refleksi modul

29
SOALAN 1 Berikan diskripsi yang ringkas mengenai kerajaan-kerajaan awal melayu berikut: - Funan - Kataha (Kedah Tua) Kerajaan Funan merupakan kerajaan melayu yang tertua di semenanjung Indochina. Kerajaan ini telah muncul pada awal abad pertama masehi lagi. Kerajaan ini berpusat di bahagian hilir dan di delta Sungai Mekong di mana raja mereka digelar sebagai ‘Raja Gunung’. Dlam tempoh itu, para arkeologi telah menjalankan kajian dan juga menemui pelbagai bahan artifak yang mampu membuktikan bahawa pendapatan utama kerajaan ini adalah hasil daripada perdagangan antarabangsa serta mempunyai cirri negara cosmopolitan. Dari aspek rekabentuk dalaman kerajaan ini, ia mempunyai bandar yang dipagari tembok dimana bangunan didalamnya terdiri daripada istana serta rumah-rumah penduduk disitu. Kebanyakkan penduduknya merupakan petani yang bercucuk tanam secara primitive serta ada diantara mereka yang pandai mengukir perhiasan an

Upload: anon-941716

Post on 07-Jun-2015

2.478 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Modul

SOALAN 1

Berikan diskripsi yang ringkas mengenai kerajaan-kerajaan awal melayu berikut:

- Funan

- Kataha (Kedah Tua)

Kerajaan Funan merupakan kerajaan melayu yang tertua di semenanjung

Indochina. Kerajaan ini telah muncul pada awal abad pertama masehi lagi. Kerajaan ini

berpusat di bahagian hilir dan di delta Sungai Mekong di mana raja mereka digelar

sebagai ‘Raja Gunung’. Dlam tempoh itu, para arkeologi telah menjalankan kajian dan

juga menemui pelbagai bahan artifak yang mampu membuktikan bahawa pendapatan

utama kerajaan ini adalah hasil daripada perdagangan antarabangsa serta mempunyai cirri

negara cosmopolitan. Dari aspek rekabentuk dalaman kerajaan ini, ia mempunyai bandar

yang dipagari tembok dimana bangunan didalamnya terdiri daripada istana serta rumah-

rumah penduduk disitu. Kebanyakkan penduduknya merupakan petani yang bercucuk

tanam secara primitive serta ada diantara mereka yang pandai mengukir perhiasan an

berhala. Mereka mahir dalam membuat perkakas memasak terutama dalam bentuk perak

serta cukai yang dikenakan oleh mereka dibayar menggunakan emas, perak, mutiara

mahupun minyak wangi. Traisi-tadisi kerajaan Funan masih iikuti terutama oleh orang

Khmer contohnya seperti pemujaan gunung dan puteri Naga.

Berbeza pula dengan kerajaan awal Kataha (Kedah Tua) di mana ianya telah

berpusat di Lembah Bujang, Kedah sejak abad ke-6 hingga abad ke-13. kerajaan ini paa

awalnya merupakan sebuah kerajaan yang merdeka namun pada awal abad ke -7, ia

telahpun menjadi sebahagian daripada wilayah Srivijaya. Pada tahun 1025, Kedah Tua

Page 2: Refleksi Modul

telah diserang oleh kerajaan Chola berikutan mahu merampas monopoli kerajaan

Srivijaya yang berkuasa terhadap semenanjung Tanah Melayu. Pelbagai artifaks telah

ditemui dari Lembah Bujang dimana ianaya mampu membuktikan bahawa Kerajaan ini

merupakan sebuah pelabuhan entrapot suatu ketika dahulu. Antara artifaks yang ditemui

ialah serpihan tembikar, manik-manik dan lain-lain lagi. Ada bukti yang menyatakan

bahawa islam telah menapak dalam kerajaan ini hasil daripada penemuan batu bersurat

Minye Tujuh, Aceh (781-1380M).

Page 3: Refleksi Modul

SOALAN 2

Bincangkan ciri, sumbangan dan perkembangan sistem pendidikan pondok di Malaysia?

