kajian obesiti

Upload: bikerz-fbi

Post on 19-Oct-2015

555 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kajian tentang obesiti di malaysia

TRANSCRIPT

  • TAHAP KOMPOSISI LEMAK TUBUH BADAN

    PELAJAR PEREMPUAN TAHAP DUA

    SEKOLAH RENDAH

    ROSE IDAYU BINTI DERAHIM

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2007

  • TAHAP KOMPOSISI LEMAK TUBUH BADAN PELAJAR PEREMPUAN

    TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH

    ROSE IDAYU BINTI DERAHIM

    DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI

    MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN

    FAKULTI SAINS SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2007

  • i

    PENGAKUAN

    Saya mengakui bahawa setiap butir penulisan ini adalah hasil penulisan saya sendiri

    kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap

    satunya diperjelaskan sumbernya rujukannya.

    .......................................................... ( ROSE IDAYU BINTI DERAHIM )

    D20032016965

    .......................................... TARIKH

  • ii

    PENGESAHAN

    Penulisan Ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat

    Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi

    Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan

    Fakulti Sains Sukan

    Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Tanjong Malim, Perak.

    ........................................................ ( ROSHDAN BIN AHMAD )

    Penyelia Kursus Latihan Ilmiah (QSS 4103)

    ................................ TARIKH

  • iii

    PENGESAHAN

    Penulisan Ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat

    Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi

    Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan

    Fakulti Sains Sukan

    Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Tanjong Malim, Perak.

    ............................................... ( PUAN NURHAZIYANTI BINTI MOHAMAD KHALID )

    Penyelaras Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah

    ................................... TARIKH

  • iv

    DEDIKASI

    Menjunjung kasih ayah dan mak yang tidak terhingga

    Tidak ternilai segala pengorbanan dan baktimu untuk seorang anak sepertiku. Walau kering air dari tujuh lautan dijadikan tinta untuk menzahirkan selaut kasih, tidak akan sama nilainya dengan keperitan, pengorbanan dan kasih sayangmu

    Terima kasih ayah...

    Tuan Haji Derahim Bin Tuan Haji Salleh kerana tidak pernah mengira setiap keringatmu untukku anakmu.

    Terima kasih mak...

    Puan Hajjah Rapiah Binti Lebai Matt kerana tidak putus-putus memberi semangat dan dorongan untukku..

    Terima kasih buat kekanda-kekandaku yang amat dikasihi...

    Along, Angah, Alang Sekelurga dan Acik.

    Terima kasih juga diucapkan kepada insan yang begitu bermakna dalam hidupku.. Sesungguhnya segala dorongan, nasihat dan pelbagai pengorbananmu memberi sejuta

    makna dan pengertian.Tidak mungkinku lupakan selagi nadiku masih berdenyut..

    En. Roshdan Bin Ahmad Pengorbanan, ketegasan, keprihatinan, dorongan, dan segala galakanmu menjadikan aku

    berani untuk bangkit menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini.

    Sahabat-sahabatku...Warga Taman Segar 40

    Di mana kalian tidak jemu-jemu membantuku dalam pelajaran...

    Sesungguhnya kalian adalah semangat dan sumber inspirasi untukku meneroka alam ILMU yang sememangnya pasti tiada penghujungnya... Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya...

    Doakan kejayaan Ayu!

  • v

    PENGHARGAAN

    Segala pujian hanya untuk Allah S.W.T dan selawat ke atas Nabi Muhammad

    S.A.W. Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat

    menyiapkan Penulisan Ilmiah bagi melengkapkan syarat kursus. Proses mencari dan

    mengumpulkan bahan merupakan suatu proses yang bermakna buat saya dalam usaha

    menambahkan lagi ilmu mengenai bidang penyelidikan. Jutaan terima kasih saya

    rakamkan kepada pensyarah En. Roshdan Bin Ahmad yang telah banyak memberikan

    bimbingan kepada saya.

    Ucapan penghargaan juga buat Penyelaras Kursus QSS 4013, Puan Nurhaziyanti

    Binti Mohamad Khalid serta pensyarah-pensyarah Program Pendidikan Sains Sukan di

    atas sumbangan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya. Semoga keikhlasan dan

    jasa yang dicurahkan itu diberkati dan dirahmati Allah SWT.

    Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid di Sekolah

    Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3 di atas kerjasama serta sumbangan mereka dalam

    menjayakan kajian ini.

  • vi

    Di kesempatan ini juga, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan

    yang telah banyak memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang proses

    pengajaran dan pembelajaran. Tidak ketinggalan juga kepada semua pihak yang terlibat

    secara lansung mahupun tidak langsung di atas segala kerjasama yang telah diberikan

    kepada saya bagi menjayakan kajian ini. Sokongan dan kerjasama anda amat saya hargai

    dan saya ucapkan ribuan terima kasih dan semoga Allah membalas jasa baik serta

    memberkati usaha kita semua. Terima kasih.....

  • vii

    ABSTRAK

    Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap kompsosisi lemak badan di

    kalangan murid perempuan Tahap Dua di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra

    Kedah Darul Aman. Dalam kajian ini seramai 60 orang murid perempuan Tahap Dua

    telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kaedah yang digunakan oleh

    penyelidik adalah satu kajian kuantitatif dan quasi-eksperimental dengan

    menggunakan bentuk kajian kes sekali (one-shot case study). Alat ukur yang

    digunakan oleh penyelidik untuk mengukur komposisi lemak badan sampel ialah

    Ujian Skinfold dan ujian ukurlilit. Data mentah yang diperolehi dianalisis dengan

    menggunakan ujian ANOVA Sehala. Keputusan kajian menunjukkan min dan sisihan

    piawai. Hasil ujian min menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan

    terhadap dalam ujian tahap komposisi lemak badan antara murid tahun 4, tahun 5 dan

    tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah Darul Aman. Tahap

    komposisi lemak badan muridmurid ini adalah berada dalam keadaan yang

    seimbang. Daripada data yang dianalisis ini juga jelas menunjukkan bahawa murid

    murid ini mempunyai berat badan yang ideal sesuai dengan tinggi dan berat mereka.

    Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi, maka beberapa cadangan telah

    dikemukakan untuk pertimbangan semasa merancang sesuatu program bagi murid-

    murid sekolah. Ini kerana berlakunya evolusi dalam kehidupan harian masyarakat

    sejagat terutamanya di kalangan kanak-kanak.

  • viii

    Kajian masa depan perlu berpandangan lebih jauh lagi untuk menilai dan

    mengkategorikan komposisi lemak badan seseorang kerana peningkatan jumlah

    kanak-kanak obes semakin meningkat. Maka penekanan perlu diberi kepada aspek

    kesihatan, sosial-ekonomi, cara hidup dan antropometrik. Justeru itu, pengujian dan

    pengukuran penting dalam antropometrik dan biometrik untuk melahirkan seorang

    atlit yang berkualiti di masa hadapan.

  • ix

    ABSTRACT

    This research was conducted to forecast the level of body fat composition in Year

    Two female students of Sekolah Kebangsaan Jitra 1 and Jitra 3, Jitra Kedah Darul Aman.

    60 female students were randomly selected as research samples.

    The methods used by the researcher were quantitatively and quasi-experimental

    using a one-shot case study basis. The research uses the skinfold test and circumference

    test as referential points. The raw materials obtained were analyzed using the one way

    ANOVA test. The result shows the min and standard deviations. The result of min test

    show that there was no significant of Sekolah Kebangsaan Jitra 1 and Jitra 3 in terms of

    body composition. In fact, the percentage of fatty composition was very balanced.

    From the data analysis, it is also clear that the students have ideal body weight and

    their height and weight were matching appropriately. The results of the research prompted

    a few suggestions regarding planning programmers for the students. Due to the changers

    of everyday lifestyle, this is prominent amongst society especially children.

  • x

    Future research requires for sightedness to ensure evaluating and categorizing

    ones body fat compositions due to the increases of obese children. More emphases should

    be given to health, social economy and lifestyle. Anthropometrics Test and evaluation is

    important in anthropometrics and biometrics to produce quality in the future.

  • xi

    ISI KANDUNGAN

    PENGAKUAN.................i

    PENGESAHAN PENYELIA KURSUS.................ii

    PENGESAHAN PENYELARAS KURSUS......................................................................iii

    DEDIKASI..........................................................................................................................iv

    PENGHARGAAN...........................................................................................................v-vi

    ABSTRAK...................................................................................................................vii-viii

    ABSTRACT.....................................................................................................................ix-x

    ISI KANDUNGAN........................................................................................................xi-xii

    SENARAI RAJAH............................................................................................................xiv

    SENARAI JADUAL....................................................................................................xv-xvi

    BAB 1 PENGENALAN

    1.1 Pengenalan..1 - 5

    1.2 Penyataan Masalah.......6

    1.3 Objektif Kajian.........................................7

    1.4 Persoalan Kajian.......................................7

    1.5 Kepentingan Kajian..........................................78

    1.6 Definisi Terminologi....................................89

    1.7 Limitasi Kajian...................................9-10

    1.8 Dilimitasi Kajian....................................10

    1.9 Hipotesis Kajian...............................11-12

    1.10 Rumusan........................................13

    BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan.................................................................................................14

  • xii

    2.2 Kerangka Konseptual.........................................................................15 16

    2.2.1 Kerangka Konseptual Tahap Lemak Badan Murid

    Tahap Dua......................................................................................17

    2.3 Kajian-Kajian Lepas............................................................................1832

    2.4 Rumusan...............................................................................................32-33

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan..................................................................................................33

    3.2 Rekabentuk Kajian.....................................................................................34

    3.2.1 Kaedah kajian.................................................................................34

    3.2.2 Prosedur Kajian........................................................................34-36

    3.3 Kerangka Kajian........................................................................................36

    3.3.1 Kerangka Kajian Tahap Komposisi Lemak Badan

    Murid Tahap Dua...........................................................................37

    3.4 Pembolehubah Kajian................................................................................38

    3.5 Populasi Dan Persampelan...................................................................38-39

    3.6 Populasi Kajian..........................................................................................39

    3.7 Instrumen Kajian........................................................................................40

    3.8 Pengumpulan Data.....................................................................................41

    3.9 Analisis Data........................................................................................4142

    3.10 Rumusan...............................................................................................42-43

    BAB 4 DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan...........................................................................................4445

    4.2 Analisis Data..............................................................................................45

    4.2.1 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid

    Melalui Ujian BodyFat...................................................................46

    4.2.2 Data Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian

    Skinfold......................................................................................47-50

    4.2.6 Data Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian

  • xiii

    Ukurlilit....................................................................................5154

    4.2.10 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid

    Melalui Ujian Skinfold Tricep + Skinfold Subskapula

    (trisub)55

    4.2.11 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid

    Melalui Ujian Skinfold Tricep dan Skinfold Subskapula

    (trisub)...56

    4.3 Rumusan.......................................................................................................57

    BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan.................................................................................................58

    5.2 Perbincangan........................................................................................59-62

    5.3 Rumusan...............................................................................................63-64

    5.4 Cadangan..............................................................................................65-66

    RUJUKAN....67 68

    LAMPIRAN

    A Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah Di Bawah Kementerian

    Pelajaran Malaysia.

