tugasan bahagian a dan bahagian b krp 3013

26
TUGASAN BAHAGIAN A : REFLEKSI TAJUK UNIT 3 : MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial dengan secara seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Program KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) menekankan penguasaan 3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta pembinaan dan kandungan sains yang kukuh. Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi. Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan kurikulum. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, kandungan kurikulum sekolah iaitu Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai sepenuhnya oleh para guru. Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang ilmu kontan mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai ilmu kontan pedagogi termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untu melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk. 1

Upload: johari

Post on 12-Aug-2015

95 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

TUGASAN BAHAGIAN A : REFLEKSI TAJUK

UNIT 3 : MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan

potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial dengan secara seimbang

dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta

menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Program

KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) menekankan

penguasaan 3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula

penguasaan 3M serta pembinaan dan kandungan sains yang kukuh. Pengubahsuaian

tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan objektif Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan

lagi.

Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan

mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan

kurikulum. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, kandungan kurikulum sekolah iaitu

Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan

pembelajaran perlu dikuasai sepenuhnya oleh para guru. Di samping itu, guru harus

mempunyai pengetahuan tentang ilmu kontan mata pelajaran pengkhususannya serta

mempunyai ilmu kontan pedagogi termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan

nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai

kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untu melaksanakan

dan menjayakan kurikulum yang terbentuk.

Di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum

meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya,

menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar

dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran

mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan

dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat

pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

Sehubungan dengan itu, menurut Salleh, Mohd Yusof dan Raja Ismail (2007) guru

merupakan agen perubahan yang berperanan penting menyebarkan kurikulum kepada para

1

Page 2: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

pelajar dan sebagai agen penyambung amalan teori dan praktikal. Guru juga dikatakan

berpotensi mengubah sikap dan status pandangan murid terhadap sesuatu kandungan mata

pelajaran. Sesi pengajaran seseorang guru perlu berpandukan kurikulum yang disediakan

beserta dengan kepercayaan, nilai dan sikap guru tersebut untuk menterjemahkan kurikulum

yang disampaikannya kepada para murid. Kepercayaan ialah sub-set tingkah laku yang

digunakan untuk memberi penerangan dan memandu jenis-jenis tingkah laku. Pegangan

nilai seseorang guru pula akan mempengaruhi pengajarannya berdasarkan ‘apa’ yang

memberi manfaat kepada murid. faktor yang paling dominan dalam konteks ini ialah sikap

guru terhadap kurikulum yang merupakan faktor penentu kejayaan atau penghalang sesuatu

hasrat kurikulum. Bermakna sikap guru akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan

keputusan guru sama ada sesuatu kurikulum yang diajar itu terlaksana atau sebaliknya.

UNIT 5 : MATA PELAJARAN DI SEKOLAH

Kurikulum yang disemak semula memberikan penekanan kepada nilai murni dan

semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka

sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu

pengetahuan luas, beretika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat

dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang

berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Struktur

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah tidak banyak berbeza darpad Kurikulum Baru

Sekolah Rendah. Ia juga terdiri darpada tiga bidang iaitu Bidang Komunikasi, Manusia dan

Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu.

Seterusnya, tiga bidang ini dibahagi kepada enam komponen yang terdiri daripada :

(a) Kemahiran asas

(b) Kerohanian, nilai dan sikap

(c) Kemanusiaan dna persekitaran

(d) Kemahiran hidup

(e) Kesenian, rekreasi dan kesihatan

(f) Kokurikulum

Peruntukan masa di sekolah disesuaikan mengikut tahap iaitu sebanyak 1330 minit

seminggu untuk Tahap I dan 1440 minit seminggu untuk Tahap II. Masa diperuntukkan

mengikut keperluan mata pelajaran. Peruntukan masa ini tidak termasuk waktu rehat

sebanyak 150 minit seminggu. Peruntukan masa untuk pengajaran dan pembelajaran

2

Page 3: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

kemahiran asas dilebihkan di Tahap I untuk menentukan murid-murid menguasainya. Untuk

membolehkan murid mempelajari ilmu pengetahuan yang sepatutnya mata pelajaran

Kemahiran Hidup, Sains dan Kajian Tempatan diajar di Tahap II.

