refleksi big emblah

Upload: abg-zulfizal-abg-dollah

Post on 02-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

dokumen

TRANSCRIPT

BIODATA PELAJAR

NAMA : AHMAD AIMAN B MUHAMMAD FADHILNO.K/P : 880727-08-5657ALAMAT: NO.7, JLN BINTANG 5, DESA RENING JAYA, 4200, RASA, SELANGOR.TARIKH LAHIR : 27 JULAI 1988TEMPAT LAHIR : IPOH, PERAKJANTINA : LELAKIAGAMA : ISLAMKETURUNAN : MELAYUSTATUS : BUJANGKURSUS: PISMP SAINS/ PJ/ PSKSEMESTER: 6TARIKH BIG: 6 OKTOBER 2011TEMPAT BIG: SEKOLAH KEBANGSAAN PAYAMENTOR: PUAN HABIBAH BINTI BUANG

ISI KANDUNGANKANDUNGANMUKA SURAT

1.0 PENGENALAN3

2.0 LAPORAN REFLEKTIF (PROGRAM)5

3.0 MAKLUM BALAS PELAJAR (PENILAIAN KENDIRI)9

4.0 LAMPIRAN11

1.0 PENGENALAN

MATLAMATProgram ini bertujuan dan berhasrat untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

OBJEKTIF1. Menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.2. Memiliki kemahiran, ketahanan fizikal, mental dan semangat juang.3. Menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal.4. Menguasai kemahiran menguruskan diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.5. Memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.

2.0 LAPORAN REFLEKTIFPROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6PISMP SEMESTER 6/2011(LAWATAN PENANDA ARAS)

LAPORAN REFLEKTIF (PROGRAM)LAPORAN SEBELUM PROGRAM BIG

Mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 30 Jun 2011 dimana melibatkan guru-guru pelatih PISMP Semester 6 Ambilan Januari 2009 iaitu PISMP Sains. Setiap ahli kelas telah berbincang dan pemilihan ahli jawatankuasa bagi Program BIG diadakan. . Program BIG kali ini diketuai oleh Ab. Kadir B Abdul Rahim selaku pengerusi dan dibantu oleh Khairul Azani Bt Md Roni sebagai naib pengerusi. Berberapa ahli jawatankuasa dipilih supaya dapat melancarkan lagi perjalanan program ini Melalui perjumpaan tersebut, kami telah sepakat dan bersetuju untuk mengadakan Program BIG di Sekolah Kebangsaan Paya, Berseri, Perlis. Hal ini selaras dengan kehendak program BIG semester 6 iaitu melaksanakan aktiviti lawatan penanda aras.

LAPORAN SEMASA PROGRAM BIG Pada 6 Oktober 2011, kesemua guru pelatih PISMP Sains semester 6 telah berkumpul di Uncle Tams Cafe IPG Kampus Perlis jam 7.30 pagi. Sebuah coaster telah disediakan sebagai pengangkutan kepada guru pelatih ke Sekolah Kebangsaan Paya, Berseri, Perlis di mana program BIG diadakan. Semua guru pelatih bertolak ke SK Paya pada jam 7.45 pagi. Guru pelatih sampai di SK Paya pada pukul 8.30 pagi. Setelah sampai ke sekolah, kami berkumpul di bilik mensyuarat sekolah itu. Kami telah disambut oleh Guru Besar serta guru-guru lain sekolah itu dan meraka amat mengalu-alukan kedatangan kami sempena program BIG. Seterusnya, kami diberikan taklimat dari guru kanan sekolah tersebut. Didalam taklimat itu kami diberi penerangan tentang pengurusan sistematik disekolah itu, visi, dan misi sekolah. Selain itu kami di bawa melawat sekitar sekolah untuk melihat kemudahan yang terdapat pada sekolah tersebut seperti makmal sains dan lain-lain lagi.Pada belah petang kami mengadakan bengkel bersama guru cemerlang sains iaitu Encik Fauzi.Kami berbincang mengenai cara, rahsia serta pengalaman Encik Fauzi dalam bidang pendidikan.Tepat pukul 5 kami pulang ke IPG Kampus perlis dengan menaiki coaster dan sampai pada pukul 5.30 petang. Segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar sekali pada hari tersebut.

LAPORAN SELEPAS PROGRAM BIG Setelah program dijalankan, penyediaan laporan biro dilaksanakan bagi menyempurnakan program BIG untuk diedarkan kepada semua peserta untuk dimasukkan kedalam folio.

