rancangan harian

21
HDML1103/HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU Soalan 1 (a) Rancangkan SATU sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca menggunakan teknik-teknik yang sesuai. Buat refleksi tentang kekuatan dan kekurangan teknik pilihan anda. Pengenalan Teknik SQ3R Teknik ini dipelopori oleh Robinson (1941). Teknik ini disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai kemahiran membaca yang baik. Melalui teknik ini murid-murid dapat menguji pemahaman mereka berdasarkan teks yang telah dibaca untuk menyelesaikan tugasan. Mereka dapat memperoleh maklumat dengan cepat dan tepat serta dapat menyelesaikan tugasan yang diberi secara berkesan. Teknik ini terbahagi kepada 5 komponen iaitu: a) S - Survey ( tinjau ) b) Q - Question ( penyolan/pertanyaan ) c) R - Read ( baca ) d) R - Recite ( Imbas kembali ) e) R - Review ( Baca semula ) Berikut ialah satu contoh Rancangan Pengajaran Harian yang menggunakan teknik SQ3R bagi sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca. 1

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 23-Jun-2015

208 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYU

Soalan 1 (a)

Rancangkan SATU sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca

menggunakan teknik-teknik yang sesuai. Buat refleksi tentang kekuatan dan

kekurangan teknik pilihan anda.

Pengenalan Teknik SQ3R

Teknik ini dipelopori oleh Robinson (1941). Teknik ini disasarkan kepada murid-

murid yang mempunyai kemahiran membaca yang baik. Melalui teknik ini murid-murid

dapat menguji pemahaman mereka berdasarkan teks yang telah dibaca untuk

menyelesaikan tugasan. Mereka dapat memperoleh maklumat dengan cepat dan tepat

serta dapat menyelesaikan tugasan yang diberi secara berkesan.

Teknik ini terbahagi kepada 5 komponen iaitu:

a) S - Survey ( tinjau )

b) Q - Question ( penyolan/pertanyaan )

c) R - Read ( baca )

d) R - Recite ( Imbas kembali )

e) R - Review ( Baca semula )

Berikut ialah satu contoh Rancangan Pengajaran Harian yang menggunakan

teknik SQ3R bagi sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.

1

Page 2: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Hari : Selasa

Tarikh : 08 Mac 2010

Kelas : 5 Puteri 1

Bilangan Murid : 35 Orang ( 15 lelaki dan 20 perempuan)

Masa : 8.00-9.00 pagi

Tema : Alam Sekitar

Tajuk : Taman Laut

Fokus Utama :

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Aras 1

( ii ) Mengemukakan soalan dengan kata tanya dan tanpa kata tanya

untuk mendapatkan penjelasan.

5.2 Membaca kuat teks dan prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan

lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1

( i ) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi yang

betul.

( ii ) Menerangkan teks yang dibaca secara ringkas.

Fokus Sampingan :

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam satu

penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 1

( i ) Membina ayat tunggal berdasarkan gambar atau tajuk.

2

Page 3: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYU

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :-

1. Mengemukakan 3 soalan dengan menggunakan kata tanya dengan betul.

2. Membaca teks ‘Taman Laut’ dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Menerangkan tentang teks yang dibaca dengan menggunakan perkataan

sendiri.

4. Membina 3 ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung dengan

betul.

Pengetahuan Sedia Ada :

1. Murid-murid pernah menonton rencana tentang taman laut di televisyen.

2. Murid-murid telah mengetahui tentang lokasi-lokasi perlancongan di

Malaysia melalui rancangan ‘Cuti-cuti Malaysia’.

Kemahiran Bahasa : Mendengar, membaca dan menulis

Sistem Bahasa : kata hubung.