    B Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah.

    C Contoh Gambarajah Lokasi Dan Teknik Untuk Melakukan Ujian Skinfold Dan

    Ujian Ukurlilit.

    1. Mengukur ketebalan lipatan kulit

    2. Tricep

  • xiv

    3. Subskapula

    4. Suprailliac

    5. Calf

    6. Diameter Humerus

    7. Diameter femur

    8. Lilitan biseps

    9. Lilitan calf

    D Borang Skor Komposisi

  • xv

    SENARAI RAJAH

    Rajah Muka Surat

    2.2.1: Kerangka Konseptual Tahap Kompisisi Lemak Badan 17

    Murid Tahap Dua

    3.3.1 : Kerangka Kajian Tahap Komposisi Lemak 37

    Badan Murid Tahap Dua

  • xvi

    SENARAI JADUAL

    Jadual Muka Surat

    Jadual 4.2.1: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak 46

    badan murid melalui ujian Bodyfat

    Jadual 4.2.2: Perbandingan komposisi lemak badan murid 47

    melalui ujian skinfold subskapula

    Jadual 4.2.3: Perbandingan komposisi lemak badan murid 48

    melalui ujian skinfold tricep

    Jadual 4.2.4: Komposisi lemak badan murid melalui ujian 49

    skinfold supraspinale

    Jadual 4.2.5: Perbandingan komposisi lemak badan murid 50

    melalui ujian skinfold calf

    Jadual 4.2.6: Perbandingan komposisi lemak badan murid 51

    melalui ujian Ukurlilit Calf

    Jadual 4.2.7: Perbandingan komposisi lemak badan murid 52

    melalui ujian Ukurlilit Tricep

    Jadual 4.2.8: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak 53

    badan murid melalui ujian Ukurlilit Femur

    Jadual 4.2.9: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak

    badan murid melalui ujian Ukurlilit Humerus

  • xvii

    Jadual 4.2.10: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak 55

    badan murid melalui ujian Skinfold Tricep + Skinfold

    Subskapula (trisub)

    Jadual 4.2.11: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak 56

    badan murid melalui ujian Skinfold Tricep + Skinfold

    Subskapula (trisub)

  • BAB 1

    PENGENALAN

    1.1 Pengenalan

    Cabaran masa kini dan gaya hidup yang kurang sihat menyebabkan masalah obesiti

    (kegemukan) semakin menular di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Berat badan

    yang berlebihan (overweight) atau obesiti (kegemukan), adalah signifikan dipanggil

    sebagai obes (gemuk). Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah

    seperti obesiti (kegemukan) dan lebihan berat badan (overweight).

    Kebanyakan remaja dan kanak-kanak masa kini kurang mengamalkan gaya hidup

    sihat. Hampir keseluruhan individu yang obesiti atau mempunyai berat badan yang

    berlebihan adalah di kalangan mereka yang mengambil makanan yang berlebihan atau

    overeating dan juga kurang melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian mereka.

    Tidak hairanlah jika ada di kalangan pelajar sekolah rendah yang menghadapi masalah

    obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan (overweight).

  • 2

    Mengikut Heyward (2002), menyatakan bahawa obesiti merupakan satu masalah

    kegemukan di mana jumlah lemak badan (body fat) melebihi berat badan (body weight)

    dan lebih sinonim dipanggil sebagai berat badan yang berlebihan (overweight).

    Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah seperti

    kegemukan. Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh U.S. Department of Health

    and Human Services (2000), peratusan yang ideal untuk seseorang individu adalah di

    antara 25 dan 29.9 kg/ .

    Selain daripada faktor genetik, diet yang tidak seimbang juga merupakan salah

    satu faktor utama yang menyumbangkan kepada obesiti. Sememangnya, tidak dapat

    dinafikan bahawa genetik merupakan salah satu punca ke arah obesiti. Gaya pemakanan

    yang tidak sihat menyebabkan perkara ini berlaku. Seperti yang dinyatakan oleh Fatimah,

    Idris, Romzi dan Faizah (1996), pengambilan makanan seperti makanan segera dan

    kurang melakukan senaman adalah satu faktor yang menyebabkan masalah obesiti di

    kalangan kanak-kanak.

    Juga menurut kajian yang telah dijalankan oleh Fatimah, Idris, Romzi dan Faizah

    (1996), pendekatan yang diberikan oleh ibu bapa serta sikap kanak-kanak masa kini yang

    lebih gemar menumpukan perhatian terhadap permainan komputer dan menonton

    rancangan televisyen menyebabkan mereka kurang berminat dengan aktiviti fizikal.

    Permainan komputer lebih menyeronokkan dan lebih mencabar minda mereka berbanding

    dengan aktiviti fizikal yang lebih memerlukan tenaga yang banyak.

  • 3

    National Institutes of Health Consensus Development Panel (1985), menggariskan

    bahawa keadaan berat badan yang berlebihan pada kanak-kanak dan remaja boleh

    membawa akibat masalah kesihatan yang serius, sama seperti yang dihadapi oleh orang

    dewasa. Kajian-kajian lampau dan terkini yang telah dijalankan, jelas menunjukkan

    bahawa kanak-kanak dan remaja yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes

    akan mengekalkan keadaan itu sehingga dewasa.

    Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Clark (1997), kebanyakan punca

    peningkatan berat badan telah bersebati di peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak yang

    dibesarkan dengan makanan yang tinggi kandungan tenaganya dan rendah gentian (serat)

    makanan dan zat-zat galian, malah mereka kurang berminat dalam aktiviti fizikal akan

    membawa tabiat ini hingga ke dewasa. Amalan gaya hidup sihat yang melibatkan seluruh

    ahli keluarga adalah cara yang paling berkesan untuk membantu kanak-kanak atau remaja

    mengekalkan berat badan yang sihat. Gaya hidup yang merangkumi aktiviti fizikal yang

    kerap, diet yang seimbang dan tidak berapa padat tenaga adalah sesuai untuk seisi

    keluarga dan boleh dibuat secara berperingkat, iaitu dengan penekanan terhadap

    keseronokan dan penyertaan semua ahli keluarga.

    Menurut Heyward (2002), untuk mengetahui tahap peratusan lemak dalam badan

    seseorang individu, ia perlu melalui ujian pengukuran dan penilaian. Pengukuran ialah

    proses untuk mengumpulkan maklumat manakala penilaian ialah satu proses membuat

    keputusan secara subjektif dan objektif untuk memastikan tahap pencapaian.

  • 4

    Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh U.S. Department of Health and

    Human (2000), piawaian global yang digunakan untuk mengelaskan sama ada berat badan

    normal, berat badan berkurangan atau berlebihan dan obes ialah Indeks Jisim Badan, atau

    BMI. BMI dikira dengan membahagikan berat badan individu dalam kilogram dengan

    kuasa dua ketinggiannya (dalam m2). Ukuran BMI antara 18.5 hingga 25 lazimnya

    dianggap sebagai normal; 25 hingga 30 sebagai berat badan berlebihan dan dikaitkan

    dengan peningkatan risiko menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan, dan

    lebih daripada 30 dianggap sangat gemuk (paras obesiti) dan mempunyai risiko tinggi

    menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan.

    Dalam proses mengukur komposisi lemak badan terdapat beberapa elemen

    penting yang menjadikan proses ini lebih tinggi kesahannya dari segi objektif dan

    kebolehpercayaan. Peralatan serta prosedur juga memainkan peranan yang penting bagi

    mendapatkan data untuk tujuan penganalisisan. Kajian saintifik mengenai komposisi

    lemak badan merupakan salah satu cabang ilmu yang dikenali sebagai biometric.

    Kajian ini diasaskan oleh Sir Francis Galon dan Kar Pearson yang dipetik daripada buku

    Johnson dan Nelson (1986), kemudiannya dimajukan lagi dengan kaedah moden oleh

    Fisher dari England yang merangkumi pengukuran antropometri, somatotaip dan

    pengiraan peratusan lemak badan.

    Istilah antropometrik dalam bahasa Yunani yang bermaksud, antro (manusia) dan

    metrik (pengukuran). Menurut Barrow dan Mc Gee (1979), antropometrik merupakan

  • 5

    satu kaedah pengukuran terhadap tubuh badan manusia di mana penilaian kepada

    kecergasan fizikal diukur dari simetri tubuh badan manusia itu sendiri.

    Menurut Clark (1976) yang dipetik daripada buku Johnson dan Nelson (1986),

    telah menyatakan bahawa pola bentuk badan adalah signifikan kepada pemahaman

    individu secara fizikal, mental dan emosi. Di dalam bidang sains sukan, komposisi badan

    ataupun struktur badan merupakan satu aspek yang penting kerana pengetahuan yang

    mendalam di dalam bidang ini dapat membantu mengenal pasti jenis-jenis latihan, norma-

    norma rujukan dan prestasi seseorang.

    Para penyelidik biometrik telah menggunakan kaedah-kaedah statistik, nisbah,

    peratusan, purata, taburan kekerapan dan kolerasi untuk menerangkan secara kuantitatif

    mengenai perbezaan organisma hasil daripada faktor persekitran dan baka. Daripada

    data-data yang telah dikumpulkan, maka maklumat mengenai variasi pertumbuhan

    manusia dapat diketahui.

    Berdasarkan Heyward (2002), pengukuran komposisi lemak badan boleh

    dijalankan dengan menggunakan kaedah Skinfold iaitu satu kaedah untuk mengambil

    peratusan komposisi lemak badan seseorang individu.

  • 6

    1.2 Pernyataan Masalah

    Masalah yang dikaji di sini ialah ingin melihat tahap komposisi lemak badan murid Tahap

    Dua yang berumur di antara 10 hingga 12 tahun kerana sekarang ini semakin meningkat

    dan menjadi isu yang perlu dikaji dan diselesaikan dengan segera.

    Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Fatimah, Idris, Romzi dan Faizah

    (1996), keadaan ini berlaku disebabkan perubahan gaya hidup serta amalan kehidupan

    seharian yang kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Transisi gaya hidup tradisional

    semakin hilang, kanak-kanak mula beralih ke arah hidup yang sedentari. Corak didikan

    dan asuhan ibu bapa semakin kurang dan bergantung sepenuhnya kepada pembantu

    rumah.

    Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Dietz (1998), beliau telah

    menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami berat badan yang berlebihan atau obes

    akan berasa rendah diri dan cuba mengelak daripada rakan-rakan sekelilingnya. Mereka

    akan mengalami masalah dalam pergaulan kerana mempunyai saiz badan yang besar.

    Menurut kajian Dietz (1998) lagi, kanak-kanak yang mempunyai berat badan

    yang berlebihan ini akan merasa kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan sukar

    berkawan dengan orang lain. Ini memberi kesan yang kurang baik kepada mereka yang

    menggalami masalah obesiti ini.

  • 7

    1.3 Objektif Kajian

    1. Membuat perbandingan tahap komposisi lemak badan murid Tahap Dua.

    2. Mengetahui perbezaan komposisi lemak badan murid Tahap Dua.

    1.4 Persoalan Kajian

    1. Adakah terdapat perbezaan tahap komposisi lemak badan di kalangan murid

    Tahap Dua (Tahun 4, tahun 5 dan Tahun 6)?

