refleksi kendiri

Click here to load reader

Post on 06-Dec-2014

203 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

big fasa 5

TRANSCRIPT

Refleksi Kendiri

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah menjayakan aktiviti BIG Fasa 5 Semester 5 2013. Pelbagai imput yang dipelorehi dalam melaksankan tugas kali ini. Akan tetapi saya ingin menulis refleksi saya tentang bagaimana program BIG ini dapat membantu saya dalam kemenjadian saya sebagai seorang pendidik bagi menjayakan Pelan Pembanggunan Pendidikan 201-2025,dan Wawasan 2020 berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Pelan Pembanggunan Pendidikan 201-2025 menyatakan enam ciri aspirasi utama, sembilan bidang keutamaan dan sebelas anjakan. Tiga dari aspirasi utama, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran memimpin dan kemahiran dwibahasa merupakan arah baru sementara yang tiga lagi adalah penyataan semula aspirasi yang telah dilaksanakan, iaitu pengetahuan, etika dan kerohanian serta identiti national. Dua dari 9 bidang keutamaan PPP ini menunjangi keenam-enam aspirasi itu terutamanya kemahiran berfikir dan dwibahasa, iaitu memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran dan meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa. Sementara bidangbidang keutamaan lain bertujuan mengukuh dan menambah upaya sistem-sistem sokongan bermula dari guru-guru, kualiti sekolah, kualiti kepimpinan sekolah, penglibatan ibubapa, sektor swasta dan masyarakat kepada keupayaan penyampaian jentera Kementerian Pelajaran.

Diantara ciri-ciri utama yang dinyata dalam sebelas anjakan yang terkandung dalam PPP ini saya akan kaitkan beberapa anjakan bagaimana program BIG ini membantu dalam menjayakan PPP 2013-2025 ini.

ANJAKAN PERTAMA (1) ialah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Hakikatnya, hari ini, murid dikatakan telah berjaya menguasai ilmu apabila mereka berupaya menganalisa maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan. Inilah ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi yang telah pun dimiliki oleh murid di negaranegara maju. Apa yang diperolehi dalam program BIG FASA 5 ini kami sebagai guru pelatih telah diterapkan supaya kami terlebih dahulu menguasai pelbagai ilmu dengan menguatkan kemahiran menganalisa maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan. Sebagai contoh,kami telah dilatih dalm program BIG ini supaya mampu berkomunikasi dengan pihak sekolah untuk menjayakan program Benchmarking sekolah tersebut. Jika kami tidak mempunyai kemahiran tersebut maka program tidak akan Berjaya dan kami juga tidak dapt menjadi guru yang baik. AJAKAN YANG KEDUA (2), iaitu memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini, Kementerian akan memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan bahasa penghantar kami dalam melaksanakan program BIG. Bahasa ini digunakan dalam pertuturan dan penulisan. Dengan adanya kemahiran kedua bahasa ini maka kami dapat meningkatkan diri dalam memantapkan kedua bahasa tersebut. Ini amat diperlukan dalam mengajar di sekolah nanti. Sebagai contoh dalam aktiviti BIG Fasa 1 dahulu saya telah diarahkan untuk membaca ikrar dalam bahasa inggeris. Walaupun agak kekok saya berusaha mencuba membaca ikrar dalam bahasa inggeris dengan tiada bantuan text tetapi dengan bantuan rakan-rakan. Kita dapat lihat nilai kerjasama juga dapat terapkan dalam pengendalian bahasa. ANJAKAN yang ketiga (3), iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar hari ini, anak-anak kita perlu memiliki nilai-nilai murni sejagat yang selaras dengan tuntutan moral, etika dan agama. Pada masa yang sama, sebagai warganegara, anak-anak kita juga perlu sentiasa dipupuk dengan semangat patriotisme untuk membina satu identiti nasional yang kukuh

dan jitu. Setiap aktiviti BIG yang kami laksanakan kami telah diterapkan dengan nilainilai murni,tingakah laki yang baik, bekerjasama dan pelbagai lagi sikap yang baik. Sebagai contoh BIG fasa pertama kani dikendaki bekerjasama dalam menaikan khemah. Jika sikap bekerjasama ini kami dapat laksannakan dan menerapkan di dalam diri maka jika kami menjadi guru nanti kami jug adapt mendidik murid agar bekerjasama dan meningkatkan nilai-nilai yang baik kepada mereka. Dalam BIG Fasa 5 ini pula kami diajar nilai-nilai murni semasa melawat di sekolah. Kami diarahkan untuk berpakaian kemas,menggunakan bahasa tutur yang baik dan lemah lembut serta menghormati guru-guru disana. ANJAKAN YANG KEEMPAT (4), iaitu meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Anjakan ini adalah selari dengan pandangan sebahagian besar peserta Dialog Nasional Pendidikan Negara yang mahukan kualiti guru diberikan keutamaan. Sudah pasti apa yang diutamakan dalam program BIG ini adalah untuk meningkatkan kualiti diri seorang guru. Setiap aktiviti yang dilakukan dalam program BIG ini akan menfokuskan bagaimana menjadikan kami guru pelatih ini agar menjadi guru yang berkualiti serta menjadikan guru ini sebagai kerja yang ikhlas untuk dilaksanakan. Setiap program BIG ini akan menaikan semangat kami untuk menjadi guru yang terbaik. Dari pandangan peribadi saya,saya pada mulanya kurang meminati menjadi seorang guru,akan tetapi setelah menyertai program BIG Fasa 1 saya semakin bersemangat kerana apa yang saya lihat guru bukan sekadar mengajar murid huruf atau mengira,akan tetapi guru mendidik murid untuk menjadi insan yang berkeyakinan tinggi, tidak mudah putusa asa dan banyak lagi. Itu menyebabkan saya sangat meminati untuk menjadi seorang guru. ANJAKAN YANG KELIMA (5) yang dipilih ialah memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah. Untuk itu, kKementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi, serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai tahun 2013. Program BIG ini bukan sahaja dapat melahirkan guru yang berkualiti tetapi dapat menjadikan seseorang guru itu menjadi seorang pemimpin yang

