tugasan individu krp 3013 kurikulum pengajaran sekolah rendah

Upload: haslinda-bte-sulaiman

Post on 17-Oct-2015

70 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0PengenalanSekolah merupakan sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka, dan kompleks yang perlu mewujud dan mengekalkan hubungan saling bergantung dengan semua pihak luar. Pepatah Melayu seperti aur dengan tebing menyatakan bahawa tanpa unsur saling bergantung, sekolah tidak dapat memainkan peranan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai visi dan misinya. Sekolah juga adalah sebagai satu organisasi pendidikan yang memberi didikan menyeluruh kepada semua golongan warga yang berumur antara 6 - 12 tahun dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berasaskan dengan kurikulum Pendidikan kebangsaan iaitu KBSR dan yang terkini KSSR, melalui perancangan dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, hal-ehwal murid, pengurusan am dan kemudahan fizikal dan keceriaan. Ianya juga merupakan sebuah organisasi pembelajaran yang terdiri daripada guru-guru yang merupakan tenaga pengajar yang sentiasa berusaha untuk merealisasikan aspirasi negara seperti yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka dengan itu, semua warga sekolah sama ada guru ataupun kakitangan sekolah memainkan peranan yang sangat penting bagi menjayakan hasrat dan matlamat pendidikan Negara disamping dapat menjulang nama baik sekolah atas kecemerlangan yang diperolehi sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.Setiap kejayaan tidak akan datang bergolek, begitu juga dengan kejayaan sesebuah sekolah. Faktor kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada kekuatan sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat di sekolah sahaja bahkan juga melibatkan komuniti setempat. Keadaan ini berlaku kerana pengurusan sekolah dan komuniti setempat boleh saling bekerjasama untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Sekolah akan memperoleh banyak faedah berbentuk sokongan moral, bantuan kewangan dan sumbangan tenaga bakti daripada komuniti manakala komuniti pula memperolehi faedah dari aspek peningkatan penguasaan ilmu dalam kalangan anak-anak mereka. Menurut Gonder (1981) kerjasama yang lebih erat antara sekolah dan masyarakat akan menguntungkan semua pihak. Oleh itu, kebersamaan sekolah dengan komuniti penting untuk meningkatkan kejayaan proses pengajaran pembelajaran di sekolah.Begitu juga menurut Poston, Stone, dan Muther (1992), "A school is a reflection of the community it serves.At the same time, a community is a reflection of its schools." Kenyataan ini menunjukkan sekolah dan komuniti tidak dapat dipisahkan kerana hubungan kedua-dua pihak ini saling bergantungan antara satu sarna yang lain. Kepentingan hubungan ini juga diperakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti mana menurut Sufean Russin (2002) pihak kementerian telah menubuhkan jawatankuasa mengkaji taraf pelajaran di sekolah-sekolah yang menyerahkan laporannya pada tahun 1982.Kerjasama antara pihak sekolah dengan komuniti setempat saling memerlukan kerana ianya merupakan kayu pengukur terhadap kejayaan sesebuah sekolah. Pengiktirafan sebegini sudah tentu menunjukkan terdapat faedah tertentu hasil hubungan yang erat antara sekolah dan komuniti. Antara faedah tersebut ialah seperti mana menurut Gallagher, Bagin, dan Moore (2005), "The bottom line of any schoolcommunity relations program is to help the children learn better. And they learn if parents are involved Therefore, a good school-community relations program should encompass the concept of partnership between the school and the parents ".Sebagai seorang guru ,berdasarkan pengalaman saya berada di sesebuah sekolah, memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan komuniti merupakan salah satu faktor kejayaan dalam meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar di sesebuah sekolah.

2.0Konsep Komuniti SetempatSebenarnya konsep perkongsian dalam pendidikan merupakan konsep lama yang telah diperbaharui daripada amalan-amalan yang telah biasa diamalkan dalam masyarakat kita seperti gotong-royong, kerjasama dan tolong-menolong. Malah masyarakat lain dalam dunia ini seperti Cina, Jepun dan India juga telah mengamalkan sikap bekerjasama sehingga terhimpun madah, ungkapan, bidalan atau perumpamaan yang menggambarkan kebaikan dan kepentingan mengamalkan semangat bekerjasama. Di kalangan masyarakat Melayu, ungkapan yang biasa kita dengar seperti aur dengan tebing, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Di kalangan masyarakat Cina madah seperti semua manusia adalah saudaraku, semua makhluk adalah sahabatku. Sementara di kalangan masyarakat Jepun pula, persaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal. (Aminah Hamim & Gunawan Mahmood, 2001)Pendidikan Malaysia di sekolah merupakan usaha mengukuhkan semula segala kelakuan-kelakuan yang berunsurkan kerjasama untuk kebaikan bersama yang telah wujud dan diamalkan dalam agama dan budaya masyarakat kita. Ia merupakan usaha yang berterusan supaya dapat menangkis ancaman-ancaman dalam era globalisasi ini. Kalau tidak dikukuhkan ikatan perpaduan, sekolah akan bergerak bersendirian tanpa sokongan masyarakat. Oleh yang sedemikian komuniti setempat dapat dikategorikan sebagai masyarakat yang tinggal berdekatan dengan sekolah seperti ibu bapa, Badan-badan kerajaan seperti polis,pasukan bomba, tentera, RELA,badan-badan NGO dan sebagainya.