    1.5 Kepentingan Kajian

    1. Menjadi panduan kepada guru untuk merancang aktiviti yang bersesuaian

    untuk murid yang mengalami berat badan yang berlebihan.

    2. Menjadi panduan kepada guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani

    Dan Kesihatan di sekolah.

    3. Menjadi bahan rujukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian

    Pelajaran Malaysia untuk merancang program pendidikan.

    4. Menjadi bahan rujukan kepada pelajar-pelajar Program Pendidikan Sains

    Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

  • 8

    5. Memberi maklumat dan panduan kepada masyarakat berkaitan dengan

    masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti.

    6. Menjadi panduan dan rujukan kepada Kementerian Kesihatan, khususnya

    klinik Kerajaan yang dilantik untuk memantau dan menjalankan aktiviti

    pemeriksaan kesihatan kepada murid sekolah.

    1.6 Definisi Terminologi

    Peratusan lemak tubuh badan di dalam kajian ini merujuk kepada skor peratusan lemak

    tubuh badan yang diukur menerusi ujian Kaliper Lipatan Kulit. (Lohman, Pallock,

    Slaughter, Brandon & Boileau 1984).

    1.6.1 Definisi Operasional

    Dalam menjalankan penyelidikan pelbagai terminologi yang digunakan dalam konteks

    pengukuran peratusan komposisi lemak. Pengertian terminologi adalah seperti berikut;

    Skinfold

    Kaedah yang digunakan untuk mengukur peratusan komposisi lemak badan murid

    sekolah. Bahagian yang di ambil ialah triceps, calf, supra spinal, subskapula, abdomen,

    suprailiac dan thigh. Alat yang digunakan ialah kaliper untuk mengukur bahagian yang

    mengandungi lemak.

  • 9

    BMI (Body Mass Indeks)

    Kaedah yang digunakan bagi mengukur tinggi dan berat untuk mengetahui Body Mass

    Indeks murid di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Kedah.

    Tahap Dua

    Murid sekolah rendah Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

    Murid Sekolah Kebangsaan Jitra

    Murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah.

    Norma

    Piawai semasa untuk mencirikan sesuatu kumpulan, iaitu kumpulan murid Sekolah

    Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah.

    Sampel

    Sebahagian individu pelajar yang diambil bagi mewakili sesuatu populasi yang ingin

    dikaji.

    1.7 Limitasi Kajian

    Kajian ini hanya dijalankan ke atas murid perempuan Tahap Dua (Tahun 4, Tahun 5 dan

    Tahun 6) Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah yang terdiri daripada 60

  • 10

    orang subjek yang dipilih secara rawak. Subjek kajian hanya terdiri daripada 20 orang

    murid perempuan Tahun 4, 20 orang murid perempuan Tahun 5, dan 20 orang murid

    perempuan Tahun 6.

    Kajian ini berbentuk Quasi Eksperimetal iaitu dengan menjalankan satu bentuk

    pengukuran ke atas subjek kajian yang telah dibataskan kepada murid perempuan di

    Sekolah Kebangsaan tersebut.

    Pengukuran ini juga terbatas dengan menggunakan alat pengukuran lipatan kulit

    iaitu Skinfold Caliper dengan mengambil beberapa bahagian pada badan subjek kajian

    yang telah dipilih iaitu di bahagian triceps, calf, supra spinal subskapula, suprailiac dan

    thigh.

    1.8 Dilimitasi Kajian

    Tomes & Nelson (1996), mendefinisikan dilimitasi sebagai pilihan dibuat kajian atau

    eksperimen secara terkawal. Pengukuran peratusan lemak badan hanya dilakukan

    terhadap 60 orang murid Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah..

    Pengukuran peratus lemak badan hanya menggunakan satu alat iaitu Kaliper Lipatan

    Kulit.

  • 11

    1.9 Hipotesis Kajian

    Ho1- Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap komposisi lemak melalui ujian

    Bodyfat yang dilakukan pada murid Tahap Dua.

    Ho2- Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak di

    bahagian subskapula dikalangan pada murid Tahap Dua.

    Ho3- Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak di

    bahagian tricep dikalangan pada murid Tahap Dua.

    Ho4- Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak di

    bahagian supraspinal dikalangan pada murid Tahap Dua.

    Ho5- Terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak di bahagian calf

    dikalangan pada murid Tahap Dua.

    Ho6- Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui

    ujian ukurlilit di bahagian calf dikalangan pada murid Tahap Dua.

    Ho7- Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui

    ujian ukurlilit di bahagian tricep dikalangan pada murid Tahap Dua.

  • 12

    Ho8- Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui

    ujian ukurlilit di bahagian femur dikalangan pada murid Tahap Dua.

    Ho9- Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui

    ujian ukurlilit di bahagian humerus dikalangan pada murid Tahap Dua.

    Ho10- Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui

    ujian yang dilakukan antara ujian skinfold tricep dan skinfold subskapula pada murid

    Tahap Dua.

    Ho11- Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui

    ujian yang dilakukan antara ujian skinfold tricep + skinfold subskapula (trisub) pada

    murid Tahap Dua.

  • 13

    1.10 Rumusan

    Pada bab ini secara keseluruhannya membincangkan bagaimana kajian ini dibuat ke atas

    murid Tahap Dua (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan

    Jitra 3, Jitra Kedah. Subjek dipilih secara rawak seramai 60 orang untuk mengukur

    komposisi peratusan lemak badan dengan menggunakan alat Kaliper Lipatan Kulit

    (Skinfold). Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji adakah terdapat faktor-faktor yang

    signifikan atau tidak berhubung dengan tahap komposisi lemak badan atau obesiti dengan

    pemakanan yang diambil dalam kehidupan seharian.

  • BAB 2

    TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan

    Bab ini membincangkan mengenai kajian-kajian yang telah dijalankan ke atas pengukuran

    komposisi tubuh berdasarkan sampel-sampel yang telah dipilih oleh penyelidik mengikut

    kajian yang telah dijalankan. Kajian literature yang akan dibincangkan dalam bab ini

    merangkumi beberapa bahagian yang difikirkan perlu untuk dikaji berdasarkan kaedah

    pengukuran komposisi tubuh, hubungan di antara pengambilan makanan dengan

    komposisi tubuh dan faktor-faktor yang mempengaruhi komposisi tubuh badan atau

    obesiti di kalangan murid Tahap Dua iaitu Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6 di Sekolah

    Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah Darul Aman.

  • 15

    2.2 Kerangka Konseptual

    Kerangka konseptual ini dihasilkan untuk menjadi panduan kepada kajian ini. Peratusan

    lemak badan murid Tahap Dua dapat didefinisikan sebagai skor peratusan lemak badan

    yang diukur menerusi ujian kaliper lipatan kulit (Lohman, Pallock, Slaughter, Barndon &

    Boileau 1984).

    Kajian ini melibatkan murid perempuan Tahap Dua iaitu tahun 4, Tahun 5 dan

    Tahun 6. Instrumen kajian ini menggunakan ujian kaliper lipatan kulit. Instrumen kajian

    ini terbahagi kepada dua iaitu skinfold dan ukurlilit. Dalam ujian skinfold, pengkaji

    mengambil ukuran berdasarkan kepada beberapa tempat iaitu tricep, calf, supraspinal dan

    subskapula. Manakala dalam ujian ukurlilit pula, kaedah yang digunakkan untuk

    mengukur saiz tumbesaran tulang murid berdasarkan beberapa tempat iaitu calf, tricep,

    femur dan humerus.

    Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang itu obesiti atau

    lebihan lemak badan. Dalam kerangka kajian ini, terdapat 3 punca yang boleh

    diklasifikasikan menjadi penyebab seseorang itu obes. Punca pertama ialah pemakanan, di

    mana pengambilan pemakanan yang tidak sihat contohnya seperti pengambilan makanan

    ringan yang berlebihan secara tidak teratur yang diamalkan oleh keluarga di rumah dan

    diri sendiri. Selain itu, amalan pemakanan yang tidak dijaga juga boleh menjadi punca

    kepada masalah ini. Punca seterusnya ialah gaya hidup yang kurang sihat dengan tidak

    mengamalkan aktiviti senaman dan aktiviti-aktiviti luar. Punca terakhir ialah melalui

    media elektronik dan percetakan. Peranan media elektronik dan percetakan juga

  • 16

    memainkan yang penting. Maklumat-maklumat mengenai keburukan tentang bahayanya

    obesiti atau berat badan yang berlebihan perlu didedahkan dan disebarkan.

    Perkaitan diantara masalah-masalah yang berkait rapat dengan peratusan

    komposisi lemak badan dapat dilihat melalui rajah 2.2.1.

  • 17

    TAHAP KOMPOSISI LEMAK BADAN

    Definisi Peratusan lemak tubuh badan di dalam kajian ini merujuk kepada skor peratusan lemak tubuh badan yang diukur menerusi ujian kaliper lipatan kulit (Lohman, Pollock, Slaughter, Brandon & Boileau 1984)

    Pemakanan Pengambilan

    pemakanan yang tidak sihat dan tidak teratur yang diamalkan oleh

    keluarga di rumah dan diri sendiri.

    Pengukuran

    Skinfold Kaedah yang digunakan untuk mengukur peratusan lemak badan murid berdasarkan beberapa tempat:

    1. Tricep 2. Calf 3. Supraspinal 4. Subskapula

    Ukurlilit Kaedah yang digunakan untuk mengukur tumbesaran saiz tulang murid berdasarkan beberapa tempat:

    1. Tricep 2. Calf 3. Femur 4. Humeres

    Punca

    Gaya Hidup Gaya hidup yang kurang

    sihat dengan tidak mengamalkan aktiviti senaman dan aktiviti-

    aktiviti luar.

    Media Elektronik Dan Percetakan

    Tidak didedahkan dari awal mengenai

    keburukan tentang bahayanya obesiti atau

    berat badan yang berlebihan.

    2.2.1: Kerangka Konseptual Tahap komposisi Lemak Badan Murid

    Tahap Dua

  • 18

    2.3 Kajian-kajian Lepas.

    Pada pertengahan abad yang kelima iaitu sebelum masihi lagi manusia telah membuat

    pengukuran fizikal. Pada zaman itu manusia telah mula menyedari akan kepentingan

    pengukuran fizikal terhadap fizikal seseorang untuk menentukan komposisi tubuh badan

    individu tersebut. Namun Protagoras merupakan tokoh terawal yang telah menyedari

    kepentingan pengukuran komposisi tubuh badan seseorang itu boleh diukur. Protagoras

    juga telah menyatakan, Men is the measure of all thing.

    Salah satu alat pengukuran yang digunakan iaitu biometri. Biometri merupakan

    adalah cabang biologi untuk merancang atau mentafsir keputusan dapatan ataupun kajian

    kuantitatif dan pemerhatian iaitu melalui kaedah statik. Kaedah ini telah dipelopori oleh

    Sir Francis Galon dan Kar Pearson (1989), kemudiannya telah dimajukan lagi dengan

    kaedah yang lebih moden lagi, saintifik dan sistematik oleh Fisher dari England (1990).

