qgu 3013 tugasan 2

Upload: mastura-jamadi

Post on 03-Jun-2018

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 QGU 3013 tugasan 2

    1/11

    Pengenalan (TUGASAN 2 OBESITI OLEH>>>>>>>FAZILAH obesity minima )

    Ramai yang tidak sedar bahawa obesity merupakan antara punca tertinggi kematian yang tidak

    disangka-sangka. Malah, setiap tahun angka yang meninggal dunia akibat komplikasi yang

    berkait rapat dengan obesity amat tinggi. Tahun lalu, kajian oleh Pertubuhan kesihatan

    Dunia(WHO) mendapati bahawa Malaysia merupakan negara yang mempunyai paling ramaipenduduk obes atau gemuk di Asia Tenggara iaitu sebanyak 16.3 peratus daripada jumlah

    penduduk. Menyedari hakikat inilah maka antara objektif atau tujuan Pendidikan Kesihatan

    adalah untuk memberi pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,

    meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat selaras dengan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan generasi yang dapat menyesuaikan diri dalam

    aspek fizikal, mental, social, emosi dan rohani.

    1.0 Definisi ObesitiMenurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Edisi ke-3, obesity dimaksudkan sebagaikegemukan yang disebabkan terdapatnya banyak lemak yang berlebihan. (Myers,2004) pula

    mendefinisikan obesity sebagai lebihan lemak dalam tubuh yang boleh menyebabkan masalah

    kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak didalam tubuh meningkat.

    Secara amnya, obesity merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam

    badan sesaorang. Obesiti dianggap sebagai suatu penyakit apabila tisu-tisu lemak menjadi

    keterlaluan dan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Aktiviti fizikal dan social akan

    terganggu akibat obesity malah berkemungkinan jangka hayat penghidapnya juga akan semakin

    pendek.

    1.1 Masalah Obesiti di kalangan pelajar di Malaysia

    Sejak belakangan ini, obesity menjadi masalah utama dalam kalangan kanak-kanak di dunia.

    Menurut laporanNational Center For Health Statitisticpada 2002, kira-kira 15% kanak-kanak

    dan remaja di Amerika Syarikat mengalami obesity.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah obesity semakin serius dalam

    kalangan kanak-kanak dan remaja di negara membangun. Masalah obesity merupakan faktor

    utama yang mengakibatkan sindrom metabolic yang banyak dihidapi penduduk di Asia.

    Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh

    hingga sepuluh tahun menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus

    kepada 13.8%. Kajian juga menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia dua belas

    hingga Sembilan belas tahun mempunyai masalah kegemukan dan berat badan berlebihan.

    Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal apabila mereka meningkat dewasa .. Sebanyak 12.8%

    peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di

    kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

  • 8/12/2019 QGU 3013 tugasan 2

    2/11

    Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila

    dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa

    hadapan (Chee et al, 2008).Standard Pengiraan Obesiti Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks Jisim

    Tubuh(BMI) yang berikut untuk kanak-kanak dan dewasa.

    Indeks Jisim badan atau BMI adalah ukuran terhadap skala lemak badan berdasarkan kepadakadar berat badan berbanding ketinggian, atau isipadu sesaorang. BMI juga digunakan untukmengukur berat selaras dengan ketinggian untuk kanak-kanak.

    BMI untuk kanak-kanak dan remaja antara umur 2 hingga 20 tahun ditafsir mengikut umur dan

    jantina kanak-kanak tersebut. Hal ini kerana jumlah lemak badan berubah mengikut peringkat

    umur dan berbeza dari segi jantina.

    Percenti le Ranking Weight Status

    Less than 5th percentile Underweight

    5th percentile to less than 85th

    percentile

    Healthy weight

    85th percentile to less than 95thpercentile

    Overweight

    Equal to or greater than the 95th

    percentile

    Obese

    Graf 1: BMI untuk umur bagi kanak-kanak lelaki antara umur 2 hingga 20 tahun.

  • 8/12/2019 QGU 3013 tugasan 2

    3/11

    Graf 2: BMI untuk umur bagi kanak-kanak lelaki antara umur 2 hingga 20 tahun.

    http://3.bp.blogspot.com/-so3bFQ84VGM/UJbNm_AInhI/AAAAAAAAAJ0/36tKryem32Y/s1600/bmi+boy.PNG
  • 8/12/2019 QGU 3013 tugasan 2

    4/11

    Masalah Obesiti yang kian meruncing ini tidak harus dipandang remeh dan langkah penyelesaiandan pencegahan perlu dilakukan. Justeru berdasarkan falsafah Pendidikan Kesihatan menurut

    Ewles & Simnett adalah bertujuan untuk:

    i) Meningkatkan pengetahuan kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang sedang

    dihadapinya

    ii) Memberikan penerangan dan menyumbangkan pengetahuan tentang segala sesuatu yang

    berkaitan dngan masalah yang sedang dihadapi oleh individu dan masyarakat

    http://1.bp.blogspot.com/-00FBcR6Qnho/UJbOAuXLeQI/AAAAAAAAAJ8/fOwSsdcZnK0/s1600/Capture.PNG
  • 8/12/2019 QGU 3013 tugasan 2

    5/11

    iii) Menimbulkan kesedaran diri setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang telah

    diberikan

    iv) Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap kea rah yang lebih positif.

    Perubahan sikap ini akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui

    beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu

    tercapai.

    Berdasarkan matlamat atau tujuan Pendidikan Kesihatan yang dikemukakan oleh Ewles &

    Simnett ini, pendidiklah antara individu yang memainkan peranan dalam menangani masalah

    obesity di kalangan kanak-kanak di Malaysia.

    Para penyelidik telah membuat beberapa kajian bagi menemukan faktor atau sebab berlakunya

    obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia.

    2.0Faktor-faktor Obesiti di Kalangan Pelajar Sekolah di Malaysia.

    Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti dikalangan pelajar diMalaysia. Menurut pakar kesihatan berasaskan kepada hasil kajian, obesity boleh

    dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor antaranya faktor genetic, pola makan yang

    berlebihan, kurang bersukan, emosi dan faktor persekitaran.

    2.1 faktor Genetik

    kanak-kanak yang obesiti biasanya , terdiri daripada mereka yang datang daripada keluarga dan

    ibu bapa yang juga mengalami obesiti. Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi

    sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita

    seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Hal

    ini demikian kerana ketika ibu yang obesity sedang hamil, unsur sel lemak yang berjumlah

    besar dan melebihi ukuran normal, secara automatic akan diturunkan kepada bayi swaktu dalamkandungan. Maka tidak hairanlah apabila bayi yang lahir juga memiliki unsur lemak tubuh yang

    sama besar seperti mana ibunya. Ada antara individu yang mengadu bahawa mereka mengawal

    tabiat pemakanan namun masih menghadapi masalah berat badan kerana mewarisi ibu bapanya

    yang berbadan gemuk.

    Bagaimanapun untuk menghalang faktor gentik ini berterusan, maka para pendidiklah yang

    memainkan peranan menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepada murid-murid.

    Murid yang obes ini akan mengambil langkah-langkah tertentu supaya kelak generasi

    seterusnya tidak mewarisi kegemukan yang dialami.

  • 8/12/2019 QGU 3013 tugasan 2

    6/11

    2.2Faktor Pemakanan

    Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh badan kita. Pemakanan yang sihat dapat

    membantu menghasilkan tenaga serta membolehkan kita bekerja dengan lebih baik. Setiap ibu

    bapa pula mahu melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat dan kuat. Justeru itu, sudah

    pastilah anak-anak disediakan dengan makanan yang berkhasiat. Sesetengah ibu bapa

    memanjakan anak-anak dengan memberikan segala jenis makanan dengan harapan agar mereka

    mndapat semua khasiatyang diperlukan. Akhirnya mereka gagal untuk mengawal pemakanan

    malah anak-anak cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan. Tidak mustahil

    makanan tersebut tidak berkhasiat dan tidak sesuai untuk mereka. Akhirnya akan menyumbang

    kepada masalah obesiti.

    Kesibukan ibu bapa juga menyebabkan pemilihan makanan yang berkhasiat agak terhad. Ibu

    bapa yang sibuk cenderung memilih makanan segera sebagai hidangan untuk keluarga akibat

    kekangan masa. Keadaan seperti ini akhirnya menjadi satu budaya dalam sesebuah keluarga.