3.0 MAKLUM BALAS PELAJAR

MAKLUM BALAS PELAJAR (PENILAIAN KENDIRI)Program Bina Insan Guru bagi pelajar PISMP-PJJ (PPG) Semester 8 Ambilan Februari 2012 telah berlangsung pada 03 Julai 2015 bertempat di SJK ( C ) Kwang Chien, Sarikei. Penanda aras di sekolah ini adalah bertujuan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama guru cemerlang sains SJK ( C ) Kwang Chien iaitu Encik Law Siew Tung dan Encik Wong Siew Chai. Ianya, adalah sebagai pendedahan serta perongsian kepada guru untuk memartabatkan bidang profesional. Melalui program ini guru-guru PISMP-PJJ tahu bagaimana cara untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan di sekolah nanti.Saya gembira kerana dapat menimba ilmu baru serta pengalaman ketika semasa BIG. Program BIG adalah satu program yang sangat mantap dan berkesan pengisiannya dalam usaha untuk membentuk dan melahirkan insan guru yang dapat mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru. Oleh itu, sebagai seorang guru, perkara yang terpenting adalah komitmen yang tinggi dan berterusan amat diperlukan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh daripada program BIG ini merupakan persiapan yang baru sedikit jika hendak dibandingkan dengan cabaran yang akan ditempuhi pada masa hadapan. Justeru itu, saya yakin dengan program BIG pada masa akan datang pula dapat memperbaiki kekurangan dalam diri saya.

LAPORAN JAWATANKUASALaporan Jawatankuasa Cenderahati BIG VI 2015

Setelah menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Bina Insan Guru (BIG) Fasa VI yang diadakan pada 03 Julai 2015, telah diputuskan bahawa cenderahati akan diberikan kepada perasmi sempena Majlis Penutupan BIG Fasa VI serta penceramah jemputan bagi bengkel yang akan diadakan nanti. Pada 03 Julai 2015, hari Jumaat, pendaftaran peserta bermula seawal jam 8:00 pagi. Aturcara program adalah seperti yang dirancang. Alhamdulillah, selesai majlis perasmian, cenderahati disampaikan kepada En. Law Sie Tung dan En.Wong Siew Chai selaku penceramah pada bengkel yang telah diadakan dan juga kepada En. Wong Hing selaku perasmi merangkap Guru Besar dan penceramah pada majlis tersebut.Dikesempatan ini, saya selaku ketua yang dilantik untuk Jawatankuasa Cenderahati ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Yeo Nga Piing yang memberi kerjasama sehingga terlaksananya tugas ini dan juga kepada rakan-rakan lain yang turut sama menyumbang idea dan tenaga.Sebarang ketidakpuasan pada mana-mana pihak, saya mohon maaf. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

Disediakan oleh,.(RODZIAH BINTI AHMAD) Ketua Jawatankuasa Cenderahati

Laporan Jawatankuasa Makanan BIG VI 2015

AJK Makanan tidak menempah sebarang makanan memandangkan semasa lawatan, telah bermulanya sambutan bulan puasa dan Guru Besar sekolah yang terlibat juga tidak mahu sebarang jamuan diadakan. Walaubagaimanapun, bagi menghormati rakan-rakan Islam yang berpuasa, pihak AJK Makanan sekadar membeli dua kotak air minuman. Anggaran bagi dua kotak air minuman adalah seperti berikut :

i) Minuman RM0.80 x 48 = RM38.40ii) Cenderahati

Jumlah perbelanjaan RM38.40

Kesimpulannya, saya bersyukur kerana perjalanan berjalan lancar walaupun ada kekalutan pada waktu akhir untuk menyiapkan LO kerana kelewatan kertas kerja. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Disediakan oleh,