Ilmu : 1. Kajian Tempatan

2. Pendidikan Moral

3. Sains

Nilai-nilai Murni : 1. Bekerjasama

2. Menghargai

3. Bersyukur

4. Kebersihan

Bahan Bantu Mengajar : 1. komputer riba

2. LCD

3. Skrin putih

4. kad gambar

5. kad kata hubung

6. seni kata lagu

3

Page 4: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYU

Langkah Isi PelajaranAktiviti Pengajaran dan

PembelajaranCatatan

Set

Induksi

(5 minit)

Nyanyian Lagu “Hijau”

1. Senikata lagu “Hijau”

( dipaparkan pada skrin)

2. Lagu dan klip video.

1. Murid-murid menyanyikan lagu

dengan iringan muzik.

2. Murid-murid dikaitkan dengan

pelajaran pada hari ini tentang

alam sekitar.

KBT

Kecerdasan

pelbagai

Muzik

BBM

Seni kata

lagu

Komputer

riba

LCD

Skrin putih

Langkah

Satu

(7 minit)

Bersoal jawab tentang tempat-

tempat pelancongan di

Malaysia.

1. Gambar tentang tempat-

tempat pelancongan di

Malaysia.

2. Mencintai dan

menghargi alam sekitar

1. Murid menyoal menggunakan

kata tanya dan tanpa kata tanya

bagi mendapatkan maklumat

tentang gambar yang

ditunjukkan..

2. Murid diberi kebebasan untuk

bercerita dengan menggunakan

ayat sendiri tentang gambar-

gambar yang dipaparkan.

3. Murid berbincang tentang nilai-

nilai murni berdasarkan

gambar-gambar.

KBT

Kontekstual

Kecerdasan

pelbagai

- Verbal

linguistik

BBM

gambar

Komputer

riba

Skrin

NILAI

Menghargai

alam sekitar.

Bersyukur

4

Page 5: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYU

Langkah Isi PelajaranAktiviti Pengajaran dan

PembelajaranCatatan

Langkah

Dua

(10 minit)

Membaca dan memahami teks,

Taman Laut

1. Tinjau ( Survey )

- Teknik bacaan – skimming

dan scanning

2. Pertanyaan ( Question )

1. Murid membaca secara pantas

teks yang diberi untuk

mendapatkan gambaran awal

tentang isi bacaan.

2. Murid menerangkan isi bacaan

secara bebas.

3. Murid menbina 3 soalan

berpandukan isi terkandung

dalam teks.

4. Murid meramalkan jawapan

kepada persoalan yang timbul

KBT

Kemahiran

berfikir

- Menjana

idea

Kontektual

BBM

Kad bacaan

ILMU

Sains

Kajian

Tempatan

Langkah

Tiga

(13 minit)

Membaca dan memahami teks.

1. Bacaan Berfokus

a) kumpulan

b) individu

1. Murid membaca teks secara

serius secara kumpulan dan

individu dan memberi tumpuan

kepada teks.

2. Murid mencari jawapan kepada

tiga soalan yang telah

disenaraikan.

3. Murid mencatatkan jawapan

yang telah diperolehi.

4. Murid berbincang jawapan yang

diperolehi.

KBT

Kecerdasan

pelbagai

- Interpersonal

- Verbal

Linguistik

Kontektual

BBM

Kad bacaan

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan

5

Page 6: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYU

Pembelajaran

Langkah

Empat

(15 minit)

Mengingat kembali teks.

1. Menjawab soalan.

a. Apakah keistemewaan Pulau

Sibu?

b. Setujukah anda bahawa

Taman Laut adalah pilihan

kaki-kai pancing. Mengapa?

c. Selain memancing, menyelam

dan mengelilingi Pulau sibu

aktiviti apakah yang boleh,

dilakukan di sana?

2. Menyenaraikan kata hubung

daripada teks.

dan, dengan, serta, kerana

1. Murid menceritakan semula teks

yang telah dibaca.

2. Murid menyenaraikan kata

hubung yang terdapat di dalm teks.

3. Murid mencatatkan isi-sisi

penting yang berkaitan dengan

soalan yang diberikan.

4. Murid menjawab 3 soalan yang

diberi.