2.1Peranan Institusi Sekolah terhadap komuniti setempat.Sekolah pada hari ini merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap prasekolah hinggalah menengah atas. Setiap peringkat disediakan silibus atau kurikulum yang setiapnya mempunyai matlamat dan objektif yang telah sediakan. Untuk membangunkan proses pendidikan ini satu kumpulan tenaga pengajar dan pengurus dibentuk dan dilatih. Antara lain tujuannya ialah menjaga kualiti pendidikan supaya mencapai tahap yang dikehendaki. Selain itu pemantauan turut dilaksanakan .(Mohd Yusuf Othman .1999). Struktur Pentadbiran dan pengurusan ini dilakukan semata-mata untuk memastikan proses pendidikan terlaksana dengan baik. Jadi, keberkesanan pendidikan di sekolah banyak bergantung kepada interaksi antara pelajar dengan sistem pendidikan, dan antara pelajar dengan gurunya. Bahkan guru yang akhirnya menjadi model kepada pelajar.Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan masyarakat seharusnya mengikut perubahan masyarakat.Ini kerana masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga. Maka dalam hal ini, tidak dapat tidak masyarakat perlu bekerjasama dengan sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara (Ibrahim, 2001). Malahan institusi pendidikanlah yang memberikan perkhidmatan yang paling rapat dan berpanjangan kepada hampir semua golongan masyarakat.Menurut Solomon, Battishich, Watson, Schaps, dan Lewis (2000) murid-murid yang mempunyai perasaan jaminan komuniti lebih berkecenderungan bermotivasi dari segi akademik, bertindak secara beretika dan altruistik, dan membentuk kecekapan sosial dan emosi. Memandangkan terdapat faedah seumpama ini hasil kewujudan konsep hubungan sekolah dan komuniti maka peranan utama perlu dimainkan oleh pihak pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan konsep ini berjaya dilaksanakan. Peranan utama ini diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah kerana kejayaan menggerakkan ahli organisasi dan komuniti setempat adalah bergantung kepada pengurusan sekolah.

Menurut Ahmad Kilani (2003), pengurusan sekolah merupakan satu aspek yang sangat penting ke arah perkembangan sekolah. Kepimpinan sekolah tidak akan dapat menggerakkan semua kakitangan ke arah mencapai matlamat institusi tanpa wujudnya satu bentuk pengurusan yang baik. Selain daripada itu menurut beliau lagi pengurusan sekolah yang cekap tidak membatas peranannya untuk memudahkan urusan pentadbiran dan penyediaan alat bantu mengajar tetapi pihak pengurusan juga berperanan memenuhi keperluan masyarakat ke arah membina masyarakat yang berpendidikan.

Walaupun pengembangan ilmu diberi penekanan namun faktor kualiti jarang sekali diperkatakan dan dipraktikkan. Pengurusan sekolah sering mendengar dan memperkatakan tentang masalah kualiti tetapi usaha serta pengamalan kualiti masih samar dan tidak begitu jelas kepada mereka. Sekolah sebagai institusi pendidikan mempunyai strategi sendiri dalam meningkatkan kualiti dalaman dan luaran mereka. Sekolah mesti dipandang mulia oleh masyarakat luar dan ibu bapa kerana dengan sistem pendidikan yang berkesan mampu melahirkan seorang pelajar yang berkualiti dan berketrampilan.

2.2Peranan Pusat Kegiatan Guru ( PKG) dalam membantu sekolah dan anak-anak murid

Guru masa kini perlu berganjak untuk menghadapi cabaran era teknologi yang semakinberkembang maju dengan pelbagai inovasi dan ciptaan baru dalam bidang komputer dan telekomunikasi. Sehubungan dengan itu, Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah lama diwujudkan lanjutan daripada usaha memperluaskan lagi penggunaan teknologi pendidikan melalui Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN).

PKG yang ditubuhkan pada 14 Ogos 1990 melalui surat Ketua Pengarah Pendidikan KP (BTP) 8804/23/Jld.1(54) adalah untuk memenuhi hasrat kerajaan mewujudkan satu tempat untuk menjalankan pelbagai aktivitidemi mempertingkatkan taraf profesionalisme keguruan. Seterusnya, aspirasi guru untuk meningkatkan tahap pengajaran dapat direalisasikan.Berasaskan pekeliling KP (PP0 0050/126/1Jld.7(23) bertarikh 30 Oktober 1995, PKG diletakkan di bawah pengurusan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di setiap negeri di Malaysia. Bagi pengurusan di peringkat kementerianpula, PSPN berada di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sehubungan itu dan selaras dengan perkembangan ilmu tanpa sempadan yang menekankan penguasaan teknologi maklumat (IT), peranan PKG kini semakin diperlukan untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru.

Penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) selari dengan kehendak Kementerian Pendidikan ketika itu bagi merealisasikan konsep desentrasi terhadap kemudahan dan perkhidmatan bahan sumber pendidikan melaluipenubuhan prasarana rangkaian pusat sumber seperti Pusat Sumber Sekolah (PSS), dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Penubuhan prasarana ini akan meluaskan konsep perkongsian sumber antara PSS, PKG, dan PSPN serta mengukuh dan meningkatkan prinsip akses maklumat dan sumber yang adil dan saksama dan menjamin kepelbagaian sumber dan maklumat yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pembelajaran individu di kalangan pelajar (Yusup,1992). Penubuhan PKG juga dijangkakan akan menyokong rangkaian Pusat Sumber Pendidikan yang sedia ada seperti PSPN dan PSS dalam memenuhi perubahan-perubahan pendidikan seperti perubahan kurikulum, perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran dan perubahan teknologi baru. Perubahan kurikulumyang berlaku adalah berlandaskan kepada matlamat Falsafah Pendidikan Negara, reformasi pendidikan dan Wawasan 2020. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dtransformasikan kepada Kurikulum standard Sekolah Rendah ( KSSR ) telah digubal dan dilaksanakan untuk memenuhi matlamat di atas. Perubahan yang berlaku memerlukan satu pusat untuk menyokong segala perubahan dalam pengajaran dan kurikulum.Penubuhan PKG pada tahun 1990 sebagai pusat perbincangan untuk guru-guru setempat adalah untuk mempertingkatkan kualiti dan prestasi pendidikan negara berlandaskan teknologi pendidikan. Ini merupakan satu usaha kerajaan bagi menangani isu dan masalah yang berkaitan dengan pendidikan . Menyedari akan kepentingan dan peranan PKG di kalangan pendidik, kerajaan Malaysia telah mengiktiraf PKG dengan mengurniakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam pada tahun 1995.