( PN HARTINI BINTI MOHD NOOR ) Ketua Jawatankuasa Makanan

Laporan Jawatankuasa Buku Program BIG VI 2015

PengenalanPelajar-pelajar PISMP-PJJ (PPG) Ambilan Februari 2012, Kohot 2 telah menghadiri satu kursus wajib Bina Insan Guru ( BIG ) yang telah diadakan pada 03.07.2015 di SJK (C) Kwang Chien, Sarikei.. Satu jawatankuasa telah dibentuk dan telah bermesyuarat pada kali pertama iaitu pada 07.06.2015 bertempat di Dewan Kenanga IPGKR. Mesyuarat bertujuan untuk mencari kata sepakat untuk merangka kertas kerja bagi pelajar-pelajar menghadiri BIG terakhir untuk semester kali ini.Ini juga merupakan satu strategi pembelajaran secara kolaborasi antara pihak IPGKR dengan pelajar PISMP-PJJ (PPG) Ambilan Februari 2012 untuk melahirkan pelajar yang lebih berkemahiran dan berketrampilan untuk menganjur sesuatu program di sekolah mereka kelak.RasionalBengkel ini akan mendedahkan kemahiran dan pengetahuan yang luas dan mendalam kepada semua yang terlibat dalam usaha meningkatkan keyakinan diri serta melahirkan ketrampilan diri yang terbaik. Bengkel ini adalah satu langkah yang positif untuk menyempurnakan keperluan segera bagi menyediakan langkah yang positif untuk bakal guru-guru siswazah yang serba boleh untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan tambahan lagi mereka akan setiasa berdampingan dengan ibubapa serta murid-murid di sekolah.

ObjektifHarapan kepada pelatih-pelatih atau semua peserta akan dapat mencapai beberapa objektif seperti berikut:1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika, dan akhlak keguruan. 5. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal,mental,emosi,rohani dan sosial. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan. Jawatankuasa Buku Program telah bermesyuarat dengan jawatankuasa induk pada 7.6.2015. Satu ketetapan telah dibuat untuk mengadakan bengkel ceramah dan satu lawatan penanda aras yang mesti diadakan oleh semua pelajar-pelajar yang mengikuti Program PISMP-PJJ (PPG) di Kampus Rajang. Bertolak daripada itu jawatankuasa buku program yang diketui oleh Puan fazilah Binti Razali telah mengadakan taklimat ringkas dengan ahli-ahli jawatankuasa di bawahnya. Seramai seorang orang pelajar telah dilantik untuk menganggotai jawatankuasa buku program. Beliau ialah Puan Cecelia Maria anak Menin. Kami telah ditugaskan untuk merangka buku program yang berkaitan dengan bengkel ceramah yang akan diadakan di SJK (C) Kwang Chien, Sarikei.Rata-rata semuanya telah memberikan kerjasama dengan baik. Jawatan kuasa ini telah berjaya menyiapkan satu buku program dan mencapai matlamatnya. Usaha ini adalah ada kerjasama antara pelajar-pelajar dengan bantuan pensyarah pembimbing yang sentiasa memberi nasihat dan komen-komen yang membina dalam menyiapkan buku program tersebut.Disediakan oleh,........................................................( FAZILAH BINTI RAZAL5)Ketua Jawatankuasa Buku Program

Laporan Pengacara BIG VI 2015

Program kali ini djalankan dalam dua sesi .Sesi pertama: CeramahCeramah bertajuk guru inovatif telah disempurnakan oleh En. Law Sie Tung dan En.Wong Siew Chai merupakan Guru Cemerlang Sains. Untuk sesi ini skrip telah disediakan. Ini kerana pada peringkat ini tiada ketentuan yang jelas bagaimana corak perjalanan program ini.Jadi, banyak yang dikendalikan oleh penceramah itu sendiri. Walaubagaimanapun majlis untuk sesi ini berjalan lancar dan penuh muhibah.Sesi kedua : Jamuan Akhir Program BIGMajlis penutup kali ini dikendalikan secara bersama dengan Puan Khajijah Binti Saaid dari kumpulan pengajian Prasekolah. Skrip disediakan awal oleh beliau bagi mengelakkan berlaku kecelaruan dalam menguruskan perjalanan majlis selari dengan aturcara yang telah disusun dalam buku program. Terdapat sedikit pengubahsuaian dalam skrip. Skrip hanya panduan. Walaubagaimanapun 90% daripada skrip itu diikuti.Irama dalam pengacaraan perlu dipelbagaikan .Oleh itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Khajijah Binti Saaid selaku Ketua Setiausaha kerana secara sukarela sudi menemani saya dalam mengacara program penutupan ini.Terima kasih juga kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan program kali ini.Sekian .Disediakan oleh ,

( Jantan anak Saweng )Ketua Pengacara

Laporan Jawatankuasa Bacaan Doa BIG VI 2015

Saya telah berjaya melaksanakan tugasan seperti yang telah ditetapkan.

