bahagian a krp 3013 ok

37
KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH PENILAIAN KURSUS TAJUK BAHAGIAN A: ANALISIS KESEPADUAN DALAM KURIKULUM DAN PENGAJARAN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO ID NO TELEFON BALKIS BINTI OMAR D20111049559 0125083101 TUTOR E- LEARNING: LAPORAN ANALISIS (TUGASAN BAHAGIAN A) (KRP3013 : Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)

Upload: anuar-jais

Post on 22-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Bahagian a KRP 3013 OK

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian a KRP 3013 OK

KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH

RENDAH

PENILAIAN KURSUS

TAJUK

BAHAGIAN A: ANALISIS KESEPADUAN DALAM KURIKULUM

DAN PENGAJARAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO ID NO TELEFON

BALKIS BINTI OMAR D20111049559 0125083101

TUTOR E- LEARNING:

Page 2: Bahagian a KRP 3013 OK

LAPORAN ANALISIS

(TUGASAN BAHAGIAN A)

(KRP3013 : Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)

Nama : BALKIS BTE OMAR No. ID : D049559

Nama Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Tahun 3

Dokumen Dianalisis SP / HSP / DSK / DSP / BT / M ( _/ yang berkenaan)(sila sertakan salinan fotokopi halaman yang berkaitan sahaja sebagai lampiran)

Tajuk Syair Wira Perkasa

1. Kesepaduan Pengetahuan

A. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang

dipilih.

1) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

2) Pendidikan Muzik.

3) Pendidikan Moral.

4) Pendidikan Seni Visual.

5) Pendidikan Agama Islam.

B. Rasional / Kepentingan.

Rasional penyerapan pengetahuan lain ( Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,

Pendidikan Muzik, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Agama

Islam) di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah supaya murid dapat memperoleh

ilmu pengetahuan daripada pelbagai mata pelajaran. Murid juga dapat

mengintegrasikan pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dan berguna dalam

kehidupan seharian mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dapat

dipelbagaikan supaya murid berasa seronok dan tidak berasa cepat bosan.

C. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilaksanakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan

1

Page 3: Bahagian a KRP 3013 OK

atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran

bagi satu mata pelajaran yang diajar. Penyerapan pengetahuan melibatkan unsur

pengetahuan dan bukannya kemahiran.

Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipilih, guru telah

menambahkan pengetahuan murid dengan menggunakan pengetahuan Pendidikan

Muzik menerusi melagukan syair yang bertajuk “Syair Wira Perkasa”. Murid dikehendaki

melagukan secara berseorangan dan beramai-ramai. Jadi, guru bukanlah semata-mata

mengajar Bahasa Melayu tetapi telah penyerapkan Pendidikan Muzik di dalam

pengajarannya.

Berikut adalah contoh penyerapan salah satu daripada pengetahuan iaitu pengetahuan

Pendidikan Muzik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Tajuk pelajaran : Syair Wira Perkasa

Langkah 1 : Murid melagukan syair bertajuk “syair wira perkasa”.(pengetahuan: Pendidikan Muzik )

Langkah II : Murid bercerita tentang isi syair

Langkah III : Murid berbincang dalam kumpulan bagaimana hendak mengharumkan nama negara dan membentangkannya.

Langkah IV : Murid melukis Jalur Gemilang.

Penutup : Murid melagukan syair wira negara secara beramai-ramai dengan melakukan pergerakan

Kelebihan penyerapan pengetahuan Pendidikan Muzik dalam Bahasa Melayu akan

menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk

yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. Kelebihan ke dua ialah aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya

ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain, murid

menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif. Akhirnya, murid-murid menjadi lebih

faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan

pengetahuan dari mata pelajaran lain.

2

Page 4: Bahagian a KRP 3013 OK

2. Kesepaduan Kemahiran.

A. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pelajaran

yang dipilih.

1) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan – pergerakan kreatif.

2) Pendidikan Muzik – menyanyi.

3) Pendidikan Moral – kemahiran sosial.

4) Pendidikan Seni Visual – menggambar.

5) Pendidikan Agama Islam – adab kecintaan kepada negara.

B. Rasional / Kepentingan.

Rasional penggabungjalinan kemahiran lain (pergerakan kreatif, menyanyi, kemahiran

sosial, menggambar dan adab kecintaan kepada negara) dalam mata pelajaran bahasa

Melayu adalah untuk mengelakkan kebosanan terhadap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Aktiviti penggabungjalinan akan melahirkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang menarik, bermakna, serta menimbulkan suasana yang lebih

berkesan. Selain itu, murid boleh menguasai kemahiran-kemahiran lain secara

bersepadu dan harmoni seperti yang dialami di dalam kehidupan seharian malahan

pelbagai kemahiran dapat saling memperkukuh dan melengkapi antara satu sama lain.

C. Bagaimana pengabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat

dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggabungjalinan ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran

dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang

berintergrasi dan menyeluruh. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid

dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses pengajaran

dan pembelajaran. Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran. Menarik lebih minat murid kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid.

Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid- murid secara

seimbang dan menyeluruh.

Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran

dalam satu mata pelajaran, pengabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain

dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Untuk tujuan analisis ini bentuk

penggabungjalinan yang yang dititik beratkan ialah penggabungjalinan kemahiran

daripada mata pelajaran yang lain yang boleh digunakan di dalam mata pelajaran

3

Page 5: Bahagian a KRP 3013 OK

Bahasa Melayu. Penggabungjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran

lain amatlah penting untuk meningkatkan kemahiran murid. Contohnya kemahiran

daripada Bahasa Melayu - membaca boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran

Pendidikan Muzik - menyanyi. Pengabungjalinan kemahiran menyanyi telah menjadikan

kemahiran membaca menjadi lebih seronok kerana muzik adalah fitrah manusia. Murid-

murid akan menjadi lebih minat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini.

