proposal
DESCRIPTION
proposal projekTRANSCRIPT
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Kerja konkrit merupakan kerja yang paling penting dalam sesuatu pembinaan
kerana lebih daripada 80% dalam struktur pembinaan adalah terdiri daripada konkrit.
Kualiti dan kuantiti bahan untuk membuat konkrit pada gred tertentu diperolehi dan
dikawal semasa bancuhan konkrit dilakukan. Konkrit merupakan sejenis bahan yang
dihasilkan daripada hasil gabungan simen ( cement ), batu baur halus ( fine aggregate ),
batu baur kasar ( coarse aggregate ) dan air mengikut nisbah tertentu.
Konkrit basah yang baru dibancuh akan melalui peringkat pembinaan yang
selanjutnya seperti mengangkut, menuang, memadat dan mengawet. Pengendalian yang
sempurna semasa peringkat pembinaan adalah sangat penting untuk mengelakkan
masalah yang boleh menyebabkan kemorosotan kualiti konkrit dan gagal memenuhi
sfesifikasi apabila konkrit menjadi keras.
Dalam penyelidikan ini, ujikaji utama ialah penggantian pasir kepada debu kuari
ke dalam konkrit. Debu kuari merupakan bahan buangan yang tidak berguna
kemudiannya dikitar semula sebagai bahan tambah atau suatu alternatif dalam
penghasilan konkrit.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Pengambilan debu kuari dilakukan sebagai langkah alternatif untuk
menggantikan pasir dalam kerja binaan konkrit. Debu kuari yang merupakan bahan
lengai dan bahan buangan yang tidak berguna banyak didapati di mana-mana kilang
kuari.
Pada masa ini, permintaan pasir untuk tujuan pembinaan semakin meningkat. Di
samping itu, aktiviti perlombongan pasir juga boleh menyebabkan sistem ekologi di
sungai terganggu. Disebabkan itu, penggunaan debu kuari dapat menggurangkan aktiviti
perlombongan pasir yang mana dapat menjimatkan penggunaan pasir dan
menyelamatkan sistem ekologi sungai.
Selain itu, kemerosotan kualiti air di hilir sungai akan menjejaskan sumber
manusia seperti penggunaan air dalam kehidupan harian dan ikan yang merupakan
sumber protein manusia.
Kenderaan berat seperti lori yang digunakan untuk mengangkut pasir juga
merupakan satu masalah dimana boleh menyebabkan kerosakkan jalan-jalan kampung
dan menimbulkan risiko keselamatan terhadap anak-anak penduduk kampung.
Selain itu, pencemaran jerebu banyak berlaku dikawasan kuari yang boleh
meningkatkan risiko kesihatan kepada penduduk sekitar disebabkan debu dari kuari.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini, objektif yang akan dilaksanakan adalah :
i. Menentukan kandungan optimum debu kuari sebagai bahan pengganti pasir dalam
konkrit.
ii. Mengkaji kebolehkerjaan konkrit yang mengandungi debu kuari.
iii. Mengkaji hubungan antara kekuatan dengan ketumpatan sampel konkrit.
1.4 SKOP KAJIAN
Skop Kajian kes ini adalah merangkumi perkara-perkara berikut :
i. Kajian ini dibuat hanya menggunakan debu kuari yang diambil dari Syarikat Bina
dan Kuari Kedah Shd Bhd.
ii. Ujian konkrit dilakukan untuk melihat kesesuaian penggunaannya.
iii. Penggunaan debu kuari berdasarkan peratus campuran yang berbeza iaitu 0%,
50%, dan 100%.
1.5 METODOLOGY
Kajian merupakan kaedah atau proses sesebuah kajian dilakukan dari peringkat
pencarian data sehingga ke peringkat menganalisis data. Ianya juga merupakan asas
kepada perlaksanaan sesebuah kajian .
Semua ujikaji dalam kajian ini dijalankan di makmal struktur dan bahan .
