tugasan 1 kaf 3013

26
KAF 3013 KAF 3013 KESIHATAN, KESELAMATAN DAN NUTRISI TAJUK TUGASAN KUMPULAN UPSI 02 (A131PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON MUHAMMAD KHUSAIRI BIN MOHD YUSOF D2012061563 01132390544 NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK ABDUL HALIM BIN MASNAN 1 PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E FORUM JUMLAH TUGASAN INDIVIDU 1

Upload: khusairi83

Post on 15-Jan-2016

140 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 Kaf 3013

KAF 3013

KAF 3013 KESIHATAN, KESELAMATAN DAN NUTRISI

TAJUK TUGASAN

KUMPULAN

UPSI 02 (A131PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

MUHAMMAD KHUSAIRI BIN MOHD YUSOF D2012061563 01132390544

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK ABDUL HALIM BIN MASNAN

TARIKH SERAH: 13 HB APRIL 2015

1

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 1

2 TUGASAN 2

3 E FORUM

JUMLAH

TUGASAN INDIVIDU 1

Page 2: Tugasan 1 Kaf 3013

ISI KANDUNGAN

Halaman

Soalan Tugasan 3

Pengenalan 3

Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) 3 – 5

Syarat Penubuhan TASKA 5 - 6

Penubuhan TASKA Anak Gemilang 7 - 9

Pengurusan Ruang dan Pusat Pembelajaran TASKA 10

Pelan Lantai Dalam dan Luar 11

Perancangan Keselamatan 12 – 20

Kelemahan, Kekuatan dan Penambahbaikan 20 – 22

Rumusan 22

Bibliografi 23

2

Page 3: Tugasan 1 Kaf 3013

TUGASAN INDIVIDU 1

Tahap Keselamatan di Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Keselamatan di prasekolah dan taska perlu diberikan perhatin bagi setiap guru. Walau bagaimananpun,

ada sesetengah pusat pendidikan yang kurang memberi penekanan terhadap aspek keselamatan

dalaman dan luaran kelas.

Buat pemerhatian terhadap aspek keselamatan yang melibatkan dalaman dan luaran kelas yang

dilaksanakan di prasekolah atau taska (pilih satu).

Pengenalan

Berdasarkan kepada soalan tugasan, saya telah memilih untuk membuat pemerhatian terhadap

aspek keselamatan yang melibatkan dalam dan luaran kelas yang dilaksanakan di sesebuah taska.

Saya memilih untuk membuat pemerhatian ke atas salah sebuah taska iaitu Taska Anak Gemilang.

Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan peringkat formatif dalam perkembangan kanak-

kanak. Atas dasar tersebut, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh banyak pihak dengan

melaksanakan pelbagai agenda dan program yang sesuai untuk kanak-kanak dari peringkat usia 0

hingga 6 tahun. Hal ini bertujuan menggerakkan pemikiran dan juga minda serta meningkatkan

kreativiti berbentuk kemahiran di samping membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-kanak.

Berikutan itu, muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak dan agensi sama ada kerajaan,

swasta mahupun persendirian untuk mengendalikan pusat pendidikan awal kanak-kanak. Antara

program asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang paling sinonim adalah Taman Asuhan Kanak-

kanak (TASKA), Taman Bimbingan/Didikan Kanak-kanak (TABIKA/TADIKA) atau prasekolah dan

juga Kumpulan Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik diwujudkan oleh pelbagai agensi yang terlibat.

Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau

Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf

3

Page 4: Tugasan 1 Kaf 3013

hidup keluarga. Di samping itu juga melalui Taska, program pendidikan keibubapaan secara tidak

langsung dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan antara agensi bertanggungjawab

menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak Tahun 1984 (Akta 308). Akta tersebut meliputi

antara lain aspek pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan TASKA bagi mematuhi penetapan ciri-

ciri piawaian minimum yang merangkumi tahap kesihatan, keselamatan, kebersihan, nisbah

pengasuh dan nisbah ruang oleh pusat- pusat asuhan yang berdaftar. Pendekatan yang digunakan

oleh pihak Taska ialah memberi tumpuan kepada keluarga berpendapatan rendah di bandar dan luar

bandar di bawah pengawalan standard minima pengasuhan berdasarkan Akta Taman Asuhan

Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan TASKA (Di Institusi 1985) Pindaan 1993. Ia bertujuan menjamin

semua kanak-kanak akan mendapat pengasuhan yang berkualiti dari pengasuh yang diberi latihan

wajib. Pengasuh perlu mendapat latihan seperti yang telah ditetapkan di bawah Peraturan TASKA

yang dinamakan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK).