Sistem pendidikan pondok merupakan antara suatu sistem yang terawal wujd di

Tanah Melayu. Hal ini terhasil daripada penyebaran Agama Islam ke Asia Tenggara oleh

pedagang-pedagang Arab dan mereka telah membina beberapa buah sekolah ponok

terutamanya di negeri Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan an Brunei.

Antara cirri-ciri yang boleh dilihat melaui penubuhan sekolah ini ialah

menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran secara tidak sistematik. Subjek yang

diajar lebih berbentuk keagamaan antaranya fikah, tauhid dan membaca Al-Quran.

Pengajaran juga banyak dilakukan di surau atau masjid. Cirri lain sistem sekolah ini ialah

menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar tetapi menulis jawi. Banyak

menggunakan kaedah hafalan dan kebiasaannya sesi pengajaran tertumpu pada waktu

subuh, petang dan malam. Tempoh pengajaran labih kurang 10 tahun dan berhasil

melahirkan pelajar yang arif mengenai hukum-hukum agama.

Pelbagai sumbangan telah di berikan hasil daripada pengajian di sekolah pondok

ini antaranya ialah melahirkan ramai ilmuwan agama di bumi Malaysia. Contohnya

Sheikh Abdul Malik bin Abdullah (Tuk Pulau Manis) di Terengganu, Tuk Kenali di

Kelantan serta Haji Muhammad Taib Mufti di negeri Kedah. Selain daripada itu, hasil

daripana penubuhan sekolah pondok juga apat menterjemahkan pelbagai buku bahasa

Arab ke dalam bahasa Melayu. Slain itu, pendidikan pondok juga bertujuan sebagai

alternative bagi remaja masakini untuk mempelajari mengenai orang-orang terdahulu

serta apat mengambil iktibar daripada kisah mereka. Selain itu, ia juga menyumbang

Page 4: Refleksi Modul

kepada orang melayu agar sedar akan penguasaan penjajah suatu ketika dahulu. Selain

itu, ia turut membantu dalam usaha memperluaskan ilmu pengetahuan mengenai bahasa

arab dan agama Islam secara lebih meluas.

Paa masakini, pendidikan ponok sudah meluas hamper ke seluruh negara kita.

Antara halatuju pelajaar-pelajar ini adalah ke Universiti Al-Azhar mahupun menjadi ahli-

ahli masjid, tuan guru ataupun para pendakwah. Hasil daripada perkembangan sistem

ponok ini, agama Islam telah meluas keseluruh dunia serta memudahkan orang ramai

untuk mempelajari ilmu Al-Quran Dan agama. Ia juga merupakan tunjang kepada

penubuhan sekolah agama moden.

Page 5: Refleksi Modul

SOALAN 3

Apakah corak pendidikan di Tanah Melayu dari tahun 1786 hingga 1941?

Corak pendidikan di Tanah Melayu dari tahun 1786 hingga 1941 banyak

dipengaruhi olah sitem pendidikan semasa pendudukan British di Tanah Melayu. Seperti

yang diketahui oleh masyarakat kita, British telah menjalankan dasar pecah dan perintah

semasa menjajah Tanah Melayu. Sistem pendidikan yang diamalkan adalah bersifat

vernacular iaitu sekolah melayu, cina dan India serta sekolah aliran inggeris. Sistem

persekolahan ini adlah berbeza dari segi lokasi, bahasa pengantar, kaum serta kurikulum

di sekolah masing-masing.

Sekolah vernacular Melayu lebih tertumpu kepada masyarakat asli Tanah Melayu

an idirikan di kaasan perkampungan. Sekolah ini amat menitikberatkan kepada subjek

bacaan, mengarang, mengeja, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan latihan congak

serta ilmu alam.corak pendidikan ini tidak memberikan pendidikan yang terlalu meluas

mengenai sesuatu hal.

