rancangan mengajar harian

Upload: tamingsari11

Post on 12-Jul-2015

441 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TUGASAN TEKONOLOGI (KPD 3016)PENGAJARAN , TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN IPENSYARAH : DR. AZIDAH BT. ABU ZIDEN ([email protected])

NAMA AHLI KUMPULAN1. AHMAD B. LOME (PPG/11137/11) 2. MOHD NASIR B. MOHD NOR (PPG/11163/11) 3. MOHD ROSDI B. AWANG (PPG/11174/11) 4. WAN ZAHARI B. WAN ZAIN (PPG/11181/11)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3

Mata Pelajaran Tahun Tarikh Masa Bil. Murid Tema Tajuk

: Bahasa Melayu : 3 Cerdik : 4 Oktober 2011 : 8.15-9.15 pagi (60 minit) : 30 orang : Sukan Permainan : Senaman

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;1) Murid dapat menyatakan 3 jenis aktiviti senaman pada kadar sekurang-kurangnya 80% sebutan dan intonasi yang betul. [2.1 Aras 1 (i)] 2) Membaca petikan Senaman Oh Senaman secara imbasan untuk menyatakan 3

fakta mengenai senaman secara lisan.[6.5 Aras 1 (i)] 3) Menulis 5 ayat tentang Teknik Memanaskan Badan berdasarkan petikan yang dibaca. [9.2 Aras 1 (i)]

Fokus Utama :6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus. Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang dikehendaki daripada teks

Fokus Sampingan :9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengaratau dibaca. Aras 1 (i) Merekodkan maklumat tentang sesuatu perkara. 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Kemahiran Bahasa :Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Sistem Bahasa :Kosa kata: teknik, aktiviti, betis, bahu, melonggarkan.

Ilmu :Pendidikan Jasmani, Sains.

Nilai :Kerjasama, keberanian.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea. Kecerdasan Pelbagai :

Interpersonal, Intrapersonal, verbal-linguistikPengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengetahui tentang aktiviti bersenam Bahan Bantu Belajar : Komputer, sambungan Internet, gambar-gambar aktiviti senaman.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANFASA ISI PELAJARAN Gambaran mengenai tajuk pembelajaran iaitu Senaman Aerobik. Pepatah: Pantang mati sebelum ajal. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI GURU 1. Guru menunjukkan murid video klip Senaman Aerobik. 2. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran AKTIVITI MURID 1. Murid menonton tayangan video klip senaman Aerobik yang ditayangkan oleh guru. 2. Murid memberi respon. CATATAN / IMPAK Menghubungkaitkan, Mencirikan BCB : mendengar aktif BBB : video klip Senaman Aerobik Ilmu: Pendidikan Jasmani

Set Induksi (5min)

Bercerita mengenai aktiviti senaman.i. Apakah yang kamu dapat perhatikan dalam gambar tersebut? ii. Di manakah individu selalu bersenam? Grafik: Borang penilaian

1. Guru meminta murid duduk secara pasangan2. Murid mengklik pautan web pembelajaran (gambar aktiviti senaman) yang disediakan 3. Guru akan memberikan soalan panduan kepada murid 4. Seorang murid akan bercerita mengenai aktiviti yang boleh dilakukan ketika bersenam 5. Murid diminta melihat semula gambar, dan menilainya bersama guru.

1. Murid memberi respon .2. Murid berbincng dalam kumpulan untuk menjawab soalan yang dikemukan oleh guru.

KB : Mengimbas kembali, Menghubungka itkanBCB : bercerita dan Berbincang BBB : Gambar aktiviti senaman

Langkah 1 (15 minit)

KP : verballinguistik, Interpersonal.Nilai: kerjasama, Keberanian Ilmu: Pendidikan Jasmani

Membaca petikan Senaman Oh Senaman dan membuat peta minda.

1. Guru meminta murid duduk secara berkumpulan 2. Murid akan mengklik petikan Senaman Oh Senaman 3. Setiap ahli akan membacakan petikan dengan bacaan mentalis dan mencatatkan isi-isi penting 4. Ahli kumpulan akan membanding beza jawapan yang diperoleh seterusnya membuat peta minda 5. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil di hadapan kelas 6. Guru akan menyemak jawapan (sebutan) murid

1. Murid memberi respon. 2. Murid membaca petikan yang ditayangkan oleh guru. 3. Murid berbincang dalam kumpulan dan membuat peta minda (masa : sepanjang tempoh muzik lagu Hands of friendship) 4. Murid membentangkan hasil perbincangan.

KB : Membanding beza, menilai

BCB : bercerita dan BerbincangBBB : petikan Senaman Oh Senaman, Peta Minda KP : Intrapersonal. Nilai: kerjasama, Keberanian Ilmu: Pendidikan Jasmani

Langkah 2 (20 minit)

Morfologi Kata kerja Kata adjektif

Membina ayat tentang Teknik memanaskan badan. Perbendahara an kata: Teknik Aktiviti Melonggarkan Betis Bahu

1. Murid akan membaca dan menghayati petikan Teknik memanaskan badan. 2. Murid memberi tumpuan kepada pengertian perkataan yang berwarna Kuning

1. Murid memberi respon . 2. Murid berbincng dalam kumpulan untuk menjawab soalan yang dikemukan oleh guru.

KB : Mengimbas kembali, menghubungka itkan, penjanaan idea BCB : berbincang, inkuiri penemuan BBB : Petikan Teknik memanaskan badan, gambar aktiviti regangan, kamus. KP : Interpersonal. Nilai: keberanian Ilmu: Pendidikan Jasmani

Langkah 3 (15 minit)

3. Murid diminta untuk menghasilkan ayat mengenai teknik senaman berdasarkan perkataan yang diberikan. 4. Murid mengelik pautan untuk mendapatkan gambaran mengenai pembinaan ayat.5. Guru membetulkan ayat murid yang salah.

