refleksi krp 3013 a-35

Upload: loges-sockalingam

Post on 05-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Refleksi KRP 3013 a-35

    1/12

    RIS

    SEMESTER 1 SESI 2010/2011

    KRP 3013: KURIKULAM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

    TAJUK

    KUMPULAN

    UPSI

    A35 (A112PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    LOGES A/P SOCKALINGAM D20102045747 016-5546483

    NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.ABD RAHMAN BIN DAUD

    TARIKH SERAH: 28-4-2012

    PEMARKAHAN

    1. REFLEKSI2. PERBINCANGAN

    3. FORUM

    JUMLAH

    REFLEKSI

    BAHAGIAN A

  • 8/2/2019 Refleksi KRP 3013 a-35

    2/12

    REFLEKSI UNIT PELAJARAN

    1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

    Unit ini telah membincangkan senario pendidikan di negara ini dari sudut kurikulum dan

    pengajarannya meliputi tiga zaman iaitu zaman penjajahan Inggeris, zaman sebelum merdeka dan

    zaman selepas merdeka. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa senario pendidikan di negara

    ini telah mengalami perkembangannya hingga ke tahap yang ada sekarang. Dalam erti kata yang

    lain pendidikan di negara ini mengalami proses kristalisasi iaitu perkembangan demi perkembangan

    ke tahap yang lebih baik dan cemerlang. Pendidikan peringkat sekolah rendah yang berlangsung di

    negara ini telah bermula sejak dari zaman dulu lagi. Di zaman sebelum penjajahan Inggeris

    pendidikan dalam kalangan rakyat jelata berlangsung secara tradisional dengan ibu bapa sebagai

    orang yang utama dalam proses pendidikan. Pendidikan pada masa itu mempunyai matlamat untuk

    kesejahteraan dalam kehidupan baik untuk di dunia mahupun akhirat. Di zaman penjajahan Inggeris,

    pendidikan berlangsung dengan cara yang lebih formal. Konsep sekolah vernakular diperkenalkan

    iaitu sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik. Selain itu terdapat juga sekolah Inggeris di samping

    sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan sekolah pondok serta madrasah. Dasar

    pecah dan perintah banyak mempengaruhi pelaksanaan pendidikan pada masa itu. Selepas

    merdeka pula pendidikan negara adalah berasas kepada Akta Pelajaran 1961. Sehubungan itu,satu

    bentuk kurikulum dan system persekolahan di Negara ini telah digunakan. Pendidikan dijadikan asas

    untuk tujuan perpaduan rakyat. Selain untuk perpaduan, pendidikan selepas merdeka adalah untuk

    melahirkan rakyat yang bebas daripada masalah buta huruf. Pembangunan melibatkan aspek

    infastruktur seperti kemudahan awam, kemudahan kesihatan, perkembangan ekonomi berasaskan

    pertanian dan lain-lain.

    UNIT TAJUK

    1 Perkembangan Kurikulam dan Pengajaran Sekolah Rendah

  • 8/2/2019 Refleksi KRP 3013 a-35

    3/12

    2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

    Konsep Penjelasan

    1. Zaman sebelumpenjajahan Inggeris

    Kesemua kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuan dididik sertadiasuh dengan ketertiban, nilai,budi bahasa serta adab sopan.Ketertiban,nilai budi bahasa serta adab sopan adalah mengikutnorma-norma yang diterima oleh masyarakat pada ketika itu.

    2. Zaman PenjajahanInggeris

    Semasa penjajahan Inggeris sekolah vernakular diperkenalkan selarasdengan dasar pecah dan perintah.

    3. Zaman selepasMerdeka

    Menyatukan semua bangsa dengan memakai atu peraturan pelajaranyang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasakebangsaan sebagai bahasa pengantar yang bessar.

    4. Sekolah Inggeris Sekolah Inggeris kebanyakkannya didirikan di bandar-bandar untukanak-anak pegawai Inggeris,anak-anak ahli-ahli perniagaan sertaanak-anak golongan elit Melayu pada masa itu.

    5. Sekolah Vernakular Sekolah vernakular ialah sekolah yang menggunakan bahasa ibundasebagai bahasa pengantarnya. Sekolah-sekolah tersebut diadakansecara terasing antara satu dengan yang lain.Sekolah-sekolahvernakular yang terdapat pada masa itu ialah:

    - Sekolah Melayu- Sekolah Cina- Sekolah Tamil

    3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruananda.