Oleh itu PKG adalah sebagai tempat guru untuk menerima perubahan-perubahan tersebut. Kepentingan teknologi baru seperti teknologi instruksional dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) boleh meningkatkan kemahiran guru seperti mengumpul, memproses, menyimpan, menyebar serta mendapatkan maklumat semula.

2.2.1Peranan Pusat Kegiatan GuruPeranan PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesional guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara. Bagi mencapai matlamat, peranan dan aktiviti PKG adalah seperti berikut;2.2.2Peranan PKG sebagai Pusat Kegiatan Ikhtisas.PKG menjadi Pusat Kegiatan Ikhtisas Kurikulum iaitu sebagai tempat guru berunding, memberi khidmat nasihat, menjalankan seminar, tempat perbincangan, kursus dan bengkel untuk memenuhi keperluan guru setempat yang berkaitan dengan hal-hal pengajaran di sekolah. Penyelaras PKG berperanan sebagai penasihat, pemudahcara, penyampai ilmu, dan sebagai penggerak aktiviti-aktiviti profesional.Terdapat aktiviti yang disenaraikan untuk memenuhi peranan PKG sebagai Pusat Kegiatan Ikhtisas.( a )Memberi khidmat nasihat tentang kurikulum dan instruksi. ( b ) Memberi khidmat nasihat tentang pemilihan media dan kaedah pengajaran yangberkesan. ( c )Menganjur seminar, forum atau diskusi tentang pendekatan baru dalam pengajarandan pembelajaran. ( d )Mengadakan bengkel pembinaan alat dan bahan bantu mengajar seperti transparensi,carta, kad imbasan dan lain-lain bahan teknologi lama. ( e )Mengadakan perbincangan dengan guru setempat tentang kurikulum dan pengajaran.( f )Merancang jadual kegiatan iktisas PKG untuk jangka pandek dan jangka panjang.( g )Menghadiri seminar tentang peningkatan profesionalisme perguruan. ( h )Melawat sekolah untuk mengesan masalah pengajaran dan pembelajaran. ( i )Menjalankan aktiviti iktisas secara jawatankuasa. ( j )Menyediakan peluang untuk guru mencuba pendekatan baru dalam usaha meningkatkan pembelajaran dan pengajaran. 2.2.3Peranan PKG sebagai Pusat Sumber

PKG sebagai Pusat Sumber. Ini bermaksud PKG merupakan sebuah pusat yang menyediakan pelbagai media dan bahan rujukan untuk pinjaman khususnya yang diperlukan dalam usaha meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. PKG dikhususkan untuk guru-guru setempat. Secara kesimpulan peranan PKG sebagai Pusat Sumber adalah seperti berikut:

( a ) Menyediakan bahan cetak dan bukan cetak untuk rujukkan guru.

( b )Meminjam peralatan media yang tidak terdapat di sekolah.

( c )Membantu guru membuat salinan audio, CD atau Video.

( d )Menyediakan kemudahan untuk menerbitkan bahan pengajaran video dan multimedia.

( e )Membantu penyelaras PSS menilai bahan media untuk koleksi PSS.

2.2.4Peranan PKG sebagai Pusat Kegiatan SosialPKG juga sebagai Pusat Kegiatan Sosial atau komuniti iaitu PKG sebagai tempat guru untuk berinteraksi dengan melaksanakan kegiatan sosial, sukan, rekreasi, kebudayaan dan kesenian. Ianya bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan, kekitaan dan kesepasukan. Aktiviti-aktiviti tersebut boleh mewujudkan penyertaan masyarakat awam, agensi-agensi kerajaan, swasta dan juga sekolah.Peranan PKG sebagai Pusat Kegiatan Sosial ialah :( a )Menganjur hari keluarga guru. ( b )Menyelaras aktiviti sosial guru. ( c )Mengadakan hari terbuka PKG. ( d )Mengadakan program gotong royong masyarakat setempat.

2.2.5Peranan PKG sebagai Agen PerubahanPKG sebagai Agen Perubahan. Ianya dijadikan sebagai pusat melaksanakan perubahan dan inovasi dalam pendidikan khususnya pengemaskinian pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi pendidikan, perhubungan dengan masyarakat luar, pengesanan dan penilaian, peningkatan kepuasan kerja, meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, penggerak ke arah perubahan kendiri, penyebar maklumat serta menjadikan bank idea inovasi dan kreatif. Kesemuanya ini memudahkan perlaksanaan program-program perubahan dalam proses meningkatkan pendidikan setempat.( a )Meneroka dan mencuba idea/inovasi baru atau amalan baru untuk meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran.( b )Menyebar idea/amalan baru tentang penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.( c )Menjadi perintis kepada perkembangan atau amalan baru dalam pembelajaran dan pengajaran.( d )Bekerja dengan guru pakar, panatia sekolah dan PPD untuk mencetuskan perubahan dalam proses pembelajaran dan pengajaran

2.2.6PKG Sebagai Agen Penyelesaian Masalah

PKG sebagai Agen Penyelesaian Masalah. Ia berupaya menyelesaikan masalah berkaitan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, aspek kemanusiaan, kemahiran dan kemudahan tempat berkursus, sumber maklumat dan sebagainya (BTP,1992).

( a )Membantu guru menyelesaikan masalah pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.

( b )Membantu guru kelas mencuba pendekatan baru dalam pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

( c )Menubuhkan Jawatankuasa Kurikulum dan Pengajaran peringkat PKG untukmenyelesaikan masalah pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.

( d )Menggalakkan guru mencuba pendekatan baru dalam pembelajaran dan pengajaran melalui pendekatan pengajaran mikro.

. 3.0Peranan Komuniti Setempat Menurut Solomon, Battishich, Watson, Schaps, dan Lewis (2000) murid-murid yang mempunyai perasaan jaminan komuniti lebih berkecenderungan bermotivasi dari segi akademik, bertindak secara beretika dan altruistik, dan membentuk kecekapan sosial dan emosi. Memandangkan terdapat faedah seumpama ini, hasil kewujudan konsep hubungan sekolah dan komuniti maka peranan utama perlu dimainkan oleh pihak pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan konsep ini berjaya dilaksanakan. Peranan utama ini diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah kerana kejayaan menggerakkan ahli organisasi dan komuniti setempat adalah bergantung kepada pengurusan sekolah.

