waj 3114 big sk bukit panau laporan refleksi

13
LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT PANAU, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN DARUL NAIM 2014. WAJ 3114 BINA INSAN GURU (BIG) fasa V merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu diambil bagi semua guru pelatih IPG yang berada di semester 5 dalam Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP). Setelah berbincang dengan pensyarah tutor kami, Encik Mohd. Shukri bin Mat Yaacob, kami telah membuat keputusan membuat lawatan ke Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan sebagai tempat kami membuat lawatan penanda aras. Oleh itu, kumpulan kami telah menubuhkan ahli jawatankuasa (Lampiran 1) bagi memastikan lawatan tersebut dapat dijalan dengan lancar dan berjaya. Selepas perbincangan dalam kelas, Setiausaha kelas kami Nor Azizah bin Ismail telah membuat kertas kerja lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Tarikh kunjungan telah ditetapkan iaitu pada hari 22 Januari 2014 (Rabu). Selain daripada itu, setiap ahli jawatankuasa telah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan program lawatan pada hari tersebut dapat berjalan dengan lancar dan berjaya. Pada hari 22 Januari 2014 (Rabu), 7.15 pagi , kami telah menduduki bas IPG menuju ke tempat destinasi lawatan BIG kami iaitu, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Sebelum menjejak kaki kami ke dalam sekolah tersebut, kami sempat bersarapan berhampiran sekolah tersebut. Dan kebetulan tauke gerai yang dibuka berhampiran sekolah tersebut merupakan pengerusi PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Panau. Sehubungan dengan itu, saya sempat bersalaman dan berbual-bual seketika mengenai tujuan lawatan kelas kami ke sekolah tersebut. Pada pukul 8.30pagi, kelas kami telah disambut dengan baik oleh warga- warga sekolah tersebut khususnya Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum dan guru-guru lain. Saya dapat merasai layanan yang diberikan oleh pihak sekolah tersebut amat mesra dan mengalu-alukan kedatangan kami. Selain itu, guru besar SK Bukit Panau telah memimpin kelas

Upload: chai-wuang-shen

Post on 18-Oct-2015

55 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Laporan

TRANSCRIPT

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT PANAU, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN DARUL NAIM 2014.WAJ 3114 BINA INSAN GURU (BIG) fasa V merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu diambil bagi semua guru pelatih IPG yang berada di semester 5 dalam Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP). Setelah berbincang dengan pensyarah tutor kami, Encik Mohd. Shukri bin Mat Yaacob, kami telah membuat keputusan membuat lawatan ke Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan sebagai tempat kami membuat lawatan penanda aras. Oleh itu, kumpulan kami telah menubuhkan ahli jawatankuasa (Lampiran 1) bagi memastikan lawatan tersebut dapat dijalan dengan lancar dan berjaya. Selepas perbincangan dalam kelas, Setiausaha kelas kami Nor Azizah bin Ismail telah membuat kertas kerja lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Tarikh kunjungan telah ditetapkan iaitu pada hari 22 Januari 2014 (Rabu). Selain daripada itu, setiap ahli jawatankuasa telah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan program lawatan pada hari tersebut dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.Pada hari 22 Januari 2014 (Rabu), 7.15 pagi , kami telah menduduki bas IPG menuju ke tempat destinasi lawatan BIG kami iaitu, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Sebelum menjejak kaki kami ke dalam sekolah tersebut, kami sempat bersarapan berhampiran sekolah tersebut. Dan kebetulan tauke gerai yang dibuka berhampiran sekolah tersebut merupakan pengerusi PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Panau. Sehubungan dengan itu, saya sempat bersalaman dan berbual-bual seketika mengenai tujuan lawatan kelas kami ke sekolah tersebut.Pada pukul 8.30pagi, kelas kami telah disambut dengan baik oleh warga-warga sekolah tersebut khususnya Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum dan guru-guru lain. Saya dapat merasai layanan yang diberikan oleh pihak sekolah tersebut amat mesra dan mengalu-alukan kedatangan kami. Selain itu, guru besar SK Bukit Panau telah memimpin kelas kami ke bilik mesyuarat sekolah mereka untuk memberi sedikit taklimat mengenai sekolah kebangsaan Bukit Panau.

Gambar (a) : Pintu pagar Sekolah Kebangsaan Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan.

