tugasan 1 kae 3013

Upload: vashanti-subramaniam

Post on 20-Jul-2015

727 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAE 3013EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAKTUGASAN INDIVIDU 1KUMPULAN UPSI A02(A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH: NAMA VASHANTI A/P SUBRAMANIAM NO.ID D20102040632 NO.TELEFON 019-4202235

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR DATODR.AMINAH BINTI AYOB

TARIKH SERAH: 4HB MEI 2012

1

PENGENALANMUZIK Menurut Falsafah Pendidikan Negara(FPN), pendidikan harus memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani.Penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik akan memelihara aspek perasaan, kreativiti, nilai estetika, memperkembangkan kecerdasan mental, psikomotor dan nilai sosiolisasi. Untuk memenuhi hasrat FPN, muzik telah diwajibkan kepada semua murid sekolah rendah pada tahun 1983 sehingga sekarang dan banyak sekolah menengah juga telah menawarkannya. Muzik mempunyai potensi untuk membantu seseorang individu:1) Menyedari keesaan Tuhan dengan lebih mudah 2) Mendapat dan merasai ketenangan jiwa di paras yang lebih tinggi. 3) Menjadi warganegara yang lebih gembira dan hormani.

PENGARUH MUZIK Mengikut pendapat para ahli antropologi, semua tamadun dan kelompok manusia sepanjang zaman telah menghayati dan mengamalkan aktiviti-aktiviti muzik. Orang-orang Yunani purba percaya melalui pelbagai aktiviti dan latihan muzik, jimnastik serta peraturan, individu-individu yang berakhlak mulia boleh dihasilkan. Plato(dalam bukunya Republic) juga berpendapat bahawa sahsiah seseorang itu amat dipengaruhi oleh seni halus seperti muzik, sastera dan lukisan. Dengan ini akhlak seseorang itu boleh diperbaiki jika beliau didedahkan kepada muzik, bidang seni yang lain dan juga acara jimnastik yang sesuai. Aristole (dalam bukunya Politics) pula mengatakan bahawa muzik boleh mempengaruhi niat manusia. Mengikut beliau, jika seseorang itu mendengar muzik yang menggambarkan sesuatu sifat manusia seperti kelembutan, kemarahan, keberanian, ketabahan hati atau sifatsifat yang sebaliknya. Individu berkenaan akan memperlihatkan sifat-sifat berkenaan dalam perwatakannya. Ini bermakna peribadi seseorang itu boleh diperbaiki atau berdasarkan jenis muzik yang didengarnya.

2

KEPENTINGAN MUZIK Dalam buku Pendidikan Muzik Semasa (Johami Abdullah, 1993), Lowell Manson, seseorang tokoh pendidikan muzik yang pernah digelar Bapa Pendidikan Muzik di Amerika berpendapat bahawa semua pelajar boleh menyanyi dan berhak untuk mempelajari muzik. Beliau juga telah berhujah bahawa muzik boleh membawa banyak kebaikan kepada individu. Dalam buku The Kodaly Method 1: Comperehensive Music Education Third Edition: (Choksy, 1999. P. 17). Profesor Zoltan Kodaly, seorang tokoh pendidikan muzik mengatakan, Muzik kepunyaan manusia dan literasi muzik harus dijadikan hak asasi semua rakyat dunia. Di bawah kepimpinan beliau, para pendidik muzik Hungary telah memperkembangkan suatu system pendidikan muzik yang begitu berkesan sehingga semua rakyat Hungary adalah dianggap sebagai music literate dan mereka boleh memainkan sekurang-kurangnya sejenis alat muzik atau dapat menyanyi dalam koir dengan membaca notasi muzik). Pada masa kini, ahli muzik dari pelbagai Negara di benua Amerika, Eropah dan Asia termasuk Malaysia sendiri telah mengkaji kaedah Kodaly dan cuba mengimplementasikannya di Negara mereka sendiri. Selain daripada ini, beberapa kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat (Begley,2000), telah menunjukkan bahawa pembelajaran muzik boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang lain. Contohnya, Kajian shaw, Irvine dan Rausher (1977) telah menunjukkan bahawa pembelajaran muzik akan menolong pelajar dalam bidang matematik. Dicadangkan bahawa perkaitan antara pembelajaran muzik dan pencapaian matematik mungkin terhasil kerana muzik melibatkan aplikasi konsep-konsep asas matematik seperti kekadaran, nisbah dan sekuens. Dapatan kajian ini telah disokong oleh dapatan kajian-kajian lain, termasuk Kajian Martin Gardiner (Begley,2000). Kajian Gottifried Shlaug (Begley, 2000) pula telah menunjukkan bahawa muzik boleh mempengaruhi perkembangan otak manusia secara spesifik iaiti bahagian corpus callosum. Corpus callosum ialah bahagian hadapan otak yang menyambungkan hemisfera kiri dan kanan otak manusia. Ia juga menyambung kedua-dua belah pre-motor corlex dimana gerakan dirancang sebelum dilakukan. Kajian Shlaug merujuk kepada dua kumpulan peserta3

