qkm 3013 - organisasi/pentadbiran program pendidikan kesihatan - tugasan 2

24
QKM 3013 ORGANISASI/PENTADBIRAN PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Tugasan 2 – Individu Tugasan – Melawat atau mengumpulkan maklumat mengenai satu organisasi kesihatan kerajaan/NGO dan menyediakan laporan yang lengkap mengenai struktur organisasi dan aktiviti/program-program kesihatan yang dijalankan. NITO ANAK TONY D20112055167 AT 05J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KUMPULAN : UPSI 02 PENSYARAH DR. GUNATHEVAN A/L ELUMALAI

Upload: nitotony73

Post on 24-Apr-2015

188 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

TRANSCRIPT

Page 1: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

QKM 3013

ORGANISASI/PENTADBIRAN PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Tugasan 2 – Individu

Tugasan – Melawat atau mengumpulkan maklumat mengenai satu organisasi kesihatan kerajaan/NGO dan menyediakan laporan yang lengkap mengenai struktur organisasi dan aktiviti/program-program kesihatan yang dijalankan.

NITO ANAK TONY

D20112055167

AT 05J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SEMESTER 2

SESI 2012/2013

KUMPULAN : UPSI 02

PENSYARAH

DR. GUNATHEVAN A/L ELUMALAI

FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

Page 2: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan

izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan

ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-

sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr.

Gunathevan a/l Elumalai kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan

penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama

membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan

menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan

ini.

Sekian, terima kasih.

Page 3: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

Kandungan

Bil Perkara Muka surat

PUSAT DARAH NEGARA

Bahagian A

1 i. Sejarah penubuhan. 1

2 ii. Visi, Misi, matlamat dan halatuju. 2

3 iii. Struktur organisasi. 4

4 iv. Bidang tugas setiap AJK. 6

5 v. Sumber kewangan 10

6 vi. Aktiviti dan program jangkamasa pendek/panjang 10

7 vii. Pencapaian 16

8 viii. Lain-lain sumbangan 17

9 ix. Kekangan dan masalah yang dihadapi. 18

Bahagian B

10 i. Pandangan mengenai kerelevenan aktiviti dan program-program

yang dijalankan. 20

11 ii. Cadangan penambahbaikan dan lain-lain perkara yang

berkaitan. 20

Page 4: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

PUSAT DARAH NEGARA

Bahagian A

i. Sejarah penubuhan

Sejarah

Perkhidmatan Tabung Darah di Malaysia telah dimulakan oleh sekumpulan

sukarelawan wanita Palang Merah British pada tahun 1955. Pada peringkat mulanya,

perkhidmatan ini hanya dibuka pada hari Rabu, jam 5.00 petang sehingga 5.30 petang

sahaja yang bertempat di bangunan Hospital Umum Kuala Lumpur. Atas inisiatif ini

seramai 25 hingga 44 orang penderma berjaya dikutip pada setiap bulan. Para

penderma pada masa itu terdiri daripada anggota polis, tentera dan kakitangan

kerajaan.

Selepas 15 tahun bermulanya perkhidmatan ini, sebanyak 5,830 unit darah dan

tidak kurang daripada 13,860 ujian keserasian berjaya dilakukan. Melihat kepada

perkembangan perkhidmatan ini, Tabung Darah telah dipindahkan ke satu bangunan

khas di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1971. Bangunan ini dikenali sebagai “Pusat

Perkhidmatan Darah Kebangsaan” dan telah dirasmikan pada bulan April 1972 oleh

Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan. Pusat Perkhidmatan Darah

Kebangsaan yang diletakkan di bawah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia

diketuai oleh seorang Pengarah. Beliau adalah bertanggungjawab dalam segala hal

perkhidmatan darah yang melibatkan perkara teknikal dan pengurusan.

Bermula pada tahun 1975 pula, Pusat Perkhidmatan Darah Kebangsaan telah

melaksanakan peranan yang penting dalam penyeragaman peraturan kerja,

metadologi, riagen dan peralatan tabung darah di seluruh Malaysia. Pada tahun 2002,

bangunan baru Pusat Darah Negara telah didirikan di Jalan Tun Razak dan telah

dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Sri Hasmah Mohd Ali. Bangunan ini tersergam

indah dan megah sehingga sekarang dalam menjamin dan memastikan pungutan darah

yang selamat, bersih dan berkualiti.

1

Page 5: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

ii. Visi, Misi, matlamat dan halatuju

Visi

Pusat Darah Negara sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan

darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di

bidang Transfusi Perubatan.