    Namun ia merangkumi bidang dalam pengukuran antropometri, somatotaip dan perkiraan

    kandungan lemak dalam badan. Penggunaan alat pengukuran ini untuk mendapatkan hasil

    kajian dan akan memberikan maklumat tentang pertumbuhan manusia dengan tepat.

    Tran dan Weltman (1989) telah menggunakan pita Lufkin untuk mengukur

    bahagian-bahagian anatomi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Behnke dan

    Wilmore(1974), iaitu abdomen, iliak, punggung dan peha. Dapatan dari kajian tersebut

    mereka mendapati pengukuran ukurlilit yang dicatatkan oleh seorang penguji mempunyai

    kebolehpercayaan yang melebihi 0.95 (r > 0.95). Kebaikan yang diperolehi adalah ia

    mudah dan mempunyai ralat yang kecil.

  • 19

    Sebenarnya kajian yang berkaitan dengan biometri telah bermula sejak 400 S.M di

    Greek mengikut apa yang telah dinyatakan oleh Mathews (1978) yang dipetik daripada

    Johnson dan Nelson (1986). Hippocrates merupakan salah seorang orang pertama

    membuat kajian tentang bidang biometri ini dengan cara pengamatan yang mendalam.

    Namun hasil daripada pengamatan yang telah didapati daripada kajian yang dijalankan

    terhadap dimensi fizikal manusia, Hippocrates telah membahagikan bentuk badan

    manusia kepada dua jenis iaitu;

    1. Apoplectic habitus Ia menunjukkan bentuk fizikal seseorang

    individu yang berbentuk gempal dan

    berbentuk pendek di mana ia tertumpu pada

    dimensi yang mendatar.

    2. Phthsic habitus Adalah menunjukkan bentuk fizikal

    yang tinggi lampai dan kurus di mana

    tumpuan pengukuran lebih pada dimensi

    yang menegak.

    Berdasarkan kepada beberapa kajian terawal yang telah dijalankan oleh

    Kretschmer (1925) dalam Johnson dan Nelson (1986), telah klasfikasikan bentuk fizikal

    manusia kepada 3 jenis bentuk iaitu;

    a. Asthenic Bentuk tubuh yang kurus

  • 20

    b. Athletic Bentuk tubuh yang mempunyai otot-otot yang pejal ( berotot )

    c. Pyknic - Bentuk tubuh yang gemuk

    Pada masa yang sama, Viola dalam buku Johnson dan Nelson (1986) telah mula

    berminat dengan bidang ini. Beliau mula berminat untuk menyumbang pengkelasan

    bentuk fizikal seperti yang dilakukan oleh Kretschmer. Beliau beranggapan pengkelasan

    yang dilakukan sebelum ini hanyalah menumpukan kepada satu domain fizikal sahaja.

    Namun beliau menjelaskan dengan menyatakan hakikatnya bentuk badan manusia

    mempunyai kombinasi dua atau lebih ciri-ciri fizikal yang tertentu. Oleh itu beliau

    mengkelaskan bentuk fizikal seseorang itu kepada;

    1. Longitype - Bahagian kaki lebih panjang manakala bahagian

    dada lebar.

    2. Brachitype - Bahagian kaki pendek manakala bahagian

    dada yang kecil.

    3. Normotype - Sebahagian kombinasi antara i dan ii.

    4. Jenis campuran- Kombinasi 1 , 2, dan 3 iaitu ciri-ciri fizikal yang

    luar biasa.

    Menurut Sheldon (1940) dalam Johnson dan Nelson (1986) telah menyatakan 3

    konsep tentang somatotaip iaitu;

    1. Endomorf - Badan gemuk, gempal dan bulat.

  • 21

    2. Mesomof - Badan berotot pejal (atlit gimnastik dan pelari jarak dekat)

    3. Ektomof - Badan yang kurus (atlit lompat tinggi dan lompat jauh)

    Antropometri adalah berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud Antro

    iaitu manusia dan Metri ialah pengukuran. Namun Clark (1976) dalam Heyward (2002)

    antropometri adalah satu bentuk pengukuran yang terawal dalam bidang penilaian fizikal.

    Walaubagaimana pun, terdapat perbezaan ciri fizikal pada badan manusia yang terdapat

    pada setiap individu disebabkan faktor baka dan faktor persekitarannya.

    Menurut Barrow dan McGee (1979), antropometri ialah suatu bentuk pengukuran

    terhadap tubuh manusia yang terawal bertujuan untuk menilai tahap kecergasan fizikal

    berdasarkan teori yang lebih memberi fokus terhadap simetri tubuh. Ciri - ciri fizikal

    manusia adalah berbeza di antara individu dengan individu yang lain. Perbezaan ini

    adalah disebabkan oleh faktor baka dan persekitaran yang turut mempengaruhi tubuh

    manusia.

    Pada masa yang sama Johnson dan Nelson (1986), telah menggariskan satu

    bentuk pengukuran antropometri dan antara sumbangan mereka ialah;

    1. Indeks klasifikasi Mc Coy Berdasarkan umur, tinggi dan berat

    badan.

    2. Teknik Grid Wetzel Mengukur dan menilai pertumbuhan dan

  • 22

    perkembangan tujuh bahagian fizikal

    manusia

    menggunakan umur, ketinggian dan barat

    badan.

    3. Jadual Lebar Berat badan dan Pryor Berdasarkan

    kelebaran pelvik, dada dan ketinggian untuk

    menentukan berat badan ideal.

    4. Carta ketinggian Berat Meredith Mengenal pasti

    pertumbuhan badan yang normal atau tidak

    normal.

    Shelton dan rakan-rakan (1947), dalam Heyward (2002), telah memperkenalkan

    satu alat pengukuran iaitu Curetons Slimplified Physique Rating. Ia adalah satu kaedah

    yang dicipta untuk menentukan jenis bentuk fizikal seseorang individu berdasarkan

    kepada 3 elemen yang utama iaitu;

    1. Lemak badan

    2. Pembentukan otot

    3. Pembentukan rangka tulang

    Menurut Sill (1950) dalam Johnson dan Nelson (1986), beliau telah

    mengemukakan satu lagi komponen somatotaip yang ke-4 iaitu Omomorf di mana

    bentuk tubuh badan seseorang yang berbentuk V dengan bahu dan dada lebar

  • 23

    berbanding dengan pinggul dan anggota kaki yang kecil contohnya; seperti atlit dalam

    acara angkat berat dan bina badan.

    Sodhi (1980) telah menggunakan kombinasi pengukuran antropometri (ukurlilit,

    lipatan kulit, garisan diameter, tinggi dan berat) dan ujian kekuatan genggaman tangan

    untuk mengkaji morfologi dan komposisi badan bagi pemain bola keranjang pasukan

    India. Beliau telah menggunakan pita fleksibel German untuk membuat pengukuran

    ukurlilit. Bahagian-bahagian yang diukur ialah dada, lengan atas, lengan bawah peha dan

    betis.

    Hasil daripada kajian tersebut beliau mendapati bahawa pemain bola keranjang

    peringkat negeri memiliki saiz ukuran badan yang lebih tinggi berbanding dengan pemain

    peringkat daerah dan kumpulan kawalan. Pemain-pemain peringkat negeri memiliki

    dimensi tubuh, anggota atas dan anggota bawah yang besar, kawasan permukaan badan

    yang labih luas dan genggaman yang lebih kuat. Nisbah ukurlilit bagi ketinggian atau

    dada menunjukkan pemain-pemain peringkat negeri memiliki dada yang sangat kecil.

    Pemain-pemain peringkat daerah pula mempunyai peha yang panjang, betis yang besar

    dan segmen anggota yang lebih signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan. Walau

    bagaimanapun, pemain-pemain peringkat daerah mempunyai anggota yang pendek.

    Dapatan ini telah menjelaskan bahawa pemain-pemain bola keranjang biasanya

    mempunyai ciri-ciri susuk badan dan komposisi badan yang dapat membantu mereka

    dalam permainan. Jumlah peratusan lemak badan juga telah dinilai dengan menggunakan

  • 24

    persamaan yang berbeza. Hasil kajian mendapati bahawa jumlah peratusan lemak badan

    bagi pemain-pemain peringkat negeri dan peringkat daerah tidak jauh berbeza tetapi ia

    adalah berbeza dengan signifikan bagi kumpulan kawalan.

    Heymsfield, Nunez, Tettolin dan Gallngher (2000), menjelaskan penilaian

    komposisi tubuh adalah sangat penting dalam kajian tentang tenaga manusia dan

    metabolisme protein misalnya kaedah yang digunakan untuk mengetahui jumlah

    simpanan tenaga dan kandungan protein dalam tubuh pada satu-satu masa. Imbangan

    tenaga protein digunakan sebagai alat kawalan pengukuran dinamik mengenai tenaga dan

    metabolisme protein. Gambaran keseluruhan kajian koposisi tubuh sangat menekankan

    bahagian dan tahap definisi dan kaitannya di mana dua kategori pengukuran komposisi

    tubuh dijadikan panduan dalam kajian tenaga metebolisme protein iaitu pengukuan

    mekanikal dan deskriptif. Perkembangan pengukuran komposisi tubuh semakin meluas

    dan banyak kaedah yang telah dicipta misalnya teknik antropometri dan bioelectrical

    impedence.

    Kajian terkini telah menunjukkan bahawa masalah obesiti semakin menular.

    Pelbagai penyakit kronik yang berpunca daripada obesiti. Salah satu penyakit kronik yang

    dihidapi oleh mereka yang obes ini ialah penyakit jantung, diabetes dan beberapa masalah

    kesihatan yang lain.

    Mengikut Despres dan rakan-rakan (1991), mereka telah menyatakan bahagian

    pinggang mempunyai kadar lemak yang banyak terutamanya di bahagian abdominal.

  • 25

    Kohrt, Malley,Dalsky dan Holloszy (1992) telah mengukur ketebalan lipatan kulit

    pada bahagian tricep, subskapula, pektoralis, umbilicus, suprailliac dan peha anterior

    dengan menggunakan Kaliper Lange ke atas kumpulan muda dan kumpulan tua dari

    ketegori terlatih daya tahan dan sadenteri. Tanda-tanda anatomi telah ditetapkan untuk

    pengulangan pengukuran sebagaimana yang telah disarankan oleh Behnke dan Wilmore

    (1974). Sekiranya nilai dapatan pengukuran kali kedua pada bahagian tertentu lebih

    daripada satu milimiter, pengulangan pengukuran kali ketiga, dan kali keempat harus

    dilakukan. Kesemua nilai pengukuran pada bahagian tertentu dipuratakan kecuali terdapat

    perbezaan nilai yang melebihi empat milimeter. Pengukuran dilakukan dengan

    menggunakan Kaliper yang sama oleh dua orang penguji yang sama. Kohrt et al. (1992)

    mendapati kebolahpercayaan inter-rater untuk dua orang penguji (R = 098; Rater2 =

    1.00 * rater1 + 0.04) adalah bersamaan dengan kebolehpercayaan Within-rater untuk

    penguji yang melakukan pengukuran berulangkali (R = 0.99; Rater = 1.00 * Rater 0.13).

