qgu 3013 fuziah d042706

Upload: cik-gee

Post on 03-Apr-2018

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    1/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    1

    QGU 3013

    KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PJ DAN PK

    TEACHING GAME FOR UNDERSTENDING(TGFU)

    FUZIAH BT. ISMAIL

    D20102042706

    KUMPULAN UPSI 53

    SEMESTER 4

    SESI 2012/2013

    PENSYARAH

    DR ABD RAHIM B. MOHD SHARIFF

    FAKULTI SAINS SOSIAL

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    2/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    2

    KANDUNGAN MUKA SURAT

    1.0. Pengenalan 3

    2.0. Definisi TGFU 4

    3.0. Kepentingan TGFU 5

    4.0. Komponen TGFU

    5.0. Kepentingan TGFU dalam P&P P.Jasmani 9

    6.0. Perbandingan Kaedah Tradisional Dengan

    Kaedah TGFU 11

    7.0. RPH P.Jasmani menggunakan Kaedah TGFU 12

    8.0. Refleksi Kendiri 15

    9.0. Kesimpulan 16

    10.0. Lampiran 17

    10.1. Lampiran 1

    10.2. Lampiran 2

    10.3. Lampiran 3

    11.0. Rujukan 24

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    3/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    3

    1.0. PENGENALAN

    Model TGFU telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika

    Syarikat. Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikn jasmani untuk

    mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak

    menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran.

    Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran

    Pendidikan Jasmani sedia ada.

    Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan

    sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan kepada kanak-

    kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan

    ianya menghasilkan faedah yang baik.Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu

    permainan,kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang Mengapa dan Bila sesuatu

    kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu.

    Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka

    tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.

    Terdapat banyak kebaikan model ini sebagai kurikulum di sekolah. Antaranya ialah ia dapatMemberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur

    dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran

    yang sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan

    kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat.

    Namun begitu, model ini tidak terlepas daripada mempunyai kelemahannya yang tersendiri.

    Antara kelemahannya ialah kanak-kanak mungkin akan keliru kerana pengubahsuaian

    permainan ini mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu dan peralatan yang

    digunakan juga mungkin tidak bersesuaian untuk permainan tersebut.

    Teori Bunker dan Thorpe telah sependapat bahawa model kurikulum yang telah direka dan

    diperkenalkan oleh mereka menitik beratkan dan memfokuskan kemahiran asas ( theoritical

    base ) dan peringkat jangka masa singkat ( temporal sequence ) dalam pengajaran sesuatu

    permainan sebelum permaianan tersebut dikuasai dengan lebih baik dan mantap1.

    1 http://tgfu.wetpaint.com/page/The+Model

    http://tgfu.wetpaint.com/page/The+Modelhttp://tgfu.wetpaint.com/page/The+Modelhttp://tgfu.wetpaint.com/page/The+Model
  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    4/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    4

    2.0. DEFINISI TGFU

    Dalam melahirkan ahli sukan dan pemain yang berkualiti, pendedahan terhadap

    disiplin sukan perlulah didedahkan pada peringkat awal lagi seperti pada peringkat pra

    sekolah atau sekolah rendah. Namun, terdapat pelbagai kekangan dalam

    memperkenalkan sesuatu sukan permainan, contohnya pelajar kita yang berumur 59 tahun

    tidak sesuai lagi dari segi fizikal untuk bermain bola sepak menggunakan ukuran padang yang

    piawai seperti orang dewasa begitu juga dengan acara sukan lain. Infrastruktur yang sedia ada

    juga merupakan kekangan utama misalnya, gelanggang dan alatan. Undang-undang

    permainan yang sukar difahami dan dikuasai turut menjadi masalah. Dalam situasi ini,

    pendekatan TGFU amat sesuai diaplikasikan.

    Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada permainan

    sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal, sosial serta

    intelek mereka dan infrastuktur yang bersesuaian. Dalam sesuatu permainan TGFU prosedur

    berpasukan dan gelanggang permainan turut diubahsuai mengikut kesesuaian.Seterusnya,

    penekanan diberikan kepada apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau

    undang-undang yang diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik minat pemain. Pelajar juga

    diberi peluang dan ruang untuk mencuba di pelbagai posisi yang berlainan. Dalam erti kata

    lain, permainan TGFU mempunyai undang-undang permainan yang mengandungi peraturan-

    peraturan yang minimum dan senang difahami serta ditafsir.

    Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk

    mengatasi pihak lawan. Bimbingan yang berterusan daripada jurulatih atau guru akan

    memantapkan pemahaman pelajar terhadap kesedaran taktikal iaitu aspek prinsip pergerakan,

    ruang dan masa, situasi lanjut dan cara mengesan kelemahan pihak lawan. Sesi

    perbincangan amat digalakkan sebagai proses untuk membolehkan pelajar mendalami idea

    dan memahami penyelesaian masalah taktikal.Selain itu, secara tidak langsung para pemain

    akan berhadapan dengan situasi yang bakal membimbing mereka ke arah kemahiran membuat

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    5/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    5

    keputusan seperti, menilai situasi untuk menentukan apa yang perlu dilakukan, mengenalpasti

    dan menjangkakan kemungkinan serta membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan

    keadaan.

    Permainan dalam bentuk ini melibatkan satu atau lebih kemahiran asas, malah

    pendekatan ini berkonsepkan ansur maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah dan

    yang telah dikuasai. Penguasaan kemahiran sedia ada akan membantu untuk menghasilkan

    pergerakan sebenar dalam situasi permainan.Prestasi kemahiran dan penguasaan strategi

    dinilai mengikut kriteria berasaskan kebolehan individu. Kriteria ini memberi fokus kepada

    keupayaan pemain bertindak balas terhadap teknik-teknik tertentu. Permainan TGFU ini

    sebenarnya menjadi medan untuk para pemain mengasah bakat dan seterusnya membentuk

    kemahiran yang kukuh bagi menyediakan pemain ke peringkat yang lebih tinggi.

    Pendekatan TGFU ini menyarankan agar teknik diperkemaskan apabila pelajar sudah

    menguasai taktik dan strategi yang secara teknikalnya diperolehi semasa permainan TGFU

    dilaksanakan. Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk permainan dan bukannya latih tubi

    terhadap kemahiran itu sendiri.Dalam konteks ini, konsep TGFU dalam perspektif PendidikanJasmani di Malaysia hampir menyamai perlaksanaan sukan mini. Ringkasnya, pendekatan ini

    membolehkan serta memudahkan proses pemahaman pelajar serta memberi motivasi kepada

    pelajar untuk mempelajari kemahiran setelah melihat kepentingan kemahiran dalam

    pertandingan2.

    2http://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/teaching-games-for-understanding.html

    http://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/teaching-games-for-understanding.htmlhttp://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/teaching-games-for-understanding.htmlhttp://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/teaching-games-for-understanding.htmlhttp://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/teaching-games-for-understanding.html
  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    6/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    6

    3.0. KEPENTINGAN TGFU

    Pendekatan TGfU menyarankan bahawa taktik pemainan untuk dapat diertikan

    sebagai pengenalan pertama, pelajar harus mengetahui kenapa dan bila keterampilan itu

    diperlukan dalam konteks permainan, pelaksanaan taktikal dalam keterampilan dilahirkan.

    Pendekatan TGfU harus dapat diterapkan pada pengajaran jasmani para pelajar, meningkatkan

    motivasi untuk kematangan, dan seterusnya meningkatkan kesihatan psikologi dan fizikal. Ia

    juga menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran taktikal

    sebagai asas membuat keputusan semasa bermain.

    Selain itu TGFU menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai

    permainan dengan memberi ruang dan peluang meneroka dan belajar dalam pergerakan

    kemahiran fizikal dalam lingkungan konteks aktiviti fizikal, mengekalkan minat untuk belajar

    dan menimbulkan keseronokan semasa bermain. TGfU mencadangkan cara seseorang mampu

    menghargai keseronokan bermain ke arah membina daya usaha atau kesungguhan belajar

    teknik kemahiran untuk meningkatkan permainan.

    Ia juga menyediakan persekitaran pembelajaran holistik dan konstruktif melaluibeberapa soalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain. Meningkatkan aras

    domain pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan taktikal dan penyelesaian

    yang mengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai permainan dan pendekatan sebagai tulang

    belakang. Pelajar bukan sahaja memahami apa yang mereka patut tahu untuk berjaya dalam

    permainan, tetapi yang lebih penting bila dan mengapa untuk membuat keputusan dalam

    konteks permainan yang dinamik dan pelbagai.

    TGfU fokus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk membantu pelajar

    perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki supaya dapat

    mengambil bahagian dalam sukan tertentu.Selain itu TGfU menyediakan pelajar dengan

    peluang memikul tanggungjawab ke atas pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri

    dan orang lain, kemahiran sosial, bersikap positif dan nilai. Membenarkan pelajar

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    7/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    7

    mengalihkan pengalaman belajar melalui alam penerokaan dan mengaplikasikan pengalaman

    tersebut dalam bidang perkembangan pergerakan kognitif3.