Untuk menjadikan nyanyian mereka sedap didengar sudah tentu murid akan menjaga

sebutan dan intonansi. Keadaan ini telah meningkatkan lagi kemahiran berbahasa

murid di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Berikut adalah contoh penyerapan salah satu daripada kemahiran Pendidikan Muzik-

menyanyi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Tajuk pelajaran : Syair Wira Perkasa

Langkah 1 : Murid melagukan syair bertajuk “syair wira perkasa”.(kemahiran: menyanyi)

Langkah II : Murid bercerita tentang isi syair

Langkah III : Murid berbincang dalam kumpulan bagaimana hendak mengharumkan nama negara dan membentangkannya.

Langkah IV : Murid melukis Jalur Gemilang

Penutup : Murid melagukan syair wira negara secara beramai-ramai dengan melakukan pergerakan.

3. Kesepaduan Nilai

A. Nilai-nilai yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih.

1) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan – semangat kesukanan.

2) Pendidikan Muzik – patriotisme.

3) Pendidikan Moral – kerajinan.

4) Pendidikan Seni Visual – kepekaan.

5) Pendidikan Agama Islam –berketerampilan.

B. Rasional / Kepentingan.

Rasional penyerapan nilai lain (semangat kesukanan, patriotisme, kerajinan, kepekaan,

4

Page 6: Bahagian a KRP 3013 OK

berketerampilan) di dalam mata pelajaran yang dipilih supaya murid dapat memperoleh

nilai daripada pelbagai mata pelajaran. Murid juga dapat mengintegrasikan pelbagai

nilai yang berkaitan dan berguna dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti pengajaran

dan pembelajaran juga dapat dipelbagaikan supaya murid berasa seronok dan tidak

berasa cepat bosan.

C. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat

dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan

kurikulum. Penyerapan nilai ini berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan

implisit dan pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit seperti guru-guru secara tidak

langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya, guru berpakaian bersih dan kemas

apabila mengajar dan secara tidak langsung guru tersebut menerapkan nilai kebersihan

dan kekemasan untuk dijadikan contoh kepada murid. Pendekatan eksplisit ialah

mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu

perkara yang diharapkan. Contohnya, penerapan secara eksplisit adalah lebih

terancang, dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.

Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu yang telah dipilih, guru telah meminta murid

melagukan syair yang mana bait-bait syair tersebut banyak terungkap perkataan yang

membawa unsur-unsur patriotisme. Perkataan-perkataan seperti “harumkan nama

negara tercinta” boleh menaikkan semangat murid untuk menjadi wira negara dan

seterusnya boleh menyemai perasaan cintakan negara.

Berikut adalah contoh penyerapan salah satu daripada nilai mata pelajaran Pendidikan

Muzik - patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Tajuk pelajaran : Syair Wira Perkasa

Langkah 1 : Murid melagukan syair bertajuk “syair wira perkasa”.(kemahiran : patriotisme)

Langkah II : Murid bercerita tentang isi syair.

Langkah III : Murid berbincang dalam kumpulan bagaimana hendak mengharumkan

nama negara dan membentangkannya.

5

Page 7: Bahagian a KRP 3013 OK

Langkah IV : Murid melukis Jalur Gemilang.

Penutup : Murid melagukan syair wira negara secara beramai-ramai dengan melakukan

pergerakan.

4. Pendapat / Pandangan / Cadangan serta justifikasi.

A. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.

Mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid

dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,

memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Ini bermakna bahawa, selain

memperkenalkan kemahiran 3M dalam KBSR, haruslah menumpukan perhatian kepada

keseimbangan antara kemahiran 3M dan “isi” atau perkembangan ilmu pengetahuan

yang bermakna. Dengan kata lain pengajian bahasa bukanlah semata-mata-mata

mengajar kemahiran berbahasa sahaja, petikan yang dibaca haruslah mengandungi isi

yang boleh mencetuskan pemikiran, menambahkan ilmu pengetahuan atau memberi

peluang menghayati hasil kesusasteraan.

Mata pelajaran bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan

berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu,

perhubungan sosial, dan urusan harian. Dengan adanya unsur pengabungjalinan dan

penyerapan murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah

seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid

juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal

idea-idea utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid

KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam

pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka

boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Integrasi seni muzik dengan matapelajaran bahasa Melayu membantu dalam

mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.  murid -murid akan belajar

menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau

“sequential”. Aktiviti seni pergerakkan pula mendorong kanak-kanak menggunakan

imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan

mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses

mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan

6

Page 8: Bahagian a KRP 3013 OK

murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa

yang hendak mereka lakukan.

Pada masa kini aktiviti pengajaran dan pembelajaran cenderung kepada berpusatkan

guru. Masalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan satu-satu

mata pelajaran. Dengan keadaan jadual waktu yang padat, sesetengah sekolah agak

berasa keberatan untuk menambahkan lagi jumlah mata pelajaran. Oleh yang demikian,

apabila sesuatu bidang baru diperkenalkan, beberapa langkah-langkah terpaksa diambil

oleh pihak sekolah untuk memuatkan mata pelajaran baru itu ke dalam jadual

pembelajaran yang sedia ada itu dengan cara mengeluarkan mata pelajaran tertentu

yang dianggap kurang penting dari segi akedemiknya. Bila keadaan ini berlaku, sudah

tentu kaedah integrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai perlu dilaksanakan supaya

murid memperoleh apa yang sepatutnya menerusi pengajaran guru. Dengan adanya

pengabungjalinan dan penyerapan di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini, gejala di

atas dapat dikurangkan.

