pembangunan sistem rancangan mengajar … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian...

21
PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR HARIAN BERASASKAN WEB (E-LESSON PLAN) NOR FARADILA BINTI OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lamanh

Post on 29-May-2018

256 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

BERASASKAN WEB (E-LESSON PLAN)

NOR FARADILA BINTI OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

BERASASKAN WEB (E-LESSON PLAN)

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya NOR FARADILA BINTI OTHMAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

__________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

NO 87 , TAMAN SURIA,

06000 JITRA,

KEDAH.

ENCIK MEGAT AMAN ZAHIRI BIN

MEGAT ZAKARIA

Nama Penyelia

Tarikh: 19/4/2010 Tarikh: 19/4/2010

Page 3: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”.

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : ENCIK MEGAT AMAN ZAHIRI MEGAT ZAKARIA

Tarikh : 19 APRIL 2010

Page 4: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

BERASASKAN WEB (E-LESSON PLAN)

NOR FARADILA BINTI OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik

(SPP).

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2010

Page 5: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : NOR FARADILA BINTI OTHMAN

Tarikh : 14 APRIL 2010

Page 6: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

iii

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate"

Untuk Mak, Along, Angah & Keluarga

Untuk semua yang tersayang…

…dunia & akhirat

Page 7: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang-Nya saya telah dapat menyempurnakan

Projek Sarjana Muda ini. Juga selawat dan salam buat Rasul junjungan, Muhammad S.A.W..

Sekalung penghargaan buat pensyarah pembimbing, Encik Megat Aman Zahiri Bin

Megat Zakaria di atas segala ilmu, tunjuk ajar, bimbingan, dorongan, motivasi dan nasihat

yang diberikan sepanjang saya menyiapkan projek ini. Jasamu dikenang selamanya.

Tidak lupa juga kepada bonda dan keluarga yang banyak menghulurkan sokongan,

dorongan, kasih sayang, doa, dan segala-galanya dari dulu hingga kini dan InsyaAllah

selama-lamanya.

Buat sahabat-sahabat yang tidak jemu-jemu mendengar keluh-kesah serta memberi

semangat kepada diri ini, terima kasih yang tidak terhingga. Juga buat sahabat-sahabat

seperjuangan, semoga kita semua sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran

hidup yang mendatang, InsyaAllah.

Seterusnya buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak,

hanya Allah S.W.T yang layak membalas jasa dan budi kalian.

Page 8: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

v

ABSTRAK

Rancangan Mengajar Harian merupakan perkara asas yang perlu disediakan oleh

guru disekolah. Projek yang dibangunkan ini dapat membantu guru-guru membuat

rancangan mengajar dengan lebih teratur dan sistematik. Sistem yang diberi nama e-

lesson plan ini turut bertujuan untuk memudahkan pihak pentadbiran melakukan

pemantauan terhadap rancangan mengajar harian guru. Sistem ini mengandungi dua

pengesahan pengguna; iaitu guru dan pemantau. Pemantau ini terdiri daripada Pengetua,

Penolong-penolong Kanan serta Guru-guru Kanan Matapelajaran yang telah

dipertanggungjawabkan untuk melakukan pemantauan. Laman web ini dibangunkan

dengan menggunakan perisian Microsoft Office Front Page2003, Microsoft Office

Access 2007, skrip ASP (Active Server Pages) dan Adobe Photoshop CS3. Diharapkan

sistem ini dapat memudahkan para guru dan pihak pentadbir sekolah menguruskan

rancangan mengajar harian.

Page 9: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

vi

ABSTRACT

The development of Web-Based Daily Lesson Plan System (e-lesson plan) can

help teachers to create a more orderly and systematic lesson plan. Other than that, the

system was developed to facilitate the administrators to monitor teacher’s daily lesson

plan and thus improve discipline among teachers. Generally, this system consists of two

authentications of users; the teachers and the monitors. The monitors are of Principal,

Senior Assistant and Subjects’ Senior Teachers who have been entrusted to perform

monitoring. This site was developed using the Microsoft Office Front Page2003 for

programming and some supporting software such as Microsoft Office Access 2007 as

database during the development process, ASP (Active Server Pages) scripting and

Adobe Photoshop CS3 to edit graphics. It is expected that this system can facilitate

teachers to do their daily lesson plan and facilitate the administrators to monitor it.

