tugasan kae 3013.docx

27
PENGENALAN Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menggembirakan dan menyenangkan. Selain itu, seni juga telah diberi banyak definisi oleh pelbagai pihak. Antaranya, seni adalah “Pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa yang dirasakan”. Definisi ini telah diberi oleh Emerson. Seni juga sesuatu yang dihasilkan melalui daya imaginasi, ciptaan atau apa saja yang terlintas dan terfikir melalui pemikiran kreatif. Seni juga adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifat-sifat yang biasa, secara melahirkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat, didengar dan juga berdasarkan pengalaman yang lalu. Teori Perkembangan Artistik oleh Victor Lowenfeld (a) Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. (b) Victor Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas), fleksibel (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi), keaslian (mencari idea baru dan

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 16-Nov-2015

295 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGENALANSeni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif.Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menggembirakan dan menyenangkan. Selain itu, seni juga telah diberi banyak definisi oleh pelbagai pihak. Antaranya, seni adalah Pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa yang dirasakan. Definisi ini telah diberi oleh Emerson. Seni juga sesuatu yang dihasilkan melalui daya imaginasi, ciptaan atau apa saja yang terlintas dan terfikir melalui pemikiran kreatif. Seni juga adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifat-sifat yang biasa, secara melahirkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat, didengar dan juga berdasarkan pengalaman yang lalu.Teori Perkembangan Artistik oleh Victor Lowenfeld(a) Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.(b) Victor Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas), fleksibel (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi), keaslian (mencari idea baru dan asli), kepekaan (penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod.Peringkat perkembangan Artistik kanak-kanak.1. Peringkat Scribbling (Scribbling Stage) 5 7 tahun.Peringkat ini memperlibatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Lukisan kanak-kanak pada tahap ini dikatakan berciri simbolik di mana simbol-simbol digunakan untuk mewakili sesuatu objek.2. Peringkat Manipulatif (Manipulative Stage) 7 9 tahun.Pada peringkat ini kanak-kanak cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya.3. Peringkat Membuat Simbol (Symbol Making Stage) 9 12 tahun.Peringkat ini kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya sendiri dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistic serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

KAJIAN DAN ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERKEMBANGAN.Peringkat Menconteng (Scibbling Stage) 5 7 tahun

Nama : Amran bin AnnuarUmur : 7 tahun

Karya ini sudah memberi penekanan kepada imej wajah harimau. Penghasilan topeng ini agak relevan dengan naluri kanak-kanak lelaki yang sedang membina unsure keberanian dalam dirinya. Unsur warna panas juga digunakan sebagai simbolik kepada watak harimau garang yang digambarkannya dalam karya ini.

Nama : Fizura binti IsaUmur : 6 TahunPeringkat ini kanak-kanak dapat menamakan apa yang telah mereka lukiskan. Karya ini mula ditambahkan maklumat dari segi bentuk grafik awal bagi kanak-kanak terhadap apa yang mereka perhatikan dalam kehidupan seharian.

Nama : Umaira binti OthmanUmur ; 6 TahunTajuk : Kapal LayarPeringkat ini ialah peringkat peningkatan daripada contengan bulatan kepada eprcubaan pertama untuk melukis objek. Lukisan yang cuba digambarkan ialah sebuah kapal layar mengikut yang dapat digambarkannya. Dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

Nama : Izam bin AnzaUmur : 6 TahunTajuk : Kapal SelamPada peringkat ini kanak-kanak melukis dari epringkat contengan kepada bulatan. Imej yang dihasilkan tidaklah secara suka-suka dan tanpa tujuan, sebaliknya kanak-kanak mempamerkan kesedaran tentang corak dan koordinasi tangan-mata.

Nama : Intan Syafika binti AzrulUmur : 6 tahunPada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Intan Syafika mula melukis garisan lurus untuk membentukferi seperti yang dibayangkannya. Karya ini mempamerkan kesedaran tentang koordinasi tangan dan mata.

Peringkat Manipulasi (Manipulative Stage) 7 9 TahunNama : Ezzah Faeza binti YaziUmur : 9 tahunKarya ini menunjukkan bermulanya bentuk konkrit dan kanak-kanak peringkat ini kebiasaannya melukis bentuk-bentuk yang terdapat di persekitarannya. Gambar mula dikenali imej seperti bentuk objek awan, matahari, pokok dan sebagainya.Imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan ini terdiri daripada pelbagai saiz. Unsur ruang mula kelihatan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objek.

Nama : Aisswen ak John.Umur :Karya ini menggunakan bentuk geometri seperti bujur, empat segi dan tiga segi. Banyak ini banyak diselitkan hiasan (dekoratif) Karya ini menggambarkan pemandangan rumah mengikut imaginasinya. Media yang digunakan ialah pensel warna.

Nama :Nazira bt AzmanUmur : 8 TahunPada tahap ini kanak-kanakmelukis objek dengan imej yang menggambarkan bentuk muka haiwan. Gambaran ini adalah melalui pengalaman yang mereka lihat dan lalui seharian. Kreativiti sudah mula berkembang dengan meletakkan hiasan dan pemenggunan warna kering pada topeng tersebut.