    Perkembangan pendidikan di negara ini berlangsung sejak dari zaman dahulu lagi dan kesinambunganhingga sekarang. Pendidikan di negara kita adalah melibatkan pendidikan dalam era sebelumpenjajahan Inggeris ; semasa penjajahan Inggeris ; Pendidikan era sebelum Kemerdekaan ; pendidikanera selepas Kemerdekaan serta Pendidikan era Milenium.Sebelum penjajahan Inggeris,pendidikan diMalaysia berlangsung secara tradisional dalam institusi keluaraga dan masyarakat,bercorak warisanturun temurun yang berpegang kuat pada adat resam. Ibu bapa sebagai orang yang memainkanperanan utama sebagai pendidik. Pendidikan bercorak keagamaan di sekolah pondok juga terdapatserta pendidikan secara formal bagu golongan bangsawan berlaku id Istana. Seterusnya, semasapenjajahan Inggeris ( 1786-1957 ) ,masyarakat di Tanah Melayu adalah terdiri daripada golongan elit,bangsawan, rakyat pertengahan dan rakyat bawahan. Dasar pecah perintah oleh penjajah pada masa

    itu telah mempengaruhi sistem pendidikan di Tanah Melayu dengan memperkenalkan sekolahvernakular.

  • 8/2/2019 Refleksi KRP 3013 a-35

    4/12

    REFLEKSI UNIT PELAJARAN

    1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

    Kurikulam pendidikan berbeza dan berubah mengikut pendidikan lokasi,kaedah dan masa.Matlamatpendidikan sentiasa mengalami perkembangan dari masa ke semasa.Di zamanpenjajahan Inggeris

    halatuju pendidikan adalah selaras iaitu pecah dan perintah.setelah mencapai

    kemerdekaan,pendidikan adalah bertuju ke arah perpaduan untuk membasmi buta huruf rakyat dan

    melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara.

    Kurikulam yang digubal seterusnya diperkembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran

    dan hasil pembelajaran akan meliputi pengetahuan,kemahiran dan nilai yang dingini hasil daripada

    aktiviti pembelajaran.Secara umumnya, Proses pendidikan tidak dapat dijelaskan tanpa merujukkepada kurikulam.

    Matlamat pendidikan adalah tingkah laku yang bersifat menyeluruh yang diharapkan dan diperoleh di

    akhir suatu proses pendidikan.Disebabkan itu matlamat pendidikan di sesebuah negara adalah

    berbeza dengan matlamat pendidikan negara lain.

    Mengikut Plato,pendididkan adalah ke arah pembentukan manuasia yang bersifat mulia.Ia berhasil

    kepada tiga golongan iaitu golongan pemimpin, golongan pekerja dan golongan tentera.MenurutSmith pula perkembangan potensi murid untuk aspek personal,sosial dan emosi.

    Selain itu kefahaman komunikasi,bahasa dan literasi matematik,pengetahuan dan kefahaman

    tentang dunia,perkembangan fizikal dan perkembangan daya kreatif.Yang pentingnya di Malaysia

    matlamat pendidikan mengikut perkembangan yang berlaku sistem persekolahan sejak zaman

    UNIT TAJUK

    3 Matlamat Kurikulam Sekolah Rendah

  • 8/2/2019 Refleksi KRP 3013 a-35

    5/12

    sebelum penjajahan,zaman penjajahan dan selepas merdeka.

    2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

    Konsep Penjelasan

    1. Matlamat Kurikulamdalam pendidikansebelum penjajahanInggeris

    Sebelum penjajahan Inggeris pendidikan berlaku dalam kalangankeluarga dan ahli masyarakat.ia bertuju ke arah kesejahteraan dankeharmonian hidup di dunia.Kanak-kanak dididik oleh ibu bapa untukmelakukan kerja-kerja sebagaimana yang dilakukan oleh ibu bapasendiri.

    2. Matlamat Kurikulamdalam pendidikansemasa penjajahanInggeris

    Memperkenalkan sistem pendidikan formal dengan menubuhansekolah-sekolah vernakular.terdapat 3 jenis sekolah vernakular iaituvernakular Melayu,Cina dan Tamil.

    3. Matlamat Kurikulam

    dalam pendidikanSelepas Merdeka

    Semua bangsa memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi

    semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagaibahasa pengantar.KBSR menekankan kepada kemahiaran 3M.