Berbeza pula dengan sekolah vernacular Cina, ianya agak tertumpu dikawasan

bandar serta menggunakan bahasa pengantarnya ialah bahasa cina. Ia menggunakan buku

rujukan daripada negara cina serta kurikulumnya adalah berdasarkan pelajar klasik cina

iaitu teks Confucius. Antara perkara yang diajar ialah menghafal klasik lama, kaligrafi,

ilmu kira-kira dengan abacus. Kebanyakkan perbelanjaan sekolah tersebut aalah

mendapat biayaan daripada kerajaan negeri mereka ataupun melalui pembiayaan keluarga

sendiri.

Page 6: Refleksi Modul

Beralih pula kepada sekolah vernacular india, ia lebih tertumpu di bahagian

lading-ladang getah mahupun kelapa sawit. Menggunakan bahasa pengantar iaitu bahasa

tamil serta mengimport buku dari negara India. Telah ditubuhkan di Penang Free School

pada tahun 1816. ianya lebih banyak tertumpu kepada anak-anak buruh India yang

bekerja di ladang tersebut. Kedapatan bahawa tiga jenis sekolah jenis ini iaitu dekolah

yang dibiayai oleh kerajaan atau majikan atau komuniti mereka sendiri.

Satu lagi sistem persekolahan yang wujud adalah sekolah aliran inggeris.

Lokaasinya yang berada di kawasan bandar adalah sesuai sekali untuk anak-anak

pegawai British paa masa itu. Guru-guru terdiri daripada pederi serta menggunakan

bahasa inggeris. Sekolah ini bertujuan untuk melahirkan pegawai kerajaan tertentu di

Tanah Melayu. Anak-anak orang melayu turut diterima oleh bangsa British untuk

menghadiri sekolah inggeris ini.

Page 7: Refleksi Modul

SOALAN 4

Huraikan faktor penyebab kemiskinan dan usaha-usaha kerajaan untuk membasminya.

Konsep kemiskinan dapat ditafsirkan kepada dua bahagian kemiskinan iaitu

kemiskinan mutlak setra kemiskinan relative. Secara mutlaknya iaitu berasakan konsep

secukup rasa dimana ia diukur melalui kadar kemiskinan iaitu peratusan penduduk yang

mempunyai taraf hidup yang lebih rendah daripada garis kemiskinan yang ditentukan.

Dengan nada yang berbeza, kemiskinan relatif merupakan keadaan dimana

ketidakseimbangan di kalangan berbagai-bagai golongan pendapatan. Melalui kes ini, ia

dapat diukur dengan menganggarkan peratusan isi rumah yang mempunyai

pendapatan,misalnya kurang daripada separuh pendapatan purata negara.

Terdapat pelbagai faktor utama dalam membawa kepada arus kemiskinan ini,

antaranya adalah bencana alam.Contoh bencana alam yang sering dialami oleh manusia

sejagat adalah seperti banjir kilat,rebut petir yang mana dapat menyebabkan sumber

pendapatan penjaja,penoreh getah,penggerai akan terganggu. Faktor lain yang

menyebabkan kemiskinan ialah kejatuhan harga barangan eksport akibat kemelesetan

ekonomi dunia.Hal ini menyebabkan sumber pendapatan negara turut merosot seterusnya

mengakibatkan ekonomi negara merosot.

Dengan nada yang berbeza, saiz isi rumah yang besar di kalangan golongan

pendapatan rendah telah menyukarkan keadaan isi rumah untuk menyara kehidupan

mereka ke arah yang lebih selesa. Berikutan dengan itu, golongan ini juga mempunyai

pemilikan saiz tanah yang kecil turut menyumbang kepada masalah kemiskinan ini.

Disamping itu,golongan yang sentiasa terikat dengan masalah ini terutamanya golongan

Page 8: Refleksi Modul

petani turut terlalu bergantung terhadap orang tengah dalam menguruskan hal-hal

mereka. Oleh yang demikian, pihak ini kerap mengeksploitasi golongan bawahan ini

contohnya membeli barangan dengan harga yang murah.

