proposal

31
PERLAKSANAAN TRANSAKSI HARTANAH DI INSTITUSI KEWANGAN ISLAM: SATU KAJIAN TERHADAP PERMAKAIAN EKUITI DALAM UNDANG-UNDANG TANAH DI MALAYSIA METODOLOGI PENYELIDIKAN UUUK 6215 NAMA PELAJAR: ASMA’ BINTI BHARUN NAROSID NO. MATRIK: P 77970

Upload: sweeties-shinchan

Post on 09-Nov-2015

258 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ekuiti tanah dan perbankan islam

TRANSCRIPT

PERLAKSANAAN TRANSAKSI HARTANAH DI INSTITUSI KEWANGAN ISLAM: SATU KAJIAN TERHADAP PERMAKAIAN EKUITI DALAM UNDANG-UNDANG TANAH DI MALAYSIA

METODOLOGI PENYELIDIKANUUUK 6215

NAMA PELAJAR: ASMA BINTI BHARUN NAROSID NO. MATRIK: P 77970 NAMA PENSYARAH: DR. ROHANI ABDUL RAHIM

BAB 1: PENGENALANPendahuluanMalaysia merupakan satu negara Islam yang mempunyai perundangan yang bersumberkan dari Undang-Undang Sivil atau common law dan Undang-Undang Syariah. Bagaimanapun pada mulanya, sumber perundangan hanyalah dari undang-undang Islam dan adat melayu sehinggalah Inggeris mula bertapak di Malaysia[footnoteRef:1] . Ini termasuklah dalam perundangan tanah di Malaysia. Pada awal perundangan tanah Malaysia sebelum kedatangan Inggeris ialah melalui adat tempatan iaitu Adat Perpatih dan Adat Termenggung serta undang-undang Islam. Sering juga undang-undang Islam mempengaruhi sistem adat yang dijalankan di Malaysia. [1: Pada ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu.]

Pemilikan tanah dan urusniaga tanah dalam Islam adalah dua skop yang berbeza. Dimana urusniaga tidak dimasukkan dalam konteks pemilikan, tetapi dimasukkan di dalam konteks muamalat. Iaitu transaksi antara dua pihak yang melibatkan pertukaran barang sama ada melalui pajakan, sewaan, jual beli, gadaian dan sebagainya. Muamalat dari sudut bahasa ialah perhubungan. Manakala dari segi istilah ialah urusan seharian manusia yang berkaitan dengan aspek ekonomi dan sosial. Dalam erti kata yang lain muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia termasuk aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial. Muamalat dalam bidang ekonomi pula ialah yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Segala harta yang ada di alam ini sama ada di muka bumi, di laut adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dianugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.Pada masa kini, transaksi hartanah Islam telah mula dikembangkan oleh Institusi Kewangan Islam (Pembankan Islam). Malaysia adalah salah sebuah negara Islam yang menjalankan sistem perbankan Islam semenjak tertubuhnya bank Islam yang pertama di Malaysia iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada Julai 1983 yang menjadi panduan untuk mewujudkan suatu sistem perbankan Islam yang lebih dinamik pada masa hadapan. Perbankan Islam adalah satu amalan perbankan yang berdasarkan kepada undang-undang syariah yang merangkumi fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan adalah berlandaskan al-quran dan sunnah serta sumber-sumber yang lain seperti pendapat ulama mujtahid tentang hukum syariah atau lebih dikenali sebagai ijmak ulama,qias dan juga ijtihad.[footnoteRef:2] [2: Wan Jemizan Wan Deraman, Konsep Pemilikan Dalam Islam, Utusan Malaysia Online,12 Mei 2012.]

