refleksi bina insan guru

7
MICHAEL LOI CHEE KHING PISMP SEM 1 AMBILAN JUN 2014 PJK SJK(C) BINA INSAN GURU 2014 Refleksi Bina Insan Guru Saya berasa bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Pusat Sains Marin, Universiti Putra Malaysia, Negeri Sembilan pada 2 September hingga 5 September 2014 yang lalu. Kursus BIG ini sebenarnya merupakan fobia bagi saya selama semester ini memandangkan majoriti kursus BIG ini adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti lasak yang sekaligus menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya dapat bertahan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 4 hari 3 malam. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Pertama sekali, saya sedar bahawa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan adalah amat penting . Hal ini demikian untuk memastikan keselamatan kita terjamin dan demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, saya pelajari bahawa kita haruslah mematuhi semua peraturan dan undang-undang kerana setiap peraturan yang ditetapkan mempunyai kewajaran dan rasionalnya. Contohnya, apabila kami mula sampai ke , kami telah diberi taklimat ringkas oleh Encik Encik Amran, Penyelaras Kursus BIG ini tentang peraturan dan undang- undang yang harus dipatuhi sepanjang 4 hari 3 malam ini. Dalam taklimatnya, beliau telah menegaskan tentang aspek pengangkutan, pakaian, kawasan larangan, pergerakan, kebersihan, bilik air, menepati masa, tempat makan, adab makan, keselamatan, kecemasan, tazkirah, dan sebagainya. Begitu juga untuk setiap aktiviti,

Upload: michael-l-king

Post on 23-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

just for sharing

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Bina Insan Guru

MICHAEL LOI CHEE KHING

PISMP SEM 1 AMBILAN JUN 2014 PJK

SJK(C)

BINA INSAN GURU 2014

Refleksi Bina Insan Guru

Saya berasa bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti

semasa kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Pusat Sains Marin,

Universiti Putra Malaysia, Negeri Sembilan pada 2 September hingga 5 September 2014

yang lalu. Kursus BIG ini sebenarnya merupakan fobia bagi saya selama semester ini

memandangkan majoriti kursus BIG ini adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti lasak yang

sekaligus menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Saya begitu bersyukur dan sangat

gembira kerana saya dapat bertahan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 4 hari 3

malam. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi

daripada aktiviti ini.

Pertama sekali, saya sedar bahawa mematuhi peraturan dan undang-undang

yang telah ditetapkan adalah amat penting. Hal ini demikian untuk memastikan

keselamatan kita terjamin dan demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini

berlaku. Oleh itu, saya pelajari bahawa kita haruslah mematuhi semua peraturan dan

undang-undang kerana setiap peraturan yang ditetapkan mempunyai kewajaran dan

rasionalnya. Contohnya, apabila kami mula sampai ke , kami telah diberi taklimat

ringkas oleh Encik Encik Amran, Penyelaras Kursus BIG ini tentang peraturan dan

undang-undang yang harus dipatuhi sepanjang 4 hari 3 malam ini. Dalam taklimatnya,

beliau telah menegaskan tentang aspek pengangkutan, pakaian, kawasan larangan,

pergerakan, kebersihan, bilik air, menepati masa, tempat makan, adab makan,

keselamatan, kecemasan, tazkirah, dan sebagainya. Begitu juga untuk setiap aktiviti,

seperti aktiviti air dan aktiviti darat, arahan dan peraturan telah dijelaskan terlebih dahulu

sebelum menjalankan sebarang aktiviti. Pada pengamatan saya, ini penting, khususnya

semasa di aktiviti air kerana saya tidak tahu berenang dan dengan peraturan dan

arahan yang dibagi akan memastikan saya sentiasa selamat dan tidak berada dalam

keadaan yang membahayakan. Beliau juga memberitahu kami supaya sentiasa

memakai jaket keselamatan semasa berada di dalam air.Oleh itu, bersyukur kerana

dengan arahan jelas yang diberi, saya dapat selamat menjalankan aktiviti-aktiviti

tersebut.