UNIT 7 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK) merupakan konsep yang diperkenalkan

oleh Lee Shulman (1986). Menurut beliau, kemahiran asas pedagogi yang terdapat pada

seseorang guru tidak memadai dalam meningkatkan kandungan guru dalam yang lebih

menekankan kepada pengetahuan kandungan sahaja. Seseorang pendidik merupakan

insan yang memberi ilmu tentang sesuatu pengajaran yang akan membawa perubahan

kepada anak murid. Perubahan - perubahan dari aspek sahsiah dan ilmu bergantung

kepada sejauhmana para pendidik mempunyai ilmu tentang kandungan subjek dan

kandungan pedagogi.

Guru akan menggunakan kaedah dan pendekatan pedagogi yang sesuai dalam

usaha memberi satu impak dalam pembelajaran dan pengajaran sesuatu subjek.

3

Page 4: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

Pengetahuan tentang kandungan subjek bukan merupakan kayu pengukur dalam

menentukan pemahaman murid tentang subjek. Walaupun guru sangat mahir dalam

kandungan subjek (subject knowledge), tanpa pendekatan pedagogi yang sesuai, para guru

gagal dalam usaha mencapai objektif proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan

kandungan tidak hanya memadai kepada seseorang guru dalam menyampaikan

matlamat/objektif pelajaran. Mereka harus mempunyai pengetahuan pedagogi iaitu cara

pengajaran berkesan yang mampu mengubah daya pemikiran murid. Gabungan

pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi telah membentuk pengetahuan

pedagogi dan kandungan (PCK). PCK ini dapat membezakan dengan seorang guru dengan

pakar dalam sesuatu bidang pengetahuan isi kandungan yang tidak melibatkan pengajaran.

Dalam PCK menyatakan bagaimana seseorang guru dalam menyampaikan

kandungan dengan lebih berkesan. Guru tidak harus mementingkan kepada pengetahuan

kandungan semata-mata. Mereka harus mempunyai teknik pengajaran yang efektif dan

harus mengetahui tentang pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan

kurikulum, PCK, pengetahuan tentang sifat murid, pengetahuan tentang nilai dan

pengetahuan tentang konteks.

Pengajaran bermaksud satu lakuan (act) yang direka bentuk untuk menghasilkan

pembelajaran. Pembelajaran bermaksud suatu gerakbalas kepada rangsangan-rangsangan

yang membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Strategi pengajaran ialah rancangan

atau kaedah yang disediakan dengan baik terlebih dahulu untuk menggalakkan

pembelajaran di kalangan pelajar.

Pengajaran merupakan aktiviti yang memerlukan penguasaan beberapa teknik

kemahiran untuk mengajar secara berkesan dan bermakna. Untuk itu, guru perlu memahami

kemahiran yang digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar

mereka. Guru perlu melengkapkan diri dengan berbagai-bagai teknik pengajaran. Mereka

perlu mengetahui teknik kemahiran membuat perancangan pengajaran dan menentukan

objektif kerana mereka perlu memastikan hala tuju pelajar pada hujung tiap-tiap pelajaran.

Sebelum memperkenalkan pengajaran, guru hendaklah mengenali latar belakang

anak didik mereka terlebih dahulu. Untuk itu, guru patut mengetahui teknik yang tertentu

dalam soal ini. Guru juga perlu dapat mengaitkan pengajaran yang lalu dengan yang hendak

disampaikan itu. Mereka sewajarnya dapat menggunakan, menilai dan membincangkan

penggunaan kemahiran itu di kalangan mereka. Lagipun, untuk menjadi guru yang baik

4

Page 5: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

mereka harus dapat bertutur dengan petah di samping boleh menggunakan bahasa dengan

berkesan.

Dalam mempersembahkan pengajaran, guru hendaklah dapat mengawal gerak

geri mereka. Selain itu, guru perlu dapat mengolah isi pelajaran dan berhujah, memberi

penerangan yang jelas dan contoh yang sesuai dalam menyampaikan pelajaran kepada

pelajar mereka. Guru hendaklah menguasai teknik kemahiran menyoal, membuat

peneguhan, analisis dan penilaian, mendapat maklum balas, mengawal kelas dan

menggunakan bahan bantu mengajar dengan betul untuk memastikan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran mereka . Mereka perlu mewujudkan suasana yang sesuai

dalam kegiatan pembelajaran. Dalam soal ini, mereka boleh menggunakan teknik kemahiran

bercerita disulami dengan jenaka dan membuat saranan.