Page 10: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

vii

BAB

1

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PELAJAR

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Rasional Pemilihan Projek

1.5 Objektif Pembangunan Projek

1.6 Kepentingan Pembangunan

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Rancangan Mengajar Harian

SURAT

-

-

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

1

3

6

6

7

8

8

8

Page 11: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

viii

2

3

1.7.2 E-lesson plan

1.7.3 ASP

1.7.4 Pengkalan Data

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Rancangan Mengajar Harian

2.3 Pemantauan Terhadap Rancangan Mengajar Harian

2.4 ICT Dalam Pendidikan

2.5 Pembangunan Sistem e-Lesson Plan

2.5.1. Rekabentuk Sistem

2.5.2 Antaramuka Sistem

2.5.3 Sistem Pengkalan Data

2.5.4 Pengkalan Data Berkait

2.5.4.1 Kelebihan

2.5.4.2 Kelemahan

2.6 Penutup

REKABENTUK SISTEM

3.1 Pengenalan

3.2 Kerangka dan Prosedur

3.2.1 Pemilihan Perkakasan dan Perisian Komputer

3.2.1.1 Perkakasan

3.2.1.2 Perisian

3.2.1.2.1 Internet Information Services

3.2.1.2.2 Microsoft Office Front Page 2003

3.2.1.2.3 Microsoft Office Access 2007

3.2.1.2.4 Adobe Photoshop CS3

3.2.2.2.5 Internet Explorer

3.2.2 Pemilihan Bahasa Pengaturcaraan

8

9

9

10

10

13

14

15

15

15

15

16

17

18

18

19

19

20

20

20

21

21

21

21

22

22

Page 12: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

ix

4

5

3.2.3 Pemilihan Bahasa Penghantar Dan Arahan

3.2.4 Rekabentuk Sistem

PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Perbincangan Persembahan Laman Web