iaitu 30 ahli muzik (pemain alat bertali dan pianis) dan 30 orang yang bukan ahli muzik. Didapati bahawa corpus callosum kumpulan ahli muzik adalah lebih besar daripada kumpulan bukan ahli muzik. Dicadangkan bahawa ini mungkin disebabkan: 1) Muzik memerlukan input daripada kedua-duanya otak kiri(pemikiran kognitif) dan otak kanan(emosi), 2) Muzik memerlukan koordinasi gerekan tangan yang amat cepat Choksy (1988) dalam bukunya Teaching Music Effectively In The Elementary school telah menyenaraikan lima sebab utama kepentingan muzik dalam kurikulum pendidikan iaitu: 1) Muzik sebagai hiburan, rekreasi dan pemberi pengalaman yang berbeza. Seseorang dewasa yang menerima pendidikan muzik bermutu akan menikmati muzik dengan lebih meluas dan menyeluruh berbanding dengan orang yang tidak diberikan peluang ini.

2) Muzik sebagai kerjaya. Seseorang yang didedahkan muzik formal boleh menceburi pelbagai bidang muzik seperti penciptaan, pengajaran, persembahan dan lain-lain.

3) Muzik dan pendidikan yang holistik. Pendidikan muzik mengembangkan otak kiri dan kanan. Dr.Joan Macleod (Choksy, 1988) menunjukkan bahawa all experience is thought and that every thought can be made visual through symbols. Beliau menyenaraikan system symbol ke dalam lima kategori iaitu perkataan, nombor, gerak isyarat, imej dan bunyi. Kebanyakan pendidikan mementingkan perkataan dan nombor dan mengabaikan symbol gerak isyarat, imej dan bunyi. Pendidikan yang mengabaikannya boleh dianggap sebagai tidak sempurna. Sekolah harus menolong mengembangkan kemahiran dalam semua sistem simbol itu.

4) Muzik sebagai pengaruh sosial. Pendidikan kendiri melalui computer menjejaskan pergaulan dan perkembangan sosial manusia. Matapelajaran muzik memperkembangkan kemahiran sosial.

5) Muzik sebagai penyentuh perasaan dan pemberi pengalaman estetik. Muzik memberi ruang kepada seseorang mengeluarkan perasaan dan membangkitkan semangat.4

PERANAN MUZIK MEMUPUK MINDA KANAK-KANAK Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam system pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mengendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi dengan perkataan. Keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekelilingnya. Pada peringkat ini, stimulasi Pranatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran untuk berkomunikasi dengan bayi sebelum bayi dilahirkan. Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi. Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak.

KEPELBAGAIAN MUZIK

5

Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi. Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.

PERASAAN Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak dengan irama muzik. Bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap bayi. Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak , menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh. Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

OTAK KIRI Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif.

6

Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantic dalam kawasan broca Misalnya dalam bahasa mandarin.setiap suka kata dan nada adalah penting dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain: jika diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza. Perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata .nasi atau kebingungan . Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak.mengikut hasil kajian yang di jalankan oleh Stanford Universiti telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia. Seperti yang dinyatakan dari awal.pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi nada. John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting , terdapat aspek tertentu bahasa .. Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal. Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan. Di dalam artikel Adakah muzik menjadikan kita lebih pintar?9Does music make us smarter?) oleh Baby Classroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak. Mereka memetik kajian oleh Dr.Frances Rauscher dan Dr.Gordon Shaw yang menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menunjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil peljaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran computer dalam tempoh yang sama. Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan. Manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh7

terbaik adalah lagu huruf. Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental. Satu lagi faktor positif adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak . Muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Keseronokkan adalah kunci apa jua poses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memproleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka.