Sebagai kesimpulannya, pendekatan bersepadu merupakan satu pendekatan di mana

unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdapat empat konsep pendekatan

bersepadu iaitu penggabungjalinan, penyerapan, kesepaduan dua unsur, dan unsur

merentasi kurikulum. Di dalam KBSR, terdapat beberapa elemen unsur merentasi

kurikulum iaitu bahasa, alam sekitar, sains, kemahiran berfikir merentasi kurikulum dan

sebagainya.

5. Lampiran.

7

Page 9: Bahagian a KRP 3013 OK

(sila sertakan salinan fotokopi halaman yang berkaitan sahaja SP / HSP / DSK / DSP / BT / M sebagai lampiran)

8

Page 10: Bahagian a KRP 3013 OK

Nama Mata Pelajaran Matematik

Tahun 3

Dokumen Dianalisis SP / HSP / DSK / DSP / BT / M ( _/ yang berkenaan)(sila sertakan salinan fotokopi halaman yang berkaitan sahaja sebagai lampiran)

Tajuk Time

1. Kesepaduan Pengetahuan

A. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang

dipilih.

1) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

2) Pendidikan Muzik.

3) Pendidikan Moral.

4) Pendidikan Seni Visual.

5) Bahasa Melayu.

B. Rasional / Kepentingan.

Rasional penyerapan pengetahuan lain (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,

Pendidikan Muzik, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Agama

Islam) di dalam mata pelajaran Matematik adalah supaya murid dapat memperoleh ilmu

pengetahuan daripada pelbagai mata pelajaran. Murid juga dapat mengintegrasikan

pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dan berguna dalam kehidupan seharian

mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dapat dipelbagaikan supaya murid

berasa seronok dan tidak berasa cepat bosan.

C. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilaksanakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan

atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran

bagi satu mata pelajaran yang diajar. Penyerapan pengetahuan melibatkan unsur

pengetahuan dan bukannya kemahiran. Kelebihan penyerapan pengetahuan

Pendidikan Seni Visual dalam Matematik ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat

sebaliknya. Kelebihan ke dua ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih

9

Page 11: Bahagian a KRP 3013 OK

produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang

menarik daripada mata pelajaran lain, murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan

progresif. Terakhir, murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya

dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain.

Dalam pengajaran mata pelajaran Matematik yang dipilih, guru telah menambahkan

pengetahuan murid dengan menggunakan pengetahuan Pendidikan Seni Visual

menerusi melukis muka jam beserta masa yang ditetapkan. Murid dikehendaki melukis

secara individu lengkap berwarna. Jadi, guru bukanlah semata-mata mengajar

Matematik tetapi telah penyerapkan Pendidikan Seni Visual di dalam pengajarannya.

Berikut adalah contoh penyerapan salah satu daripada pengetahuan iaitu pengetahuan

Pendidikan Seni Visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Tajuk pelajaran : Time

Langkah 1 : Murid mendengar lagu Demi Masa yang dimainkan oleh guru.

Langkah II : Guru menerangkan unit-unit yang terdapat dalam muka jam.

Langkah III : Murid berbincang dalam kumpulan mengenai kepentingan masa dalam kehidupan seharian dan membentangkannya.

Langkah IV : Murid melukis muka jam beserta masa yang ditetapkan. (Pengetahuan :

Pendidikan Seni Visual)

Penutup : Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan..

2. Kesepaduan Kemahiran.

10

Page 12: Bahagian a KRP 3013 OK

A. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pelajaran

yang dipilih.

1) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan – pergerakan kreatif.

2) Pendidikan Muzik – menyanyi.

3) Pendidikan Moral – kemahiran sosial.

4) Pendidikan Seni Visual – menggambar.

5) Pendidikan Agama Islam – Adab kecintaan kepada negara.

B. Rasional / Kepentingan.

Rasional penggabungjalinan kemahiran lain ( pergerakan kreatif, menyanyi, kemahiran

sosial, menggambar dan adab kecintaan kepada negara) dalam mata pelajaran

Matematik ini adalah untuk mengelakkan kebosanan terhadap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Aktiviti penggabungjalinan akan melahirkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang menarik, bermakna, serta menimbulkan suasana yang lebih

berkesan. Selain itu, murid boleh menguasai kemahiran-kemahiran lain secara

bersepadu dan harmoni seperti yang dialami di dalam kehidupan seharian malahan

pelbagai kemahiran dapat saling memperkukuh dan melengkapi antara satu sama lain.

C. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat

dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggabungjalinan ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran

dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang

berintergrasi dan menyeluruh. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid

dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses pengajaran

dan pembelajaran. Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran. Menarik lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan

pembelajaran. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna

kepada murid-murid. Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan

11

Page 13: Bahagian a KRP 3013 OK

perkembangan murid- murid secara seimbang dan menyeluruh.

Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran

dalam satu mata pelajaran, pengabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain

dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Untuk tujuan penulisan ini

bentuk penggabungjalinan yang yang dititik beratkan ialah penggabungjalinan

kemahiran daripada mata pelajaran yang lain yang boleh digunakan di dalam mata

pelajaran Matematik. Penggabungjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata

pelajaran lain amatlah penting untuk meningkatkan kemahiran murid. Contohnya

kemahiran daripada Matematik - masa boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual - melukis. Penggabungjalinan kemahiran melukis telah

menjadikan kemahiran mengira menjadi lebih seronok kerana murid boleh meluahkan

perasaan mereka di atas lukisan. Murid-murid akan menjadi lebih minat terhadap

pengajaran ini. Untuk menjadikan lukisan mereka cantik dilihat sudah tentu murid akan

menggunakan pelbagai warna. Keadaan ini telah meningkatkan lagi kemahiran mengira

murid di dalam mata pelajaran Matematik.

