resepi bbq dan grill

135
Volume 1 - 2016

Upload: rijal-abd-shukor

Post on 10-Feb-2017

65 views

Category:

Food


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Page 2: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

RESEPI BBQ DAN GRILL Siri Panduan Mudah Memasak

Page 3: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Nota Penafian: Segala isi kadungan didalam buku ini adalah secara telus serta

untuk dijadikan sebagai rujukan kepada umum. Tiada liabiliti terhadap tuntuan

kerosakan serta kehilangan akan diterima yang menyebabkan kecederaan serta

kerugian atas sebab mengikuti arahan-arahan didalam buku ini.

Edisi ini dipublikasikan secara “On-line” di Malaysia pada 2016 oleh:

Pohon Cherry Grill Enterprise

Sungai Petani Kedah, Malaysia

©Rijal Abd Shukor 2016-02-02

Hak untuk dikenalpasti sebagai penulis buku ini adalah dimiliki oleh Rijal Abd

Shukor dan di rujuk kepada Copyright, Design, and pattern Act, 1988.

Hak cipta terpelihara:

Tiada bahagian didalam buku ini boleh dicetak semula, dipindahkan atas mana-

mana bentuk, atau disimpan didalam sistem-sistem tanpa mendapat persetujuan

penerbit sepertimana di benarkan oleh pihak Pohon Cherry Grill Enterprise.

Terima kasih kepada Alurda Media Studio untuk foto-foto yang disediakan dan

Hidayah Design House untuk rekaan kulit buku ini.

Kod penerbitan “On-Line”: PCG-0000001-2016RAS

Page 4: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

Pengenalan…………………………………………………………………………………..

Jenis-jenis Protein…………………………………………………………………………

Mengenal Herba Serta Teknik Perapan…………………………………………..

Resepi 1: Sos Dan Gravy………………………………………………………………..

Resepi 2: Kambing Golek Mediterranean……………………………………….

Resepi 3: Kambing Grill Tuscany…………………………………………………….

Resepi 4: Daging Lembu Bakar Bulgogi (Korea)……………………………..

Resepi 5: Ayam Grill Terrayaki (Jepun)…………………………………………..

Resepi 6: Puyuh Bakar Tradisional…………………………………………………

Resepi 7: Kebab (Shish Kebob)……………………………………………………….

Page 5: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 8: Ikan Bakar Sumbat………………………………………………………..

Resepi 9: Ikan Kukus Grill…………………………………………………………….

Resepi 10: Kombo Makanan Laut (Cajun Style)…………………………….

Resepi 11: Ayam Piru Grill Essoueria…………………………………………….

Resepi 12: Sosej Herba Gril (Homemade)……………………………………..

Resepi 13: Pasta Gril Ratatuille……………………………………………………..

Resepi 14: Sup Kambing Marhaen…………………………………………………

Resepi 15: Sayur Gril Kombo………………………………………………………….

Resepi 16: Buah-Buahan Gril (Pencuci Mulut)……………………………….

Resepi 17: Roti Keju Gril (Grilled Cheese Panini)…………………………….

Resepi 18: Coleslaw dan Salad Buah-Buahan Tropika……………………..

Page 6: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 19: Kentang Putar Berkeju…………………………………………………

Resepi 20: Sorbet (Ais) Lemon dan Jus Kalamansi Asam Boi…………..

Resepi Bonus…………………………………………………………………………………

Penutup…………………………………………………………………………………………

Page 7: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

PENGENALAN

Salam kasih untuk para pembaca.

"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah

jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya."

Berkat dari pengalaman serta pembelajaran berterusan, Alhamdulillah terhasillah naskah ini

untuk dijadikan rujukan serta ilmu yang bermanfaat kepada pembaca semua. Diharapkan agar

naskah ini dapat mengubah persepsi kita tentang pemakanan kita serta pilihan kita untuk

memasak hidangan yang berkhasiat untuk diri sendiri serta keluarga mahupun kenalan kita.

20 resepi utama ditambah pula dengan 3 resepi bonus khas untuk para pembaca sekalian.

Berbahagialah semasa membaca dan mempelajari resepi-resepi tersebut. Mulakan dengan

Bismillah dan amalkan bersalawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. semasa memasak.

Semoga berkat dan bermanfaat untuk semua. In Shaa allah.

Selamat mencuba.

Page 8: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Jenis-jenis Protein

Untuk sesuatu majlis BBQ dan Grill yang akan anda lakukan, anda pasti akan menyediakan

sesuatu juadah yang menarik serta enak untuk tetamu-tetamu anda. Pemilihan jenis protein

yang sesuai adalah amat penting bagi memenuhi citarasa para hadirin semua. Mari kita kenali

jenis-jenis protein yang selalu atau boleh kita gunakan untuk majlis yang akan kita adakan.

a- Daging Lembu

1. BRAHMAN ialah lembu yang berwarna putih kepala agak kehitaman dan bertengkuk besar, bukan

yang berwarna coklat/merah seperti yang kita fikir selama ini. Berasal dari india, namun banyak dibiak

bakakan di Amerika Syarikat. Baka jantan mempunyai berat maksimum 800kg dan betina 550kg.

2. LIMOUSINE: merupakan keturunan lembu Eropah yang dibiak bakakan di Perancis, lembu jenis ini

banyak di gunakan untuk pawah di negara2 Asia seperti Malaysia untuk tujuan penggemukan, harganya

mahal karena pertumbuhan badanya boleh mencapai 1,1kg perhari.

Page 9: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

3. CHAROLAIS: lembu jenis ini juga dibiak bakakan di negara Perancis, warna bulunya putih perak dan

merupakan jenis paling besar di negara tersebut. Pertumbuhan badannya perhari boleh mencapai 1,3kg.

4. HEREFORD: lembu jenis ini juga merupakan baka keturunan Eropa yang dikembangkan di United

Kingdom, berat lembu jantan rata-rata 900kg dan betinanya 725kg.

5. SHORTHORN: lembu jenis ini sama dengan hereford dan juga dibiak bakakan di negara United

Kingdom. Lembu jantan rata-rata 1100kg dan betina 850kg.

Page 10: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

6. SIMMENTAL: lembu ini berasal dari lembah Simme di Switzerland, tetapi banyak dibiak bakakan di

Australia dan Selandia Baru. Lembu jantan rata-rata 1100kg dan betina 800kg.

7. ABERDEN ANGUS: lembu jenis berasal dari negara Scotland. Lembu jantan rata-rata 900kg dan

betina 700kg.

8. BRANGUS: lembu ini adalah persilangan(kacukan) betina Brahman dan pejantan Aberden Angus.

Page 11: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

9. SANTA GERTRUDIS: lembu ini adalah hasil persilangan (kacukan) antara pejantan Brahman dan

betina shorthorn. Dibiak bakakan pertama kali di King Ranch Texas Amerika Syarikat pada tahun 1943.

Lembu jantan rata-rata 900kg dan betina 725kg.

10. DROUGHMASTER: merupakan persilangan (kacukan) antara betina brahman dan pejantan

shorthorn, dibiak bakakan di Australia.

Daging Lembu Batang Pinang (Beef Tenderloin)

Page 12: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Daging Lembu Primier Wagyu/Kobe beef

Pengeluaran setahun amat dihadkan kepada 3,000 ekor sahaja bagi menjaga mutu serta

keinukan daging wagyu ini. Pemakanan Hop atau rempah yang digunakan untuk membuat bir

telah diamalkan untuk menjadikan isi daging ini lebih berlemak serta enak berbanding daging

lembu yang lain. Setiap “carcass” wagyu akan disertakan dengan sijil disahkan mutu serta lokasi

oleh panel yang diwatikahkan oleh negara Jepun. Harga untuk sekilo daging jenis Wagyu ini

mungkin akan mencecah sehingga puluhan ribu ringgit bergantung kepada kualiti “Marbling”

daging tersebut.

Sijil Wagyu Beef dari Jepun

Page 13: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Page 14: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

b- Daging Kambing

1. Kambing Biri-biri/Dorper (Lamb/Sheep) Tempatan

Biri-biri merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Biri-biri tempatan di

Malaysia hanya terdapat di Kelantan dalam 2 jenis. Satu jenis mempunyai bulu yang lembut dan

halus dan mempunyai telinga kecil, sementara sejenis lagi mempunyai bulu yang kasar dan

keras, dan telinga biasa. Biri-biri Kelantan lebih kecil berbanding yang diimpot daripada Hong

Kong, Singapura atau Bangkok, dan juga tidak menyerupai biri-biri di Burma dan India.

Biri-biri yang terdapat di Kelantan tidak diketahui asalnya, mungkin mampu ditentukan dengan

kajian DNA. Bagaimanapun, biri-biri tersebut telah menyesuaikan diri dengan kawasan

tempatan di Kelantan, Patani dan sebahagian Terengganu. Ia tidak terdapat di negeri-negeri

lain di Malaysia.

{W.A Graham ( 1905 ) " Kelantan : A State of The Malay Peninsula " , diterbitkan oleh James

Maclehose and Sons, Glasgow (1908) - Chapter XIII : Live Stock, page 85 ~ 86 rujukan.

Termasuk biri-biri tempatan, terdapat tiga kumpulan biri-biri:

1. Biri-biri tempatan (MALIN);

2. Jenis eksotik (asal dari luar negeri);

1. Dorset

2. Wiltshire

3. Romney

4. Suffolk

5. Corriedale

6. Border Leicester

3. Kacukan-kacukan di atas

Page 15: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

2. Kambing Kampong/Katjang (Kacang)

Ciri-ciri:-

Asal dari Malaysia dan Indonesia. Badan yang kecil dan pendek Tanduk melentur ke atas dan ke belakang. Telinga tegak ke sisi, janggut pada jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus. Leher pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu purata ketinggiannya ialah 50-60 cm Kulit badan nipis, bulu yang kasar. Warna hitam, coklat kadangkala terdapat tompok-tompok

putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar . Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.

3. Kambing Boer

Ciri ciri kambing boer:

Subur dan mudah membiak sepanjang tahun Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine

dan beratus ratus baka yang lain Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk

persekitaran dan cuaca

Page 16: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang.

4. Kambing Jamnapari/Ettawah

Ciri-ciri:- Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang Tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna

campuran hitam dan kekuningan.

5. Mutton (Biri-biri Tua) & Lamb (Biri-Biri Muda) Import Sejuk Beku

Page 17: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Potongan Daging Kambing

Page 18: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

c- Ayam

1. Ayam Pedaging

Ayam yang biasa kita dapati dipasar-pasar tani, kedai-kedai runcit serta pasaraya-pasaraya di

Malaysia. Isinya lembut serta sedikit berlemak. Anda boleh memilih untuk menggunakan

bahagian-bahagian seperti paha, sayap atau dada sahaja untuk majlis BBQ anda ataupun boleh

menggunakan kesemua bahagian dengan memanggang seekor ayam.

2. Ayam Kampong

Ayam kampong yang terdapat di Malaysia agak kurus serta tinggi berbanding ayam pedaging.

Isinya lebih kenyal serta kurang berlemak. Untuk memasaknya perlulah kita melembutkan

dahulu isinya agar apabila digrill, isinya akan lebih mudah dikunyah serta lembut. Ayam jenis

kampong ini dikatakan amat berkhasiat jika dikonsumsi secara berterusan.

Page 19: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

3. Ayam Belanda (Turkey)

Ayam belanda mempunyai isi yang agak manis serta banyak. Kelembutan isinya serta rasa

aroma daging ayam belanda memang boleh membuatkan kita ingin makan lagi dan lagi.

4. Ayam Selasih/Cemani

Ayam ini dagingnya bewarna hitam pekat. Rasanya mungkin agak serupa seperti ayam

kampong. Tetapi dari segi prubatan, ianya amat baik untuk tubuh badan kita.

Page 20: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

d- Protein-Protein Lain

Burung

Puyuh Burung Unta

Itik Merpati

Page 21: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Rusa

Arnab

Page 22: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Ikan

Page 23: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Page 24: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Udang

Ketam

Page 25: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Udang Kara (Lobster)

Sayur-Sayuran

Page 26: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

MENGENAL HERBA SERTA TEKNIK PERAPAN

Untuk menjadikan anda seorang yang bijak memasak Grill dan BBQ, anda perlulah tahu tentang

kepelbagaian teknik serta cara untuk memerap bahan-bahan seperti daging lembu, ayam,

daging kambing atau sayur-sayuran serta buah-buahan. Rasa asas kepada bahan-bahan

tersebut amat penting untuk menaikkan keinginan tetamu-tetamu anda untuk menikmati

juadah yang anda sediakan.

Rasa asas ini bergantung kepada pemilihan herba serta teknik perapan yang anda pilih. Pada

bab ini, mari kita pelajari tentang teknik-teknik perapan serta jenis-jenis herba yang boleh anda

gunakan untuk memerap bahan-bahan BBQ anda. Anda juga boleh memilih samada untuk

memerap secara tradisional Malaysiana ataupun secara antarabangsa.