Petikan bacaan doa:Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafakan kesyukurandan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakankesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh dansemangat untuk membangun membina serta mendidik danmemartabatkan anak bangsa supaya berbudi danberjasa kepada agama, bangsa dan negara.Justeru itu berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usahakami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yangbernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusankeputusanyang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmuyang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hatikami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami. Padukanlah tenagadan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secarabersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yangtaat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintahMu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yangberpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras,minda yang cergas, rezeki yang halal,zuriat dan generasi yang beriman serta segalakebaikan di dunia dan di akhirat.Disediakan oleh ,( AWANGKU OMAR BIN AWANGKU MAHMUD )Ketua Bacaan Doa

Laporan Bendahari BIG VI 2015

PERBELANJAAN PROGRAM BIG VITEMPAT : SJK ( C ) KWANG CHIENTARIKH : 03 JULAI 2015PENDAPATANRM

Kumpulan Pengajian Bahasa Melayu 1 orang X RM 15.00Kumpulan Pengajian Pemulihan 14 orang X RM 15.00Kumpulan Pengajian Matematik 12 orang X RM 25.00Kumpulan Pengajian Sains 1 1 orang X RM 15.00

JUMLAH PENDAPATANTOLAK : PERBELANJAANMinumanCederahati

JUMLAH PERBELANJAANRM 15.00

RM 210.00RM 180.00RM 15.00----------------RM 420.00

RM 48.00RM 372.00------------------RM 420.00

Disediakan oleh :Disemak oleh :..( WONG SIEW HIE ) ( ARLYNA ANAK SAMPAR )Bendahari BIG Fasa VI Pengerusi BIG Fasa VI

Laporan Jawatankuasa Kebersihan BIG VI 2015

Bengkel dan ceramah BIG VI akan bermula pada pukul 8.00 pagi di SJK (C) Kwang Chien, Sarikei. Ajk Kebersihan telah memastikan bilik mesyuarat dalam keadaan yang bersih dan kemas selepas sesi bengkel dan ceramah.. Kami mendapat kerjasama yang erat daripada rakan-rakan yang lain . Kami cuba sedaya upaya untuk memastikan keadaan bilik mesyuarat bersih dan teratur.Kebersihan sepanjang lawatan dan ceramah adalah kerjasama semua pihak dan telah dipersetujui bersama semasa minit mesyuarat pertama.Disediakan oleh ,( ARLYNA ANAK SAMPAR )Keua Jawatankuasa Kebersihan

Laporan Jawatankuasa Sijil BIG VI 2012

Mesyuarat AJK BIG kali pertama 7hb. Jun 2015Dalam mesyuarat pertama Jawatan kuasa telah memutuskan untuk mengeluarkan sijil penyertaan dan penghargaan BIG kepada semua penceramah dan sekolah. Walau bagaimana pun pensyarah penasihat iaitu Cik Yeo Nga Piing menyatakan sebelum ini Pihak Institut belum pernah mengeluarkan sijil BIG untuk peserta-peserta. Walau bagaimanapun cadangan untuk mengeluarkan sijil untuk peserta-peserta BIG akan cuba diusahakan. Dengan itu, ajk sijil diminta untuk berhubung dengan pihak LDP untuk memohon sijil kosong.

Mesyuarat AJK BIG kali kedua 19hb. Jun 2015

Dalam mesyuarat kedua, Pensyarah penasihat BIG iaitu Cik Yeo Nga Piing memaklumkan bahawa sijil untuk peserta-peserta BIG tidak dapat dikeluarkan kerana pengajian PISMP-PJJ (PPG) belum tamat. Lagipun keputusan lulus/gagal BIG telah dimasukkan dalam slip peperiksaan. Oleh yang demikian jawatan kuasa memutuskan bahawa sijil penyertaan untuk para peserta BIG tidak akan dikeluarkan. Manakala sijil untuk penceramah pula akan diuruskan oleh penasihat setelah selesai beberapa siri ceramah oleh penceramah yang sama.

Disediakan oleh ,...............................( ELIZABETH ANAK JUGAH )Ketua Jawatankuasa Sijil

Laporan Jawatankuasa Siaraya BIG VI 2012

Secara keseluruhannya, peralatan siaraya (P.A Sistem) dapat disediakan dengan lengkap dan mencukupi serta berfungsi dengan baik di SJK (C) Kwang Chien, Sarikei semasa sesi seminar dijalankan. Tidak ada sebarang masalah dan kesulitan yang timbul semasa program berjalan.Ucapan terima kasih kepada barisan AJK Siaraya kerana telah memberi kerjasama dan komitmen yang sangat baik. Terima kasih juga diucapkan kepada juruteknik IPTB yang telah menyediakan peralatan P.A Sistem sepanjang program ini berjalan.Sekian , Terima Kasih.