    4. Mattamat KBSR Perkembangan individu secara menyeluruh,pendidikan yang samauntuk semua murid,pendekatan bersepadudan pendidikan seumurhidup.

    5. Matlamat KSSR Melahirkan insan yang seimbang,berfikir kreatif,kritis dan inovatifmelalui tunjang-tunjang komunikasi,sains dan teknologi,perkembanganfizikal dan estetika,keterampilan diri,kemanusiaan dankerohanian,sikap dan nilai.

    3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan

    anda.

    Unit ini membincangakan matlamat pendidikan dan kurikulam mengikut zaman yang berbeza-beza iaitusebelum penjajahan,semasa penjajahan inggeris dan selepas merdeka.Selepas merdeka,matlamatpendidikan dan kurikulam meliputi zaman sebelum pelaksanaan KBSR, semasa pelaksanaan KBSRdan dalam KSSR. Selain itu dihuraikan juga matlamat kurikulum bagi setiap mata pelajaran dalamKBSR. Secara umumnya matlamat dalam KBSR dan KSSR adalah pada hakikatnya selari denganpernyataan-penyataan yang terkandung dalam FPK.

  • 8/2/2019 Refleksi KRP 3013 a-35

    6/12

    REFLEKSI UNIT PELAJARAN

    1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

    Unit ini membincangkan tentang mata pelajaran sekolah rendah. Mata pelajaran sekolah rendah

    terbahagi kepada dua kategori iaitu, mata pelajaran KBSR dan juga KSSR. KBSR merangkumi mata

    pelajaran Tersa, Waji dan Elektif. Manakala KSSR meliputi modul teras asas, modul teras tema dan

    modul elektif untuk tahap 1 dan juga mata pelajaran teras dan elektif untuk tahap 2. Selain daripada

    itu unit ini juga menerangkan asas-asas penentuan mata pelajaran mengikut bidang dan komponen.

    Dalam unit ini terdapat penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat

    dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ia juga meliputi perbandingan antara mata pelajaran

    dalam KBSR dengan mata pelajaran dalam KSSR. Secara umumnya, penentuan sesuatu mata

    pelajaran bergantung kepada kurikulum yang ditetapkan. Reka bentuk sesuatu kurikulum pula

    bergantung kepada banyak faktor yang menjadi asasnya seperti falsafah pendidikan, politik

    sesebuah negara, sejarah, keadaan sosial serta budaya, aliran semasa dan banyak lagi. Mata

    pelajaran KSSR terbahagi kepada dua Tahap 1 dan Tahap 2. Unit pembelajaran Tahap 1 terdiri

    daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema, dan Modul Elektif. Manakala, di Tahap 2 terdiri

    daripada Teras dan Elektif. Mata pelajaran yang terdapat dalam KLSR juga dibincangkan dalam unit

    ini. Kelebihan memepelajari Kurikulum Standard Sekolah Rendah juga dibincangkan dalam unit ini.

    Pelbagai kaedah dan strategi pelaksanaan digubalkan dalam KBSR dan KSSR diguna pakai bagi

    memastikan keselarasan sistem pendidikan di negara ini demi membina generasi bangsa negara

    yang cemerlang dan terbilang.

    UNIT TAJUK

    5 Mata Pelajaran di Sekolah rendah

  • 8/2/2019 Refleksi KRP 3013 a-35

    7/12

    2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

    Konsep Penjelasan

    1. Asas Mata pelajaran Dalam konteks Malaysia,secara khususnya mata pelajaran yang diajardi sekolah rendah adalah kearah mencapai metlamat KBSR atauKSSR seterusnya mencapai hasrat yang terkandung dalam FPK.

    2. Mata Pelajaran KBSR Mata pelajaran dalam KBSR secra umumnya dapat dikategorikankepada tiga kategori atama seperti berikut: Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Wajib Mata Pelajaran Tambahan

    3. Mata Pelajara KSSR Terdapat sedikit perbezaan dari segi mata pelajaran dalam KSSRmangikut tahap walaupun pada asasnya adalah sama.Mata pelajaranTahap 1 dikelompokkan kepada tiga kelompok utama mengikut modulIaitu:

    Modul Teras asas Modul Teras Tema Modul Elektif

    Mata pelajaran Tahap 2 dikelompokkan kepada dua kategori utamaiaitu Mata pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif.