TEKNIK PERAPAN

Secara amnya, apa yang anda harus tahu tentang memasak secara BBQ atu Grill ini adalah

kuasai teknik perapan. Hasil daripada teknik0teknik asas ini akan memahirkan anda untuk

mencipta menu-menu rahsia anda sendiri suatu masa nanti. Pada asasnya, terdapat enam

teknik perapan yang anda harus tahu. Diantaranya adalah Perapan Kering (Dry-Rub), Perapan

Basah (Oil Based/Water Based), Perapan Kukus, Perapan Rebus (broiling), Perapan Rendam

Sejuk (Braining) dan Perapan Tumis.

- Perapan Kering (Dry-Rub) – Herba Kering

Perapan kering bermaksud, anda menggunakan herba-herba kering yang telah dikisar untuk

jadikan satu kombinasi perisa yang unik untuk bahan-bahan BBQ anda. Diantara herba sas yang

digunakan adalah cili kering, kunyit, halia, Halapeno kering, Daun Parsley, Daun Coriander,

Oregano, Serbuk Bawang Putih, Serbuk Bawang Merah, Jintan Manis, Bunga Cengkih, Buah

Pala, Rosemary, Basel, Lada Hitam, Thyme, Lada Putih, Kucai dan banyak lagi. Cara

penggunaannya adalah dengan menyapu herba-herba tersebut pada bahan-bahan BBQ seperti

daging atau sayur-sayuran kesemua permukaannya. Jangan lupa untuk mengurut bahan

tersebut supaya ianya menyerap kedalam daging atau sayuran tersebut.

Page 27: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Page 28: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

- Perapan Basah (Oil Based/Water Based) – Herba Segar

Perapan Basah pula adalah dimana kita menggunakan herba-herba segar seperti Daun Parsley,

Daun Rosemary, Serai atau Halia segar yang mana kita kisarkannya. Hasil daripada kombinasi

tersebut ianya akan membentuk satu jenis perapan berasaskan air atau kita juga boleh

menambahkan minyak seperti minyak zaitun, minyak Mustard, minyak canola, atau minyak

Mazola untuk menambahkan lagi perisa rempah tersebut. Terdapat juga produk-produk

perapan yang dijual dipasaraya tempatan yang boleh diguna jika anda rasa malas untuk

mengisar bahan-bahan tersebut sendiri. Cara yang sama kita boleh gunakan untuk memerap

daging atau sayuran kita, iaitu dengan menyapu rempah tersebut pada kesemua bahagian

daging atau sayuran serta mengurut kesemua bahagian supaya rasanya menyerap.

Page 29: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

- Perapan Kukus (Kukus & Grill)

Mengukus selalunya berkaitan dengan ayam. Dimana anda perlu menyediakan herba-herba

perapan didalam periuk kukus tersebut dan memasukkan ayam kedalam periuk tersebut.

Pastikan segala rempah perisanya cukup dan sedap sebelum mula mengukus. Wap panas

berperisa tersebut akan menyerap kedalam isi ayam tersebut. Teknik ini akan membuatkan

ayam kita akan lebih lembut dan mengubah tekstur isi ayam tersebut menjadi lebih longgar.

Selepas beberapa minit atau jam di kukus, keluarkan ayam tersebut dari periuk kukus dan boleh

mula menggrilkannya samada di dalam ketuhar atau diatas api. Anda juga boleh mencuba

teknik ini keatas daging lembu atau daging kambing, tetapi mungkin tempoh masa kukusan

akan berbeza dari ayam.

Page 30: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

- Perapan Rebus (Broiling)

Teknik merebus ini digunakan untuk melembutkan isi daging atau ayam dimana daging atau

ayam tersebut akan dimasukan kedalam periuk berisi air yang telah di campurkan bersama

herba serta bahan perisa. Ianya akan direbus selama beberapa minit dari sepuluh minit ke satu

jam. Apabila hasil rebusan tersebut dilihat telah agak lembut serta diresapi oleh bahan-bahan

rempah herba, maka anda bolehlah keluarkannya dan mula grilkan diatas api atau didalam

ketuhar. Teknik ini agak sama dengan teknik mengukus Cuma kaedahnya sahaja agak berlainan.

Ianya amat sesuai untuk memasak potongan daging yang agak kecil. Dimana masa yang diambil

agak singkat. Selain itu, anda juga boleh terus menggunakan belanga (Skillet) didalam oven.

Apabila semua cecair kering, proses gril pula akan bermula.

Page 31: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

- Perapan Rendam Sejuk (Brining)

Apakah Kaedah Rendaman ini?

Ianya adalah teknik perapan berasakan garam yang menambah kelembapan kepada daging,

ikan atau ayam yang mempunyai kecenderungan untuk kering di panggangan. Bergantung

kepada bahan-bahan, air garam juga boleh memberikan rasa unik. Teknik ini terbaik digunakan

untuk memerap Ayam, daging lembu, daging kambing, ikan yang kenyal seperti ikan keli atau

ikan salmon. Cara-cara perapan:

1. Rebus 2 liter air.

2. Masukkan 1 cawan garam kasar dan 1 cawan gula perang gelap dan padamkan api. Tambah

baki air dan biarkan sejuk ke suhu bilik. Sedikit Cuka juga boleh ditambah untuk menaikkan lagi

perisa protein anda.

3. Tambah protein anda serta herba-herba yang anda ingini, pastikan ia ditutup sepenuhnya

dengan kedap, dan sejukkan dengan ais atau didalam peti sejuk. Sekeping kecil daging ideal

diperap dengan air garam dalam masa 30 minit; ayam belanda keseluruhan boleh rendam

selama 12 hingga 24 jam. protein anda siap untuk di grill apabila ianya nampak berisi dan padat.

Tetapi berhati-hati, terlalu lama merendam boleh menyebabkan daging anda menjadi terlalu

masin.

Page 32: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

- Perapan Tumis

Menumis Herba serta bahan-bahan perapan adalah merupakan satu cara untuk meningkatkan

mutu dan rasa protein yang akan anda perap. Tekstur serta campuran herba kan menjadi lebih

intensif lagi apabila dipanaskan. Dengan itu apabila protein anda atau sayuran anda diperap,

ianya akan menjadikan perisa nya lebih tajam serta menarik. Cara mudah untuk sediakannya

adalah dengan menumis bahan-bahan asas seperti bawang putih, bawang merah, halia didalam

minyak dahulu untuk menaikkan aromanya. Selepas itu anda perlu masukkan bahan-bahan

herba yang lainnya. Untuk beberapa ketika sehingga pecah minyak. Selepas itu, padamkan api

dan biarkannya sejuk. Apabila sudah sejuk, anda bolehlah memerap protein atau sayuran anda

dengan menggunakan tumisan perapan tersebut. Lebihan tumisan bolehlah anda simpan untuk

kegunaan masa depan atau dihadiahkan kepada jiran-jiran anda.

Page 33: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

JENIS-JENIS HERBA DAN REMPAH ASAS PERAPAN

Page 34: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Page 35: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Page 36: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Page 37: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Page 38: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Diatas adalah antara jenis-jenis Cili/Cabai yang boleh digunakan untuk menambah kepedasan serta

perisa kepada BBQ & Grill anda. Selain itu, versi serbuk juga yang selalu digunakan adalah seperti

cayenne, paprika dan cipotle. Masing-masing mempunyai rasa serta aroma tersendiri yang boleh

membuatkan kelainan pada masakan anda.

Page 39: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

PENAMBAH PERISA

Rasa yang enak bermula dari hati sebenarnya. Walaupun lidah memainkan peranan penting,

deria rasa kita hanyalah satu alat untuk membuat hati kita merasai keenakan sesuatu makanan.

Minda kita juga akan menjadi tenang apabila hati kita senang pada keenakan makanan yang

kita makan. Sebagai seoarang yang menyediakan makanan, kita haruslah memasak dari hati.

Berselawat selalu serta berzikir juga dapat menenangkan kita selain daripada membuat kan kita

focus terhadap penyediaan makanan kita. Bermula dari situ, kita In Shaa Allah akan mencipta

sesuatu makanan yang baik untuk kita serta baik untuk tetamu kita.

Fokus pada bahan-bahan penambah perisa yang kita masukkan seperti garam, gula, cuka dan

lain-lain dapat membuatkan hasil akahir juadah yang kita sediakan menjadi seimbang dari segi

rasa serta akan menjadi unik kepada tetamu kita. Yakin pada diri kita sentiasa harus ada semasa

kita menyediakan juadah.

Dari suatu sudut lain pula, penggunaan penambah perisa semulajadi dan juga yang telah

diproses juga dapat membantu kita membuatkan makanan yang kita sediakan menjadi lebih

enak. Contoh perisa semulajadi adalah seperti garam, gula, dan asam jawa. Manakala kicap

soya, MSG, Ajinomoto perencah Hilal adalah antara penambah perisa yang telah diproses.

Namu harus kita ingat bahawa bahan perise yangtelah diproses ini mungkin akan mempunyai

kesan sampingan kepada kesihatan kita apabila digunakan secara tidak terkawal.

Page 40: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

TEMPOH IDEAL MASA PERAPAN

Pemerapan yang efektif akan memakan masa dari 10 minit sehingga ke 48 jam. Pada asasnya,

teknik atau kaedah perapan yang kita guna amat memainkan peranan yang penting bagi

menentukan tempoh masa pemerapan protein atau sayuran kita tersebut. Selain daripada itu,

pemilihan jenis protein atau sayuran juga menentukan tempoh masa yang sesuai untu proses

perapan. Apa yang perlu kita tahu, adalah secara asasnya protein yang mempunyai isi yang

kenyal selalunya akan mengambil masa yang lebih panjang baginya untuk diresapi bahan-bahan

herba perapan. Bagi sayuran pula, masa yang diperlukan adalah dari 10 minit ke 2 jam sahaja.

Page 41: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

TEKNIK MEMBAKAR (BBQ & GRILL)

Grill Ketuhar Grill Kuali Leper (Pan Grill)

BBQ atas api

Salai (Smooking)

Page 42: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Grill dan Sapu (Glazing/Rubbing)

Grill Batu Panas (Hot Stone Grill)

Page 43: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

RESEPI POHON CHERRY GRILL

Resepi 1: Sos dan Gravy

Sebagai penambah seri dan juga penyedap rasa sesuatu jenis makan BBQ dan Grill, sos ataupun

Gravy memainkan peranan yang amat penting didalam sesebuah hidangan. Selain ianya

menambah perisa, ia juga dapat meningkatkan lagi rasa aroma protein yang kita gunakan.

Berikut adalah beberapa jenis sos serta gravy yang dapat anda pelajari.

1. Sos Perang (Brown Sauce)

Masa Penyediaan : 30 minit Masa Memasak : 30 minit Masa Diperlukan : 1 jam Ideal Hidangan : 4-6 hidangan Bahan-Bahan

4 biji bawang putih dan 1 biji bawang besar

2 sudu besar tepung gandum atau tepung jagung

1/2 kiub ayam atau 4 cawan stok air rebusan daging lembu/kambing/ayam

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap manis

2 sudu besar serbuk lada hitam

1 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar2

50 gram Gula Merah

1 sudu besar mentega

Page 44: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara Penyediaan:

panas kan mentega sampai cair dan masuk kan bawang, goreng sampai wangi.

masukkan lada hitam, masukkan tepung gandum/jagung kacau cepat2 untuk jadikannya

“Roux”. Selepas itu masukkan air dan kacau agar ianya tidak bergentel. Perlahan-lahan

masukkan stok air rebusan protein dan masukkan kiub ayam, kacau sehingga sebati. Akhir

sekali, masuk kan sos tiram, kicap manis dan serbuk lada hitam. Biarkan ia mendidih sebentar

sehingga sos tersebut agak pekat, kacau agar tidak berketul atau hangit.

Sebagai pilihan, anda juga boleh menggunakan serbuk Sos Perang yang terdapat dipasaran jika

saiz tetamu yang anda jemput melebihi 20 orang. Ini kerana ianya akan menjimatkan masa

anda serta anda boleh menumpukan kepada perkara-perkara lain. Anda boleh menyediakan 10

liter sos dalam masa 5 minit. Tetapi anda boleh menjadikannya unik dengan mengubah serta

menambah beberapa ramuan seperti gula merah, bawang putih, cendawan atau lebihkan lada

hitam agar sedikit pedas. Satu kilogram serbuk Perang selalunya dapat menghasilkan sebanyak

10 liter sos. Bahan-bahan yang terdapat didalam sesuatu produk serbuk perang adalah seperti:

Tepung Gandum, Lemak Sayuran, Garam Halus, Tepung Jagung, Serbuk Tomato, MSG

(Monosodium Glutamate), Serbuk Bawang, Gula, Serbuk Karamel, Rempah Ratus, Perasa

Tiruan, Gum Guar, dan Maltodextrin.