berprestasi tinggi. Jika pihak kementrian ingin meletakankan kami guru yang telah dilatih dengan penuh ilmu maka tidak akan menjadi masalah lagi. Jika dilihat lebih mendalam lagi,program BIG ini banyak memberi maanfaat kepada guru pelatih yang bakal menjadi guru selepas tamat pengajian. Jika kita lihat asas teras dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ia menerapkan lima prisip iaitu Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial. Setiap program BIG akan menerapkan prinsip-prinsip ini terhadapt guru pelatih. Seorang guru mesti dahulu mempunyai keupayaan jasmani yang tinggi. Dengan adanya program BIG ini ia dapat meningkatkan keupayaan jasmani didalm diri seorang guru. Menjadi guru juga perlu bijak mengawal emosi. Pengawalan emosi juga diterapkan dalam program BIG ini. Rohani yang tinggi juga perlu diterapkan dalam diri guru. Guru mestilah menjadi guru yang baik dan bertanggungjawab dalam mendidik murid. Maka program BIG ini telah melatih guru pelatih menjadi seorang guru yang baik dan dapat menjaga kebaikan rohani dalam dirinya. Dalam diri seorang guru juga haruslah memiliki intelek yang tinggi. Guru yang berilmu dan berpengetahuan akan dapat mejalani pekerjaan seorang guru dengan mudah. Guru tidak akan kekok semasa mengajar kerana telah mempunyai ilmu yang dapat digunakan pada bila-bila masa. Kemahiran social juga perlu ada dalam guru, maka dengan adanya program BIG ini guru pelatih dapat meningkatkan kemahiran sosialnya dengan lebih baik. Program BIG ini sememangya banyak membantu guru pelatih untuk menjadi guru yang terbaik dimasa kelak.Sebagai mengakhiri refleksi saya ini saya akan akan senaraikan 21 sifat-sifat guru yang cemerlang iaitu: 1. Guru memiliki ilmu tentang matapelajaran atau perkara yang di ajar. Ini bermakna seseorang guru itu perlu mengetahui tentang fakta, konsep, prinsip dan kemahiran yang berkaitan dengan perkara atau matapelajaran yang diajar. 2. Guru masih aktif sebagai ahli profesional keguruan, membaca jurnal, berbincanga dengan rakan sekerja, sentiasa mempertingkatkan kemahiran di dalam metadologi dan pengetahuan tentang pelajar dan isi kandung matapelajaran yang diajar.

3. Guru memahami proses pembelajaran. Sebagia guru, pelajar akan dipastikan faham tetang matapelajaran yang diajar, harapan guru terhadap pelajar dan prosedur bilik darjah. Pelajar juga akan terbabit secara aktif denga aktiviti pembelajaran dan guru memastikan pelajar dibimbing dan ditunjuk ajar dengan melakukan penilaian kefahaman. 4. Guru berperanan sebagai broker pendidikan, mengetahui cara untuk mendapatkan maklumt tentang perkara yang diajar dan mengetahui sumber- sumber maklumat yang terbaik tentang maatapelajaran tersebut. 5. Guru mesti menunjukkan contoh teladan yang baik supaya menjadi model atau ikutan pelajar. 6. Guru mesti sanggup untuk berubah dan menerima perubahan. 7. Guru mesti berlaku adil dna saksama terhadap pelajarnya tanpa mengambil kira soal jantina, bangsa, agama, kewargenegaraan, status sosial dan perkara-perkara lain. 8. Guru mesti melakukan persediaan untuk memngajar sama ada menulis persediaan mengajar atau menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti pembelajaran. 9. Guru mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan. 10. Guru berperanan sebagia pembuat keputusan yang berkesan. 11. Guru sentiasa mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pelajarnya. 12. Guru mesti optimis terhadap pembelajaran setiap pelajar dan menyediakan persekitaran yang positif dan membina bagi aktiviti pembelajaran. 13. Guru mesti yakin dengan kebolehan setiap orang pelajar. 14. Guru mempunyai kemahiran untuk melakukan tugas-tugas penilaian terhadapa pembelajaran pelajar.

15. Guru mempunyai kemahiran untuk bekerjasama dengan ibu bapa, rakan setugas, pihak pentddbir dan staf-staf lain di samping sentiasa mengamalkan etika profesionalisme perguruan. 16. Guru sentiasa menunjukkan minat yang berterusan terhadap tanggungjawab profesionalisme perguruan. 1