Ekuiti dalam urusniaga tanah bermaksud saksama atau adil, yang diberikan kepada pihak-pihak yang memiliki kepentingan atas sesebuah tanah akan tetapi tidak mendaftarkan urusniaga tersebut.Kanun Tanah Negara[footnoteRef:3] 1965, mengiktiraf urusniaga berasaskan ekuiti seperti hak milik ekuiti, pajakan ekuiti, penyewaan dengan ekuiti, lien dan gadaian ekuiti. Urusniaga berasaskan ekuiti adalah urusniaga yang bersandarkan kontrak semata-mata kerana ia tidak didaftarkan mengikut prosedur undang-undang tanah. Keengganan mematuhi kehendak statut menjadikan sesuatu transaksi itu batal, melainkan transaksi itu boleh dianggap telah mewujudkan satu kepentingan yang sah di sisi ekuiti. [3: Akan dinyatakan sebagai KTN selepas ini.]

Seksyen 205 KTN menetapkan bahawa kontrak hartanah ini hanya boleh dilakukan oleh pihak yang layak menerima pelupusan tanah di bawah seksyen 43 KTN iaitu orang dewasa, perbadanan, raja dan kerajaan serta bahan yang diberikuasa oleh undang-undang bagi memiliki tanah. Pihak-pihak yang tidak layak memiliki tanah adalah tidak layak terlibat dalam urusniaga tanah.[footnoteRef:4] [4: Muhammad Fathi Yusof (2006), Soal Jawab Undang-Undang Kontrak, Siri Undang-Undang:Kuala Lumpur, h:200.]

Dalam penulisan ini, penulis akan mengupas mengenai perlaksanaan transaksi hartanah di Institusi Kewangan Islam terhadap pemakaian ekuiti dalam undang-undang tanah di Malaysia. Transaksi tanah dalam perundangan Islam akan diteliti melalui urusniaga yang berkaitan tanah yang dijalankan oleh perbankan Islam dengan menggunakan pelbagai jenis produk yang telah dikemaskini. Produk-produk ini bersumberkan dari perundangan Islam serta amalan masyarakat Islam pada zaman dahulu yang diolah mengikut peredaran zaman.

Latar Belakang Masalah KajianKanun Tanah Negara adalah salah satu undang-undang yang sangat kompleks. Ini kerana, di dalam Akta inilah segala penerangan atau makluman bagaimana sesuatu tanah itu diuruskan, dipindahmilik dan ditadbir disatukan di bawah satu Akta, iaitu Kanun Tanah Negara 1965. Dalam KTN, sistem Torrens telah digunapakai sebagai dasar dalam Akta ini. Sistem Torrens ini menekankan prinsip daftar adalah segala-galanya. Ini bermaksud, setiap pemilikan tanah itu wujudnya hak milik yang tidak boleh sangkal bagi pemilik tanah berdaftar atau pemilik kepentingan tanah berdaftar seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 340 KTN. Akan tetapi, seksyen 340(2) memperuntukan pengecualian kepada hak milik tidak boleh sangkal seperti adanya elemen fraud, salah nyata, pemalsuan, suratcara yang tidak lengkap, suratcara yang terbatal dan pemilikan yang tidak sempurna.Walaupun prinsip daftar adalah segala-galanya yang digunapakai,namun KTN juga tidak meminggirkan konsep ekuiti dalam urusniaga sebelum KTN dikuatkuasakan. Maka tidak syak lagi bahawa urusniaga ekuiti ini dipakai disamping sistem Torrens walaupun pada dasarnya sistem Torrens itu menekankan prinsip daftar adalah segala-galanya. Bermula dari kes Wilkins lwn Kannamal sehinggalah kes Mahadewan s/o Mahalingam lwn Manila & Sons. Kes yang terkini iaitu kes Hong Leong Bank Bhd lwn Goh Sin Khai, hakim mahkamah masih manjawab isu mengenai kebolehterimaan konsep ekuiti ini dalam sistem Torrens yang dilaksanakan di Malaysia.Melalui peredaran zaman, urusniaga Islam mula mengusaha kaedah pemilikan tanah di Malaysia. Produk-produk perbankan Islam mula diperkenalkan dimana produk-produk ini berlandaskan kepada konsep syariah dan perundangan Islam. Pemilikan tanah melalui penguasahaan di atas sesebuah tanah mati sudah tidak diiktiraf setelah wujud perundangan Inggeris. Islam adalah agama yang sempurna dan lengkap. Ia meliputi semua aspek termasuklah dalam bab urusniaga tanah. Urusniaga tanah dalam perundangan Islam bermula dengan pesatnya selepas pemerintahan Rasulullah S.A.W. Akibat dari peredaran zaman, beberapa kaedah urusniaga tanah melalui produk perbankan Islam mula diperkenalkan. Oleh hal yang demikian, jelas bahawa urusniaga tanah yang dibawa dalam konsep perundangan Islam dan urusniaga di bawah KTN adalah berbeza. Tanah adalah satu aset yang boleh dimiliki sama ada dalam KTN mahupun dalam perundangan Islam. Ianya adalah hak kepada manusia untuk membangunkan dan memiliki tanah dan hak ini adalah diakui dibawah KTN dan dibawah perundangan Islam itu sendiri.