PERGERAKAN Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan (lrarning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Pergerakan adalah perlakuan/ aksi individu yang boleh berlaku secara automatis, spontan dan terurus (melibakan perancangan yang lebih tersusun) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai pergerakan adan. Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Ia memberi peluang kepada kanakkanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat non-verbal. Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.

Kepentingan muzik dan pergerakan terhadap:EMOSI

8

Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam aktiviti dapat menenangkan perasaan kanak-kanak.

KOGNITIF Meningkatkan daya pendengaran dan kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah. KEGEMBIRAAN Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak. FIZIKAL Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat pergerakan secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran motor dan menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan. KEYAKINAN DIRI Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi secara berkumpulan diikuti menyanyi dengan solo adalah asas latihan keyakinan diri. KREATIVITI Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kaak-kanak mengubah suai seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.

KECERDASAN KINESTETIK Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

9

Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lainlain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi pergerakan fizikal dengan mental.

BAGAIMANAKAH MUZIK DAPAT MENINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

Apabila seseorang kanak-kanak didedahkan dengan asas muzik pada peringkat awal lagi maka mereka akan dapat menghayati muzik yang dibelajari dan mereka juga akan dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia. Disini guru(muzik) perlu memainkan peranan penting dalam menerapkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia. Contohnya apabila seseorang murid menerima asas muzik maka dia akan dapat menghayati segala muzik yang didengarinya tanpa mengira bahasa. Murid-murid juga perlu didedahkan dengan alat-alat muzik pelbagai kaum di Malaysia. Contohnya seperti berikut:-

Sheng adalah alat organ mulut. Ruang angin dibuat dari logam. Tiub-tiub dibuat daripada buluh. Tiubtiub dari tembaga ditambah untuk mengeluarkan gema dan diletak pada bahagian atas yang lebih kuat. Satu tiub mempunyai satu pelidah dan tujuh belas ruang pemetik.

10

Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung-hujung jari pemain.

Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.

Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.

11

BUDAYA menyatukan bangsa. Begitulah yang dilihat apabila seni halus seperti tarian, seloka, gurindam dan syair mampu merapatkan jurang serta menepis bait-bait perbezaan di kalangan masyarakat bertamadun. Seni tidak pernah bersifat prejudis. Semua orang layak memberi tafsiran tersendiri dan melalui seni, ruang bagai terbuka untuk diteroka. Pada era moden, kemakmuran sesebuah negara bukan sekadar diukur daripada pencapaian ekonomi, sebaliknya bangsa maju didefinisikan dari setiap unit populasi seimbang yang tidak mengetepikan elemen rohaniah termasuk seni. Di Malaysia, kepelbagaian kaum sudah lama menjadi simbol kekuatan negara. Integrasi antara kaum jika diperhatikan turut terbias pada seni halus yang diperturunkan zaman ke zaman. Asimilasi seni melalui penyatuan pelbagai elemen dalam rentak tari Melayu, India dan Cina misalnya, membentuk keunikan tersendiri yang hingga hari ini terus menjadi tarikan setiap kali dipersembahkan di mana saja terutama di luar negara. Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada jenisjenis muzik dan tarian yang terdapat di sini. Tarian kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli serta beberapa suku kaum penduduk di Sabah dan Sarawak benar-benar eksotik dan menawan. Mak Yong Melayu Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat diraja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diraja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu KudaKepang Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.

12

Zapin Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. Joget Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.

TarianLilin Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan. Silat Salah satu tradisi Melayu paling tua yang juga merupakan sejenis seni mempertahankan diri, Silat juga adalah suatu seni yang boleh dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang penuh aksi serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan. TarianSinga Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Tarian naga adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya.

13

TarianNaga Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi mempertunjukkan persembahan yang penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat. IndiaBharataNatyam Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun. Bhangra Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis, di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan dholo, iaitu sejenis gendang bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat menghiburkan. Sabah & Sarawak Ngajat Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir. DatunJulud Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak. Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi menggambarkan kegembiraan14

serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap burung suci tersebut. Sumazau Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acaraacara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerakgeri yang perlalan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang terbang. TarianBuluh Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali. Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas. Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit. OrangAsli Tarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang dalam upacara menghubungi dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom kaum Jah-Hut, serta Sewang oleh kaum Semai dan Temiar. Beberapa jenis tarian di Malaysia

15

Tarian Orang Kadazan

Tarian Singa Orang Cina

Tarian Orang Iban

16

Tarian Bharatham Orang India

Tarian Joget Orang Melayu

17

Tarian Orang Asli Murid-murid haruslah didedahkan dengan jenis-jenis tarian semua kaum yang terdapat di negara ini. Ini akan membuat mereka lebih memahami diantara satu sama lain dan dapat menghormati kepercayaan dan tradisi kaum-kaum yang lain.

