refleksi big fasa v

9
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5 1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru ini merupakan porgram fasa ke lima pada semester ini. Program ini wajib diikuti oleh semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pada program fasa ke lima ini, pelajar mengadakan lawatan benchmarking ke sekolah berprestasi tinggi yang dianjurkan oleh Unit kokurikulum IPG Kampus Keningau. Prgram pertama ialah program bengkel pengurusan pendidikan yang membincangkan mengenai permasalahan yang berlaku di sekolah serta strategi untuk meningkatkan prestasi murid di sekolah. Sesi ceramah dan bengkel ini melibatkan keseluruhan pelajar PISMP semester lima iaitu pelajar PISMP Bahasa Melayu seramai 43 orang dan PISMP Sejarah Sejarah seramai 20 orang. Jumlah keseluruhan pelajar PISMP semester lima adalah 63 orang. Sesi ceramah berlangsung selama 3 jam dan lawatan benchmarking selama 7 jam. Pada sesi ceramah yang telah di kendalikan oleh Encik Agus bin Yanul, beliau banyak menekankan mengenai pengurusan pendidikan di sekolah. Segala pengalaman beliau curahkan mengenai pengurusan pendidikan dan beliau tidak lokek untuk berkongsi pengalaman beliau. Sesi ceramah pada hari itu berlangsung selama tiga jam yang penuh dengan perkongsian ilmiah serta pembentukan jati diri seorang guru dalam pendidikan apabila di tempatkan di sekolah kelak.ini adalah untuk memastikan kemenjadian murid serta tercapainya hasrat kerajaan dalam membina modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, iintelek dan sosial. 1

Upload: hazwan-kadir

Post on 06-Dec-2015

267 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Big Fasa V

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru ini merupakan porgram fasa ke lima pada semester ini. Program

ini wajib diikuti oleh semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pada

program fasa ke lima ini, pelajar mengadakan lawatan benchmarking ke sekolah berprestasi

tinggi yang dianjurkan oleh Unit kokurikulum IPG Kampus Keningau. Prgram pertama ialah

program bengkel pengurusan pendidikan yang membincangkan mengenai permasalahan

yang berlaku di sekolah serta strategi untuk meningkatkan prestasi murid di sekolah. Sesi

ceramah dan bengkel ini melibatkan keseluruhan pelajar PISMP semester lima iaitu pelajar

PISMP Bahasa Melayu seramai 43 orang dan PISMP Sejarah Sejarah seramai 20 orang.

Jumlah keseluruhan pelajar PISMP semester lima adalah 63 orang. Sesi ceramah

berlangsung selama 3 jam dan lawatan benchmarking selama 7 jam.

Pada sesi ceramah yang telah di kendalikan oleh Encik Agus bin Yanul, beliau

banyak menekankan mengenai pengurusan pendidikan di sekolah. Segala pengalaman

beliau curahkan mengenai pengurusan pendidikan dan beliau tidak lokek untuk berkongsi

pengalaman beliau. Sesi ceramah pada hari itu berlangsung selama tiga jam yang penuh

dengan perkongsian ilmiah serta pembentukan jati diri seorang guru dalam pendidikan

apabila di tempatkan di sekolah kelak.ini adalah untuk memastikan kemenjadian murid serta

tercapainya hasrat kerajaan dalam membina modal insan yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani, iintelek dan sosial.

1

Page 2: Refleksi Big Fasa V

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program pada kali ini adalah seperti yang digariskan berikut:

1. Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kepimpinan dan

pelkasanaan sesuatu organisasi.

2. Mengenali dan menilai potensi diri insan guru.

3. Memberi pemikiran dan motivasi kendiri terhadap perguruan.

4. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.

5. Mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.

6. Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.

Objektif program tercapai dengan jayanya setelah melihat kepada semua refleksi yang

ditunjukkan oleh pelajar yang mengikuti program BIG pada semester ini.

2

Page 3: Refleksi Big Fasa V

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5

NAMA : MOHD HAZWAN BIN ABDUL KADIR

NO. KAD PENGENALAN : 860620-49-6087

PROGRAM : PISMP GSTT JUN 2013

OPSYEN : BAHASA MELAYU KUMP. DUA

SEMESTER : LIMA

3.0 Perlaksanaan Program Bina Insan Guru

Ceramah Pengurusan Pendidikan 7 September 2015 (Isnin) Ceramah BIG

Bermulanya sesi ceramah yang di sampaikan oleh Encik Agus Yanul yang bertempat di

Dewan Tan Sri Suffian Koroh. Penceramah merupakan Cegawai Cemerlang SICC+ yang

bertugas di pejabat pendidikan Daerah Keningau. Ceramah berlangsung selama tiga jam

yang bertajuk Professional Seorang guru. Setelah selesai sesi ceramah, kami di arahkan

untuk membentuk kumpulan dan diberikan tajuk untuk mengenal pasti masalah dan strategi

terbaik menangani masalah tersebut. Kumpulan yang dibahagikan akan bertukar tukar

stesen untuk memahami masalah kumpulan lain dan diberikan penerangan serta pendapat

untuk mengembangkan idea. Ceramah ini telah berlangsung selama 3 jam dan telah

berjalan dengan jayanya. Dalam ceramah yang disampaikan, telah membuka minda para

pelatih guru untuk menetapkan matlamat dalam bidang pendidikan dimasa akan datang.