Penglibatan anggota anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang pentingnya, khususnya institusi-institusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Intitusi Kewangan, Badan-badan kerajaan dan Sekolah berhampiran harus sentiasa berdamping dengan sekolah-sekolah dan guru-guru serta mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan masing-masing secara tidak langsung. Mereka perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Konsep School-Home-Community Partnership perlu diterapkan dengan mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yanag melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.

3.1Peranan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG )Di peringkat sekolah yang dilihat aktif dan berperanan pada hari ini ialah Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG). Apa yang belaku pada masa kini, sebahagian besar institusi masyarakat ini tidak berkesan dalam melaksanakan fungsinya. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihak komuniti luar amat penting dan sangat membantu pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru. Tanpa integrasi kerjasama kedua-dua pihak, kejayaan dalam mengurus sesebuah organisasi sukar dicapai.Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat. PIBG juga mempunyai peranan saling lengkap melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di Sekolah. Ia bukan sahaja sebagai entiti yang penting kepada institusi sekolah malah ia menjadi wadah penghubung antara pihak ibu bapa dengan sekolah demi kemajuan pendidikan bersama.PIBG juga mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan sesebuah sekolah. Antaranya ialah membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah, meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat, meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang konduksif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan. Semua ibu bapa dan guru di sekolah ini merupakan ahli PIBG. AJK PIBG dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan & menjalankan tugas dan amanah secara sukarela serta perlu menitikberatkan keikhlasan, keterbukaan dan pengorbanan.Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) selaku salah satu organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah kerana mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school-home-community partnership). PIBG juga berperanan ke arah menjaga kesetabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

Selain daripada itu, Akta Pendidikan 1996 turut memperuntukkan penubuhan PIBG di semua sekolah dan peraturan-peraturan pendidikan telah menggariskan tujuan penubuhan PIBG (KPM, 2001). Kewujudan dasar dan akta ini menunjukkan peranan komuniti untuk membantu pihak sekolah diiktiraf oleh KPM.Kepentingan hubungan sekolah dan komuniti ini selaras dengan pendapat Poston et al.(1992) iaitu, "You cannot build a great school alone. The school needs the communityand the community needs the school". Pengiktirafan sebegini sudah tentu menunjukkan terdapat faedah tertentu hasil hubungan yang erat antara sekolah dan komuniti.Antara faedah tersebut ialah seperti mana menurut Gallagher, Bagin, dan Moore (2005), "The bottom line of any schoolcommunityrelations program is to help the children learn better. And they learn if parents areinvolved Therefore, a good school-community relations program should encompass the conceptof partnership between the school and the parents ".

3.2Peranan Institusi Masyarakat atau Pihak Luar.Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar. Ia berfungsi sebagai wahana yang menerima pelajar di luar aktiviti di sekolah. Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih banyak terarah untuk berinteraksi sesama rakan sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat selain intitusi keluarga. Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud ialah persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid, badan-badan berkanun dan bukan berkanun dan lain-lain lagi.Sekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat atau komuniti sekolah. Terdapat beberapa pihak dalam komuniti setempat yang banyak membantu sekolah saya dalam meningkatkan prestasi akademik anak-anak didik. Mereka yang terlibat ialah Persatuan Ibubapa dan Guru, Ibu bapa Penjaga, pihak Bomba, pihak Polis Institusi Kewangan, Motivator motivator ,pihak Kesihatan , Agensi Anti dadah (AADK) dan pihak Tentera.Semua komuniti di atas banyak membantu dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti pelajaran anak-anak didik di sekolah saya dalam membantu meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak didik di sekolah secara berterusan selaras dengan kehendak matlamat Kurikulum Kebangsaan.Apabila jalinan pertalian ini semakin lemah, risiko keganasan akan semakin bertambah dan peluang untuk membantu pelajar yang berisiko tinggi akan semakin menurun. Pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak polis, RELA dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. Dari semasa ke semasa sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan persekolahan.

3.3Peranan Ibu bapa Terhadap SekolahPeranan ibu bapa dalam sebagai salah satu komuniti yang terlibat sama dalam membantu sekolah dan anak-anak mereka meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kurikulum untuk menjayakan matlamat Kurikulum Kebangsaan. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007).Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak. Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.Model Hoover-Dempsey dan Sandler jelas menunjukkan bahawa kebersamaan sekolah dan komuniti boleh dijalin dengan ibu bapa sebagai salah satu dari komponen komuniti sesebuah sekolah itu. Kebersamaan yang tidak pernah wujud tidak akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh belajar seperti yang disebut oleh Gallagher et. al (2005). Model ini menunjukkan bahawa hubungan sekolah dan komuniti dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan agar pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan di antara satu sama lain sebagai langkah pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983).Secara ringkas, konsep keibubapaan membawa maksud tanggapan atau pengertian yang berkaitan dengan sikap atau kelakuan ibu bapa. Sikap dan kelakuan tersebut berkaitan dengan cara mendidik anak-anak. Cara ibu bapa mendidik anak-anak bergantung pula pada beberapa situasi seperti usia anak, personaliti anak, pengalaman silam ibu bapa, dan sikap ibu bapa sendiri. Corak mendidik anak biasanya dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu:i. Demokrasi-Mengawalii. Batasan-Tiada Batasaniii. Mesra-Tidak MesraDalam konteks yang lebih luas pula membawa maksud membantu anak-anak dari segi:i. Perkembangan kemahiran sosial dalam kumpulan.ii. Pencapaian kejayaan di sekolah.iii. Perkembangan moral.iv. Pembelajaran peranan sosial pada masa akan datang.v. Persediaan menghadapi zaman remaja dan lebih berdikari.vi. Hak dan tanggungjawab.Penglibatan ibu bapa dan penjaga dalam program sekolah akan menyebabkan mereka lebih memahami dan mengetahui tentang sekolah dengan lebih dekat. Selain itu mereka akan mengetahui hak mereka dalam sekolah dan bagaimanakah mereka dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam sistem sekolah. Antaranya ialah ibu bapa atau penjaga akan sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya kepada program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pengukuhan ikatan ini merupakan kelangsungan kejayaan konsep perkongsian.Hal ini ternyata dapat memberikan sumbangan atau idea yang bernas demi menjamin perkembangan kanak-kanak kelak. Ibu bapa haruslah melibatkan diri dengan kegiatan sekolah contohnya seperti, gotong royong, sukaneka, hari kantin dan sebagainya.Sumbangan yang diberi oleh ibu bapa dalam penglibatan sekolah ini amat penting dan sangat di perlukan di sekolah. Pada zaman moden seperti sekarang, jarang ada ibu bapa yang mampu melibatkan diri dalam penglibatan sekolah. Tetapi sekiranya sekolah melakukan aktiviti yang mendatangkan faedah kepada anak-anak mereka, kebarangkalian ibu bapa akan turut serta memberi dorongan kepada anak-anaknya.