Gambar (b) : Guru Kanan Kokurikulum bersalaman dengan saya.Dalam taklimat tersebut, saya telah memperolehi banyak maklumat mengenai sekolah kebangsaan tersebut. Antara maklumat yang saya dapat ialah maklumat mengenai cara pentadbiran menguruskan sekolah, cara pengendalian ko-kurikulum, cara mengekal kedisiplinan murid-murid, matlamat & visi sekolah dan sebagainya. Saya berasa ilmu-ilmu yang diperoleh pada pagi itu amat memberi gambaran awalan mengenai cara pentadbiran sesebuah sekolah tambahan pula sekolah rendah kebangsaan Bukit Panau merupakan sekolah cemerlang dan pernah diberi anugerah baiah. Selain itu, guru besar Encik Fauzi Mad Nor juga memberitahu kerjasama yang diberi oleh semua pihak terutamanya kerajinan guru-guru, keperihatian ibu bapa dan kesungguhan murid-murid di sekolah tersebut telah memberikan impak yang cukup besar membolehkan sekolah harian yang biasa menjadi sekolah yang cemerlang mahupun dari segi akademik ataupun dari segi kokurikulum.

Selepas itu, kami berkesempatan membuat kunjungan di sekitar sekolah tersebut. Prasarana di sekolah tersebut boleh dikatakan memenuhi keperluan asas walaupun sekolah tersebut bersaiz kecil. Kebanyakan bilik darjah kelihatan kemas bersih dan mempunyai tema masing-masing dalam menceriakan suasana PDP dalam bilik darjah. Selain daripada itu, keceriaan di sekitar sekolah tersebut amat baik dalam memupuk minat keinginan murid bersemangat untuk belajar. Bangunan kantin lama sekolah tersebut diubahsuai menjadi sudut bacaan cukup menarik dan selesa menggalakkan minat murid mencari ilmu dan meluangkan masa lapang di tempat tersebut. Bilik-bilik khas seperti bilik Selepas sesi kunjungan di sekitar sekolah, kelas kami dijamu selera tengah hari bersama dengan guru besar, guru-guru kanan, dan guru-guru lain dan sebelum berangkat balik ke IPG kelas kami sempat mengambil gambar bersama sebagai gambar kenangan kelas kami terhadap lawatan ke sekolah kebangsaan Bukit Panau Tanah Merah Kelantan.

Gambar (c) : Taklimat proses pentadbiran SK Bukit Panau yang diberikan oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kokurikulum di bilik mesyuarat SK Bukit Panau.

Gambar (d) : Pemantau BIG (Encik Zainol), penyelaras BIG (Encik Mat Noor) dan tutor kami (Encik Mohd Shukri) turut bersama kami dengan taklimat yang diberikan oleh pihak sekolah kebangsaan Bukit Panau Tanah Merah.

Gambar (e) : Guru Besar SK Bukit Panau sedang memberi taklimat dengan menggunakan tayangan slaid dengan menggunakan LCD projector.

Gambar (f) : Kumpulan kami sedang mendengari taklimat proses pentadbiran SK Bukit Panau Tanah Merah.

Gambar (g) : Pemberian cenderahati kepada pihak sekolah daripada kumpulan kami diberikan melalui Encik Zainol mewakili pihak IPG Kampus Kota Bharu Kelantan.

Gambar (h) : Bangunan tiga tingkat di SK Bukit Panau Tanah Merah.

Gambar (i) : Kunjungan di sekitar SK Bukit Panau diiringi oleh Guru Kanan HEM.

Gambar (j) : Kunjung ke kelas-kelas SK Bukit Panau Tanah Merah.

Gambar (k) : Kunjung ke kelas-kelas SK Bukit Panau Tanah Merah.

Gambar (l) : Kunjung ke kelas-kelas SK Bukit Panau Tanah Merah.

Gambar (m) & (n) : Bilik perpustakaan SK Bukit Panau Tanah Merah.

Gambar (o) : Peralatan-peralatan radio antik juga dipamerkan di dataran ilmu sekolah tersebut.

Gambar (p) : Alat-alatan tradisional juga dipamerkan.

Gambar (q) : Peralatan perkakasan cawan dan pinggan juga dipamerkan di dataran ilmu.

Gambar (r) : Set kerusi kusyen meja juga diletakkan di tengah dataran ilmu turut menceriakan suasana memupuk minat membaca.

Gambar (s) : Sudut-sudut dihias dan dijadikan papan keyataan sekolah.

Gambar (t)Buku-buku yang telah disusun dengan rapi dan kemas atas rak-rak yang dibekalkan.