Dalam membasmi kaar kemiskina di negara kita, pelbagai usaha telah dijalankan

bagi membasmi hal ini. Antaranya ialah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Melalui kaedah ini,maka kadar pengangguran di negara Malaysia akan menurun serta

dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Sejajar dengan itu, pihak kerajaan juga boleh

meningkatkan daya pengeluaran negara. Berbekalkan kepada usaha ini iaitu peningkatan

daya pengeluaran,maka pertambahan pengeluaran input akan dapat meningkatkan kuasa

beli masyarakat seterusnya masalah kekurangan barang keperluan yang dialami oleh

masyarakat akan turut dapat diatasi.

Selain itu,usaha-usaha pembasmian kemiskinan yang lain adalah dengan cara

mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, wilayah serta di sesuatu

kawasan.Hal ini adalah untuk mengelakkan jurang kemiskinan yang terdapat antara

golongan berpebdapatan tinggi dengan golongan berpendapatan rendah. Hal ini juga

dapat membantu alam usaha kerajaan untuk menyamaratakan taraf pendapatan rakyat

samada dengan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,

kesihatan, kemudahan infrastruktur dan selebihnya.

Page 9: Refleksi Modul

SOALAN 5

Huraikan reformasi-reformasi pendidikan berikut:

- kepentingan prasekolah.

- kesulitan melaksanakan sekolah satu sesi.

- kebaikan sistem sijil terbuka.

Setelah ilmu pengetahuan berkembang pesat di negara kita, Malaysia, pelbagai

reformasi dapat ilihat ujud bagai cendawan selepas tumbuh. Antara reformasi tersebut

ialah mewujudkan prasekolah, melaksanakan sekolah satu sesi serta memperkenalkan

sistem sijil terbuka.

Kewujudan prasekolah telah memberikan impak positif terhadap dunia masakini.

Hal ini amat bagus dan perlu dipraktikkan dengan lebih berkesan oleh pihak kerajaan

kerana dapat melairkan rakyat yang berproduktiviti tinggi suatu hari nanti. Prasekolah

amat penting kerana ianya mampu melatih perkembangan otak kanak-kanak kearah yang

positif sejak dari kecil lagi. Hal ini dapat membantu pihak sekolah di peringkat yang

lebih tinggi menangani masalah disiplin pelajar kerana melentur buluh biarlah dari

rebungnya.

Dalam merealisasikan impian untuk melaksanakan sekolah satu sesi, dimana

menetapkan waktu pembelajaran di sekolah pada waktu pagi sahaja serta memanjangkan

waktu untuk proses P&P, juga terdapat pelbagai halangan. Antara halangan yang perlu

dihadapi oleh kerajaan ialah kekurangan modal untuk membina lebih banyak sekolah

baru. Hal ini kerana kekurangan bilik darjah untuk para pelajar jika menjayakan projek

sekolah satu sesi ini. Selain itu, terdapat juga halangan daripada ibubapa dimana mereka

Page 10: Refleksi Modul

mahu menghantar anak mereka ke sekolah sesi petang kerana mahu bekerja pada waktu

pagi. Ekoran daripada itu, yuran persekolahan juga akan turut meningkat sekiranya

melaksanakan projek ini kerana pihak sekolah memerlukan kos yang lebih tinggi.

Dalam usaha menyediakan kemudahan sistem sijil terbuka, hal ini banyak

membantu rakyat dalam menjalani hidup seharian.ini kerana, pendemokrasian pendidikan

telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan pelajar. Hal ini diperhebatkan lagi

dengan pengambilan subjek mengikut kemampuan seseorang individu di mana ianya

tidak membebankan pelajar untuk belajar subjek yang tiak diminatinya seterusnya

merosakkan keputusan peperiksaan mereka. Selain itu, tempoh laku bagi sijil-sijil ini juga

telah dipanjangkan seterusnya membolehkan mereka meneruskan pengajian ke tahap

yang labih tinggi walaupun tertinggal setahun kebelakang daripada rakan-rakan yang

lain.

Page 11: Refleksi Modul

SOALAN 6

Huraikan perbezaan corak pendidkan tradisi di Athens dan Sparta.