KEPENTINGAN PERGERAKAN Aktiviti pergerakan kreatif dapat meningkatkan imaginasi, kreativiti dan estetika kanak-kanak dengan berimaginasi semasa aktiviti gerakan, menginterpretasikan idea dan mengapresiasi estetika gerak geri yang ditunjukkan dalam aktiviti gerakan. Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif dapat melatih kanak-kanak mengenal bahagian-bahagian tubuh badan sendiri, meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ketahanan, mengeksplorasi dan menggunakan ruang dengan bijak, menghargai dan membahagikan masa mengikut keutamaan. Aktiviti pergerakan kreatif menggabungkan elemen-elemen pergerakan seperti tubuh badan, ruang, masa dan daya. Elemen tubuh badan merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, kaki dan tangan. Kanak-kanak boleh menggunakan imaginasi dan kreativiti masing-masing untuk mereka cipta gerak-geri dengan menggunakan elemen tubuh badan.

18

Contoh gerak geri pusing kepala, turun naik bahu, berjalan dan melambai tangan. Daripada gerak geri yang dihasilkan, kanak-kanak boleh meneka maksud gerakan menilai estetika yang ada padagerakan. Penggunaan tubuh badan adalah melatih kanak-kanak menjelajahi ruang persembahan secara kreatif. Tarian dan pergerakan kreatif dapat membantu perkembangan kinestetik dan kreativiti kanak-kanak. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif melibatkan pemikiran dan gerak geri kreatif. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan aktiviti fizikal untuk perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Gerakan kreatif dalam tarian dan pergerakan melibatkan koordinasi dan kepantasan fizikal kanak-kanak. Ia melatih kanak-kanak menginterpretasikan pergerakan anggota atau tubuh dengan pantas dan cekap. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif yang dilaksanakan oleh guru dapat menggalakkan kanak-kanak menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Hasilnya, kanak-kanak bergerak mengiringi muzik, sensitive dengan rentak muzik serta mempertingkatkan kecerdasan kinestetik kanak-kanak. Tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkreatif. Aktiviti tarian memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam tarian yang terdiri daripada pelbagai budaya Malaysia.

19

Aktiviti pergerakan kreatif pula memberi peluang kepada kanak-kanak bergerak secara kreatif untuk menunjukkan tubuh badan, ruang, masa dan tenaga dalam persembahan. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam pergerakan dan mencari kepuasan dalam persembahan. Aktiviti-aktiviti sedemikian dapat meningkatkan kesedaran tentang kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

MUZIK Kanak-kanak juga perlu dibimbing menyanyi lagu dengan iringan muzik, menyanyi lagu mengikut tempo dan menyanyi lagu mengikut perasaan dan ekspresi. Selain itu, guru juga digalakkan membimbing kanak-kanak berbalas pantun dan deklamasi sajak yang mempunyai ritma dan susunan ayat yang ringkas dan mudah. Kanak-kanak peka terhadap pic dan irama serta sensitif terhadap bunyi-bunyi di persekitara. Mereka akan memberi reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Muzik menekankan kemahiran pendengaran. Konsep muzik sepeerti pic, irama dan lirik dapat dipraktikkan dalam aktiviti nyanyian kanak-kanak. Lagu dan nyanyian untuk kanak-kanak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti nyanyi. Pantun dan sajak kanak-kanak mempunyai ritma, susunan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Pantun kanak-kanak merangkumi pantun 2 kerat, pantun 4 kerak dan pantun 6 kerat.Sajak kanak-kanak merupakan puisi baru yang bebas daripada peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan ritma. Beberapa Contoh Pantun:20

