qgk 3013 obesiti

16
KANDUNGAN HALAMAN 1.0 Pengenalan 3 1.1 Definisi Obesiti 3 2.0 Ringkasan Lima Artikel Ilmiah 4 3.0 Rumusan 7 Rujukan 8

Upload: ahmad-nazri

Post on 12-Apr-2017

838 views

Category:

Investor Relations


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Qgk 3013  obesiti

KANDUNGAN HALAMAN 1.0 Pengenalan 3

1.1 Definisi Obesiti 3

2.0 Ringkasan Lima Artikel Ilmiah 4

3.0 Rumusan 7

Rujukan 8

Page 2: Qgk 3013  obesiti

1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi Obesiti

Obesiti ditafsirkan sebagai ketidakseimbangan pengumpulan lemak berlebihan yang

menimbun dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi

apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan

mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang

serius. Individu yang mengalami obesiti juga dikatakan dapat menyebabkan risiko

penyakitpenyakit yang serius seperti HINI dan beberapa jenis kanser. Selain itu, obesiti juga

mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial,dan menghadapi jangka hayat hidup yang lebih

pendek.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat (2010 :1092), mentafsirkan bahawa obesity adalah

masalah kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Menurut

Dictionary of Biology, obesiti adalah lebihan berat badan.Obesiti adalah hasil daripada

lebihan simpanan tenaga untuk satu jangka masa yang lama yang menyebabkan peningkatan

jisim badan. Menurut satu sumber iaitu buku World of Health obesiti adalah berat yang

melebihi 20 peratus daripada berat ideal seseorang. Pendapat ini disokong oleh Mayo Clinic

Staff (2006) yang menyatakan “ Childhood obesity is a serious medical condition that affects

children and adolescents. It occurs when a child is well above the normal weight for his or her

age and height”. (Obesiti kanak-kanak adalah keadaan penyakit yang serius dan memberi

kesan kepada kanak-kanak dan remaja. Ia berlaku apabila berat kanak-kanak adalah jauh

melebihi berat yang biasa bagi umur dan ketinggian beliau ").

Ini bermaksud, tenaga melebihi keperluan dan mempunyai berat badan sekurang-kurangnya

dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal. Justeru,kandungan lemak yang terdapat di

dalam badan seseorang yang obes adalah melebihi daripada had yang ada pada seseorang

yang normal.

2

Page 3: Qgk 3013  obesiti

2.0 RINGKASAN LIMA ARTIKEL ILMIAH MENGENAI GEJALA OBESITI

Menurut artikel Makanan Segera Punca Obesiti Kanak-kanak yang ditulis oleh Sam Wong

Chin Kah dalam konsumerkini.net.my pada 29 April 2011 ,menyatakan bahawa menteri

kesihatan Malaysia, Dato’ Liow Tiong Lai sebagai berkata lebih daripada 76 peratus

kanakkanak di Malaysia menghabiskan masa mereka untuk menonton televisyen dan bermain

komputer tanpa bersenam menyebabkan masalah kegemukan dalam kalangan pelajar semakin

serius. Beliau turut menyatakan bahawa hanya 28.5 peratus pelajar mengamalkan diet yang

sihat, manakala 14.5 peratus kanak-kanak berumur tujuh hingga 13 tahun mengalami masalah

kekurangan zat makanan dan hanya 10 peratus pelajar tidak mengambil sarapan manakala 70

peratus pula mengambil sarapan.

Artikel ini turut menyentuh tentang makanan segera seperti burger, ayam goreng dan pizza

yang sangat popular dan menjadi kegemaran kanak-kanak ekoran daripada pengaruh iklan di

televisyen. Masalah kegemaran makanan segera oleh kanak-kanak ini juga dapat dilihat pada

artikel yang ditulis oleh Syed Azwan Syed Ali dalam bharian.com.my yang menyenaraikan

15 jenis makanan “tidak sihat” yang dilarang dijual di kantin sekolah. Makanan segera seperti

mi segera, gula-gula dan coklat,aiskrim dan lain-lain dilarang dijual berdasarkan Garis

Panduan Pemakanan Sihat di Sekolah oleh Kementerian Kesihatan yang telah diputuskan

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit tidak Berjangkit(NCD), dipengerusikan oleh

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Timbalan Menteri

Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata “ Larangan penjualan makanan tidak

sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesity dan diabetes yang

semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah

peringkat awal”.