Pernyataan MasalahDi dalam sistem Torrens, daftar adalah wajib dan penting bagi memberikan kepentingan dan hak ke atas pemilik sebenar tanah tersebut. Walaubagaimanapun, KTN masih mengiktirafkan beberapa urusniaga ekuiti dan kelonggaran dalam pendaftaran seperti sewaan bebas daftaran serta urusniaga yang wajib didaftarkan seperti isemen. Akan tetapi, KTN tidak menyenaraikan klausa bagi urusniaga tanah berasaskan produk perbankan Islam yang diiktiraf dalam perundangan Islam. Pemakaian konsep ekuiti bagi transaksi hartanah Islam ini juga tidak banyak dipersoalkan dan diutarakan pemahamannya di khalayak ramai. Begitu juga dengan perlaksanaaan transaksi hartanah yang diperkenalkan oleh Institusi Kewangan Islam.

Persoalan Kajian1. Apakah jenis transaksi hartanah dalam perundangan Islam?2. Apakah jenis-jenis produk perbankan Islam yang digunapakai dalam transaksi tanah?3. Adakah pemakaian konsep ekuiti dalam KTN turut dijalankan dalam produk transaksi tanah perbankan Islam?4. Bagaimanakah perlaksanaan transaksi hartanah Islam dalam pemakaian ekuiti dalam undang-undang tanah di Malaysia?Objektif KajianObjektif kajian ini adalah untuk:1. Memahami konsep transaksi hartanah dalam perundangan Islam.2. Mengenalpasti konsep ekuiti di bawah KTN. 3. Mengkaji perlaksanaan transaksi hartanah Islam terhadap permakaian ekuiti dalam KTN. 4. Membuat kesimpulan dan cadangan yang wajar kepada pihak yang terbabit berdasarkan kepada hasil dari kajian ini.

Kepentingan KajianKajian ini bertujuan untuk: 1. Membantu masyarakat di Malaysia amnya tentang maksud dan perlaksanaan transaksi hartanah Islam terhadap ekuiti dalam urusniaga tanah di Malaysia. 2. Membantu masyarakat dalam memahami konsep ekuiti yang digunapakai di bawah KTN. 3. Memperlihatkan kepada masyarakat mengenai transaksi tanah di bawah perundangan Islam serta pemakaian ekuiti bawah transaksi ini.4. Membantu menambah khazanah penulisan mengenai urusniaga ekuiti tanah dan transaksi tanah Islam.

Skop KajianDalam melaksanakan kajian ini, penulis telah memulakan dengan meneliti konsep ekuiti di bawah KTN serta transaksi tanah dalam perundangan Islam. Konsep ini akan ditinjau berdasarkan seksyen yang diperuntukan dan definisi yang ditakrifkan di bawah KTN dan melalui produk-produk perbankan Islam yang berlandaskan hukum syarak. Selain itu, skop kajian yang utama adalah mengkaji konsep ekuiti dalam urusniaga tanah yang diaplikasikan di Malaysia serta pemakaiannya dalam transaksi tanah di bawah peundangan Islam. Penulis juga akan menganalisis kes-kes berkaitan urusniaga ekuiti tanah bagi memperlihatkan pandangan serta penghakiman hakim-hakim mengenai kes tersebut.