Negara Athens dan Sparta wujud pada zaman Yunani lagi dimana negara ini telah

banyak memberi sumbangan kepada manusia zamankini. Pendidikan zaman tradisi

Yunani ini bermatlamat untuk memupuk serta membentuk ciri-ciri rakyat yang

bertanggungjawab kepada negara sepertimana di Athen tetapi bagi negara Sparta pula,

tumpuan pendidikan mereka adalah tertumpu untuk melatih rakyat menjadi tentera yang

perkasa dan melahirkan pemimpin-pemimpin tentera.

Tujuan pendidikan di Sparta adalah untuk mempersiapkan individu lelaki yang

kuat jasmaninya dalam peperangan dan fasih perbicaraannya di majlis-majlis kenamaan.

Di negara Athens pula, pendidikan yang diberikan adalah untuk mempersiapkan

individu-individu baru supaya menjadi manusia yang utuh (Exellence of Man as a Man)

suatu hari nanti serta individu yang mampu berdikari dan harmonis dalam

tingkahlakunya. Mereka turut memberi penekanan kepada kekuatan jasmani dan rohani

serta baik akhlaknya dari segi percakapan dan perbuatan.

Kurikulum yang diamalkan di Athens amat berbeza jika dibandingkan dengan di

Sparta. Hal ini kerana, di Athens mengamalkan kurikulum seperti membaca, menulis,

matematik, drama, muzik, sastera dan puisi manakala di Sparta pula, kurikulumnya lebih

tertumpu kepada latih tubi, nyanyian patriotic serta ilmu-ilmu taktik peperangan. Para

tentera yang mahu dilahirka oleh negara Sparta pada masa itu adalah terdiri daripada

kaum lelaki berumur antara 7 tahun hingga 20 tahun dengan mempraktikkan pelbagai

kaedah pengajaran antaranya ialah kaedah latih tubi, menghafal, membaca semula

Page 12: Refleksi Modul

terutama di sekolah rendah manakala di peringkat menengah kaedah kuliah,

perbincangan dan berdialog dipraktikkan. Antara golongan tenaga pengajar pada ketika

itu terdiri daripada guru-guru persendirian, guru sekolah, golongan Sophists, pengajar

tentera dan ahli falsafah.

Page 13: Refleksi Modul

SOALAN 7

Huraikan perbezaan konsep antara educere an educare dari aspek berikut:

- konsep

- cirri-ciri

- contoh-contoh aktiviti harian

Dari segi konsep, educere dilihat sebagai didikan dimana ia mementingkan aspek

pendidikan jangka masa yang panjang manakala educare pula merupakan latihan

kemahiran yang dijalankan mengikut keperluan sesuatu masa sahaja. Konsep educere

sangat meluas iaitu ia lebih menjurus kepada konsep keselesaan terhadap diri sendiri

dengan makhluk lain ciptaan Tuhan dan berkekalan sepanjang hayat manakala educare

pula lebih menjurus kepada pengetahuan diri sendiri dan berakhir apabila sesuatu

kemahiran yang diingini tercapai.

Dari perspektif cirri-siri antara kedua-dua konsep ini pula, educere lebih bersifat

normative dimana ianya lebih ieal dan menyeluruh mengenai manusia terdidik manakala

educare pula bersifat instrumental iaitu pembelajaran merupakan cara bagi mendapatkan

sesuatu keperluan contohnya keperluan ekonomi, social dan politik. Selain itu, cirri lain

bagi educere ialah berkait dengan komponen akhlak atau intelektual yang bermatlamat

kepada pembinaan fikiran yang bijaksana , rasional an pembinaan jiwa manusia yang

murni. Manakala ciri lain bagi educare pula ialah konsep ini berteraskan kandungan serta

beranggapan bahawa manusia merupakan suatu ‘tin kosong’ yang perlu diisi engan

pelbagai ilmu pengetahuan samaada ianya releven atau tidak.