Kesemua ujikaji ini dijalankan berdasarkan piawaian yang ditetapkan dalam British
Standard (BS).
Ujikaji merangkumi semua penyediaan bahan, ujian konkrit basah dan ujian
konkrit keras seperti ujian runtuhan kun dan ujian mampatan. Ujikaji tersebut bertujuan
mengkaji sifat-sifat konkrit dengan mengenalpasti kesesuaian bahan yang digunakan
berdasarkan rekabentuk supaya menepati keperluan yang dikehendaki.
Ujiakaji utama yang dijalankan ialah menggantikan pasir kepada debu kuari
mengikut peratus kandungan yang berbeza-beza.
Setelah kesemua data-data telah dikumpulkan, data itu kemudiannya akan
dianalisis untuk dinilai dan melihat sama ada debu kuari sesuai atau tidak digunakan
dalam campuran konkrit sebagai gantian pasir untuk membolehkan pengurangan
penggunaan pasir. Bahan yang digunakan berkonsepkan ’’ GREEN TECHNOLOGY’’
serta menjimatkan kos dan lebih dititikberatkan juga mengelak pembaziran penggunaan
sumber.
1.5.1 Penyediaan Bahan
Bahan-bahan dan peralatan yang terlibat dalam ujikaji dinyatakan lebih
awal iaitu sebelum memulakan ujikaji di makmal bagi memastikan semuanya
terdapat di makmal dan sebaliknya penempahan dapat dibuat dengan awal.
Bahan-bahan yang digunakan dalam ujikaji juga perlu dipastikan dan diuji supaya
mengikut spesifikasi piawaian yang diperlukan. Antara ujikaji dalam penyediaan
bahan adalah seperti yang dibincangkan di bawah.
1.5.2 .Analisis Ayakan.
Analisis ayakan untuk bahan seperti batu baur, pasir dan debu kuari
dilakukan di makmal bagi memastikan peratus bahan tersebut mengikut saiz-saiz
pada setiap ayakan berperingkat memenuhi piawaian seperti mana yang
terkandung dalam BS. Dalam British Standard (BS) juga menyatakan kaedah
untuk mendapatkan peratus debu kuari yang optimum di dalam campuran konkrit
dengan nilai kekuatan yang maksimum.
1.5.3 Penyediaan Sampel Konkrit
Jumlah bilangan acuan kiub yang disediakan dalam perlaksanaan ujikaji
ini ialah 9 kiub. Penyediaan tersebut merangkumi jumlah keperluan dalam 3
peringkat umur konkrit iaitu 3 hari, 7 hari dan 28 hari. Saiz acuan kiub yang
digunakan ialah 150mm x 150mm x 150mm kerana saiz maksimum batu baur
yang digunakan ialah 20mm. Rekabentuk penyediaan bahan untuk bancuhan
konkrit ditunjukkan di bahagian lampiran.
1.5.4 Jenis Sampel Ujian
Carakerja ujian dinyatakan pada BS 1881: Part 207. Terdapat banyak
kaedah ujian untuk menentukan sifat konkrit. Walau bagaimanapun, kaedah
ujikaji yang dipilih ialah yang paling sesuai dimana ia berkesan dan mudah
dilaksanakan.
i. Ujian Kebolehkerjaan.
Sampel yang digunakan untuk ujian kebolehkerjaan ialah konkrit
basah. Kaedah untuk mendapatkan nilai kebolehkerjaan ialah ujian
runtuhan kun kerana ia mudah dilakukan dan biasa digunakan di tapak
pembinaan.
Peralatan-peralatan dan bahan-bahan yang terlibat dalam
menjalankan ujikaji runtuhan kun ialah corong berbentuk kun setinggi
300mm, diameter tapak 200mm dan diameter atas 100mm.
ii. Ujian Kekuatan.
Ujian kekuatan konkrit merupakan ujian ke atas sampel konkrit
keras. Dimana sampel konkrit yang diuji adalah sampel konkrit yang
berumur 3, 7 dan 28 hari. Ujian keatas konkrit keras dilakukan melalui
ujian mampatan.
