resepi kek

18
Resepi kek KEK LAPIS CADBURY / KEK LAPIS INDIA Resepi : Dayang Jack Bahan-bahan: loyang 9" x 9" 450g mentega berkualiti tinggi 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak) 220g gula halus 10 biji telur 100g tepung biskut marie 65g serbuk horlicks 50g serbuk santan (1 peket) 300g susu pekat manis 2 bungkus kepingan coklat Cadbury pewarna kuning - optional Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 C api grill ~ mengikut kepanasan oven masing-masing Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega pada dasar loyang sahaja Ketepikan Dalam bekas pemutar, putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan. Anggaran masa membakar 10 minit bergantung pada kepanasan oven Pada lapisan pertama guna api atas dan bawah. Untuk lapisan seterusnya tukarkan pada api atas sahaja Selepas membakar satu lapisan jangan lupa untuk menekan permukaan atas kek supaya kek padat dan membuang segala gelembung udara. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan

Upload: gerombok-ranto

Post on 19-Jun-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi kek

Resepi kek

KEK LAPIS CADBURY / KEK LAPIS INDIAResepi : Dayang Jack

Bahan-bahan: loyang 9" x 9"

450g mentega berkualiti tinggi

120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)

220g gula halus

10 biji telur

100g tepung biskut marie

65g serbuk horlicks

50g serbuk santan (1 peket)

300g susu pekat manis

2 bungkus kepingan coklat Cadbury

pewarna kuning - optional

Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 C api grill ~ mengikut kepanasan oven

masing-masing

Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega pada dasar loyang sahaja

Ketepikan

Dalam bekas pemutar, putar mentega dan gula hingga kembang dan

berkrim.

Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.

Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat

sedikit demi sedikit.

Putar lagi hingga sebati.

Masukkan pewarna kuning jika suka.

Kacau lagi sebati.

Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga

keperangan.

Anggaran masa membakar 10 minit bergantung pada kepanasan oven

Pada lapisan pertama guna api atas dan bawah.

Untuk lapisan seterusnya tukarkan pada api atas sahaja

Selepas membakar satu lapisan jangan lupa untuk menekan permukaan atas

kek supaya kek padat dan membuang segala gelembung udara.

Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.

Sejukkan kek sebelum dipotong.

Page 2: Resepi kek

Kek Lapis India / Kek Lapis CadburyResepi : dayangjack@dapurku sayangbahan-bahan: loyang 9" x 9"

450g mentega berkualiti tinggi 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak) 220g gula halus 10 biji telur 100g tepung biskut marie 65g serbuk horlicks 50g serbuk santan (1 peket) 300g susu pekat manis 2 bungkus kepingan coklat Cadbury - Amie gunakan 3 bungkus kerana setiap 3 lapisan, Amie susun 20 keping pewarna kuning - optional - Amie gunakan pewarna hijau, merah & kuning

Cara-cara:1 Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.

2 Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.

3 Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.

4 Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.

5 Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.

6 Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.

7 Sejukkan kek sebelum dipotong.

Nota: Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang. Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka. Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.

Page 3: Resepi kek

Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS. Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8". cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.

KEK LAPIS KEJU COKLAT CADBURYSumber:Ros Bahan-bahan:(saiz Loyang 7")200g butter125g cream cheese5 biji kuning telur3 biji putih telur140g gula kastor1 sdb ovalet125g tepung gandum}-------------saya guna tepung hong kong1 sdt baking powder }-diayak50g air ais Coklat Cadbury secukupnya Cara-cara:1.Pukul butter sehingga kembang.Masukkan cream cheese dan pukul sehingga sebati.2.Dalam mangkuk berasingan,pukul telur,gula & ovalet sehingga kembang. Masukkan tepung,air ais secara berselang-seli sehingga sebati. Masukkan adunan butter & cheese sehingga sebati.3.Ratakan 4 sudu makan ke dalam tin yang dilapik kertas dan digris.4.Bakar dengan api gril sehingga permukaannya perang. Tekan supaya rata & lapiskan dengan adunan seterusnya. Bakar selapis-selapis hingga habis. Nota:*Untuk adunan pertama kena bakar guna api atas dan bawah selama 8-10 minit.Tekan bagi

Page 4: Resepi kek

rata.Kemudian tuang lagi adunan seterusnya.Bakar guna api atas pada suhu 170'C selama 8-10 minit.*Buat 2 atau 3 lapis kemudian,tuang lagi adunan seterusnya,susun kepingan coklat Cadbury.Kemudian bakar lagi selama 8-10 minit guna api atas.*Untuk yang terakhir sekali,tutup tin dengan aluminium foil,kemudian bakar lagi guna api atas dan bawah selama lebih kurang 10 minit.*Setelah masak,biarkan sejuk.Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.

