rancangan mengajar harian

11
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN Mata Pelajaran : Prinsip Perakaunan Tarikh / Hari : 11 mac 2009 (Rabu) Tingkatan : 4 C Masa : 10.25 hingga 11.35 pagi ( 70 minit ) Tajuk : Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik serta Pengelasannya Objektif : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat: a) menyatakan maksud aset, liabiliti dan ekuiti pemilik (Aras 1). b) menyenaraikan kategori aset, liabiliti dan ekuiti pemilik (Aras 1). c) mengelaskan item-item mengikut kategori aset semasa dan aset bukan semasa, liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa serta ekuiti pemilik. Pengetahuan sedia ada: Pelajar-pelajar telah belajar mengenai: a) pengertian hasil dan belanja b) pengelasan item-item hasil dan item-item belanja ABM : Nota power point, kad manila, nota ringkas, kad-kad edaran, kertas soalan pengukuhan.

Upload: zahari-rusdi

Post on 23-Jun-2015

12.441 views

Category:

Business


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Mengajar Harian

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Pelajaran : Prinsip Perakaunan

Tarikh / Hari : 11 mac 2009 (Rabu)

Tingkatan : 4 C

Masa : 10.25 hingga 11.35 pagi ( 70 minit )

Tajuk : Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik serta Pengelasannya

Objektif : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:

a) menyatakan maksud aset, liabiliti dan ekuiti pemilik (Aras 1).

b) menyenaraikan kategori aset, liabiliti dan ekuiti pemilik

(Aras 1).

c) mengelaskan item-item mengikut kategori aset semasa dan

aset bukan semasa, liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa

serta ekuiti pemilik.

Pengetahuan sedia ada: Pelajar-pelajar telah belajar mengenai:

a) pengertian hasil dan belanja

b) pengelasan item-item hasil dan item-item belanja

ABM : Nota power point, kad manila, nota ringkas, kad-kad edaran,

kertas soalan pengukuhan.

Nilai murni : Menghormati guru, patuh arahan, beri perhatian, bekerjasama,

memberi tumpuan, berkeyakinan dan berani.

KBKK : Membeza, mengelaskan, menentukan kriteria.

Page 2: Rancangan Mengajar Harian

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH / MASA

ISI KANDUNGAN AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR STRATEGI/

KAEDAH/ ABM/

NILAI/ KBKK

Set Induksi

(15 minit)

Permulaan Guru mengimbas pelajaran lepas:

Apakah yang dimaksudkan dengan

hasil dan pengelasannya?

Apakah yang dimaksudkan dengan

belanja dan pengelasannya?

Guru menyediakan satu cerpen

pendek.

Guru mengaitkan cerpen pendek

tersebut dengan apa yang akan

diajar.

Pelajar mendengar

penerangan guru mengenai

pelajaran lepas.

Pelajar menumpukan

perhatian kepada cerpen

pendek yang dipaparkan

oleh guru.

Pelajar memberikan tindak

balas terhadap apa yang

hendak diajar.

Strategi:

Berpusatkan guru dan

pelajar

Kaedah:

Induktif

ABM:

Cerpen pendek

Nilai:

Menghormati guru, patuh

arahan

Page 3: Rancangan Mengajar Harian

KBKK:

Menghubungkait dengan

pelajaran

Langkah 1

( 15 minit )

Pengertian aset,

liabiliti dan ekuiti

pemilik serta

pengelasannya

Guru menerangkan dengan

menggunakan gambar rajah yang

dipaparkan melalui power point

yang menunjukkan contoh-contoh

bagi aset, liabiliti dan ekuiti

pemilik.

Guru menerangkan secara

terperinci mengenai pengertian

aset, liabiliti dan ekuiti pemilik

serta pengelasannya.

Guru memilih pelajar secara rawak

untuk mengetahui tentang

Pelajar memberikan

tumpuan terhadap

penerangan yang diberikan

oleh guru.

Pelajar memberi respon

atau tindak balas apabila

disoal oleh guru.