Program asuhan kanak-kanak Taska merupakan salah satu program induk yang

merangkaikan beberapa program pendidikan lain di bawahnya termasuk yang melibatkan agensi

kerajaan, swasta, NGO, dan juga agensi persendirian dengan satu tujuan yang sama dan yang

membezakan kesemua program ini adalah dari segi pendekatan yang dilaksanakan. Taska juga

dapat didefinisikan sebagai mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di

bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan

upah. Hal ini bermakna kanak-kanak yang berusia seawal kelahiran sehingga ke usia empat tahun

dapat diletakkan di bawah pusat asuhan berkenaan. Objektif Taska ini adalah seperti;

Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya

sejak kecil.

Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.

Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

4

Page 5: Tugasan 1 Kaf 3013

Tempoh masa pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang

berjumlah 6 hari seminggu. Terdapat juga perkhidmatan TASKA, terutamanya di luar bandar

beroperasi separuh hari dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari yang berjumlah 5 hari seminggu.

Ahli Jawatankuasa TASKA bertanggungjawab menetapkan tempoh masa ini mengikut kesesuaian

waktu bekerja ibu bapa dan masyarakat setempat.

Syarat-syarat Penubuhan Taska

Sebelum sesebuah taska itu ditubuhkan , ia mestilah didaftarkan di bawah Pejabat Kebajikan

Masyarakat. Begitu jua dengan Taska Anak Gemilang. Menurut bukti- bukti yang di tunjukkan oleh

pengusaha taska, taska ini telah didaftarkan dan telah diberi lesen perniagaan taska. Pengusaha

juga telah mempunyai Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK). Mengikut peraturan yang

telah ditetapkan dalam Akta Taman Asuhan, semua pengusaha hendaklah mempunyai kelayakan;-

Warganegara Malaysia

Berusia 18 tahun keatas

Lulus kursus asas asuhan kanak-kanak.

Setiap pengusaha hendaklah melantik apa-apa bilangan pengasuh yang mencukupi mengikut nisbah

yang ditetapkan. Memastikan pengurusan taman berlangsung mengikut undang-undang dan

peraturan yang ditetapkan.

Bagi mendaftarkan sesebuah taska, pengusaha perlulah mengikuti prosedur yang berikut :

Mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan Taska

yang boleh didapati di mana-mana Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah atau Negeri

dengan harga RM10.00. Buku ini secara amnya menggariskan kehendak-kehendak Jabatan

Kebajikan Masyarakat, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan

Jabatan Kesihatan.

Menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian, senarai aktiviti bersama ibu bapa, pelan

lantai berserta pengiraannya dan melengkapkan borang permohonan (Jadual 2 – rujuk

lampiran).

Mendaftarkan operasi taskanya dengan Pejabat Pendaftaran Perniagaan atau pertubuhan.

Mengemukakan permohonan kepada agensi teknikal seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan bagi mendapatkan kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap.

5

Page 6: Tugasan 1 Kaf 3013

Mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat

Daerah dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan :

- Jadual 2 telah dilengkapi

- Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan

Penyelamat dan Jabatan Kesihatan)

- Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter berserta

dengan pengiraannya.

- Senarai aktiviti harian

- Senarai menu

- Senarai aktiviti bersama ibu bapa.

- Perakuan Pendaftaran Perniagaan.

- Senarai kakitangan (nama, nombor kad pengenalan,jawatan dan sijil)

- Wang Pos atau cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap pemohon akan diminta

oleh Pegawai Taska di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau mengemukakan

maklumat tambahan.

Bagi permohonan yang lengkap , seliaan oleh Pegawai Taska di daerah berkenaan akan

dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.

Permohonan akan diproses dan sekiranya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan Taska,

suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah setahun dari tarikh mula

diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan.

Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras Taska Negeri sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set Borang

Pendaftaran Semula pada harga RM4 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan itu

beserta dokumen-dokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat

Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan.

Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah

permohonannya lengkap.