4.2.1 Default

4.2.1.1 Login Guru

4.2.1.1.1 Home untuk Guru

4.2.1.1.2 Kemaskini Profail

4.2.1.1.3 Tambah Rancangan Mengajar

4.2.1.1.4 Senarai Rancangan Mengajar

4.2.1.1.5 Keluar Sistem

4.2.1.2 Login Admin

4.2.1.2.1 Home untuk Admin

4.2.1.2.2 Kemaskini Profail

4.2.1.2.3 Senarai Rancangan Mengajar

4.2.1.2.4 Tambah/Edit/Hapus

4.2.1.2.5 Keluar Sistem

4.3 Sistem Pengkalan Data

4.3.1 Jadual ‘admin’

4.3.2 Jadual ‘subjek’

4.3.3 Jadual ‘kelas’

4.3.4 Jadual ‘lp’

4.3.5 Jadual ‘data’

4.4 Penyebaran dan Penggunaan Laman Web

4.5 Penutup

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

22

23

27

28

28

28

29

30

31

32

34

34

35

35

36

39

41

41

41

42

43

44

45

47

47

48

Page 13: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

x

5.2 Perbincangan

5.2.1 Masalah pembangunan sistem

5.2.1.1 Tahap kemahiran rendah

5.2.1.2 Sistem tidak menyokong IIS versi 7

5.2.2 Kekuatan

5.2.2.1 Sistem yang mesra pengguna

5.2.2.2 Proses membuat rancangan mengajar lebih

mudah

5.2.2.3 Pemantauan lebih mudah

5.2.2.4 Meningkatkan disiplin guru

5.2.3 Kelemahan

5.2.3.1 Formula dan Graf

5.2.3.2 Penggunaan kod HTML

5.2.3.3 Sistem tidak menyokong IIS versi 7

5.3 Cadangan

5.3.1 Muat naik gambar

5.3.2 Menyediakan ruangan muat naik

5.3.3 Mengintegrasikan sistem e-lesson plan dengan

sistem jadual waktu

5.4 Kesimpulan

RUJUKAN

48

49

49

50

50

50

50

51

51

52

52

52

52

52

52

53

53

53

54

Page 14: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1

3.2

3.3

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

4.19

4.20

Carta alir e-Lesson Plan

Carta alir Pengetua

Carta alir Guru

Paparan untuk Default

Paparan untuk Login Guru

Paparan untuk Home Guru

Paparan untuk Kemaskini Profail

Paparan untuk Tambah Rancangan Mengajar

Paparan untuk Papar Rancangan Mengajar

Paparan untuk Login Admin

Paparan untuk Home Admin

Paparan untuk Kemaskini Profail

Paparan untuk Senarai Rancangan Mengajar

Paparan untuk Pengesahan Pengetua

Paparan untuk Tambah/Edit/Hapus Pengguna

Paparan untuk Tambah Pengguna

Paparan untuk Edit Pengguna

Paparan untuk Jadual ‘admin’

Paparan untuk Jadual ‘subjek’

Paparan untuk Jadual ‘kelas’

Paparan untuk Jadual ‘lp’

Paparan untuk Jadual ‘data’

Paparan menunjukkan hubungan antara semua jadual

24

25

26

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

40

42

43

44

45

46

46

Page 15: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Seiring dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk

memartabatkan penggunaan ICT (Information Communication Technology) dalam

dunia pendidikan, inovasi dalam perancangan pengajaran oleh guru perlu dibuat

dengan menekankan konsep ICT dalam untuk melancarkan proses pengajaran dan

pembelajaran. Seperti yang diketahui umum, KPM telah menggariskan tiga dasar

utama ICT dalam pendidikan.

i. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud

pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

ii. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam

pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum

bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti

mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata

pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P

seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang

lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan

lukisan kejuruteraan).

Page 16: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

2

iii. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan

produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini

terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem

aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses

kerja.

Dasar ketiga ini dengan jelas menyeru warga pendidik untuk menggunakan

ICT bukan sahaja di dalam proses mengajar semata-mata, tetapi juga untuk

memudahkan sistem pentadbiran sekolah dan menjadikannya lebih efisien.

Salah satu kaedah untuk menjayakan hasrat ini ialah dengan melatih guru-

guru supaya menggunakan ‘e-Lesson Plan’ dalam menyiapkan perancangan

pengajaran mereka. Penggunaan ‘e-Lesson Plan’ menjurus kepada penyediaan

rancangan pengajaran harian secara online dimana guru akan menyediakan

rancangan pengajaran menggunakan komputer dan rancangan pengajaran ini boleh

disemak oleh guru panitia, guru ketua bidang, pengetua, bahkan pengarah pendidikan

sekalipun.

Penggunaan rancangan pengajaran secara online telah dibuktikan lebih kemas

dan teratur bahkan lebih cantik berbanding rancangan pengajaran secara

konvensional (Esah Sulaiman et. al; 2003). Bagi melaksanakan ‘e-Lesson Plan’

beberapa komputer yang mempunyai kemudahan internet memainkan peranan dalam

konteks kemudahan kepada guru untuk mengemaskini rancangan pengajaran mereka.

‘e-Lesson Plan’ juga membolehkan berlakunya komunikasi dan perbincangan

berbentuk global. Pihak atasan seperti kementerian boleh memantau secara terus

perkembangan pengajaran di sekolah tanpa perlu ke sekolah tersebut dengan syarat

individu tersebut mempunyai maklumat verifikasi penggunanya sendiri.

Page 17: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan teknologi moden seperti penggunaan komputer telah dibuktikan

dapat meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah. Peningkatan beban tugas seperti

menyediaan laporan, memo dan mengemaskini statistik untuk keperluan semua

peringkat pentadbiran menyebabkan meningkatnya kepentingan penggunaan

komputer dalam tugas-tugas pentadbiran (Mohamad Rashid; 1987)

Dengan itu, dapat dilihat bahawa semakin ramai golongan pentadbir sekolah

mula beralih daripada menggunakan penyimpanan maklumat secara konvensional

kepada penggunaan penyimpanan maklumat berkomputer. Hal ini terjadi setelah

semakin ramai golongan pentadbir di sekolah mulai faham dan sedar tentang potensi

komputer yang lebih efektif berbanding pengurusan manual dalam pentadbiran

pendidikan sekolah.

Sistem maklumat merujuk kepada satu sistem berkomputer yang memproses

data untuk mencapai sesuatu fungsi yang tertentu (Tee, 2000). Perkembangan sistem

maklumat di Malaysia berkembang dengan kadar yang amat perlahan (Tee, 2000).