4.0PenutupKeseluruhannya kita melihat bahawa sekolah dan komuniti luar perlu wujud permuafakatan dan kerjasama yang baik. Peranan PKG dan komuniti setempat sememangnya berperanan bagai aur dengan tebing yang perlu saling membantu antara satu sama supaya segala tanggungjawab yang diberi dapat membantu sekolah dan anak- anak sekolah meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kurikulum untuk menjayakan matlamat Kurikulum Kebangsaan.Usaha-usaha mewujudkan jalinan hubungan yang erat dan berkesan bukanlah mudah bahkan ia memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh semua pihak supaya apa yang dihajatkan akan tercapai. Semuanya dilakukan untuk merealisasikan pembangunan modal insan yang cemerlang, negara pada masa hadapan.

Bibliografi

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (1995). Penggunaan Pusat Kegiatan Guru Dalam Meningkatkan Profesionalisme Guru Melalui Program dan Aktivitinya. Kementerian Pendidikan Malaysia:Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992).Pusat Kegiatan Guru. Konsep dan Pengoperasian.Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan.

Omar Zakaria (1995). Persepsi Guru tentang Kewujudan Pusat Kegiatan Guru. UKM.Tesis Sarjana. Tidak diterbitkan.

Yusup (2004).Kajian Terhadap PKG dalam Meningkatkan Profesionalisme Guru.Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana. Tidak diterbitkan

http://eprints.utm.my/11253/1/Persepsi_Guru_Terhadap_Peranan_Pusat_Kegiatan_Guru.pdf

http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI UPSI/2010/Book_1/PERANAN_PUSAT_KEGIATAN_GURU_(PKG)_DALAM_MENINGKATKAN_PROFESIONALISME_GURU.pdf

5.0Jawapan Soalan Forum KRP 3013- Kurikulum dan pengajaran Sekolah Rendah

Soalan 1Analisis corak perkembangan pendidikan sebelum zaman British (1404-1786) di Tanah Melayu. Jawapan forum 1Salam sejahtera rakan-rakan, berkaitan dengan soalan yang diajukan mengenai corak perkembangan pendidikan sebelum zaman British ( 1404-1786) di Tanah Melayu ,corak pendidikan pada masa tersebut menjurus kepada pendidikan tradisional. Penduduk di Tanah Melayu ketika ini banyak berlangsung dalam kalangan rakyat jelata yang lebih mementingkan institusi kekeluargaan dalam proses pendidikan .Keluarga merupakan institusi yang paling utama dalam pendidikan berbentuk informal yang sangat dititikberatkan oleh ibubapa dalam mendidikan anak-anak.

Pada zaman sebelum penjajahan British,masyarakat tempatan di Tanah Melayu sememangnya sudah mempunyai pendidikan yang tersendiri terutamanya masyarakat Melayu yang lebih mementingkan pendidikan yang banyak dipengaruhi dengan perkembangan agama islam.

Sistem pendidikan Islam pada zaman ini dijalankan mengikut tiga peringkat cara pembelajaran iaitu:1.Peringkat pertama ,pembelajaran di rumah-rumah guru;Pada peringkat ini,murid-murid belajar mengaji Al-Quran dan Fardhu Ain daripada guru-guru yang dikenali sebagai ulamak di rumah mereka sendiri.

2.Peringkat kedua ,pembelajaran di masjid-masjid,surau dan madrasah ,Bagi menampung bilangan murid yang bertambah maka para ulamak yang di sanjung tinggi oleh masyarakat di jemput untuk memberi ceramah di masjid-masjid ,surau dan juga di madrasah.Cara pembelajaran ketika ini ,murid-murid duduk dalam bulatan semasa belajar.Kadangkala,ulamak juga dijemput untuk memberi ceramah di istana untuk mengajar kerabat di Raja.

3. Peringkat ketiga institusi agama yakni di sekolah- sekolah pondok.

Respons 1 Soalan 1Seterusnya, pendidikan agama Islam semakin berkembang apabila wujudnya sistem sekolah pondok dan madrasah yang lebih sistematik pada abad ke-15.Pendidikan ini adalah didirikan atas usaha alim ulama dan masyarakat tempatan.Biasanya, pembelajaran dijalankan di sebuah pondok, surau, masjid atau istana. Berhampiran sekolah terdapat rumah tuan guru dan asrama pelajar-pelajar. Buku-buku rujukan terdiri daripada kitab-kitab al-Quran, Hadis, Fiqah, Tauhid dan Tasawuf. Pembelajarannya pula adalah berbentuk hafalan.

Respons 2 Soalan 1Pendidikan Sebelum Zaman British adalah bercorak keagamaan,di mana pendidikan hanya dijalankan di sekolah-sekolah pondok dan madrasah. Ianya lebih kepada ajaran Islam di mana nilai-nilai ketimuran dititikberatkan.Kanak-kanak lelaki diminta membantu dalam kegiatan ekonomi manakala kanak perempuan dididik supaya membantu ibunya.Pendidikan pada masa itu bermatlamat untuk mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Soalan 2.Huraikan perbezaan kandungan kurikulum KLSR berbanding dengan KBSR.