    4.0.KOMPONEN TGFU

    Komponen yang terdapat dalam TGFU ialah :-

    4.1. Berbentuk Permainan (Game Form)

    Game Form-sesuai untuk semua peringkat umur.-Mengandungi kategori permainan

    yang berbeza tetapi mempunyai kurikulum yang sama.-membantu pelajar untuk belajar cara

    membuat keputusan dan penyelesaian masalah.-memberi tunjuk ajar yang betul-situasi

    permainan yang sesuai telah di tetapkan, pola permainan mini yang dimainkan oleh anak-anak

    berusia 11 dan 12 tahun boleh menyerupai versi permainan orang dewasa.

    4. 2. Penghargaan Dalam Permainan ( Game Appreciation )

    Game Appreciation-memahami peraturan permainan walaupun permainan itu

    mudah.-penting untuk mengingati peraturan yang diberi mengikut bentuk permainantersebut.-

    Menambah dan mengrangkan intensiti adalah penting dalam sesuatu permainanbagi

    menambah keseronokan dalam sesuatu sesuatu permainan itu ataumenambah kesukaran

    terhadap kesukaran permainan tersebut.-Penambahan undang-undang tentang tempat, masa

    dan kawasan boleh jugamenceriakan suasana permainan.

    3http://julismahjani.blogspot.com/2012/07/kepentingan-teaching-games-for.html

    http://julismahjani.blogspot.com/2012/07/kepentingan-teaching-games-for.htmlhttp://julismahjani.blogspot.com/2012/07/kepentingan-teaching-games-for.htmlhttp://julismahjani.blogspot.com/2012/07/kepentingan-teaching-games-for.htmlhttp://julismahjani.blogspot.com/2012/07/kepentingan-teaching-games-for.html
  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    8/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    8

    4.3. Kesedaran Taktikal (Tactical Awareness )

    Tactical Awareness-Menggunakan tektik dalam sesuatu permainan amat diperlukan.-

    membolehkan sesuatu pasukan mengawal permainan dengan baik.-Asas tektik yang dibina

    tidak semestinya akan berjaya sebaliknya perlu diubahuntuk memenuhi kehendak permainan

    tersebut.-Penambahan kepada kesedaran taktikal akan mendedahkan kelemahan pihaklawan

    tetapi penambahan ini adalah terhad mengikut peraturan.

    4.4. Membuat Keputusan (Decision Making)

    Decision Making-Cara membuat keputusan dalam masa yang singkat secara tepat dan

    pantasadalah sukar.-Dalam pendekatan ini perbezaan antara keputusan yang dibuat

    berdasarkan apa yang hendaK dilakukan dan bagaimana yang hendak dilakukan.) Jelas

    didapati bahawa kesedaran tektikal adalah berpatutan jika keputusan dibuat. Ia sentiasa ada

    dalam setiap permainan, sesuatu aspekakan sentiasa berubah. Dalam membuat keputusan,

    setiap situasi perludiambil kira seperti kemampuan untuk mengenal pasti petunjuk-

    petunjukuntuk dimasukkan sebagai proses untuk memilih perkara-perkara yangpenting. b)

    How to do it?Masih ada lagi keputusan bahawa apakah jalan yang terbaik

    untukmelakukannya dan pilihan yang menepati kehendak keadaan pada saatyang kritikal.

    4.5. Kemahiran Yang Dilaksanakan (Skill Execution)

    Skill Execution-Dalam mempersembahkan kemahiran yang digunakan untuk

    menunjukkan hasil yang sebenar yang diperlukan dalam pergerakan seperti yang diajar oleh

    guru.-Konteks mengajar dan dapat mengenali kebolehan guru tersebut.-Ianya berbeza dengan

    apa yang dipraktikkan dan menguasai aspek kualiti danpersembahan keberkesanan pergerakan

    mekanikal dan relevensinya mengikutkeadaan permainan.

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    9/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    9

    4.6. Persembahan ( Performance )

    Performance-Ini merupakan hasil daripada latihan yang telah dilakukan sebelum ini.-

    Melalui pencapaian yang telah dicapai, kita boleh mengetahui pelajar tersebutmerupakan atlit

    yang berpotensi atau tidak samada diperingkat sekolah atauantarabangsa.-Melalui pencapaian

    yang telah dicapai ia boleh menjadi kayu ukur terhadapteknik yang berkesan.