Berikut adalah contoh penyerapan salah satu daripada kemahiran Pendidikan Seni

Visual - melukis dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Tajuk pelajaran : Time

Langkah 1 : Murid mendengar lagu Demi Masa yang dimainkan oleh guru.

Langkah II : Guru menerangkan unit-unit yang terdapat dalam muka jam.

Langkah III : Murid berbincang dalam kumpulan mengenai kepentingan masa dalam kehidupan seharian dan membentangkannya.

Langkah IV : Murid melukis muka jam beserta masa yang ditetapkan.(Pendidikan Seni Visual : Melukis)

Penutup : Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan.

3. Kesepaduan Nilai

12

Page 14: Bahagian a KRP 3013 OK

A. Nilai-nilai yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih.

1) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan – semangat kesukanan.

2) Pendidikan Muzik – patriotisme.

3) Pendidikan Moral – kerajinan.

4) Pendidikan Seni Visual – kepekaan.

5) Pendidikan Agama Islam – berilmu.

B. Rasional / Kepentingan.

Rasional penyerapan nilai lain (semangat kesukanan, patriotisme, kerajinan, kepekaan

dan berilmu) di dalam mata pelajaran Matematik supaya murid dapat memperoleh nilai

daripada pelbagai mata pelajaran. Murid juga dapat mengintegrasikan pelbagai nilai

yang berkaitan dan berguna dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti pengajaran dan

pembelajaran juga dapat dipelbagaikan supaya murid berasa seronok dan tidak berasa

cepat bosan.

C. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat

dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan

kurikulum. Penyerapan nilai ini berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan

implisit dan pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit seperti guru-guru secara tidak

langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya, guru berpakaian bersih dan kemas

apabila mengajar dan secara tidak langsung guru tersebut menerapkan nilai kebersihan

dan kekemasan untuk dijadikan contoh kepada murid. Pendekatan eksplisit ialah

mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu

perkara yang diharapkan. Contohnya Penerapan secara eksplisit adalah lebih

terancang, dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.

Dalam konteks pengajaran Matematik yang telah dipilih, guru telah meminta murid

melukis muka jam berserta masa yang ditetapkan sudah tentu merasakan kepentingan

masa dalam kehidupan seharian akan menimbulkan rasa kepekaan terhadap masa.

Sudah tentu murid akan menghargai masa di dalam kehidupan mereka.

Berikut adalah contoh penyerapan salah satu daripada nilai mata pelajaran Pendidikan

Seni Visual - kepekaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Tajuk pelajaran : Time

Langkah 1 : Murid mendengar lagu Demi Masa yang dimainkan oleh guru.

13

Page 15: Bahagian a KRP 3013 OK

Langkah II : Guru menerangkan unit-unit yang terdapat dalam muka jam.

Langkah III : Murid berbincang dalam kumpulan mengenai kepentingan masa dalam

kehidupan seharian dan membentangkannya.

Langkah IV : Murid melukis muka jam beserta masa yang ditetapkan. (Pendidikan Seni

Visual : kepekaan)

Penutup : Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan.

4. Pendapat / Pandangan / Cadangan serta justifikasi

A. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.

Mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid dalam konsep

nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan aspek-aspek ini dapat membantu

murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab

selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid

melanjutkan pelajaran keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi

keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Ini bermakna

bahawa, selain memperkenalkan kemahiran 3M dalam KBSR, haruslah menumpukan

perhatian kepada keseimbangan antara kemahiran 3M dan “isi” atau perkembangan

ilmu pengetahuan yang bermakna

Mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid dalam konsep

nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat

membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh

tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat

membantu murid melanjutkan pelajaran. Dengan adanya unsur pengabungjalinan dan

penyerapan murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah

seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid

juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal

idea-idea utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid

KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam

pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka

boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

14

Page 16: Bahagian a KRP 3013 OK

Integrasi seni visual dengan matapelajaran matematik mendatangkan kesan positif dari

segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya

pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di

sekeliling mereka.  Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang

sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

Pada masa kini aktiviti pengajaran dan pembelajaran cenderung kepada berpusatkan

guru.Masalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan satu-satu

mata pelajaran. Dengan keadaan jadual waktu yang padat, sesetengah sekolah agak

berasa keberatan untuk menambahkan lagi jumlah mata pelajaran. Oleh yang demikian,

apabila sesuatu bidang baru diperkenalkan, beberapa langkah-langkah terpaksa diambil

oleh pihak sekolah untuk memuatkan mata pelajaran baru itu ke dalam jadual

pembelajaran yang sedia ada itu dengan cara mengeluarkan mata pelajaran tertentu

yang dianggap kurang penting dari segi akedemiknya. Bila keadaan ini berlaku, sudah

tentu kaedah integrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai perlu dilaksanakan supaya

murid memperoleh apa yang sepatutnya menerusi pengajaran guru. Dengan adanya

penggabungjalinan dan penyerapan di dalam mata pelajaran Matematik ini, gejala di

atas dapat dikurangkan.

Sebagai kesimpulannya, pendekatan bersepadu merupakan satu pendekatan di mana

unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdapat empat konsep pendekatan

bersepadu iaitu penggabungjalinan, penyerapan, kesepaduan dua unsur, dan unsur

merentasi kurikulum. Di dalam KBSR, terdapat beberapa elemen unsur merentasi

kurikulum iaitu bahasa, alam sekitar, sains, kemahiran berfikir merentasi kurikulum dan

sebagainya.