Aktiviti air merupakan sesuatu yang baharu kepada saya kerana ia merupakan

kali pertama saya berkayak di laut. Saya berpeluang untuk mendekati lautan dan

Page 2: Refleksi Bina Insan Guru

MICHAEL LOI CHEE KHING

PISMP SEM 1 AMBILAN JUN 2014 PJK

SJK(C)

BINA INSAN GURU 2014

merasai keunikan alam sekitar. Semasa menjalankan aktiviti berkayak, saya berasa

sangat takut pada mula-mulanya. Selepas menyesuaikan diri dengan air laut, saya

menjadi semakin yakin dengan diri saya. Saya juga mempelajari sesuatu yang baru iaitu

yakin kepada rakan semasa berkayak. Aktiviti kayak memerlukan kerjasama daripada

rakan. Jika rakan tidak memberi kerjasama yang sepenuhnya, maka kayak akan

menjadi susah untuk menuju ke hadapan dengan lurus. Apabila mendapati rakan lain

yang berada di kayak lain menghadapi masalah contohya tidak dapat mengawal

kayaknya ke destinasi, saya akan cuba membri pertolongan dengan manrik semula

kayaknya ke tempat yang betul. Di samping itu, saya juga menjadi lebih berani melalui

aktiviti “water confident”. Saya boleh melakukan pelbagai jenis apungan yang telah

diajar oleh Encik Rahim. Saya juga mempelajari sesuatu benda yang baru iaitu cara

menyelamatkan orang yang lemas. Ia merupakan pengalaman yang baru bagi saya.

Saya telah mendapat ilmu pengetahuan yang baru dari aktiviti tersebut. Selain itu, Encik

Rahim juga menunjukkan cara-cara melakukan CPR kepada orang yang lemas. Kami

mencari pasangan masing-masing untuk melakukan contoh yang ditunjukan oleh beliau.

Melalui aktiviti berikut, barulah saya tahu betapa pentingnya nyawa seseorang amatlah

penting dan berharga.

Saya turut dapat memahami tentang flora dan fauna serta lautan dengan lebih

mendalam melalui BIG ini. Semasa melakukan aktivti darat, iaitu kembara ke hutan

rimba, kami telah dibahagikan tugasan untuk menyiapkan lembaran kerja eksplorasi

flora dan fauna. Kami dikehendaki untuk memerhatikan flora dan fauna sepanjang kami

memasuki ke hutan rimba dengan menaiki bas dari tempat perkhemahan. Selain itu,

kami dikehendaki untuk mencatatkan ciri-ciri flora dan fauna tersebut dan menerangkan

fungsinya. Oleh itu, saya berpeluang untuk melihat banyak haiwan dan tumbuhan yang

tidak pernah saya lihat selama ini dan mendapat banyak pendedahan dan pengetahuan

tentang flora dan fauna yang telah dibentang dan dikongsikan pengalaman bersama-

sama dengan rakan-rakan yang lain.. Saya turut merasai kesukaran menghidupkan api

dan memasak di hutan rimba dan juga di persisiran pantai. Semua ini adalah sebagai

persiapan kepada saya selepas menamatkan pengajian sekiranya saya ditempatkan di

tempat pedalaman. Walaupun agak susah dan penat, tetapi ia telah membakar

Page 3: Refleksi Bina Insan Guru

MICHAEL LOI CHEE KHING

PISMP SEM 1 AMBILAN JUN 2014 PJK

SJK(C)

BINA INSAN GURU 2014

semangat saya untuk tabah meneruskan kehidupan dan lebih memahami hutan rimba

dan lautan.

Saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan

segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan masa yang telah

ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah bertangguh atau

tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau aktiviti yang seterusnya.

Kesannya, semua perkara terpaksa dijalankan dengan kadar yang lebih cepat dan

menyebabkan kami menghadapi kekurangan masa bagi sesuatu sesi atau slot aktiviti.

Sepanjang BIG ini, saya sentiasa patuh akan masa dan menasihati atau memberitahu

akan rakan yang lain supaya membuat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh, kami dikehendaki berada di dewan 10 minit lebih awal bagi aktiviti

latihan dalam kumpulan (LDK). Oleh itu, apabila kami terdengar panggilan penghulu

yang menandakan tiba masanya untuk pergi ke dewan, kami akan terus melepaskan

segala kerja dan tugasan yang kami sedang buat dan pergi ke dewan bagi memastikan

kelancaran sesuatu aktiviti. Pendek kata, saya berpendapat bahawa sikap menepati

masa haruslah dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan sesuatu aktiviti

tersebut dapat dijalankan dengan lancar.