    4. 7. Kesimpulan (Conclusion)

    Conclusion-Aspek berturutan bagi model itu adalah kritikal.-Berlainan dengan kaedah

    pengjaran tradisional, kaedah atau cara ini bermuladengan permainan dan peraturan bagi

    persamaan itu telah ditetapkan untukperkembangan kesedaran tektikal dan membuat

    keputusan dimana telahmendahului faktor respon bagi perlaksanaan kemahiran dan

    pencapaian.-Penyempurnaan kepuasan bagi setiap tahap yang telah diberi

    memerlukanpengubahsuaian bagi permainan dan terus ke penilaian semula bagi memenuhi

    syarat permainan baru tersebut.4

    5.0. KEPENTINGAN TGFU DALAM PENGAJARAN PJ

    Pendekatan TGFU yang diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe (1982) menfokuskan

    perbezaan terhadap pengajaran permainan daripada cara tradisional yang menekankan kepada

    technicalknow-how kepada pendekatan pengajaran secara taktikal yang bercirikan kepada

    persoalan APA dan KENAPA. Model Bunker dan Thorpe (1982) ini boleh diaplikasikan

    kepada empat kategori permainan iaitu sasaran,jaring,dan dinding, memadang dan

    menyerang. Semua permainan dalam kategori ini mempunyai konsep dan berkongsi masalah

    taktikal yang perlu diselesaikan dan menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentas

    permainan.

    4www.sekolah.mmu.edu.my/skserkamdarat/download/rt/pjk/pjkthn4.pdf

    http://www.sekolah.mmu.edu.my/skserkamdarat/download/rt/pjk/pjkthn4.pdfhttp://www.sekolah.mmu.edu.my/skserkamdarat/download/rt/pjk/pjkthn4.pdfhttp://www.sekolah.mmu.edu.my/skserkamdarat/download/rt/pjk/pjkthn4.pdfhttp://www.sekolah.mmu.edu.my/skserkamdarat/download/rt/pjk/pjkthn4.pdf
  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    10/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    10

    Tujuan TGFU ialah meningkatkan kefahaman murid dalam pendidikan jasmani

    supaya dapat melahirkan murid yang aktif dan mahir dalam bidang sukan terutamanya

    permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikal tertentu. Melalui kaedah TGFU dapat

    menambahkan ilmu kefahaman mengenai cara untuk menguasai sesuatu permainan contohnya

    bola baling. Pada mulanya guru akan menggunakan bahan yang lain untuk menggantikan alat

    permainan. Setelah mereka menguasai kemahiran dengan sepenuhnya mereka akan diberi alat

    permainan yang digunakan dalam pertandingan yang sebenar.

    Selain itu, TGFU dapat melatih pelajar supaya menjadi lebih berkemahiran dalam

    setiap permainan sukan. Pelajar dapat dilatih dengan teknik yang betul melalui konsep TGFU.

    Teknik dan peraturan sesuatu permainan sukan akan didedahkan kepada pelajar secara amali

    dan teori supaya mencapai tahap kefahaman yang maksima. Model TGFU yang akan

    digunakan oleh para guru bagi mencapai tujuan mereka dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani.

    Pembelajaran kendiri akan tumbuh apabila pada diri seseorang memiliki pemahaman

    yang positif terhadap permasalahan pembelajaran yang dihadapi. Dalam target games yang

    terdapat dalam model TGfU, para pelajar didorong mengembangkan kesadaran taktikal dan

    kemampuan pembuatan keputusan manakala hal ini menjadi orientasi utama dalam

    pengajaran. Target games merupakan permainan yang menuntut konsentrasi, ketenangan,

    fokus, dan ketelitian yang tinggi dalam permainannya. Apabila aktiviti target games

    dilakukan maka akan terbentuk sifat-sifat yang terdapat dalam target games. Setelah

    konsep diri pelajar terbentuk dari aktiviti target games memberikan kekuatan mental yang

    mendorong terjadinya proses pembentukkan perwatakan pemain yang mantap dan hebat..

    Prinsip-prinsip Pedagogi TGfU Thorpe kemudian memperkenalkan empat dasar

    prinsip pendidikan yang digunakan dalam hubungannya dengan model kurikulum TGfU

    untuk mengembangkan program pendidikan jasmani. Empat dasar prinsip pendidikan itu

    tidak mendapatkan perhatian dalam literatur pendidikan jasmani sama keadaannya dengan

    model TGfU. Empat dasar prinsip pendidikan itu adalah Sampling, Modification-

    Representation, Modification-Exaggeration, Tactical Complexity. (Holt, Strean, and Garcia

    Bengoechea, 2002: 168-169). Sampel. Prinsip sampel didasarkan bahwa permainan harus

    dipilih sehingga variasi pengalaman dapat ditawarkan, dan kemungkinan yang ada untuk

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    11/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    11

    menunjukkan kesamaan antara jenis-jenis permainan yang berbeza. Semua itu membawa

    pada pemahaman akan permainan yang jauh lebih baik.

    6.0.PERBANDINGAN KAEDAH TRADISIONAL DENGAN KAEDAH TGFU

    KAEDAH TRADISIONAL KAEDAH TGFU

    1. Menggunakan prinsip pengajaran tradisional.

    2. Guru memberi arahan dan murid mengikut

    arahan.