6

Page 7: Tugasan 1 Kaf 3013

Penubuhan Taska Anak Gemilang

Taska Anak Gemilang adalah sebuah taska yang telah memulakan operasinya pada hujung

tahun 2010. Ia merupakan sebuah taska milik bumiputera sepenuhnya.Taska ini dibangunkan

dengan modal sebanyak RM40,000.00. Taska ini dimiliki oleh seorang surirumahtangga yang ingin

menceburkan diri dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak iaitu Puan Norlaily Bt Hafiz.Mempunyai

Diploma Eksekuif dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dan Mempunyai Sijil Kursus Asas Asuhan

Kanak-Kanak ( KAAK )

Carta Organisasi Taska Anak Gemilang

Penasihat : Puan Norlaily Bt Hafiz

Pengerusi : Cik Hazlina Bt Khiruddin

Setiausaha : Puan Ridayu Bt Taib

Bendahari : En.Zaki B Abidin

Ahli Jawatankuasa : 1. Puan Zainab Bt. Ali

2. En. Muhammad B. Khairil Nizam

Logo Taska Anak Gemilang.

7

Page 8: Tugasan 1 Kaf 3013

Motto Taska Anak Gemilang :

Visi Taska Anak Gemilang :

Misi Taska Anak Gemilang

Taska ini berazam untuk mencapai tahap pendidikan yang boleh dibanggakan melalui :

Meningkatkan prestasi kurikulum yang cemerlang

Pembentukan modal insan yang mempunyai sahsiah dan berakhlak mulia serta mempunyai

daya ketahanan yang tinggi

Menggembleng seluruh tenaga dan sumber yang ada dalam suasana taska yang selamat,

kondusif dan ceria

Menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Menjalin hubungan baik dengan komuniti

8

Taska Anak Gemilang Adalah Sebuah Taska Cemerlang Dalam Pembangunan Modal Insan.

Play And Learn Together

Page 9: Tugasan 1 Kaf 3013

Rutin

Tempoh pengajaran dan pembelajaran di taska sekurang-kurangnya adalah tiga jam hingga tiga jam

setengah selama lima hari seminggu. Namun begitu, terdapat kanak-kanak yang berumur di bawah

empat tahun yang ditempatkan di taska ini dan diambil oleh ibu bapa atau penjaga mereka selepas

mereka pulang bekerja. Susunan aktiviti dan peruntukan masa bagi kanak-kanak di taska adalah

fleksibel.

Jadual yang disediakan di bawah adalah termasuk bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun :

MASA AKTIVITI

7.00 pagi – 9.00 pagi Menanti kehadiran kanak-kanak

8.15 pagi – 8.45 pagi Mandi

8.45 pagi - 9.30 pagi Sarapan / Minum susu

9.30 pagi – 11.30 pagi Aktiviti pembelajaran

11.30 pagi – 12.30 t/hari Aktiviti Bebas ( bermain, menonton tv )

12.30 t/hari - 1.00 petang Mandi

1.30 petang – 3.30 petang Waktu tidur

3.30 petang – 4.00 petang Minum Petang

4.00 petang – 4.30 petang Mandi / Belajar mengaji

4.30 petang – 5.00 petang Beriadah / bersiap untuk pulang

9

Page 10: Tugasan 1 Kaf 3013

Pengurusan Ruang Dan Pusat Pembelajaran Di Taska

Ciri-ciri persekitaran pembelajaran kanak-kanak di Taska mestilah dapat merangsang

perkembangan minda kanak-kanak, meningkatkan perasaan ingin tahu kanak-kanak, berminat untuk

meneroka, menjelajah mencuba dan berfikir secara kreatif, sumber atau bahan yang disediakan

digalakkan dibuat daripada bahan semulajadi atau bahan tempatan. Susun atur ruang fizikal pula

hendaklah memudahkan pergerakan kanak-kanak, mudah ubah mengikut situasi, mudah di ambil

dan disimpan oleh kanak-kanak, alatan boleh dipelbagai guna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Persekitaran Taska yang selesa, menarik dan kemas dapat membantu merangsang proses

pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Ruang persekitaran Taska dibahagikan kepada dua iaitu

ruang dalam bangunan dan luar bangunan. Ruang dalam bangunan meliputi :

Ruang Belajar

Ruang Penyediaan Makanan

Ruang Bilik Air

Ruang Pertukaran Lampin ( Diapering Area ) / Bilik Tidur Bayi

Bilik Sakit Dan Bilik Rehat

Susun atur bahagian luar pula hendaklah dapat merangsang minda kanak-kanak di mana

perlu disediakan ruang bermain pasir dan air supaya kanak-kanak dapat meneroka sambil bermain.