Page 14: Refleksi Modul

Disini iselitkan beberapa contoh aktiviti harian yang berkait rapat dengan konsep

educere dan educare. Bagi contoh untuk educere ialah kaedah pengajaran an

pembelajaran yang berterusan daripada prasekolah sehinggalah pencapaian ke peringkat

universiti. Manakala bagi contoh untuk educare pula adalah seperti memasuki sesuatu

kursus kemahiran seperti kursus menjahit, mnggubah bunga hiasan dan lain-lain lagi.

Page 15: Refleksi Modul

SOALAN 8

Apakah kepentingan Falsafah Pendidikan kepada para guru?

Falsafah Pendidikan (FP) banyak diaplikasikan oleh guru dalam mengatasi

permasalahan yang dilalui semasa beraa di sekolah. Pertama ialah dapat menolong guru

untuk beranggapan bijak dan tepat mengenai profesyen perguruan. Ia dapat menghakis

prasangka negetif individu terhadap profesyen ini. Selain itu, ia juga dapat menjernihkan

keadaan akan peri pentingnya matlamat serta objektif alam pendidikan. Sejajar dengan

itu, FP turut memberi sumbangan dengan cara membantu guru dalam meyakinkan

ibubapa terhadap kepentingan pendidikan kepada anak-anaknya.

Dengan nada berbeza, ia juga apat menolong pendidik untuk menilai perkaitan

antara usaha-usaha yang telah dijalankan dalam sesuatu sistem pendidikan. Hasilnya, ia

dapat membantu pendidik dalam memperbaiki sedikit sebanyak rancangan semasa proses

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) contohnya penggunaan alat Bantu mengajar dan

sebagainya. Seterusnya FP juga menbantu guru an pentadbir untuk mengaakan aktiviti

luaran seperti perkhemahan serta mudah untuk mereka mendapatkan kemudahan

sepanjang perlaksanaan aktiviti tersebut. Selain itu, guru juga boleh merujuk kepada teori

falsafah ini dimana ia dapat membantudari segi mengenakan hukuman terhadap

pelajarseandainya mereka melakukan kesalahan.

Page 16: Refleksi Modul

SOALAN 9

Huraikan faktor-faktor utama dalam penggubalan FPK

Terdapat enam faktor yang menjurus kepada penggubalan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) iaitu agama, social, politik, ekonomi, individu serta faktor sejagat.

Dalam aspek agama, di Malaysia kini, agama Islam merupakan agama rasmi

negara namun bangsa lain masih bebans untuk menganut agama masing-masing. Faktor

ini mempengaruhi penggubalan FPK kerana negara kita amat mementingkan konsep

kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan.

Faktor lain yang mempengaruhi penggubalan FPK ialah faktor social dimana

seperti yang kit ketahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk dan

berbilang kaum. Oleh itu faktor kemakmuran dan keharmonian negara harus diambilkira.

Hal ini bergantung kepada sikap toleransi, kerjasama serta hormat-menghormati antara

satu sama lain.

Dari aspek politik pula, ia berasakan kepada ideologi negara yang terdapat dalam

dokumen-dokumen rasmi negara. Contohnya laporan pendidikan, Rukun Negara serta

undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Negara.

Selain itu, faktor ekonomi turut diambilkira kerana ia penting untuk negara

melahirkan rakyat yang mahir dalam pelbagai bidang, teknologi serta ilmu pengetahuan.

Hal ini berikutan ia dapat memberi sumbangan kepada kemakmuran negara kerana ia

berkait dengan ekonomi semasa. Negara maju kerana kekuatan ekonominya yang stabil.

Faktor individu turut memainkan perana penting dalam usaha penggubalan FPK

kerana ia perlu untuk mengembangkan potensi seseorang terutamanya melalui

Page 17: Refleksi Modul

pendidikan dari aspek keseluruhan iaitu jasmani, emosi, rohano serta intelek. Ia juga

dapat membantu negara menghasilkan produk insane yang seimbang dan harmonis

kerana tidak tertumpu kepada aspek akademik sahaja.

Dengan nada yang berbeza, faktor sejagat atau universal ini turut mempengaruhi

penggubalan FPK. Ia mempengaruhi dari aspek pendidikan seiring dengan perkembangan

sistem pendidikan antarabangsa masakini.