Pelajar juga harus diberi persediaan untuk menghadapi pengajaran guru. Minat

pelajar perlu diwujudkan dan dipertingkatkan dengan mengubah strategi dan menggunakan

pelbagai pendekatan dalam pengajaran. Guru perlu membuat rumusan dan penilaian

terhadap pengajaran mereka. Oleh itu, guru hendaklah dapat menguasai kemahiran asas

dan membina tapak yang kukuh dalam pengajarannya. Mereka hendaklah dapat memeriksa

kemahiran-kemahiran itu dengan memisahkannya antara satu sama lain. Dengan itu,

mereka akan dapat mengkaji secara berasingan tiap-tiap kemahiran itu dengan lebih jelas

lagi

Dalam menyajikan pelajaran, guru hendaklah mempunyai keyakinan diri. Mereka

hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran itu untuk membina keyakinan diri. Dengan

peningkatan tahap keyakinan diri, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan akan wujud

dalam diri mereka. Langkah ini akan menjadikan guru bersiap sedia menghadapi segala

masalah yang berlaku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru juga akan dapat

menyaksikan kekurangan yang ada pada diri sendiri untuk ditangani dan mereka akan dapat

menghadapi segala cabaran sebagai seorang pendidik. Oleh itu mereka akan mengkaji,

memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kamahiran-kemahiran mereka.

UNIT 9 : BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan pembelajaran atau sumber maklumat sama ada dalam bentuk dokumen,

silabus kursus, fail PowerPoint, fail PDF, fail laman web dan sebagainya merupakan antara

sumber yang boleh disediakan untuk rujukan pengguna. sistem menyediakan pelbagai

5

Page 6: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

kemudahan yang membolehkan bahan pembelajaran ini dimasukkan ke dalam sistem dan

seterusnya dicapai oleh pengguna.

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan

program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk

mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan

bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses

pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk “

Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘ alat bantu ‘ itu mestilah dianggap sebagai

satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran

perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu

atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.

BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk

membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan

terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia

merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua

pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang

dapat dialami oleh murid-murid.

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 )

kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:

1. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

2. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

3. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

4. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di

kalangan pelajar

5. Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.

6. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata

pelajar.

7. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih

mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:

1. memberi rangsangan dan minat murid-muird.

6

Page 7: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

2. menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak

pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan

daripada murid-murid.

3. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan

pembelajaran mereka lebih kekal.

4. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh

cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan

beragam.

5. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan

perbendaharaan kata.

6. ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat

menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:

1. menjimatkan masa

2. dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid

3. menyeronokkan murid-murid.

UNIT 11 : PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Mulai tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi

menggantikan KLSR secara beransur-ansur diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) pada 1993. Mulai 2011 pula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

diperkenalkan bagi menggantikan KBSR. Secara ringkasnya pada akhir peringkat

pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian.

Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut. Penguasaan kemahiran asas

(membaca, menulis, mengira dan menaakul) Kemahiran berfikir (menaakul, kreatif dan

inovatif) Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental). Percaya kepada tuhan, berakhlak

mulia dan amalan nilai murni Jati diri dan semangat patriotisme Memahami dan

menghayati budaya nasional. Sehubungan itu pentaksiran dan penilaian perlu terus

dilakukan ke atas murid-murid di sekolah rendah.

Pentaksiran atau dalam bahasa Inggerisnya assessment berasal daripada perkataan

Greek, ”assidere” bermaksud ”ada di sisi”. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk

sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi

nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut. Beliau

7

Page 8: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

merumuskan bahawa; pentaksiran = pengukuran + penilaian. Guru boleh menggunakan

proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran untuk mendapatkan maklumat tentang

pembelajaran murid. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara

mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan.

Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah,

peratus markah mentah, persentil, agregat, pangkat atau band. Ukuran di atas boleh

didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat

pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik, kuiz dan senarai

semak.

Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan

proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Salina

mendapat markah 95% dalam ujian Matematik, oleh yang demikian beliau merupakan

seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau

interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Berbanding pengukuran, maklumat yang

diperoleh daripada penilaian boleh berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif

dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian

minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa

maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat

kuantitatif. Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat

keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains atau sekolah berasrama penuh”. Apabila

keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku

daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam

pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat

dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di

atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan

proses pengajaran pembelajaran

Perbandingan Antara Pentaksiran dan Penilaian

Pentaksiran Penilaian

Pengertian Proses mengumpul

maklumat,

menginterpretasi maklumat

atau memberi nilai kepada

maklumat itu dan membuat

Proses mentaksir

perubahan tingkahlaku

berdasarkan data

kuantitatif dan data

kualitatif.

8

Page 9: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

keputusan berdasarkan

interpretasi yang dibuat ke

atas maklumat.

Peranan Membuat keputusan

berdasarkan interpretasi

yang dibuat ke atas nilai

dan maklumat yang

dilakukan.

Membuat pentaksiran

tentang pencapaian murid

untuk tujuan pemulihan

atau penggredan.

Masa Pelaksanaan Melibatkan peringkat

perancangan, pembinaan,

pentadbiran, pemeriksaan

dan laporan

Sebelum, semasa dan

selepas proses pengajaran

dan pembelajaran.

Kaedah Pengukuran dan penilaian Ujian, soal selidik, rekod

anekdot, senarai semak

dan rubrik.

Fokus Berdasarkan maklumat

yang dilakukan secara

pentaksiran secara formatif

dan sumatif.

Berdasarkan maklumat

pengujian dan data

kualitatif dari pemerhatian,

soal selidik, senarai

semak.

Hasil Maklumat untuk tindakan

susulan ke arah

peningkatan prestasi.

Menunjukkan pencapaian

dan tingkahlaku murid-

murid secara

Bibliografi

9

Page 10: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

Ball, D. L., & Cohen, D. K. (1996). Reform by the book: What is--or might be--the role of

curriculum materials in teacher learning and instructional reform?  Educational

Researcher, 25(9),  6-8.

Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri

Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.

TUGASAN BAHAGIAN B : PERBINCANGAN TAJUK

10

Page 11: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

UNIT 2 : PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

Transformasi kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan

dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada tahun

hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui trasformasi

kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik

dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak

semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan

menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan

sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid

sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik

P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua

bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam

subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan

menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi

menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju

bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.

Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) menyepadukan beberapa disiplin ilmu

untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan

bermakna. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard

pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang

ditetapkan. Standard kandungan merupakan pernyataan lebih terperinci mengenai perkara

yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau indikator

kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan

dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. Setiap

11

Page 12: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah

dikenal pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandung kurikulum diorganisasikan dal

modul teras asas, modul teras to dan modul elektif.

KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan

sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan

kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian

yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan

dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam

pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut

keperluan murid bagi memastikan murid mencapaisandard yang ditetapkan.

Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,

pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di

sekolah. Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen

kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan

memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik,

berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta

berkeperibadian mulia.

Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah

langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk

merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan

Model Ekonomi Baru pada masa hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih

dahulu telah menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana

menyedari is adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang

berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains.

Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen

tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak

ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di

peringkat global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk

transfor-masi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya

tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

12

Page 13: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi

bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan

semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk

kemahiran tersebut sejak dari kecil. Keupayaan negara menghasilkan modal ins an

berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang

sentiasa meningkat dari masa ke masa. Namur, peluang pekerjaan yang terhad mengikut

kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek

terutamanya kepada aspek pembangunan negara.

UNIT 4 : ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Organisasi adalah dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerja bersama‐sama

ke arah mencapai matlamat yang sama. Organisasi sebagai satu unit sosial yang

mengandungi manusia yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain

bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya. Organisasi merupakan

himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja,

yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

Kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah

dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum

kepada tiga bahagian iaitu:

1. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah

2. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di

dalam kelas

3. Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan

pengalaman individu ataupun berkumpulan.

