refleksi big sem 5

3
REFLEKSI Mahat Bin Othman 780505-04-5117 PENGAJIAN ISLAM 3 ( PPG AMBILAN JUN 2011) Alhamdulilah dengan izin Allah dapatlah saya dan rakan-rakan daripada Kumpulan PIM 3 mengadakan Program BIG. Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan sebuah program yang diwajibkan kepada setiap peserta Program Pensiswazahan Guru (PPG), khususnya guru-guru mengikuti PPG di Institusi Pendidikan Guru (IPG). Program ini dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru bagi membina semula kekuatan dan ketahanan diri guru melalui aktiviti-aktiviti dan modul yang dijalankan iaitu Program Adik Soleh Adik Pintar 2013 adalah program anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Air Pa’ Abas dan PIM 3 PPG Ambilan Jun 2011. Ia di terdiri daripada 2 slot iaitu Slot Klinik UPSR ( Matematik ) dan Bengkel Kesantunan Bahasa. Ia diadakan bagi melengkapkan para pelajar menghadapi peperiksaan UPSR September nanti dan juga memberi pengisian tentang pengucapan yang baik. Justeru program sebegini telah dirangka demi untuk mencapai objektif tersebut. Pada permulaan perbincangan untuk mengadakan program Bina Insan Guru ini kami menerima tugasan ini ianya adalah satu bebanan kerana peruntukkan masa membuat tugasan dan kerjaya sebagai pendidik amat memerlukan pengorbanan dan pengurusan masa yang baik. Berkat kegigihan segalanya dapat saya atasi dengan jayanya. Pengalaman semasa mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia selama 3 tahun 6 bulan secara Kursus Dalam Cuti di IPGK Perempuan Melayu Melaka amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini, Pensyarah pembimbing Ustazah Sofea Bte Mohamed yang telah saya kenali banyak membantu dan memberikan inspirasi dan ianya memudahkan saya menjalankan program Bina Insan Guru ini. Kekuatan Alhamdulillah saya bersyukur kerana semua AJK Kerja Program memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas masing-masing. Segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kami saling membantu antara satu sama lain. Malah di saat-saat akhir pun

Upload: mahat-othman

Post on 19-Jul-2015

1.083 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi big sem 5

REFLEKSI

Mahat Bin Othman

780505-04-5117

PENGAJIAN ISLAM 3 ( PPG AMBILAN JUN 2011)

Alhamdulilah dengan izin Allah dapatlah saya dan rakan-rakan daripada Kumpulan PIM 3

mengadakan Program BIG. Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan sebuah program yang

diwajibkan kepada setiap peserta Program Pensiswazahan Guru (PPG), khususnya guru-guru

mengikuti PPG di Institusi Pendidikan Guru (IPG). Program ini dibina selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru bagi membina semula kekuatan dan

ketahanan diri guru melalui aktiviti-aktiviti dan modul yang dijalankan iaitu Program Adik Soleh

Adik Pintar 2013 adalah program anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Air Pa’

Abas dan PIM 3 PPG Ambilan Jun 2011. Ia di terdiri daripada 2 slot iaitu Slot Klinik UPSR

( Matematik ) dan Bengkel Kesantunan Bahasa. Ia diadakan bagi melengkapkan para pelajar

menghadapi peperiksaan UPSR September nanti dan juga memberi pengisian tentang

pengucapan yang baik. Justeru program sebegini telah dirangka demi untuk mencapai objektif

tersebut.

Pada permulaan perbincangan untuk mengadakan program Bina Insan Guru ini kami menerima

tugasan ini ianya adalah satu bebanan kerana peruntukkan masa membuat tugasan dan

kerjaya sebagai pendidik amat memerlukan pengorbanan dan pengurusan masa yang baik.

Berkat kegigihan segalanya dapat saya atasi dengan jayanya.

Pengalaman semasa mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia selama 3 tahun 6 bulan

secara Kursus Dalam Cuti di IPGK Perempuan Melayu Melaka amat membantu saya dalam

menyiapkan tugasan ini, Pensyarah pembimbing Ustazah Sofea Bte Mohamed yang telah

saya kenali banyak membantu dan memberikan inspirasi dan ianya memudahkan saya

menjalankan program Bina Insan Guru ini.

Kekuatan

Alhamdulillah saya bersyukur kerana semua AJK Kerja Program memberikan komitmen yang

tinggi terhadap tugas masing-masing. Segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan

dengan jayanya. Kami saling membantu antara satu sama lain. Malah di saat-saat akhir pun

Page 2: Refleksi big sem 5

sekiranya timbul masalah-masalah teknikal, ianya dapat diatasi dengan baik. Pihak sekolah

juga sangat menyambut baik kedatangan kami dengan menyediakan tempat, peralatan dan

makanan untuk semua peserta program.

Kelemahan

Kami tidak mengalami banyak masalah, Cuma sedikit cabaran bagi kami apabila dewan yang

akan kami gunakan mengalami gangguan bekalan elektrik. Namun begitu pihak sekolah

dengan segera memanggil teknisyen untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Masalah yang kedua ialah cuaca yang berjerebu. Pihak urusetia terpaksa meminda sedikit

perancangan untuk menjamin keselamatan peserta daripada jerebu.

Cadangan

Diharapkan pada masa akan datang program sebegini dapat dijalankan dengan

memperuntukkkan masa yang agak panjang supaya segala aktiviti yang dirancangkan dapat

dilaksanakan secara teratur dan lebih berkesan kepada peserta.

Semoga program ini dapat memberi pengisian yang berguna kepada semua peserta yang

terlibat Diharapkan juga program ini dapat melahirkan murid-murid yang memiliki keyakinan diri

yang tinggi, berketerampilan, mempunyai semangat kerjasama, berinovatif serta mempunyai

sahsiah diri yang terpuji dan jitu dalam membentuk generasi pendidik yang lebih cemerlang

dalam semua aspek. Dengan adanya program seperti ini juga, peserta yang terlibat akan

memahami nilai- nilai pentingnya mempunyai kekuatan mental yang tinggi dan konsisten dalam

menangani arus pendidikan yang semakin mencabar pada masa kini.

Menjadi harapan saya agar hasilnya ini memenuhi apa yang telah dihendaki. Akhir kata ingin

saya merakamkan jutaan terima kasih pada rakan kumpulan saya yang terlibat dalam

menjayakan Program BIG ini, khususnya pada isteri dan anak tercinta, rakan-rakan

seperjuangan dan tidak dilupakan kepada pensyarah pembimbing Ustazah Sofea Bin Mohamed

atas dorongan dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang program ini berjalan. Hanya

Allah SWT jua yang dapat membalasnya. Akhirnya doakan kejayaan saya dan segala yang

baik datangnya dari Allah dan segala kekurangan dari dari kelemahan diri saya sendiri, Kita

mampu merancang hanya Allah SWT juga yang maha menentukannya.

Sekian, terima kasih.

Page 3: Refleksi big sem 5