Ruang bermain (outdoor playground) dan taman yang indah dengan tumbuhan mestilah sesuai dan

tidak merbahaya. Lorong untuk kanak-kanak berjalan, buaian dan gelongsor serta ruang untuk

beriadah penting bagi meningkatkan perkembangan kanak-kanak semasa bermain.

Ruang Luar bangunan pula adalah persekitaran luar Taska iaitu :-

Pusat Permainan Luar

Pusat Mainan Pasir

Pusat Mainan Air

Pusat Tanaman

10

Page 11: Tugasan 1 Kaf 3013

Pelan Lantai

Pelan Dalam

Pengurusan pelan dalam taska hendaklah mengambil kira keperluan dan hak kanak-kanak. Terdapat

beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan di dalam merancang pengurusan bentuk pelan

penggunaan ruang bilik darjah dan susun atur perabot-perabot. Perlu diingatkan keluasan lantai bagi

setiap kanak-kanak adalah 3.5 meter persegi. Guru hendaklah terlebih dahulu menyediakan susun

atur ruang dalaman untuk mengendalikan bilik darjah yang kondusif. Penyusunannya hendaklah

mengambil kira keluasan sesebuah bilik dan dibahagi mengikut domain-domain perkembangan

setiap kanak-kanak. Guru bolehlah mengendalikannya dengan menggunakan daya imaginasi dan

kreativiti sendiri dengan mengambil kira amalan yang bersesuaian dengan kanak-kanak

antaranyanya ialah domain perkembangan kognitif, domain perkembangan sosio-emosi, domain

perkembangan literasi dan domain perkembangan kreatif. Kanak-kanak memerlukan ruang yang

mencukupi untuk bergerak bebas dan berinteraksi dengan bahan yang disediakan. Ruang

pembelajaran melibatkan ruang luar dan dalam kelas serta ruang penyediaan makanan.

Pelan Lantai Luar

Ruang luar perlu disusun dan dirancang dengan rapi. Ruang luar juga hendaklah sentiasa bersih dan

selamat. Ruang luar hendaklah mempunyai permukaan yang sesuai dan selamat untuk memudahkan

kanak-kanak menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fizikalnya. Segala peralatan yang digunakan

di taska hendaklah mengikut kesesuaian, meningkatkan kemahiran, meningkatkan konsep kendiri

yang positif, mengembangkan interaksi sosial, dan menumpukan kepada pembelajaran berpusatkan

kanak-kanak dan bahan. Peralatan yang disediakan juga hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan

dan tidak mudah lentur, rosak dan tahan lama untuk digunakan oleh kanak-kanak.

11

Page 12: Tugasan 1 Kaf 3013

Perancangan Keselamatan

Ciri – Ciri Keselamatan Taska

Dari segi keselamatan pula, pengusaha taska perlulah mematuhi kehendak Akta Taman

Asuhan Kanak-kanak (1984). Antara peraturan-peraturan tersebut adalah seperti yang digariskan

oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba ialah :

1.Kehendak Bangunan

a) Keadaan bangunan yang dibenarkan :

Mempunyai lebih daripada satu tangga bagi bangunan bertingkat.

Tidak mengandungi bahan-bahan bahaya.

Kedudukan taska tidak melebihi had kelengkapan tangga jentera bomba

Bukan bangunan tingkat basement :

b) Ciri-ciri keselamatan bangunan

i) Berhampiran dengan tangga keselamatan bagi taska yang terletak dalam bangunan

bertingkat.

ii) Mematuhi perjalanan maksimum

Tiada sistem sprinkler 30 meter

Mempunyai sistem sprinkler 45 meter

Had jalan mati 9 meter

Jarak minimum antara 2 pintu 5 meter.

iii) Mematuhi had maksimum mengikut bilangan pintu keluar. Bilangan orang maksimum

bagi 1 pintu - 12 orang termasuk pengasuh.

Bilangan orang maksimum bagi 2 pintu – 23 orang .

i) Kehendak kemudahan keluar dan pengosongan premis.

Mengadakan tanda keluar lampu kecemasan jenis kuasa tersendiri dalam

premis tersebut.

Mengadakan troli nisbah 1 : 6

kawasan terlindung dalam kawasan taman asuhan .

vi) Mengadakan alat pencegahan kebakaran

2 bilangan 4.5 kg alat pemadam api mudah alih jenis debu.

