refleksi big 3

2
Nama: Lok Shin Yei I/C: 940508-02-5488 Unit : PISMP Sem 3 Pend.Muzik Amb Jan 2014 Refleksi Fasa 3 Pada 11 Februari 2015, unit pendidikan muzik telah menganjurkan satu sesi ceramah bertema “ Etika Kerja Perkhidmatan Awam” di mana Dr. Khairuddin bin Mohamad sebagai penceramah tersebut. Sesi ceramah ini telah disertai oleh semua pelajar dari unit pendidikan muzik, iaitu seramai 26 orang. Ceramah tersebut diadakan dari pukul 230pm hingga 430pm, selama 2 jam. Dr. Khairuddin telah bermula ceramah tersebut dengan menjelaskan definisi dan konsep etika kerja. Melalui ceramah ini, saya telah banyak mempelajari tentang etika kerja yang harus diamalkan oleh seorang penjawat awam. Etika perkhidmatan awam selama ini telah menjadi hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat di negara ini. Oleh itu, beberapa usaha ke arah pencapaian hasrat tersebut dilancarkan untuk seterusnya dilaksanakan bagi semua peringkat jentera pentadbiran. Sebagai seorang bakal guru, saya fahami saya turut sebagai penjawat awam yang harus sentiasa berpegang teguh kepada prinsip dan mempraktikkan amalan yang mulia dalam kalangan pelajar sekolah supaya dapat melahirkan generasi yang berketerampilan tinggi. Oleh itu, saya berasa amat bersyukur dan bangga dapat menyertai ceramah ini kerana melalui ceramah ini, saya dapat memahami tatasusila pakaian, tatasusila majlis rasmi, tatasusila

Upload: shin-yei

Post on 22-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Refleksi BIG 3

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi BIG 3

Nama: Lok Shin Yei

I/C: 940508-02-5488

Unit : PISMP Sem 3 Pend.Muzik Amb Jan 2014

Refleksi Fasa 3

Pada 11 Februari 2015, unit pendidikan muzik telah menganjurkan satu sesi

ceramah bertema “ Etika Kerja Perkhidmatan Awam” di mana Dr. Khairuddin bin

Mohamad sebagai penceramah tersebut. Sesi ceramah ini telah disertai oleh semua

pelajar dari unit pendidikan muzik, iaitu seramai 26 orang.

Ceramah tersebut diadakan dari pukul 230pm hingga 430pm, selama 2 jam. Dr.

Khairuddin telah bermula ceramah tersebut dengan menjelaskan definisi dan konsep

etika kerja. Melalui ceramah ini, saya telah banyak mempelajari tentang etika kerja yang

harus diamalkan oleh seorang penjawat awam. Etika perkhidmatan awam selama ini

telah menjadi hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan awam yang terbaik

kepada rakyat di negara ini. Oleh itu, beberapa usaha ke arah pencapaian hasrat

tersebut dilancarkan untuk seterusnya dilaksanakan bagi semua peringkat jentera

pentadbiran.

Sebagai seorang bakal guru, saya fahami saya turut sebagai penjawat awam

yang harus sentiasa berpegang teguh kepada prinsip dan mempraktikkan amalan yang

mulia dalam kalangan pelajar sekolah supaya dapat melahirkan generasi yang

berketerampilan tinggi. Oleh itu, saya berasa amat bersyukur dan bangga dapat

menyertai ceramah ini kerana melalui ceramah ini, saya dapat memahami tatasusila

pakaian, tatasusila majlis rasmi, tatasusila menaiki kenderaan dan tatasusila di bilik

menunggu dengan lebih jelas dan mendalami.

Menerusi ceramah kali ini, saya telah banyak mempelajari tentang cadangan

pelaksanaan etika perkhidmatan awam. Contohnya mengadakan dialog-dialog dan

perbincangan untuk menerangkan cara pelaksanaan etika perkhidmatan awam dan

mengadakan majlis-majlis dialog dan pameran serta projek-projek gotong-royong untuk

memupuk semangat kerjasama di antara semua pegawai, kakitangan dan orang ramai.

Jadi, saya lebih memhami tentang peranan dan tanggungjawab saya sebagai seorang

penjawat awam.

Page 2: Refleksi BIG 3

Ceramah bagi melaksanakan tugasan BIG Fasa 3 ini amat memanfaatkan para

guru pelatih kerana telah membawa banyak info yang kami tidak pernah diberitahu

sebelum ini. Saya amat berharap ceramah sebegini dapat dilaksanakan dengan lebih

kerap pada masa hadapan bagi memastikan semua bakal guru dapat lebih jelas tentang

etika perkhidmatan awam.