Sorotan LiteraturBidang kajian ini adalah berkaitan konsep ekuiti di bawah undang-undang tanah di Malaysia dan transaksi hartanah Islam. Beberapa penulisan yang terdahulu telah dirujuk bagi membantu dalam memahami konsep ekuiti dan transaksi hartanah Islam.Penulis membahagikan kepada dua kumpulan penulisan. Ini kerana kajian ini memperlihatkan kepada dua skop yang berbeza iaitu ekuiti dan transaksi hartanah Islam. Ekuiti adalah satu konsep yang diiktiraf oleh common law dalam perundangan tanah di Malaysia. Manakala transaksi hartanah Islam pula adalah salah satu konsep yang berlandaskan undang-undang syarak. Dalam mencari maklumat mengenai ekuiti di bawah KTN, penulis telah merujuk beberapa penulisan mengenai urusniaga tanah bawah KTN yang memperjelaskan lagi mengenai konsep ekuiti di bawah KTN.

1)Judith E. Sihombing, National Land Code:A Commentary, (Kuala Lumpur: Malayan Law Journal, 1981).Dalam buku ini, penulis telah membahagikan tajuk-tajuk bermula dari sejarah undang-undang tanah di Malaysia sehinggalah kepada urusniaga yang melibatkan ekuiti dalam KTN. Penulis telah menerangkan dengan spesifik perundangan yang digunapakai di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris lagi. Penulis juga telah menerangkan dengan jelas pelaksanaan sistem Torrens yang mulanya diperkenalkan di NMB pada tahun 1911 sehinggalah diseragamkan di seluruh Tanah Melayu dan membawa kepada pemakaian konsep ekuiti.2)Haji Salleh Haji Buang, Ke Arah PengIslaman Kanun Tanah Negara dalam Makalah Undang-Undang Menghormati Ahmad Ibrahim, (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1988)Dalam jurnal ini, penulis telah menjelaskan mengenai ciri-ciri undang-undang Islam sebelum sistem Torrens diperkenalkan di Tanah Melayu. Penulis juga telah menerangkan mengenai transaksi hartanah Islam dalam perundangan Islam yang telah dimansuhkan oleh KTN iaitu jual janji. Jual janji atau dikenali sebagai bay al wafa dinyatakan dalam Majjalah al-Ahkam al-Adliyyah:1. Sebagai urusniaga jual beli yang sah kerana pembeli menerima manfaat daripada benda atau harta yang dijual.2. Sebagai satu urusniaga jual beli yang fasid kerana kedua-dua piha boleh membatalkannya.3. Sebagai urusniaga jenis gadaian (rahn) kerana semasa perjanjian tersebut masih berkuatkuasa, pembeli adalah ditegah daripada menjualnya kepada orang lain.3)Mazlina Madon, Konsep Ekuiti: Kajian Dari Perspektif Islam, (Kuala Lumpur:Universiti Malaya, 2003)Penulis dalam latihan ilmiahnya menjelaskan mengenai maksud dan konsep ekuiti serta pandangan perundangan Islam mengenai konsep ini. Penulis juga telah menjelaskan sejarah perundangan tanah Islam bermula dari zaman Rasulullah S.A.W lagi hinggalah ke zaman Othmaniah. Penulis juga telah mencari maklumat yang menerangkan mengenai urusniaga tanah Islam atau transaksi tanah Islam dalam beberapa penulisan.1)BIMB Institude Of Research And Training (BIRT), Konsep Syariah Dalam Sistem Perbankan Islam 1998.Buku ini menyenaraikan urusniaga yang berlandaskan konsep syariah dan diperkenalkan oleh perbankan Islam pada masa kini. Dalam buku ini, beberapa konsep baru dan kaedah baru untuk produk-produk perbankan Islam telah dimasukkan dalam buku ini. Buku ini memperjelaskan mengenai transaksi tanah yang baru mengikut peundangan Islam yang bersesuaian dengan masa sekarang.2)Nik Norzul Thani, Mohamed Ridza Mohamed Abdullah, Megat Hizaini Hassan, Law And Practice Of Islamic Finance Banking And Finance, (Malaysia:Sweet & Maxwell Asia, 2010)Buku ini menggabungkan tiga pakar dalam perbankan dan kewangan Islam. Penulis-penulis dalam buku ini menerangkan lebih lanjut bagaimana produk perbankan Islam diaplikasikan di Malaysia dalam pembelian hartanah termasuklah tanah. Dalam buku ini juga, diterangkan dokumentasi bagi setiap produk perbankan dalam urusniaga hartanah.3)Razali Nawawi, Urusniaga Harta Dalam Islam dalam Persidangan Kebangsaan Undang-Undang Harta Dalam Islam pada 18 19 Mac 1989.Penulis dalam artikelnya menerangkan bagaimana ulama fiqh terdahulu mengkategorikan hukum dalam urusniaga-urusniaga yang diamalkan pada zaman dahulu. Penulis telah mengutarakan bahawa ulama fiqh tidak memfokuskan mengenai urusniaga tanah, hanya sebahagian ulama yang masih memandang urusniaga ini dalam memberi hukum. 4)Azfar Hafizullah Zainal Abidin, Pemahaman Masyarakat Tentang Sistem Perbankan Islam:Kajian Di Universiti Malaya, (Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2012)Kajian ilmiah ini menyenaraikan produk-produk perbankan Islam yang diaplikasikan di Malaysia sekarang. Penulis telah menerangkan serba sedikit mengenai produk-produk tersebut dan sebahagian dari produk-produk tersebut digunapakai dalam transaksi tanah pada zaman sekarang.Penulisan-penulisan ini membantu penulis dalam memahami konsep urusniaga tanah dan produk-produk perbankan yang digunakan dalam transaksi tanah Islam. Justeru, kajian penulis akan cuba memenuhi perkara yang tidak diterangkan dalam penulisan-penulisan terdahulu dengan skop yang ditetapkan.