Alat pengesan asap jenis kuasa tersendiri (self contained)

12

Page 13: Tugasan 1 Kaf 3013

2) Kehendak Operasi

a) Kehendak-kehendak langkah keselamatan.

Tidak dibenarkan menggunakan lilin atau pelita.

Tidak dibenarkan menggunakan ubat nyamuk.

Tidak dibenarkan merokok dalam premis.

Tidak dibenarkan pembakaran terbuka.

Tidak dibenarkan kanak-kanak masuk / dibawa ke dalam ruang bilik

penyediaan.

Plug point yang rendah hendaklah ditutup dengan kemas.

Tidak dibenarkan menggunakan penyambung wayar.

1. Susun atur ruang pembelajaran di dalam taska mengambil kira keselamatan kanak-kanak

dengan;

Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabut hendaklah memudahkan

pergerakan murid supaya “traffic flow” dalam kelas berjalan lancar.

Susun atur perabut tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan kanak-

kanak.

Pastikan peralatan yang merbahaya seperti gunting disimpan di tempat yang selamat.

Pastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.

Pastikan jeriji besi sentiasa ditutup.

Pastikan lantai sentiasa kering.

Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap.

Pastikan ada alat pemadam api dan berkeadaan baik.

Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan kepada kanak-kanak.

2. Kawasan bilik penyediaan makanan.

Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat seperti pisau dan gunting.

Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan ditempat yang

selamat seperti cerek elektrik dan pembakar roti.

Lantai dapur sentiasa kering.

Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.

13

Page 14: Tugasan 1 Kaf 3013

3. Kawasan bilik air

Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat.

Pam tandas dalam keadaan baik.

4. Kawasan luar taska

Ruang di luar taska harus dipagar.

Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mestilah ditutup.

Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan ”rubber tiles” untuk keselamatan murid

jika terjatuh semasa bermain.

Rumput mestilah sentiasa dipotong pendek.

Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekolah.

Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat

Pematuhan Syarat Terhadap Jabatan-Jabatan

Jabatan Bomba

14

Page 15: Tugasan 1 Kaf 3013

Tidak mempunyai lampu tanda ‘KELUAR’ kecemasan seperti yang telah di tetapkan oleh Jabatan

Bomba. Selain dari itu taska ini juga tidak mempunyai lampu kecemasan. Lampu ini digunakan

apabila taska ini mengalami masalah ‘ black out’ di permis.

Taska ini telah mengikuti syarat- syarat keselamatan yang telah ditetapkan oleh jabatan bomba dan

penyelamat .Dengan mengadakan 2x 5kg alat pemadam api jenis debu kering yang disangkut di

depan dan belakang permis.

Jabatan Kesihatan Awam

15

Page 16: Tugasan 1 Kaf 3013

Dibahagian luaran taska ini,terdapat Papan Tanda DILARANG MEROKOK di pintu pagar masuk.

Taska ini telah mengikuti syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Awam.

Taska ini tidak menggunakan tong sampah yang bertutup didalam tandas. Taska ini tidak mengikut

peraturan yang ditetapkan oleh jabatan kesihatan awam. Tong sampah ini sepatutnya bertutup. Dari

aspek keselematan, tong sampah yang tidak bertutup ini, adalah tidak selamat kerana di khuatiri

kanak-kanak mengambil sampah dari tong sampah tersebut. Contohnya, seperti gambar di atas,

terdapat kotak minuman yang telah habis dibuang ke dalamnya. Kanak-kanak yang tidak tahu itu

sampah, pasti tertarik untuk mengambil dan menghisap straw yang masih ada pada kotak minuman

tersebut. Jadi jelaslah aspek keselamatan tong sampah ini tidak dititik beratkan.

16

Page 17: Tugasan 1 Kaf 3013

Bahagian dalaman taska ini berada dalam keadaan kemas dan bersih. Mempunyai pengcahayaan

dan pengudaraan yang mencukupi. Taska ini telah mengikuti syarat yang telah ditetapkan oleh

Jabatan Kesihatan Awam.

Pengurusan Ruang Fizikal

Bahagian Dapur

Ini adalah bahagian dapur taska ini. Didapati kemas dan bersih. Mempunyai cukup pengudaraan dan pengcahayaan. Luas dan selesa untuk kanak-kanak.