Disediakan oleh ,.( NGU SEE HOON )Ketua Jawatankuasa Siaraya

Laporan Jawatankuasa Dokumentasi BIG VI 2012

Semua peserta mendaftarkan diri di SJK (C) Kwang Chien, Sarikei bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi. Program berjalan lancar seperti yang dirancang. Penceramah yang hadir pada sesi ceramah yang bermula pada pukul 8.30 pagi tersebut ialah En. Law Sie Tung, En. Wong Siew Chai dan En. Wong HingSemua peserta berhenti untuk sarapan pagi pada pukul 10.25 pagi dan ceramah untuk slot kedua disambung semula pada pukul 10.45 pagi. Untuk slot kedua ini, penceramah telah membentangkan tajuk ceramah yang bertajuk Guru Cemerlang. Di dalam sesi ceramah ini banyak input-input menarik yang telah disenarai. Penceramah meminta para peserta membuat check list tentang kedudukan diri sama ada seorang guru yang cemerlang atau sebaliknya.

Di akhir majlis diadakan acara penyampaian cenderahati untuk penceramah jemputan iaitu En. Law Sie Tung, En. Wong Siew Chai dan En. Wong Hing. Pihak urusetia BIG VI mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah kerana sudi berkongsi tip-tip yang menarik sepanjang sesi ceramah berlangsung.Foto-foto sekitar majlis BIG VI berlangsung

Peserta mengambil tempat

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi BIG Vasa IVPengacara Majlis mempengerusikan majlis dan mengalu-alukan kedatangan para peserta

Bacaan doa oleh En. Awangku Omar Bin Awangku Mahmud

Bengkel dan ceramah telah dipengerusikan oleh Guru Besar iaitu En. Wong Hing

Ceramah oleh dua orang Guru Cemerlang

Penyampaian cenderahati penghargaan kepada pihak sekolah oleh wakil peserta selaku Pengerusi BIG VASA IV

Disediakan oleh ,.( RITA GOH CHIA PO )Penyampaian cenderahati penghargaan kepada penceramah dan juga Guru Cemerlang Sains.

Ketua Jawatankuasa Dokumentasi

Laporan Setiausaha BIG VI 2015

Saya Khajijah Binti Saaid dari PISMP-PJJ (PPG) telah diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha untuk program BIG Fasa VI yang diadakan pada 03 Julai 2015 bertempat di SJK (C) Kwang Chien, Sarikei.Pada awalnya, saya berasa amat berat hati untuk memikul tanggungjawab ini memandangkan ia merupakan satu jawatan yang memerlukan komitmen yang tinggi. Namun , saya tetap menjalankan tanggungjawab saya dengan penuh azam serta mendapat bantuan serta dorongan daripada rakan rakan seperjuangan.Sebagai persiapan untuk program ini, saya telah menghadapi sedikit masalah tentang tarikh pelaksanaan. Pada mulanya, kami ingin menjalankan program ini pada 26 Jun 2012 di SJK (C) Kwang Chien, Sarikei. Hal ini kerana masa tersebut adalah bersesuaian dan melibatkan dua kursus PISMP-PJJ (PPG) iaitu pendidikan Prasekolah dan Matematik. Namun begitu, beberapa masalah dikalangan kami telah membatalkan perancangan awal kami. Oleh sebab itu, kami terpaksa mengubah tarikh tersebut kepada suatu tarikh yang lewat sedikit iaitu pada 03 Julai 2015 . Walau bagaimanapun, saya berasa amat bersyukur kerana segala kesukaran yang dialami sebelum terlaksananya program ini dapat diatasi dengan bantuan dan kerjasama dari semua pihak. Dalam menjalankan program ini, semua ahli jawatankuasa telah memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kertas kerja BIG VI ini iaitu Cik Yeo Nga Piing di atas segala bimbingan dan teguran yang telah diberikan. Segala kerjasama dan sokongan antara semua ahli jawatankuasa juga amat saya hargai dan di ucapkan jutaan terima kasih. Akhir kata , saya amat berharap agar kemesraan dan persahabatan yang terjalin antara para peserta dari kedua-dua pengkhususan PISMP-PJJ (PPG) ini akan terus berkekalan selamanya.

Sekian , Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas, ( KHAJIJAH BINTI SAAID)Setiausaha,Kursus Bina Insan Guru Fasa VI

4.0 LAMPIRAN

26