Metodologi KajianMetodologi berasal daripada perkataan Greek dan ia terdiri daripada perkataan meta yang bermaksud dengan dan odos yang bermaksud jalan. Manakala logos bermaksud ilmu atau aliran. Dan ini diterjemah sebagai ilmu dengan jalan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, metodologi bermaksud ilmu tentang metod atau sistem yang merangkum kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan. Perkataan etode pula ialah cara melakukan atau sistem. Metodologi juga bermaksud sains atau kajian mengenai kaedah terutama dalam bidang ilmiah dan ia juga ditafsirkan sebagai suatu ilmu mengenai kajian dalam mentadbir sesutau bagi mencapai matlamat yang dirancang.Penulis telah menggunakan kaedah temubual. Melalui kaedah temubual ini, penulis telah mengadakan temubual dengan Pengurus Bank Islam Cawangan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.Dalam kajian ini juga penulis telah menggunakan kajian kepustakaan. Melalui kajian ke pustakaan ini, penulis telah membuat kajian menerusi bahan-bahan bacaan seperti buku, artikel, jurnal dan latihan ilmiah yang terdahulu. Antara perpustakaan yang menjadi tempat rujukan utama penulis adalah seperti: 1.Perpustakaan Utama, Universiti Malaya.2.Perpustakaan Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya.3.Perpustakaan Undang-Undang, Universiti Malaya.4.Perpustakaan Peringatan Zaba, Universiti Malaya.5.Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.Selain itu, penulis juga merujuk kepada buku-buku yang digunapakai semasa mengambil subjek undang-undang tanah. Penulis juga telah menggunakan kemudahan teknologi maklumat untuk mencari data-data yang tidak dijumpai di perpustakaan. Penggunaan teknologi ini banyak membantu penulis.Penyelidikan kepustakaan ini dijalankan adalah untuk mendapatkan data-data primer yang lengkap dan tepat untuk memenuhi keperluan tajuk latihan ilmiah ini. Penyelidikan ini terbahagi kepada beberapa peringkat, iaitu:1.Metod Historis. Metod ini berdasarkan kajian kepada sumber sejarah. Ia bersifat deskriptif dan ditulis secara kronologis. Penulis telah meneroka masa lampau sejarah KTN bermula dari common law yang diperkenalkan di Pulau Pinang serta sejarah bermulanya permakaian sistem Torrens di Tanah Melayu sehingga konsep ekuiti diiktiraf di Malaysia. Penulis juga menggunakan kaedah ini dalam kajian sejarah perundangan Islam dalam perihal tanah bermula dari zaman Rasulullah S.A.W, amalan Khulafa Al-Rasyidin dan seterusnya.2.Metod Pengumpulan Data. Pengumpulan data yang dibuat melalui beberapa sumber melibatkan beberapa metod. Segala sumber sama ada primer atau sekunder dikumpulkan secara sistematik mengikut metod tersebut. Untuk tujuan itu, dikemukakan metod pengumpulan data. Dalam penulisan ini, penulis telah menggunakan satu sahaja metod pengumpulan data iaitu dokumentasi. Ia bermaksud cara pengumpulan data dengan melakukan kajian terhadap dokumen-dokumen yang berkaitan dengannya. Dokumen merupakan bahan-bahan bertulis yang dapat memberikan pelbagai keterangan. Antara