5. Murid membina 3 ayat

menggunakan kata hubung yang

diperolehi daripada teks

KBT

Kecerdasan

pelbagai

BBM

Kad bacaan

Langkah

Lima

(5 minit)

Membaca soalan dan menyemak

jawapan yang telah ditulis

1. Murid menyemak jawapan yang

telah ditulis.

2. Murid membetulkan kesalahan

ejaan, tatabahasa atau struktur

ayat.

KBT

Kecerdasan

pelbagai

- Verbal

linguistik

Kemahiran

berfikir

- Menjana idea

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan

6

Page 7: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYU

Pembelajaran

Penutup

(5 minit)

Nyanyian Lagu “Hijau”

1. Senikata lagu “Hijau”

( dipaparkan pada skrin)

2. Lagu dan klip video.

3. Penerapan nilai-nilai

murni.

1. Murid-murid menyanyikan lagu

dengan iringan muzik.

2. Murid diingatkan tentang

kepentingan untuk menjaga alam

sekitar.

KBT

Kecerdasan

pelbagai

Muzik

BBM

Komputer

riba

LCD

Skrin putih

NILAI

Menghargai

alam sekitar.

Bersyukur

Refleksi

7

Page 8: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYU

Kekuatan

1. Murid dapat mengenalpasti idea keseluruahan tentang teks yang dibaca dan dapat

membuat andaian bebas tentang teks

2. Murid hanya menumpukan pada teks untuk mendapatkan maklumat dan menjawab

soalan-soalan yang disediakan.

3. Murid dapat mewujudkan persoalan-persoalan baru yang dapat menarik minat mereka

untuk membaca dengan lebih serius.

4. Murid dapat menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan.

5. Meningkatkan daya ingatan murid.

6. Murid memperolehi maklumat dengan cepat dan tepat.

7. Memupuk sifat ketelitian dalam melaksanakan tugasan yang diberi.

Kelemahan

1. Murid yang lemah akan ketinggalan kerana murid mesti mempunyai kemahiran

membaca yang baik.

2. Guru mestilah berupaya untuk mengawal kelas kerana keseluruhan aktiviti dilakukan

murid. Kegagalan melakukannya akan menyebabkan kelas menjadi bising.

3. Kegagalan guru merancang dengan teliti akan menyebabkan objektif pembelajaran

sukar dicapai.

Soalan 1 (b)

8

Page 9: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYU

Sediakan SATU aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme untuk membina kebolehan membaca dalam kalangan pelajar yang lemah membaca.

Langkah 1

Guru membentuk kumpulan dan mengedarkan 2 sampul surat yang dilabelkan dengan Set

1 dan Set 2 kepada setiap kumpulan. Set 1 mengandungi kad ayat dan Set 2

mengandungi satu kad perkataan. Murid meletakkan sampul di atas meja. Guru bersoal

jawab dengan murid tentang bahan yang terdapat di dalam sampul yang telah diedarkan.

Langkah 2

Guru meminta murid mengeluarkan satu kad ayat daripada Set 1. Contoh kad ayat ialah Ini baju.

I n i b a j u

Guru memaparkan ayat yang sama yang menggunakan skrin putih dan LCD dan

melekatkan gambar baju pada papan hitam. Guru membaca ayat sebagai contoh dan

murid mendengar dan menyemak bacaan guru. Guru membaca sekali lagi dan murid

mengikut bacaan guru. Aktiviti ini dijalankan secara latih tubi. Aktiviti ini diteruskan

dengan kad ayat yang seterusnya.

I n i b a j u b a r u

B a j u b a r u i n i b i r u

B a p a b e l i b a j u b a r u

Setelah selesai murid meletakkan kad ayat di atas meja mengikut susunan yang betul.