    4. Teknologi Maklumatdan komunikasi

    Teknologi adalah untuk mananam minat dan mengembangkan kretivitimurid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sainsdan teknologi,kemahiran proses sains,kamahiran berfikir,kamahiranmenipulatif danlemahiran TMK serta memupuk nilai murni.

    5. Tunjang Satu bentuk pengklasifikasian dibang ilmu,kemahiran dan nilai.Konsepini berfokus kepada pembentukan modal insene seimbang dari segi

    jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.

    3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruananda.

    Unit ini telah memaparkan perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat di sekolah rendahdi Malaysia.Penjelasan adalah berkaitan dengan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR danKSSR.Mata Pelajaran yang terdapat dalam KLSR juga dibincangkan. Mata pelajaran yang terdapatdalam KBSR dan KSSR kebanyakannya adalah sama. Perbezaan adalah kepada bagaimanapengklasifikasian bidang ilmu.aDalam KBSR mata pelajaran dikaategorikan mengikut bidang,mengikutkonponan serta mengikut mata pelajaran teras,mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan.

    Dalam KSSR mata pelajaran disusun mengikut modul dan tunjang.Penegasan semula mata pelajaranmengikut modul dan tunjang dalam KSSR adalah bagi memastikan.murid-murid dapat mengalamipertumbuhan dan perkembangan secara seimbang dan haronis selaras denan hasrat FalsafahPendidikan Kabangsaan.Selain itu perbrzaan adalah kepada penegasan standaard kandungan danstandard pembelajaran.

  • 8/2/2019 Refleksi KRP 3013 a-35

    8/12

    REFLEKSI UNIT PELAJARAN

    1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

    Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasildaripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuanhasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan danpengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik.

    Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar.Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasanapembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yangberkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkanminat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

    Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehanmereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan

    pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkanteknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yangdipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampumembantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapatmenghasilkan pembelajaran yang bermakna.

    Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilihhendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dankonsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosidan minat pelajar secara berkesan.

    Kematangan fizikal Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang

    tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadapperbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadapcorak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentangapa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantuguru menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran danpenggunaan alat Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal dikalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahajapenyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagiperkembangan potensi semula jadi pelajar.

    UNIT TAJUK

    7 Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Rendah

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Guruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Guru
  • 8/2/2019 Refleksi KRP 3013 a-35

    9/12

    2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

    Konsep Penjelasan

    1. Pengajaran Pengajaran sebagai implimentasi kurikulam iaitu apabila berlakunyainteraksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik darjah.

    2. Pembelajaran Pembelajaran adalah berkenaan bagaimana kita menanggap danmemahami dunia, tentang membuat makna.Sesuatu perubahan akanberlaku pada tingkah laku pelajar selepas melalui sesuatu penalamanpendidikan.

    3. Proses Pengajaran danPembelajaran

    Guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pelaksaan prosespembelajaan murid.Secara umumnya,Sesuatu proses pengajaran danpembelajaran akan merangkumi tiga fasa iaitu:

    - Fasa sebelum pengajaran- Fasa semasa pengajaran- Fasa selepas pengajaran

    4. Pengajaran KBSR Pelaksaan penhajaran secara kelas memang seringberlaku.Penggunaan kaedah kelas dilakukan sewaktu di peringkat setinduksi,perkembangan dan penutup dalam sesuatu sesi pengajaran.Antara kegunaan penting kaedah kelas ialah ketika memberipenganalan umum dan gambaran keseluruhan sesuatu topik atau topikbaru.Secara umumnya terdapat tiga mod pembelajaran yangdigunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu:

    - Pembelajaran secara kelas- Pembelajaran secara kumpulan- Pembelajaran secara individu

    5. Pengajaran KSSR Kaedah dan teknik yang disarankan untuk pengajaran danpembelajaran di bilik darjah KSSR adalah seperti yang berikut:- Belajar sambil bermain- Penyelesaian masalah- Pembelajaaran berasaskan projek- Pembelajaran koperatif- Inkuiri penemuan- Pembelajaran Luar bilik darjah- Pembelajaran tematik

  • 8/2/2019 Refleksi KRP 3013 a-35

    10/12

    3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruananda.