Kurikulum juga dikenali sebagai laluan atau balapan bagi sesuatu pertandingan

perlumbaan kereta kuda berdasarkan maksud perkataan kurikulum yang berasal daripada

perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan. Manakala dalam bahasa Ingeris,

kurikulum bermaksud jelmaan atau metamorphosis. Paduan maksud kedua-dua bahasa ini

menghasilkan definisi laluan dari satu peringkat ke satu peringkat.

Banyak lagi sumber-sumber yang menterjemahkan maksud kurikulum yang lebih

kompleks. Secara ringkas, kurikulum adalah bidang pengajian di sekolah.

13

Page 14: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang

hendak disampaikan. Ini bermaksud bahawa maklumat-maklumat akan disampaikan

mengikut peringkat yang tertentu. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan

keperluan dan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka

kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum

perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan

trend pengetahuan semasa.

Kurikulum pendidikan dibina atas beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk

melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta

berketerampilan dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif.

Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai

moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah

menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang

sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan

sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat

membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

Akhir sekali, kurikulum juga diharap dapat membantu pembentukan insan dan

warganegara yang mempunyai semangat patriotisme dan cinta kepada tanah air.

UNIT 6 : INTEGRASI DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Integrasi ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara

seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk

satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan

mereka. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian komponen yang penting daripada

pembangunan negara. Oleh itu, mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri

masyarakat majmuk di negara kita.

integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing

pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Integrasi merupakan proses

menyatupadukan secara budaya dan kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada

satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Integrasi yang diterima atau

14

Page 15: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat

majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukan kebudayaan kebangsaan

atau nasional yang tersendiri dalam kalangan mereka. Perpaduan boleh dicapai melalui dua

cara iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu

identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial

dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Pendidikan holistik merupakan suatu filsafat pendidikan yang berangkat dari

pemikiran bahwa pada dasarnya seorang individu dapat menemukan identitas, makna dan

tujuan hidup melalui hubungannya dengan masyarakat, lingkungan alam, dan nilai-nilai

spiritual. Secara historis, pendidikan holistik sebetulnya bukan hal yang baru. Beberapa

tokoh klasik perintis pendidikan holistik, diantaranya : Jean Rousseau, Ralph Waldo

Emerson, Henry Thoreau, Bronson Alcott, Johann Pestalozzi, Friedrich Froebel dan

Francisco Ferrer. Berikutnya, kita mencatat beberapa tokoh lainnya yang dianggap sebagai

pendukung pendidikan holistik, adalah : Rudolf Steiner, Maria Montessori, Francis Parker,

John Dewey, John Caldwell Holt, George Dennison Kieran Egan, Howard Gardner, Jiddu

Krishnamurti, Carl Jung, Abraham Maslow, Carl Rogers, Paul Goodman, Ivan Illich, dan

Paulo Freire.

Pemikiran dan gagasan inti dari para perintis pendidikan holistik sempat tenggelam

sampai dengan terjadinya loncatan paradigma kultural pada tahun 1960-an. Memasuki

tahun 1970-an mulai ada gerakan untuk menggali kembali gagasan dari kalangan penganut

aliran holistik. Kemajuan yang signifikan terjadi ketika dilaksanakan konferensi pertama

pendidikan Holistik Nasional yang diselenggarakan oleh Universitas California pada bulan

Juli 1979, dengan menghadirkanThe Mandala Society dan The National Center for the

Exploration of Human Potential. Enam tahun kemudian, para penganut pendidikan holistik

mulai memperkenalkan tentang dasar pendidikan holistik dengan sebutan 3 R’s, akronim

dari relationship, responsibility danreverence. Berbeda dengan pendidikan pada umumnya,

dasar pendidikan 3 R’s ini lebih diartikan sebagai writing, reading danarithmetic atau di

Indonesia dikenal dengan sebutan calistung (membaca, menulis dan berhitung).

Tujuan pendidikan holistik adalah membantu mengembangkan potensi individu

dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan dan menggairahkan, demoktaris

dan humanis melalui pengalaman dalam berinteraksi dengan lingkungannya. Melalui

pendidikan holistik, peserta didik diharapkan dapat menjadi dirinya sendiri (learning to be).