    3. Aplikasi pembelajaran sehala, guru sebagai

    pengajar

    4. Kebaikan guru mudah merancang, sesuai untuk

    kegiatan bahaya dan kemahiran khas.

    5. Ciri-ciri pendekatan tradisional.

    6. Kurikulum yang ditetapkan.

    7. Mementingkan pengajaran.

    8. Guru menentukan tugas.

    9. Tugasan diberikan kepada pelajar.

    10.Guru menentukan piawaian, berfokus kepada

    guru.

    11. Mengukur pengajaran mengikut gred.

    1. Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu

    permainan diadaptasi daripada permainan sebenar

    tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain

    dari aspek fizikal, sosial serta intelek mereka dan

    infrastuktur yang bersesuaian.

    2. Apresiasi permainan seperti aspek peraturan

    permainan atau undang-undang yang diubahsuai

    serta diberi variasi untuk menarik minat pemain.

    3. Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses

    permainan dalam usaha untuk mengatasi pihak

    lawan.

    4. Membimbing mereka ke arah kemahiran

    membuat keputusan seperti, menilai situasi untuk

    menentukan apa yang perlu dilakukan,

    mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan

    serta membuat tindakan yang sesuai mengikut

    situasi dan keadaan.

    5. Pendekatan ini berkonsepkan ansur- maju

    dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah

    dan yang telah dikuasai.

    6. Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk

    permainan dan bukannya latih tubi terhadap

    kemahiran itu sendiri5.

    5http://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi- pendekatan.html

    http://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi-%20%20%20%20pendekatan.htmlhttp://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi-%20%20%20%20pendekatan.htmlhttp://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi-%20%20%20%20pendekatan.htmlhttp://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi-%20%20%20%20pendekatan.html
  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    12/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    12

    7.0. RPH PENDIDIKAN JASMANI MENGGUNAKAN KAEDAH TGFU

    Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

    Tunjang : Kemahiran Asas

    Tajuk : Manipulasi Alatan ( Bola Tenis )

    Kemahiran : Pukulan

    Tarikh : 8 Oktober 2012

    Masa : 7.408.10 pagi

    Tahun : 4 Saga

    Bil. Murid : 26 murid

    Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, 90% murid dapat:

    Psikomotor : Melakukan aktiviti sekurang-kurangnya 2 daripada 3

    pukulan bola pada jarak 10 kaki.

    Kognitif : Menyatakan taktik yang penting dalam permainan

    yang dimainkan.

    Afektif : Memupuk keyakinan diri, kerjasama dan

    bertanggungjawab.

    Pengalaman sedia ada : Murid biasa bermain dengan permainan bola katuk.

    Penerapan nilai : Semangat berpasukan

    KBKK : Membanding/membeza

    Pengabungjalinan : Tunjang kemahiran-koordinasi

    Kesepaduan : Sains-kordinasi, ketepatan mata semasa menuju sasaran dan

    ketangkasa semasa berlari.

    Alatan : biji bola tenis , gelung rotan , skitel,pemukul besbol.

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    13/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    13

    FASA / MASAAKTIVITI MAKLUMAT P& P ORGANISASI/CATATAN

    PERMULAAN

    Memanaskan

    badan

    (5 minit)

    Aktiviti regangan

    otot-otot pada

    leher, tangan,

    lengan, pinggang,

    betis dan kaki

    Aktiviti memanaskan

    badan dilakukan dengan

    bimbingan guru

    1.Fleksi dan ekstensi

    kepala / leher

    2.Fleksi dan ekstensi

    tangan (bisep brachii,

    tricep brachii dan deltoid)

    3.Kilas pinggang

    (abdominis rektus,

    latissimus dorsi, gluteus

    maximus)

    4. Abduksi dan aduksi

    peha (hamstring dan

    kuadrisep)

    5. Pelantar fleksi dan

    pelantar ekstensi kaki

    (soleus)

    6.Mendekam

    Verbal

    Intrapersonal

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    14/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    14

    FASA/MASA AKTIVITI MAKLUMAT P& P ORGANISASI/ CATATAN

    PERKEMBANG

    AN

    Langkah 1

    (10 minit )

    Latihan

    meningkatkan

    koordinasi

    1.Murid dibahagikan kepada

    kumpulan dalam bulatan.

    2.Melakukan lontaran dan

    sambut dengan balingan

    bawah dan atas.

    .

    PERKEMBANG

    AN

    LANGKAH 2

    (20 minit)

    Permainan

    Tenbol

    1.Murid berkumpul dan

    dibahagikan kepada 2

    kumpulan iaitu penyerang

    dan pemadang.

    2.Penerangan tentang

    langkah permainan.

    3. Murid berada dalam

    gelanggang permainan.