Page 45: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

2. Sos Unggu (Purple Sauce)

Masa Penyediaan : 10 minit Masa Memasak : 15 minit Masa Diperlukan : 25 minit Ideal Hidangan : 20-50 hidangan Bahan-Bahan: ½ biji kobis Merah 1 biji kobis Cameron (Besar-2 kilogram) 3 iji bawang besar 10 ulas bawang putih 60ml cuka makan 100ml Mayonis 100gram gula pasir 30gram garam 250ml air Cara Penyediaan:

Cara untuk menyediakan Sos Unggu ini amat mudah sekali. Bagi anda yang baru berjinak-jinak

untuk menjadi seorang tukang masak ataupun hanya untuk memasak dirumah, kaedahnya

terlalu mudah bagi anda lakukan. Untuk pengetahuan anda, warna unggu yang dihasilkan pada

sos tersebut adalah berpunca daripada kobis merah yang kita gunakan. Kobis merah adalah

salah satu sayuran anti-kanser yang terbaik jika kita konsumsi dengan kekerapan yang tinggi.

Page 46: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Untuk memulakan, anda perlu memotong secara kasar bahan-bahan yang akan kita gunakan

bagi memudahkan mesin pengisar mengisar bahan-bahan tersebut. Masukkan Kobis merah,

bawang besar, bawang putih dan air kedalam pengisar. Kisar sehingga halus dan sebati. Selepas

itu, masukkan sedikit demi sedikit kobis Cameron dan kisarkannya. Apabila kita Nampak semua

bahan tersebut telah sebati serta halus, masukkan cuka, gula dan garam lalu kisarkan semua

nya sekali lagi sehingga sebati dan halus. Sesudah anda dapati semuanya sebati, masukkan

mayonis kedalam pengisar dan kisarkan sehingga semua bahan sebati. Warna unggu pekat akan

bertukar menjadi seakan-akan merah jambu. Tuangkan kedalam bekas untuk disimpan didalam

peti sejuk untuk beberapa ketika. Sos Unggu ini akan menjadi lebih sedap apabila dihidangkan

dalam keadaan sejuk bersama-sama protein yang telah anda grill.

Page 47: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

3. Sos Pesto Hijau (Pesto sauce)

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 15 minit Masa Diperlukan : 35 minit Ideal Hidangan : 20-50 hidangan Bahan-Bahan: 15 ulas bawang putih 5 ulas bawang besar 600 gram daun sup / daun bayam / daun selasih 10 biji chili hijau besar 5 biji chili hijau pedas (Cabai Melaka) 200 gram gula putih 100 gram garam 10 gram lada hitam 200 ml cuka makan 20 ml air 500 ml minyak (zaitun/bunga matahari/sawit) *Setiap jenis daun yang digunakan akan mempunyai rasa yang unik masing-masing. Oleh itu,

anda bolehlah memilihnya mengikut citarasa anda sendiri.

*Jika anda ingin rasa yang lebih segar, anda boleh memilih untuk menambahkan sedikit daun

mint (mentos) kedalam ramuan tersebut. Tetapi anda perlulah dapat mengagak sukatan yang

anda perlukan agar sos pesto anda tidak akan menjadi terlalu pahit akibat lebihan daun mint

yang anda masukkan tadi.

*Kreativiti anda amatlah penting untuk menghasilkan sos pesto yang unik bagi anda.

Page 48: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara Penyediaan: Kupas dan basuh bawang, daun-daun serta chili hingga bersih. Toskan biarkan ianya kering.

Sediakan mesin pengisar. Masukkan bawang, daun, chili dan air. Kisarkan sehingga hancur.

Apabila agak hancur, masukkan cuka gula lada hitam seta minyak zaitun dan kisarkan lagi agar

sebati. Anda boleh memilih untuk membiarkan sos tersebut menjadi halus atau sedikit kasar.

Kemudian masukkan minyak secara aliran serta sambal kisarkan bahan-bahan tersebut biar

sebati. Beberapa ketika kemudian, anda akan meperolehi hasilnya. Tambahkan garam secukup

rasa agar ianya tidak terlalu masin atau tidak terlalau tawar. Sos pesto sesuai dimakan bersama

pelbagai jenis masakan BBQ & Grill.

Page 49: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

4. Sos Krim Cendawan (Cream of Mushroom sauce)

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 25 minit Masa Diperlukan : 45 minit Ideal Hidangan : 2-5 hidangan

Bahan-bahan :

1⁄4 cawan mentega (Butter) 1⁄4 cawan tepung gandum/jagung

1⁄4 sudu kecil garam & Gula 1⁄8 sudu kecil serbuk lada hitam

200 Gram Cendawan Button atau Abalone 100 gram keju lembut (Cream Cheese)

1 ulas bawang putih kisar/hancur 1 cawan Susu Segar atau Susu UHT

*Anda juga boleh gunakan krim (double cream) masakan.

Page 50: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara2 penyediaan:

Didihkan susu didalam periuk sehingga agak panas dan masukkan bawang putih hancur mentega

keju dan lada hitam. Biarkan seketika sambal dikacau hingga sebati. Masukkan cendawan pilihan

anda kedalam didihan tersebut biarkan ianya masak selama 10 minit. Sementara itu larutkan tepung

didalam bekas lain. Masukkan gula serta garam secukup rasa. Akhir sekali apabila anda telah berpuas

hati dengan rasa sos tersebut, masukkan larutan tepun untuk memekatkan sos anda tadi.

Sos ini amat sesuai dimakan bersama makanan bergoreng seperti “Chicken chop”, Fish & Chip,

bebola daging dan juga protein-protein yang kita bakar.

Page 51: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

5. Sos Lada Hitam (Black Paper Sauce)

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 20-50 hidangan Bahan-bahan:

10 – 15 biji ubi kentang 10 ulas bawang putih

3 biji bawang besar 100 gram serbuk lada hitam

10 gram lada hitam kasar 100 gram mentega

100 gram gula merah 50 gram garam

1 liter air 50 ml kicap

50 ml sos tiram

*Tepung jagung atau tepung gandum juga boleh digunakan untuk memekatkan lagi sos bagi

menggantikan ubi kentang tersebut.

Page 52: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaan:

Basuh ubi kentang bersih dan kupas bawang dan cuci bersih. Ubi kentang anda boleh digunakan

bersama kulitnya atau anda boleh kupaskan kulitnya. Kulit ubi kentang juga amat berkhasiat

bagi system badan anda. Masukkan semua ubi kentang bersama bawang putih dan merah

kedalam periuk dan masukkan air. Didihkan kesemuanya sehingga kentang menjadi lembut. Ia

mungkin memakan masa sehingga 45 minit. Kemudian masukkan lada hitam, garam serta gula

secukup rasa. Tambahkan kicap untuk menaikkan warna gelap sos lada hitam anda. Tambahkan

sos tiram untuk menambahbaik rasa sos. Padamkam api. Kemudian, masukkan kesemua bahan

kedalam mesin pengisar anda dan kisarkan sehingga halus. Jika anda mempunya pengisar

tangan adalah lebih memudahkan anda. Kisar sehingga semuanya sebati dan masukkan

mentega untuk menaikkan kelicinan sos lada hitam anda. Dah siap? Sekarang anda boleh

nikmatinya bersama-sama makanan yang anda gemari.

Page 53: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

6. Sos Mole (Molay) Cokelat Hitam

(Dark Chocolate Mole/Mole Negro)

Page 54: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Masa Penyediaan : 25 minit Masa Memasak : 60 minit Masa Diperlukan : 85 minit Ideal Hidangan : 2-5 hidangan Bahan-bahan:

8 cili guajillo

8 cili pasilla kering

2 cili ancho kering

2 kilogram tomato

1/4 cawan mentega cair (Clarified butter)

1 biji bawang besar

8 ulas bawang putih

1 sudu serbuk kayu manis (ground cinnamon)

1 sudu daun Oreganio Mexico kering (Mexican oregano)

1/4 cawan kacang atau mentega kacang tawar (unsweetened peanut butter)

1 bunga cengkih (Clove)

1/4 cawan tepung jagung halus (Masa Harina)

1 sudu serbuk cokelat hitam (dark cocoa powder)

1/4 sudu daun Thyme kering (dried thyme)

1/4 sudu biji jintan manis (anise seeds)

3 lada hitam (peppercorns)

100 gram gula dan garam secukup rasa

4 cawan air rebusan ayam (chicken broth)

Cili Guajillo / Cabai Kering Cili Pasilla/Jalapeno Cili Ancho

Page 55: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaan:

Sediakan cili kering dengan memotong tangkal yang masih terdapat pada cili tersebut.

Kemudian, potong cili tersebut untuk membukanya. Bijinya akan dengan sendirinya terkeluar

dari kulit apabila kita memotong dan membuka isi cili tersebut. Jika masih terdapat biji yang

melekat didalamnya, gunakan jari anda untuk mengikis lebihan biji tersebut keluar. Setelah

membuang biji, masukkan semua cili tersebut kedalam belanga yang panas atau separa panas

untuk menyangai/goreng selama 3 ke 4 minit. Padamkan api untuk mengelakkannya dari

hangus. Jika ianya hangus, kita tidak boleh lagi menggunakannya kerana ianya akan

menyebabkan rasa hanggus tersebut menyerap kedalam Mole kita nanti. Selepas menyangai cili

tadi, letakkan semuanya kedalam mangkuk dan tutup bersama air panas. Kita perlu merendam

cili tersebut selama 20 hingga 30 minitbergantung kepada ketebalan cili-cili tersebut Gunakan

camca untuk menekan cili-cili yang terapung agar ianya dapat menyerap air. Selepas ianya telah

kembang dan menyerap air, toskan dan letakkan disebelah buat sementara waktu. Untuk

sesetengah resepi, anda boleh terus gunakan cili yang telah kembang tersebut. Anda boleh

cincang serta tambahkan sesuka hati anda. Tetapi anda sepatutnya memerlukan satu lagi

langkah untuk penyediaannya. Secara tradisinya, cili yang telah kembang akan dikisar halus

menggunakan batu pengisar sebelum dimasukkan kedalam masakan. Tetapi masa telah

berlalau dan alatan moden seperti mesin pengisar electric telah mengambilalih fungsi batu

tersebut. Anda perlu tambahkan sedikit cecair kedalam mesin pengisar tersebut serta mesin

sehingga betul-betul halus. Jenis cecair adalah bergantung kepada jenis masakan yang akan

anda sediakan. Untuk kegunaan umum, air kosong adalah memadai. Jika anda ingin sos

berdasarkan cuka makanan, masukkan cuka tersebut mengikut sukatan yang betul. Ini adalah

penting agar masakan anda nanti tidak akan menjadi terlalu masam atau pahit.

Kisarkan cili tersebut dan gunakan untuk masakan mengikut sukatan yang sesuai. Bagi

memudahkan cara, masukkan perisa seperti gula dan garam semasa anda mengisar cili anda

tadi. Masukkan beberapa ulas bawang putih untuk mempercepatkan kerja memasak anda

nanti.

Page 56: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Sediakan bawang besar dengan mengupas kulit luarnya, kerat empat dan basuhkannya.

Gunakan camca untuk mengeluarkan biji tomato dan anda boleh tanam biji tersebut untuk

kegunaan masa depan.

Panaskan mentega didalam kuali yang besar. Masukkan bawang besar, bawang putih dan

masak sehingga bawang menjadi lembut dan jernih. Gunakan mesin pengisar untuk hancurkan

kekacang serta kemudiannya masukkan daun oregano, kayu manis, jintan manis, lada hitam,

thyme dan bunga cengkih serta kisarkan bersama tomato tadi. Kisarkan sehingga halus dan

licin. Kemudiannya masukkan bawang besar, cili hijau dan bawang putih. Seterusnya kisar

sehingga halus.

Masukkan air rebusan ayam serta bahan-bahan yang telah anda kisar tadi bersama 200 gram

serbuk cokelat hitam dan panaskan serta kacau sehingga sebati.

Adukkan kesemuanya sehingga ketulan-ketulan tadi bercampur serta sebati. Masukkan

bancuhan masa harina (Tepung Jagung) ¼ cawan bersama air rebusan ayam dan kacau cepat-

cepat sehingga kesemuanya sebati. Selepas itu, biarkan ianya mendidih selama 1 jam dengan

api yang perlahan. Jangan lupa tutupkan kuali tersebut. Selepas 1 jam, buka penutup

tersebut dan masakkan lagi sehingga anda berpuas hati dengan kepekatan sos tersebut.

Setelah selesai memasak sos mole negro anda tadi, anda bolehlah menikmatinya bersama

masakan-masakan BBQ anda atau bersama makanan-makanan lain yang anda gemari.