Anak rusa nani Baru kembang ekor Apa dosa kami Lalu tidak tegur Buai laju-laju Sampai puncak sana Apa dalam baju? Sekuntum bunga Cina Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Belum tumbuh gigi Pandai baca kitab Ayam kedek-kedek Beri makan padi Abang sayang adik Mesti ajar mengaji Burung kenek-kenek Hinggap bawah batang Apa pesan nenek Cepat-cepat pulang Pok amai-amai Belalang kupu-kupu Bertepuk adik pandai Malam nanti upah susu Susu lemak manis Santan kelapa muda Adik jangan menangis Emak banyak kerja Air pasang pagi Surut pukul lima Bangun pagi-pagi Siram pokok bunga Pantun-pantun sedemikian akan dapat membantu anak murid kita untuk mengecam bunyi perkataan dalam pantun dan mengungkap keindahan bahasa. Kanak-kanak suka bermain sambil menyanyi lagu. Mereka lebih mengingati lagu dengan melakukan aksi.Contohnya lagu Nenek si Bongkok Tiga. Lagu beraksi adalah lagu yang diikuti dengan pergerakan atau aksi mengikut lirik lagu yang dinyanyikan.Contohnya lagu Tanya Sama Pokok.21

Lirik Lagu Tanya Sama Pokok Tanya Sama Pokok, Apa Sebab Goyang Nanti Jawab Pokok, Angin Yang Goncang Tanya Sama Angin, Apa Sebab Hujan Nanti Jawab Angin, Tanyalah Awan. Awan Nanti Kata, Aku Kandung Air Sampai Tempat Teduh, Aku Pun Cair Lihat Dalam Air, Nampak Bayang-Bayang Campak Satu Batu, Bayang Pun Hilang. Lagu rakyat wujud dalam masyarakat dari sejak awal lagi. Kadang kala lagu-lagu ini tidak diketahui pencipta dan sumbernya. Contohnya lagu Anak Itik Tok Wi. Lagu nasihat mempunyai unsur-unsur peringatan dan pedoman yang boleh dijadikan panduan hidup kanak-kanak. Contoh lagu nasihat adalah seperti lagu Bangun Pagi. Lagu serantau menggunakan bahasa dialek loghat bahasa asal sesuatu tempat. Jenis lagu ini memperkenalkan budaya kaum atau lokasi sesebuah Negara. Contoh lagu serantau adalah seperti lagu Wau Bulan. Sajak mempunyai keharmonian, baris-baris ayat yang membangunkan rangkap tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap. Sajak untuk kanak-kanak semestinya mengemukakan pertentangan ritma akhir di hujung setiap baris ayat. Sajak untuk kanakkanak perlu dideklamasikan secara indah, segar dan bebas.

KEPENTINGAN MUZIK UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MUZIKAL DAN KREATIVITI KANAK-KANAK. Muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun dapat mempertingkatkan kemahiran muzikal dan juga kreativiti kanak-kanak. Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil perlu dalam aktiviti menyanyi dan juga berbalas dan mendeklamasi sajak. Kemahiran muzika kanak-kanak seperti menyanyikan melodi mudah, menyanyi lagu dengan iringan muzik dan menyanyi lagu dengan tempo dapat dipertingkatkan. Aktiviti mendeklamasi pantun dan sajak pula dapat melatih kanak-kanak22

menggunakan sebutan yang jelas dan menyampaikan perasaan masing-masing menerusi aktiviti yang dilaksanakan. Aktiviti muzik lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun yang dilaksanakan untuk kanak-kanak memberi focus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Setiap aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat pergerakan dan menyampaikan mengikut mud. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun menggalakkan kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun melibatkan imaginasi atau khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika kanak-kanak juga dapat dipupuk. Guru perlu memberi penekanan kepada budaya Malaysia sewaktu mengajar muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun agar perpaduan rakyat yang berbilang kaum dapat dikukuhkan lagi. Ini adalah sebab kanak-kanak akan menghayati muzik dan akan terpengaruh dengan muzik secara lebih mendalam kerana ia membawa keseronokkan dan mereka juga berasa dapat meluahkan perasaan sepenuhnya sewaktu melibatkan diri secara aktif sewaktu muzik diajar dalam bilik darjah. Kemajuan sesebuah Negara boleh dilihat dari perkembangan seni budayanya dimana muzik merupakan salah satu komponen utama untuk menentukan sejauh mana tamadun Negara itu telah berkembang.

23

RujukanChosksy,l.(1981). The Kodaly Context : Creating An Environment For Music Learning. New Jersy: Prentice Hall. Choksy,L. (1986). Teaching muzik In The Twentieth Century. New Jersey : Prentice Hall, Englewood Cliffs. Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-Kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L. Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

24