Tiramisu chesseBy: AlongRoz@HomeKreationSaiz: 8.5" sqBAHAN2:400g Mentega225g Cream Cheese 4 tbsp Susu Pekat20 biji Kuning Telur5 biji Putih Telur220g Gula420g Tepung Gandum250g Keju Cheddar - parut

CARA2:1. Pukul mentega, cream cheese & susu pekat sehingga kembang.2. Dlm mangkuk berasingan, pukul telur & gula sehingga kembang & pekat.3. Campurkan kedua2 adunan sehingga sebati.Masukkan tepung & gaul sehingga sebati.Created By: AlongRoz@HomeKreationSaiz bekas 10"x6" atau 8"persegiBAHAN2:2 kotak (16oz/500g) Cream Cheese½ cwn Gula200ml Whipping Cream - pukul sehingga bertanduk spt gambar di bawah1 st Esen Vanilla3 sb Nescafe + 1 cwn Air Panas2 bungkus Salt-cheese Crackers(tak habis semua)

1 cwn Chocolate Hazelnut Spread - Along guna homemade kat siniSerbuk Koko4. Minyakkan & alas tin.5. Ratakan 6 sudu makan adunan & gril api atas sahaja sehingga permukaan kek perang.Tekan permukaan kek supaya rata.Ratakan 6 sudu makan adunan, taburkan cheese cheddar, gril sehingga perang &

Page 5: Resepi kek

tekan permukaan supaya rata.Ulangi proses melapis, tabur cheddar cheese setiap selang lapis sehingga habis adunan.6. Bakar lapisan terakhir 180C 10minit.7. Kek ini tahan lama & boleh di simpan dlm peti sejuk > 1 bulan.CARA2:1. Pukul cream cheese & gula sehingga sebati.Masukkan whipped cream yg telah di pukul bertanduk sehingga sebati.

Masukkan EV.

2. Sapu butter di dasar bekas.a. Celup salt-cheese crackers ke dlm bancuhan nescafe selama 1 saat & susun di dasar bekas.b. Sapu Chocolate Hazelnut Spread sehingga menutupi lapisan biskut.c. Sapu cream cheese menutupi lapisan seterus nya.d. Ulangi melapis biskut --> choc spread --> cream cheese.e. Akhir sekali ayakkan serbuk koko di atas permukaan Tiramisu (boleh di tambah sewaktu menghidang).

KEK KELASI MABUKSumber Resepi: Pn. Lynda Hj TaibanBy: [email protected] : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2nya450g mentega berkualiti tinggi200 gm horlick14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)1 gelas gula (150g)1-1/2 gelas tepung gandum (150g)2 sudu teh esen vanilla1 botol pandan paste (MaDiHaA guna 100 ml air daun pandan dari 10 helai daun pandan + pewarna hijau gelap + hijau epal untuk dapatkan warna yang lebih gelap)

Page 6: Resepi kek

CaranyaAdunan Hijau:Pukul telur dan gula hingga kembang.Masuk butter, pukul hingga putih.Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:8 biji putih telur10 sudu besar gula halus4 sudu teh tepung gandum6 biji limau kasturi

Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadimeringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).Masukkan tepung.Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya:1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.4. Guna acuan 9x9inci.

Note:Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik

Page 7: Resepi kek

KEK LAPIS CHEESSY BUTTERSCOTCH ASAM MANISResepi terbaru akak..

KEK LAPIS CHEESSY BUTTERSCOTCH ASAM MANIS

Bahan:1 buku butter1 buku cheesdale-dibelah memanjang dan dipotong nipis jadi 4 segi kecil1 packet asam manis-4 segi punya1/2 cawan gula perang ( setakat ni jer ade-habiskan stok)1 cawan gula kastor3 keping roti butterscotch( yg ni tk de siapa yg nk makan jd drp membazir elok dibuat sesuatu )+ 1 tin susu cair - diblend hancur10 biji telur2 1/2 cawan tepung ( 1 cawan tepung naik sendiri ( habiskan stok) 1 1/2 cawan tepung gandum1 sudu soda bicarbonate1 sudu baking powder.