Misi

Pusat Darah Negara sentiasa berusaha dalam menyediakan perkhidmatan yang

berkualiti melalui semangat kerja berpasukan, berkhemah, profesional yang didokong

dengan sikap menghormati, berilmu pengetahuan terkini dan inovatif serta mempunyai

jaringan kerjasama di antara lain-lain institusi sama ada dalam atau di luar negara untuk

melakukan penyelidikan dan perkongsian ilmu pengetahuan bagi kesejahteraan

pesakit, para penderma darah, individu-individu di dalam penjagaan kesihatan dan

masyarakat amnya.

Objektif

1. Mewujudkan dan mengekalkan sekumpulan penderma darah yang selamat.

2. Menyediakan darah, komponen-komponen darah yang selamat, mencukupi dan

sesuai melalui amalan prosedur saringan serta penstoran mengikut piawaian

antarabangsa.

3. Memastikan penjagaan pesakit yang optima melalui penggunaan darah dan

produk darah yang sesuai.

4. Mewujudkan dan mengekalkan hubungan kerjasama melalui latihan,

penyelidikan dan pembangunan sejajar dengan keperluan amalan dan teknologi

terkini dalam bidang perubatan terkini.

2

Page 6: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

Halatuju

Pusat Darah Negara yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur adalah

sebuah organisasi yang bertanggungjawab merancang dan memperkembangkan

perkhidmatan transfusi darah di peringkat wilayah dan kebangsaan. Pusat ini

memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang Perolehan dan Pendermaan

Darah, Transfusi Perubatan, Platelet Serologi, Transfusi Mikrobiologi, Hematologi,

Immunohematologi, Produksi dan Fraksinasi, Hemostasis, Inventori, Histokompatibiliti

dan Immunogenetik, Hemofilia, Kualiti/Biokimia, Darah Tali Pusat dan Pendidikan

Kesihatan.

Pada peringkat Wilayah Tengah, pusat ini bertanggungjawab mengumpul,

memproses dan membekalkan darah dan produk-produk darah bagi kegunaan pesakit

di hospital-hospital kerajaan dan swasta untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

Putrajaya. Pusat ini turut bertanggungjawab memproses dan menjalankan ujian

saringan darah untuk seluruh negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Barat.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan anggotanya mendapat latihan

dan pembelajaran yang berterusan, pusat ini telah menganjurkan dan memberikan

latihan di peringkat dalaman, kebangsaan dan antarabangsa melalui kursus, seminar,

bengkel dan konferen.

Pusat Darah Negara juga memberikan khidmat latihan kepada anggota di

hospital daerah, hospital negeri, pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan, Pegawai

Perubatan, Pegawai Sains dan pelatih Siswazah Lanjutan Perubatan serta para pelajar

dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta. Pusat ini juga telah mendapat

pengiktirafan akreditasi dari NATA (National Association of Testing Authorities),

Australia untuk piawaian ISO/IEC 17025. Harapan dengan pengiktirafan ini pelanggan

akan lebih yakin dengan perkhidamatan dan hasil darah yang dibekalkan dari aspek

kualiti dan keselamatan.

3

Page 7: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

iii. Struktur organisasi

Carta Organisasi Pusat Darah Negara

Pengarah: Pakar Perunding Kaji Penyakit

Pakar Timbalan Pengarah I Timbalan Pengarah II Timbalan

Perunding Pengarah

Kanan Pengurusan

Bhgn Bhgn Bhgn Bhgn

Hematologi Rekrutmen Immunohematologi Histokom-

& Publisiti pabiliti &

Immuno-

genetik

Unit Unit Unit Unit

Hematologi Pendidikan Red Blood Cell Histokom-

Kesihatan pabiliti

Unit Unit Unit Platelet Unit

Biochemistry Rekrutment

Immuno-

genetik

Unit Rekod Unit Transfusi Pusat

Perubatan Perubatan Koordinasi

Page 8: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

4

Bhgn Hemofilia Bhgn Perolehan Darah

Bhgn Inventori Unit Pendaftaran

Rekod Penderma

Unit Hemovigilance Unit Pengurusan

Penderma

Unit Look back

Bhgn Hemostasis/ Bhgn Transfusi Bhgn Kualiti Bhgn Pengurusan

Thrombosis Mikrobiologi

Pegawai Perubatan Unit Makmal Bhgn Cord Unit Pengurusan

Dalam Perkhidmatan Rujukan Tranfusi Blood Aset & Unit Latihan

& Sarjana Transfusi Mikrobiologi

Unit Serologi Unit Teknologi

Maklumat

Unit NAT Unit Kegunaan &

Unit Perolehan Stor

Unit Sumber Manusia, Pentadbiran & Angkut Unit Kejuruteraan

Page 9: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

5

iv. Bidang tugas setiap AJK

1. Unit Darah Tali Pusat

Bertanggungjawab bagi mengumpul dan memproses darah tali pusat yang

didermakan untuk para pesakit yang memerlukan sel stem. Semua pendermaan

adalah secara sukarela dan penderma tidak dikenakan sebarang bayaran.