Page 57: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

7. Sos Tomato

Masa Penyediaan : 15 minit Masa Memasak : 30 minit Masa Diperlukan : 45 minit Ideal Hidangan : 2-5 hidangan Bahan-bahan:

1 1/4 (32 oz.) tomato dalam tin atau tomato segar

6 oz. pes tomato

1 sudu garam kasam

1 sudu lada hitam

1 labu bawang putih

1 sudu minyak zaitun

Daun basil, thyme, oregano, gula secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Jika menggunakan tomato segar, potong batangnya dan rebuskan agar ianya lembut.

2. Kisarkan kesemuanya (bersama bahan-bahan lain) sehingga halus.

3. Dah siap. Masukkan kedalam bekas untuk disimpan bagi kegunaan nanti.

Page 58: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

8. Sos Salsa Latino

Masa Penyediaan : 15 minit Masa Memasak : 30 minit Masa Diperlukan : 45 minit Ideal Hidangan : 2-5 hidangan Bahan-bahan:

1 sudu minyak zaitun

2 bawang merah potong halus

1 ubi karot potong halus

1 labu bawang putih hancurkan

1 hirisan kulit lemon (lemon zest) potong halus

1 biji tomato dikupas dan dipotong dadau kecil

1/3 cawan cuka makan

½ sudu tepu8ng jagung

½ cawan air atau air rebusan ayam

Secubit serbuk jintan manis (cumin seed)

Secubit daun thyme (serbuk)

Lada Hitam

2/3 cawan buah zaitun dipotong kasar tanpa biji

Garam dan gula secukup rasa

Page 59: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediannya:

Panaskan minyak didalam belanga dan masukkan bawang merah, karot dan bawang putih serta

masak sehingga lembut. Masa diperlukan sekitar 3 minit sahaja. Masukkan kulit lemon serta

tomato dan masak selama 3 minit. Masukkan cuka dan kacau. Adukkan tepung jagung didalam

air atau air rebusan ayam sehingga sebati dan masukkan kedalam belanga bersama jintan,

thyme serta lada hitam. Masak dan kacau selama lebih kurang 2 minit dan biarkan ianya

mendidih juga selama lebih kurang 2 minit. Tutup dan biarkan pada api perlahan sehingga

semuanya manjadi lembut. Selepas lebih kurang 20 minit, kacau bahan-bahan tersebut lagi biar

ianya sebati. Tambahkan buah zaitun tadi dan biarkan selama 5 minit. Rasa dan tambahkan

garam serta gula secukup rasa. Sekarang anda telah siapkan sos anda tadi. Anda bolehlah

gunakannya untuk makan bersama makan kegemaran anda.

Salsa juga boleh dibuat tanpa memasaknya. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memotong

bahan-bahan yang anda perlukan dan gaulkannya bersama cuka makanan serta jus limau.

Untuk perisa, anda juga boleh menambahkan gula serta garam secukup rasa.

Page 60: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 2: Kambing Golek Mediterranean

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 120 minit Masa Diperlukan : 140 minit Ideal Hidangan : 25-70 hidangan Bahan-bahan:

Seekor Kambing (Import Frozen/Tempatan Segar) 15kg-25kg. Pelbagai jenis kambing yang anda

boleh pilih untuk dijadikan kambing golek. Tetapi cuba pastikan kambing anda mudah untuk

diuruskan. Ini kerana lagi besar kambing yang anda akan golek, bermakna anda akan

memerlukan bantuan untuk menguruskannya. Untuk kambing import pula, pastikan sijil halal

disahkan oleh pihak yang berwajib.

Page 61: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Perapan

Untuk memerap seekor kambing, anda memerlukan kuantiti sukatan bahan-bahan untuk

memerap sekurang-kurangnya ¼ dari saiz kambing. Ini untuk memastikan keseluruhan kambing

anda nanti akan diselimuti oleh herba-herba pemerap dan akan memudahkan anda untuk

menyimpannya walaupun tanpa dimasukkan kedalam peti ais.

Bagi kambing bersaiz 16kg-25kg

20 labu bawang putih dipotong nipis

500 gram daun sup/Parsley di potong kasar

300 gram pes asam jawa

5 labu bawang putih, 10 biji bawang besar dan 100 gram daun sup di kisar halus menjadi pes

200 gram Serbuk Cili merah

200 gram serbuk lada hitam

300 gram Gula merah kasar

100 gram daun Rosemary dipotong kasar

250 liter minyak zaitun

Gula dan Garam secukup rasa

Anda juga boleh menggunakan penambah perisa seperti Hilal atau knorr bagi menaikkan lagi

rasa kesedapan kambing golek anda.

Alatan yang diperlukan

Anda memerlukan beberapa alatan untuk membantu anda memerap dan menggolak kambing

anda nanti. Pastikan anda ada sekurang-kurangnya sebuah periuk bersaiz diameter 36’ (inchi)

ataupun lebih bagi meletakkan kambing anda nanti. Inin amat penting apabila anda sudah

selesai memerap nanti untuk anda simpan kambing tersebut. Pemerapan selalunya lebih ideal

jika dibiarkan selama antara 24jam ke 48 jam. Ini akan membolehkan perapan masuk kedalam

isi kambing golek anda denagn lebih dalam.

Page 62: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Satu lagi alatan yang perlu untuk membakar kambing golek adalak sebuat set BBQ yang

mempunyai tiang seperti gambar dibawah.

Cara penyediaannya:

Pastikan anda telah mencuci kambing anda dengan bersih. Letakkan kambing tersebut di dalam

periuk besar anda tadi. Gunakan tisu atau kain bersih untuk keringkan kambing tersebut.

Sesudah agak kering. Prosesnya adalah seperti berikut:

1. Sapukan pes asam jawa keseluruhan badan kambing dan biarkan selama 2 minit.

2. Sapukan serbuk cili, serbuk lada dan gulamerah ke keseluruhan badan kambing luar dan

dalam. Biarkan selama 2 minit.

Page 63: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

3. Cucuk badan kambing dan masukkan hirisan bawang putih, potongan daun sup/parsley dan

daun rosemary kedalam lubang-lubang yang anda telah buat. Contoh seperti gambar dibawah.

4. Sapukan garam dan gula pada keseluruhan badan kambing tadi.

5. Tuangkan pes kisar bawang putih, bawang besar dan daun sup tadi dan urut badan kambing

anda kesemua bahagian. Ianya amat penting untuk pastikan rasa masuk menyerap ke semua

tempat.

6. Tuangkan minyak zaitun dan lumurkan kesemua tempat.

7. Sediakan ais didalam plastic-plastik bersaiz sederhana sebanyak 5 ketul.

8. Masukkan ais tersebut kedalam periuk dan letakkannya dibawah badan kambing yang telah

anda perap tadi.

9. Tutupkan periuk dengan tudung dan gunakan “Salotape” untuk tutup lubang-lubang yang

ada pada periuk anda. Letakkan sesuatu yang berat untuk pastikan tudung periuk anda rapat

Page 64: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

dan kedap. Biarkan perapan tersebut selama 24 jam atau sehingga 48 jam sebelum anda

menggolaknya.

10. Dah sedia untuk digolek.

Daging yang sudah diperap, selalunya telah 40% masakisinya, dan anda sepatutnya tidak terlalu

lama membakar kambing tersebut. Ianya penting untuk jadikan isi kambing anda masih

mempunyai air atau jusnya. Disamping kerangupan luaran, isi yang berjus juga akan

membuatkan kambing golek anda lebih manis dan sedap.

Page 65: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 3: Kambing Grill Tuscany

Masa Penyediaan : 40 minit Masa Memasak : 50 minit Masa Diperlukan : 90 minit Ideal Hidangan : 5-15 hidangan *Anda boleh memilih untuk menggunakan samada lamb atau mutton.

Page 66: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Bahan-bahan:

3 kilogram kambing dipotong nipis (Bahagian Bahu atau rusuk)

200gram asam jawa

200gram daun sup/parsley

10 ulas bawang putih

2 biji bawang besar

100gram gula putih

50gram garam

50grm serbuk lada hitam

150gram gula merah

50ml Dijon mustard

150ml cuka makan

Cara penyediaannya:

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk membersihkan daging kambing tadi.

Cuci dan buangkan lebihan darah beku yang masih terdapat di isi kambing tersebut. Seterusnya,

anda perlu rendamkan daging tersebut kedalam air asam jawa selama lebih kurang 30 minit.

Pastikan kesemua isi daging tersebut berada didalam air asam jawa tersebut. Selain

membersihkan serta menghilangkan bau hamis, asam jawa tersebut juga berfungsi sebagai

penambah perisa kemasaman kepada kambing anda nanti.

Selepas 30 minit, and perlu sediakan daun sup, bawang putih berkulit, bawang besardan dikisar

bersama-sama dengan cuka, gula putih, garam secukup rasa serta serbuk lada hitam.

Kisarkannya sehingga sebati. Tetapi biarkan sedikit ketulan bawang untuk menaikkan

aromanya.

Toskan air rendaman asam jawa tadi dan keringkan daging kambing anda buat seketika. Setelah

agak kering, masukkan gula merah dan urutkan kesemua bahagian kambing tadi. Selepas itu,

sapukan mustard ke semua bahagian kambing anda. Pastikan diurut dan diratakan. Biarkan

Page 67: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

seketika untuk bahan-bahan tadi menyerap masuk. Selepas beberapa minit, tuangkan bahan-

bahan yang anda telah kisar tadi kedalam bekas berisi daging kambing anda tadi. Biarkannya

sekurang-kurangnya selama 1 ke 3 jam sebelum anda mula membakar daging tersebut. Ianya

perlu untuk membolehkan perasa rempah dan herba tadi masuk hingga kedalam isi kambing

anda. Untuk rasa yang lebih bagus, anda boleh perapkan daging kambing tadi selama 24 jam ke

48 jam.

Untuk rasa yang terbaik, jangan digrilkan terlalu lama diatas api hingga isi terlalu kering.

Pastikan masih ada sedikit jus daging terdapat didalam isinya. Jus tersebut akan membuatkan

rasa kambing lebih sedap.

Page 68: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 4: Daging Bakar Bulgogi (Korea)

Masa Penyediaan : 120 minit Masa Memasak : 15 minit Masa Diperlukan : 115 minit Ideal Hidangan : 3-5 hidangan Bahan-bahan:

600 gram daging lembu (dihiris nipis) 1 biji bawang besar (kuning)

1 biji lobak merah 6 sudu besar kicap soya masin (kipas udang)

3 sudu besar gula atau madu lebah 1 sudu besar cuka makan

3 sudu besar jus pear (lai) yang dikisar setelah dikupas kulit

1 1/2 sudu besar bawang putih yang dicincang

1 sudu besar halia yang dicincang lumat (ditumbuk lagi bagus)

1 sudu besar minyak bijan atau minya conola

Secukup rasa serbuk lada hitam

100 gram daun sup/parsley dipotong kecil-kecil

3 sudu besar daun bawang yang dihiris nipis

1 sudu besar biji bijan

Page 69: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaannya:

Daging lembu yang kita akan gunakan haruslah dipotong nipis-nipis lebih kurang sepanjang 4 ke

5 inchi. Setelah dibersihkan, masukkan kesemuanya kedalam sebuah bekas dan campurkan

kesemua bahan-bahan perapan dan gaulkannya. Kecuali bawang besar dan lobak merah. Rasa

bahan-bahan perapan, jika masih ada kekurangan, biolehlah ditambahkan agar menepati

citarasa anda.

Perapkan daging tersebut selama sekurang-kurangnya 2 jam hingga ke 24 jam untuk rasa yang

maksima. Setelah itu, potong bawang besar seperti biasa dan lobak merah secara memanjang.

Dan potong daun bawang dan campurkan kedalam daging tadi.

Setelah beberapa ketika, anda bolehlah terus grilkan daging tersebut dan boleh dihidangkan

bersama-sama dengan roti tortilla atupun nasi putih.

Nota:

* Jika anda ingi menggunakan daging ayam sebagai ganti daging lembu, anda boleh menggunakan perapan yang sama. Anda boleh menambahkan halia yang telah dikisar sebanyak ½ sudu. Pastikan ayam anda tersebut telah dibuang tulang-tulangnya dan dihiris memanjang seperti daging lembu tadi.

Page 70: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 5: Ayam Grill Terrayaki (Jepun)

Masa Penyediaan : 120 minit Masa Memasak : 15 minit Masa Diperlukan : 115 minit Ideal Hidangan : 3-5 hidangan Bahan-bahan:

600 gram isi ayam / Dada ayam 1 cawan kicap manis

1 cawan air ¼ cawan sos tiram / worchestershire

¾ cawan gula putih 3 sudu cuka makan

3 sudu minyak sayuran 1/3 cawan bawang kering

2 sudu serbuk bawang putih 1 sudu halia kisar

½ sudu serbuk kayu manis ½ sudu serbuk cili

½ sudu serbuk jintan manis Garam secukup rasa

Page 71: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaannya:

Ayam yang anda gunakan adalah lebih baik di buang tulangnya terlebih dahulu dan dibersihkan.