Langkah 3

9

Page 10: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYUGuru meminta murid mengeluarkan satu kad perkataan daripada Set 1 mengikut urutan

nombor sampul surat. Contohnya sampul pertama kad perkataannya ialah bapa.

b a j uGuru menunjukkan perkataan yang sama yang menggunakan kad yang lebih besar

kepada murid sebagai kad imbasan. Guru membaca perkataan sebagai contoh dan murid

mendengar dan menyemak bacaan guru. Guru membaca sekali lagi dan murid mengikut

bacaan guru. Aktiviti ini dijalankan secara latih tubi. Aktiviti ini diteruskan dengan kad

perkataan yang seterusnya.

b a p a b e l i b a j u b a r u

Setelah selesai guru melekatkan kad perkataan tersebut pada papan hitam manakala

murid meletakkan kad perkataan di atas meja mengikut susunan yang betul.

Langkah 4

Setelah murid boleh menyebut perkataan dengan sebutan yang betul, guru mengulangi

bacaan dengan memecahkan perkataan tersebut kepada suku kata. Guru Menggunakan

kad imbasan suku kata.

Contohnya : b a + p a

Guru mengeja dan membaca perkataan mengikut suku kata murid mengikut. Aktiviti ini

dijalankan secara latih tubi. Guru melekatkan kad suku kata di bawah kad perkataan pada

papan hitam. Contohnya:

b a p a b e l i b a j u b a r u

b a + p a b e + l i b a + j u b a + r u

10

Page 11: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYUKemudian guru membimbing murid membatangkan sendiri perkataan yang

mengandungi suku kata terbuka, membacanya secara kuat dengan sebutan yang jelas dan

terang secara bergilir-gilir di hadapan. Murid –murid lain mengikut. Aktriviti ini

berterusan untuk semua perkataan.

Langkah 4

Setelah murid boleh membatangkan perkataan, guru membimbing murid untuk membaca

kad perkataan yang telah dilekatkan pada papan hitam perkataan demi perkataan. Guru

membaca dan murid mengikut. Setelah murid boleh membaca perkataan dengan lancar,

guru bersoal jawab dengan murid tentang maksud isi bacaan untuk menguji kefahaman

mereka.

Langkah 5

Sebelum mengakhiri sesi pengajaran dan pembelajaran guru mengedarkan satu kad

bacaan kepada setiap kumpulan. Dalam kumpulan masing-masing, guru meminta murid

untuk membaca dengan secara kuat. Guru memberi ganjaran kepada kumpuan yang

memnbaca dengan intonasi dan betul.

I n i b a j u .

I n i b a j u b a r u .

B a j u b a r u i n i b i r u .

B a p a b e l i b a j u b a r u .

11

Page 12: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYU2. Pengajaran bahasa Melayu menggunakan bahan sastera banyak

mengandungi unsur kebahasaan dan nilai sejagat yang sangat membantu

dalam proses penerapan kemahiran bahasa.

Berdasarkan genre cerpen, huraikan bagaimana anda merancang aktiviti

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa secara terancang.

Pengenalan

Proses pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental dan neurologi yang

berkait rapat dengan keupayaan semulajadi manusia. Oleh itu, aspek latar belakang dan

keadaan persekitaran masyarakat amat penting dalam memperkembangkan kemahiran

berbahasa.

Konsep

Menurut Hashim Awang, 1985, sastera merupakan hasil seni yang disampaikan

melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Ini kerana sastera

biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah

masyarakat.

Dalam kontek pendidikan, kesusteraan Melayu merupakan karya asal yang ditulis

dalam bahasa Melayu berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional dan puisi

tradisional yang digarap secara indah dan halus bagi mengimbangi perkembangan

intelek, rohani, emosi dan jasmani. Disamping itu juga, aspek kemanusiaan dan citra

masyarakat perlu ditekankan.

Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan Bahan Sastera.

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, objektif pengajaran dan

pembelajaran menggunakan bahan sastera adalah seperti berikut:

a) Membaca pelbagai bahan sastera dan baha berunsur pengetahuan dengan

menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk

memperolehi ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

b) Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya

pembelajaran berterusan;

12

Page 13: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYU

c) Memperkembang kekuatan imaginasi kreativiti, pemikiran kritis dan

penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;

d) Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur

pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan

yang sesuai dan betul;

e) Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan

karya berunsur ilmu dan;

f) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat

patriotisme dan perasaan cinta akan tanah air.