esen vanilla pewarna yang disukai

Cara:1. Pukul butter bersama gula hingga kembang dan putih.2. Masukkan telur sebiji sebiji. pukul sampai sebati.Masukkan esen vanilla3. Masukkan campuran roti. Teruskan memukul dan dan masukkan tepung gandum bersama soda. Kaub balikkan.4. Buat dua adunan. letakkan pewarna yang disukai. akak guna pewarna merah jer. yg satu kekal putih5. lengser loyang dengan mentega. Sblm tu panaskan oven. Akak terpaksa guna dua oven. Oven yg pertama dah buat perangai tk nk berpusing..jd akak tukar ke oven microwave..huhuhu...6. Ambil satu senduk atau lebih ( ni kes nk cepat habis ) masukkan ke dalam loyang. Kemudian disusun dengan asam manis sampai penuh.7. Bakar dalam anggaran 10 minit. angkat dan tekan2kan.8. Ambil adunan putih satu senduk atau lebih. Tuangkan ke atas lapis pertama. Kemudian susun pulak dengan kepingan cheesdale. Bakar sama dengan lapisan pertama.9. Buatlah sampai habis. akak dapat dalam anggaran 11 atau 12 lapis. Adunan yang akhir akak curahkan yang merah kemudian akak curahklan yang putih. Lorek2kan sikit diatasnya.

Biasa kek lapis dia berminyak..akak tk berapa gemar. jadi akak kurangkan butter..sepatutnya 2 buku butter untuk 10 biji telur..Resepi dr seorang kawan. Bila kita makan kek ni kita akan tergigit cheesdale yang keras dan asam manis yang lembut. Ada rasa lemak2 masin dan masam manis.

Terus terang akak cakap teksturnya tk lah gebu...tapi sedap lah jgk.Ikuti resepi yg sebetulnya dan cuba ambil idea dari akak ni..lapiskan dengan cheess dan asam manis. satu lagi kalau ade makanan tu jgn membazir. ciptalah sesuatu..buat eksperimen...SELAMAT MENCUBA.

Page 8: Resepi kek

1. Resepi Mee Hun Belacan Sarawak

Bahan-Bahan

1 Bungkus Bee Hun - direndam dan dicelur..

Bahan Kuah

1 Biji Bawang Merah Bombay (Bawang Besar pun boleh).

10 biji Cili kering (direndam dalam air suam)

200 gm Belacan (nak sedap pakai belacan Bintulu)

1 Liter Air

Gula Apong atau Gula Melaka secukup rasa

1 sudu teh Tepung Jagung

Garam secukup rasa

Kicap masin dan manis Kipas Udang - secukup rasa

2 sudu Otak Udang

Bahan-Bahan Sampingan

3 Biji telur Padi

1/2 kg sotong kembang

1 biji timun

2 biji cili merah

Cara Memasak

Kisar bawang dan cili kering bersama air. Selepas itu masak hingga mendidik. Selepas itu masukkan

gula apong, tepung jagung, kicap, otak udang dan garam secukup rasa. Masak kuah tadi hingga

pekat. Kemudian masukan Mee Hun, timun, cili, sotong dan telur padi ke dalam mangkuk. Kemudian

masukan kuah dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba...Dalam resepi ni Pak Tambang lupa nak

masukan sotong...hehhehe tapi masih sedap juga.... PT

Mee Bandung Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:1 bungkus mee kuning4-6 ekor udang basah1-2 ekor sotong - potong bulat50 gm udang kering1/4 cawan kacang tanah goreng- tumbuk

Page 9: Resepi kek

SawiHirisan daging (tak letak)Air rebusan daging (guna kiub ayam)4 biji telurGula dan garamMee kuning - celurBahan Kisar:1/2 biji bawang besar 3 ulas bawang putih5 tangkai cili keringBahan hiasan:3 keping tauhu goreng - hiris nipisBawang goreng Hirisan cili merahLimau kasturi/limau nipis

Cara- cara: Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.Tutup api. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.