    Jumlah lemak badan kumpulan tua adalah lebih tinggi daripada kumpulan muda bagi

    kedua-dua kategori terlatih daya tahan dan juga sadenteri. Tetapi individu yang kerap

    bersenam cenderung untuk menunjukkan pengumpulan tisu adipos yang kurang pada

    bahagian tengah (abdominal) dan bahagian atas badan (pektoralis dan subskapula) apabila

    usia meningkat. Ini bererti bahawa peningkatan usia akan membawa kepada perubahan

    komposisi badan di mana jisim badan yang unggul akan menurun sebanyak 10 hingga 20

    peratus dalam lingkungan usia 25 hingga 65 tahun. Dalam lingkungan usia tersebut,

    isipadu dan intensiti latihan fizikal akan merosot. Justeru itu kajian ini menunjukkan

  • 26

    bahawa kesan umur dan tahap aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam

    mempengaruhi komposisi badan dan penyebaran lemak badan individu.

    Menurut Lohman (1992), beliau telah mengemukakan tentang penggunaan

    pengiraan komposisi badan. Beliau menyatakan pengiraan yang tepat boleh dibuat pada

    peratusan BF% (body fat percentile) sampel dengan mencadangkan nilai, + 3.5% BF

    (body fat percentile).

    Berdasarkan laporan yang telah dikemukakan oleh Martin, Drinkwater, and Clarys

    (1992), iaitu variasi pengukuran dalam Skinfold pada lipatan kulit yang dimampatkan

    amat penting sebagai limitasi dalam kaedah pengukuran Skinfold.

    Pengiraan untuk DB (body density) dan BF% (body fat percentile) yang

    menggunakan cara tradisional adalah menjemukan dan lambat, tambahan pula jika anda

    membuat pengukuran terhadap komposisi badan subjek. Seharusnya masa yang anda

    gunakan dijimatkan dengan menggunakan software komputer yang dicipta khas untuk

    membuat pengiraan Skinfold terhadap komposisi badan, mengikut apa yang telah

    dikemukakan oleh Ng (1997).

    Menurut Dietz (1998), beliau telah mengemukakan beberapa masalah kesihatan

    yang dialami oleh kanak-kanak yang obes. Beliau menggariskan beberapa penyakit akibat

    obes iaitu; growth, hyperlipidemia, glucose intolerance, hepatic steatosis and

  • 27

    cholelithasis, hypertension, pseudotumor cerebri, sleep apnea, orthopedic complications,

    and ploycystic ovary diease.

    Masalah obes yang dialami oleh kanak-kanak akan berterusan hingga ke alam

    remaja seperti yang telah dinyatakan oleh Dietz (1998). Menurut beliau, mereka yang

    mengalami obesiti ini mempunyai gaya pemikiran yang tidak sihat iaitu dengan selalu

    menyalahkan diri sendiri. Mengikut beliau, kadar kematian juga tinggi di kalangan

    mereka yang mengalami obes ini.

    Menurut Must dan Strauss (1999), remaja yang obes mempunyai masalah

    psikologi dalaman. Keadaan yang dialami oleh remaja ini adalah berpunca daripada

    genetik keluarga remaja berkenaan. Menurut mereka risiko untuk mendapat penyakit

    kronik adalah tinggi contohnya; seperti penyakit jantung, penyakit diabetes kedua, sleep

    apnea, hyperlipidemia, gall bladder, osteoarthritis, dan penyakit kanser yang tertentu.

    Berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Ward, Rempel, dan Anderson

    (1999), kemungkinan tisu yang berlemak dan hydration levels (tahap penghidratan) ada

    pada subjek yang mengalami obes ini.

    Kaedah pengukuran yang menggunakan Skinfold telah digunakan di Amerika

    Syarikat (United States), dan di benua Eropah. Sebenarnya kaedah pengukuran ini juga

    telah berkembang pesat penggunaannya. Namun untuk mengukur dengan menggunakan

    kaedah Skinfold ini seharusnya di ambil di bahagian kanan badan seperti yang telah

  • 28

    dicadangkan dalam kaedah Anthropometric Standardization Reference Manual, menurut

    Lohman, Roche, dan Martorell pada tahun 1988 dan juga oleh International Society for

    the Advancement of Kinanthropometry seperti yang dinyatakan oleh Norton (2000).

    Menurut Bouchard (2000), kanak-kanak yang obes akan merasa rendah diri dan

    tidak minat untuk bergaul dengan kanak-kanak lain kerana mempunyai saiz badan yang

    besar. Mengikut beliau, kanak-kanak ini takut diketawakan oleh kanak-kanak lain yang

    mempunyai saiz badan jauh lebih kecil berbanding saiz badan kanak-kanak obes.

    Menurut Bouchard (2000), beliau telah menyenaraikan beberapa masalah penyakit

    kronik yang dihadapi oleh mereka yang obes dan berat badan yang berlebihan. Penyakit

    seperti penyakit jantung, diabetes mellitus, hypertension dan beberapa masalah kesihatan

    lain adalah disebabkan oleh masalah obesiti dan berat badan yang berlebihan.

    Ukurlilit merupakan pengukuran penting yang merekodkan saiz keratan rentas dan

    dimensi lilitan badan. Menurut (Callaway, Chumlea, Bouchard, Himes, Lohman, Martin,

    Mitchell, Mueller Rocher dan Seefeldt, 1991), ukurlilit apabila dikombinasikan dengan

    pengukuran lipatan kulit yang diambil pada lokasi yang sama atau digabungkan dengan

    ukurlilit pada lokasi yang berlainan dapat memberikan suatu gambaran pengukuran

    pertumbuhan, indeks status makanan dan tahap pembentukan lemak. Ketebalan lipatan

    kulit juga, dikenali sebagai ketebalan lipatan lemak. Ia merupakan ketebalan lapisan kulit

    dan tisu adipos subkutanus pada bahagian badan yang spesifik (Harrison, Buskirk,

    Lindsay Carter, Johnston, Lohman, Pollock, Roche dan Jack Wilmore, 1991).

  • 29

    Berdasarkan ujian yang telah dijalankan oleh Gascon (2004) ke atas hormon

    kanak-kanak obes, membuktikan obesiti ada kaitan dengan penyakit kanser. Kanak-kanak

    yang obes mempunyai implikasi besar untuk mendapat penyakit kanser dalam kehidupan

    mereka.

    Menurut kajian yang telah dibuat oleh Gascon (2004) telah menunjukkan bahawa

    perkembangan kanser dalam hormon kanak-kanak obes adalah tinggi. Namun menurut

    beliau, tidak semestinya perkembangan hormon yang tinggi akan menyebabkan

    pertumbuhan kanser pada kanak-kanak obes ini, tetapi ia adalah salah satu faktor untuk

    kanser berkembang dan bertambah seandainya mereka tidak mengamalkan gaya hidup

    sihat.

    Mengikut apa yang telah dikatakan oleh Reilly (2003); Woo (2004); Weiss

    (2004); Freedman (1999), kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan

    akan berpotensi mendapat penyakit jantung. Malah akan berlaku peningkatan jumlah

    kolesterol serta kepadatan lipoprotein yang rendah (LDL) dan beberapa masalah lain

    contohnya; seperti evelated triglycerides, blood pressure, evelated insulin levels,

    abnormal heart functions, abnormal endothelial funtions and the presence metabolic

    syndrome.

    Mark Harris Personal Training Services (2004), telah melakukan penyelidikan

    untuk menentukan komposisi tubuh badan yang mana merujuk kepada kualiti jisim bebas

  • 30

    lemak (tulang, otot dan organ) dan jisim lemak (tisu adipose). Menentukan perhubungan

    peratusan bebas lemak dan jisim lemak boleh membantu mencapai komposisi badan. Cara

    yang biasa digunakan ialah bioelektrikal impedance analisis, indeks jisim badan,

    pengukuran lipatan kulit dan ukur lilit.

    Dalam pengukuran lipatan kulit, Mark Harris Personal Training Services (2004),

    percaya yang lebih kurang 50% jumlah lemak badan yang tersembunyi di bawah kulit

    dapat diukur. Biasanya ralat = 3.5%. Selain itu, Penilaian densiti badan dilakukan

    menggunakan pengukuran ukur lilit. Kaedah ini digunakan bersamasama penilaian

    komposisi yang lain.

    Berdasarkan tinjuan yang telah dijalankan oleh Veugelers (2005) dan rakan-

    rakannya ke atas pelajar Gred Lima di Kanada iaitu The 2003 Childrens Lifestyle And

    School performance Study (CLASS), mereka telah mendapat satu dapatan berkaitan

    kesihatan, pemakanan, gaya hidup dan sosio-ekonomi pelajar tersebut. Pemakanan yang

    tidak terancang dan aktiviti fizikal yang kurang lazimnya akan menyebabkan berat badan

    bertambah di kalangan kanak-kanak.

    Piscopo dalam Johnson dan Nelson (1986), telah berjaya membentuk satu norma

    yang menentukan komposisi lemak tubuh dan membandingkan ukuran lipatan kulit

    dengan jenis pengukuran menggunakan kaedah lipatan kulit dan kaedah lilitan kulit.

    Kajian ini telah dilakukan terhadap 647 remaja lelaki yang berbangsa Itali, Yahudi dan

    Negro. Hasil kajian yang diperolehi beliau ialah:

  • 31

    1. Subjek daripada kalangan bangsa Yahudi telah mencatatkan ukuran tertinggi bagi

    jenis pengukuran lipatan kulit manakala bagi subjek berbangsa Itali pula memiliki

    pengukuran lilitan tertinggi pada bahagian lengan tangan, peha dan garis bi-illac

    dan diikuti oleh subjek yang berbangsa Negro.

    2. Ukuran lilitan pada bahagian lengan tangan adalah lebih gandaan jika

    dibandingkan dengan ukuran lilitan pada bahagian peha mengikut catatan bagi

    kesemua bangsa tersebut.

    3. Korelasi adalah tinggi di antara lokasi bagi ketiga-tiga kumpulan tersebut.

    4. Korelasi yang teringgi juga didapati antara ukuran lipatan kulit dengan ketinggian

    badan seseorang.

    Berdasarkan pendapat yang dikemukan oleh Ward, Rempal,dan Anderson (1999),

    kemungkinan tisu yang berlemak dan (hydration levels) tahap penghidratan ada pada

    subjek yang mengalami obes ini.