Taman Permainan

17

Page 18: Tugasan 1 Kaf 3013

Taska ini mempunyai kawasan permainan yang luas. Tetapi tidak mempunyai alatan permainan.

Taman permainan penting untuk kanak- kanak melakukan aktiviti fizikal.

Bilik Air

Lantai di bilik air taska ini agak licin. Pengusaha perlu meletakkan alas kaki getah supaya lantai tidak

licin. Hal ini bertujuan menjaga keselamatan kanak-kanak apabila mereka mandi atau menggunakan

bilik air ini.

18

Page 19: Tugasan 1 Kaf 3013

Sudut Pembelajaran

Ruang Belajar

Taska ini mempunyai ruang pembelajaran yang selesa. Terdapat banyak Alat Bantu Mengajar yang

digunakan. Menggunakan alatan dan perabot yang sesuai dengan kanak-kanak. Alatan dan perabot

yang digunakan menepati ciri-ciri keselamatan sesebuah taska.

Sudut Kreativiti

Ini adalah sudut kreativiti untuk kanak-kanak. Terdapat banyak hasil kerja kanak-kanak di pamerkan

di sudut ini. Bilik ini luas dan sesuai dengan aktiviti mewarna, melukis. Dari segi aspek keselamatan,

ruang ini boleh dikatakan selamat dan terkawal kerana semua peralatan untuk akviti kreativiti telah

19

Page 20: Tugasan 1 Kaf 3013

disimpan di tempat selamat, tidak didedahkan atau dipamer. Hal ini bagi menjamin keselamatan

terutamanya di khuatiri kanak-kanak bermain dengan peralatan tersebut yang boleh mendatangkan

kecederaan atau kemalangan.

Sudut Sudut Pembelajaran

Di taska ini, pengusaha telah meyediakan beberapa sudut pembelajaran seperti sudut agama, sudut

bahasa, sudut kognitif dan sudut fizikal. Di setiap sudut ini mempunayi bahan- bahan yang menarik

dan sesuai untuk kanak-kanak. Sudut pembelajaran ini juga memenuhi kriteria ciri-ciri keselamatan

kerana semua alatan pembelajaran disimpan dengan kemas dan rapi agar kanak-kanak tidak

bermain-main dengan alatan pembelajaran yang dikhuatiri boleh menimbulkan kecederaan dan

kemalangan. Apabila berlangsungnya aktiviti pembelajaran, alatan pembelajaran yang diperlukan

sahaja akan digunakan.

20

Page 21: Tugasan 1 Kaf 3013

KELEMAHAN, KEKUATAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Setiap ruang di dalam taska harus mempunyai ciri-ciri keselamatan. Peratus persekitaran

pusat asuhan kurang selamat masih tinggi. Kanak-kanak jatuh merupakan punca kecederaan yang

paling utama. Kecederaan berkaitan dengan permainan kerap berlaku untuk kanak-kanak di bawah

umur 4 tahun. Bagi Taska Anak Gemilang, ciri keselamatan telah dititik beratkan. Ini dapat dilihat ada

ruangan yang di pagar untuk mengelakkan kanak-kanak tidak memasuki kawasan larangan.

Kawasan seperti laluan ke dapur dan laluan ke bilik bayi telah diletakkan pagar supaya kanak-kanak

tidak melalui laluan itu. Sekiranya tidak berpagar, kanak-kanak itu mudah ke dapur dan ke bilik bayi.

Hal ini adalah kerana dapur adalah kawasan larangan bagi kanak-kanak. Manakala bilik bayi tidak

boleh diganggu. Selain itu, susun atur ruang pembelajaran juga dilihat sentiasa kemas dan mengikut

peraturan yang ditetapkan. Susun atur peralatan yang ada di taska juga kemas. Taska ini juga

dilengkapi dengan alat pemadam api yang berada di ruang hadapan taska dalam keadaan

tergantung. Alat pemadam ini amat penting dan wajib ada pada semua permis taska.