    Ibu bapa yang mempunyai anak yang obes perlu tahu bahawa mengurang dan mengekalkan

    berat badan yang unggul adalah sesuatu yang sukar. Justeru, ia memerlukan kefahaman yangmantap tentang permasalahan ini dan menekankan tabiat pemakanan yang sihat. Keadaan ini

    bukan setakat diterapkan kepada kanak-kanak malah perlu dilakukan bermula dengan dirinya

    sendiri.. Hal ini bersesuaian dengan tujuan Pendidikan Kesihatan menurut Ewles &

    simnett(1986) yang antara lain tujuannya untuk menimbulkan kesedaran diri mengubah sikap ke

    arah yang lebih positif.

    2.3Faktor Persekitaran

    Pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya, dan media massa memainkan peranan pentingdalam menyumbang kepada permasalahan obesity kanak-kanak.

    Jika di sekolah, anak-anak di luar pengaruh dan kawalan ibu bapa, maka rakan sebaya dan

    persekitaran menjadi contoh utama mereka dalam memilih sesuatu makanan.

    Di sekolah, pemilihan makananyang berkhasiat juga terhad malah kebanyakan makanan yang

    disediakan tidak cukup seimbang, berkalori tinggi, tinggi kandungan garam dan gula juga kaya

    dengan kolestrerol. Kemudahan mendapatkan snek dan minuman manis di sekolah juga

    menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada faktor menjadi obes. Apatah lagi, jika pengusaha

    kantin di sekolah menjual makanan ringan atau junk food yang menjadi kesukaan kanak-

    kanak. Mereka akan cenderung untuk menghabiskan wang belanja harian semata-mata untuk

    membeli makanan ringan berbanding makanan berkhasiat yang lain seperti nasi, roti dan

    sebagainya.

    Budaya semasa masyarakat yang gemarkan makanan yang berkalori tinggi seperti Nasi Lemak,

    roti canai, the tarik dan makanan segera yang lain menyumbang kepada masalah obesity dalam

    kalangan kanak-kanak di Malaysia. Kanak-kanak di Malaysia juga terdedah dengan kemudahan

    mendapatkan makanan pada bila-bila masa dan ketika dengan adanya restoran-restoran yang

  • 8/12/2019 QGU 3013 tugasan 2

    7/11

    dibuka 24 jam. Keadaan ini juga menyumbang kepada faktor obesity kerana mereka cenderung

    untuk membeli makanan hatta pada waktu malam sekalipun.

    Dalam aspek ini para pendidik dapat memainkan peranan melalui Pendidikan Jasmani dan

    Kesihatan dengan memberi penerangan dan pengetahuan kepada murid-murid tentang segala

    sesuatu yang berkaitan dengan masalah obesit di kalangan individu dan masyarakat.

    3.0Kesan Obesiti di Kalangan Kanak-kanak di MalaysiaMenurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan

    kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu

    faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik.

    Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

    Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang

    lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkanbahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion penduduk di dunia akan mempunyai berat

    badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesity. Keadaan seperti ini

    tidak harus dibiarkan kerana mengundang pelbagai masalah kesihatan antaranya:

    3.1 Berat badan yang jauh melebihi daripada sepatutnya boleh menjadi penyebab kepada

    masalah kesihatan yang serius. Antara penyakit-penyakit yang mudah menjangkiti individu yang

    obesity adalah seperti berikut:

    3.1.1 DiabetesMellitus jenis 2: Ini boleh berlaku pada kanak-kanak berusia seawal 8 tahun

    3.1.2 Tekanan darah tinggi - Tekanan darah bertambah berikutan peningkatan berat badanyang berlebihan. Tekanan darah tinggi yang berpanjangan membebankan jantung dan

    membawa kerosakan kepada jantung.

    3.1.3 Masalah hati - Masalah hati berlemak ('Fatty liver disease/ nonalcoholicsteatohepatitis or NASH') sering berlaku di kalangan kanak-kanak obes dan boleh

    membawa kepada kegagalan fungsi hati ('liver failure, cirrhosis').

    3.1.4 Kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yangtersekat('Obstructive sleep apnea'): Kanak-kanak yang mempunyai masalah inimempunyai tidur yang tidak sempurna, dan sering mengalami gangguan pernafasan

    yang berulang-ulang sepanjang waktu tidur. Mereka juga sering berdengkur semasa

    tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian sekiranya tahap kekurangan oksigen

    semakin merosot.

    3.1.5 Batu karang pada pundi hempedu (Gallstones)- Kanak-kanak yang obes mempunyairisiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah ini.

    3.1.6 Kerosakan sendi Ini berlaku kerana kanak-kanak obes terpaksa membawa beratyang berlebihan sepanjang masa. Kerosakan boleh berlaku pada sendi kaki.

    3.1.7 Sindrom metabolik dan risiko penyakit jantung - Sindrom metabolik terjadi apabilapesakit obes juga mempunyai kombinasi masalah-masalah lain seperti kolesterol

  • 8/12/2019 QGU 3013 tugasan 2

    8/11

    tinggi, tekanan darah tinggi, dan paras glukos tidak normal. Ini berlaku di kalangan

    30-40% kanak-kanak obes dan mereka mempunyai risiko penyakit jantung yang jauh

    lebih tinggi apabila usia mereka meningkat.

    3.1.8 Penyakit Jantung - 'Atherosclerosis' (perubahan pada dinding pembuluh darah) ialahmasalah yang lazim berlaku pada kanak-kanak obes. Ia boleh berlaku seawal zaman

    kanak-kanak atau remaja, terutama pada mereka yang mengalami sindrom metabolik.3.1.9 Masalah haid - kanak-kanak perempuan yang obes sering mengalami akhil balighlebih awal daripada yang biasa. Mereka juga mempunyai risiko fibroid pada rahim

    ('uterine fibroid') and masalah kitaran haid apabila dewasa.

    3.2 Masalah EmosiObesiti bukan sahaja melibatkan masalah kesihatan fizikal malah turut memberi kesan

    kepada emosi dan kesihatan mental. Ini bukanlah bermaksudkanak-kanak trsebut menjadi

    gila tetapi ianya berkaiatan dengan emosi kanak-kanak yang mempunyai berat badanberlebihan hasil interaksi social.

    Kanak-kanak yang obes akan kerap diejek oleh rakan-rakan sebaya. Kesan ejekan ini akan

    membawa kepada kemurungan dan tiada keyakinan diri. Keadaan kemurungan ini bolehmenyebabkan masalah-masalah lain seperti sukar tidur, kurang aktif dalam aktiviti harian

    dan makan dengan kuantiti yang berlebihan. Akibatnya akan menambahkan lagi berat

    badan mereka.

    4.0 Cara-cara Mengatasi Obesiti di Kalangan Kanak-kanak di Malaysia

    Pelbagai usaha bagi menangani masalah obesity di kalangan pelajar di Malaysia sedang giat

    dilaksanakan antaranya:

    4.1 Mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak dengan mengamalkan diet sihat

    Diet kanak-kanak seharusnya mengandungi kandungan mineral, protein, vitamin dankarbohidrat. Dua perkara utama yang perlu ditekankan ialah apa yang hendak dimakan dan

    berapakah kuantiti yang sesuai. Pengambilan makanan kanak-kanak setiap hari terdiri dari waktu

    sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Sarapan pagi seharusnya berat dan

    berzat, contohnya telur separuh masak, cereal, susu, kekacang dan jus buah-buahan. Mengikut

    kajian, kanak-kanak yang tidak bersarapan kurang fokus ketika belajar dan pencapaian akademik

    mereka agak rendah berbanding dengan kanak-kanak yang bersarapan.Makan tengahari pula

    adalah makanan berkhasiat yang mengandungi kurang karbohidrat, lebih fiber dan protein.

    Makan tengahari yang berkhasiat akan memberikan tenaga segera yang membolehkan kanak-

    kanak kekal aktif sepanjang hari, pada masa yang sama ia sepatutnya kurang kalori. Minuman

    petang pula adalah makanan yang lebih ringan dan sihat seperti buahan, susu dan kekacang.

    Untuk makan malam, hidangkan makanan yang agak berat tetapi kurang kalori. Sayuran hijau,

    daging ayam, telur dan ikan adalah makanan yang menyihatkan. Hidangkan bersama nasi tetapi

    dalam kuantiti yang perlu dihadkan.

    Ibu bapa perlu peka dengan pengambilan makanan yang seimbang dalam diet seharian anak-anakmereka sepertimana dalam panduan Piramid Makanan.Piramid Makanan Malaysia mempunyai

  • 8/12/2019 QGU 3013 tugasan 2

    9/11

    gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis

    kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk

    diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.

    Piramid Makanan Malaysia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat.

    piramid makanan

    Untuk memastikan pengambilan diet yang seimbang di kalangan kanak-kanak bukan sahaja

    terletak di bahu para ibu bapa, bahkan kanak-kanak sekolah juga perlu diberi pengetahuan

    melalui pembelajaran khususnya Pendidikan Kesihatan. Sepertimana matlamat Pendidikan

    Kesihatan yang digariskan oleh Ewels & simnett(1986). Menurut beliau dalam melaksanakan

    tugasan Pendidikan Kesihatan,seorang pendidik mestilah berusaha memberikan penrangan dan

    juga menyumbangkan pengetahuan tentang segala sesuatu yang berkaitan dngan masalah yang

    sedang dihadapi oleh individu dan masyarakat. Diakhir sesuatu pengajaran dan pembelajaranpula diharapkan murid-murid dapat menimbulkan kesedaran diri setelah mendengar penjelasan

    dan penerangan yang diberi oleh guru mereka.

    4.2Mencegah Obesiti di kalangan kanak-kanak dengan bersenam dan pergerakan fizikal

    yang aktif

    Dewasa ini kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton, bermain alat

    permaian computer malah ada yang sanggup berjam-jam menghadap gadget berbanding dengan

    melakukan senaman atau rekreasi. Tanpa mereka sedari aktiviti-aktiviti seperti ini mungkin akan

    menyumbang kepada faktor obesity kerana kebiasaannya mereka akan mengunyah makanan

    ringan sambil melakukan aktiviti tersebut. Keadaan seperti ini tidak harus dibiarkan dan kanak-

    kanak perlu diberi kesedaran tentang kepentingan bersenam.

    Bersenam bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan, tetapi juga membantu mencergaskan

    badan. Pastikan anak-anak mempunyai masa bermain sekurang-kurangnya satu atau dua jam

    sehari. Galakkan anak-anak terlibat dalam sukan seperti berenang, bermain bola sepak, bermain

    tenis atau badminton atau sekurang-kurangnya berbasikal. Bersenam setiap hari akan

    http://2.bp.blogspot.com/_m7FDU-sNBjY/S-hA7GKb96I/AAAAAAAAAA4/X8ayde6DbXU/s1600/Piramidmakanan.jpg
  • 8/12/2019 QGU 3013 tugasan 2

    10/11

    meningkatkan stamina, membina semangat dan daya juang dan juga mencegah kenaikan berat

    badan.

    4.3 Mematuhi Peraturan Penjualan Makanan

    Pengusaha makanan juga merupakan individu yang turut sama memainkan peranan dalam

    membantu mengurangkan kadar obesity di kalangan kanak-kanak sekolah di Malaysia. Mereka

    perlu diberi pengetahuan dan penerangan tentang jenis-jenis makanan berkhasiat yang perlu

    disediakan.

    Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis

    makanan tidak sihat yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah

    seluruh negara.

    Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais krim, makanan jeruk, makanan

    mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah

    berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian

    Kesihatan.

    Bagaimanapun, ada beberapa jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya

    kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis

    panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di

    kalangan pelajar.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu

    terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan

    Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan

    Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

    Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu

    disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan

    1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah

    langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan

    pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan

    satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti.

  • 8/12/2019 QGU 3013 tugasan 2

    11/11

    RUMUSAN

    Obesiti merupakan antara fenomena yang perlu ditangani bagi mencapai matlamat

    melahirkan generasi yang sihat dan berkualiti. Pelbagai pihak harus turut memainkanperanan dalam menangani masalah ini samada individu itu sendiri, ibu bapa, masyarakat

    dan media massa.

    Tanpa wujudnya kesedaran dan kerjasama daripadapihak tersebut pastinya masalah

    obesity akan berterusan. Justeru Falsafah Pendidikan Kesihatan yang antara lainnya

    bermatlamat melahirkan individu yang mempunyai kesedaran akan kepentingan menjaga

    kesihatan dan seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat amat bertepatan sepertimana

    pendapat Ewels & Simnett.

    Guru antara individu yang memainkan peranan dalam membantu mengurang dan

    mengatasi masalah obesity melalui pengajaran yang disampaikan dalam Pendidikan

    Jasmani dan Kesihatan. Ingatlah Mencegah lebih baik daripada mengubati.

    Rujukan nanti ehhhh