    Pendidikan kesihatan untuk kanak-kanak adalah pencegahan kegemukan yang

    boleh juga mengakibatkan punca daripada rawatan perubatan yang telah dibuat bagi

    ketidaksempurnaan teknik kawalan berat di mana program Pendidikan Kesihatan yang

    dihasilkan tidak dirancang, diingini dan kesan-kesan kesihatan yang telah mengalami

  • 32

    penyakit (Garner,1985; ODea,2000) seperti kebuluran, muntah, penyalahgunaan ubatan,

    diuretik dan pil menguruskan badan, dan merokok untuk menahan selera makan dan

    sebagai satu ganti untuk mereka makan makanan (Ikeda dan Mitchel, 2001;Struss dan Mir

    2001)

    2.4 Rumusan

    Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa betapa penting isu permasalahan

    tentang peratusan komposisi lemak badan atau obesiti di kalangan murid sekolah rendah

    tahap dua khususnya di Malaysia. Komposisi tubuh di antara seorang individu dengan

    seorang individu adalah berbeza. Teknik antropometri merupakan teknik pengukuran

    lipatan kulit yang terawal. Kini teknik pengukuran lipatan kulit semakin meluas dan

    berkembang dengan penggunaan alatan berteknologi tinggi yang semakin canggih bagi

    mengukur dan menilai tahap peratus komposisi tubuh yang ideal untuk keperluan sesuatu

    penyelidikan. Walaupun agak sedikit kajian tentang kanak-kanak yang menghadapi

    masalah peratusan lemak badan atau obesiti bukanlah bermakna permasalahan ini perlu

    diabaikan oleh semua pihak.

    Pada masa sekarang juga alat digital Skinfold Caliper telah diperkenalkan, ini

    kerana pengambilan peratusan lemak tubuh badan dengan menggunakan sistem digital ini

    lebih berkesan daripada alatan yang lama dimana mungkin terdapat kesalahan semasa kita

    menjalankan ujian tesebut.

  • 33

    Dengan adanya kajian yang terperinci oleh penyelidik tentang isu yang dikaji

    mudah-mudahan dapat membuka ruang kesedaran kepada semua pihak agar menitik

    beratkan terhadap persoalan ini.

  • BAB 3

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan

    Bab ini akan membincangkan tentang kaedah dan prosedur yang meliputi rekabentuk

    kajian (Kaedah kajian dan Prosedur kajian), Kerangka kajian (Pembolehubah bebas dan

    Pembolehubah bersandar), Populasi Dan Persampelan, Instrumen kajian (Kajian rintis,

    Kesahan dan Kebolehpercayaan), Pengumpulan Data, Analisa Data dan Rumusan. Justeru

    itu, bab ini membincangkan secara terperinci tentang kaedah dan prosedur yang

    digunakan oleh penyelidik bagi mendapatkan data dan maklumat tentang tahap

    komposisi lemak badan terhadap sampel yang dipilih iaitu murid Tahap Dua (Tahun 4,

    Tahun 5 dan tahun 6) di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah.

  • 34

    3.2 Rekabentuk Kajian

    Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif dan quasi-eksperimental dengan menggunakan

    bentuk kajian kes sekali (one-shot case study).

    3.2.1 Kaedah Kajian

    Mengikut Majid Konting (1990), penyelidik akan menggunakan rekabentuk one-shot case

    study apabila mereka mengesyaki adanya pembolehubah tidak bersandar yang

    mendatangkan kesan atau perubahan kepada pembolehubah bersandar. Bagi menentukan

    kesan pembolehubah tak bersandar tersebut, penyelidik mengkaji dan mencerap

    kumpulan subjek hanya sekali.

    Kajian ini adalah bersifat kuantitatif dengan menggunakan dua kaedah

    pengukuran iaitu BMI untuk tinggi dan berat serta Skinfold (Kaedah Lipatan Kulit). Alat

    pengukuran ini digunakan untuk mengukur kadar peratusan lemak badan sampel. Data-

    data yang diperolehi akan digunakan untuk menjelaskan apa yang sebenarnya menjadi

    persoalan dalam kajian ini.

    3.2.2 Prosedur Kajian

    Pengukuran komposisi lemak badan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra

    3. Pengukuran ini dijalankan selama beberapa hari di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan

    Jitra 3 yang melibatkan seramai 60 orang murid perempuan Tahap Dua dengan

  • 35

    menggunakan pengukuran BMI dan Skinfold (kaedah lipatan kulit) yang telah dipilih oleh

    penyelidik. Untuk mengelakkan sebarang kesilapan semasa melakukan pengukuran ini,

    pembantu yang dipilih diberikan taklimat terlebih dahulu tentang prosedur pengukuran

    peratusan komposisi lemak badan. Hanya seorang pembantu yang dipilih sahaja yang

    dibenarkan untuk mencatatkan skor subjek.

    Sebelum pengukuran dijalankan ke atas subjek, satu taklimat diberikan tentang

    apa yang seharusnya dilakukan. Semua maklumat dalam borang skor seperti umur, tinggi

    dan berat badan subjek akan diisi sendiri oleh subjek. Data-data ini direkodkan dalam

    kad skor oleh penguji atau pembantu penguji. Subjek akan diterangkan tentang bahagian

    yang akan diambil untuk peratusan komposisi lemak badan.

    Skinfold

    Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur peratusan komposisi lemak

    badan. Peringkat umur yang dipilih untuk mengikuti kajian ini adalah murid perempuan

    yang berumur 10 hingga 12 tahun di mana mereka ini berada di Tahap Dua. Kesahan

    yang boleh digunakan dinyatakan ialah r = 0.80 (Wilmore & Behnke,1970).

    Kebolehpercayaan ialah r = 0.090 0.96 (Mathews,1978). Objektif untuk kajian ini ialah

    r = 0.90 0.96 (Mathew,1978). Terdapat 4 bahagian yang perlu diukur untuk mengetahui

    skinfold subjek ialah pada triceps, abdomen, suprailiac & thight. Alatan yang digunakan

    ialah kaliper lipatan kulit.

  • 36

    Kaedah yang digunakan untuk mengetahui skinfold subjek ahli penguji perlu

    mengenalpasti kawasan yang hendak diukur. Seterusnya penguji perlu menarik lipatan

    kulit dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Lapisan kulit yang diambil tidaklah

    terlalu tebal hingga menyebabkan lebihan tegangan. Bacaan yang diambil ialah 1cm

    daripada hujung ibu jari dan jari telunjuk. Bacaan yang perlu diambil pada 0.1mm yang

    terdekat. Penguji perlu mengulangi ujian ini sebanyak 2 kali. Formula yang digunakan

    untuk ujian skinfold ini ialah Tour Site Formula (abdomen, suprailiac, triceps & thigh)

    % Body Fat = ( 0.29288 x sumo f Tour Skinfolds) (0.0005 x (sum of 4 skinfolds)2) +

    (0.15845 x age) 5.76377 = (0.29288 x skinfold) = (0.0005 x (skinfold)2) + (0.15845 x

    (age) 5.76377 = ___________%.

    3.3 Kerangka Kajian

    Kerangka kajian ini dihasilkan untuk menjadi panduan kepada kajian ini (rajah 3.3.1).

    Kerangka kajian ini menerangkan mengenai peratusan kompisisi lemak badan pelajar

    Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah. Kajian ini melibatkan

    murid perempuan Tahap Dua iaitu tahun 4, 20 orang, Tahun 5, 20 orang, dan Tahun 6, 20

    orang. Instrumen kajian ini menggunakan ujian kaliper lipatan kulit.

    Setelah data dikumpul, dapatan kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan

    perisianSPSS for window version 11.5 melalui beberapa peringkat. Daripada data yang

    telah analisis, perbincangan, cadangan dan rumusan akan dihasilkan.

  • 37

    TAHAP KOMPOSISI LEMAK BADAN PELAJAR TAHAP DUA SK JITRA, JITRA KEDAH DARUL AMAN.

    PELAJAR PEREMPUAN TAHAP DUA (60 orang)

    Tahun 4 20 orang

    Tahun 5 20 orang

    Tahun 6 20 orang

    Instrumen Kajian ( UJIAN KALIPER LIPATAN KULIT )

    Mengumpul Data

    Analisis Data Deskriptif Korelasi

    Perbincangan Cadangan Rumusan

    Dapatan Kajian

    Jadual 3.3.1 : Kerangka Kajian Tahap Komposisi Lemak Badan

    Murid Tahap Dua

  • 38

    3.3 Pembolehubah Kajian

    Menurut Majid Konteng (1990), pembolehubah merupakan ciri-ciri yang dicerap daripada

    setiap individu dalam sesuatu populasi. Dalam kajian ini terdapat beberapa pembolehubah

    yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah:

    1. Pembolehubah tidak bersandar

    Murid perempuan Tahap Dua seramai 60 orang.

    2. Pembolehubah bersandar

    Alat pengukur BMI untuk mengukur tinggi dan berat sampel serta mengukuran

    skinfold (bahagian yang diukur ialah triceps, abdomen, suprailiac dan thigh)

    3.5 Populasi Dan Persampelan

    Untuk mewakili populasi kajian ini, seramai 60 orang murid perempuan Tahap

    Dua iaitu 20 orang murid perempuan Tahun 4, 20 orang murid perempuan Tahun 5 dan

    20 orang murid perempuan Tahun 6 bagi mewakili populasi pelajar perempuan Sekolah

    Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra3, Jitra Kedah telah diambil.

    Sampel kajian terdiri daripada murid perempuan Tahap Dua yang bersekolah di

    Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3. Sampel kajian ini dipilih secara rawak untuk

    mewakili populasi murid Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3.

  • 39

    Kajian ini dijalankan di sekolah yang terpilih di dalam Daerah Kubang Pasu,

    Kedah Darul Aman iaitu Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah. Pemilihan

    sekolah ini sebagai lokasi populasi kajian adalah kerana terdapatnya populasi yang

    bertepatan dengan persoalan dan objektif yang hendak dikaji (Jadual 3.5.1).

    Jadual 3.5.1 :

    Taburan kekerapan dan jumlah responden mengikut tahun

    Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Jumlah

    Keseluruhan

    Jumlah Populasi 20 20 20 60

    Jumlah Sampel 20 20 20 60

    3.6 Populasi Kajian

    Populasi kajian yang diambil dalam kajian terdiri daripada murid perempuan tahap dua

    yang bersekolah di sekolah ini. Sampel dipilih secara rawak untuk mewakili populasi

    murid sekolah ini.

  • 40

    3.7 Instrumen Kajian

    Bagi memperolehi hasil kajian perbandingan, ujian lipatan kulit menggunakan kaliper

    lipatan kulit telah dipilih secara instrumen kajian untuk mengetahui perbandingan

    peratusan lemak tubuh badan bagi murid perempuan tahap dua di sekolah ini.

    Butiran lokasi lipatan:

    1. tricep- ukuran dibuat pada bahagian kanan lengan, pada bahagian otot tricep,

    diantara sudut bahu dan siku.

    2. peha- pengukuran dibuat pada pertengahan antara tulang pinggul (inguinal cease)

    dan permukaan patela.

    Menurut Jack and Pollock dalam Johnson & Nelson (1986)

    BD=1.0994921 0.0009929 (jumlah ukuran lipatan kulit pada tricep, supraillim dan

    peha) + 0.000023 (jumlah ukuran lipatan kulit) 0.0001392 (umur).

    BD= Body Density

    % lemak (siri formula) = (4.95 4.5) / BD) x 100

  • 41

    3.8 Pengumpulan Data

    Proses pengumpulan data bermula selepas persampelan dilakukan. Kerjasama daripada

    pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman,

    pihak sekolah , guru-guru dan murid-murid yang dijadikan sampel dalam penyelidikan

    ini.