2. Unit Rekrutmen Penderma dan Angkut

Unit Rekrutmen Penderma bertanggungjawab mendapatkan bekalan darah yang

mencukupi bagi keperluan pengguna manakala Unit Angkut bertanggungjawab

menyediakan kenderaan untuk kegunaan jabatan.

3. Unit Pendaftaran dan Rekod Penderma

Menyediakan perkhidmatan kaunter pendaftaran dan penyimpanan serta

pengemaskinian rekod-rekod penderma.

4. Unit Pengurusan Penderma

Mengumpul darah dan produk aferesis daripada para penderma yang menderma

darah di Pusat Darah Negara dan sesi pendermaan darah bergerak (mobile

blood donation).

5. Bahagian Transfusi Mikrobiologi

Obejktif bahagian ini adalah untuk menyaring darah dan produk darah yang

didermakan oleh para penderma untuk memastikan darah itu selamat bagi tujuan

transfuse serta bebas dari penyakit yang merbahaya seperti Human

Immunodeficiency Virus 1 dan 2 (HIV 1 / 2), Hepatitis “B” Virus (HPV) dan

Hepatitis “C” Virus (HCV) Syphilis.

6. Unit Serologi Sel Darah Merah

Unit ini menjalankan ujian penjenisan lengkap kumpulan darah bagi penderma

Page 10: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

6

dan sebagai pusat rujukan untuk semua kes-kes antibodi yang berkaitan dengan

sel darah merah untuk semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) dan pihak swasta atas permintaan.

7. Unit Serologi Platelet

Pusat rujukan untuk semua kes-kes antibodi yang berkaitan dengan platelet

untuk semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan

pihak swasta atas permintaan.

8. Unit Transfusi Perubatan

Menyediakan perkhidmatan ujian pra-transfusi (keserasian darah) kepada

Hospital Kuala Lumpur dan klinik-klinik swasta berhampiran yang tidak

mempunyai kemudahan ujian itu.

9. Unit Produksi dan Unit Fraksinasi

Unit Produksi bertanggungjawab memproses darah kepada produk atau

komponen darah manakala Unit Fraksinasi pula menguruskan penghantaran

plasma ke CSL Bioplasma di Australia bagi fraksinasi.

10. Unit Pembekalan

Bertanggungjawab menyimpan dan membekalkan darah yang telah disaring

kepada hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, hospital Universiti, hospital

swasta dan klinik-klinik lain yang memerlukan bekalan darah.

11. Unit Hemofilia

Bertanggungjawab memberikan khidmat rawatan dan kaunseling kepada pesakit

Hemofilia dan masalah pendarahan yang lain. Di samping itu, ia juga bertindak

sebagai Pusat Pendaftaran Kebangsaan bagi Hemofilia dan lain-lain masalah

pendarahan.

Page 11: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

7

12. Unit Kualiti/Biokimia

Unit Kualiti mengkoordinasi dan memantau semua aktiviti kualiti termasuk

penjagaan sistem pengurusan kualiti jabatan. Unit Biokimia menawarkan ujian-

ujian diagnostik untuk pemantauan kesihatan penderma aferesia dan pesakit

hemofilia.

13. Unit Pendidikan Kesihatan

Memberikan pengetahuan, meningkatkan kesedaran dan menjadikan

pendermaan darah sebagai satu amalan di kalangan orang ramai menerusi

media cetak dan elektronik. Ini untuk menyemai sikap menderma darah secara

sukarela dan menjadikan pendermaan darah sebagai satu gaya hidup di

kalangan warga Malaysia.

14. Unit Hematologi

Memberi perkhidmatan diagnostik dalam bidang hematologi kepada Hospital

Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara dan beberapa hospital kerajaan (melalui

temujanji) serta perkhidmatan sokongan terhadap sokongan lain-lain aktiviti

Pusat Darah Negara.