Gambar (u) : Pentas kecil di bangunan kantin lama (dataran ilmu)

Gambar (v) : Saya berkesempatan bergambar dengan arca-arca yang menarik yang berada di dalam dataran ilmu.

Gambar (w) : Selepas kumpulan kami berkunjung di sekitar SK Bukit Panau, kami dijemput menjamu selera di kantan baharu sekolah tersebut

Gambar (x) : Sesi pengambaran kumpulan kami dengan pihak sekolah sebelum meninggalkan SK Bukit Panau.

Kesimpulannya saya berasa gembira kerana sekolah kebangsaan Bukit Panau sanggup meluangkan masa mengalu-alukan kedatangan kami dan sekali gus menjayakan lawatan penanda aras ke sekolah bagi program Bina Insan Guru (BIG) fasa ke-5 pada semester ini. Ilmu-ilmu yang diperolehi daripada pihak sekolah amat berguna dan akan saya aplikasikan apabila saya menjadi seorang warga pendidik pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh,

(CHAI WUANG SHEN)PISMP PEND. SENI VISUALINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARUKELANTAN DARUL NAIM.REFLEKSICHAI WUANG SHENPENDIDIKAN SENI VISUAL PJ/BC IPGKKB:S16V-1006-0536

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak kerana program BIG fasa 5 lawatan penanda aras dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya. Dalam program BIG fasa 5 ini, kumpulan kami Pendidikan Seni Visual PJ/BM/BC telah mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah rendah kebangsaan Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan.

Saya dapat merasai komitmen seorang warga pendidik perlu dicurah dengan ikhlas adalah perkara yang amat penting bagi sesebuah sekolah. Guru perlu rajin dan sentiasa berinovasi menwujudkan suasana persekitaran selesa dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan kepada semua murid. Persekitaran yang mesra budaya belajar akan menggalakkan murid belajar lebih bersemangat.

Selain itu, pentadbiran sekolah kebangsaan Bukit Panau boleh dikatakan sistematik dan guru-guru turut memaparkan semangat kerjasama mendapatkan pencapaian yang cemerlang bagi sekolah tersebut. Selain itu, pemberian pemulihan subjek kepada murid-murid yang lemah juga diberi untuk tujuan menguatkan pemahaman. Pemulihan yang diberikan oleh guru adalah bercorak one-on-one maksudnya satu guru dengan satu murid. Tujuan tersebut adalah untuk memastikan murid tersebut memahami dan menguasai sesuatu kemahiran ataupun ilmu-ilmu selepas mengikuti kelas pemulihan. Selain itu, jika murid bermasalah pembelajaran yang telah mengikuti kelas pemulihan berjaya menguasai ilmu atau kemahiran murid tersebut akan diserap balik ke kelas asal untuk mengikut kelas seperti biasa.

Selain itu, saya juga berasa warga guru-guru di sekolah cukup kreatif kerana warga-warga guru di sekolah itu mampu mengubah bangunan kantin lama kepada dataran ilmu. Dataran ilmu direka khas untuk memupuk minat belajar dan membaca buku dalam kalangan murid-murid di sekolah tersebut. Suasana dataran ilmu juga dihiasi dengan pelbagai jenis barang-barang antik, kerusi, sofa, buku-buku dan sebagainya juga memberangsangkan kerana ia dapat meningkatkan semangat murid berusaha untuk belajar dan membaca.

Di samping itu, saya berasa kantin di sekolah itu bukan sahaja makanan sedap-sedap belaka tetapi suasana di kantin itu amat bersih. Suasana yang bersih memberikan keselesaan kepada murid-murid berhidang makanan di kantin sekolah tersebut. Pada pandangan saya, kemungkinan suasana yang bersih ceria tambahan pula makanan sedap menjadi salah satu faktor menyumbang kepada semua murid bersemangat dan berusaha mendapat keputusan yang baik.

Kesimpulannya, program BIG fasa 5 ini telah memberikan pengetahuan dan pendedahan awal mengenal proses sesebuah pentadbiran sekolah tambahan pula sekolah yang dipilih oleh kumpulan kami merupakan sekolah cemerlang dan boleh dijadikan sebagai sekolah contoh yang boleh diikuti. Oleh itu, saya berharap ilmu-ilmu yang diperolehi pada hari tersebut boleh diaplikasikan pada masa yang akan datang apabila saya telah berjaya menjadi seorang guru agar dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk negara kita, Malaysia!