    Kajian penyelidikan ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra

    Kedah. Ujian pengukuran komposisi tubuh dilakukan oleh penyelidik sendiri dengan

    bantuan beberapa orang guru yang telah diberi taklimat tentang bagaimana cara untuk

    menjalankan ujian Skinfold serta prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi ketika

    menjalankan ujian tersebut.

    3.9 Analisis Data

    Data yang terkumpul akan dianalisa dengan menggunakan program Statistical Package

    for Social Science for Windows (SPSS versi 11.5). Skor-skor yang diperolehi dikira bagi

    mendapatkan min dan sisihan piawai. Nilai min untuk BMI dan Skinfold bagi setiap

    subjek boleh menunjukkan peratusan komposisi lemak badan.

    Analisis data dilakukan mengikut beberapa peringkat iaitu :

    1. Membuat taburan skor-skor mentah bagi peratusan komposisi lemak badan

  • 42

    2. Membuat perbandingan min skor dan sisihan piawai di antara murid perempuan

    Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

    Menurut Ahmad (2004), Ujian Anova Sehala digunakan untuk membandingkan

    skor min bagi tiga kumpulan murid yang berbeza. Anova sehala hanya boleh dilakukan

    apabila terdapat satu pembolehubah tidak bersandar yang mempunyai tiga atau lebih

    kumpulan atau tahap yang berbeza dan satu pembolehubah bersandar. Analisis Anova

    lebih berkesan seandainya dianalisis dengan menggunakan program SPSS for Windows.

    Kajian perbandingan komposisi tubuh menggunakan kaedah ex-post faktor.

    Bacaan yang diperoleh daripada ukuran lipatan kulit dicatat sebagai skor mentah. Data

    yang dikumpul dianalisis menggunakan analisis statistik berkomputer SPSS untuk

    mencari min dan sisihan piawai. Menerima atau menolak hipotesis nol adalah berdasarkan

    statistik ujian yang didapati. Signifikan kesemua hipotesis nol kajian ini terhadap ukuran

    lipatan kulit bagi setiap murid ditentukan pada aras 0.05 (p < 0.05).

    3.10 Rumusan

    Dalam bab ini pula dibincangkan bagaimana rekabentuk kajian yang dijalankan sepanjang

    penyelidikan ini dijalankan. Bab ini juga banyak membincangkan tentang bagaimana

    sampel dipilih dan menjalankan Skinfold dengan berdasarkan prosedur-prosedur yang

    telah ditetapkan. Juga dibincangkan bagaimana data kajian ini dikumpul sepanjang kajian

  • 43

    yang dibuat dan data yang dikumpul ini pula akan dianalisis dengan menggunakan

    Program SPSS.

    Data-data yang dikumpulkan ini akan dianalisis untuk mendapatkan jawapan

    sebenar kepada kajian yang dijalankan. Juga digunakan untuk menjawab hipotesis yang

    dibuat pada awal kajian ini.

  • BAB 4

    DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan

    Dalam bab ini, penyelidik menggunakan data mentah yang telah dikumpul daripada ujian

    pengukuran komposisi tubuh dengan menggunakan kaliper lipatan kulit yang dijalankan

    ke atas murid perempuan Tahap Dua di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra

    Kedah.

    Data yang digunakan dalam ujian pengukuran komposisi tubuh diperolehi

    daripada murid perempuan seramai 60 orang subjek. Jumlah sampel yang diambil adalah

    20 orang murid perempuan tahun 4, 20 orang murid perempuan tahun 5 dan 20 orang

    murid perempuan tahun 6. Objektif utama penyelidik adalah untuk mengukur peratusan

    komposisi lemak badan murid-murid perempuan di Sekolah Kebangsaan Jitra.

    Laporan dapatan kajian ini dianalisa secara berperingkat berdasarkan taburan

    kekerapan dengan mengambil kira data-data yang relevan dengan kaedah analisis yang

  • 45

    digunakan. Data yang diperolehi dimasukkan ke dalam bentuk jadual dengan menyatakan

    min dan sisihan piawai bagi setiap ujian komposisi tubuh yang dilakukan. Selepas data

    disusun dan diproses dengan menggunakan SPSS, maka hasil pemprosesan data

    digunakan untuk membuat kesimpulan kajian ini.

    Statistik seperti min dan sisihan piawai digunakan untuk memperihalkan dapatan

    kajian. Data yang diperolehi ditukarkan ke dalam bentuk jadual dengan menyenaraikan

    min dan sisihan piawai bagi setiap ujian yang dilakukan. Analisis ujian ANOVA Sehala

    digunakan untuk pengujian hipotesis mengenai peratusan komposisi lemak badan murid

    perempuan Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6 secara keseluruhannya.Berdasarkan skor yang

    diperolehi, pengiraan nilai adalah dilakukan dengan perisian SPSS for windows version

    11.5.

    4.2 Analisis Data Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian Skinfold Dan

    Ukulilit.

    Berikut adalah analisis data yang diperolehi berdasarkan kepada objektif dan persoalan

    kajian. Analisis data ini dihuraikan mengikut jadual yang telah dianalisis.

  • 46

    Jadual 4.2.1 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian

    Bodyfat

    Jadual 4.2.1 Menunjukkan skor min dan sisihan piawai mengenai perbandingan

    komposisi lemak badan murid melalui ujian Bodyfat. Jelas bahawa tidak terdapat

    perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak badan di kalangan murid

    perempuan tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3 Jitra

    Kedah. Skor min bagi tahun 4 ialah 25.40 dan sisihan piawai pula 14.23. Seterusnya ialah

    tahun 5, skor min ialah 22.00 dan sisihan piawai pula 13.48. Manakala bagi tahun 6 pula,

    skor min 32.71 dan sisihan piawai 16.07. Nilai p = 0.70 di mana p < 0.05 adalah tidak

    signifikan. Oleh itu, hipotesis kajian satu ini adalah diterima kerana ia menunjukkan tidak

    terdapat perbezaan yang signifikan melalui ujian Bodyfat yang telah dilakukan pada

    murid Tahap Dua.

    Jadual 4.2.1:

    Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian

    Bodyfat

    Tahun Min Sisihan Piawai Signifikan

    Tahun 4 25.40 14.23

    Tahun 5 22.00 13.48 0.70

    Tahun 6 32.71 16.07

    P < 0.05

  • 47

    Jadual 4.2.2 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian

    Skinfold Subskapula

    Jadual 4.2.2 di bawah menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui

    ujian skinfold subskapula di antara peringkat umur. Jadual ini adalah mengenai skor min

    dan sisihan piawai. Bagi murid tahun 4, min menunjukkan 10.50 dan sisihan piawai ialah

    6.97. Manakala bagi murid tahun 5 pula, min menunjukkan 9.25 dan 6.60 bagi sisihan

    piawai. Seterusnya ialah murid tahun 6 skor min menunjukkan 14.15 dan sisihan piawai

    ialah 9.16. Nilai p = 0.119 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan. Dengan ini hipotesis

    kajian yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan

    kompisisi lemak di bahagian sabskapula adalah diterima.

    Jadual 4.2.2

    Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold subskapula

    Tahun Min Sisihan Piawai Signifikan

    Tahun 4 10.50 6.97

    Tahun 5 9.25 6.60 0.119

    Tahun 6 14.15 9.16

    p < 0.05

  • 48

    Jadual 4.2.3 menerangkan perbandingan komposisi lemak badan murid Tahap

    Dua yang telah melalui ujian skinfold tricep. Murid Tahap Dua ini, terdiri daripada tahun

    4, tahun 5 dan tahun 6. Skor min tahun 4 ialah 11.40 dan 1.78 ialah sisihan piawai. Bagi

    tahun 5 pula, 9.45 ialah skor min dan 7.50 bagi sisihan piawai. Manakala bagi tahun 6,

    skor minnya ialah 15.5 dan sisihan piawai ialah 9.69. Nilai p = 0.78 di mana p < 0.05

    adalah tidak signifikan. Dengan ini hipotesis kajian tiga adalah diterima kerana ia

    menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak

    di bahagian tricep dikaji pada murid Tahap Dua.

    Jadual 4.2.3:

    Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold tricep

    Tahun Min Sisihan Piawai Signifikan

    Tahun 4 11.40 1.78

    Tahun 5 9.45 7.50 0.78

    Tahun 6 15.5 9.69

    p < 0.05

  • 49

    Jadual 4.2.4 dibawah menunjukkan dapatan perbandingan komposisi lemak badan

    murid tahun 4 hingga tahun 6 yang dipilih secara rawak untuk melalui ujian skinfold

    supraspinale yang telah dijalankan di sekolah tersebut. 11.40 skor min dan 6.78 ialah

    sisihan piawai murid tahun 4. Bagi murid tahun 5, skor min 8.9 dan 6.91 untuk sisihan

    piawai. Manakala, bagi murid tahun 6, skor min 13.6 dan sisihan piawai 8.82. Nilai p =

    0.154 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan. Dengan ini hipotesis kajian empat adalah

    diterima kerana ia menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan

    komposisi lemak di bahagian supraspinal dikaji pada murid Tahap Dua.

    Jadual 4.2.4:

    Komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold supraspinale

    Tahun Min Sisihan Piawai Signifikan

    Tahun 4 11.10 6.78

    Tahun 5 8.9 6.91 0.154

    Tahun 6 13.6 8.82

    p < 0.05

  • 50

    Jadual 4.2.5 menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui

    ujian skinfold calf di antara peringkat umur tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Bagi murid

    tahun 4, min menunjukkan 11.45 dan sisihan piawai ialah 6.04. Manakala bagi murid

    tahun 5 pula, min menunjukkan 8.85 dan 6.05 bagi sisihan piawai. Seterusnya ialah tahun

    6 skor min menunjukkan 15.1 dan sisihan piawai ialah 8.90. Nilai p = 0.026 di mana p <

    0.05 adalah signifikan. Dengan ini hipotesis kajian yang menyatakan tidak terdapat

    perbezaan yang signifikan pada peratusan kompisisi lemak di bahgian calf yang dikaji

    pada murid Tahap Dua adalah ditolak.

    Jadual 4.2.5:

    Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold calf

    Tahun Min Sisihan Piawai Signifikan

    Tahun 4 11.45 6.04

    Tahun 5 8.85 6.05 0.026*

    Tahun 6 15.1 8.90

    p < 0.05

  • 51

    Data Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian Ukurlilit.

    Jadual 4.2.6 adalah mengenai perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian

    ukurlilit calf di antara peringkat umur. Bagi murid tahun 4, min menunjukkan 28.17 dan

    sisihan piawai ialah 3.88. Manakala bagi murid tahun 5 pula, min menunjukkan 29.32 dan

    4.11 bagi sisihan piawai. Seterusnya ialah tahun 6 skor min menunjukkan 31.35 dan

    sisihan piawai ialah 6.06. Nilai p = 0.114 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan.

    Dengan ini,hipotesis kajian enam diterima kerana ia menunjukkan tidak terdapat

    perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui ujian ukurlilit di

    bahagian calf pada murid Tahap Dua.

