proposal

Upload: norzawati-noordin

Post on 07-Mar-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh proposal kajian tindakan

TRANSCRIPT

PROPOSALKAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT,

JALAN TANJUNG BENDAHARA,

05300 ALOR SETAR, KEDAH.TAJUK :

TEKNIK AKeBaPi?Teknik Mudah Menjawab Soalan Penyelesaian Masalah

Bahagian C Kertas 2 Sains SPM

1511/2

Nama Penyelidik ;

NORZAWATI BINTI NOORDINSekolah Menengah Kebangsaan Convent,

Alor Setar, KedahRINGKASAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1. NAMA SEKOLAH :

2. KOD SEKOLAH :

3. NAMA PENYELIDIK :

4. TAJUK KAJIAN : 5. REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU:

6. FOKUS KAJIAN

Hasil daripada ujian pra dan temubual dengan murid, murid mempunyai tanggapan bahawa Bahagian C Kertas 2 adalah susah. Acapkali soalan-soalan di bahagian tersebut tidak dijawab dan ditinggalkaan tanpa jawapan. Ini amatlah merugikan kerana bahagian tersebut menyumbangkan 20 markah. Soalan penyelesaian masalah membantu menyumbangkan 6 daripada 20 markah.Masalah yang saya fokuskan untuk kajian ialah mencari teknik terbaik bagi memastikan murid berfikir secara analitis dan kreatif dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.Jika masalah ini diatasi, maka:a. Pelajar akan mendapati sains lebih mudah

b. Pelajar boleh menjawab soalan peperiksaan SPM dengan baik

c. Pencapaian pelajar dalam Sains akan meningkat

7. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am:

Membantu meningkatkan pencapaian markah Sains pelajar dan peratus lulus Sains SPM sekolah.

Objektif Khusus:

Pada akhir kajian ini, pelajar-pelajar akan dapat:-

i) Memahami bentuk soalan dalam soalan berbentuk penyelesaian masalah

ii) Berfikir secara analitis dan kreatif dalam menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah

iii) Memperolehi sekurang-kurangnya 6 daripada 20 markah Bahagian C8. KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 28 orang pelajar tingkatan 5 Ehsan. Kelas ini merupakan kelas kelima daripada enam kelas tingkatan 5.9. PROSEDUR KAJIAN9.1 TINJAUAN AWAL

i. Analisis dokumen Peperiksaan pertengahan tahun 2013 dan ujian praii. Temubual Guru berbincang dengan murid tentang pandangan mereka berkaitan soalan di Bahagian C. 9.2 CADANGAN TINDAKAN INTERVENSI AKTIVITI 1 : KEMAHIRAN AKeBaPi?Sebelum dapat memberikan jawapan yang tepat bagi soalan penyelesaian masalah, murid mesti memahami bentuk soalan yang dikemukakan. Oleh itu, langkah awal dalam kajian ini ialah menggalakkan murid memahami maksud soalan. Murid diberikan kemahiran AKeBaPi?. A Ke Ba- Pi - ? mempunyai maksud tersendiri. Kemudian murid melabel setiap soalan dengan simbol A Ke Ba- Pi - ?. AKTIVITI 2: PENGGUNAAN TEKNIK AKeBaPi? DALAM SOALANSetelah murid memahami maksud setiap soalan, murid akan mula mencari jawapan dengan berfikir secara analitis dan kreatif. Murid akan menjawab soalan langkah demi langkah dengan menggunakan jadual yang diberikan. AKTIVITI 3: LATIH TUBI

Apabila murid telah membiasakan diri dengan penggunaan jadual dalam Teknik AKeBapi?, murid akan meneruskan latih tubi menjawab soalan tanpa jadual. Murid masih dikehendaki melabel setiap soalan dengan A Ke Ba- Pi - ?. 9.3 PENILAIAN TINDAKAN INTERVENSI Penilaian akan dibuat melalui Ujian Pasca serta pemerhatian terhadap motivasi dan sikap pelajar sepanjang pelajar melakukan aktiviti.10. JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

BilPerkaraMinggu

123456

1Ujian Pra X

2Analisis Ujian PraX

3Aktiviti 1, 2 dan 3X

5Ujian PascaX

6Analisis Ujian PascaX

7LaporanXX

Tandatangan Pengetua:

Nama Pengetua: Pn Zaini Bt Kamaruddin

Tarikh:

Cop Sekolah:SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT ALOR SETAR

KEB 2098

NORZAWATI BINTI NOORDIN

TEKNIK AKeBaPi?

Setelah menyelesaikan kajian tindakan tentang teknik menjawab Bahagian A Kertas 2 pada tahun lepas, saya telah mempunyai keinginan untuk menjalankan kajian tindakan berkaitan teknik menjawab Bahagian C pada tahun ini. Dengan memfokuskan soalan penyelesaian masalah dalam bahagian C, saya telah menguji murid-murid dengan satu set soalan pra. Kelas sasaran saya ialah kelas 5 Ehsan yang merupakan kelas yang lemah dalam Sains. Setelah menganalisis ujian pra tesebut saya mendapati murid kurang berfikir dengan lebih analitis dan kreatif dalam menjawab soalan. Murid sekadar memberikan jawapan tetapi tidak berfikir bersungguh-sungguh tentang jawapan tersebut. Terdapat juga kadangkala murid tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Adalah amat merugikan jika murid tidak menjawab soalan tersebut dengan baik memandangkan kebanyakan soalan yang dikemukakan dalam bahagian tersebut lebih kepada soalan yang melibatkan pengetahuan umum yang dikaitkan dengan pengetahuan Sains. Jadi saya menggunakan Teknik AKeBaPi? bagi membantu murid memahami soalan seterusnya berfikir secara tersusun.

PAGE 1