proposal

8
KERTAS CADANGAN KAJIAN TEMA : SISTEM PENDIDIKAN TAJUK : SEJARAH PENUBUHAN DAN SUMBANGAN PERMAINAN BOLA KERANJANG DI SM SAINT PAUL BEAUFORT DARI TAHUN 2000 SEHINGGA 2014

Upload: muhammad-hafizuddin

Post on 25-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Aniu

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal

KERTAS CADANGAN KAJIAN

TEMA : SISTEM PENDIDIKAN

TAJUK :

SEJARAH PENUBUHAN DAN SUMBANGAN PERMAINAN

BOLA KERANJANG DI SM SAINT PAUL BEAUFORT

DARI TAHUN 2000 SEHINGGA 2014

Page 2: Proposal

PENGENALAN

Permainan bola keranjang telah dicipta oleh Dr. James Naismith pada tahun 1892.

Beliau merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda

Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan di Kesihatan di Kolej Springfield. Permainan

ini mendapat sambutan orang ramai melalui penerbitan di surat khabar sekolah,. Tidak

lama kemudian, permainan ini dimainkan oleh pasukan Pertubuhan Belia Pemuda

Kristian, sekolah menengah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika

Syarikat dan Kanada. Permainan bola keranjang berlangsung di gimnasium Pertubuhan

Belia Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja

yang dibabitkan dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya

separuh saiz gelanggang National Basketball Association.

Page 3: Proposal

OBJEKTIF KAJIAN

i. Memenuhi keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kerja Kursus

(Kerja Projek ) : Sejarah KERTAS 4 STPM

(940/4) Sesi 2014-2015

ii. Mengkaji sejarah penubuhan permainan bola keranjang di SM Saint Paul

Beaufort

iii. Mengkaji sumbangan permainan bola keranjang di SM Saint Paul Beaufort

PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan seperti berikut :

i. Apakah sumbangan permainan bola keranjang kepada SM Saint Paul Beaufort.

ii. Apakah perkembangan bola keranjang di SM Saint Paul Beaufort.

iii. Bagaimanakah permainan bola keranjang bermula di SM Saint Paul Beaufort.

KEPENTINGAN KAJIAN

Terdapat beberapa kepentingan kajian ini dilakukan iaitu :

i. Meningkatkan kemahiran penyelidikan dan kajian dalam kalangan pelajar tingkatan

6.

ii. Mengkaji sumbangan permainan bola keranjang kepada SM Saint Paul Beaufort dari

tahun 2000 sehingga tahun 2014.

Page 4: Proposal

iii. Mengkaji sejarah penubuhan permainan bola keranjang di SM Saint Paul Beaufort.

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini ialah mengkaji sejarah penubuhan di SM Saint Paul Beaufort. Kajian ini

juga untuk mengkaji sumbangan permainan bola keranjang kepada SM Saint Paul

Beaufort.

KAJIAN TERDAHULU

Page 5: Proposal

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini melibatkan rujukan di laman sesawang bagi mengumpul maklumat yang

relevan tentang sejarah permainan bola keranjang. Bagi mengukuhkan lagi sumber

kajian, kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat lisan daripada guru-

guru yang berkhidmat lama di sekolah SM Saint Paul Beaufort.

STRUKTUR ESEI ILMIAH

Esei ilmiah ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu :

i. Bahagian pengenalan akan membincangkan sejarah permainan bola keranjang di SM

Saint Beaufort secara menyeluruh dan ringkas.

ii. Bahagian isi akan dibahagikan kepada tiga aspek utama :

a. Sumbangan permainan bola keranjang kepada SM Saint Paul Beaufort

b. Sejarah penubuhan permainan bola keranjang

iii. Bahagian kesimpulan aka menyimpulkan hasil kajian yang telah dibuat berdasarkan

hasil pembacaan, analisis fakta sumber primer dan sekunder serta dapatan hasil daripada

maklum balas borang soal selidik dengan beberapa orang responden.

Page 6: Proposal

KESIMPULAN

Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pengayaan bahan sejarah penubuhan

permainan bola keranjang di SM Saint Paul Beaufort dan megetahui sumbangan-

sumbangan permainan bola keranjang kepada SM Saint Paul Beaufort.