    Unit ini telah memberi fokus tentang pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dari aspekkonsep pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian cadangan kaedah yang bolah digunakan dalampengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah telah turut sama dibincangkan.Pangajaran dalamKSSR juga disentuh sedikit sebagai cetusan kepada para pelajar untuk terus mendalami lagi perkaratersebut dari semasa ke semasa. Pengajaran dan penbelajaran yang khusus untuk murid-murid yangmenghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca,menulis,dan mengira. Kelas yang mengandungi aktiviti tambahan pada aras kesukaran yang lebihtinggi kepada sekumpulan murid yang mempunyai penguasaan kecekapan dan kemahiran yangtinggi,selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran biasa.

  • 8/2/2019 Refleksi KRP 3013 a-35

    11/12

    REFLEKSI UNIT PELAJARAN

    1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

    Bahan pengajaran ialah bahan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pengajaran sesuatu tajuk dalamsesuatu matapelajaran. Manakala bahan pembelajaran ialah bahan yang digunakan olah murid-murid dalam

    aktiviti pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun dalam pelaksaan proses pengajaran dan pembelajaran

    kedua-dua pihak iaitu guru dan murid-murid selalunya akan menggunakan bahan yang sama. Bagi guru-guru

    bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana peranannya sebagai madia untuk

    berkomunikasi,memberi rangsangan,mempenjelas sesuatu maksud,sebagai penggerak pelbagai

    pancaindera,sebagai sumber pengalaman,dan sebagai variasi kaedah dan teknik pangajaran.

    Terdapat pelbagai cara untuk mengkategorikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.Penulis buku yang

    berbeza mungkin membuat pengkategorian dengan cara yang berbeza.Dalam modul ini bahan-bahan

    pengajaran dan pembelajaran dikategorikan kepada bahan bercetak CD-ROM dan DVD-ROM, internet,bahan

    siaran,daripada radio dan televisyen,bahan realia,bahan replika dan sebagainya.

    Berdasarkan cara pembelajaran bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan ciri-ciri

    tertentu berupaya membantu murid dalam proses pembelajaran mereka.Bahan pengajran dan pembelajaran

    yang digunakan oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah perlu diurus dengan sempurna agar manfaatnya

    terus diperolehi oleh semua pihak.Sehubungan itu semua pihak perlu brtyanggung jawab dalam hal pengurusan

    ini termasuk, pihak pengurusan sekolah,panitia mata pelajaran,guru Pusat Sumber ,guru mata pelajaran,guru

    kelas,termasuk juga murid-murid.

    UNIT TAJUK

    9 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

  • 8/2/2019 Refleksi KRP 3013 a-35

    12/12

    Bagi secara keseluruhannya, Kesema bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah bagi

    tujuan memudahkan murid-murid mengikut proses pembelajaran.Bahan-bahan yang disediakan itu akan

    digunakan olah guru-guru atau murid lain dan pengurusan serta manfaatnya akan berkesinambungan dari

    semasa ke semasa.

    2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

    Konsep Penjelasan

    1. Bahan Pengajaran Bahan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pengajaransesuatu tajuk dalam sesuatu pelajaran

    2. Bahan Pembelajaran Bahan yang digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaranmereka.

    3. Dokumen StandardKandungan(DSK)

    Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan bolehlakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspekpengetahuan, kemahiran dan nilai.

    4. Dokumen StandardPembelajaran (DSP)

    Satu penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran danpencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

    5. Modul Mengandungi pengetahuan,kemahiran dan nilai yang telah dikenalpasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modulardan bersifat kendiri lengkap.

    3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan

    anda.

    Unit ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan bahan pengajaran danpembelajaran.Berbanding dengan KLSR dalam pembelajaran KBSR dan KSSR murid-muriddiharapkan dapat dengan mudah menerima perkara-perkara yang diajar kepada mereka seterusnyadapat memproses maklumat yang diterima untuk manjadi pengetahuan yangbermanfaat yang bolehdiamalkan dalam kehidupan seharian dan kehidupan di masa hadapan.Penggunaan bahan pengajarandan pembelajaran membantu murid-murid membuat penaakulan ke arah tersebut dengan cara yanglebih mudah.Di zaman kemajuan teknologi seperti sekarang bahan pengajaran dan pembelajaranboleh terdapat dengan mudah dan dalam bentuk yang pelbagai yang boleh dimanfaatkan oleh gurudan juga pelajar.