15. Unit Hemostasis

Bahagian ini menjalankan ujian-ujian asas Koagulasi ujian-ujian yang khusus

bagi diagnosis gangguan pendarahan dan ujian penyaringan Thrombofilia. Ia

juga bertindak sebagai makmal rujukan kebangsaan bagi kes-kes Hemostasis

dan Thrombosis.

16. Unit Histokompatibiliti dan Immunogenetik

Menawarkan perkhidmatan tisu Human Leukocyte Antigen (HLA) Kelas I dan II.

17. Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia

Page 12: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

8

Mengurus dan mengawal hal-hal pentadbiran, perkhidmatan, keselamatan

pembangunan sumber manusia dan pengisian perjawatan bagi anggota Pusat

Darah Negara. Melaksana dan memastikan semua arahan-arahan dan

pekeliling-pekeliling kerajaan dilaksanakan dan dipatuhi.

18. Unit Perolehan dan Stor

Bertanggungjawab ke atas proses perolehan bekalan dan perkhidmatan di Pusat

Darah Negara. Penerimaan permohonan pembelian. Proses menjana

pengeluaran Pesanan Tempatan Kerajaan (LPO) menggunakan sistem

elektronik ePerolehan dan eSpkb sepenuhnya. Memantau pengumpulan kembali

nota penghantaran (DO) dan invois ke Unit Kewangan bagi pembayaran.

Bertanggungjawab ke atas penerimaan dan pengeluaran stok dari stor utama

serta penyimpanan dan mengemaskini keluar – masuk stok.

19. Unit Pengurusan Aset

Menguruskan semua aset alih kerajaan di kementerian/jabatan di bawah

kawalannya meliputi enam aspek utama iaitu penerimaan, pendaftaran,

penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.

20. Unit Teknologi Maklumat

Unit ini bertanggungjawab dalam mengurus, menyelenggara dan menyelaras

sistem pengkomputeran, memantau penggunaan sistem komputer dan memberi

bantuan teknikal berhubung semua peralatan Information Communication

Technology (ICT), rangkaian Wide Area Network (WAN) dan Local Area Network

(LAN). Unit ini juga bertanggungjawab dalam pengemaskinian laman web,

perolehan dan pelupusan peralatan ICT, penggunaan e-mail serta memberi

khidmat nasihat berhubung dengan teknologi ICT terkini. Selain itu Unit

Komputer turut memantau dan menjaga sistem maklumat tabung darah (Blood

Bank Information System - BBIS) yang diguna pakai di Pusat Darah Negara.

Page 13: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

9

v. Sumber Kewangan

1. Peruntukan Pihak Kerajaan Pusat

Pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperuntukan

sejumlah perbelanjaan untuk Pusat Darah Negara terus beroperasi dan

menjalankan aktivitinya pada setiap tahun.

2. Sumbangan Pihak Swasta

Syarikat-syarikat dan pihak swasta yang prihatin telah menyumbang sejumlah

dana untuk menjayakan program dan kempen derma darah termasuklah

pembelian peralatan bagi kemudahan di pusat ini.

3. Sumbangan Pertubuhan NGO dan Orang Perseorangan

Pertubuhan NGO dan orang perseorangan yang menderma wang bagi

membantu menjayakan program atau kempen derma darah yang diadakan di

negara kita.

4. Unit Kewangan

Memperuntukan, mengatur dan mengawal penggunaan kewangan dengan

cekap dan berkesan untuk membantu memenuhi keperluan perlaksanaan

program dan aktiviti jabatan. Memproses baucar-baucar bayaran dengan cepat

dan teratur supaya bayaran dapat dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Mengurus dan mengawal pembayaran gaji dan lain-lain emolumen kakitangan

Pusat Darah Negara dengan cekap dan terkawal. Mewujudkan sistem pungutan

hasil di Pusat Darah Negara dengan cara yang berkesan dan terbaik untuk

mengurangkan amaun tertunggak ke paras minimum.

vi. Aktiviti dan program jangkamasa pendek/panjang

1. Tatacara Penganjuran Kempen

Page 14: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

10

Pihak Pusat Darah Negara sentiasa berusaha bagi meningkatkan jumlah kutipan

darah untuk dibekalkan kepada hospital-hospital yang memerlukan darah. Oleh

itu, banyak program-program pendermaan darah dirancang dan dilaksanakan

oleh pusat ini. Bagi menganjurkan program pendermaan darah yang berjaya dan

berkesan, beberapa perkara perlu diberi perhatian:

a. Jumlah minima penderma adalah 40 orang.

