proposal obesiti

5
Mengatasi Masalah Obesiti Di Kalangan Murid-Murid Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya Berumur 9 Hingga 12 Tahun Di Kawasan Hutan Melintang. Satu Kajian Di Tiga Buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. BAB 1 Pengenalan Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antara karakteristik masalah obesisiti pada seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, berat badan sekurang- kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya, indeks jisim badan (bmi) melebihi 40 atau 35, mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis), dan gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Upload: amirulhadimohamad

Post on 02-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hye

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Obesiti

Mengatasi Masalah Obesiti Di Kalangan Murid-Murid Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya Berumur 9 Hingga 12 Tahun Di Kawasan Hutan Melintang. Satu Kajian Di Tiga Buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

BAB 1

Pengenalan

Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan

seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak

menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ

badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada

mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak

mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antara karakteristik masalah obesisiti pada

seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal,

berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya, indeks jisim

badan (bmi) melebihi 40 atau 35, mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau

diabetes (kencing manis), dan gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang

sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Pada masa kini masalah obesiti ini kian menular di kalangan kanak-kanak di malaysia ini.

Kanak-kanak boleh ditafsirkan sebagai seseorang yang masih belum mencapai baligh dimana

umur mereka antara 2 hingga 12. (wikipedia). Manakala menerusi akta kanak-kanak 2001

mentafsirkan kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun. Tetapi secara umumnya kanak-kanak

ditafsirkan sebagai dibawah umur 12 tahun. Lebih daripada 12 tahun dianggap sebagai remaja.

Jadi masalah obesiti yang membelengu kanak-kanak adalah seseorang yang dibawah umur 12

tahun.

Masalah obesiti ini kian meningkat kerana kegagalan kanak-kanak untuk mengamalkan

gaya hidup yang sihat. Misalnya mereka gagal melakukan senaman. Kanak-kanak masa kini

menjadi semakin malas untuk menjalankan senaman secara berkala. Kebanyakkan kanak-kanak

masa kini yang mengejar kecemerlangan dalam pendidikan gagal menjaga berat badan mereka

lalu mendapati obesiti dengan terlalu mudah.

Page 2: Proposal Obesiti

Seterusnya, masalah obesiti ini kian menular kerana gaya pemakanan kanak-kanak masa

kini. Kebanyakkan kanak-kanak yang suka makanan segera seperti KFC, MCDONALDS,

PIZZA dan sebagainya menolak diri mereka ke status obesiti. Mereka yang tidak menjaga diet

pemakanan mereka dengan terperinci dan secara konsisten kemungkinan besar akan mengalami

masalah obesiti dengan begitu mudah. Ini adalah serba sedikit punca yang menjadi obesiti kian

meningkat kanak-kanak di malaysia mahupun dewasa.

Latar Belakang Kajian

Pada masa kini, masalah obesiti kian meningkat dinegara kita. masalah obesiti ini bukan

sahaja mengugut dewasa malah masalah ini juga sudah menjadi satu penyakit kepada kanak-

kanak masa kini yang menyebabkan kebanyakkan orang berada dalam kebimbangan dengan

masalah obesiti anak mereka.

Sejak kebelakangan ini, isu obesiti telah menjadi masalah utama di kalangan kanak-kanak

sedunia. Kanak- kanak di Malaysia juga mempunyai masalah yang sama dan ia semakin diambil

perhatian terutamanya di sekolah dan masyarakat. Menurut Nutrition Research Priorities in

Malaysia - For 10th Malaysia Plan (2011-2015), satu kajian yang telah dijalankan oleh Ismail,

2009 pada 11,500 orang kanak-kanak berumur 6-12 tahun di semenanjung Malaysia telah

mendapati 10% daripadanya adalah dalam kategori lebih berat dan 6% dalam kategori obesiti.

Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Ruzita, 2009 pada pelajar sekolah rendah di Semenanjung 

Malaysia, Sabah dan Sarawak telah mendapati 12.6% daripadanya dalam kategori lebih berat dan

13.5% dalam kategori obesiti.

 

Peningkatan masalah lebih berat dan obesiti di kalangan kanak-kanak dapat dilihat dari tahun ke

tahun dan isu ini amat membimbangkan. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan

pada tahun 2015, lebih kurang 2.3 billion orang di dunia akan mengalami masalah lebih berat

badan dan daripanya kira-kira 700 juta orang pula akan mengalami masalah obesiti.

Jadi, orang ramai terutamanya ibu bapa dan guru-guru seharusnya mengawasi tabiat diet kanak-

kanak dan cuba berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat bagi mengurangkan masalah obestiti

ini.

Page 3: Proposal Obesiti

Pernyataan Masalah Kajian

Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan.

Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Berdasarkan

masalah yang sedia wujud pengkaji ingin menjalankan kajian ke atas Masalah obesiti di

kalangan kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun di kawasan Hutan Melintang, Perak. satu

kajian di tiga buah sekolah jenis kebangsaan tamil. Justeru itu, masalah obesiti dikalangan

kanak-kanak harus dikaji bagi mengelakkan lebih banyak perkara buruk yang mungkin akan

melanda kanak-kanak negara kita.

Objektif Kajian

Penyenaraian objektif kajian ini amat mustahak kerana ia membolehkan mengutip data yang

sesuai dan jenis alat yang perlu digunakan. Secara spesifiknya Objektik kajian ini adalah seperti

berikut :

Mengenalpasti masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun di

kawasan Hutan Melintang, Perak.

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah dikemukakan.

Apakah tahap masalah obesiti kanak-kanak di kawasan Hutan Melintang. Adakah kanak-kanak bermasalah obesiti ini banyak di kawasan Hutan Melintang.

Rasional Kajian

Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana masalah obesiti ini kian menular di kalangan kanak-kanak

Malaysia. Masalah ini menjadi satu masalah besar kepada masyarakat negara kita. sejauh manakah

masalah obesiti kanak-kanak ini menghantui kanak-kanak. kajian ini juga mencari tahap obesiti kanak-

kanak dikawasan Hutan Melintang. Dengan kajian seperti ini masyarakat dapat mengambil tindakan

sewajarnya untuk mengurangkan masalah obesiti ini.

Page 4: Proposal Obesiti

Definisi Operasional