Penutup kognitif Membuat rumusan isi pelajaran Penutup (5min) Penutup sosial Memberi pujian dan motivasi

1. Guru menyoal murid tentang perkara yang dipelajari. (soalan kuiz)2. Guru menyimpulkan pelajaran. 3. Guru memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki pembacaan.

1. Murid berbincang dalam kumpulan untuk menjawab soalan dan membuat kesimpulan pelajaran.

Senaman Oh SenamanBadan sihat otak cerdas. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa bersenam banyak membawa faedah kepada kita. Lantaran itu, setiap orang harus meluangkan masa untuk melakukan aktiviti senaman. Dengan bersenam, kita dapat menyihatkan badan kita. Hal ini demikian kerana badan kita akan mengeluarkan peluh dan tenaga yang banyak. Oleh itu, badan kita akan menjadi sihat dan tidak selalu sakit. Kita tidak akan menjadi seorang yang malas dan tidak aktif. Kita mestilah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Selain itu, kita dapat mengeratkan hubungan antara keluarga atau rakan jika kita bersenam bersama-sama. Pada masa sekarang, kehidupan manusia semakin sibuk lantaran mengejar kerjaya masing-masing. Alangkah baiknya jika ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan dapat bersenam bersama-sama untuk mengeratkan hubungan yang semakin renggang. Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa itu emas. Kita dapat mengisi masa lapang kita dengan bersenam. Oleh itu, kita tidak akan terjebak dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat seperti melepak, merayau-rayau tanpa tujuan dan banyak lagi. Di samping itu, bersenam dapat mencerdaskan minda kita. Kita dapat belajar dengan baik dan boleh memberi tumpuan ketika guru sedang mengajar. Kita juga tidak cepat letih dan dapat selalu aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah apabila badan kita cergas. Akhir sekali, dengan bersenam kita dapat menghindari diri daripada penyakit seperti sakit jantung, obesiti dan banyak lagi. Jika kita tidak bersenam, kolestrol kita semakin tinggi dan darah tinggi boleh meningkat dengan mendadak. Kesimpulannya, aktivti senaman banyak manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, kita digalakkan memupuk tabiat bersenam sejak kecil, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

PERBENDAHARAAN KATAMAKSUD : TEKNIK Contoh ayat

- Cara / taktik / kaedah / strategi - Kegiatan / isian waktu

AKTIVITI Contoh ayat

MELONGGARKAN - Mengendurkan / mengurangkan Contoh ayat

BETIS Contoh ayat

- Bahagian bawah kaki

BAHU Contoh ayat

- Pundak / Belikat/ Lembusir

CONTOH PETA MINDA melepak Erat hubungan antara keluarga dan rakan-rakan contoh Merayau tanpa tujuan

Menjadi aktif Isi masa lapang

Menghindari diri daripada aktiviti tidak berfaedah Menyihatkan badan Mengeluarkan peluh Kebaikan / Faedah Bersenam BERSENAM

Dapat belajar dengan baikMencerdaskan minda

Menjadi rajin Dapat memberi tumpuan ketika guru mengajarTidak cepat letih

Hindar daripada penyakitcontoh

Darah tinggi

Bahaya Tidak Bersenam

Sakit jantung

obesiti

Kolestro dalam badan tinggi

1. Aktiviti Contoh ayat : Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman. 2. Teknik Contoh ayat : Lakukan senaman dengan teknik yang betul bagi mengelakkan kecederaan.

3. Betis Contoh ayat : Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, untuk mengelakan sakit pada bahagian betis.4. Bahu Contoh ayat : Lakukan senaman otot bahu dengan betul bagi mengelakkan kecederaan. 5. Melonggarkan Contoh ayat : Senaman dapat melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik.

Soalan Tugasan Senaraikan isi-isi penting daripada petikan

Senaman Oh Senaman Dalam kumpulan anda dikehendaki membina peta minda. Masa yang diberikan ialah sepenjang tempoh muzik ini dimainkan (lagu Hands of Friendship) Contoh peta minda

1.

Senaman boleh menjadikan kita A. Tidak bermaya atau letih B. Cergas atau aktif Teknik senaman yang tidak betul akan . A. Menyihatkan badan. B. Mencederakan anggota badan Senaman dapat menghindarkan diri daripada penyakit ? A. Darah tinggi B. Demam Senaman dapat . Minda. A. Mencergaskan B. Mencerdaskan Pakaian ketika bersenaman hendaklah . A. Ketat B. Sesuai

2.

3.

4.

5.

6.

Dengan bersenam kita dapat . A. Menyihatkan badan B. Meletihkan badan Senaman dilakukan A. 2 kali seminggu B. 3 kali seminggu Aktiviti senaman dapat .. A. Mengeratkan hubungan antara keluarga B. Mencederakan ahli keluarga Aktiviti senaman dapat . masa lapang. A. Menjimatkan B. Mengisi Sebelum melakukan aktiviti kita hendaklah .. A. Melakukan aktiviti menyejukkan badan B. Melakukakn aktiviti memanaskan badan

7.

8.

9.

10.