5. Lampiran.

15

Page 17: Bahagian a KRP 3013 OK

(sila sertakan salinan fotokopi halaman yang berkaitan sahaja daripada SP / HSP / DSK / DSP / BT / M sebagai lampiran)

16

Page 18: Bahagian a KRP 3013 OK

Nama Mata Pelajaran Sains

Tahun 3

Dokumen Dianalisis SP / HSP / DSK / DSP / BT / M ( _/ yang berkenaan)(sila sertakan salinan fotokopi halaman yang berkaitan sahaja sebagai lampiran)

Tajuk Animals

1. Kesepaduan Pengetahuan

A. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang

dipilih.

1) Bahasa Melayu.

2) Pendidikan Muzik.

3) Pendidikan Moral.

4) Pendidikan Seni Visual.

5) Pendidikan Agama Islam

B. Rasional / Kepentingan

Rasional penyerapan pengetahuan lain ( BahasaMelayu, Pendidikan Muzik, Pendidikan

Moral, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Agama Islam) di dalam mata pelajaran

Sains adalah supaya murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan daripada pelbagai

mata pelajaran. Murid juga dapat mengintegrasikan pelbagai ilmu pengetahuan yang

berkaitan dan berguna dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti pengajaran dan

pembelajaran juga dapat dipelbagaikan supaya murid berasa seronok dan tidak berasa

cepat bosan.

C. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilaksanakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan

atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran

bagi satu mata pelajaran yang diajar. Penyerapan pengetahuan melibatkan unsur

pengetahuan dan bukannya kemahiran. Kelebihan penyerapan pengetahuan Bahasa

Melayu dalam Sains ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik

walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. Kelebihan ke

dua ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih produktif dan efektif.

17

Page 19: Bahagian a KRP 3013 OK

Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata

pelajaran lain, murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif. Terakhir, murid-

murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan,

hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain.

Dalam pengajaran mata pelajaran Sains yang dipilih, guru telah menambahkan

pengetahuan murid melalui Bahasa Melayu iaitu mengenal pasti persamaan dan

perbezaan kedua-dua haiwan dan membandingkan jawapan sesama mereka. Murid

dikehendaki berbincang sesama mereka mengenai tajuk yang diajar. Jadi, guru

bukanlah semata-mata mengajar Sains tetapi telah menyerapkan Bahasa Melayu di

dalam pengajarannya.

Berikut adalah contoh penyerapan salah satu daripada pengetahuan iaitu pengetahuan

Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.

Tajuk pelajaran : Animals

Langkah 1 : Guru meminta. murid menamakan haiwan yang ditunjukkan.

Langkah II : Guru menerangkan ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua haiwan yang ditunjukkan.

Langkah III : Murid mengenal pasti persamaan dan perbezaan kedua-dua haiwan dan membandingkan jawapan sesama mereka.( Pengetahuan : Bahasa Melayu)

Langkah IV : Murid mewarnakan gambar haiwan berdasarkan lembaran kerja yang diberikan.

Penutup : Guru merumuskan kehidupan haiwan berkait rapat dengan alam.

2. Kesepaduan Kemahiran.

18

Page 20: Bahagian a KRP 3013 OK

A. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pelajaran

yang dipilih.

1) Bahasa Melayu - menulis

2) Pendidikan Muzik – menyanyi.

3) Pendidikan Moral – kemahiran sosial.

4) Pendidikan Seni Visual – menggambar.

5) Pendidikan Agama Islam - Adab kecintaan kepada negara

B. Rasional / Kepentingan.

Rasional penggabungjalinan kemahiran lain ( menulis, menyanyi, kemahiran sosial,

menggambar dan adab kecintaan kepada negara ) dalam mata pelajaran Sains ini ialah

untuk mengelakkan kebosanan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti

penggabungjalinan akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

menarik, bermakna, serta menimbulkan suasana yang lebih berkesan. Selain itu, murid

boleh menguasai kemahiran-kemahiran lain secara bersepadu dan harmoni seperti

yang dialami di dalam kehidupan seharian malahan pelbagai kemahiran dapat saling

memperkukuh dan melengkapi antara satu sama lain.

C. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat

dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggabungjalinan ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran

dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang

berintergrasi dan menyeluruh. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid

dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses pengajaran

dan pembelajaran. Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran. Menarik lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan

pembelajaran. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna

kepada murid-murid. Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan

perkembangan murid- murid secara seimbang dan menyeluruh.

Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran

dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain

dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Untuk tujuan penulisan ini

bentuk penggabungjalinan yang dititik beratkan ialah penggabungjalinan kemahiran

daripada mata pelajaran yang lain yang boleh digunakan di dalam mata pelajaran

19

Page 21: Bahagian a KRP 3013 OK

Sains. Penggabungjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain

amatlah penting untuk meningkatkan kemahiran murid. Contohnya kemahiran daripada

Bahasa Melayu - menulis boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran Sains -

mengenalpasti. Penggabungjalinan kemahiran menulis telah menjadikan kemahiran

mengenal pasti akan menjadi lebih seronok. Murid-murid akan menjadi lebih minat

terhadap pengajaran ini. Untuk menjadikan penulisan mereka didengar sudah tentu

murid akan berbincang sebaik mungkin. Keadaan ini telah meningkatkan lagi kemahiran

mengenalpasti di dalam mata pelajaran Sains.

Berikut adalah contoh penyerapan salah satu daripada kemahiran Bahasa Melayu-

menulis dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.

Tajuk pelajaran : Animals

Langkah 1 : Guru meminta. murid menamakan haiwan yang ditunjukkan.