    4. Masa diberikan selama 11

    minit bagi satu pusingan

    Dilampirkan

    pada lampiran 3

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    15/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    15

    .

    8.0. REFLEKSI KENDIRI

    Selepas membua post mortem,saya mendapati beberapa kelemahan yang telah saya

    lakukan semasa melaksanakan permainan penbol ini. Antaranya ialah :

    Kelemahan :

    Keluasan gelanggang terlalu dekat dan ini akan membahayakan pelajar.

    Bola yang digunakan terlalu keras dan akan mencederakan pelajar.

    Cara membaling bola perlu diubahsuai.

    Bilangan peserta terlalu ramai.

    Cara Penambaikan :

    Keluasan gelanggang permainan telah diluaskan agar apabila bola tennis dipukul,

    ia tidak akan mencederakan pelajar.

    5.Pertukaran posisi

    permainan.

    6.Tamat masa dan kiraan

    mata dilakukan.

    PENUTUP

    ( 5 MINIT )

    Menyejukkan

    badan

    - Regangan

    1. Tarik nafas, longgar

    sendi-sendi dan kendur otot-

    otot utama di bahagian atas

    badan dan kaki.

    2. Tarik nafas melalui

    hidung dan hembus nafas

    melalui mulut.

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    16/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    16

    Saya tetap menggunakan bola tennis tetapi dengan memastikan keselamatan

    diutamakan. Ini adalah sebab saya tidak dapat bola yang lembut dan akan lantun

    balik sekiranya bola dilantun.

    Saya akan membaling bola dengan syarat bola yang dibaling mesti lantun sebelum

    pemukul memukulnya.

    Saya telah mengurangkan bilangan peserta agar semua peserta mempunyai

    peluang bermain.

    9.0. KESIMPULAN

    Selepas membuat penambaikan, saya mendapati permainan pukulan Tenbol sangat

    sesuai dimainkan kerana ia telah mengambil kira semua aspek sama ada keselamatan,

    bilangan peserta mahupun minat pelajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran yang

    dirancang ini, saya menyedari bahawa cara bermain, peraturan dan syarat permainan adalah

    penting dalam pelaksanaan suatu permainan. Untuk menjadikan aktiviti permainan itu

    menarik dan diminati oleh pelajar, pertamanya peraturan dan syarat permainan yang

    ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek. Seterusnya, guru Pendidikan Jasmani harus

    memberi peluang untuk murid mempelajari, melakukan dan merasai keriangan bergerak

    dalam situasi persaingan mengikut keperluan, kebolehan dan minat individu masing-masing.

    Kemudian, kadang-kala guru boleh membiarkan pelajar memodifikasi permainan demi

    menyuburkan pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih memahami konsep

    bagi permainaan tertentu

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    17/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    17

    10.0. LAMPIRAN

    10.1. LAMPIRAN 1

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    18/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    18

    10.2. LAMPIRAN 2

    SENARAI SEMAK SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PELAKSANAAN

    1. SEBELUM

    2. SEMASA

    Bil Perkara Semakan Catatan

    1 Taklimat

    2 Borang Kehadiran

    3 Persediaan Alatan

    4 Peti Pertolongan Cemas

    5 Persediaan Tapak

    6 Pembahagian Tugas

    7 Peruntukan Masa

    8 Borang Markah

    Bil Perkara Semakan Catatan

    1 Borang Kehadiran

    2 Persediaan Alatan

    3 Peti Pertolongan Cemas

    4 Persediaan Tapak

    5 Pembahagian Tugas

    6 Peruntukan Masa

    7 Borang Markah

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    19/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    19

    3. SELEPAS

    4. SENARAI SEMAK PERALATAN

    BILSENARAIALATAN

    BILANGAN

    SEBELUM SELEPAS

    1 Skitel besar 3

    2 Gelung Rotan 2

    3 Bola Tennis 3

    4 Wisel 2

    5 Jersi/ Beep 5

    6 Batang Pemukul 2

    Bil Perkara Semakan Catatan1 Borang Kehadiran

    2 Pengemasan Alatan

    3 Peperiksaan Peti Pertolongan Cemas

    4 Pengemasan Tapak

    5 Penyemakan Tugas

    6 Peruntukan Masa

    7 Borang Markah

    8 Refleksi

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    20/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    20

    PEMARKAHAN

    Markah akan diberikan kepada pasukan di mana pelarinya berjaya sampai ke tapakHome

    Base mengikut urutan tapak. Berikut merupakan borang skor markah.

    Kumpulan ASkor

    Nama Jantina

    Jumlah Skor

    Kumpulan BSkor

    Nama Jantina

    Jumlah Skor

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    21/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    21

    10.3.LAMPIRAN 3

    PROSEDURE PERLAKSANAAN PERMAINAN

    Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

    1.

