tugasan 2 krt 3013

12
Tugasan 2 KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah Pensyarah : Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim PEMBUDAYAAN ICT DI SK SUNGAI SUGAI JULAU Disediakan oleh : Puan Busi Anak Dundang D20112055842

Upload: mahina

Post on 24-Feb-2016

99 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan 2 KRT 3013. Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Pembudayaan ict di sk sungai sugai julau. Pensyarah : Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim. Disediakan oleh : Puan Busi Anak Dundang D20112055842. Isi Kandungan. 1. Pendahuluan. 2. Pembudayaan ICT dalam Pengurusan Sekolah. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan  2 KRT 3013

Tugasan 2 KRT 3013Teknologi Maklumat Sekolah Rendah

Pensyarah :Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim

PEMBUDAYAAN ICT DI SK SUNGAI SUGAI JULAU

Disediakan oleh :Puan Busi Anak Dundang

D20112055842

Page 2: Tugasan  2 KRT 3013

Isi Kandungan

1. Pendahuluan2. Pembudayaan ICT dalam Pengurusan Sekolah3. Peranan Guru dalam Pembudayaan ICT4. Murid dan ICT5. ICT dan Perancangan Akademik6. ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran7. Kemudahan ICT Sekolah8. Kesimpulan9. Rujukan

Page 3: Tugasan  2 KRT 3013

Pendahuluan

SK Sungai Sugai Julau merupakan sebuah sekolah kurang murid.Terdapat 14 guru, 9 kakitangan sokongan dan 145 orang murid di sekolah ini.Perhubungan utama ke sekolah ini ialah menggunakan jalan darat.

Seperti sekolah-sekolah lain, SK Sungai Sugai juga sentiasa mengambil inisiatif dalam mengejar kemajuan teknologi.Pembudayaan ICT di sekolah ini adalah satu usaha berterusan bagi memastikan setiap warganya berpeluang merasai arus perubahan teknologi semasa.Ianya melibatkan tugas-tugas pentadbiran, tugas hakiki guru dan kakitangan, proses pembelajaran murid dan kesedaran ibu bapa serta masyarakat setempat.

Page 4: Tugasan  2 KRT 3013

Pembudayaan ICT dalam Pengurusan Sekolah

Pengurusan sekolah sangat berkait rapat dengan penggunaan ICT.Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan sistem maklumat dalam talian bagi melancar dan mempercepatkan pemprosesan maklumat sekolah-sekolah di Malaysia.Antara sistem-sistem dalam talian yang telah diwujudkan :

Sistem Maklumat Pengurusan pendidikan yang membantu sekolah menguruskan maklumat perkhidmatan kakitangan.

Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) yang membantu sekolah menguruskan maklumat berkaitan murid.

Sistem Kenaikan Pangkat (e-pangkat) memudahkan pihak sekolah menguruskan kenaikan pangkat kakitangan secara sistematik.Smart School Qualification Standard (SSQS) membolehkan pihak sekolah mengemaskini maklumat ICT di sekolah bagi tujuan pemantauan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 5: Tugasan  2 KRT 3013

Peranan Guru dalam Pembudayaan ICT

Guru merupakan ejen pembudayaan dan perubahan dalam amalan ICT di sekolah.Terdapat beberapa orang guru di sekolah ini telah mendapat latihan khusus berkaitan ICT.Manakala, guru-guru lain dilatih secara dalaman melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).Ini adalah bagi menyediakan tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam ICT.ICT merupakan salah satu budaya kerja di sekolah ini.

Semua aktiviti di sekolah sama ada pentadbiran, kurikulum dan kokurikulum memerlukan seorang guru yang celik IT.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ICT.

Page 6: Tugasan  2 KRT 3013

Murid dan ICT

Murid merupakan sasaran utama dalam penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran ICT.Murid di sekolah ini memiliki minat yang sangat tinggi dalam meneroka teknologi sedia ada.Walaupun terpaksa berkongsi, pihak sekolah sentiasa memastikan setiap murid berpeluang untuk menggunakan mana-mana peralatan ICT.

Guru ICT telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ICTL agar semua murid celik ICT.

Oleh itu, jadual waktu penggunaan bilik komputer dan peralatan ICT telah diwujudkan bagi memudahkan perancangan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 7: Tugasan  2 KRT 3013

ICT dan Perancangan AkademikJadual Waktu Induk sekolah dihasilkan dengan bantuan perisian komputer dan sedikit kaedah manual.Penyediaan jadual ini menjadi lebih mudah dan pantas.Jadual yang telah siap akan dihantar melalui email kepada para guru semasa cuti sekolah bagi menyediakan mereka dengan proses pengajaran sesi yang baru.

Kebanyakan guru juga menyediakan Rancangan Pelajaran Harian mereka dengan menggunakan perisian Microsoft Word atau Microsoft Excel.Kini, rekod mereka lebih kemas dan sistematik.

Page 8: Tugasan  2 KRT 3013

ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Para guru digalakkan untuk menggunakan persembahan multimedia dalam pembelajaran.

Kaedah ini dapat menarik minat murid untuk belajar dan meningkatkan kemahiran ICT.

Penglibatan murid secara aktif amat penting dalam perkembangan akademik mereka.

Guru harus memastikan setiap murid melibatkan diri semasa proses pembelajaran dilaksanakan.

SILA KLIK UNTUK

MENONTON VIDEO

Page 9: Tugasan  2 KRT 3013

Kemudahan ICT Sekolah

Maklumat-maklumat berkaitan kemudahan dan peralatan ICT sedia ada di sekolah adalah di bawah tanggungjawab Guru ICT.

Setiap guru yang menggunakan peralatan ICT pula diwajibkan untuk mengisi borang peminjaman dan menjaga peralatan sebaik mungkin.

Kerosakan peralatan seperti maklumat di atas perlulah dilaporkan melalui Support Ticketing System (STS) secara online.

Kementerian sentiasa memastikan peralatan yang dihantar ke sekolah dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Kerosakan peralatan akan mengganggu kelancaran pentadbiran dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 10: Tugasan  2 KRT 3013

Kesimpulan

SK Sungai Sugai Julau sentiasa proaktif dalam membudayakan ICT dalam pentadbiran, kurikulum dan kokurikulum.

Komitmen setiap warga sekolah telah banyak memberi perubahan dalam pembudayaan ICT.

Pihak sekolah sentiasa mengharapkan bantuan pihak-pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD, PIBG dan masyarakat bagi mempertingkatkan kemudahan ICT mengikut keperluan semasa.

Page 11: Tugasan  2 KRT 3013

Rujukan

1. Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) http://emisonline.moe.gov.my/index.php

2. Pengkalan Data Murid (APDM) http://www.sekolahmalaysia.com/

3. Sistem Kenaikan Pangkat (e-pangkat) http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php

4. Smart School Qualification Standard (SSQS) http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php

5. Support Ticketing System (STS) http://sts.moe.edu.my/

Page 12: Tugasan  2 KRT 3013

Terima Kasih