Page 18: Refleksi Modul

SOALAN 10

Tuliskan sumbangan ahli falsafah berikut terutama dari aspek pendidikan:

- G.W.F Hegel (1710-1831)

- Amos Comenius (1859-1670)

- John Dewey (1859-1952)

- Roberts Hutchin

- Pestalozzi

G.W.F Hegel merupakan seorang tokoh falsafah beraliran Idealism. Aliran

pemikiran ini merupakan aliran yang melihat sesuatu perkara secara menyeluruh iaitu

dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Ia amat mementingkan aspek

kerohanian kerana percaya bahawa kewujudan sesuatu perkara boleh diperturunkan

kepada perkara asas iaitu kerohanian.. dari segi sumbangan terhadap bidang pendidikan,

aliran ini mengajak pelajar untuk memahami sesuatu perkara secara meluas diseluruh

dunia. Selain itu ia juga menyumbang kepada pembentukan cara pelajar untuk bercakap

atau berkomunikasi dengan yakin sekali. Selain itu, ia turut membantu pelajar tampil

cemerlang dalam kemahiran yang dimiliki olehnya. Ia juga mengasuh pelajar untuk

berusaha mendapatkan maklumat dengan usaha diri-sendiri.

Amos Comenius dan Pestalozzi merupakan tokoh beraliran Realism dimana aliran

ini sangat berbeza dengan aliran Idealism. Hal ini kerana, aliran ini lebih mementingkan

penyaksiaan pancaindera serta cara pemikiran seseorang. Aliran ini berlandaskan

pengkajian terhadap objektif kewujudan dunia serta hubungan makhluk antara satu sama

Page 19: Refleksi Modul

lain. Antara sumbangan yang telah dibuat oleh mereka ialah menggalakkan sesi

pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. Disamping

itu, aliran ini juga mementingkan kepada pemikiran yang kritis serta pengetahuan yang

meluas. Ia juga lebih focus terhadap cara saintifik ketika di dalam bilik darjah.

Tokoh John Dewey pula merupakan seorang tokoh dari aliran Pragmatisme

dimana ianya lebih menjurus kepada cara praktikal iaitu ujikaji dalam menyelesaikan

sesuatu permasalahan. Tambahan pula, aliran ini menyatakan bahawa sesuatu konsep

harus dibuktikan oleh pengalaman sebenar dan pengetahuan sediaada seseorang. Pelbagai

sumbangan telah di perlihatkan oleh tokoh ini antaranya memperkenalkan sistem

pendidikan yang focus kepaa kaeah penyelesaian masalah. Ia turut membantu murid-

murid agar menjadi seorang yang lebih aktif serta apat mengguna teknik yang

dipelajarinya dalam kehidupan mereka.

Roberts Hutchins pula merupakan pelopor falsafah alam aliran Perennialisme.

Aliran ini ada menyatakan mengenai kebenaran adalah tetap dan tidak berubah serta

menekankan bahawa manusia adalah sama dan harus mendapat pendiikan yang sama

rata. Sumbangan beliau boleh dilihat sehingga kini dimana beliau menekankan agar

pendidikan diberikan kepaa semua orang dan harus menganggap ianya sebagai satu

persediaan dalam hiup. Selain itu, ia juga menyeru agar subjek yang diajar mestilah

bertepatan dengan kanak-kanak tersebut an ia mestilah dapat diaplikasikan dalam

kehidupan mereka kelak.

Page 20: Refleksi Modul

RUJUKAN

1. Fong Chan On. (1991). Dinamo Ekonomi Baru.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

2. Just Foaland. (1991). DEB Pertumbuhan dan Ketaksamarataan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

3. Noorsiah Sabri. (1998). Pembangunan Kebudayaan Untuk Pembinaan Negara

Dan Bangsa. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd

4. Ramlah Binti Adam, Shakila Parween Binti Yacob, Abdul Hakim Bin Samuri,

Muslimin Bin Fadzil. (2005). Sejarah Tingkatan 5 Buku Teks.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka