kaf 3013.docx

22
PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E-FORM KAF 3013 KESIHATAN, KESELAMATAN DAN NUTRISI TUGASAN 1 TAHAP KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO.ID NO.TELEFON NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH:

Upload: jiwa-kosong

Post on 26-Oct-2015

307 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

TAHAP KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TRANSCRIPT

Page 1: KAF 3013.docx

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 12 TUGASAN 23 E-FORM

KAF 3013

KESIHATAN, KESELAMATAN DAN NUTRISI

TUGASAN 1

TAHAP KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO.ID NO.TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING:TARIKH SERAH:

Page 2: KAF 3013.docx

PENDAHULUAN

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal

dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak

yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu

guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang

merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan

prasekolah.

Menurut Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan

merangkumi Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan

Lepas Menengah dan Pendidikan Tinggi. Menjadi tanggungjawab KPM untuk memberi

perhatian yang serius kepada pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini. Akta

Pendidikan 1996 memperuntukkan aspek-aspek penting mengenai prasekolah, iaitu penubuhan

tadika, kuasa Menteri menubuh dan menyelenggara tadika, kurikulum prasekolah, bahasa

pengantar, pengajaran Agama Islam dan sebagainya.

Dari segi pendemokrasian pendidikan, dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak menikmati

peluang pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal dan

kumpulan etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas (Children With

Special Education Needs).

Di antara prinsip-prinsip asas dasar ialah menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah

kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 6 tahun. Memastikan penggunaan Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan. Guru-guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam

bidang pendidikan prasekolah. Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan bersesuaian dan

berkualiti dibekalkan. Satu mekanisma naziran dan penyeliaan dijalankan. Kerajaan juga

memastikan semua institusi pendidikan prasekolah mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan

Prasekolah 1996 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Akta Pendidikan 1996.

Page 3: KAF 3013.docx

DEFINISI DAN KONSEP SEKOLAH SELAMAT

Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang mudah tetapi penting iaitu mewujudkan

persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi

terkini dan masa hadapan. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-

pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari

persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat

menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah

yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang

sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang

bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).

Menurut the National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah yang

selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku

pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar

mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar

di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna.

Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat

daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologi. Keganasan yang di

maksudkan ialah sebarang tingkah laku bermasalah yang serius serta emosi yang ditunjukkan

oleh pelajar. Ini termasuklah tingkah laku agresif yang serius, serangan berbentuk fizikal,

membunuh diri, penggunaan dadah dan lain-lain tingkah laku personal yang berbahaya.

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan

sekolah yang selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang

tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-

gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau “ triad society”. Sekolah belum cukup

selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996)

menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan

perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus

diabaikan.

Page 4: KAF 3013.docx

Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya

terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan

psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek

keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan,

disiplin, dan tingkah laku.

KESELAMATAN PRASEKOLAH

Konsep Keselamatan

Keselamatan merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa berasa selamat, memberi

pelindungan kepadanya agar hidup sejahtera, dan melindunginya daripada sesuatu yang bahaya

yang menimpa diri individu tersebut. Keselamatan adalah khusus dirujuk kepada kanak-kanak

agar dapat membantu untuk hidup sihat sejahtera dalam keadaan persekitaran yang selamat.

Keselamatan juga merujuk kepada khususnya adalah untuk menghindarkan keadaan yang

membawa kemalangan. Justeru prosedur kecemasan yang baik perlu diwujudkan oleh guru

semasa kanak-kanak berasa di sekolah. Boleh dikatakan bahawa kemalangan berlaku di mana-

mana sahaja, dan bila-bila masa sahaja. Kita tidak boleh menganggap kanak-kanak mengetahui

tentang bahaya dan risko yang ada.

Konsep keselamatan juga merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau

kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan.

Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah

kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem

perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan

keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan

yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan

satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.

Aspek Keselamatan Fizikal

Kemudahan fizikal yang disediakan mestilah mencukupi, sesuai dan diselenggarakan dengan

baik serta mampu menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Setiap kemudahan

fizikal yang disediakan mestilah sesuai dari segi susun atur dan pemilihan ruangnya. Pengurusan

Page 5: KAF 3013.docx

ruang merupakan perkara yang penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di

kelas. Murid memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai dalam menjalankan aktiviti agar

mereka bebas untuk berinteraksi dengan bahan pembelajaran yang disediakan. Ruang yang

disediakan mestilah kondusif agar dapat merangsang pembelajaran murid. Setiap ruang yang

diwujudkan perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

i) Selesa

a) Keluasan yang bersesuaian

b) Pengudaraan yang baik

c) Pencahayaan yang baik

ii) Mudah alih

a) Ruang dan susun atur peralatan boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.

b) Peralatan boleh ditamba mengikut kesesuaian tema dan keperluan pengajaran dan

pembelajaran.

iii) Pelbagai guna

Ruang dan peralatan yang sesuai dapat digunakan untuk kepelbagaian aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

iv) Selamat

a) Peralatan dan bahan yang digunakan hendaklah selamat.

b) Susun atur dalam bilik memudahkan pergerakan murid.

c) Penyimpanan bahan/peralatan perlu sesuai dengan keadaan fizikal murid.

d) Peralatan dan bahan hendaklah sentiasa bersih.

e) Peralatan elektrik perlu diletak berhampiran dengan punca kuasa.

v) Ceria

a) Penyusunan bahan dan peralatan dalam bilik perlu kemas, rapi, menarik, berlabel dan

sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran semasa.

b) Keadaan fizikal bilik hendaklah sentiasa menarik dan bersih.

Page 6: KAF 3013.docx

vi) Bermakna

a) Ruang yang disediakan dapat merangsang murid untuk terlibat secara aktif dalam

pengajaran dan pembelajaran.

b) Murid boleh mengaitkan ruang yang disediakan dengan kehidupan seharian.

Peralatan dan bahan dalam ruang mestilah sesuai dengan perkembangan fizikal dan

mental kanak-kanak.

c) Ruang pembelajaran merangkumi keseluruhan premis prasekolah. Ruang ini

merangkumi ruang dalam kelas, ruang luar kelas, ruang dapur dan ruang bilik air.

Ruang dalam Kelas

Ruang dalam kelas berfungsi untuk merangsang pembelajaran murid dan memantapkan

peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa dan kemahiran berfikir. Ia juga

dapat menggalakkan penerapan kemahiran bersosial dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid

seperti bekerjasama, bertolak ansur dan keyakinan diri. Selain itu, ruang ini juga berfungsi untuk

membolehkan murid menjalankan pembelajaran kendiri mengikut tahap kebolehan mereka.

Walhal pula, ruangan ini turut membantu guru dalam menjalankan aktiviti bimbingannya

terhadap murid yang bermasalah selain memudahkannya untuk membuat penilaian terhadap

perkembangan murid dari aspek kognitif (pengetahuan dan kemahiran), afektif (sikap dan

tingkahlaku) dan psikomotor (fizikal). Jenis-jenis ruang dalam kelas dapat dibahagikan kepada

tiga bahagian iaitu pusat pembelajaran seperti Pusat Bahasa dan Komunikasi, Pusat Kreativiti

dan Estetika, Pusat Kognitif, Pusat Manipulatif, Pusat Teknologi, Pusat Main Peranan serta Pusat

Kerohanian dan Moral; Ruang Berkumpul (circle time) dan Pusat rujukan Guru.

Ruang Luar Kelas

Ruang Luar Kelas terdiri daripada ruang pondok dan tempat main air, main pasir dan ruang

berkebun.

i) Ruang Pondok

Ruang pondok boleh diwujudkan sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Ruang ini

diwujudkan bagi membolehkan murid untuk menjalankan aktiviti sendiri serta membolehkan

Page 7: KAF 3013.docx

mereka berinteraksi dan berkomunikasi sesama sendiri. Selain itu, dengan kewujudan ruang ini

juga, murid-murid dapat mengalami akan suasana yang sebenar seperti berada dalam rumah

kediaman, klinik mahupun kedai. Mereka juga mampu untuk melahirkan emosi yang pelbagai

berdasarkan bentuk aktiviti atau permainan yang dijalankan. Tambahan pula, kehadiran pondok

ini juga secara tidak langsung dapat mengembangkan bakat serta minat murid-murid terhadap

sesuatu bidang kerjaya sama ada guru mahupun doktor dan sebagainya. Mereka cuba untuk

melakonkan pelbagai watak dalam sesebuah cerita berdasarkan pengalaman yang diperoleh

semasa di rumah dan juga di persekitaran mereka.

Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini adalah berbentuk set alat permainan main

peranan seperti mainan memasak, pakaian doktor dan peralatannya serta peralatan ubat-ubatan.