b. Tempat pendermaan: Saiz seluas 20 kaki x 20 kaki minima, selesa, berhawa

dingin atau berkipas, terang, mempunyai peredaran udara yang baik dan jauh

daripada gangguan bunyi bising. Elakkan tempat yang panas, tersorok, berhabuk

dan yang perlu menaiki tangga yang tinggi. Mempunyai kemudahan meletak

kenderaan dan memuat turun barang.

c. Peralatan: Peralatan yang digunakan bagi proses pendermaan darah akan

dibawa oleh pihak pusat. Jamuan ringan selepas pendermaan akan disediakan

oleh pihak pusat.

d. Pihak penganjur diminta agar dapat menyediakan: Sekurang-kurangnya 8

buah meja dan 20 buah kerusi bagi kegunaan penderma dan kakitangan

bertugas , kipas sekiranya tempat yang disediakan tidak berhawa dingin atau di

tempat terbuka. Bekalan elektrik dan air bersih.

e. Publisiti: Pihak penganjur disyorkan untuk mengumumkan kepada orang ramai

mengenai kempen menderma darah yang akan dijalankan ini.

f. Poster dan pamphlet: Bagi publisiti kempen pendermaan darah ini akan

dibekalkan oleh pihak pusat. Pihak penganjur disyorkan untuk mengumumkan

kepada orang ramai mengenai kempen menderma darah yang akan dijalankan

dengan menggunakan poster yang dibekalkan selewat-lewatnya seminggu

sebelum tarikh kempen. Pada hari pendermaan, pengumuman secara lisan atau

dengan bantuan sistem makluman awam bolehlah dilakukan untuk

mengingatkan orang ramai tentang kempen yang sedang diadakan.

Page 15: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

11

2. Ingin Menganjurkan Kempen Derma Darah

Bagi menganjurkan kempen derma darah di lokasi dan kawasan anda, anda

bolehlah emelkan maklumat anda di ruangan dalam laman web pusat ini. Pihak

Pusat Darah Negara akan menghubungi pihak anda untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih atas kesudian dan keprihatinan anda. Sebarang pertanyaan boleh

hubungi Unit Kempen di talian: 03-2695 5557 / 5558.

3. Aktiviti – aktiviti Setiap Unit

a. Unit Darah Tali Pusat

Mengambil darah tali pusat dari uri secara “ex-utero” iaitu pengambilan darah

dilakukan selepas uri dikeluarkan dari rahim ibu. Semua darah tali pusat ini

diambil dari Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur. Menjalankan kerja-kerja

memproses dan menyimpan darah tali pusat yang berjaya dikutip. Setiap unit

darah tali pusat ini akan diproses oleh seorang kakitangan sahaja bermula dari

penerimaan darah tali pusat hinggalah ke penyimpanan.

b. Unit Rekrutmen Penderma dan Angkut

Memastikan bekalan darah adalah mencukupi pada setiap masa dengan

mendapatkan bekalan darah yang selamat daripada penderma yang menderma

secara sukarela.

c. Unit Pengurusan Penderma

Mengambil darah daripada yang layak melalui pendermaan darah penuh dan

aferesis. Menyediakan jamuan ringan dan ‘haematinics’ kepada penderma

selepas proses pendermaan.

d. Bahagian Transfusi Mikrobiologi

Menjalankan ujian saringan darah secara serologi dan ujian nukleik asid

terhadap sampel darah penderma yang dikutip oleh Bahagian Perolehan Darah,

Page 16: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

12

Pusat Darah Negara. Berperanan sebagai pusat rujukan kepada pusat-pusat

penyaringan di seluruh negara bagi penyakit jangkitan melalui transfusi seperti

Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV 1 dan 2. Menjalankan ujian lanjutan secara

serologi dan juga ujian nukleik asid untuk tujuan pengesahan status semua

sampel yang diterima dari pusat-pusat saringan seluruh negara. Menjalankan

kajian penilaian terhadap reagen-reagen atau peralatan yang mungkin

digunakan untuk tujuan penyaringan darah. Menyediakan penilaian spesifikasi

dan teknikal ke atas reagen dan peralatan untuk kegunaan pusat saringan di

bawah Kementerian Kesihatan bagi tujuan sebut harga atau tender. Bertindak

sebagai pusat pengumpulan data dan maklumat kebangsaan mengenai

jangkitan HBV, HCV, HIV dan syphilis di kalangan penderma darah.

e. Unit Serologi Sel Darah Merah

Menjalankan ujian penjenisan lengkap kumpulan darah secara automasi ke atas

sampel darah penderma bagi kumpulan darah ABO dan Rh. Menjalankan ujian

pengesahan untuk kes-kes ‘rare blood group’ dan menguruskan ‘rare blood

group registry’ secara bersama dengan unit pengurusan penderma. Menjalankan

secara berkala ujian fenotip darah penderma untuk kumpulan darah Rh dan Kidd

secara automasi. Menjalankan ujian pengesahan darah penderma RhD negatif.