Setelah bersih, masukkan kesemuanya kedalam sebuah bekas dan masukkan semua bahan-

bahan perapan tadi kedalamnya. Urut isi ayam tadi dan gaulkan nya sehingga meresap.

Pastikan semua bahagian ayam dilumurkan dengan perapan anda tadi.

Setelah selesai, masukkan ayam yang telah diperap tadi kedalam peti sejuk untuk diperap

diantara 2 jam sehingga 24 jam. Setelah itu, anda boleh gunakan “Grill Pan” atau pun BBQ

untuk memasak ayam terrayaki anda tersebut. Semasa memasak, anda boleh sambil

menyapukan (Glazing) bahan perapan anda keatas ayam bagi menambahkan perisa. Setelah

selesai memasak, anda boleh menyangai biji bijan dan taburkan diatas ayam terrayaki anda

untuk hiasan.

Page 72: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 6: Puyuh Bakar Tradisional

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 35 minit Masa Diperlukan : 55 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan

Page 73: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Bahan-bahan:

10 ekor burung puyuh 3 sudu serbuk kunyit

3 sudu serbuk lada hitam 3 sudu gula merah

3 sudu halia kisar 3 sudu bawang putih kisar

3 sudu minyak sayuran 1 batang serai yang dikisar halus

3 ulas bawang besar yang dikisar Garam secukup rasa

Cara penyediaannya:

Walaupun isinya tidak sebanyak ayam, tetapi rasa isi puyuh amatlah enak jika diperap serta

digrill dengan betul. Seeloknya pemerapan dilakukan sehari lebih awal bagi meningkatkan

penyerapan rasa herba kedalam isi puyuh tersebut. Herba yang digunakan juga dapat

membuatkan isi puyuh lebih lembut dan beraroma.

Proses pemerapan adalah amat mudah. Selepas isi puyug dicuci dengan bersih, toskan biarkan

ianya agak kering sedikit. Masukkan kesemua bahan-bahan perapan tadi dan adukkan biar

sebati. Selepas itu, masukkan semua puyuh tersebut kedalam bekas berisi perapan dan gaulkan

sehingga kesemua kasawan diselaputi bahan perapan. Tudung bekas berisi puyuh tadi dan

masukkan kedalam peti sejuk dan biarkan dari 2 jam sehingga 24 jam.

Panaskan grill atau BBQ anda, pastikan api tidak kuat agar puyuh anda tidak renting atau tidak

masak didalam. Gril puyuh anda selama 10 minit setiap bahagian sambal sapukan bahan perap

berulang-ulang kali pada bahagian puyuh anda tadi. Apabila ianya masak, anda bolehlah

menikmatinya dengan sos-sos yang telah anda buat tadi. Puyuh juga enak jika kita nikmatinya

bersama dengan nasi putih atau nasi mendi arab.

Page 74: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 7: Kebab (Shish Kebab)

Masa Penyediaan : 120 minit Masa Memasak : 25 minit Masa Diperlukan : 145 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan

Page 75: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Bahan-bahan:

2kg Daging Lembu/Ayam dipotong kiub 5 biji Capsicum Merah

5 biji Capsicum Kuning 5 biji tomato

5 biji timun jepun/Zucini 5 biji bawang besar

200gram Serbuk Cili Cayenne 200gram serbuk cili Paprika

50gram gula perang halus 50gram gula putih

50gram garam halus 100gram serbuk cili Sichuan

100ml minyak zaitun

Cara penyediaannya:

Potong kiub daging lembu/ayam yang akan anda gunakan. Untuk Capsicum, timun jepun,

bawang besar dan juga tomato, anda perlu memotongnya mengikut diameter kiub daging yang

anda potong tadi. Apabila selesai memotong, anda memerlukan bilah besi atau bilah lidi untuk

mula mencucuk bahan-bahan anda tadi. Cucuk secara bersilih ganti antara bahan-bahan yang

anda potong tadi seperti gambar diatas.

Apabila selesai mencucuk kesemuanya, barulah anda mula memerap bahan-bahan tersebut.

Adunkan kesemua bahan-bahan perap tadi agar sebati kecuali minyak zaitun. Rasa bahan-

bahan tadi agar ianya mengikut citarasa anda. Taburkan dan sapukan kepermukaan kebab anda

anda rasa dapat menyerap masuk. Apabila selesai, barulah anda sapukan minyak zaitun pada

kebab-kebab yang anda buat tadi. Perap selama sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mula

membakar kebab-kebab tadi.

Potongkan bawang besar kasar-kasar dan campurkan kedalam mayonis bersama sedikit gula

dan garam secukup rasa. Ianya adalah sebagai sos bagi pencicah Shish Kebab anda nanti.

Setelah lebih 1 jam memerap, anda bolehlah mula membakar kebab-kebab anda dan apabila

masak, anda bolehlah menikmatinya bersama dengan sos mayonis anda tadi.

Page 76: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Page 77: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 8: Ikan Bakar Sumbat

Masa Penyediaan : 60 minit Masa Memasak : 30 minit Masa Diperlukan : 90 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan Bahan-bahan:

10 ekor ikan (Cencaru/Temenung/Siakap dll) siap disiang, cuci dan dibelah belakang

Kelapa Sumbat:

Sebiji kelapa siap parut 2 tangkai serai dikisar halus

50gram jintan manis 5ulas bawang putih kisar halus

10 ulas bawang merah kisar halus 10 biji cabai Melaka dan cili besar merah dikisar halus

10gram serbuk kunyit 2 helai daun kunyit dirincik halus

5gram belacan yang dibakar Garam dan gula secukup rasa

Page 78: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaannya:

Adukkan kesemua bahan-bahan untuk disumbat tadi kedalam satu bekas. Gaulakan

kesemuanya sehingga sebati. Rasa dan tambahkan garam atau gula secukup rasa anda. Apabila

anda berpuas hati dengan rasa serta konsisntensi bahan sumbatan anda tersebut, anda

bolehlah mula menyumbat ikan-ikan yang telah anda sediakan tadi. Spukan garam dan kunyit

kebahagian luar ikan anda untuk rasa yang menarik.

Balutkan ikan-ikan anda dengan daun pisang untuk menaikkan lagi aroma ikan sumbat bakar

anda tadi. Grilkan selama 15 minit disetiap bahagian dengan api yang sederhana. Jika anda

sukakan kegaringan, lebihkan selama 3 minit lagi masa membakar. Tetapi anda perlu pantau

supaya tidak hangus. Ikan sumbat amat enak jika dinikmati bersama nasi putih yang panas-

panas bersama dengan air asam.

Page 79: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 9: Ikan Kukus Grill

Masa Penyediaan : 60 minit Masa Memasak : 30 minit Masa Diperlukan : 90 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan Bahan-bahan:

1 ekor ikan bersaiz 2kilo(siakap/belut/tenggiridll)

Bahan untuk kukus:

10gram Halia 5 biji cili merah besar

1 tangkai serai 1 biji limau / lemon

Garam & Gula secukup rasa 1 liter air

Page 80: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Bahan untuk Bakar:

50gram Gula perang 1 sudu serbuk kunyit

10 biji cabai melaka

Cara penyediaanya:

Setelah dicuci ikan/belut anda tadi, masukkan bahan-bahan untuk kukusan kedalam periuk

pengukus. Masukkan air dan panaskan pengukus tersebut. Letakkan ikan dibahagian atas dan

perahkan jus lemon keatas ikan tersebut. Taburkan garam serta gula secukup rasa dan hirisan

cili merah besar keatas ikan. Kukuskan selama 20 minit untuk melembutkan isi ikan tersebut

tetapi tidak terlalu masak.

Selepas itu, angkat ikan/belut tersebut dan biarkan ia kering seketika sebelum anda

membakarnya. Apabila agak kering, sapukan sedikit kunyit serta gula perang kebahagian ikan

anda tadi bersama sedikit garam untuk rasa yang seimbang. Jangan lupa untuk tumbuk cabai

Melaka anda dan sapukan kebahagian ikan anda untuk rasa pedas yang enak itu. Balut ikan

anda dengan daun pisang dan grilkan selama 5 ke 10 minit disetiap bahagian. Setelah siap, anda

bolehlah menikmatinya bersama-sama dengan nasi dana car buah yang anda sukai.

Page 81: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 10: Kombo Makanan Laut

(Seafood Combo Grill Cajun Style)

Page 82: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Masa Penyediaan : 120 minit Masa Memasak : 90 minit Masa Diperlukan : 210 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan Bahan-bahan:

1. Rempah Cajun Kandungan dalam rempah cajun adalah seperti berikut :-

2 sudu kecil garam

2 sudu teh Serbuk bawang putih

2 1/2 sudu teh paprika

1 sudu teh serbuk lada hitam

1 sudu teh serbuk bawang merah

1 sudu teh cili merah

1 1/4 sudu teh Oregano kering

1 1/4 sudu teh Thyme kering

1/2 sudu teh serbuk cili ( keping )

*kacau rata dan sebati ke semua bahan di atas.Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan

simpan dalam peti sejuk.

2. Bahan-bahan makanan laut

2 kilo ikan tenggiri dipotong 2 kilo siput lala

2 kilo kerang 2 kilo kepah

2 kilo Udang sederhana besar 2 kilo sotong daun

2 kilo ketam biru 2 kilo ketam nipah

2 kilo lokan 10 batang jagung manis

*Cuci dan bersihkan kesemua makan laut tadi dan gaulkan bersama garam dan kunyit

*Potong jagung sepanjang 3cm setiap satu.

3. Bahan-bahan lain

500ml Susu krim 200grm keju krim

Page 83: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaannya:

Grilkan kesemua makanan laut yang anda telah cuci tadi. Sambal menunggu ianya masak,

sediakan kuah Cajun anda. Caranya amatlah mudah. Masukkan susu berkrim anda dan keju

krim tadi dan panaskannya kedalam sebuah periuk. Didihkan perlahan-lahan sehingga keju

sebati bersama susu tadi. Apabila ianya telah sebati, masukkan rempah Cajun yang telah kita

sediakan tadi kedalam susu dan adukkan sebati. Rasa dan tambahkan garam atau gula

mengikut citarasa anda. Apabila sudah masak, padamkan api.

Tunggu kesemua makanan laut yang anda gril tadi untuk masak. Apabila ianya telah masak

hamparkan satu lapisan plastic diatas meja anda. Letakkan satu lapisan kertas minyak putih

dan pastikan anda lekukkan sedikit disekeliling kertas tersebut. Susun kesemua makanan laut

yang telah anda masak tadi diatas kertas tersebut. Gunakan kreativiti anda untuk mencatikkan

lagi hidangan anda tersebut. Apabila siap menyusun, tuangkan kuah Cajun tadi keatas

makanan laut anda dan panggil tetamu anda untuk menikmati hidangan makanan laut kombo

anda versi Cajun.

Page 84: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 11: Ayam Piru Grill Essaouria

Masa Penyediaan : 9 jam Masa Memasak : 90 minit Masa Diperlukan : 10 jam 30 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan

Page 85: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Bahan-bahan:

1 ekor ayam piru (Turkey) bersaiz 3 ke 5 kilogram

Cara penyediaannya:

1. Bagaimana untuk merendam perap (Brine):

Bahan-bahan:

6 liter air

1 cawan garam kasar

¼ cawan gula

3 – 5 kilogram ayam piru (turkey)

Arahan:

1. Buangkan tengkok dan organ dalam ayam piru dan cuci bersih.

2. Masukkan air garam dan gula kedalam sebuat bekas besar.kacau sehingga kesemuanya

sebati dan larut.

Page 86: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

3. Masukkan ayam piru tadi kedalam larutan dan masukkan kesemuanya kedalam peti sejuk

selama lebih 12 jam. Apstikan bekas tadi ditutup rapat.

4. Setelah lebih 12 jam, keluarkan ayam piru tadi dan lap supaya ianya kering.

2. Bagaimana untuk memerap ayam piru:

Bahan-bahan

1.5 liter air soda berperisa halia

¼ liter jus oren bersama isi/pulpa

Arahan:

1. Letakkan ayam piru kedalam sebuah periuk besar.

2. Tuangkan air soda dan jus oren tadi kedalam periuk hingga melepasi ayam piru tadi.

3. Jika masih terdapah bahagian yang tidak dilimpahi air tadi, anda bolehlah mengalih-alihkan

ayam piru tadi agar kesemua bahagian mendapat sentuhan perisa taersebut. Pastikan anda

lakukannya selepas beberapa jam ia berada didalam rendaman tersebut.

Page 87: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

time.

4. Tambahkan gula serta garam dan sedikit lada hitam untuk menaikkan lagi rasa ayam piru

anda nanti. Tutup periuk dan masukkan kedalam peti sejuk selama 4 hingga ke 8 jam. Lasi

lama anda simpan untuk perapan, lagi bagus untuk ayam piru anda menyerap rasa perapan

tersebut. Tetapi pastikan tidak melebihi 8 jam untuk mengelakkan isi ayam anda menjadi

terlalu hancur.