Langkah II : Guru menerangkan ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua haiwan yang ditunjukkan.

Langkah III : Murid mengenal pasti persamaan dan perbezaan kedua-dua haiwan dan membandingkan jawapan sesama mereka.( Bahasa Melayu : menulis)

Langkah IV : Murid mewarnakan gambar haiwan berdasarkan lembaran kerja yang diberikan.

Penutup : Guru merumuskan kehidupan haiwan berkait rapat dengan alam.

3. Kesepaduan Nilai

A. Nilai-nilai yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih.

1) Bahasa Melayu - prihatin.

2) Pendidikan Muzik – patriotisme.

3) Pendidikan Moral – kerajinan.

4) Pendidikan Seni Visual – kepekaan.

5) Pendidikan Agama Islam – berilmu.

B. Rasional / Kepentingan.

Rasional penyerapan nilai lain (prihatin, patriotisme, kerajinan, kepekaan dan berilmu) di

dalam mata pelajaran Sains supaya murid dapat memperoleh nilai daripada pelbagai

mata pelajaran. Murid juga dapat mengintegrasikan pelbagai nilai yang berkaitan dan

20

Page 22: Bahagian a KRP 3013 OK

berguna dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga

dapat dipelbagaikan supaya murid berasa seronok dan tidak berasa cepat bosan.

C. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat

dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan

kurikulum. Penyerapan nilai ini berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan

implisit dan pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit seperti guru-guru secara tidak

langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya, guru berpakaian bersih dan kemas

apabila mengajar dan secara tidak langsung guru tersebut menerapkan nilai kebersihan

dan kekemasan untuk dijadikan contoh kepada pelajar. Pendekatan eksplisit ialah

mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu

perkara yang diharapkan. Contohnya penyerapan secara eksplisit adalah lebih

terancang, dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.

Dalam konteks pengajaran Sains yang telah dipilih, guru telah meminta murid mengenal

pasti persamaan dan perbezaan kedua-dua haiwan dan membandingkan jawapan

sesama mereka . Melalui perbincangan dalam kumpulan sudah tentu akan

meningkatkan kefahaman dan keperluan untuk menjaga haiwan.

Berikut adalah contoh penyerapan salah satu daripada nilai mata pelajaran Bahasa

Melayu - Prihatin dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.

Tajuk pelajaran : Animals

Langkah 1 : Guru meminta. murid menamakan haiwan yang ditunjukkan.

Langkah II : Guru menerangkan ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua haiwan yang ditunjukkan.

Langkah III : Murid mengenal pasti persamaan dan perbezaan kedua-dua haiwan dan membandingkan jawapan sesama mereka. (Bahasa Melayu : Prihatin)

Langkah IV : Murid mewarnakan gambar haiwan berdasarkan lembaran kerja yang diberikan.

Penutup : Guru merumuskan kehidupan haiwan berkait rapat dengan alam.

4. Pendapat / Pandangan / Cadangan serta justifikasi

21

Page 23: Bahagian a KRP 3013 OK

A. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.

Mata pelajaran Sains adalah untuk menyemai minat dan memberikan ilmu pengetahuan

sains, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, nilai murni dan sikap saintifik kepada

murid bagi membolehkan mereka mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar

melalui pengalaman dan penyiasatan.Penguasaan aspek-aspek ini dapat membantu

murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab

selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid

melanjutkan pelajaran keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi

keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Ini bermakna

bahawa, selain memperkenalkan kemahiran 3M dalam KBSR, haruslah menumpukan

perhatian kepada keseimbangan antara kemahiran 3M dan “isi” atau perkembangan

ilmu pengetahuan yang bermakna

Mata pelajaran Sains adalah untuk menyemai minat dan memberikan ilmu pengetahuan

sains, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, nilai murni dan sikap saintifik kepada

murid bagi membolehkan mereka mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar

melalui pengalaman dan penyiasatan. Penguasaan aspek-aspek ini dapat membantu

murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab

selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid

melanjutkan pelajaran. Dengan adanya unsur penggabungjalinan dan penyerapan,

murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal,

berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah

menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea

utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR

juga didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam

pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka

boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Pada masa kini aktiviti pengajaran dan pembelajaran cenderung kepada berpusatkan

guru.Masalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan satu-satu

mata pelajaran. Dengan keadaan jadual waktu yang padat, sesetengah sekolah agak

berasa keberatan untuk menambahkan lagi jumlah mata pelajaran. Oleh yang demikian,

apabila sesuatu bidang baru diperkenalkan, beberapa langkah-langkah terpaksa diambil

oleh pihak sekolah untuk memuatkan mata pelajaran baru itu ke dalam jadual

pembelajaran yang sedia ada itu dengan cara mengeluarkan mata pelajaran tertentu

yang dianggap kurang penting dari segi akademiknya. Bila keadaan ini berlaku, sudah

22

Page 24: Bahagian a KRP 3013 OK

tentu kaedah integrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai perlu dilaksanakan supaya

murid memperoleh apa yang sepatutnya menerusi pengajaran guru. Dengan adanya

penggabungjalinan dan penyerapan di dalam mata pelajaran Sains ini, gejala di atas

dapat dikurangkan.

Sebagai kesimpulannya, pendekatan bersepadu merupakan satu pendekatan di mana

unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdapat empat konsep pendekatan

bersepadu iaitu penggabungjalinan, penyerapan, kesepaduan dua unsur, dan unsur

merentasi kurikulum. Di dalam KBSR, terdapat beberapa elemen unsur merentasi

kurikulum iaitu bahasa, alam sekitar, sains, kemahiran berfikir merentasi kurikulum dan

sebagainya.