Selain itu, jenis alat permainan berbentuk tradisional juga terdapat di dalam ruangan ini seperti

congkak, guli, batu seremban, dan konda-kondi. Pengisian-pengisian ini secara tidak langsung

mambu membantu memperkembangkan tahap pemikiran kanak-kanak agar menjadi lebih kreatif

dalam melakukan sesuatu aktiviti.

ii) Tempat Main Air dan Main Pasir

Ruang ini diwujudkan untuk meningkatkan kemahiran motor halus murid-murid melalui karya

yang dihasilkan. Secara tidak langsung, ruangan ini dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam

kalangan murid seperti mengamalkan sikap bertolak ansur dan bekerjasama dalam menghasilkan

karya masing-masing. Tambahan pula, ruangan ini berfungsi untuk menimbulkan kepekaan

terhadap persekitaran dalam diri murid iaitu dengan menamakan apa sahaja objek yang dilihat

berada disekeliling mereka. Bahkan, ruangan ini juga mampu menanam sikap keprihatinan

murid-murid terhadap aspek keselamatan dan kesihatan diri terutama semasa mereka bermain

dengan pasir. Selain itu, ruangan ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid-murid

dalam menimba dan memperoleh pengalaman melalui penerokaan yang dilakukan. Antara

alatan bagi ruangan ini adalah kotak air dan pasir penutup, alat permainan pasir dan pasir, pasir

yang bersih dan pili air di Kotak Main Air.

iii) Ruang Berkebun

Page 8: KAF 3013.docx

Ruang berkebun ialah ruangan yang disediakan kepada murid-murid untuk merasai suasana

sebenar yang dirasai oleh seorang petani. Selian itu, ruangan ini juga berfungsi untuk memberi

pengetahuan kepada murid-murid tentang perkembangan dan pertumbuhan sesuatu tumbuhan.

Murid-murid dapat melihat perkembangan dan pertumbuhan tumbuhan tersebut apabila mereka

bersama-sama menanam benih tumbuhan itu dan memerhatikan tumbesaran yang berlaku ke atas

benih itu. Pelbagai jenis tumbuhan boleh ditanam di ruangan ini seperti sawi, lada dan bunga-

bungaan. Antara pengisian untuk ruangan ini adalah kepelbagaian jenis pokok herba dan poko

renek, tanaman berbatas dan kolam untuk tumbuhan air seperti teratai dan kiambang.

iv) Alat Permainan Luar

Alat permainan luar disediakan bagi membolehkan murid untuk meningkatkan kemahiran motor

kasar mereka, mendisplinkan diri semasa menggunakannya dan juga menjadi prihatin terhadap

aspek keselamatan semasa menggunakan setiap jenis alatan permainan luar. Antara peralatan

yang boleh diletakkan dalam permainan luar ialah jongkang jongket, papan gelunsur, papan

imbangan, rangka panjat (monkey bar), terowong dan buaian.

Ruang Dapur

Ruang dapur terbahagi kepada ruang penyediaan makanan dan juga ruang makan.

i) Ruang Penyediaan Makanan

Ruang penyediaan makanan diwujudkan bagi membolehkan aktiviti memasak dan aktiviti

mencuci peralatan dijalankan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memberi bimbingan kepada

murid dalam penyediaan makanan dan minuman. Tambahan pula, ruangan ini mampu membantu

dan memberi bimbingan kepada murid untuk mengemas peralatan dapur serta mengasingkannya

mengikut tahap keselamatan masing-masing setelah digunakan. Antara peralatan yang terdapat

dalam ruangan ini ialah dapur, sinki, peti sejuk, rak pinggan mangkuk, set peralatan memasak,

peralatan mencuci, set pinggan mangkuk, menu, kain pengelap, bahan pencuci atau pembasmi

kuman dan alat pemadam api.

ii) Ruang Makan

Ruang makan perlu diwujudkan bagi membolehkan murid untuk makan ditempat yang

disediakan. Selain itu, mereka juga boleh didedahkan dan dibimbing mengenai cara penyediaan

Page 9: KAF 3013.docx

serta hidangan makanan dan minuman. Murid-murid juga dibimbing dalam ruangan ini

mengenai cara mengemas ruang makan selepas digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam

ruangan ini ialah meja beralas, tikar, kerusi, pelapik makanan, carta doa makan, carta makanan

seimbang, carta kesihatan, tuala tangan dan cermin.