Seterusnya, artikel “Amalan Gaya Hidup Sihat” yang ditulis oleh Rosmaliana Aida Mohd

Adnan dalam hmetro.com.my pada 7 May 2013 pula menjelaskan, data kajian di seluruh

dunia tentang masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berada dalam lingkungan 2.6 peratus

hingga 3.6 peratus di Finland, 15 peratus di United Kingdom, 10.8 peratus di amerika

Syarikat, 11.2 peratus hinnga 12.5 peratus di Navajo India, 7.56 peratus di India, 16.1 peratus

di Singapura, 14.3 peratus di Thailand dan 7.8 peratus kanak-kanak luar Bandar di Malaysia.

3

Page 4: Qgk 3013  obesiti

Ini bermakna kadar peratusan obesiti ini di setiap negara berada di dalam keadaan yang

agak/membimbangkan jika tidak dikawal bagi menggelakan ianya bertambah buruk. Fakta ini

disokong oleh Penasihat Pediatrik Hospital Colombia Asia Setapak, Dr Margaret Kannimmel

sebagai berkata bahawa obesity di kalangan kanak-kanak adalah satu wabak yang perlu

ditangani segera. Menurutnya, kanak-kanak yang obes cenderung untuk menjadi dewasa obes

dan berisiko tinggi berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius seperti serangan

jantung, angin ahmar, diebeties, beberapa jenis kanser usus dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, menurut artikel ini juga, faktor gaya hidup kanak-kanak menjadi salah satu faktor

penyumbang kepada masalah obesiti di kalangan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak ini

mengamalkan diet yang tidak seimbang dan tidak melakukan aktiviti fizikal seperti senaman

dan bermain di luar rumah. Mereka lebih senang menghabiskan masa di hadapan televisyen

dan komputer. Malah, kanak-kanak juga suka mengambil makanan berkalori tinggi seperti

makanan segera dan gula-gula yang banyak dipromosikan di TV. Pendapat yang sama juga

turut dikeluarkan dalam artikel yang ditulis oleh Syed Azwan Syed Ali dalam

bharian.com.my pada 4 November 2011, di mana kajian mendapati masalah obesity

kanakkanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada

13.7 peratus pada 2007. Peningkatan ini dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan

aktiviti fizikal tidak aktif yang melibatkan 76 peratus kanak-kanak menghabiskan sebahagian

besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Artikel “Trends of obesity and underweight in older children an adolescents in the United

States, Brazil, China, and Russia Youfa Wang, Carlos Monteiro, and Barry M Popkin 1–3”

yang ditulis oleh Mayo Clinic Staff dan disiarkan pada 31 Mac 2006 menyokong bahawa

pengambilan makanan tidak sihat menyumbang kepada obesiti. Contoh makanan adalah

makanan yang mengandungi tinggi tahap kalori seperti makanan segera dan juga minuman

ringan ataupun bergas.

Artikel ini turut menyentuh mengenai obesiti iaitu faktor genetik dan juga hormon. Selain itu,

pertambahan berat badan disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlebihan oleh kanak-

kanak dan kurang bersenam. Faktor lain yang turut dinyatakan juga ialah tentang faktor diet

iaitu makanan diet yang mempunyai nilai kalori yang tinggi seperti makanan segera, faktor

4

Page 5: Qgk 3013  obesiti

kurang melakukan aktiviti yang aktif dan seperti menonton televisyen, faktor genatik dan

faktor keluarga dan persekitaran.

Tambahan lagi, di dalam artikel ini juga menyatakan beberapa penyakit yang disebabkan oleh

gejala obesiti di kalangan kanak-kanak. Antaranya kanak-kanak yang obes berisiko tinggi

untuk mendapat penyakit diabetes type 2, tekanan darah tinggi, masalah metabolism dan

penyakit jantung. Penyakit diabetes type 2 ialah kegagalan metabolism badan yang

disebabkan oleh kurangnya insulin. Selain itu, turut juga dinyatakan di dalam artikel ini

tentang masalah emosi dan sosial mereka yang obes. Kanak-kanak dan remaja yang obes

sering kali dibuli atau diejek oleh rakan-rakan sebaya. Mereka kebiasaanya tidak melawan

kerana kurang keyakinan diri dan merasakan diri tidak dihargai.

Di samping itu juga, kanak-kanak obes juga mengalami masalah sikap dan masalah

pembelajaran kerana kurang kemahiran sosial. Oleh itu mereka mudah mengalami masalah

kemurungan dan suka menjauhkan diri dan hilang minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti

sosial dan menjadi seorang yang sensitif iaitu mudah bersedih.