5. Selepas 8 jam, keluarkannya dari peti sejuk dan keringkan.

3. Bagaimana untuk membakar dan menghias ayam piru:

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar potong 4

2 biji lobak merah kupas dan potong bahagian atas/bawah

200gram ketul mentega

1/2 cawan daun basil segar/daun sup

2 sudu bawang putih hancur

1sudu serbuk cili kasar (flakes)

1 helai daun salam (bay leaves)

1 cawan minyak zaitun

Page 88: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Arahan:

1. Panaskan oven anda pada 325 darjah Fahrenheit.

2. Diatas talam pembakar anda, letakkan bawang besar tadi serta lobak merah untuk tinggikan

ayam piru anda supaya tidak menyentuh dasar talam.

3. Tarik kulit ayam piru seperti didalam gambar dibawah bagi membuat satu poket.

4. Balutkan mentega tadi bersama daun basil ataupun daun sup dan jolokkannya kedalam

poket kulit ayam piru tadi.

Page 89: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

5. Campurkan bawang putih dan serbuk cili untuk dimasukkan kedalam kulit ayam. Gunakan

tangan anda untuk mengurut bahan-bahan tadi kedalam kulit.

6. Masukkan daun salam kedalam kulit ayam dibahagian tengah bersama0sama lebihan

mentega dan bahan-bahan lain.

7. GUnakan berus pastry untuk sapukan minyak zaitun pada bahagian luaran ayam piru tadi

untuk membuatkan kulit luar tadi Nampak lebih rangup.

8. Bakar selama antara 2 ke 3.5 jam untuk seekor ayam bersaiz 5 kilogram.

Page 90: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

9. Cucuk isi ayam untuk pastikan ianya telah masak sebelum keluarkannya dari oven. Biarkan

ia rehat dengan diletakkan dibawah tudung selama 30 minit sebelum anda nikmati

kesedapan isi ayam piru bakar anda tadi.

10. Setelah 30 minit, anda bolehlah mula memonotng isinya dan hhidangkan kepada tetamu-

tetamu anda.

Page 91: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 12: Sosej Herba Grill

(Home-Made Grilled Herbs Sausage)

Masa Penyediaan : 1 jam Masa Memasak : 30 minit Masa Diperlukan : 1 jam 30 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan Bahan-bahan:

5 kg Daging lembu atau ayam kisar (mince) 2 sudu serbuk jintan manis

3 sudu serbuk lada hitam 2 sudu serbuk cili paprika

2 sudu serbuk cili cayenne 1 sudu garam halus

2 ½ sudu gula putih 2 sudu gula merah

5 ulas bawang putih kisar halus 50 gram daun sup/parsley potong kecil-kecil

50 gram tepung jagung 50 ml minyak zaitun

*1 kg daging boleh membentuk 5 biji sosej seberat 200gram atau anda boleh bentukkan 2 biji

sosej “Jumbo” seberat 500gram setiap satu.

Page 92: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaannya:

Masukkan kesemua daging kedalam satu bekas yang besar. Selepas itu, tuangkan semua bahan-

bahan lain kedalam besak tadi kecuali tepung jagung dan minyak zaitun. Adukkan kesemua

bahan sehingga sebari dan samarata. Pastikan kesemuanya seimbang. Biarkan bahan-bahan

tadi rehat selama 20 minit sebelum anda masukan tepung jagung dan minyak zaitun. Setelah

memsaukkan tepung jagung dan minyak zaitun, adukkan lagi agar semuanya bercampur dengan

sempurna. Biarkan selama 20 minit.

Selepas 20 minit, gunakan plastik aiskrim Malaysia bersaiz kecil atau besar mengikut citarasa

anda sebagai bekas untuk membentuk sosej. Atau anda boleh juga menggunakan plastik

pembalut makanan untuk membentuk sosej anda. Masukkan daging yang telah anda siapan

tadi kedalam plastic tersebut dan golek-golekkan menjadi bentuk panjang seperti sosej yang

biasa lihat di kedai-kedai. Lakukan sehingga habis kesemuanya dan simpan didalam peti sejuk

buat seketika untuk biarkan ianya mengekalkan bentuk sosej tadi. Cara lain yang boleh anda

Page 93: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

lakukan adalah dengan merebuskan (poaching) sosej anda dengan suhu yg sederhana selama 1

jam untuk menguatkan struktur bentur sosej tersebut. Setelah selesai, bolehlah anda

membakar sosej anda diatas grill qtqu BBQ. Nikmatinya bersama-sama tetamu-tetamu anda

dan jangan lupa sos buatan anda tadi sebagai pelengkap.

Page 94: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 13: Pasta Grill Ratatouille

(Grilled Ratatouille Pasta)

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 2-5 hidangan Bahan-bahan:

Garam & Gula secukup rasa 500 gram pasta (curly/spirally/cavatappi)

1/2 cawan minyak zaitun 1 biji zucchini (potong memanjang tebal)

1 biji Capsicum potong tebal & buang biji 1 biji bawang merah potong nipis

1 biji terung potong memanjang tebal 4 biji tomato potong tebal

3 @ 4 sudu cuka balsamic / cuka makan 1/4 cawan daun sup/parsley rincik kasar

Page 95: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediannya:

Masak pasta anda mengikut arahan didalam sebuah periuk. Setelah masak, toskan air

rebusan tersebut, tetapi simpan secawan air rebusan tersebut untuk kegunaan kemudian.

Panaskan belangan grill anda dan tuangkan sedikit minyak dan ratakan. Pastikan apinya

sederhana.

Masukan sayuran anda tadi kedalam belanga grill. Sapukan minyak pada sayuran ada

sebanyak 2 sudu, taburkan garam dan lada hitam secukup rasa. Alaih-alihkan sayuran tadi

dengan kerap ahgar tidak hangus. Biarkannya sehingga keperangan dan lembut anda

mengeluarkannya dan letakkan diatas papan pemotong untuk disejukkan sementara.

Potong sayuran anda secara kasar dan masukkan kedalam pasta anda tadi. Gaulkan dan

adukkan agar semuanya bercampur. Masukkan 2 sudu minyak zaitun dan cuka secukup

rasa. Taburkan daun sup anda untuk menaikkan lagi aroma serta kepelbagaian warna

masakan anda tersebut. Tambahkan garam serta gula dan lada hitam secukup rasa.

Masukkan sedikit air rebusan pasta tadi untuk membasahkan sedikit masakan anda.

Page 96: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 14: Sup Kambing Marhaen

Masa Penyediaan : 1 jam Masa Memasak : 4 jam Masa Diperlukan : 5 jam Ideal Hidangan : 20-50 hidangan

Page 97: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Bahan-bahan:

Page 98: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Bahan perapan:

5 kg daging kambing dipotong kiub 100 gram Asam jawa (perap & Basuh)

2 sudu serbuk jintan manis 2 sudu serbuk lada hitam

1 sudu garam 2 sudu gula merah

2 sudu tepung jagung

Bahan Tumisan:

30 ulas bawang putih kisar halus 10 biji bawang merah kisar halus

5 biji Cabai Melaka kisar halus 10 gram halia dikisar halus

50 ml Minyak zaitun/sawit

Bahan-bahan Rebusan 1: (untuk di kisar halus)

5 biji Ubi keledek Saiz sederhana besar 1 biji labu manis saiz sederhana kecil

1.5 liter air 5 ulas bawang putih

Bahan-bahan Rebusan 2:

10 biji bawang kuning/holand 5 biji bawang besar merah

10 biji ubi kentang di potong serong 200 gram cendawan (Enoke/Meiji/Oyster)

5 batang pokok sadri 50 gram Bawang merah goreng

3 sudu lada hitam kasar 5 biji lobak merah potong serong

3 biji cili hijau besar Garam dan gula secukup rasa

3.5 liter air

Bahan-bahan hiasan akhir:

100 gram daun sup/parsley potong kasar 100 gram daun bawang potong kasar

*Enak jika dimakan bersama-sama roti benggali atau nasi putih.

Page 99: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaannya:

1. Basuh dan perapkan daging kambing bersama dengan semua bahan-bahan untuk perapan

tadi. Masukkan kedalam peti sejuk dan perapkan selama 1 jam.

2. Dalam masa itu, sediakan bahan-bahan lain untuk tumisan.

3. Bersihkan ubi keledek kupas dan potong besar-besar.

4. Bersihkan labu manis dan potong besar. Biarkan kulitnya bersama isi labu tadi.

5. Masukkan kesemua ubi keledek dan labu bersama 5 ulas bawang putih kedalam sebuah

periuk. Masukkan 1.5 liter air dan mula merebus sehingga kesemuanya lembut.

6. Sementara menunggu, sediakan bahan-bahan untuk rebusan 2.

7. Apabila ubi yang telah direbus tersebut masak dan lembut, gunakan batang pengisar dan

kisarkan sehingga lumat dan halus. Biarkan ia seketika apabila selesai.

8. Keluarkan daging yang telah anda perap tadi dan biarkan ia seketika.

9. Masukkan bahan-bahan untuk tumisan kedalam periuk yang besar setelah dipanaskan.

10. Tumiskan bahan-bahan tadi sehingga pecah minyak dan aroma tumisan menjadi wangi dan

sedap.

11. Masukkan daging kambing anda dan gorengkan sehingga agak masak dan rangup diluar.

Pastikan api panas digunakan untuk tidak memasakkan isi bahagian dalamnya.

12. Apabila agak masak daging kambing tadi, masukkan air kedalam periuk sehingga meliputi

daging kambing anda sahaja. Rebus selama 1 jam.

13. Setelah 1 jam berlalu, masukkan cendawan, ubi kentang, batang sadri yang telah dipotong

kecil, dan lobak merah anda kedalam periuk. Tutup periuk anda agar haba tidak keluar.

Page 100: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

14. Masukkan bawang merah goreng kedalam sup anda sejam selepas anda masukkan ubi

kentang dan bahan-bahan lain tersebut.

15. Tambahkan lada hitam kasar, garam dan gula secukup rasa.

16. Setelah hamper 3 jam, masukkan campuran ubi keledek dan labu yang telah anda kisar

halus tadi sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda. Kepekatan sup anda bergantung kepada

jumlah ubi keledek yang anda campurkan tadi. Rasa sup anda dan tambahkan perasa mengikut

citarasa anda.

17. Potong bulat bawang holand anda dan bawang besar anda dan masukkan kedalam sup anda

30 minit sebelum anda hidangkannya kepada tetamu anda.

18. Hidangkan sup anda didalam mangkun dan taburkan daun sup dan daun bawang keatasnya

untuk presentasi ayng lebih menarik.

Page 101: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 15: Sayur Grill Kombo

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 5-10 hidangan

Page 102: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Bahan-bahan:

Sayur-sayuran:

5 biji zucchini hijau 5 biji zucchini kuning

5 biji tomato merah 5 biji tomato kuning/hijau

5 biji ubi kentang 5 biji terung bulat / panjang

5 biji capsicum merah 5 biji capsicum kuning

5 biji capsicum hijau 20 batang asparagus

2 biji buah nanas 20 biji kobis Belgium (baby cabage)

10 biji lobak merah 20 biji bendi

5 biji bawang holand 5 ulas bawang putih

Perapan:

1 sudu serbuk kunyit 1 sudu serbuk lada hitam

1 sudu serbuk kayu manis 1 sudu serbuk jintan manis

50ml minyak zaitun Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaannya:

1. Bersihkan kesemua sayuran anda tadi dan toskan.

2. Potong sayuran tadi mengikut panjangnya. Contohnya, terung dan zucchini harus dipotong

memanjang dan tomato dipotong bulat mengikut bentuknya.

3. Setelah selesai memotong sayuran tadi, masukkan kesemuanya kedalam satu bekas besar

untuk diperap.

4. Taburkan bahan-bahan perapan kedalam bekas dan gaulkan supaya ianya kena ke semua

bahagian sayuran anda.

5. Biarkannya selama 10 minit untuk bahan perapan meresap kedalam sayuran anda.

Page 103: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

6. Panaskan gril anda.

7. Letakkan sayuran yang agak keras serta paling lama untuk masak dahulu. Masak pada suhu

yang tinggi untuk kesan “Charmark” yang cantik pada sayuran anda.

8. Alihkan sayuran anda agar kedua-dua belah masak dan membentuk garisan terbakar.

9. Setelah masak, keluarkan dan letak diatas pinggan untuk seketika sementara memasak

sayuran yang lain.

10. Selesai memasak kesemua sayuran anda. Susun cantik di atas sebuah pinggan yang agak

besar mengikut kreativiti anda.

11. Tuangkan minyak zaitun keatasnya untuk kelihatan bersinar dan menaikkan selera anda.

Anda boleh juga menghiaskannya dengan beberapa tangkai daun sup atau daun mint untuk

nampak lebih segar.