Ruang Bilik Air

Ruang bilik air diwujudkan bagi membolehkan murid untuk mengamalkan kebersihan diri

dengan betul, mengamalkan kebersihan tandas sebelum, semasa dan selepas menggunakannya,

serta mengetahui cara penggunaan air secara berhemah. Dalam ruangan ini, terdapat pelbagai

kemudahan yang disediakan seperti tandas untuk murid lelaki dan murid perempuan yang

diasingkan mengikut jantinanya, sinki, bilik mandi (shower), cermin, sabun, berus, mop,

pewangi dan pencuci, gayung dan baldi, salur getah serta selipar.

PANDUAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN

a) Ruang Pembelajaran dan Kebersihan

Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabot hendaklah memudahkan pergerakan

murid supaya ‘traffic flow’ dalam kelas berjalan lancar. Susun atur perabot juga mestilah tidak

melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid. Setiap penjuru perabot yang tajam

perlu diletakkan atau disusun dalam keadaan yang tidak membahayakan murid.

Manakala peralatan yang membahayakan seperti gunting, jarum dan sebagainya hendaklah

disimpan di tempat yang selamat. Bagi bahan-bahan yang digunakan seperti krayon, pewarna,

plastesin, dan sebagainya hendaklah dipastikan bahawa ianya diperbuat daripada bahan yang

tidak bertoksid. Selain itu, keadaan peralatan daripada elektrik seperti komputer, radio dan

televisyen dipastikan bahawa suisnya dimatikan selepas digunakan. Jeriji besi kelas hendaklah

sentiasa ditutup sekiranya kelas prasekolah berasingan dengan taman permainan.

Keadaan lantai dalam kelas hendaklah sentiasa kering dan bersih. Begitu juga dengan pintu dan

tingkap yang mestilah bersih sepanjang masa. Keadaan peti pertolongan cemas pula mestilah

sentiasa lengkap dan berada ditempat yang selamat serta mudah untuk dicapai. Selain itu, pelan

laluan kecemasan atau kebakaran hendaklah ada dan dipamerkan di setiap kelas prasekolah di

Page 10: KAF 3013.docx

tempat yang strategik. Manakala bagi latihan kebakaran pula, pihak sekolah hendaklah membuat

latihan ini sekurang-kurangnya dua kali setahun kepada murid-murid. Keadaan perabot dan

peralatannya mestilah sentiasa kemas dan selamat untuk digunakan.

b) Ruang Dapur (Ruang Penyediaan Makanan dan Ruang Makan)

Setiap peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat. Suis peralatan elektrik yang

digunakan hendaklah sentiasa dimatikan selepas selesai menggunakannya. Keadaan peralatan

elektrik mestilah berada dalam kedudukan yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-

kanak seperti cerek dan kuali. Bagi bekas yang mengandungi air panas hendaklah sentiasa

ditutup dan diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat. Bahan-bahan yang berbahaya seperti

bahan peluntur dan pembasmi kuman perlu dijauhkan daripada kanak-kanak. Keadaan tabung

gas pula mestilah berada dalam keadaan baik dan ditutup selepas digunakan. Sekiranya tabung

gas diletakkan ditempat yang tertutup, pastikan ianya mempunyai ruang untuk peredaran udara

yang baik dan selamat.

Alat pemadam api yang terdapat di bangunan prasekolah ini hendaklah berfungsi dan diletakkan

di tempat yang selamat serta tidak luput tarikhnya. Pihak pengurusan prasekolah iaitu pembantu

pengurusan murid dan guru prasekolah hendaklah sentiasa menyemak tarikh luput bagi setiap

stok bahan makanan dan minuman. Bagi lantai dan meja yang terdapat dalam ruangan ini

hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Begitu juga dengan setiap

pinggan dan mangkuk di ruangan ini mestilah bersih dan tersusun rapi. Tidak lupa juga peti

sejuknya hendaklah sentiasa dibersihkan. Selain itu, keadaan tong sampah juga hendaklah

sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat yang betul.

c) Ruang Bilik Air

Bagi keselamatan dan kebersihan dalam ruangan ini pula, keadaan lantainya hendaklah sentiasa

bersih dan kering. Setiap pencuci tandas, pewangi dan pembasmi kuman perlulah disimpan di

tempat yang selamat. Keadaan mangkuk tandas dan sinki dalam ruangan ini mestilah berkeadaan

Page 11: KAF 3013.docx

bersih. Begitu juga dengan saliran air yang berlaku hendaklah sentias bersih. Manakala bahan

seperti pencuci tangan, sabun dan tuala tangan perlu disediakan dengan baik.

d) Ruang Luar Kelas

Tempat permainan luar hendaklah rata dan selamat iaitu tidak terdapat batu dan benda yang

tajam. Setiap alat permainan luar hendaklah berada dalam keadaan selamat untuk digunakan iaitu

dijamin tidak berkarat atau rosak. Bagi ruang kaki lima pula, ianya perlulah sentiasa kering dan

bersih. Keadaan rak kasut atau tempat letak kasut pula hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.