170gm marjerin atau butter

50gm gula aising

1 biji telur Gred C

290gm tepung gandum

1 sudu kecil esen vanilla

acuan tartMEE JAWA

Bahan-Bahan:1 kg mee kuning (dicelur)1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)2 tangkai daun bawang (dihiris)5 biji cili merah (dihiris)3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)

Page 10: Resepi kek

3 biji telur rebus (dibelah)3 biji limau nipis (dibelah)Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:1/2 kg keledek (direbus & dikisar)

Mesin halus:3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 3 batang serai Sedikit halia sedikit lengkuas 100 gm udang keringsedikit cili padi, jika suka pedas

2 sb cili kisar3 sb serbuk kari dagingair rebusan daging1 cawan airSedikit garamSedikit minyak masakSedikit gula

Cara menyediakan:1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

SERIMUKA WARNA-WARNIby: Chef Hanieliza

Lapisan Pulut2 cwn pulut - direndam (ita rendam semalaman)2 1/2 cwn santan cair dari 1/2 biji kelapa - ita guna santan KARA1 sudu teh garam

Page 11: Resepi kek

Masukkan bahan2 di atas ke dalam loyang dan kukus hingga masak. Apabila masak tekan2 dlm loyang hingga mampat. Ita masukkan semua bahan dlm periuk nasik dan tanak macam masak nasi. Lepas tu masukkan dlm loyang yg telah di gris dgn minyak dan alas dgn plastik sebagai lapik dasar. Tekan2 sehingga padat. Kemudian kukus semula selama 10 minit.

Lapisan Warna-warni4 cwn santan pekat - ita guna santan KARA1 biji telur1/2 cwn gula pasir + 1 sudu besar lagi - ita kena tambah 1 sudu besar lagi next time1/2 cwn tepung kastard1/2 cwn tepung gandum1/2 sudu teh garampewarna hijau, kuning, merah

Bancuhkan semua bahan kecuali pewarna dan tapiskan. Ita masuk aje semua dlm blender dan kisar halus. Ita masak sekejap atas dapur sampai berwap aje. Bahagi adunan kepada 3 mangkuk. Masukkan pewarna yg berbeza untuk setiap mangkuk.Tuang atas lapisan pulut yg telah dikukus tadi satu persatu. Masukkan hijau kukus dlm 10 minit. Kemudian masukkan kuning kukus lagi 10 minit dan begitulah seterusnyer, yang terakhir ita lebihkan masa kukus selama 15 minit.Setelah masak sejukkan. Tunggu hingga kuih benar2 sejuk barulah

Page 12: Resepi kek

dipotong. Gunakan pisau plastik dan gris dgn minyak untuk dapatkan hasil potongan yg kemas.

MURTABAK LAPIS CREAM CRACKERBy :Rozzan's

Bahan-Bahan600 gm daging cincang3 ulas bawang putih }2 cm halia } …. kisar/tumbuk4-5 sudu makan rempah kari daging(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)3 biji bawang besar (potong dadu)3 sudu makan minyakgaram secukup rasa

Cara:Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian.

45 keping biskut krim kraker1 cawan santan1 cawan susu cair1 cawan air

secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2)3 batang lada merah (dihiris)3 batang lada hijau (dihiris)150 gm keju parut (optional)10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit)

Cara:Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega.

Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata.

Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit

Page 13: Resepi kek

keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 

SERI LAPIS LABUby Puan Azimah MansurSumber: Izah Akma Singahsana Kitchen

Page 14: Resepi kek

Bahan Lapisan Bawah:

150 gm labu, diparut kasar700 ml santan100 gm gula pasir60 gm tepung gandum120 gm tepung beras1 tbsp tepung ubi1/2 tsp garamdaun pandan

Bahan Lapisan Atas:

150 gm labu, diparut170 gm gula120 gm tepung beras70 gm tepung gandum1 tbsp tepung ubi700 ml santan2 biji telur1/2 tsp garampewarna kuning dan hijaudaun pandan

Page 15: Resepi kek

Bahan² Untuk Inti1 tin kecil sardin

1 biji bawang besar -didadu2 ulas bawang putih - tumbuk

1 inci halia - tumbuk1 sudu besar cili kisar

1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)garam &; gula secukup rasa

2 biji telur

Bahan² Untuk ToppingBiskut Cream Crackers secukupnya

1 cawan susu UHT1 biji telur (untuk lapisan terakhir)

Cara² Untuk Inti1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi.

Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.

3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.

Cara² Untuk Melapis Murtabak1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang

segiempat) dengan aluminium foil.2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.

2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun

bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut

yang telah disusun tadi.4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang

'rompong' tu..5. lapis sampai inti yang terakhir.

Page 16: Resepi kek

6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan

inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.

7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)

*UNTUK SETIAP LAPISAN LEPAS TUANG SARDIN, AKU TABUR DENGAN MOZARELA CHEESE*