Nama : Ruzlin binti IsmailUmur : 9 TahunPeringkat ini lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek yang terdapat di sekelilingnya. Ciri-ciri lukisan pad menunjukkanapa yang difikirkan oleh kanak-kanak. Pada tahap ini juga kanak-kanak melukis objek jauh lebih kecil saiznya. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif. Penggunaan warna seakan warna sebenar objek.

Nama : Miraz binti NazriUmur : 9 TahunPada peringkat ini kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep skema. Imej yang cuba digambarkanialah imej manusia dan cuba menambah atau menghias imej . Gambaran lebih kepada kecantikan. Penggunaan pensel warna masih menjadi pilihan untuk mengekalkan imej cantik

.Peringkat Membuat Simbol (Symbol Making Stage) 9 12 TahunNama : Effa Farhanee bt YaziUmur : 12 tahunPada peringkat ini imej yang dihasilkan adalah secara realistic dan teliti. Corak tiupan warna air pada kertas lukisan yang dihasilkan dengan teliti akan membentuk corak yang sangat menarik terutama apabila dihias dengan objek yang membentuk mata pada karya tersebut. Karya yang bersifat abstrak ini sungguh menarik apabila ada kombinasi warna cerah yang digunakan untuk menghasilkan corak yang bermutu ini. Material seperti warna air dan bahan perhiasan yang digunakan dapat menonjolkan karya yang bersifat matang.

Nama : Mohd Ezzul Fahami Umur : 12 TahunPada peringkat ini, kanak-kanak dapat menghasilkan karya yang semakin memiliki konsep dan skema tertentu. Mereka mula membandingkan karya mereka dengan rakan sebaya. Persaingan ini akan menghasilkan karya yang menarik. Corak tiupan warna air ini menggambarkan corak berterabur tapi bermakna dan berkualiti.

Nama : Yakinas binti WardiUmur : 11 TahunPada peringkat awal remaja ini selalunya pelajar perempuan sudah mula bijak berdandan dan ini akan diaplikasikan pada hasil karya ikatan ini. Dengan bentuk muka kemudian dihias dengan benang yang ditocang membentuk rambut kepada karya ini dapat menggambarkan peringkat ini sudah dapat mengembangkan kreativiti mereka. Imej yang dihasilkan menggunakan kepingan kotak kalender terpakai kelihatan lebih menarik dengan adanya daya kreativiti yang tinggi.

Nama : Farah Filzah bt AminUmur : 10 TahunTajuk : Sarung Tangan Hasilan seni ini agak lain sifatnya iaitu dengan menggandingkan kemahiran menggunting, menjahit dan melekat telah menghasilkan sarung tangan. Kreativiti mereka semakin terserlah kerana mereka dapat menggunakan pelbagai bahan dan kemahiran yang tinggi menerusi hasil seni ini.

Nama : Fatin Syafiqah Bt LanUmur; 10 TahunTajuk : Bunga Raya Objek yang dilukis bersaiz besar dan ini menggambarkan keyakinan diri yang tinggi untuk menghasilkan lukisan ini. Sudut gambaran lukisan yang agak besar sangta teliti penghasilannya. Pelajar ini cenderung untuk melukis objek seperti objek yang sebenar. Krayon digunakan untuk mewarna bunga raya ini dengan ton warna yang ketara dapat menonjolkan imej yang dihasilkan.

Nama : Mohd Syukri bin YahyaUmur : 11 tahun Tajuk : IkanPada peringkat ini , teknik kolaj yang digunakan untuk menunjukkan sisik ikan. Sisik ikan dibuat daripada kertas warna yang dilekat menggunakan gam telah menghasilkan corak yang sangat menarik. Pemikiran pelajar sudah semakin kreatif. Walaupun warna sisik yang dihasilkan itu agak janggal dilihat tetapi nilai kreativiti terdapat pada karya ini.

Nama : Armin bin ZainalUmur : 10 Tahun. Pada peringkat umur ini, adalah sangat kreatif apabila pelajar dapat menghasilkan imej yang ikan seolah-olah bergerak di dalam akuarium. Pergerakan inilah menunjukkan kematangan dalam lukisan mereka. Dengan menggunakan warna krayon dan olahan yang agak berbeza ini sangat menarik sekali. Pelajar ini mungkin ada memelihara ikan dirumah berdasarkan ketelitian beliau.

Nama : Siti Anira Umur : 12 TahunPemikiran yang kreatif ini dapat digambarkan dengan menarik sekali. Pelajar ini membayangkan teknik guntingan dan dihasilkan dalam dua suasana iaitu suasana gelap dan suasana terang.

Nama : Sham bin AmarUmur : 10 tahunHasil karya ini menggunakan teknik gurisan. Dengan menggunakan lapisan oil pastel yang dilapisi gengan lilin dan kemudiannya menggunakan teknik gurisan untuk membentuk imej akuarium yang menarik. Gurisan yang teliti akan menghasilkan imej yang menarik.

Nama : Ezzaah Faeza Umur : 10 tahunTajuk ; Anyaman tikarKemahiran menganyam dengan menggunakan riben pelbagai corak dapat menghasilkan tikar yang menarik. Kemahiran ini dapat diadaptasikan melalui pengalaman seharian mereka.

KesimpulanSetelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan dari pelbagai umur, jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistic kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Persekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif.Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Menurut Koster (2001), hasil kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga mereka membesar.Menurut Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, social, intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya tanpa disedari.Dari faktor inilah, pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru Pendidikan Seni Visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.