Jawapan forum 2Salam sejahtera rakan-rakan di Kirkby sekalian.Pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa fasa perkembangan pendidikan merentas zaman sejak dari zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka.Sejak Akta pelajaran 1961 dikuatkuasakan ,ianya telah menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini.Tujuan pendidikan adalah kea rah perpaduan di samping untuk membasmi buta huruf dikalangan rakyat serta melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan Negara.Sistem pendidikan khasnya di peringkat sekolah rendah di negara ini telah mengalami perkembangan kurikulum iaitu dari Kurikulum Lama sekolah Rendah ( KLSR ) kepada Kurikulum Baru sekolah Rendah (KBSR) dan seterusnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).Apa yang ingin saya jelaskan di sini ialah tentang perbezaan kurikulum antara KLSR dan KBSR.Perbezaan kandungan kurikulum KLSR dengan KBSR dapat di bahagikan kepada beberapa bahagian yang utama iaitu dari segi :(a) reka bentuk kurikulumFokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik .Kemahiran asas 3M adalah secara umum sahaja dan secara relatifnya kurang diberi penegasan berbanding dengan KBSR.Sehubungan dengan itu,kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi berbanding dengan KBSR.Kurikulum KLSR adalah bersifat umum dan lebih kepada hafalan .Ini bermakna pelajar belajar secara hafalan sahaja iaitu menghafal apa yang diajar oleh guru tanpa mengetahui cara mendapat maklumat.Berlainan pula dengan KBSR ,kurikulumnya memberi lebih penekanan kepada asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.Dari segi reka bentuk kurikulm KBSR melibatkan kepada tiga bidang yang utama iaitu bidang komunikasi; Manusia Dan Alam kelilingnya dan Perkembangan diri individu.Kesimpulannya,Reka bentuk Kurikulum dalam KBSR adakah lebih jelas dinyata dan di dokumentasikan berbanding dengan KLSR.

b) organisasi kurikulumKLSR lebih menitikberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah rendah.(Laporan JK Kabinet ,1979).Setiap matapelajaran adalah dilihat secara compartmentalize iaitu isi kandungan pelajaran terasing antara satu matapelajaran dengan mata pelajaran yang lain.Silibus KLSR adalah statik dan perlu diselesaikan secara peperiksaan. Untuk KBSR pula ,ianya berpegang kepada konsep murid-murid perlu memperolehi ilmu pengteahuan,menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung.Terdapat pengabungjalinan kemahiran dan penyerapan isi daripada mata pelajaran lain selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Respons 1 Soalan 2Salam sejahtera rakan-rakan ,saya ingin membuat penambahan bagi huraian tentang perbezaan kurikulum antara KLSR dan KBSR.Perbezaan KLSR dan KBSR dari segi proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut;Dalam proses pengajaran KLSR teknik hafalan yang diguna pakai dalam pengajaran kurang berkesan kerana terdapat murid yang tidak dapat mengikuti isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran.Oleh yang demikian,murid kurang pendapat pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat dikuasai dan hal inimneyebabkan sebahagian dariapad faktor yang membawa keciciran murid.Selain daripada itu,proses pengajaran KLSR tidak melibatkan penyertaan aktif murid kerana ianya hanya berpusatkan kepada guru sahaja.Pengajaran lebih kepada pengkuliahan seluruh kelas kerana ianya dijalankan secara formal.Poses pengajaran dan pembelajaran untuk KBSR lebih kepada pengajaran berpusatkan murid secara aktif ,guru hanya sebagai fasilitator ataupun pembimbing murid semasa pengajaran pembelajaran dijalankan.Pengajaran dalam KBSR melibatkan aktiviti berkumpulan dan juga individu .Suasana persekolahan KBSR banyak memberi peluang kepada murid-murid untuk memperolehi dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.Sehubungan itu,penglibatan murid adalah aktif,ceria dan progesif ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.

Respon 2 Soalan 2Saya pun bersetuju dengan pendapat rakan-rakan .Untuk bahan kurikulum KLSR hanya bergantung kepada penggunaan buku teks sahaja berbeza dengan KBSR yang menggunakan lebih banyak bahan bantu mengajar atau BBM supaya pengajaran lebih berkesan dan mudah difahami oleh murid.Dari segi fokus kurikulumnya,KLSR tidak mempunyai program pemulihan kepada pelajar yang lemah dan aktiviti pengayaan kepada pelajar yang cerdas.Ini bermakna tiada tindakan yang diambil sekiranya pelajar itu lemah dalam pelajaran dan pelajar yang cerdik tidak dapat menjana idea yang kreatif tanpa memberi pengayaan .dalam KBSR aktiviti pemulihan dan pengayaan dijalankan bagi menggelakkan keciciran pelajar berdasarkan Ujian Diagnostik yang telah dijalankan.Penilaian formatif dan sumatif dalam KBSR djalankan untuk menilai perkembangan dan kemajuan murid dalam pelajaran mereka tetapi berlainan dengan KLSR yang hanya menjalankan penilaian Sumatif sahaja untuk mengukur pencapaian murid murid.

Soalan 3.Jelaskan matlamat dan objektif kurikulum Baru/bersepadu Sekolah Renadah (KBSR) dan kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR).

Jawapan forum 3

Salam sejahtera rakan-rakan seperjuangan.

Berdasarkan Modul KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah UPSI, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis mulai 1988 tetapi ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan. Selaras dengan FPN yang ditulis pada ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah.Kurikulum Baru sekolah Rendah telah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 dengan berasaskan kepada konsep kesepaduan tentang sesuatu perkara yang dapat dilihat secara keseluruhan.

Berikut dinyatakan matlamat dan objektif KBSR untuk perkongsian bersama.

