resepi nasi ayam mudah dan sedap

3
Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap Untuk bahagian Ayam : Di rebus 1 ekor ayam dipotong 5 bahagian atau ikut kesukaan. 1 sup bunjut/rempah sup 2 ulas bawang putih diketuk 2 cm halia yg diketuk Di perap 1 sudu besar kicap pekat/cair 1 sudu besar sos tiram 1 cm halia - ditumbuk 2 ulas bawang putih - ditumbuk Madu (OPTIONAL) Minyak bijan (OPTIONAL) Ayam direbus bersama 1 sup bunjut, bawang putih serta halia yang diketuk dan biarkan ayam di masak sehingga empuk. Angkat ayam yang sudah di rebus itu tadi dan asingkan air rebusan tersebut. Jangan buang air rebusan ayam itu tadi, nanti nak di gunakan untuk dimasak nasi dan juga dijadikan sup nasi ayam. Kemudian, perap ayam yang direbus tadi bersama bahan-bahan perapan iaitu bersama 1 besar sudu kicap pekat/cair, 1 sudu besar sos tiram, halia dan juga bawang putih yang ditumbuk. Untuk madu dan juga minyak bijan itu hanya tambahan, kalau nak letak pun boleh, tak nak pun tak apa. Kalau nak letak, lumurkan sahaja madu dan juga minyak bijan itu pada ayam tadi. Perapkan ayam dan di simpan dalam peti sejuk selama 15-20 minit. Goreng ayam dengan minyak panas dan pastikan digoreng seketika sahaja. Untuk bahagian nasi : 3 cawan beras 1 bunga lawang 2 buah pelaga 1 kayu manis 2 sudu besar mentega 1 cm halia - ditumbuk 3 ulas bawang putih - ditumbuk 1 batang serai -diketuk 2 helai daun pandan

Upload: akmal

Post on 17-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Recipe for Malay Nasi Ayam.Fast and delicious

TRANSCRIPT

  • Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap

    Untuk bahagian Ayam :

    Di rebus

    1 ekor ayam dipotong 5 bahagian atau ikut kesukaan.

    1 sup bunjut/rempah sup

    2 ulas bawang putih diketuk

    2 cm halia yg diketuk

    Di perap

    1 sudu besar kicap pekat/cair

    1 sudu besar sos tiram

    1 cm halia - ditumbuk

    2 ulas bawang putih - ditumbuk

    Madu (OPTIONAL)

    Minyak bijan (OPTIONAL)

    Ayam direbus bersama 1 sup bunjut, bawang putih serta halia yang diketuk dan

    biarkan ayam di masak sehingga empuk.

    Angkat ayam yang sudah di rebus itu tadi dan asingkan air rebusan tersebut.

    Jangan buang air rebusan ayam itu tadi, nanti nak di gunakan untuk dimasak nasi

    dan juga dijadikan sup nasi ayam.

    Kemudian, perap ayam yang direbus tadi bersama bahan-bahan perapan iaitu

    bersama 1 besar sudu kicap pekat/cair, 1 sudu besar sos tiram, halia dan juga

    bawang putih yang ditumbuk.

    Untuk madu dan juga minyak bijan itu hanya tambahan, kalau nak letak pun boleh,

    tak nak pun tak apa. Kalau nak letak, lumurkan sahaja madu dan juga minyak bijan

    itu pada ayam tadi.

    Perapkan ayam dan di simpan dalam peti sejuk selama 15-20 minit.

    Goreng ayam dengan minyak panas dan pastikan digoreng seketika sahaja.

    Untuk bahagian nasi :

    3 cawan beras

    1 bunga lawang

    2 buah pelaga

    1 kayu manis

    2 sudu besar mentega

    1 cm halia - ditumbuk

    3 ulas bawang putih - ditumbuk

    1 batang serai -diketuk

    2 helai daun pandan

  • Sedikit Kunyit/ Pewarna kuning

    Air rebusan ayam / Air

    Secubit garam

    Beras dibasuh kemudian di tos dan ke tepikan.

    Panaskan mentega kemudian tumis bersama halia, bawang putih, bunga lawang,

    buah pelaga, kayu manis, serai dan daun pandan. Tumis sehingga naik bau,

    Masukkan beras dan goreng seketika sehingga sedikit garing dan masukkan air

    rebusan ayam, kalau rasa tak cukup air rebusan ayam itu tadi, boleh tambah

    dengan air biasa. Kemudian masukkan secubit garam dan juga sedikit

    kunyit/pewarna kuning. Biarkan nasi sehingga masak.

    Untuk bahagian sos:

    5 biji cili merah

    3 ulas bawang putih

    2 cm halia

    1 sudu kecil cuka

    Garam - secukup rasa

    Gula - secukup rasa

    Air rebusan ayam

    Kisar ke semua bahan tersebut ke dalam mesin mengisar. Jika suka boleh juga

    dimasak sebentar. Siap!

    Untuk bahagian sup (OPTIONAL - Saya ambil air rebusan ayam tadi je, sebab dah

    masukkan sup bunjut kan, cuma panaskan seketika tambah garam, penambah perisa dan

    juga daun sup. Selesai.) atau boleh juga guna cari ini:

    Air rebusan ayam

    1 biji bawang besar kisar

    Sup bunjut/rempah sup

    Garam

    Penambah perisa

    Daun sup yang dihiris.

  • Air rebusan ayam tersebut dididihkan di atas dapur bersama bawang besar,

    rempah sup, garam dan juga penambah perisa.

    Selesai, masukkan daun sup yang siap dihiris.

    Untuk bahagian kicap (OPTIONAL) :

    Kicap manis - Cap Kipas Udang

    Gula

    3 biji cili api

    Air rebusan ayam