    Petunjuk:

    Skiter Gelung Rotan Kerusi Panjang Pemadang/ Penyerang

    Penjaga tapak

    Tapak 1 Tapak 2

    Tapak 3

    20 kaki

    20 kaki

    10 kaki

    Arah bola

    dipukul

    20 kaki

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    22/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    22

    ( b ) Langkah- langkah Pelaksanaan Permainan

    SEBELUM

    o Memastikan bilangan pemain adalah mencukupi.

    o Memastikan setiap pemain adalah dalam keadaan sihat

    o Membuat aktiviti memanaskan badan

    o Membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan seperti yang tercatat dalam senarai

    nama peserta.

    o Cabut undian dijalankan untuk menentukan kumpulan penyerang dan pemadang.

    o Memberi penerangan tentang cara bermain dan peraturan permainan.

    o Bagi kumpulan pemadang, 3 orang murid akan bertugas sebagai penjaga tapak dan

    seorang menjadi pembaling bola.

    o Penjaga tapak dan pemadang bebas bergerak untuk menyambut dan menghantar bola.

    o Bagi kumpulan penyerang, murid-murid akan menunggung giliran untuk membuat

    servis.

    o Permainan ini akan dimainkan sebanyak dua pusingan.

    o Satu pusingan diberi masa sebanyak 5 minit.

    o

    Dalam pusingan kedua, pertukaran kumpulan akan dilakukan.o Semua pemain bersiap sedia di posisi masing-masing.

    SEMASA

    o Setelah wisel dibunyikan, permainan dimulakan.

    o Memastikan semua pihak pengurusan berada di posisi masing-masing.

    o Memastikan semua pemain mematuhi peraturan yang dtetapkan sepanjang permainan

    dijalankan.

    o Sentiasa mengutamakan keselamatan pemain.

    o Pemain akan dimaklumkan 2 minit sebelum permainan ditamatkan.

    SELEPAS

    o Setelah wisel dibunyikan, permainan bagi pusingan kedua akan berakhir.

    o Semua murid balik ke kumpulan masing-masing.

    o Membuat aktiviti menyejukkan badan

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    23/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    23

    o Markah bagi setiap kumpulan dikira dan pemenangnya ditentukan.

    o Mengumumkan keputusan permainan.

    o Memastikan setiap pemain berada dalam keadaan sihat

    CARA-CARA BERMAIN

    I. Pasukan pemadang berada di posisi masing-masing.

    II. Setiap skiter mempunyai seorang penjaga skiter.

    III. Pembaling bola berada di tengah kawasan permainan .

    IV. Permainan dimulakan dengan pukulan bola di dalam gelung rotan yang ditempatkan di

    Home base.

    V. Sebaik sahaja pukulan dilakukan, pemukul dengan segera berlari dari home base ke

    tapak ( skiter )yang seterusnya.

    VI. Sekiranya pemukul atau pelari tidak menyentuh skiter, maka pemukul atau pelari

    tersebut akan dipinggirkan.

    VII. Pasukan pemadang perlu mengutip dan menghantar bola kepada penjaga tapak dalam

    masa tersingkat.

    VIII. Pelari perlu berlari ke tapak yang seterusnya dengan serta-merta sebelum bola

    disambut oleh penjaga tapak.

    IX. Pelari hanya boleh meneruskan larian selepas pukulan baru dilakukan.

    X. Pasukan penyerang akan memperolehi mata sekiranya pelari berjaya menghabiskan

    satu pusingan dam sampai ke tapakGame Point

    XI. Pertukaran kumpulan akan dilakukan selepas 5 minit untuk pusingan kedua.

    XII. Pasukan yang mengumpul mata yang terbanyak dikira pemenang.

    PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN

    Masa permainan ialah selama 11 minit iaitu 5 minit untuk pusingan pertama, 1 minit untuk

    pertukaran kumpuln dan 5 minit lagi untuk pusingan kedua.

    a) Permainan hanya akan dimulakan selepas pengadil meniupkan wisel.

    b) Permainan akan bermula di tapakHome Base dan berakhir di tapakHome Base.

    c) Pemukul bola hanya diberi sebanyak 3 peluang untuk membuat servis.

    d) Pemukul bola hanya boleh memukul ke arah hadapan sahaja.