rujukan-rujukan yang digunakan dalam kajian ini ialah al-Quran, hadis, buku-buku, risalah-risalah dan akhbar-akhbar.Metod AnalisisSetelah penulis mengumpulkan hasil daripada data-data dan maklumat-maklumat yang diperolehi melalui beberapa metod yang dipilih, seterusnya penulis menggunakan beberapa metod yang lain bagi menganalisis data dan maklumat tersebut. Antara metod yang digunakan oleh penulis dalam menganalisis data-data tersebut adalah:1.Deduktif. Metod ini bermaksud bahawa seseorang penulis menggunakan teori atau gagasan fikiran yang sedia ada atau dibentuknya sendiri berasaskan pemikiran atau pengalaman tertentu untuk melihat fenomena yang berlaku. Sebagai contoh, dalam kajian ini penulis menggunakan kaedah berkenaan undang-undang tanah di Malaysia untuk melihat urusniaga tanah bawah KTN dan urusniaga tanah bawah perundangan Islam serta konsep ekuiti.2.Induktif. Metod induktif merujuk kepada proses penghuraian yang membawa kepada pencapaian sesuatu kesimpulan daripada fakta-fakta atau maklumat-maklumat yang bersifat khusus. Oleh itu, metod induktif ini merupakan metod bagi menganalisis data kajian melalui pola berfikir dengan membenarkan perkara-perkara yang bersifat khusus bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk membuat kesimpulan dan rumusan terhadap kajian yang dibuat.Sistematika PenulisanKajian yang dilakukan ini adalah satu kajian mengenai perlaksanaan transaksi hartanah Islam di Malaysia terhadap konsep ekuiti di bawah KTN. Kajian ini meliputi lima bab. Bab pertama akan membincangkan kaedah dan latar belakang kajian ini. Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan mengenai penerangan tentang latar belakang kajian, objektif kajian, skop kajian, metodologi penyelidikan yang digunakan. Penulis juga merujuk kajian lepas dan artikel yang terlah dibuat oleh penulis yang terdahulu. Dalam bab kedua, penulis membincangkan mengenai mengenai sejarah perundangan tanah Islam serta urusniaga tanah Islam dan produk perbankan Islam yang digunakan dalam transaksi tanah. Ini juga termasuklah definisi tanah itu sendiri menurut perundangan Islam. Bab ketiga, dalam bab ini juga penulis akan menghuraikan persoalan ekuiti bawah KTN perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ini termasuklah dengan definisi ekuiti, urusniaga yang boleh termasuk dalam ekuiti, dan keadaan ekuiti yang boleh diterima mengikut keputusan mahkamah. Penulis akan mengemukakan beberapa kes bagi mengupas lebih lanjut mengenai penghakiman mahkamah dalam memutuskan kes berkaitan ekuiti bagi memperlihatkan konsep ekuiti tersebut.Manakala di dalam bab keempat, penulis cuba mengupas dan memperlihatkan hasil kajian penulis iaitu perlaksanaan transaksi hartanah Islam terhadap konsep ekuiti di bawah KTN. Akhirnya, di bab lima, penulis akan membuat kesimpulan dan rumusan serta cadangan kepada pihak yang terbabit mengenai kajian yang dibuat. Bab ini adalah penutup dan cuba untuk mencapai objektif kajian yang telah dinyatakan oleh penulis dalam bab satu.