Menjalankan ujian penjenisan lengkap kumpulan darah bagi kumpulan darah

ABO dan Rh secara automasi untuk ibu-ibu mengandung, darah tali pusat dari

klinik ibu & anak seliaan DBKL dan wad Materniti, HKL. Menjalankan ujian

keserasian dan membekalkan darah yang sesuai bagi kes-kes antibodi positif.

Menjalankan ujian-ujian fenotip lengkap bagi pesakit yang dijangka

menerima pemindahan darah secara berulang. Menjalankan ujian-ujian Coombs

bagi kes- kes Hemolytic Disease of Newborn (HDN), Autiommune Hemolytic

Anemia dan Cold Agglutinin.

f. Unit Serologi Platelet

Menjalankan ujian pengesahan antibodi-antibodi terhadap human platelet

Page 17: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

13

antigen (HPA). Menjalankan ujian fenotip platelet secara manual untuk HPA 1.

Menjalankan ujian fenotip platelet molecular untuk HPA 1,2,3,4,5,6,15 dan

menyertai dua buah program EQAP.

g. Unit Transfusi Perubatan

Menjalankan ujian-ujian transfusi seperti pengumpulan darah ABO dan RhD,

penyaringan antibodi dan keserasian darah. Memantau suhu peti sejuk

simpanan darah dan pengembalian semula darah yang tidak digunapakai

daripada wad-wad di HKL. Memberi khidmat latihan kepada pelatih Juruteknologi

Makmal Perubatan (JTMP), Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan JTMP yang

mengikuti latihan dan Pelatih Siswazah Lanjutan Perubatan. Mengurus dan

mengendalikan inventori darah, plasma, platelet dan ‘Factor Concentrate’ untuk

kegunaan pesakit-pesakit terutamanya di HKL. Memberi khidmat khas seperti

penyediaan ‘Flitered Blood’ dan ‘Irradiated Blood’ untuk pesakit-pesakit di HKL.

Memberi khidmat rundingan bagi Transfusi Perubatan Klinikal dan menyertai dua

buah program EQAP.

h. Unit Histokompabiliti dan Immunogenetik

Ujian pengekstrakan DNA dari sampel darah dan tisu tali pusat serta sampel

darah penderma platelet aferesis. Ujian penjenisan tisu Huma Leucocyte Antigen

untuk kelas I & II, Low/Medium Resolution Class 1-HLA-A, HLA-B, HLA-Cw dan

Kelas II-HLA-DR dan HLA-DQ.

i. Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia

Melaksana dan memastikan semua arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling

kerajaan dilaksanakan dan dipatuhi.

j. Unit Kewangan

Mewujudkan sistem pungutan hasil di PDN dengan cara yang berkesan dan

terbaik bagi mengurangkan amaun tertunggak ke paras minimum.

Page 18: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

14

k. Unit Perolehan dan Stor

Memantau pengumpulan kembali nota penghantaran dan invois ke unit

kewangan untuk pembayaran.

l. Unit Pengurusan Aset

Memastikan setiap aset yang diterima adalah menepati spesifikasi yang

ditetapkan, dalam keadaan baik, sempurna dan selamat digunakan. Memastikan

aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan.

Memastikan Jabatan Kerajaan tidak menyimpan aset yang tidak boleh diguna

atau tidak diperlukan. Menguruskan perlantikan Pegawai Pemeriksa, Lembaga

Pemeriksa & Jawatankuasa Penyiasat. Menjadi urusetia kepada Mesyuarat

Jawatankuasa Pengurusan aset Kerajaan Kementerian/Jabatan. Menyelaras

penyediaan laporan.

m. Unit Teknologi Maklumat

Memantau dan menjaga sistem maklumat tabung darah yang digunapakai di

Pusat Darah Negara.

n. Unit Produksi dan Unit Fraksinasi

Menyediakan perkhidmatan “viral inactivation” ke atas platelet dan plasma.

Memberi perkhidmatan penapisan sel darah merah dan membekalkan

komponen darah ke Bahagian Inventori.

o. Unit Pembekalan

Membekalkan Fractionated Plasma Product kepada Klinik Haemofilia, Pusat

Darah Negara dan semua hospital KKM. Menjalankan radiasi darah dan

komponen darah.

p. Unit Hemofilia

Page 19: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

15

Merawat dan mendiagnosa pesakit hemofilia yang dirujuk ke Pusat Darah

Negara. Menjadi pusat rujukan bagi pesakit ‘Congenital Bleeding Disorder’.