12. Jemput tetamu anda untuk merasakan masakan anda tadi.

Page 104: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 16: Buah-Buahan Grill (Pencuci Mulut/Dessert)

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 10-20 hidangan Bahan-bahan:

20 biji pisang (ikut citarasa anda) 2 biji tembikai merah (saiz sederhana)

2 biji tembikai kuning (saiz sederhana) 4 biji nenas madu

2 biji Rock-melon 2 biji tembikai susu

20 biji strawberry 5 biji epal merah

100gram gula perang halus 2 sudu serbuk kayu manis

20 bilah lidi pencucuk saiz sederhana panjang (besar dan panjang sedikit dari pencucuk sate)

Page 105: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaannya:

1. Basuh, kupas (yang perlu dikupas) dan potong buah-buahan anda lebih kurang saiz yang

sama (sederhana besar sperti didalam ganbar).

2. Setelah selesai, masukkan kesemuanya didalam beberapa bekas mengikut jenis buah-buahan

yang anda guna tadi.

3. Taburkan gula perang serta serbuk kayu manis dan aduk-adukkan supaya meliputi bahagian-

bahagian buah anda tadi. Biarkan ianya seketika untuk buah menyerap perisa kayu manis tadi.

4. Setelah seketika, gunakan bilah pencucuk tadi untuk mencucuk buah-buahan anda. Susun

secara bersilang antara satu jenis buah dengan jenis buah yang lain. Gunakan kreativiti anda.

5. Panaskan bbq n jaring grill anda.

6. Letakkan buah-buahan anda diatas gril yang panas tadi dan biarkan ianya masak sehingga

membentuk “Char-Mark” dan berkaramel.

7. Setelah anda pasti buah-buahan anda tadi telah masak. Taburkan sedikit garam halus

diatasnya dan hidangkan diatas satu pinggan yang agak besar.

8. Anda bolehlah menghiaskan hidangan anda tadi dengan daun mint yang anda rincik halus

dan taburka cebisan-cebisan keju mozarela diatasnya.

Page 106: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 17: Roti Keju Grill (Grilled Cheese Panini)

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 10-20 hidangan

Page 107: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Bahan-bahan:

2 Buku roti gandum biasa/penuh 20 keping keju mozarela

500 gram keju parmesan mentega/marjerin

100 gram gula perang halus

*anda boleh menggunakan Panini maker seperti diatas untuk membakar roti anda nanti.

Page 108: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaannya:

Untuk menyediakan resepi ini amatlah mudah. Anda perlu ada bahan-bahan yang telah dicatat

diatas tadi sahaja. Apa yang perlu anda tahu hanyalah teknik untuk membuat atau memasak

yang betul supaya hasilnya dapat memukau tetamu anda.

Mulakan dengan menyapu mentega atau marjerin keatas permukaan roti anda. Letakkan secara

berpasangan. Taburkan sedikit gula perang halus keatas semua bahagian roti and tadi. Letakkan

kepingan keju mozarela diatas setiap set roti and didikuti dengan keju parmesan secara rata.

Lekapkan kedua-duan bahagian roti tadi seperti sandwich biasa anda buat.

Panaskan api dan letakkan belanga Panini anda. Sapukan sedikit marjerin diatasnya dan tunggu

hingga marjerin tadi cair. Selepas itu, letakkan beberapa set roti anda diatas belanga tadi dan

tindihkan bahagian atas dengan penutup belanga panini anda tadi. Masak selama beberapa

minit untuk satu set. Pastikan ada garis-garis terbakar diatas roti anda dan keju anda cair

dengan sempurna sebelum anda angkat keatas pinggan untuk anda hidangkan.

Page 109: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 18: Coleslaw dan Salad Buah-buahan Tropika

1. Coleslaw

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 20-50 hidangan Bahan-bahan:

1 biji kobis unggu/merah (besar) 1 biji kobis Cameron putih (besar)

10 biji lobak merah (saiz besar) 10 biji bawang besar merah

10 ulas bawang putih (kisar halus) 5 biji capsicum (campur warna)

600gram mayonis 10 gram serbuk lada hitam kasar

Gula dan garam secukup rasa

Page 110: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaannya:

Untuk membuat coleslaw yang enak, anda perlukan daya rasa yang baik bagi mencipta satu

rasa yang menarik bagi hidangan anda. Keseimbangan rasa amatlah perlu supaya coleslaw anda

tidak terlalu manis atau terlalu masin. Untuk memotong, beberapa alat yang mungkin dapat

memudahkan anda adalah seperti mesin pemperoses makanan atau pemarut (grater) seperti

gambar diatas. Anda boleh memilih untuk memarut halus atau kasar mengikut citarasa anda.

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah:

1. Cuci semua bahan-bahan anda kecuali mayonis, lada hitam, gula dan garam.

2. Mula memarut sayuran anda mengikut saiz yang anda gemari.

3. Setelah selesai memarut, masukkan secara bercampur-campur kesemua bahan yang telah

anda parut tadi kedalam sebuah bekas yang besar.

4. Aduk-adukkan agar kesemuanya bercampur dan serata.

5. Masukkan mayonis kedalamnya dan adun-adunkan agar meliputi kesemua bahagian coleslaw

anda tadi.

6. Tambahkan lada hitam untuk menaikkan rasa pedas dan masukkan garam serta gula secukup

rasa. Pastikan lada hitam tidak terlalu banyak dimasukkan agar rasanya tidak maung.

7. Gaulkan biar sebati kesemua bahan tadi dan rasa serta tambah perisa mengikut citarasa

anda.

Page 111: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

8. Coleslaw yang enak perlu disejukkan dahulu untuk menyegarkan sayur-sayuran yang kita

gunakan tadi. Jadi biarkan coleslaw anda tadi didalam peti sejuk selama minima 1 jam untuk

rehat.

9. Setelah 1 jam, anda bolehlah hidangkannya bersama-sama makanan lain seperti kambing grill

anda tadi. Enak dimakan semasa sejuk.

*Untuk kelainan, anda bolehlah juga menambahkan sedikit keju berkrim atau susu segar.

*Penyediaan juga boleh dibuat sehari sebelum anda hidangkan kepada para tetamu anda.

*Kepelbagaian warna amatlah penting bagi menaikkan selera tetamu anda.

Page 112: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

2. Salad Buah-buahan Tropika

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 20-50 hidangan

Bahan-bahan:

2 Biji tembikai merah 2 biji tembikai kuning

2 biji rock melon 2 biji tembikai susu

2 biji nenas 3 biji limau bali

20 biji jambu air 20 gram bijan (disangai)

600 gram mayonis Garam dan gula secukup rasa

*jika anda suka sensasi masam/manis/pedas, anda bolehlah menambah cabai melaka hijau

dipotong kecil-kecil kedalam salad buah anda nanti.

Page 113: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaannya:

Resepi yang amat mudah ini harus menjadi kebiasaan disetiap majlis yang anda anjurkan, anda

tidak perlu menjadi seorang yang berseni untuk menyediakannya, tetapi bonus jika anda

memiliki daya kreativiti yang tinggi.

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

1. Cuci kesemua buah-buahan anda sehingga bersih.

2. Kupas serta potong buah-buahan anda. (jambu air hanya perlu dipotong sahaja) Saiznya

haruslah tidak terlalu kecik dan tidak terlalu besar.

3. Setelah selesai memotong, masukkan kesemuanya kedalam bekas yang besar.

4. Masukkan mayonis dan adunkan serata-rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Simpan salad anda tadi didalam peti sejuk selama 1 jam sebelum anda hidangkan.

6. Setelah 1 jam, keluarkannya dan hidangkan kepada tetamu anda. Taburkan bijan yang telah

anda sangai tadi keatas salad anda diatas pinggan sebelum hidangkan kepada para tetamu

anda.

Mudahkan? Anda boleh cuba membuatnya sendiri dirumah nanti.

Page 114: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 19: Kentang Putar Berkeju

(Cheesy Garlic Mashed Potatoes)

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 10-30 hidangan Bahan-bahan:

20 biji kentang (Yukon/Red/dll) 500 gram keju telah diparut (Parmesan)

200 gram keju berkrim 100 gram mentega (unsalted)

10 ulas bawang putih 10 gram serbuk lada hitam (kasar)

100 gram daun sup/parsley (rincik halus) 100 ml minyak zaitun

Garam dan gula secukup rasa Air separas kentang didalam periuk

*Kualiti ubi kentang yang anda gunakan akan membezakan hasil akhir hidangan anda.

*Anda boleh memilih untuk menggunakan ubi kentang bersama kulit atau tidak.

Page 115: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Page 116: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaannya:

Untuk resepi ini, kita akan gunakan red potato seperti gambar diatas dan kulitnya kita biarkan.

Kulit kentang mengandungi khasiat-khasiat yang baik untuk tubuh anda. Langkah-langkahnya

adalah:

1. Basuh bersih kentang anda dan sejatkan.

2. Kupas bawang putih anda dah bersihkan.

3. Sediakan sebuah periuk yang agak besar dan muat untuk masukkan kesemua bahan-bahan

anda tadi.

4. Potong empat kesemua kentang anda agar cepat empuk dan masukkan kedalam periuk tadi.

5. Masukkan air hingga melepasi kesemua ubi kentang anda dan masukkan semua bawang

putih yang telah dikupas tadi.

6. Panaskan periuk dan rebus ubi dan bawang putih tadi hingga masak.

7. Setelah masak keluarkan sebahagian air yang tinggal dan masukkan keju, lada hitam, garam

serta gula secukup rasa.

8. Gunakan mesin pengisar tangan (jika ada) untuk mengisar bahan-bahan anda tersebut hingga

halus. Jika tiada, anda juga boleh gunakan pelenyek seperti dibawah. Lenyekkan sehingga

hancur kesemua bahan tadi.

9. Sementara itu, tuangkan sedikit minyak zaitun, dan masukkan mentega dan teruskan

melenyak atau mengisar sehingga sebati. Kepanasan yang masih ada pada kentang tadi akan

mencairkan keju serta mentega tadi.

10. Biarkan ianya sejuk seketika sebelum hidangkan kepada tetamu anda.

11. Selepas beberapa ketika, gaulkan daun sup dan daun bawang yang anda rincik tadi dan

hidangkan kantang anda tadi diatas satu pinggan. Anda boleh gunakan sos perang anda untk

dijadikan sebagai kuah diatas kentang lenyek anda tadi.

Page 117: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi 20: Sorbet (Ais) Lemon dan Air Jus Kalamansi

1. Sorbet Lemon

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 3 jam Masa Diperlukan : 3 jam 20 minit Ideal Hidangan : 10-20 hidangan Bahan-bahan:

10 biji lemon 250 ml pes lemon

2 kilogram gula putih 1 kg gula kaster (Putih)

50 ml jus perahan daun mint 3 liter air bertapis

Cara penyediaannya:

Anda pasti biasa dengan bahan-bahan yang tersenarai diatas. Bagaimana untuk jadikan sebuah

pencuci mulut yang enak untuk para tetamu anda? Jom kita lihat caranya.

1. Masukkan air kedalam sebuah periuh yang muat untuk 3 liter air dan mula panaskannya.

2. Cairkan gula serta gula kaster putih untuk membuat sirap.

3. Sementara itu, basuh lemon anda dan hiriskan kulit luar kuning pada lemon anda tadi.

Jangan gunakan bahagian yang putih kerana ianya mempunyai rasa pahit.

Page 118: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

4. Masukkan kedalam periuk bersama dengan gula tadi.

5. Apabila telah cair kesemuanya, tutup api dan biarkan ianya sejuk.

6. Setelah sejuk, tuangkan jus perahan lemon kedalam periuk bersama degan pes lemon anda.

Gaulkan agar sebati. Untuk kesegaran, tuangkan jus daun mint kedalam sirap anda.

*Untuk mendapat jus yang banyak dari buah lemon, anda bolehlah panaskannya didalam

microwave untuk beberapa ketika sebelum anda memerah jus lemon tersebut.

7. Rasa dan pastikan ianya memenuhi citarasa anda.

8. Masukkan kedalam beberapa bekas untuk dibekkukan didalam peti ais. Pastikan mudah

untuk anda uruskan nanti. Biarkan selama beberapa jam sebelum proses seterusnya dilakukan.

*persediaan ini boleh juga dilakukan sehari lebih awal sebelum majlis anda.

9. Apabila telah beku, anda bolehlah keluarkannya dan kisarkan didalam mesin pengisar anda.

Prosesnya adalah sama seperti membuat “Ice-Blended”.

10. Kisarkan kasar atau halus mengikut kehendak anda dan hidangkan didalam cawan bersaiz

kecil untuk tetamu anda. Nada boleh sediakan sirap yang pekat untuk diletakkan diatas sorbet

anda bersama beberapa helai daun mint sebagai hiasan.