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran telah mengambil beberapa

langkah untuk memartabatkan pengginaan sistem maklumat di sekolah termasuk

memperkenalkan konsep Sekolah Bestari pada 1997.

Selain itu, bermula pada tahun 1997 juga, penggunaan aplikasi SMPP/EMiS

MAP telah membolehkan pengisian data secara elektronik dibuat oleh guru di

peringkat sekolah. SMPP atau EMiS merujuk kepada Sistem Maklumat Pengurusan

Pendidikan manakala MAP ialah singkatan daripada pengumpulan maklumat asas.

EMiS atas talian (Online) menyediakan data yang terkini, sahih, tepat dan berkualiti

kepada pemutus dasar, perancang, penyelidik dan pengguna lain. Ia digunakan untuk

mengumpul data asas pendidikan dan sistem ini merupakan satu usaha berterusan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) untuk

meningkatkan kualiti data dan memantapkan lagi pengurusan kutipan MAP bagi

memenuhi keperluan maklumat di peringkat Kementerian.

Page 18: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

4

Namun, Menurut kajian kes yang dilakukan Jabatan Aplikasi Komputer dan

Jabatan Kurikulum dan Ko-kurikulum Institut Aminuddin Baki Utara, sehingga kini

penggunaan ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran masih belum

sampai ke tahap yang optimum. Hanya 23.9% guru yang menyokong program

Sekolah Bestari (Mohd Sani, 2000) dan hanya 24% darpada guru sekolah rendah

mengaku Celik ICT dan 29.4% untuk sekolah menengah (Baharom Mohamad,

2002).

Rancangan mengajar (lesson plan) pula pada asasnya merupakan catatan

mengenai perancangan yang berkaitan sesi pengajaran. Bagi guru-guru, rancangan

mengajar haruslah disiapkan dengan baik dan tersusun sebelum sesi pengajaran

dimulakan. Rancangan mengajar yang disiapkan dengan sempurna dapat

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan dengan sendirinya menjadikan proses

pengajaran berjalan dengan sempurna juga. Selain itu, rancangan pengajaran yang

baik juga dapat mengelak atau mengurangkan berlakunya kesilapan yang boleh

mengganggu proses pengajaran.

Pada asalnya rancangan pelajaran diperlukan dengan tujuan:

a) Melatih guru berfikir secara mendalam tentang isi, bahan dan langkah-

langkah pengajaran dan kemudian merangka dan menyusunnya secara

teratur sebelum pengajaran sebenar disampaikan.

b) Membantu guru menjangka dan kemudian meninjau masalah yang

mungkin dihadapi dan membina rancangan penyelesaian masalah.

c) Menentukan isi dan langkah pengajaran, terutamanya isi dan

memastikan isi dan langkah yang penting tidak tercicir.

d) Menentukan pengajaran yang disampaikan mempunyai objektif

tertentu yang sudah dirancang dan sudah dijangka dapat dicapai bagi

mengelakkan berlakunya pengajaran yang tidak berfokus.

Page 19: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

5

e) Daripada segi profesionalisme, guru perlu bertanggungjawab terhadap

tindak tanduknya melalui rekod atas apa-apa yang dilakukannya.

f) Membantu guru menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

pengajaran yang sesuai dengan objektif pengajaran.

g) Sebagai suatu dokumen rasmi yang akan dirujuk dan disemak oleh

pihak pengurusan sekolah, jemaah nazir dan pegawai-pegawai jabatan

pendidikan dan kementerian pendidikan.

Mohamad Johdi Salleh, (2007) dalam kertas kerjanya juga mengakui

kenyataan di atas dengan mengatakan bahawa ke arah menjadi guru yang efektif,

guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan

pembelajaran, termasuklah guru berpengalaman, guru cemerlang dan guru pakar. Ini

dapat mengelakkan sekiranya guru gagal untuk menjawab pertanyaan murid atau

sentiasa menangguhkan jawapan, menyebabkan murid kurang berkeyakinan kepada

guru tersebut dan seterusnya hilang minat untuk terus belajar.