Organisasi Penulisan BabBAB 1 1.0Latar Belakang Masalah Kajian 2.0Pernyataan Masalah 3.0Persoalan Kajian 4.0Objektif Kajian 5.0Kepentingan Kajian 6.0Skop Kajian 7.0Sorotan Literature 8.0Metodologi Kajian 8.1Metode Analisis 9.0 Sistematika Penulisan BAB 2: SEJARAH PERUNDANGAN TANAH ISLAM DAN TRANSAKSI HARTANAH ISLAMPendahuluan 2.1 Definisi Tanah Dalam Islam 2.2 Sejarah Perundangan Tanah Islam 2.2.1 Zaman Rasulullah S.A.W Dan Khulafah Ar-Rasyidin 2.2.2 Zaman Kerajaan Othmaniah 2.3 Kedudukan Undang-Undang Tanah Islam Di Tanah Melayu 2.4 Transaksi Hartanah Dalam Perundangan Islam 2.4.1 Jual Beli 2.4.2 Jual Janji (Bay Bil Wafa) 2.4.3 Gadaian (Rahn) 2.4.4 Sewa 2.4.5 Sewa Jual 2.4.6 Pajakan 2.4.7 Hibah 2.4.8 Al-Ariyah 2.5 Produk Perbankan Islam Yang Digunapakai Dalam Transaksi Tanah Islam Pada Masa Kini 2.5.1 Bai Al-Murabahah 2.5.2 Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) 2.5.3 Al-Tawaruq 2.5.4 Al Ijarah Thumma Al-Bai Kesimpulan BAB 3: KONSEP EKUITI BAWAH KANUN TANAH NEGARA 1965Pendahuluan 3.1 Definisi Ekuiti 3.2 Pemakaian Konsep Ekuiti Dalam Urusniaga Tanah 3.3 Urusniaga Ekuiti Tanah KTN 3.3.1 Pindah Milik Ekuiti 3.3.2 Jual Beli Ekuiti 3.3.3 Pajakan Ekuiti 3.3.4 Sewaan Bergandingan Ekuiti 3.3.5 Gadaian Ekuiti 3.3.6 Lien Ekuiti 3.3.7 Isemen Ekuiti Kesimpulan BAB 4: PERLAKSANAAN TRANSAKSI HARTANAH DI INSTITUSI KEWANGAN ISLAM : SATU KAJIAN TERHADAP PERMAKAIAN EKUITI DALAM UNDANG-UNDANG TANAH DI MALAYSIA. Pendahuluan 4.1 Ekuiti Dalam Transaksi Hartanah Islam4.2 Analisis Perlaksanaan Transaksi Hartanah Islam Terhadap Permakaian Ekuiti Dalam Undang-Undang Tanah Di Malaysia. Kesimpulan BAB 6: RUMUSAN DAN CADANGANPendahuluan 5.1 Rumusan 5.1.1 Objektif Pertama: Memahami Konsep Transaksi Hartanah Dalam Perundangan Islam5.1.2 Objektif Kedua: Mengenalpasti Konsep Ekuiti Di Bawah KTN. 5.1.3 Objektif Ketiga: Mengkaji Perlaksanaan Transaksi Hartanah Islam Terhadap Permakaian Ekuiti Dalam KTN. 5.1.4 Objektif Keempat: Membuat kesimpulan dan cadangan yang wajar kepada pihak yang terbabit berdasarkan kepada hasil dari kajian ini.5.2 Cadangan Kesimpulan RujukanBahasa Melayu1. Ainul Jaria Maidin, Sharifah Zubaidah Syed Abdul Kadir, Bashiran Begum Haji Mobarak Ali, Principles Of Malayan Land Law, Malaysia: Malayan Law Journal Sdn Bhd, 2008.2. BIMB Institude Of Research And Training (BIRT), Konsep Syariah Dalam Sistem Pembankan Islam 1998. 