Dalam arti dapat memperoleh kebebasan psikologis, mengambil keputusan yang baik,

15

Page 16: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

belajar melalui cara yang sesuai dengan dirinya, memperoleh kecakapan sosial, serta dapat

mengembangkan karakter dan emosionalnya.

Pendidikan harus dapat mengantarkan peserta didik untuk memperoleh aktualisasi

diri (self-actualization) yang ditandai dengan adanya: (1) kesadaran; (2) kejujuran; (3)

kebebasan atau kemandirian; dan (4) kepercayaan.

Pendidikan holistik memperhatikan kebutuhan dan potensi yang dimiliki peserta

didik, baik dalam aspek intelektual, emosional, emosional, fisik, artistik, kreatif, dan spritual.

Proses pembelajaran menjadi tanggung jawab personal sekaligus juga menjadi tanggung

jawab kolektif, oleh karena itu strategi pembelajaran lebih diarahkan pada bagaimana

mengajar dan bagaimana orang belajar. Beberapa hal yang harus dipertimbangkan dalam

mengembangkan strategi pembelajaran holistik, diantaranya: (1) menggunakan pendekatan

pembelajaran transformatif; (2) prosedur pembelajaran yang fleksibel; (3) pemecahan

masalah melalui lintas disiplin ilmu, (4) pembelajaran yang bermakna, dan (5) pembelajaran

melibatkan komunitas di mana individu berada.

Dalam pendidikan holistik, peran dan otoritas guru untuk memimpin dan mengontrol

kegiatan pembelajaran hanya sedikit dan guru lebih banyak berperan sebagai sahabat,

mentor, dan fasilitator. Peranan guru adalah seperti seorang teman dalam perjalanan yang

telah berpengalaman dan menyenangkan.Sekolah hendaknya menjadi tempat peserta didik

dan guru bekerja guna mencapai tujuan yang saling menguntungkan. Komunikasi yang

terbuka dan jujur sangat penting, perbedaan individu dihargai dan kerjasama lebih utama

dari pada kompetisi.

UNIT 8 : ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH

Apakah Maksud Merentas Kurikulum? Melaksanakan EMK di dalam semua disiplin

ilmu mengikut tajuk/topik atau unit yang sesuai. Elemen merentas kurikulum boleh

dilaksanakan sekiranya, guru itu,

i. Bersemangat tinggi dalam perkhidmatan: Guru yang sentiasa ghairah dan teruja

untuk memberikan yang terbaik dalam perkhidmatannya. Contohnya guru ini akan

hadir ke sekolah sebelum waktunya, masuk dan keluar kelas tepat waktunya,

berfikiran terbuka, proaktif, inovatif dan motivatif.

16

Page 17: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

ii. Bermatlamat yang jelas: Guru yang tahu apa yang dibuat tanpa disuruh atau diberi

arahan. Meletakkan perkara yang terpenting dan segera untuk diberi keutamaan.

Manakala perkara yang tidak penting dikemudiankan dan perkara yang tidak

berkaitan diabaikan. Contohnya guru ini memikul amanah dan melaksanakan

dengan terbaik untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh dirinya sendiri atau

pihak lain.

iii. Berkemahiran mengurus bilik darjah: Guru ini cekap dalam mengurus bilik darjah

yang ia bertugas di dalamnya. Kecekapan itu dapat dilihat dalam bentuk kawalan

disiplin murid, keceriaan murid dan kelas dan tindakan rutin di dalam bilik darjah

yang berkesan (kebersihan kelas, kesihatan murid, rekod murid dan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran). Contohnya guru ini sentiasa mempastikan ketepatan

masa, suasana kelas yang ceria dan bersih dan murid sentiasa memberikan

tumpuan terhadap pengajarannya.

iv. Berkebolehan komunikasi yang baik: Guru yang dapat menyampaian

pengajarannya dengan berkesan. Suara yang lantang, bahasa yang halus, sebutan

yang jelas, intonasi yang betul, arahan yang tepat dan ayat-ayat yang gramatis yang

diselangselikan dengan elemen “humor”. Contohnya guru ini sentiasa menghidupkan

suasana pembelajaran di mana murid-murid merasa terhibur dan tidak bosan

sepanjang kelas berlangsung.

v. Jangkaan yang tinggi terhadap murid: Guru yang sentiasa beranggapan setiap

muridnya adalah insan yang istimewa yang mempunyai potensi untuk berjaya jika

diberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang betul dengan cara yang berkesan.