Terdapat beberapa kelemahan pada diri saya yang telah saya perasan dan

sedar sepanjang saya menjalankan BIG ini. Antaranya termasuklah saya tidak

mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, saya

telah diberitahu oleh ahli kumpulan saya bahawa menjadi watak utama dalam lakonan

cerita jenaka pada malam persembahan. Pada mulanya saya amat menolak dan tidak

mahu kerana takut akan menjatuhkan air muka. Namun atas dorongan dan sokongan

dari ahli kumpulan dan juga rakan sekelas, saya telah mengambil keputusan untuk

menyanyi. Akhirnya, saya berjaya melakukannya dan kumpulan saya berjaya mendapat

tempat pertama dalam lakonan tersebut. Saya juga sentiasa mengantuk semasa LDK

dijalankan disebabkan tidak mempunyai rehat dan tidur yang mencukupi. Oleh itu, saya

akan cuba untuk mencatat perkara yang diberitahu oleh pensyarah supaya dapat

mengelakkan diri daripada tertidur

Page 4: Refleksi Bina Insan Guru

MICHAEL LOI CHEE KHING

PISMP SEM 1 AMBILAN JUN 2014 PJK

SJK(C)

BINA INSAN GURU 2014

Tambahan pula, saya juga mendapati bahawa saya agak lemah dari segi mental

dan fizikal. Dari segi mental, dahulu saya sering mengambil alternatif mudah dengan

memutus asa apabila berhadapan dengan masalah yang meruncingkan. Saya berasa

susah dan malas untuk mendirikan khemah pada mula-mulanya kerana ia mengambil

masa yang banyak dan cuacanya sangat panas. Saya sedar bahawa semua aktiviti

yang dirancang dalam BIG adalah bertujuan untuk memupuk, menguji, dan

meningkatkan ketabahan dan keberanian diri sebagai seorang guru melalui semua

aktivti tersebut. Mengetahui kelemahan saya itu sekarang, jadi saya boleh menjadi

seorang yang sentiasa sihat dan kuat dari aspek mental dan fizikal. Saya juga akan

sentiasa melatih dan meningkatkan aspek fizikal dan mental saya, seperti bersenam

pada masa lapang, membaca buku-buku motivasi, sentiasa berbual-bual dan

mendapatkan nasihat yang berguna dan padat dengan senior ataupun guru pensyarah

saya. Saya percaya selepas menjalani BIG ini dan mempraktikkan semua langkah yang

telah saya cadangkan di atas, saya akan menjadi seorang yang cerdas dan cergas pada

masa yang akan datang.

Bagi cara-cara penambahbaikan pula, saya berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti

IQ yang mencabar, seperti stesen games, dilemma konflik, main peranan, dan

sebagainya boleh ditambah dalam program BIG supaya boleh menarik perhatian ramai

guru pelatih. Permainan berbentuk stesen games merupakan salah satu cadangan yang

sangat digalakkan. Dalam stesen games, setiap kumpulan haruslah menyelesaikan

tugasan yang diberikan dalam setiap stesen, sama ada berbentuk fizikal atau mental.

Setiap kumpulan hanya boleh pergi ke stesen yang seterusnya sekiranya mereka dapat

menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Dengan ini, barulah semangat bekerjasama

antara kumpulan dapat dipraktikkan dengan baik. Dengan ini, ia dapat menguji

ketabahan seseorang peserta menyelesaikan masalah dalam situasi yang begitu

meruncingkan.

Intihanya, program BIG ini membri banyak faedah kepada saya. Program BIG

dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan

guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru

yang seimbang. Pelbagai pengalaman yang baru telah saya dapat dan dapat

Page 5: Refleksi Bina Insan Guru

MICHAEL LOI CHEE KHING

PISMP SEM 1 AMBILAN JUN 2014 PJK

SJK(C)

BINA INSAN GURU 2014

diaplikasikan pada masa yang akan datang. Saya berharap program BIG dapat

dilaksanakan setiap tahun supaya dapat melatih guru pelatih menjadi seorang yang

berkualiti dan berwawasan. Saya berterima kasih kepada pensyarah dan ahli kumpulan

kerana memberi kerjasama yang sepenuhnya dan berpeluang menyertai program BIG

dengan lancar sekali.