    Jadual 4.2.6:

    Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Ukurlilit Calf

    Tahun Min Sisihan Piawai Signifikan

    Tahun 4 28.17 3.88

    Tahun 5 29.32 4.11 0.114

    Tahun 6 31.35 6.06

    p < 0.05

  • 52

    Jadual 4.2.7 menerangkan dapatan mengenai perbandingan komposisi lemak

    badan murid tahun 4 hingga tahun 6 yang dipilih secara rawak untuk melalui ujian

    ukurlilitt tricep yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jitra. 21.1 skor min dan

    3.79 ialah sisihan piawai murid tahun 4. Bagi murid tahun 5, skor min 21.35 dan 3.9

    untuk sisihan piawai. Manakala, bagi murid tahun 6, skor min 23.51 dan sisihan piawai

    5.34. Hasil bagi ujian ini menerangkan bahawa nilai p = 0.176 di mana p < 0.05 adalah

    tidak signifikan. Dengan ini hipotesis kajian tujuh adalah diterima kerana ia menunjukkan

    tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui ujian

    ukurlilit di bahagian tricep pada murid Tahap Dua.

    Jadual 4.2.7:

    Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Ukurlilit Tricep

    Tahun Min Sisihan Piawai Signifikan

    Tahun 4 21.1 3.79

    Tahun 5 21.35 3.97 0.176

    Tahun 6 23.51 5.34

    P < 0.05

  • 53

    Jadual 4.2.8 di bawah menyatakan mengenai dapatan perbandingan komposisi

    lemak badan murid Tahap Dua yang terdiri daripada tahun 4, 5 dan 6 yang dipilih secara

    rawak untuk melalui ujian ukurlilit femur. Murid tahun 4, skor min = 7.04 dan 1.36 =

    sisihan piawai. Bagi murid tahun 5, skor min 7.20 dan 1.36 untuk sisihan piawai.

    Manakala, bagi murid tahun 6, skor min = 7.04 dan sisihan piawai = 1.37. Hasil bagi ujian

    ini menerangkan bahawa nilai p = 0.519 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan. Dengan

    ini hipotesis kajian lapan adalah diterima kerana ia menunjukkan tidak terdapat perbezaan

    yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui ujian ukurlilit di bahagian femur

    pada murid Tahap Dua.

    Jadual 4.2.8:

    Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian

    Ukurlilit Femur

    Tahun Min Sisihan Piawai Signifikan

    Tahun 4 7.04 1.36

    Tahun 5 7.20 1.36 0.519

    Tahun 6 7.53 1.37

    p < 0.05

  • 54

    Jadual 4.2.9 menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid Tahap

    Dua yang telah melalui ujian Ukurlilit Humerus. Mereka ini, terdiri daripada murid tahun

    4, t5 dan 6. Skor min murid tahun 4 ialah 5.42 dan 0.74 ialah sisihan piawai. Bagi murid

    tahun 5 pula, 5.25 ialah skor min dan 0.74 bagi sisihan piawai. Manakala bagi murid

    tahun 6, skor minnya ialah 5.58 dan sisihan piawai ialah 0.54. Nilai p = 0.440 di mana p <

    0.05 adalah tidak signifikan. Dengan ini hipotesis kajian sembilan adalah diterima kerana

    ia menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak

    melalui ujian ukurlilit di bahagian humerus pada murid Tahap Dua.

    Jadual 4.2.9:

    Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian

    Ukurlilit Humerus

    Tahun Min Sisihan Piawai Signfikan

    Tahun 4 5.42 1.04

    Tahun 5 5.25 0.74 0.440

    Tahun 6 5.58 0.54

    p < 0.05

  • 55

    4.2.10 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian Skinfold

    Tricep Dan Skinfold Subskapula (trisub).

    Jadual 4.2.10 menunjukkan dapatan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui

    ujian Skinfold Tricep dengan Skinfold Subskapula (trisub). Subjek bagi murid tahun 4

    menunjukkan skor min = 21.9, sisihan piawai = 14.26. Manakala bagi murid tahun 5 pula,

    skor min = 18.7 dan 13.83 = sisihan piawai. Seterusnya bagi murid tahun 6 skor min =

    29.65 dan 18.65 = sishan piawai. Nilai p = 0.86 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan.

    Oleh itu, hipotesis kajian sepuluh adalah diterima kerana ia menunjukkan, tidak terdapat

    perbezaan yang signifikan melalui antara ujian Skinfold Tricep dan Skinfold Subskapula

    pada murid Tahap Dua.

    .

    Jadual 4.2.10:

    Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian

    Skinfold Tricep + Skinfold Subskapula (trisub)

    Tahun Min Sisihan Piawai Signifikan

    Tahun 4 21.9 14.26

    Tahun 5 18.7 13.83 0.86

    Tahun 6 29.65 18.65

    p < 0.05

  • 56

    4.2.11 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian

    Skinfold Tricep dan Skinfold Subskapula (trisub).

    Jadual 4.2.11 menganalisis mengenai dapatan perbandingan komposisi lemak badan

    murid melalui ujian Skinfold Tricep + Skinfold Subskapula (trisub). Murid yang dipilih

    secara rawak ini terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6.Subjek bagi murid tahun 4

    menunjukkan skor min = 346.80, sisihan piawai = 430.99. Manakala bagi murid tahun 5

    pula, skor min = 269.70 dan 446.21 = sisihan piawai. Seterusnya bagi murid tahun 6 skor

    min = 609.65 dan 802.69 = sisihan piawai. Nilai p = 0.166 di mana p < 0.05 adalah tidak

    signifikan. Oleh itu, hipotesis kajian sebelas adalah diterima kerana ia menunjukkan, tidak

    terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui ujian yang

    dilakukan antara ujian skinfold tricep + skinfold subskapula (trisub) pada murid Tahap

    Dua.

    Jadual 4.2.11:

    Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Skinfold

    Tricep + Skinfold Subskapula (trisub)

    Tahun Min Sisihan Piawai Signifikan

    Tahun 4 346.80 430.99

    Tahun 5 269.70 446.21 0.166

    Tahun 6 609.65 802.69

    p < 0.05

  • 57

    4.3 Rumusan

    Berdasarkan analisis data yang telah dibuat secara keseluruhannya, keputusan kajian

    mendapati hanya komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold calf sahaja yang

    menunjukkan perbezaan yang signifikan. Bagi ujian-ujian yang lain, tidak terdapat

    perbezaan signifikan bagi murid Tahap Dua iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

    Perbincangan lanjut mengenai hasil kajian ini akan dilakukan secara lebih mendalam

    dalam bab yang seterusnya agar dapat dimanafaatkan bersama.

  • BAB 5

    PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan

    Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan analisis data dari bab 4. Segala maklumat

    diinterprestasikan melalui tiga bahagian iaitu perbincangan, rumusan dan cadangan.

    Bentuk fizikal manusia adalah berbeza di antara individu dengan individu yang lain.

    Melalui skop perbincangan, penyelidik menghuraikan kajian yang diperolehi dan

    mengemukakan beberapa cadangan yang sesuai dalam menyelesaikan masalah yang

    timbul hasil daripada kajian ini. Cadangan-cadangan tersebut boleh diaplikasikan oleh

    pengkaji, guru Sains Sukan atau guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

    yang berminat untuk mengkaji topik ini.

  • 59

    5.2 Perbincangan

    Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kompisisi lemak tubuh

    badan murid perempuan Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah.

    Subjek terdiri di kalangan murid perempuan di sekolah tersebut yang dipilih secara

    rawak.

    Kajian terkini telah menunjukkan bahawa masalah obesiti semakin menular.

    Pelbagai penyakit kronik yang berpunca daripada obesiti. Salah satu penyakit kronik yang

    dihidapi oleh mereka yang obes ini ialah penyakit jantung, diabetes dan beberapa masalah

    kesihatan yang lain.

    Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang itu obesiti atau

    lebihan lemak badan. Merujuk dalam kerangka kajian yang telah dihasilkan, terdapat 3

    punca yang boleh diklasifikasikan menjadi penyebab seseorang itu obes. Punca pertama

    ialah pemakanan, di mana pengambilan pemakanan yang tidak sihat contohnya seperti

    pengambilan makanan ringan yang berlebihan secara tidak teratur yang diamalkan oleh

    keluarga di rumah dan diri sendiri. Selain itu, amalan pemakanan yang tidak dijaga juga

    boleh menjadi punca kepada masalah ini.

    Menurut Dietz (1998), masalah obes yang dialami oleh kanak-kanak akan

    berterusan hingga ke alam remaja. Mereka yang mengalami obesiti ini mempunyai gaya

    pemikiran yang tidak sihat iaitu dengan selalu menyalahkan diri sendiri. Mengikut beliau,

    kadar kematian juga tinggi di kalangan mereka yang mengalami obes ini.

  • 60

    Punca seterusnya ialah gaya hidup yang kurang sihat dengan tidak mengamalkan

    aktiviti senaman dan aktiviti-aktiviti luar. Menurut Bouchard (2000), kanak-kanak yang

    obes akan merasa rendah diri dan tidak minat untuk bergaul dengan kanak-kanak lain

    kerana mempunyai saiz badan yang besar. Mengikut beliau, kanak-kanak ini takut

    diketawakan oleh kanak-kanak lain yang mempunyai saiz badan jauh lebih kecil

    berbanding saiz badan kanak-kanak obes.

    Punca terakhir ialah melalui media elektronik dan percetakan. Peranan media

    elektronik dan percetakan juga memainkan yang penting. Maklumat-maklumat mengenai

    keburukan tentang bahayanya obesiti atau berat badan yang berlebihan perlu didedahkan

    dan disebarkan.

    Menurut Dietz (1998), beliau telah mengemukakan beberapa masalah kesihatan

    yang dialami oleh kanak-kanak yang obes. Beliau menggariskan beberapa penyakit akibat

    obes iaitu; growth, hyperlipidemia, glucose intolerance, hepatic steatosis and

    cholelithasis, hypertension, pseudotumor cerebri, sleep apnea, orthopedic complications,

    and ploycystic ovary diease.

    Menurut Bouchard (2000), beliau telah menyenaraikan beberapa masalah penyakit

    kronik yang dihadapi oleh mereka yang obes dan berat badan yang berlebihan. Penyakit

    seperti penyakit jantung, diabetes mellitus, hypertension dan beberapa masalah kesihatan

    lain adalah disebabkan oleh masalah obesiti dan berat badan yang berlebihan.

  • 61

    Menurut Must dan Strauss (1999), remaja yang obes mempunyai masalah

    psikologi dalaman. Keadaan yang dialami oleh remaja ini adalah berpunca daripada

    genetik keluarga remaja berkenaan. Menurut mereka risiko untuk mendapat penyakit

    kronik adalah tinggi contohnya; seperti penyakit jantung, penyakit diabetes kedua, sleep

    apnea, hyperlipidemia, gall bladder, osteoarthritis, dan penyakit kanser yang tertentu.

    Berdasarkan tinjuan yang telah dijalankan oleh Veugelers (2005) dan rakan-

    rakannya ke atas pelajar Gred Lima di Kanada iaitu The 2003 Childrens Lifestyle And

    School perf