  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    24/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    24

    e) Bola yang dibaling mesti lantun ke atas lantai sekali sebelum pemukul boleh memukul

    bola.

    f) Pelari mesti menyentuh skitel yang dilalui mengikut urutan tapak.

    g) Pelari mesti menyentuh skitel dengan menggunakan tangan tanpa menjatuhkannya.

    h) Pelari yang menjatuhkan skitel perlu undur balik ke tapak yang sebelum sebagai

    hukuman.

    i) Semua penjaga tapak bebas untuk bergerak untuk mengutip dan menyambut serta

    menghantar bola.

    j) Semua pemadang dan penjaga tapak dilarang menghalang pelari tapak untuk maju ke

    tapak yang seterusnya.

    k) Pelari mesti memberi laluan atau mengelakkan daripada bertembung dengan

    pemadang atau penjaga tapak yang sedang menerima bola.

    l) Giliran memukul untuk pasukan hanya boleh ditukar selepas 5 minit.

    m)Pemukul tidak akan terkeluar/ dikira mati jika :

    o mendapat tiga strike

    o dua orang singgah di tapak yang sama

    n) Skor dihasilkan dari seorang pelari berlari menyentuh skitel yang ditempatkan di

    setiap tapak secara berurutan dan sampai keHome Base.

    o) Satu mata akan diberikan kepda kumpulan penyerang yang berjaya sampai ke Home

    Base.

    11.0. RUJUKAN

    www.pukulan.net

    www.sekolah.mmu.edu.my/skserkamdarat/download/rt/pjk/pjkthn4.pdf

    http://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi-

    pendekatan.html

    http://tgfu.wetpaint.com/page/The+Model

    http://www.aare.edu.au/05pap/geo05240.pdf

    http://www.pukulan.net/http://www.pukulan.net/http://www.pukulan.net/http://www.pukulan.net/http://www.sekolah.mmu.edu.my/skserkamdarat/download/rt/pjk/pjkthn4.pdfhttp://www.sekolah.mmu.edu.my/skserkamdarat/download/rt/pjk/pjkthn4.pdfhttp://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi-%20%20%20%20pendekatan.htmlhttp://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi-%20%20%20%20pendekatan.htmlhttp://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi-%20%20%20%20pendekatan.htmlhttp://tgfu.wetpaint.com/page/The+Modelhttp://tgfu.wetpaint.com/page/The+Modelhttp://www.aare.edu.au/05pap/geo05240.pdfhttp://www.aare.edu.au/05pap/geo05240.pdfhttp://www.aare.edu.au/05pap/geo05240.pdfhttp://tgfu.wetpaint.com/page/The+Modelhttp://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi-%20%20%20%20pendekatan.htmlhttp://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi-%20%20%20%20pendekatan.htmlhttp://www.sekolah.mmu.edu.my/skserkamdarat/download/rt/pjk/pjkthn4.pdfhttp://www.pukulan.net/
  • 7/29/2019 QGU 3013 FUZIAH D042706

    25/25

    FUZIAH ISMAIL D042706 UPSI53

    25

    .http://www.tgfu.org/

    http://www-personal.edfac.usyd.edu.au/staff/lightr/Dr._Richard_Light/TGfU.html

    .http://www.mpeta.ca/documents/FARSIDE%2008/TGFU.pdf

    http://www.tgfu.info/

    http://thoriqsiap55.blogspot.com/2011/10/tgfu.html

    http://www.slideshare.net/Rodzli/ahmad-rodzli-bin-hashim

    http://fpokpor86.blogspot.com/2009/01/tgfu.html

    http://www.tgfu.org/http://www.tgfu.org/http://www.tgfu.org/http://www-personal.edfac.usyd.edu.au/staff/lightr/Dr._Richard_Light/TGfU.htmlhttp://www-personal.edfac.usyd.edu.au/staff/lightr/Dr._Richard_Light/TGfU.htmlhttp://www.mpeta.ca/documents/FARSIDE%2008/TGFU.pdfhttp://www.mpeta.ca/documents/FARSIDE%2008/TGFU.pdfhttp://www.mpeta.ca/documents/FARSIDE%2008/TGFU.pdfhttp://www.tgfu.info/http://www.tgfu.info/http://thoriqsiap55.blogspot.com/2011/10/tgfu.htmlhttp://thoriqsiap55.blogspot.com/2011/10/tgfu.htmlhttp://www.slideshare.net/Rodzli/ahmad-rodzli-bin-hashimhttp://www.slideshare.net/Rodzli/ahmad-rodzli-bin-hashimhttp://fpokpor86.blogspot.com/2009/01/tgfu.htmlhttp://fpokpor86.blogspot.com/2009/01/tgfu.htmlhttp://fpokpor86.blogspot.com/2009/01/tgfu.htmlhttp://www.slideshare.net/Rodzli/ahmad-rodzli-bin-hashimhttp://thoriqsiap55.blogspot.com/2011/10/tgfu.htmlhttp://www.tgfu.info/http://www.mpeta.ca/documents/FARSIDE%2008/TGFU.pdfhttp://www-personal.edfac.usyd.edu.au/staff/lightr/Dr._Richard_Light/TGfU.htmlhttp://www.tgfu.org/