5. Lampiran.

23

Page 25: Bahagian a KRP 3013 OK

(sila sertakan salinan fotokopi halaman yang berkaitan sahaja daripada SP / HSP / DSK / DSP / BT / M sebagai lampiran)

24

Page 26: Bahagian a KRP 3013 OK

Nama Mata Pelajaran Pendidikan Seni

Tahun 3

Dokumen Dianalisis SP / HSP / DSK / DSP / BT / M ( _/ yang berkenaan)(sila sertakan salinan fotokopi halaman yang berkaitan sahaja sebagai lampiran)

Tajuk Capan (Taman Bunga)

1. Kesepaduan Pengetahuan

A. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang

dipilih.

1) Bahasa Melayu.

2) Pendidikan Muzik.

3) Sains.

4) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

5) Pendidikan Agama Islam

B. Rasional / Kepentingan.

Rasional penyerapan pengetahuan lain ( Bahasa Melayu, Pendidikan Muzik, Sains,

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Agama Islam) di dalam mata

pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah supaya murid dapat memperoleh ilmu

pengetahuan daripada pelbagai mata pelajaran. Murid juga dapat mengintegrasikan

pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dan berguna dalam kehidupan seharian

mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dapat dipelbagaikan supaya murid

berasa seronok dan tidak berasa cepat bosan.

C. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat dilaksanakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan

atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran

bagi satu mata pelajaran yang diajar. Penyerapan pengetahuan melibatkan unsur

pengetahuan dan bukannya kemahiran. Kelebihan penyerapan pengetahuan Bahasa

Melayu dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat

sebaliknya. Kelebihan ke dua ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih

25

Page 27: Bahagian a KRP 3013 OK

produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang

menarik daripada mata pelajaran lain, murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan

progresif. Terakhir, murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya

dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain.

Dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang dipilih, guru telah

menambahkan pengetahuan murid dengan menggunakan pengetahuan Bahasa Melayu

menerusi aktiviti murid dibawa ke taman dan guru meminta setiap murid mengambil

daun. Jadi, guru bukanlah semata-mata mengajar Pendidikan Seni Visual tetapi telah

menyerapkan Bahasa Melayu di dalam pengajarannya.

Berikut adalah contoh penyerapan salah satu daripada pengetahuan iaitu pengetahuan

Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Tajuk pelajaran : Taman Bunga (Menggambar)

Langkah 1 : Murid di bawa ke taman dan guru meminta setiap murid mengambil daun..(pengetahuan: Bahasa Melayu)

Langkah II : Guru memberi penerangan cara-cara membuat aktiviti capan.

Langkah III : Murid membuat aktiviti capan dan guru memainkan lagu “gadis dan bunga”

Langkah IV : Murid menunjukkan hasil kerja masing.-masing dan murid lain memberi komen.

Penutup : Guru merumuskan pengajaran dengan penutup sosial.

2. Kesepaduan Kemahiran.

A. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata pelajaran

yang dipilih.

1) Bahasa Melayu – mendengar.

2) Pendidikan Muzik – mendengar muzik.

3) Sains – saintifik.

4) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan - rekreasi.

5) Pendidikan Agama Islam – adab kecintaan kepada negara.

B. Rasional / Kepentingan.

Rasional penggabungjalinan kemahiran lain ( mendengar, mendengar muzik, saintifik,

rekreasi dan adab kecintaan kepada negara ) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni

26

Page 28: Bahagian a KRP 3013 OK

Visual ini ialah untuk mengelakkan kebosanan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti penggabungjalinan akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

menarik, bermakna, serta menimbulkan suasana yang lebih berkesan. Selain itu, murid

boleh menguasai kemahiran-kemahiran lain secara bersepadu dan harmoni seperti

yang dialami di dalam kehidupan seharian malahan pelbagai kemahiran dapat saling

memperkukuh dan melengkapi antara satu sama lain.

C. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat

dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggabungjalinan ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran

dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang

berintergrasi dan menyeluruh. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid

dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses pengajaran

dan pembelajaran. Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran. Menarik lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan

pembelajaran. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna

kepada murid-murid. Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan

perkembangan murid- murid secara seimbang dan menyeluruh.

Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran

dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain

dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Untuk tujuan penulisan ini

bentuk penggabungjalinan yang dititik beratkan ialah penggabungjalinan kemahiran

daripada mata pelajaran yang lain yang boleh digunakan di dalam mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual. Penggabungjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata

pelajaran lain amatlah penting untuk meningkatkan kemahiran murid. Contohnya

kemahiran daripada Pendidikan Seni Visual - capan boleh digabungjalinkan dengan

mata pelajaran Bahasa Melayu - mendengar. Penggabungjalinan kemahiran

mendengar telah menjadikan kemahiran capan menjadi lebih seronok. Murid-murid

akan menjadi lebih minat terhadap pengajaran ini. Untuk menjadikan capan mereka

cantik sudah tentu murid akan mendengar baik arahan guru dengan mencari daun yang

terbaik. Keadaan ini telah meningkatkan lagi kemahiran mendengar dan capan murid di

dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Berikut adalah contoh penyerapan salah satu daripada kemahiran Bahasa Melayu-

mendengar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

27

Page 29: Bahagian a KRP 3013 OK

Tajuk pelajaran : Taman Bunga (Menggambar)

Langkah 1 : Murid dibawa ke taman dan guru meminta setiap murid mengambil daun.(Bahasa Melayu - mendengar)

Langkah II : Guru memberi penerangan cara-cara membuat aktiviti capan.

Langkah III : Murid membuat aktiviti capan guru memainkan lagu “gadis dan bunga” .