Menyediakan rawatan lanjut bagi pesakit-pesakit hemofilia.

q. Unit Kualiti/Biokimia

Memastikan validasi dibuat bagi semua peralatan kritikal makmal. Menjalankan

ujian-ujian pemantauan kawalan mutu ke atas darah dan komponen darah.

Memantau suhu penyimpanan dan pengangkutan darah di unit bergerak.

Menjalankan ujian-ujian diagnostik biokimia.

r. Unit Pendidikan Kesihatan

Memastikan aduan penderma, lawatan dari luar, perjanjian bekalan darah dan

penerbitan risalah atau poster dilaksanakan pada setiap masa.

s. Unit Hematologi

Menjalankan ujian diagnosa Hematologi dan melaksana serta menyelaras

program NEQAP Hematologi bagi seluruh Malaysia.

t. Unit Hemostasis

Menjalankan ujian-ujian diagnosa hemofilia dan thrombofilia.

vii. Pencapaian

Pusat Darah Negara yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur adalah

sebuah organisasi yang bertanggungjawab merancang dan memperkembangkan

perkhidmatan transfusi darah di peringkat wilayah dan kebangsaan. Pusat ini

memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang Perolehan dan Pendermaan

Darah, Transfusi Perubatan, Platelet Serologi, Transfusi Mikrobiologi, Hematologi,

Immunohematologi, Produksi dan Fraksinasi, Hemostasis, Inventori, Histokompatibiliti

dan Immunogenetik, Hemofilia, Kualiti/Biokimia, Darah Tali Pusat dan Pendidikan

Kesihatan.

Page 20: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

16

Pada peringkat Wilayah Tengah, pusat ini bertanggungjawab mengumpul,

memproses dan membekalkan darah dan produk-produk darah bagi kegunaan pesakit

di hospital-hospital kerajaan dan swasta untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

Putrajaya. Pusat ini turut bertanggungjawab memproses dan menjalankan ujian

saringan darah untuk seluruh negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Barat.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan anggotanya mendapat latihan

dan pembelajaran yang berterusan, pusat ini telah menganjurkan dan memberikan

latihan di peringkat dalaman, kebangsaan dan antarabangsa melalui kursus, seminar,

bengkel dan konferen.

Pusat Darah Negara juga memberikan khidmat latihan kepada anggota di

hospital daerah, hospital negeri, pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan, Pegawai

Perubatan, Pegawai Sains dan pelatih Siswazah Lanjutan Perubatan serta para pelajar

dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta. Pusat ini juga telah mendapat

pengiktirafan akreditasi dari NATA (National Association of Testing Authorities),

Australia untuk piawaian ISO/IEC 17025. Harapan dengan pengiktirafan ini pelanggan

akan lebih yakin dengan perkhidamatan dan hasil darah yang dibekalkan dari aspek

kualiti dan keselamatan.

viii. Lain-lain sumbangan

1. Terbitan Pusat Darah Negara

Pusat Darah Negara telah menerbitkan beberapa risalah atau dokumen untuk

dijadikan bahan rujukan oleh orang ramai. Di antara risalah yang telah dikeluarkan oleh

Pusat Darah Negara ialah:

a. Panduan Perkhidmatan dan Polisi Operasi

Buku panduan ini diterbitkan untuk menetapkan garis panduan yang jelas dan

mudah menerangkan polisi operasi Pusat Darah Negara (PDN). Ia menjelaskan

prosedur-prosedur perkhidmatan yang disediakan oleh PDN agar dapat

membantu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mengelakkan

Page 21: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

17

kekeliruan di kalangan pelanggan yang berurusan dengan PDN.

b. Transfusion Practice Guidelines for Clinicians and Laboratory Personnel.

c. Guidelines for the Rational Use of Blood and Blood Products.

d. Management of Haemophilia, Von Willebrand Disease and Other Inherited

Bleeding Disorders.

2. Jenis-jenis Pendermaan

Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja malah terdapat

komponen-komponen seperti berikut:

a. Penderma ‘Whole blood’

Darah mengandungi komponen-komponen seperti sel darah merah, sel darah

putih, platelet dan plasma.

b. Pendermaan Aferesis

Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya

sekali di mana komponen darah yang tidak diperlukan akan dikembalikan ke

dalam badan penderma semula.