Seterusnya gejala obesity di kalangan kanak-kanak juga terdapat pada artikel yang bertajuk

Prevalence and Prediction of Overweight and Obesity Among Elementary School

Studentsyang disiarkan pada Januari 2001, menyatakan bahawa kanak-kanak dan remaja obes

adalah sebanyak 16 hingga 33 peratus.Pertambahan berat badan bergantung kepada diet yang

tidak sesuai dan kurang melakukan senaman menyebabkan lebih 300,000 kematian setiap

tahun. Di dalam artikel ini juga ada menyarankan cadangan untuk mengurangkan masalah

obesiti bagi remaja antaranya adalah peranan ibu bapa. Ibu bapa perlu meningkatkan tahap

keyakinan diri pada anak-anak dengan memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat

positif. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengamalkan pengurusan diet yang baik dan aktiviti

fizikal yang dapat membantu kanakkanak-dan remaja obes. Penglibatan yang positif daripada

ahli keluarga dalam memberikan bimbingan secara tidak langsung dapat meningkatkan

semangat kanak-kanak dalam menangani masalah obes.

5

Page 6: Qgk 3013  obesiti

3.0 Rumusan

Secara rumusannya, gejala obesiti ini merupakan satu penyakit yang harus diambil

perhatian yang serius kerana ia boleh mengancam nyawa jika dibiarkan. Berdasarkan banyak

kajian yang telah dijalankan, obesiti ini dikatakan sebagai satu penyakit kerana ia boleh

menyebabkan pengidapnya terdedah kepada risiko penyakit yang kronik seperti serangan

jantung, angin ahmar, kanser, diebetes, darah tinggi dan sebagainya yang boleh membunuh

manusia secara senyap. Kegemukan atau obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang

berlebihan tidak berlaku dalam sekelip mata, tetapi berlaku apabila kalori terkumpul dan

tersimpan selama beberapa bulan atau setahun. Walaupun dikatakan amalan pemakanan yang

tidak sihat menjadi punca kepada gejala obesiti, namun peraturan baru yang diperkenalkan

oleh Kementerian Kesihatan melalui Garis Panduan Pemakanan Sihat di Sekolah merupakan

satu permulaan yang baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan yang sihat dan

seimbang di sekolah. Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan

bersenam dan berjalan lebih kerap. Waktu menonton TV atau video perlu dihadkan kepada

tidak lebih daripada dua seharri. Aktiviti lain yang terluang dapat diisi dengan aktiviti luar

yang berfaedah serta mengeluarkan peluh. Ibu bapa juga haruslah memainkan peranan di

rumah dengan memastikan amalan baik ini diteruskan.

6

Page 7: Qgk 3013  obesiti

RUJUKAN http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita - terkini/kesihatan/660 - makanan segerapunca - obesiti - kanak - kanak diperoleh pada 20 Mac 2014 http://www.hmetro.com.my/articles/2013050721564020130507215640/Article/ Diperoleh pada 23 Mac 2014 http://www.smktebobon.net/v2/index.php?option+com_content&view=articles&id=127&ite mid=1 Diperoleh pada 23 Mac 2014 http://www.aacap.org/AACAP/Families_and_Youth/Facts_for_Families/Facts_for_Families_ Pages/Obesity_In_Children_And_Teens_79. spx Diperoleh pada 27 Mac 2014 http://www.mayoclinic.com/print/childhood - obesity/DS00698/DSECTION Diperoleh pada 27 Mac 2014-03-28 Dewan Bahasa dan Pustaka .(2010). Kamus Dewan dan Pustaka ,Kuala Lumpur :DBP Nor Hairul Palal, Rahimawati Abdul Rahim, Nor Hashina Bahrudin. ( 2010). Panduan

Pemakanan Sihat , Batu Caves : PTS Profesional Publication Sdn. Bhd.

7

Page 8: Qgk 3013  obesiti

LAMPIRAN JURNAL 1

8

Page 9: Qgk 3013  obesiti

LAMPIRAN : JURNAL 2

9

Page 10: Qgk 3013  obesiti

LAMPIRAN : JURNAL 3

10

Page 11: Qgk 3013  obesiti

LAMPIRAN : JURNAL 4

11

Page 12: Qgk 3013  obesiti

LAMPIRAN : jurnal 5

12

Page 13: Qgk 3013  obesiti

13