Page 119: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

2. Jus Asam Boi Limau Kasturi

(Kalamansi & Sourplum Juice)

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 25 minit Masa Diperlukan : 45 minit Ideal Hidangan : 20-50 hidangan Bahan-bahan:

25 biji buah limau kasturi 500 gram serbuk asam boi

250 gram asam boi 1 kg gula putih

25 liter air bertapis 2 kg ais batu

*Sediakan satu bekas minuman bersaiz 30 liter.

Cara penyediaannya:

Sekali lagi anda pasti akan berkata betapa mudahnya untuk meneydiakan minuman ini. Anda

tak perlu menjadi seorang chef untuk menyediakannya. Berikut adalah langkah-langkah yang

anda harus lakukan:

1. Basuh dan perah kesemua buah limau kasturi anda didalam satu jag.

2. Masak gula tadi bersama satu liter air sehingga cair dan menjadi sirap.

Page 120: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

3. Setelah ianya cair, biarkan ia sejuk.

4. Sediakan bekas untuk anda bancuh air anda dan tuangkan 25 liter air tadi.

5. Masukkan air gula/sirap tadi dan kacau hingga sebati dan tuangkan jus limau bersama-sama

limau yang telah anda perah tadi kedalam nekas tersebut.

6. Kacaukan sambal memasukkan serbuk asam boi anda tadi. Biarkan ianya sebati dan

masukkan kesemua buah asam boi kedalamnya.

7. Masukkan ais batu kedalam bekas tersebut 30 minit sebelum anda hidangkan kepada tetamu

anda.

*Anda juga boleh memasukkan beberapa helai daun mint untuk menambahkan kesegaran air

jus asam boi limau kasturi anda tersebut.

*Air ini baik untuk mencernakan lemak-lemak daripada daging-daging yang anda makan tadi.

Page 121: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Resepi Bonus

1. Meiji lamb Chop

Masa Penyediaan : 20 minit Masa Memasak : 45 minit Masa Diperlukan : 65 minit Ideal Hidangan : 1-5 hidangan Bahan-bahan:

1.4 kg Kambing (yang telah diperap-resepi Pohon Cherry Grill)

250 ml Sos Kobis Unggu 400 gram cendawan Meiji

1 liter Sos Perang Pohon Cherry Grill 250 ml Susu krim cair

250 ml Krim sup cendawan

Page 122: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaannya:

Untuk menu “alacart” ini, beberapa langkah perlu anda lakukan untuk menyediakannya. Bagi

satu hidangan anda perlukan seberat lebih kurang 200 gram ke 250 gram daging kambing yang

telah di potong nipis dah di perap menggunakan resepi Pohon Cherry Grill diatas. Bahagian

yang paling sesuai adalah bahagian bahu (shoulder) atau tulang rusuk (rib).

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:

1. Sediakan sos Meiji:

Untuk membuat sos meiji, anda perlukan sos perang Pohon Cherry Grill, 200 gram cendawan

meiji, krim sup cendawan dan susu krim cair. Panaskan soso perang tadi dan masukkan

kesemua bahan tadi dan kacau sebati sehingga cendawan masak. Panaskan dengan api

perlahan agar sos tersebut sedikit pekat. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

2. Grillkan kambing anda bersama dengan lebihan cendawan meiji sehingga masak atau

mengikut citarasa anda.

3. Diatas satu pinggan, letakkan kambing anda dan hiaskannya dengan sos meiji, cendawan grill

dan titiskan sos kobis unggu anda. Kreativiti anda amatlah diperlukan untuk membuatkan

tetamu anda terliur.Anda juga boleh merebus sedikit lobak merah kecil untuk dijadikan hiasan.

Page 123: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

2. Dada Itik Panggang didalam Sos Cendawan Liar Berkrim

(Grilled Duck Breast in Cream of Wild Mushroom)

Masa Penyediaan : 1 jam Masa Memasak : 2 jam Masa Diperlukan : 3 jam Ideal Hidangan : 1-5 hidangan

Page 124: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Bahan-bahan:

Untuk Perapan:

5 bahagian dada itik (250 gram setiap satu) 100 gram serbuk lada hitam kasar

100 gram gula merah 100 gram serbuk chili cayenne

100 gram serbuk chili paprika Garam secukup rasa

* Bersihkan dada iti dan perap bersama bahan-bahan tadi selama 2 jam ke 24 jam sebelum

anda grill. Potong kulit pada dada itik secara bersilang untuk membolehkan perapan meresap

kedalam isinya.

Page 125: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Untuk Sos Cendawan Liar:

200 gram daging lembu salai dipotong halus 2 sudu atau lebih minyak zaitun

2 sudu besar mentega 600 gram cendawan liar dipotong kasar

2 biji bawang kuning dipotong kecil 4 ulas bawang putih hancurkan

1 sudu daun thyme dirincik halus 3 cawan susu krim pekat (tawar)

2 sudu serbuk lada hitam kasar 2 cawan keju parmesan

2 sudu daun sup/parsley Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaannya:

1. Keluarkan dada itik anda setelah cukup masa perapannya. Panaskan gril anda dan gril dada

itik tersebut hingga masak atau mengikut citarasa anda. Anda boleh juga grilkan sedikit

cendawan untuk hiasan alacarte anda nanti. Apabila masak, keluarkan dari grill dan letakkan

didalam bekas bertudung untuk biarkas jus meresaop semula kedalam isi itik anda.

2. Penyediaan sos:

Mulakan dengan menyediakan bahan-bahan yang akan anda gunakan. Potong bersihkan dan

letakkan berhampiran tempat kerja anda. Panaskan sebuah periuk besar pada suhu sederhana

panas sebelum anda mula masukan bahan-bahan anda. Apabila telah panas, masukkan 1 sudu

bagi setiap minyak zaitun dan mentega kedalam periuk. Setelah panas dan sedia, masukkan

daging salai anda kedalam dan goring untuk beberapa minit sehingga ianya sedikit perang.

Page 126: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Seretusnya, masukkan cendawan dan masak sehingga ianya lembut. Cendawan akan

mengeluarkan banyak cecair dan akan kering apabila dipanaskan. Tetapi jangan risau apabila

cendawan anda mengecil semasa anda meggorengnya. Masak selama lebih kurang 7 ke 9 minit.

Apabila cendawan anda agak sudah lembut, tolak kebahagian tepi periuk dan buatkan sedikit

ruang untuk masukan bawang ditengah periuk tadi. Mulakan dengan masukkan 1 sudu

mentega serta minyak zaitun. Kemudiannya bawang yang telah anda dadukan dan masak

selama lebih kurang 3 minit. Masukkan bawang putih dan daun thyme anda untuk dimasak

selama lebih kurang 3 minit lagi. Cuba rasa dan tambahkan garam dan gula menguikut citasa

anda. Tambahkan serbuk lada hitam jika anda mahukan sos tersebut sedikit pedas.

Sekarang masukkan susu krim, tingkatkan kepanasan periuk anda dan didihkan cecair tersebut.

Apabila ianya mendidih, turunkan kepanasan dan biarkan ianya panas dengan api yang

perlahan. Masukkan serbuk lada hitam kasar anda pada waktu ini mengikut rasa yang anda

mahukan. Masak sehingga sos anda memekat mengikut citarasa anda. Rasa dan tambahkan

garam jika perlu. Akhir sekali masukkan keju parmesan anda dan kacau hingga sebati. Rasa

masakan anda tersebut untuk pastikan ianya adalah seperti yang yang kehendaki.

3. Menghidang:

Untuk hidangan, sediakan 5 buah oinggan yang agak besar dan cantik. Ambil dada itik anda tadi

dan potong nipis-nipis beberapa bahagian setiap satu. Susunkan diatas pinggan anda teratur.

Tuangkan sos cendawan liar anda tadi bersama dengan cendawan keatasnya. Taburkan

beberapa cendawan yang anda gril untuk warna yang kontra. Akhir sekali, taburkan daun

sup.parsley yang telah anda rincik halus-halus tadi dan beberapa helai yang biasa untuk hiasan.

Sekarang anda boleh senyum sambal menghidangkannya kepada teteamu anda.

Page 127: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

3. Beger Bakar Istimewa (Pohon Cherry Grill Beef Slider)

Masa Penyediaan : 1 jam Masa Memasak : 1 jam Masa Diperlukan : 2 jam Ideal Hidangan : 1-5 hidangan Bahan-bahan:

Patty:

2.8 kg Daging lembu kisar 500 gram lemak lembu kisar

200 gram serbuk lada hitam 10 ulas bawang putih kisar halus

100 gram daun sup kisar halus 4 biji bawang merah kisar halus

100 gram serbuk cili paprika 100 gram serbuk cili cayenne

100 gram serbuk cili biasa kisar kasar 150 gram gula perang

100 ml Minyak sayuran Garam secukup rasa

Menghidang:

20 keping Keju mozarela/chedar 5 – 10 biji roti bun slider/roti kentang manis

Sos Thousand Island @ Mayonis Daun Salad dan bawang merah (kisar dijadikan pes)

Page 128: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Cara penyediaannya:

Untuk menyediakan Patty beger ini, anda perlu sediakan sebuah bekas yang agak besar untuk

masukkan kesemua bahan-bahan anda. Masukkan daging dan lemak (80/20) kedalam bekas

tersebut dan gaulkan agar semuanya bercampur. Tujuan lemak tersebut adalah untuk

menambah perisa serta mengikat Patty tersebut. Jika anda mempunyai mesin pengadun roti,

anda boleh juga menggunakanya supaya kerja lebih pantas.

Seterusnya masukkan bahan-bahan lain sedikit demi sedikit sambal anda mengadunkan

kesemuanya agar sebati dan menyeluruh. Masukkan minyak sayuran diakhir proses untuk

mengikat Patty anda tersebut. Biarkan beberapa ketika sehingga sejam untuk perapan meresap

masuk kesemua bahagian. Anda boleh juga menambah sedikit tepung jagung atau ubi untuk

mengukuhkan lagi patty anda tadi. Tetapi jangan terlalu banyak untk mengelakkan {atty anda

hilang keunikan rasa daging tadi.

Setelah direhatkan beberapa ketika, anda bolehlah mula membentuknya dengan menimbang

atau mengagak setiap Patty dengan seberat 140 gram untuk beger bersaiz jumbo atau 70 gram

untuk slider bersaiz mini. Gumpalkan kepada 10 ke 20 bebola dan penyakkan membentuk

seperti Patty beger yang terdapat dikedai-kedai.

Page 129: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Masak Patty anda tadi mengikut citarasa anda samada kering dan rangup atau berjus. Dalam

masa yang sama, sediakan daun salad anda dan bawang besar merah. Potong bawang merah

bulat-bulat dan rincikkan daun salad anda. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian anda

kisarkan bersama dengan mayonis dan tambahkan sedikit gula serta garam secukup rasa.

Potong roti bun anda dan bakar diatas grill dibahagian dalam untuk beberapa ketika sehingga

sedikit perang dan angkat untuk langkah seterusnya. Sebelum anda mengangkat Patty yang

telah anda bakar, letakkan keju diatasnya untuk dicairkan. Sementara menunggu, sapukan sos

pes salad mayonis yang dikisar tadi diatas bun yang berada dibawah bersama. Salad dan

bawang yang sebahagian lagi anda gaulkan bersama sos thousand island. Angkat Patty anda

dan letakkan diatas bun. Jika anda ingit jadikannya dua tingkat letakkan dua biji patty diatasnya.

Letakkan salad dan bawang yang digaul bersama sos thousand island tadi dan letakkan bun

bahagian atas. Cucukkan sebilah lidi pencucuk untuk kekalkan bentuk beger anda tersebut.

Hidangkan diatas pinggan bersama dengan cip kentang atau kentang goring dan taburkan

sedikit sos diatasnya untuk hiasan.

SEKIAN

Page 130: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Penutup

Diharap agar pembaca dapat mempelajari serta memahami resepi-resepi yang diajarkan

didalam naskah ini. Sama-samalah kita mula menghasilkan makanan yang lebih sihat untuk diri

kita, keluarga kita serta orang-orang disekeliling kita. Tidak susah pun untuk memasak dan yang

paling penting, anda tidak perlu menjadi seorang chef untuk memasak hidangan yang berkualiti

seperti diatas. Selain itu, anda juga tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk

menjayakan majlis-majlis keramaian anda. Anda Cuma perlukan sedikit kesungguhan untuk

mempersembahkan hidangan yang baik.

Nantikan Naskah seterusnya dari Pohon Cherry Grill. Selamat mencuba.

Page 131: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Page 132: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Page 133: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Produk sejuk beku sedia untuk di-Grill dari Pohon Cherry Grill

Bagi yang ingin menjadi pengedar, sila hubungi: +6012 669 4217

Semenanjung Malaysia

Page 134: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016

Page 135: Resepi bbq dan grill

Volume 1 - 2016