Melalui ceramah ini, kami telah didedahkan dengan pelbagai input berguna seperti Guru dan

Perundangan, Mandat, Akta 550 (1996) dan banyak lagi selain aktiviti Latihan Dalam

Kumpulan (LDK). Pengisian LDK ini adalah menganalisis tugasan yang diberikan

berdasarkan tajuk-tajuk mengikut kumpulan masing-masing dan membuat perkongsian ilmu

dengan kumpulan yang lain melalui pergerakkan dari stesen ke stesen. Semoga dengan

ceramah ini dapatlah saya menggunakan ilmu ini sebaik mungkin untuk diperturunkan

kepada anak-anak pada masa hadapan.

3

Page 4: Refleksi Big Fasa V

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5

3.1 Tajuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Dalam Sesi Ceramah

4

Pengurusan Pendidikan

Page 5: Refleksi Big Fasa V

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5

.

SESI CERAMAH BIG BERSAMA ENCIK AGUS YANUL

AKTIVITI SEPANJANG BENGKEL

5

Page 6: Refleksi Big Fasa V

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5

AKTIVITI SEPANJANG BENGKEL

4.0 Penutup

6

Page 7: Refleksi Big Fasa V

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5

Sesi ceramah yang disampaikan oleh encik Agus telah banyak memberikan inspirasi dan

menambahkan pengalaman yang telah sedia ada. Isi kandungan yang padat dan

penerangan yang mudah difahami menjadikan sesi ceramah yang disampaikan tidak ada

cacat celanya. Isi kandungan setiap tajuk memberikan kesan yang mendalam dan boleh

diintrepretasikan apabila berada di sekolah kelak. Sesungguhnya, ceramah pengurusan

pendidikan ini sangat penting kepada seluruh pelajar PISMP yang memerlukan kepakaran

dalam pengurusan pendidikan demi menjadikan modal insan yang berketrampilan serta

mampu menguruskan segala sudut pengurusan pendidikan dengan baik.

6.0 REFLEKSI BIG FASA V

Nama : MOHD HAZWAN BIN ABDUL KADIR

No. K/P : 860620-49-6087

PROGRAM BIG : CERAMAH PENGURUSAN PENDIDIKAN

Opsyen : PISMP GSTT BAHASA MELAYU KUMP. 2

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5

berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah berlangsung selama 10 jam iaitu 3

jam ceramah dan 7 jam lawatan. Saya tidak dapat hadir untuk lawatan ke sekolah Lingga

Baru atas sebab yang tidak dapat di elakkan. Program di bawah kelolaan Unit Kokurikulum

ini telah disertai oleh 21 orang guru pelatih PISMP Bahasa Melayu Kumpulan 2 semester 5

dan diketuai oleh Puan Bawani a/p Sincaroo selaku Penyelaras Program BIG. Sesi ceramah

BIG pada 7 september telah disampaikan oleh Encik Agus Yanul, Pegawai Cemerlang

SISC+ PPD. Program ceramah ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru

pelatih mengenai pengurusan sesebuah sekolah. Saya menyenaraikan beberapa kekuatan

dan kelemahan serta cadangan penambahbaikan untuk program big ini.

KEKUATAN

Sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Agus Yanul dilihat sebagai kekuatan untuk

memantapkan ilmu yang kurang pada diri pelajar. Sesi bengkel membuka minda kepada

pelajar untuk memikirkan strategi atau kaedah yang sesuai dalam menyelesaikan masalah

yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan. Cara seperti ini yang digalakkan dan

menguatkan sesi ceramah BIG pada fasa ke 5 ini.

7

Page 8: Refleksi Big Fasa V

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5

KEKURANGAN

Semasa berlangusnya sesi program, kekurangan yang dihadapi ialah perlatan yang

digunakan semasa bengkel. Tidak ada bahan-bahan yang boleh digunakan untuk

membentang seperti kertas mahjong, pen, papan tulis dan sebagainya. Ini telah

mencacatkan sesi pembentangan kerana semuanya hanya dari inisiatif pelajar.

PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan yang boelh dilakukan pada sesi ceramah ialah penyediaan bahan

dan peralatan untuk membuat pembentangan. Selain itu, kawasan yang lebih strategik perlu

juga difikirkan kerana pelajar terpaksa menulis tanpa meja dan hanya beralaskan lantai.

Selain itu, semuanya dalam keadaan baik dan terkawal. Semoga dengan cadangan

penambahbaikan ini dapat memajukan sistem pengurusan pendidikan yang sedia ada dalam

menjadikan pelajar lebih bersemangat dan selsesa pada program BIG yang setertusnya.

8