Begitu juga dengan keadaan longkang disekitar kelas prasekolah ini. longkang-longkang tersebut

hendaklah berada dalam keadaan bersih dan selamat dengan meletakkan penutup di atas setiap

longkang supaya mengelakkan kecederaan kanak-kanak berlaku.

LAPORAN KESELAMATAN DI PRASEKOLAH

Daripada pemerhatian yang dilakukan berdasarkan senarai semak, saya dapat membuat beberapa

kesimpulan:

i. Prasekolah ini mengamalkan langkah – langkah keselamatan dalam kebanyakan perkara

terutama ‘gril’ yang dipasang di pintu hadapan dan pintu belakang bilik darjah.

ii. Pemilihan lokasi prasekolah amat strategik kerana jauh dari jalanraya atau kawasan

berpaya.

iii. Kawasan belakang prasekolah yang menjadi tempat permainan luar kanak-kanak ditutupi

pagar.

iv. Keadaan bilik darjah juga amat selesa dengan keluasan yang optimum dan kelengkapan

perabot yang mencukupi dan saiz kerusi serta meja yang sesuai dengan kanak-kanak.

v. Bilik darjah juga mendapat cahaya dan pengudaraan yang mencukupi

vi. Kanak-kanak juga kelihatan amat selesa berada di dalam kelas dan kebarangkalian untuk

mengalami kemalangan adalah amat rendah kerana lantai mozek sentiasa dimop serta

permaidani dihampar di kawasan yang menjadi tumpuan kanak-kanak bermain.

vii. Ruang dapur yang terpisah dari ruang belajar juga memudahkan tugas pembantu

prasekolah dalam melaksanakan tugasnya.

Page 12: KAF 3013.docx

viii. Namun, prasekolah ini menghadapi masalah dalam penyediaan tandas untuk kanak-kanak

prasekolah kerana proses pemasangan tandas dan sinki yang tidak disiapkan oleh pihak

penyelenggaraan. Oleh itu, kanak-kanak terpaksa menggunakan tandas yang digunakan

oleh pelajar – pelajar dewasa.

ix. Jika berlaku kes kemalangan atau kecederaan ringan, kanak-kanak prasekolah akan

segera diberi bantuan kerana peti pertolongan cemas dan ubat-ubatan dibekalkan di

dalam bilik darjah.

x. Pembantu prasekolah amat menitikberatkan keselamatan kanak-kanak dengan

memastikan peralatan permainan dan ABM disimpan rapi di dalam stor dan almari setiap

kali selepas digunakan.’

PENUTUP

Untuk memastikan Prssekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara

bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh Guru Besar sebagai pengurus sekolah tetapi

juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa

Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.

Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan

tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di

sekolah kita.

Page 13: KAF 3013.docx

GAMBARAN PERSEKITARAN PRASEKOLAH

Taman permainan

Dapur

Tandas

Page 14: KAF 3013.docx

Ruang P&P

Ruang Makan

Luar Kelas

Page 15: KAF 3013.docx

RUJUKAN

Akhbar Utusan (Edisi On line). 16 November 2004. “Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan

Di Sekolah.” http://www.utusan online .com.my

Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 7 Jun 2004. “19 Pelajar Cedera, Paip Gas Makmal Meletup.”

http://www.utusan online .com.

Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. “Lebih 100 Pelajar sisyaki Keracunan Makanan.

” http://www.utusan online .com.my

Akhbar Berita Harian. 25 September.2003. “Pengetua, Pelajar Mesti Kerap Berbincang.”

Azrina Ahzan (1999). “Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah”. Berita Minggu 11

Jun 1999.Halaman 4.

Beyer, D. (1997). “School Safety and The Legal Rights of Students”.No.121.

Carolyn, R.Pool (1998). “A Safe And Caring Place”. Jurnal Association for Supervision and

Curriculum Developmental.Vol.21, 1998.

Comer, J.P. (1998). “Model of The School Development Program Success”. New Haven, CT:

Comer School Development Programme, Yale Child Study Center.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000.