Langkah IV : Murid menunjukkan hasil kerja masing.-masing dan murid lain memberi komen.

Penutup : Guru merumuskan pengajaran dengan penutup sosial.

3. Kesepaduan Nilai

A. Nilai-nilai yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih.

1) Bahasa Melayu – kebersihan fizikal dan mental.

2) Pendidikan Muzik – budaya.

3) Sains – saintifik.

4) Pendidikan Jasmani – berdisiplin.

5) Pendidikan Agama Islam – berketerampilan.

B. Rasional / Kepentingan.

Rasional penyerapan nilai lain (kebersihan fizikal dan mental, budaya, saintifik,

berdisiplin dan berketrampilan) di dalam mata pelajaran yang dipilih supaya murid dapat

memperoleh nilai daripada pelbagai mata pelajaran. Murid juga dapat mengintegrasikan

pelbagai nilai yang berkaitan dan berguna dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti

pengajaran dan pembelajaran juga dapat dipelbagaikan supaya murid berasa seronok

dan tidak berasa cepat bosan.

C. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat

dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan

kurikulum. Penyerapan nilai ini berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan

implisit dan pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit seperti guru-guru secara tidak

langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya, guru berpakaian bersih dan kemas

apabila mengajar dan secara tidak langsung guru tersebut menerapkan nilai kebersihan

dan kekemasan untuk dijadikan contoh kepada pelajar. Pendekatan eksplisit ialah

mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu

28

Page 30: Bahagian a KRP 3013 OK

perkara yang diharapkan. Contohnya penyerapan secara eksplisit adalah lebih

terancang, dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.

Dalam konteks pengajaran Pendidikan Seni Visual yang telah dipilih, guru telah

membawa murid ke taman dan guru telah meminta setiap murid mengambil daun.

Dengan berjalan di dalam taman sudah tentu dapat menyemai nilai kebersihan fizikal

dan mental dalam kalangan murid-murid. Perkataan-perkataan yang ada di taman

seperti jaga kebersihan, jaga keselamatan, jangan memijak rumput dan jangan memetik

daun adalah perkataan yang boleh memupuk nilai yang baik.

Berikut adalah contoh penyerapan salah satu daripada nilai mata pelajaran Bahasa

Melayu - kebersihan fizikal dan mental dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual.

Tajuk pelajaran : Taman Bunga (Menggambar)

Langkah 1 : Murid dibawa ke taman dan guru meminta setiap murid mengambil daun.(Bahasa Melayu : kebersihan fizikal dan mental)

Langkah II : Guru memberi penerangan cara-cara membuat aktiviti capan.

Langkah III : Murid membuat aktiviti capan guru memainkan lagu “gadis dan bunga”.

Langkah IV : Murid menunjukkan hasil kerja masing.-masing dan murid lain memberi komen.

Penutup : Guru merumuskan pengajaran dengan penutup sosial.

4. Pendapat / Pandangan / Cadangan serta justifikasi.

A. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.

Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas

seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa

kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni

dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,

masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FPK. Penguasaan aspek-aspek ini

dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh

tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat

membantu murid melanjutkan pelajaran keterampilan berbahasa dan berkomunikasi

untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan

harian. Ini bermakna bahawa, selain memperkenalkan kemahiran 3M dalam KBSR,

29

Page 31: Bahagian a KRP 3013 OK

haruslah menumpukan perhatian kepada keseimbangan antara kemahiran 3M dan “isi”

atau perkembangan ilmu pengetahuan yang bermakna.

Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas

seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa

kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni

dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,

masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FPK. Penguasaan aspek-aspek ini

dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh

tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat

membantu murid melanjutkan pelajaran. Dengan adanya unsur penggabungjalinan dan

penyerapan, murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah

seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid

juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal

idea-idea utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid

KBSR juga didapati lebih berani bercakap yakin-dan menunjukkan minat dalam

pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka

boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Pada masa kini aktiviti pengajaran dan pembelajaran cenderung kepada berpusatkan

guru.Masalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan satu-satu

mata pelajaran. Dengan keadaan jadual waktu yang padat, sesetengah sekolah agak

berasa keberatan untuk menambahkan lagi jumlah mata pelajaran. Oleh yang demikian,

apabila sesuatu bidang baru diperkenalkan, beberapa langkah-langkah terpaksa diambil

oleh pihak sekolah untuk memuatkan mata pelajaran baru itu ke dalam jadual

pembelajaran yang sedia ada itu dengan cara mengeluarkan mata pelajaran tertentu

yang dianggap kurang penting dari segi akademiknya. Bila keadaan ini berlaku, sudah

tentu kaedah integrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai perlu dilaksanakan supaya

murid memperoleh apa yang sepatutnya menerusi pengajaran guru. Dengan adanya

penggabungjalinan dan penyerapan di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini,

gejala di atas dapat dikurangkan.

Sebagai kesimpulannya, pendekatan bersepadu merupakan satu pendekatan di mana

unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdapat empat konsep pendekatan

bersepadu iaitu penggabungjalinan, penyerapan, kesepaduan dua unsur, dan unsur

merentasi kurikulum. Di dalam KBSR, terdapat beberapa elemen unsur merentasi

30

Page 32: Bahagian a KRP 3013 OK

kurikulum iaitu bahasa, alam sekitar, sains, kemahiran berfikir merentasi kurikulum dan

sebagainya.

5. Lampiran.

(sila sertakan salinan fotokopi halaman yang berkaitan sahaja daripada SP / HSP / DSK / DSP / BT / M sebagai lampiran)

31

Page 33: Bahagian a KRP 3013 OK

32