1.5.5 Pengawetan
Pengawetan ialah langkah yang dibuat untuk mengekalkan kandungan
lembapan yang boleh membantu penghidratan simen. Proses pengawetan sangat
penting kerana proses ini dapat meminimumkan pengeringan dan tegasan haba
pada konkrit yang belum matang serta meningkatkan kekuatan konkrit.
Pengawetan dilakukan terhadap sampel konkrit sepanjang tempoh umur
konkrit iaitu sehingga sampel konkrit tersebut diuji. Walau bagaimanapun, kaedah
pengawetan yang dilakukan untuk sampel di makmal ialah kaedah rendaman di
dalam air. Kaedah rendaman dalam air lebih efektif untuk digunakan pada sampel
sebagai ujikaji kerana kehadiran air sentiasa berlaku sehingga sampel ujikaji
tersebut diuji.
1.6 CARTA ALIRAN PERLASANAAN KAJIAN
C
MULA PERANCANGAN
PEMILIHAN TAJUK
MENGUMPUL MAKLUMAT
PENYEDIAAN LAPORAN KAJIAN
MENYEDIAKAN BAHAN PROJEK
PROJEK BERMULA
MEMBUAT PERSAMPELAN
MENJALANKAN UJIAN KEATAS SAMPEL (UJIAN MAMPATAN DAN UJIAN
TANGGUNG BEBAN)
SELESAI PENGHASILAN
PRODUK
PENYEDIAAN LAPORAN LENGKAP
1 Pengumpulan Maklumat
2 Pencarian Data
3 Membuat Proposal
4Kelulusan Proposal Oleh Penyelia
5 Kajian Literature
6 perancangan penyedian bahan
7 pencarian bahan
8 penyediaan bahan
9 penghasilan projek
10 menjalankan ujian makmal
11 analisis data
12 pembentangan projek
13 penyediaan report lengkap
14 submit report
1.7 CARTA GANTT
1.8 PENYEDIAAN BAHAN UNTUK UJIAN MAKMAL
Konkrit merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada hasil gabungan
simen(cement ), batu baur halus ( fine aggregate ), batu baur kasar ( coarse aggregate )
dan air mengikut nisbah tertentu.
Kemudianya debu kuari digunakan untuk menggantikan batu baur halus didalam
bancuhan konkrit untuk melakukan ujianm akmal yang akan dibuat.
Senarai bahan, peralatan dan kos yang terlibat.
NO BAHAN KOS
1 Pasir RM 100.00
2 Simen RM 16.50
3 Batu baur RM 250.00
4 Debu kuari -
5 Air -
6 Kon kejatuhan konkrit -
7 Rod diameter 16mm -
8 Pita ukur -
9 Penyodok -
10 Kotak konkrit (150mm x 150mm x 150mm)
Jumlah RM 366.05
1.9 KEPENTINGAN
Pada masa ini, permintaan pasir untuk tujuan pembinaan semakin meningkat.
Aktiviti perlombongan pasir juga boleh menyebabkan sistem ekologi sungai terganggu.
Kepentingan utama perlaksanaan projek ini adalah untuk menbuat kajian tentang
kesesuaian penggunaan debu kuari di dalam konkrit. Dengan ini dapat mengehadkan
penggunaan pasir, dan ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam sector pembinaan.
Selain itu, nilai debu kuari dapat di komersialkan jika kajian ini membuktikan
kebolehkerjaan debu kuari dalam campuran konkrit. Kajian ini juga boleh dijadikan
rujukan untuk pengkaji-pengkaji seterusnya yang menjalankan kajian yang sama.
Selain itu, jika debu kuari boleh digantikan dengan pasir dalam campuran konkrit
maka ia boleh mengurangkan pencemaran dikawasan kuari yang membahayakan
kesihatan masyarakat sekeliling. Oleh itu, kajian ini juga boleh memberi kepentingan dan
manfaat kepada masyarakat.