3. Keistimewaan Penderma Darah

Para penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain-lain

Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan

percuma. Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan

(Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia

mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005.

ix. Kekangan dan masalah yang dihadapi

1. Kepakaran

Page 22: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

18

Masalah utama yang dihadapi dalam bidang perubatan di negara kita adalah

masalah kepakaran atau kemahiran para pegawai perubatan yang masih sedikit. Malah

pihak Kementerian Kesihatan sendiri terpaksa menggunakan doktor pakar dari luar bagi

melaksanakan pembedahan dan aktiviti perubatan yang lain.

2. Teknologi

Teknologi perubatan yang terdapat di negara kita agak masih kekurangan dan

ketinggalan jika dibandingkan dengan negara membangun dan maju yang lain. Kita

masih menggunakan peralatan yang agak lama di klinik mahupun di hospital.

3. Kewangan

Peruntukan kewangan oleh pihak kerajaan kepada pihak Kementerian Kesihatan

yang tidak mencukupi untuk menanggung kos membeli perubatan, peralatan,

pengangkutan dan sebagainya telah sedikit sebanyak melambatkan perkembangan

dalam meningkatkan tahap kesihatan penduduk.

4. Kakitangan

Kebanyakan klinik dan hospital di negara kita masih kekurangan anggota dan

kakitangan bagi menguruskan dan bertugas di tempat berkenaan dengan pertambahan

jumlah penduduk setiap masa telah menyebabkan kesesakan di semua hospital di

negara kita.

5. Lokasi

Biasanya, kebanyakan kempen dan program menderma darah hanya diadakan

di tempat-tempat tertentu sahaja seperti di kawasan bandar, badan kerajaan dan pihak

swasta. Program menderma darah jarang diadakan di kawasan luar bandar atau di

kampung kerana mungkin ini akan melibatkan kos pengangkutan dan kemudahan bagi

menjalankan aktiviti tersebut.

Page 23: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

19

Bahagian B

i. Berikan pandangan mengenai kerelevenan aktiviti dan program-program yang

dijalankan.

Kempen atau program menderma darah adalah suatu aktiviti yang amat relevan

dan penting untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam jiwa masyarakat di negara ini.

Keperluan dan permintaan terhadap penggunaan darah bagi tujuan kecemasan

semasa merawat pesakit adalah satu perkara yang amat kritikal disebabkan pesakit

sangat memerlukannya untuk menyelamatkan nyawa mereka. Pertambahan penduduk

negara kita yang semakin ramai menyebabkan keperluan terhadap bekalan darah

semakin bertambah terutama di musim perayaan apabila kerap berlaku kemalangan di

mana pesakit memerlukan darah untuk menggantikan jumlah darah yang hilang.

Kekerapan kempen, program, aktiviti dan lain-lain tentang menderma darah

adalah amat perlu dilaksanakan termasuklah di kawasan atau tempat yang belum

diadakan program seperti ini. Kekerapan program ini akan memberi kesedaran kepada

masyarakat tentang pentingnya menderma darah selain daripada menyelamatkan

nyawa orang lain malah ia juga menyelamatkan nyawa mereka melalui pemeriksaan

kesihatan dan darah yang dilakukan terhadap penderma darah. Jadi, dengan adanya

program menderma darah dan kesedaran orang ramai akan membolehkan bekalan

darah di negara kita akan terus mencukupi dan selamat digunakan.

ii. Cadangan penambahbaikan dan lain-lain perkara yang berkaitan

1. Menjalankan soal selidik terhadap penderma untuk memastikan darah yang

didermakan adalah selamat digunakan.

2. Memberi penerangan kepada penderma yang sesuai sahaja akan diterima

menderma darah supaya memahami semua syarat-syaratnya.

3. Memberi khidmat kaunseling dan merujuk penderma kepada pihak hospital untuk

tujuan rawatan lanjut bagi pendermaan yang didapati tercemar.

Page 24: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2

20

Rujukan

Guidelines for the Rational Use of Blood and Blood Products. Kuala Lumpur: Pusat

Darah Negara.

Management of Haemophilia, Von Willebrand Disease and Other Inherited Bleeding

Disorders. Kuala Lumpur: Pusat Darah Negara.

Panduan Perkhidmatan dan Polisi Operasi. Kuala Lumpur: Pusat Darah Negara.

Pusat Darah Negara (2002). Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Transfusion Practice Guidelines for Clinicians and Laboratory Personnel. Kuala Lumpur:

Pusat Darah Negara.

http://www.pdn.gov.my

Page 25: QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 2