3. H. Nasrun Haroen, Fiqh Muamalah, (Jakarta:Gaya Media Pratama, 2007)4. Haji Salleh Haji Buang, Undang-Undang Tanah Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1993.5. Joshua Kevin Sathiaseelan, Prinsip-Prinsip Penting Perundangan Tanah Di Malaysia, Malaysia: Gains Print Sdn. Bhd, 2006.6. Malayan Law Journal7. Mohd Zamro,Mohd Ridzuan Awang,Abdul Basir Mohamad,Md.Yazid Ahmad, Pengantar Undang-Undang Dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat Dan Wakaf Orang Islam Di Malaysian Selangor:Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008.8. Muhammad Fathi Yusof, Soal Jawab Undang-Undang Kontrak, Siri Undang-Undang: Kuala Lumpur, 2006.9. Yaacob Md. Akhir, Undang-Undang Sivil Islam, c. 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1984.Bahasa Arab1. Al-Quran2. Sabiq Al-Sayyid, Fiqh Al-Sunnah, jil.3.c.1.Beirut:Dar Al-Kitab Al-Arabi,1987.Bahasa Inggeris 1. Nik Norzul Thani, Mohamed Ridza Mohamed Abdullah, Megat Hizaini Hassan, Law And Practice Of Islamic Finance Banking And Finance, Malaysia:Sweet & Maxwell Asia, 2010 2. Judith E. Sihombing, National Land Code:A Commentary, Kuala Lumpur: Malayan Law Journal, 1981.Artikel 1. Haji Salleh Haji Buang, Ke Arah PengIslaman Kanun Tanah Negara dalam Makalah Undang-Undang Menghormati Ahmad Ibrahim, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1988.2. Nor Asiah Mohamad, The Possible Application Of The Islamic Principles Of Equity To Malaysian Land Law A Discussion , dalam Jurnal Syariah (2) 2008.3. Razali Nawawi, Urusniaga Harta Dalam Islam dalam Persidangan Kebangsaan Undang-Undang Harta Dalam Islam pada 18 19 Mac 19894. Rusnadewi Abdul Rashid, Memartabatkan Undang-Undang Islam Dalam Mahkamah Syariah Dalam Undang-Undang Tanah Di Malaysia, Perlis: Universiti Teknologi Mara, 2013.Latihan Ilmiah 1. Azfar Hafizullah Zainal Abidin, Pemahaman Masyarakat Tentang Sistem Pembankan Islam: Kajian Di Universiti Malaya, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2012.2. Noor Ashikin Hamid, Perolehan Dan Hakmilik Tanah Mengikut Islam Dan Perbandingannya Dengan Kanun Tanah Negara, Gombak: Universiti Islam Antarabangsa, 1992. 3. Mazlina Madon, Konsep Ekuiti: Kajian Dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur:Universiti Malaya, 2003.Laman Web1. http://www.bankIslam.com.my

Gerak Kerja