meskipun termateri kenangan pahityang mahal dan cantik.

Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi

bersama gemersik angin di bumi bertuah

mendewasakan ukhuwah dan ummahsiap siaga warga berdaulat memahat

sejarahdalam tamadun bangsa yang gah.

Terima kasih pejuang tanah merdekaterima kasih aduhai tanah airku

Malaysia!

MENYAMBUT MERDEKA

Sambutannya berulang lagisaban tahun ia kembali

keranamu Malaysia aku di sinimenabur bakti ibu pertiwi.

Jalur gemilang berkibar megahsana sini mencipta indah

namun segelintir tiada endahsatukan hati bukannya mudah.

Hanya Malaysia negara tercintapejuang bersusah untuk merdeka

jangan siakan apa yang adasayangilah tumpah darah kita.

POKOK BANGSA

Page 3: Sajak Merdeka 2013

POKOK BANGSA ITU ADALAH KITAAnak merdeka alaf baru!

antara bunga mimpi dan tragedidalam membina generasi globalisasi

bukanlah semudah menciptacerita kosong di kedai kopi

atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi.

Anak merdeka alaf baru!tanamlah, semailah, bajailah

anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggi

demi generasi dan agamamentafsir wawasan membina jati diri

meraih akar dalam tunjang dirimenegak pepohon yang

merendangkandedaun semangat.

Anak merdeka alaf barusiramkanlah falsafah minda

jangan biarkan kering dan matikerana pokok bangsa itu adalah

serumpunkerana pokok bangsa itu

adalah kita yang merdeka.

PAHLAWAN KEMERDEKAAN(kepada pahlawan Pahang)

Pahlawan!Jika hilangmu tanpa pusara                   jika pusaramu tanpa namajika namamu tanpa bungapenjajah mengatakan kau derhaka maka kaulah pahlawan sebenarnya.

Gema seabad silam Inggeris datang meredah Pahang bersama peluru bersama senapang membunuh menangkap setiap pejuang Sungai Semnatan berubah merah bukan sarap hilir ke kuala bukan rakt mudik ke hulu arus merahnya menjulang mayat pahlawan bangsa pahlawan rakyat tujuh liang dadanya tersayat.

Pahlawan! Untukmu derita untukmu penjara bukan bintang tersemat di dada semangatmu api negara berdaulat namamu terukir di jantung rakyat.

JIWA HAMBA

Menung seketika sunyi sejenakkosong di jiwa tak berpenghunihidup terasa diperbudak-budakhanya suara melambung tinggi

Berpusing roda, beralih masaberbagai neka, hidup di bumiselagi hidup berjiwa hambapasti tetap terjajah abadi

Kalau hidup ingin merdekatakkan tercapai hanya berkatatetapi cuba maju ke mukamelempar jauh jiwa hamba

Ingatan kembali sepatah katadari ucapan seorang pemukadi atas robohan Kota Melakakita dirikan jiwa merdeka

TANAHAIR (menjelang kemerdekaan)

Engkau Tanah Airpemilik perut yang berbudipenampung hujan penyedut sinar mentarilahirlah anakmu dari semaian petaniEngkau Ibu Murnidengan jasa abadiberdetik didenyut nafas kamikerna kita satu sama dipunyai

Telah kau rasasegala seperti kamidalam ngeri perang dadamu dibongkar besidi mana-mana wajahmu tak pernah mati

Tapi begitusejarah hidup zaman berzamanpernah merangkul pahlawan kemerdekaanmereka sujud dalam kakumohon perlindunganBukankah dengankasih dan harapankau tenggelamkan mereka dalam dakapandi mana bunga ganti nisan bertaburan

Negara barudi atas rongga jantungmu

Page 4: Sajak Merdeka 2013

akan tertegak bertapak dalam kebebasancinta antara kita wahyu dari Tuhan.

KETAATAN DAN KEBERANIAN

Berjanjilah kami demi keberanianmelalui suara-suara hijaz

putaran kemerdekaan

menyusur sungai-sungai matikepada insan seikat masyarakat

yang telah bebas.

Dalam sejarah kepahitanmuterselit larian aku anak kecil

dibentuk dalam kelas-kelas rendah

hingga ke kamar dewasajiwa ini digantung loceng mongel

lalu direntap-rentapterbawa-bawa.

Titisan darah ibukupada papan cendana pejal

masih melekat di situdi perigi yang telah terkambus

hanyir masih terbautembuni dalam diam berubah fosil

atas tanah yang merdeka.

Seperti selaluberlarilah kami dengan sebuah

bendera kecilmenyamai pemberian hadiah bapamu

kami menyebut MERDEKA!!!MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

Dato' Onn Jaafar

 

 

Page 5: Sajak Merdeka 2013

"Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebihbesar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri" - Dato' Onn Jaafar

 

 

Dato' Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu. Jasanya meniupkan semangat nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput di ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia. Mantan Menteri Besar Johor ini, merupakan pengasas dan Yang DiPertua pertama UMNO, peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan Malayan Union dan tokoh pelopor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia.

Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.

Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Dato' Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk

menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang

Page 6: Sajak Merdeka 2013

Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS. Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

 Sumber : - Wikipedia Ensiklopedia | Onn Jaafar

- Portal Jabatan Hal Ehwal Khas | http://www.jasa.gov.my

For best business class hosting read InMotion Reviews and get a good web hosting deal.

Galeri Merdeka

Tema dan Logo

Tokoh dan Pemimpin

Yang Di-Pertuan Agong Senarai Yang Di-Pertuan Agong Perdana Menteri Malaysia Bapa Kemerdekaan Tokoh Kemerdekaan Tokoh Pendidikan

Bapa Kemerdekaan

"Rakyat dengan hati yang tabah hendaklah menegakkan satu bangsa dan

satu negara, memandang ke hadapan dengan penuh keyakinan akan mencapai

keamanan dan kemakmuran, kesentosaan dan kebahagiaan" (Tunku

Abdul Rahman Putra Al-Haj-BH 7 Ogos 2009)

 

Page 7: Sajak Merdeka 2013

 

 

 

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Nama Asal : Tengku Abdul Rahman Putera ibn Abdul Hamid Halim Shah.

Nama dan Gelaran : Tunku Abdul Rahman Putera Al-Ha.

Tarikh Lahir : 08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pelamin).

Kelulusan dan Pendidikan :1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.1916 - Penang Free School, Penang.1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Pengalaman Jawatan Awam dan Kerjaya :

1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.1956 - Rombongan Merdeka ke London.1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.1970 - Bersara dari Politik.

06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

Catatan Ringkas Tunku : Penglibatan Dalam Politik

Pengalaman pertama dengan diskriminasi perkauman oleh pihak pentadbir kolejnya telah mencetuskan semangat kepada Tunku untuk berjuang menuntut keadilan dan membebaskan tanahairnya daripada penjajah iaitu Inggeris. Bakat kepimpinannya juga menyerlah di England. Menyedari pelajar Melayu tiada wakil dari mana-mana organisasi, beliau menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain (Malay Association of Great Britain) dan menjadi setiausaha pertamanya. Setelah pulang ke tanahair, Tunku berkhidmat di Pejabat Penasihat Undang-Undang dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kedah. Tunku tidak begitu popular di kalangan pegawai-pegawai British kerana kelantangannya dan kecenderungannya memperkenalkan reformasi dalam meningkatkan taraf orang Melayu.

Tunku terpaksa menghentikan pelajarannya di Inner Temple, England pada tahun 1938 setelah meletusnya Perang Dunia Kedua. Tunku menyambung kembali pengajiannya

Page 8: Sajak Merdeka 2013

lapan tahun kemudian dan kembali ke tanahair pada tahun 1949. Tunku memperolehi kesedaran politik setelah bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai negara di England dan telah dilantik sebagai pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) apabila pulang ke tanahair. Pada 26 Ogos 1951 Tunku menjadi Presiden UMNO menggantikan Dato' Onn Jaafar. Tunku menjelajah ke seluruh negeri berjumpa dengan rakyat jelata untuk menggalakkan perpaduan. Usahanya dalam mengatasi masalah politik tanahair dengan menggabungkan kerjasama antara pelbagai kaum telah membawa kepada penubuhan Parti Perikatan pada tahun 1955.

Di bawah kepimpinan beliau, Perikatan memenangi pilihanraya umum pertama negara pada bulan Julai 1955. Tunku kemudiannya dilantik sebagai Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 1956, Tunku mengetuai satu rombongan ke London untuk satu perbincangan dengan kerajaan Britain berkenaan kemerdekaan Malaya. Pertemuan itu telah membawa kepada suatu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Merdeka dan ditandatangani di Lancaster House, London pada 8 Februari 1956 dan seterusnya kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957. Tunku dipilih menjadi Perdana Menteri Malaya yang pertama dan memimpin Parti Perikatan ke arah kemenangan pada pilihanraya umum tahun 1959, 1964 dan 1969. Tunku telah menyarankan pembentukan gagasan Malaysia pada bulan Mei 1961 yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan Brunei. Kesemua negeri-negeri tersebut kecuali Brunei menyertai gagasan tersebut pada 9 Julai 1963. Pada tahun 1965, Singapura telah menarik diri dari gagasan Malaysia. Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada 22 September 1970 dan digantikan oleh Tun Abdul Razak.

Sumber : Portal pejabat Perdana Menteri Malaysia | http://www.pmo.gov.my./

For best business class hosting read InMotion Reviews and get a good web hosting deal.

Senarai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

 

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

 

Page 9: Sajak Merdeka 2013

 

 

 

Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

 

 

 

 

Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000.

 

 

 

 

Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.

 

 

 

 

Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.