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )

1.Matlamat Pendidikan PersekolahanMatlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

2. Matlamat KBSRMatlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

3. Objektif KBSR

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:

i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;

ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;

iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;

iv. menguasai kemahiran belajar;

v. menguasai kemahiran berfikir;

vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;

viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;

ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;

x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;

xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;

xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;

xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;

xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;

xvi. membina semangat patriotisme;

xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan

xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

Respon 1 Forum 3Salam sejahtera rakan-rakan di Kirkby,saya bersetuju dengan semua penjelasan rakan rakan tentang untuk soalan forum ini.Menurut Modul KRP 3013 ini juga,matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu sebagai mana yang ternyata dalam FPK. Perkembangan potensi ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1.KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1.KSSR diperkenalkan untuk mewujudkan generasi pelajar yang boleh mencari ilmu sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi dalam hidupan seharian tanpa melupai asal usul serta pegangan agama (rohani) dan mengabaikan kesihatan (jasmani). KSSR juga menambahkan beberapa elemen dalam kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi maklumat (ICT), sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan generasi usahawan yang bukan sekadar pengguna, tetapi adalah bakal pencipta teknologi yang boleh membangkitkan negara Malaysia ke aras negara maju

1.Apakah matlamat dan objektif KSSR ?Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.Di samping itu, KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:a. Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosialb. Warganegara yang bertanggungjawabc. Global Playerd. Pekerja ilmu

Respon 2 forum 3Saya ingin membuat penambahan.KSSR berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi; sains dan teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; keterampilan diri; kemanusiaan; dan kerohanian, sikap dan nilai. KSSR adalah berasaskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di samping mengambil kira cabaran dalam abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi. Diharapkan agar murid-murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara yang bertanggungjawab; global player; dan pekerja berilmu. Selain itu, tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah untuk melatih murid-murid supaya mempunyai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus belajar.Murid-murid perlu berusaha mencari pengetahuan sendiri daripada pelbagai sumber seperti daripada guru, rakan, sumber-sumber di keliling mereka seperti buku internet dan sebagainya.

Soalan 4.Huraikan bagaimana mata pelajaran dalam KSSR diorganisasikan bagi memberi peluang pembelajaran kepada murid-murid supaya dapat berlaku perkembangan secara harmonis, seimbang dan menyeluruh selars dengan kehendak FPK.

Jawapan forum 4Salam sejahtera rakan-rakan seperjuangan di Kirkby .KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.KSSR juga bertujuan untuk mewujudkan generasi pelajar yang boleh mencari ilmu sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi dalam hidupan seharian tanpa melupai asal usul serta pegangan agama (rohani) dan mengabaikan kesihatan (jasmani). Dalam KSSR juga ada penambahan beberapa elemen dalam kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi maklumat (ICT), sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan generasi usahawan yang bukan sekadar pengguna, tetapi adalah bakal pencipta teknologi yang boleh membangkitkan negara Malaysia ke aras negara maju selaras dengan kehendak Falsafah Pendidika Kebangsaan.

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu(a)Komunikasi;(b)Kerohanian,(c )Sikap dan Nilai;(d)Kemanusiaan,(e)Perkembangan Fizikal dan Estetika;(f) Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).Secara rumusannya KSSR yang telah diperkenalkan pada tahun 2011 bertujuan menambah baik kurikulum KBSR dari segi reka bentuk, organisasi pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum.Reka bentuk KSSR berasaskan kepada enam tunjang KSSR iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta ketrampilan diri.Reka bentuk kurikulumnya secara modular. Ia juga memberikan tumpuan kepada Teras Asas , Teras Tema dan Elektif.Kurikulum KSSR Diorganisasikan 2 tahap, iaitu: Tahap I ( Tahun 1,2,dan 3 )Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Tahap II ( Tahun 4,5 dan 6 )Mata pelajaran Teras dan Elektif

Mata pelajaran Tahap 2 KSSR dikelompokkan kepda 2 kategori utama iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi Mata Pelajaran Teras, mata pelajaran diklasifikasikan mengikut 6 tunjang:1) Tunjang komunikasi terdiri daripada mataplejaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

2) Tunjang Sains & Teknologi yang terdiri daripada Matematik, Sains dan Reka Bentuk Dan Teknologi.3) Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika yang terdiri daripada Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual.4) Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai yang terdiri daripada Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral5) Tunjang Kemanusiaan yang terdiri daripada subjek Sejarah.6) Tunjang Komunikasi Elektif yang terdiri daripada Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaaan, Bahasa Iban, Bahasa Semai dan Bahasa Kadazandusun.Dalam Tahap 2, kurikulum diorganisasikan kepada 14 mata pelajaran teras dan 6 mata pelajaran elektif yang dikelompokkan berdasarkan 6 tunjang. KSSR mengutamakan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan ICT secara eksplisit.

Respon 1 forum 4Salam sejahtera rakan-rakan seperjuangan.Diruangan forum ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang huraian tajuk forum yang diutarakan.Sememangnya, umum telah mengetahui bahawa pada tahun 2011, KSSR mula diperkenalkan bertujuan untuk menambah baik kurikulum KBSR dari segi reka bentuk, organisasi pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan perkembangan murid berlaku secara harmonis, seimbang dan menyeluruh selaras dengan kehendak FPK, KSSR telah diorganisasikan mengikut tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.Sesungguhnya dalam konteks KSSR, mata pelajaran dikategorikan kepada mata pelajaran Teras , mata pelajaran Wajib dan mata pelajaran Tambahan. Organisasi kurikulumnya pula bertumpu kepada Teras Asas, Teras Tema dan Elektif.Dalam usaha merealisasikan kehendak dalam FPK, pelbagai bahan yang difikirkan releven digunakan dalam setiap mata pelajaran selain daripada penggunaan buku teks.Ini dapat memperkembangkan secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani.KSSR turut diorganisasikan dalam bentuk modular dimana, setiap mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul kendiri-lengkap (self-contained). Manakala penggunaan bahan-bahan pembelajarannya pula dapat menggiatkan pelajar agar dapat belajar secara interaktif dan hands-on.