Terdapat beberapa kelemahan yang terdapat di taska ini iaitu kawasan bilik air. Lantai bilik air

dalam keadaan licin. Pencuci tandas tidak disimpan di tempat yang sepatutnya. Keadaan ini boleh

mengundang bahaya pada kanak-kanak kerana, kanak-kanak tidak tahu membezakan yang mana

selamat dan tidak selamat. Kanak-kanak suka meneroka dan mencuba. Kawasan luar taska atau

tempat permainan tidak dilengkapi dengan alat permainan yang mencukupi. Ini membuatkan

perkembangan fizikal kanak-kanak terbantut. Pengusaha perlu membeli peralatan seperti buaian,

gelongsor, terowong dan papan pengimbang. Peralatan ini perlu supaya kanak-kanak dapat

melakukan aktiviti fizikal dengan gembira. Apa yang paling penting, pemilihan peralatan permainan

hendaklah memenuhi ciri-ciri selamat agar keselamatan kanak-kanak ketika bermain juga berada

dalam keadaan baik.

Segala kelemahan di atas perlu diperbaiki. Pengusaha perlu mengubah suai kawasan bilik air

supaya tidak licin. Selain daripada itu, pengusaha perlu menyediakan segala peralatan untuk kanak-

kanak melakukan aktiviti fizikal . Aktiviti fizikal penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Untuk

memastikan kanka-kanak ini berada dalam keadaan bersedia apabila kemalangan berlaku, latihan

kecemasan atau kebakaran hendaklah selalu diterapkan samada secara langsung atau tidak

langsung. Kanak-kanak hendaklah selalu diingatkan tentang betapa pentingnya keselamatan ini.

Kanak-kanak perlu tahu tentang keselamatan di jalan raya, peti pertolongan cemas, alat pemadam

21

Page 22: Tugasan 1 Kaf 3013

api, bagaimana menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran, keselamatan di air dan

keselamatan diri dari bahan berbahaya seperti racun.

Alat Pemadam Api yang tergantung di taska

Taman permainan (tiada alat permainan)

Laluan berpagar

Rumusan

Pendidikan awal kanak-kanak adalah perkara penting yang tidak boleh dipandang remeh oleh

setiap pengusaha taska dan tadika. Kanak-kanak memerlukan pengasuhan, pemupukan dan tindak

balas persekitarannya. Kanak-kanak perlukan rasa selamat, dihargai dan keperluan fizikalnya

22

Page 23: Tugasan 1 Kaf 3013

dipenuhi. Keadaan ini akan membentuk rasa selamat, mengetahui mereka dijaga dan diasuh.

Pengusaha perlu mengikut segala peraturan yang termaktub di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-

Kanak 1984 ( Akta 308) bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti untuk kanak-kanak. Memberi

perkhidmatan berkualiti bukan sahaja melibatkan kualiti prasarana di taska tetapi juga latihan

pengasuhan yang berkualiti perlu diberi perhatian. Program latihan pengasuh hendaklah diberi

keutamaan memandangkan peranan pengasuh dan pendidik awal kanak-kanak ini sebagai asas

perkembangan pendidikan awal kanak-kanak yang perlu diterima oleh kanak-kanak sebelum

melangkah ke pendidikan selanjutnya. Mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu jelas

tanggungjawabnya dan kualiti perkhidmatan yang perlu dilaksanakan di taska.

Selain itu juga pelbagai perancangan perlu dilakukan bagi memastikan segala yang dirancang

berjalan dengan lancar. Segala kelemahan perlu diatasi bagi menggalakkan pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Setelah membuat kajian

terhadap Taska Anak Gemilang, saya mendapati taska ini mempunyai prasarana dan perancangan

yang baik. Saya juga berharap dengan adanya taska ini, ia dapat meningkatkan profesiolisme dalam

pengasuhan demi melahirkan modal insan yang berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis pada

masa akan datang.

BIBLIOGRAFI

Azizah Lebai Nordin, (2004). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya.

Azizah Lebai Nordin dan Zainun Ishak, (2005). Pendidikan Prasekolah untuk Guru. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Zainun Ishak (2006). Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak.Kuala Lumpur.Utusan

Publications & Diatributors Sdn Bhd.

23

Page 24: Tugasan 1 Kaf 3013

Buku Panduan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 ( Akta 308). Peraturan – Peraturan Taman

Asuhan Kanak-kanak (Di rumah) 2007.

Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang, Maalaysia, (2006). Undang-undang Malaysia. Akta kanak-

kanak 2010. Kuala Lumpur. Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

Azila Alias, Anis Norma Jaafar, Sheah Siok Peh, Dr Nodin Mamat, Norly Jamil dan Ilya

Diyana.Modul 1 KAA 1013 Dasar, Polisi Pendidikan Awl Kanak-Kanak. Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

24