Walaubagaimanapun, menurut satu laporan Jemaah Nazir Sekolah Sabah

baru-baru ini, ada beberapa guru didapati tidak melengkapkan buku rancangan

mengajar ketika diperiksa. Perbuatan ini melanggar Akta Pendidikan Negara

berikutan setiap guru mesti mempunyai buku rekod persediaan mengajar kerana ia

adalah dokumen rasmi (Berita Harian, April 19 2009).

Selain itu, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan

Sekolah Kluster, Ashah binti Samah membuat perangkaan 66% waktu Pengetua

digunakan untuk bermesyuarat manakala hanya 0.71% digunakan untuk memantau

atau mencerap. Hal yang demikian kerana Pengetua mempunyai banyak beban tugas

yang lain menyebabkan para Pengetua telah terlepas pandang terhadap isu

pemantauan ini.

Page 20: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

6

Dengan mengaplikasikan ‘e-Lesson Plan’ dalam sistem pengurusan sekolah

dapat mengukuhkan pemantauan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah dan meningkatkan tahap disiplin di kalangan guru.

1.3 Pernyataan Masalah

Sistem ini diwujudkan untuk membina suatu sistem pemantauan oleh pihak

atasan ke atas guru-guru yang mengajar dengan menggunakan ‘e-Lesson Plan’ atau

‘online Lesson Plan’ dengan menggunakan komputer yang mempunyai talian

internet dalam konteks mengukuhkan pemantauan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah dan secara tidak langsung meningkatkan tahap disiplin di

kalangan guru.

Guru-guru perlu menyiapkan rancangan pengajaran menggunakan ‘e-Lesson

Plan’, sebuah aplikasi berasaskan web dan seterusnya perlu mengemaskini rancangan

pengajaran mereka sebelum masuk ke kelas untuk proses pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, jika terdapat sebarang permasalahan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran, guru-guru dapat memberi komen terus terhadap

rancangan pengajaran mereka untuk diberi perhatian oleh pihak atasan. Setelah

semua data disimpan, pihak atasan dapat memantau perkembangan yang berlaku di

dalam kelas dan seterusnya mengetahui permasalahan yang berlaku semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran pada bila-bila masa dan seterusnya mengambil

tindakan jika perlu.

1.4 Rasional Pemilihan Projek

Rancangan pengajaran merupakan nadi yang menentukan proses pengajaran

dan pembelajaran. Rancangan pengajaran yang teliti menentukan pengajaran yang

disampaikan mempunyai objektif tertentu yang sudah dirancang dan sudah dijangka

Page 21: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR … · pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (e-lesson plan) nor faradila binti othman universiti teknologi malaysia

7

dapat dicapai bagi mengelakkan berlakunya pengajaran yang tidak berfokus.

Kegagalan menyiapkan rancangan pengajaran boleh mengganggu sesi pengajaran

dan pembelajaran dan turut mencalar kredibiliti serta profesionalisme seseorang

guru.

Oleh itu, aplikasi ini di bina untuk memudahkan pihak atasan memantau

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan meningkatkan tahap disiplin di

kalangan guru. Memandangkan pemantauan boleh dilakukan pada bila-bila masa,

para guru terpaksa sentiasa mengemaskini rancangan pengajaran mereka dari semasa

ke semasa.

Selain itu, umum mengetahui, pemantauan terhadap rancangan pengajaran

guru secara konvensional melibatkan para guru untuk menghantar buku rekod

rangcangan pengajaran masing-masing pada setiap hujung minggu kepada pengetua

atau ketua bidang. Ini menyukarkan guru untuk menyediakan rancangan pengajaran

harian ketika hujung minggu dan meningkatkan beban kepada pengetua dan ketua

bidang kerana terpaksa meneliti buku-buku rekod yang banyak dalam masa yang

singkat. Oleh itu, projek atau perisian ini diharap dapat memudahkan kedua-dua

pihak dalam membuat tugasan masing-masing dan seterusnya meringankan beban

kerja mereka.

1.5 Objektif Pembangunan Projek

Objektif projek ini adalah:

i. Mereka bentuk satu sistem penyediaan dan pemantauan rancangan

mengajar harian berasaskan web

ii. Membangunkan satu sistem penyediaan dan pemantauan rancangan

mengajar harian berasaskan web