Kesesuaian bahan, teknik dan pendekatan pengajaran amat penting bagi mencapai

matlamat dan objektif pengajaran. Selain itu, minat, jantina, latar belakang dan cara

belajar pelajar perlu diambil kira dalam merancang pengajaran supaya segala aktiviti

yang dirancang dapat melibatkan semua murid dan menarik minat mereka.

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Berikut ialah 7 teknik yang boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran

bahan sastera seperti cerpen:

1. Lakonan

2. Teater Pembaca

3. Teater Bercerita

4. Kerusi Panas

5. Simulasi

6. Improvisasi

7. Main Peranan

13

Page 14: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYUContoh Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Menggunakan

Bahan Sastera ( Cerpen ) Yang menggunakan Teknik Lakonan.

Definisi Lakonan:

Lakonan ialah alat atau medium yang mampu mengembangkan aspek sosial, fizikal,

intelek, dan bahas pelajar; yang memberi peluang kepada pelajar menggunkan watak dan

personaliti. Ia merupakan gabungan gerak dengan dialog yang memainkan peranan.

Set Induksi

Guru memainkan klip video tentang seorang fakir miskin yang sedang meminta

sedekah. Guru meminta murid bercerita tentang klip video tersebut.. Guru mengaitkan

klip video dengan pengalaman pelajar.

Langkah 1

Guru mengedarkan satu cerpen dan meminta murid membaca secara senyap. Guru

meminta murid mencari

1. watak utama

2. mesej yang terdapat dalam cerpen

3. pengajaran yang hendak disampaikan.

Langkah 2

Murid membaca kuat cerpen secara individu dan kelas. Murid berbincang dan

menyatakan watak utama, menerangkan mesej yang hendak disampaikan, dan pengajaran

yang terdapat dalam cerpen yang dibaca secara lisan. Murid mencatatkan hasil

perbincangan.

Langkah 3

Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi satu sampul

surat yang mengandungi dialog yang diambil daripada cerpen. Murid berlatih dalam

14

Page 15: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYUkumpulan untuk melakonkan semula watak dalam cerpen. Guru bergerak ke setiap

kumpulan untuk membantu murid.

Langkah 4

Sebelum lakonan bermula, murid membaca kuat dialog dengan intonasi yang

betul. Setiap kumpulan ke hadapan dan melakonkan semula watak berdasarkan dialog

yang diberi. Murid lain menilai kumpulan yang membuat persembahan. Guru memberi

hadiah kepada kumpulan yang berjaya melakonkan semula watak dengan baik.

Langkah 5

Guru mengedarkan satu kad yang menerangkan satu situasi. Setiap kumpulan

diminta menyediakan dialog ringkas yang berkaitan dengan situasi yang diberi. Murid

berlakon menggunakan dialog yang telah ditulis. Guru menilai persembahan lakonan

murid.

Penutup

Guru memilih seorang wakil daripada setiap kumpulan untuk bergabung dan

melakonkan semula watak dalam cerpen. Guru menerapkan mesej dan pengajaran yang

terdapat dalam cerpen.

15

Page 16: Rancangan harian

HDML1103/HBML1103PENGENALAN PENDIDIKANBAHASA MELAYURujukan :

1. Modul Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5 (2005). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Nik Safiah Karim, et al., (2008) Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu Intitut Bahasa (1994). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

4. Azman Wan Chik. (1981). Prinsip dan klaedah pengajaran Kesusteraan Melayu. Kuala

Lumpur: Utusan Publication.

5. Saedah Siraj. (1988). Mengajar sastera: teori eksperimen, aplikasi. Kuala Lumpur:

Pustaka Warisan.

6. Mohd Nasar Sukor, Kamarudin Jeon, Bahasa Melayu Tahun 5, Sekolah Kebangsaan

Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16