 

 

 

Page 10: Sajak Merdeka 2013

 

Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.

 

 

 

 

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.

 

 

 

 

Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.

 

 

 

 

Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.

 

 

 

Page 11: Sajak Merdeka 2013

 

Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.

 

 

 

 

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.

 

 

 

 

Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.

 

 

 

 

Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006 sehingga sekarang.

 

Page 12: Sajak Merdeka 2013

Perdana Menteri Malaysia

BAPA KEMERDEKAAN

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Tarikh dan Tempat Lahir : 08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).Kelulusan dan Pendidikan :1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.1916 - Penang Free School, Penang.1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Page 13: Sajak Merdeka 2013

Pengalaman dan Kerjaya :1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.1956 - Rombongan Merdeka ke London.1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.1970 - Bersara dari Politik.

06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

 

  BAPA PEMBANGUNAN

Nama : Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein

Tarikh dan Tempat Lahir : 11 Mac 1922, di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang.

Kelulusan dan Pendidikan :

Sekolah Melayu Langgar, Pekan.Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK.1940 - Raffles College Singapura - Pentadbiran1947 - Ke England sebagai Queen's Scholar di bidang Undang-Undang.1950 - Lulus LLB. (Hons) dari Lincoln's Inn, Barristar at Law.

Pengalaman dan Kerjaya :1952 - Setiausaha Kerajaan Pahang.1955 - Menteri Besar Pahang, Meletak jawatan - bertanding pilihanraya pertama dan menang, Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan Penyata Razak yang menentukan sistem Pelajaran Negara pada 16.05.1956. Bergelar Bapa Pembangunan Luar Bandar kerana usaha gigih beliau naikkan taraf luar bandar.   1970 - 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri Malayisa. Pemimpin yang berhemah tinggi, jujur dan amat disegani.

14 Januari 1976, Tun Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah di London. Jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

 

BAPA PERPADUAN

Nama : Tun Hussein bin Dato Onn

Tarikh dan Tempat Lahir : 12 Februari 1922, di Johor Bahru.

Kelulusan dan Pendidikan :

Page 14: Sajak Merdeka 2013

English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge. 1940 - Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India.1958 - Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn, London.

Pengalaman dan Kerjaya :1942 - Bertugas di Mesir.1945 - Pemerintah Polis Depot, Johor Bahru.1946 - Masuk UMNO bersama ayahnya. Setiausaha UMNO Pertama.1950 - ADO, Kuala Selangor, Klang.1970 - Menteri Pelajaran.1973 - Timbalan Presiden UMNO. Timbalan Perdana Menteri.1976 - Perdana Menteri Malaysia Ketiga.1981 - Bersara menarik diri dari politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

29 Mei 1990, Tun Hussein Bin Dato Onn kembali kerahmatullah di rmahnya, di Kuala Lumpur. Terkenal seorang yang berhemah tinggi, merendah diri, jujur dan amat disegani. Disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

 

BAPA PEMODENAN

Nama : Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad.

Tarikh dan Tempat Lahir : 20 Disember 1925, di Alor Setar, Kedah.

Kelulusan dan Pendidikan :Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar.Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah Kedoktoran Perubatan MBS - 1953.

Pengalaman dan Kerjaya :1945 - Aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS dan UMNO.1954 - Bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis.1957 - Membuka klinik sendiri di Alor Setar.1964 - Memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan.1973 - Dilantik Pengerusi FIMA.1975 - Naib Presiden UMNO.1976 - Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri.1981 - Perdana Menteri Malaysia Keempat

BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Nama : Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Page 15: Sajak Merdeka 2013

Tarikh dan Tempat Lahir : 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Kelulusan dan Pendidikan :Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam.Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang.1964 - Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Pengalaman dan Kerjaya :1964 - Menyertai UMNO.1978 hingga 1980 - Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan.1980 hingga 1981 - Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan.1981 hingga 1984 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri.1984 hingga 1986 - Menteri Pelajaran.1986 hingga 1987 - Menteri Pertahanan.15 Mac 1991 hingga Januari 1999 - Menteri Luar Negeri.1999 - Timbalan Perdana Menteri.2003 - Perdana Menteri Malaysia Kelima.

 

BAPA TRANSFORMASI

Nama : Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Tarikh dan Tempat Lahir : 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang

Kelulusan dan Pendidikan :Pendidikan Rendah dan Menengah, Institusi St. John, Kuala Lumpur.Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England1974 - Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Ekonomi Industri, Universiti Nottingham, England

 

Pengalaman dan Kerjaya :

1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.

1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan.

1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan.

1982-1986 - Menteri Besar Pahang.

1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan.

1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan.

1995-1999 - Menteri Pendidikan.

2004 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

2009 - Perdana Menteri Malaysia Keenam.

Sumber : Wikipedia Ensiklopedia - Perdana Menteri Malaysia

             : Portal Maklumat Rakyat | http://pmr.penerangan.

Page 16: Sajak Merdeka 2013