Pelajar memberikan

pendapat mereka apabila

dipilih oleh guru untuk

menjawab soalan.

Strategi:

Berpusatkan guru dan

pelajar

Kaedah:

Penerangan dan soal

jawab ringkas

ABM:

Gambar rajah, power

point

Nilai:

Menghormati guru, patuh

Page 4: Rancangan Mengajar Harian

pendapat mereka mengenai aset,

liabiliti dan ekuiti pemilik.

arahan, beri perhatian

dan bekerjasama

KBKK:

Memahami pendedahan

awal

Langkah 2

(15 minit)

Latihan di dalam

kumpulan

Guru memberi penerangan tentang

aktiviti yang akan dilakukan.

Guru memberikan kad-kad yang

mempunyai nama aset semasa dan

aset bukan semasa, liabiliti semasa

dan liabiliti bukan semasa serta

ekuiti pemilik dan sehelai kada

manila kepada pelajar dalam setiap

kumpulan.

Pelajar mendengar

penerangan guru.

Pelajar berbincang bersama

ahli dalam kumpulan

masing-masing.

Strategi:

Berpusatkan pelajar dan

bimbingan guru secara

berkumpulan.

Kaedah:

Pembelajaran kooperatif

ABM:

Kad-kad edaran dan kad

manila

Page 5: Rancangan Mengajar Harian

Guru meminta pelajar berbincang

di dalam kumpulan untuk

mengenalpasti dan menyenaraikan

aset semasa dan aset bukan

semasa, liabiliti semasa dan

liabiliti bukan semasa serta ekuiti

pemilik. Pelajar juga perlu

membuat transasksi perniagaan

berdasarkan kategori yang

diperolehi.

.

Nilai:

Kerjasama, tekun dan

patuhi masa

KBKK:

Menentukan kriteria,

mengelaskannya dan

menyelesaikan masalah

Langkah 3

( 15 minit )

Pembentangan

jawapan dan

perbincangan

Guru meminta wakil dari setiap

kumpulan datang ke hadapan

untuk membentangkan jawapan

hasil daripada perbincangan

mereka bersama dengan kad

manila yang disediakan.

Wakil setiap kumpulan

membentangkan jawapan

yang telah mereka dapati

daripada perbincangan

bersama ahli kumpulan

tadi.

Strategi:

Berpusatkan guru dan

pelajar

Kaedah:

Kooperatif dan

Page 6: Rancangan Mengajar Harian

Guru memberikan respon kepada

jawapan pelajar dan mengadakan

perbincangan mengenai jawapan

yang diberikan oleh pelajar tadi.

Pelajar memberi

perhatian dan respon

dalam perbincangan

jawapan dengan guru.

perbincangan

ABM:

Kad manila

Nilai:

Yakin diri, tekun, hormat

dan berkeyakinan tinggi

KBKK:

Menyelesaikan masalah

Penutup

( 10 minit )

Kesimpulan Guru mengadakan pop kuiz

mengikut prinsip siapa cepat dia

dapat dan pelajar yang berjaya

akan diberi hadiah.

Guru membuat kesimpulan

Pelajar mengambil

bahagian dalam pop kuiz

dan menjawab soalan

berdasarkan siapa cepat dia

dapat.

Strategi:

Berpusatkan guru dan

pelajar

Kaedah:

Refleksi, kuiz dan

Page 7: Rancangan Mengajar Harian

mengenai matapelajaran yang

diajar pada hari ini dan

bertanyakan sama ada pelajar

faham atau tidak pelajaran hari ini.

Guru memberikan nota ringkas

dan soalan latihan serta meminta

pelajar membuat ulangkaji di

rumah.

Pelajar memberikan respon

atau tindak balas

kepada penerangan guru.

penyoalan

ABM:

Pop kuiz, nota ringkas

dan soalan pengukuhan

Nilai:

Patuh arahan, jujur,

berani dan berkeyakinan

KBKK:

Dapat membuat refleksi

Refleksi:

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________