Contohnya guru ini sentiasa memberi galakan kepada murid untuk mencuba

menyelesaikan masalah dalam semua perkara (akademik, sukan, persatuan dan

sebagainya).

vi. Berupaya memberi yang terbaik: Guru yang meletakkan kepentingan

perkhidmatannya melebihi kepentingan diri sendiri dengan kebolehan memberi yang

terbaik kepada murid-muridnya demi masa depan mereka dan yang terbaik dalam

tugas-tugas khasnya untuk kejayaan sekolah. Contohnya guru ini akan memberikan

kelas pemulihan khas atau kelas tambahan kepada murid-muridnya yang masih

belum menguasai isi kandungan topik-topik yang diajar tanpa sebarang bayaran.

17

Page 18: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

vii. Pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam: Guru

ini menguasai dengan mendalam dan meluas tentang kurikulum kebangsaan yang

menjadi panduan dan rujukan kepadanya dari segi matlamat, objektif dan

kandungannya. Guru ini juga dapat menguasai subjek yang diajar dan menjadi

rujukan kepada murid, rakan sejawat dan pihak lain yang memerlukan khidmat

ketokohannya. Contohnya guru ini sentiasa mengemaskini pengetahuannya tentang

kurikulum kebangsaan yang berubah dan berupaya menyesuaikan pengetahuan

tentang subjek dengan matlamat kurikulum kebangsaan yang ditetapkan.

viii. Hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan majikan:

Guru ini dapat mewujudkan hubungan yang berkualiti dan mengekalkan

keharmonian dalam perkhidmatannya. Contohnya guru ini sentiasa menganggap

murid-murid seperti anaknya, bergaul mesra dengan ibubapa dan masyarakat dan

sentiasa menjadi rakan sejawat yang baik

UNIT 12 : ARAH ALIRAN DAN PERKEMBANGAN TERBARU BERKAITAN

KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

a. Pendekatan Induktif

Ia dipelopori oleh aliran pemikiran behaviorisme. Pendekatan ini dimulai dengan

contoh-contoh khusus kepada kesimpulan umum. Ia memberi peluang kepada pelajar

membuat kesimpulan sendiri. Ia juga bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan &

menekankan kpd pengulangan. Ia untuk mendapatkan hukum.

Secara konsepnya, pendekatan ini;

i. mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukum

ii. Memperkenalkan pengetahuan & pengalaman

iii. Mengakumulasikan maklumat utk m’btk hukum

iv. Membentuk kesimpulan drpd cth-cth tertentu

b. Pendekatan Deduktif

18

Page 19: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

Pendekatan ini selaras dengan teori pembelajaran Gestalt Ia tentang pengajaran

dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh. Ia

bematlamatkan pemerolehan struktur kognitif. Pendekatan ini lebih banyak menekankan

aspek tulisan.

Kelebihan pendekatan ini ialah;

i. Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.

ii. Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak

persediaan.

iii. Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara

tradisinya, guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan

pengajaran dan pembelajaran.

c. Perbezaan pendekatan Induktif dan Deduktif

Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif

o Khusus kepada umum

o Pengajaran mendapatkan

hukum

o Banyak menggunakan

contoh

o Umum kepada

khusus

o Pengajaran

berdasarkan hukum

o Kemukakan

genelisasi

Kaedah :

1. Terus atau

semulajadi

2. Oral-aural

3. Linguistik

4. Fonetik

Kaedah :

1. Linguistik

2. Semulajadi

3. Terus

Teknik :

1. Berbincang

2. Brainstorming

3. Soal jawab

Teknik :

1. Main peranan

2. Bercerita

3. Lakonan/ drama

4. Tunjuk cara

19

Page 20: Tugasan Bahagian a Dan Bahagian b Krp 3013

20