KSSR juga mengutamakan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan ICT secara eksplisit. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah satu transformasi pendidikan, proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan yang sedia dan melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah kini. Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid-murid perlu faham dan tahu serta boleh melakukannya pada suatu tempoh persekolahan.Ia lebih berfokus pada 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul.

Kesimpulannya, KSSR diperkenalkan bertujuan melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kritis dan kreatif serta berinovasi. Hasrat ini akan dapat disempurnakan melalui enam tunjang yang diperkenalkan iaitu sains dan teknologi, komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, perkembangan fizikal dan keterampilan diri selaras dengan kehendak FPK.

Respon 2 forum 4Salam rakan-rakanHasrat kerajaan terutamanya dalam transformasi pendidikan ,KSSR merupakan platform dalam proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan yang sedia dan melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah kini. Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid-murid perlu faham dan tahu serta boleh melakukannya pada suatu tempoh persekolahan.Dalam KSSR terdapat perubahan dilakukan terhadap semua mata pelajaran dalam KSSR. Contohnya dalam Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi tahap satu.Dalam subjek ini merangkumi enam tunjang yang menjadi teras pengisian pendidikan iaitu perkembangan manusia,perhubungan,perkahwinan dan kekeluargaan,kemahiran kendiri,kesihatan dan tingkahlaku,seksual serta masyarakat dan budaya. Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia,perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan.Sebagai penambahannya, dalam KSSR murid turut diajar mengenai aspek perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tugas dan tanggungjawab sebagai ibu bapa,manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri. Konsep 4M(membaca,menulis,mengira,menaakul)sangat ditekankan dalam KSSR.Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami Matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang Matematik lebih bermakna.Penaakulan berupaya mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan kapasiti pemikiran kritis.KSSR mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani untuk menyediakan mereka menghadapi aras globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Secara rumusannya, KSSR dilaksanakan adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kritis dan kreatif serta berinovasi. Hasrat ini akan dapat disempurnakan melalui enam tunjang yang diperkenalkan iaitu sains dan teknologi, komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, perkembangan fizikal dan keterampilan diri yang menjadi teras kepada matlamat dan kehendak FPK masa kini.

Soalan 5.Apakah peranan guru, murid dan ibubapa dalam pelaksanaan penilaian Berasaskan sekolah?

Salam sejahtera dan Salam 1 MalaysiaSistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan.SPPK merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.Dalam KSSR , Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dikendalikan di sekolah yang melibatkan peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan oleh guru di sekolah yang membabitkan pihak-pihak yang berkepentingan seperti murid . ,ibu bapa, guru dan organisasi luar. PBS melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. PBS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauhmanakah murid telah menguasai apa yang telah dipelajarinya. PBS secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran.bagu menjayakan kehendak PBS, peranan komuniti sekolah khasnya guru, murid dan ibubapa adalah sangat penting dalam pelaksanaan penilaian Berasaskan sekolah.Peranan Guru Dalam PBSGuru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian,merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenalisebagai PBS.Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Peranan guru dalam pelaksanaan PBS ialah:a)Menjadi pemudah cara dalam proses pembelajaran-pengajaran-pentaksiranb)Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaranc)Menyediakan instrumen pentaksirand)Memberi maklum balas tentang pencapaian muride)Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperolehf)Mengumpul rekod dan data pencapaian murid

Peranan Murida)Mengetahui dan memahami standard prestasib)Mengetahui perkara yang perlu dikuasaic)Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasaid)Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan

Peranan Ibu Bapaa)Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiranb)Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anakc)Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences)d)Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan

Kesimpulannya, PBS yang dijalankan telah memberi peluang dan ruang kepada semua pihak terlibat secara langsung. Semua pihak perlu saling berganding bahu bagi memantau dan menilai kemajuan dan perkembangan murid-murid dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi

Respon 1 forum 5Saya sangat bersetuju dengan pendapat rakan-rakan yang menyatakan peranan guru,ibu bapa dan murid adalah sangat penting bagi merealisasikan hasrat sisitem pendidikan masa kini. PBS adalah satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

Guru,murid dan ibu bapa mempunyai peranan masing-masing dalam pelaksanaan PBS. Seorang guru bertindak sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran-pengajaran-pentaksiran. . PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru dalam usaha untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini bertujuan untuk meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:-lebih memahami konteks yang sesuai dengan perkembangan murid-murid.-boleh memantau perkembangan murid secara berterusan.-Boleh mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.-Dapat memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid-Hasil daripada pemerhatian, pengumpulan maklumat dan maklum balas, guru akan memperbaiki segala kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bagi murid-murid pula mereka perlulah mengetahui cara dan bagaimana untuk mencapai standard yang ditetapkan, berusaha membuat refleksi kendiri agar dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan diri terhadap apa yang diusahakan dan seterusnya menjayakan tugasan yang diamanahkan oleh guru agar hasil yang dihasilkan bertepatan dengan apa yang dikehendaki.Kejayaan akan membuahkan hasil sekiranya ibu bapa bekerjasama dan memainkan peranannya dalam PBS.Ibu bapa seharusnya memberikan sokongan kepada anak-anak dalam apa jua bentuk pembelajaran kerana ini adalah penting bagi mencapai apa yang di cita-citakan. Para ibu bapa perlu mengetahui potensi, kekuatan dan kelemahan anak-anak. Dengan cara begini, ianya mampu membantu pihak guru untuk sama-sama mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan yang ada.Jika kekuatan yang ada, perlu diberi sokongan seterusnya untuk terus cemerlang.Ibu bapa perlu peka terhadap potensi, kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka supaya dapat berganding bahu dengan guru mencari jalan penyelesaian untuk kemajuan murid-murid.

Respon 2 forum 5Sebagai tambahan untuk forum ini,saya ingin berkongsi maklumat tentang PBS dari Laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia yang ada menyatakan dan menerangkan tentang peranan guru dalam melaksanakan PBS.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBSBagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir tahun.Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang hendak dinilai.Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah.PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid mereka.

Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian.SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor perkembangan murid.Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila diperlukan.

26