program bina insan guru

Upload: previn-harry

Post on 02-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bfmnjkdvnjdvnjkbnovn

TRANSCRIPT

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai kekuatan ilmu dalam pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri serta role model kepada masyarakat. Justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, guru dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta akan sentiasa bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program BIG semester 6 berfokus memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.Skop tugasan pada semester enam kali ini mengkehendaki kami melaksanakan Program Lawatan Penanda Aras ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib yang perlu dijalani oleh semua guru pelatih PISMP Semester 6 yang merupakan fasa terakhir bagi pelatih guru PISMP Ambilan Januari 2013. Oleh itu, kami telah menubuhkan jawatankuasa bagi menguruskan program tersebut. Beberapa mesyuarat telah diadakan bagi melancarkan program ini. Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 iaitu seminar telah memberikan impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal guru dalam senantiasa berdepan dengan pelbagai cabaran yang semakin mencabar dalam banyak aspek. Maka, kami telah menjalankan program lawatan penanda aras di Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit Kayu Hitam. Bertolaknya kami dari IPGK Perlis dengan menaiki bas IPG dan setibanya di sana kami ditaklimatkan oleh Pengerusi tentatif pada hari tersebut. Kami telah disambut dengan meriah oleh Guru Besar sekolah tersebut, beliau sangat bersemangat memberi penerangan mengenai sekolah beliau dan mempunyai staff yang rajin berusaha dan bersemangat untuk mengajar. Beliau juga membenarkan guru-guru beliau untuk terus sambung pengajian. Beliau juga merupakan Guru Besar Cemerlang.Selepas ucapan alu-aluan dari guru besar, kami telah mendengar taklimat Guru Cemerlang Kajian Tempatan Pn. Rohaiti Binti Suratman. Beliau juga bersemangat memberi penerangan dan dan tidak kedekut ilmu untuk berkongsi pengalaman dan idea yang telah beliau curahkan untuk mendidik anak bangsa dan memberi semangat kepada guru-guru lain sebagai tauladan guru. Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) Guru Cemerlang ke sk Jalan Bukit Kayu Hitam ini merupakan suatu pengenalan tentang Pengurusan Guru Cemerlang serta bertujuan mendedahkan para guru pelatih kepada alam persekolahan yang sebenar dimana pembentukan iklim dan budaya kerja cemerlang oleh guru serta kepimpinan pentadbiran sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Sepertimana yang kami berbincang sebelum ini, kami ingin mencari Guru Cemerlang Sejarah untuk dijadikan Guru Cemerlang Penanda Aras kami. Akibat kekangan masa untuk mencari sekolah yang mempunyai Guru Cemerlang Sejarah, kami terpaksa memilih Guru Cemerlang Kajian Tempatan di sekolah tersebut bagi memudahkan pengurusan kerana ada sebilangan dari kami sudah biasa dengan sekolah tersebut. Perbezaan subjek bukanlah kayu ukuran untuk menentukan kecemerlangan seseorang guru, akan tetapi cara pengurusan yang digunakan untuk menjadi guru cemerlang itulah yang di ambil kira. Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru mengenai prosesproses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Selain itu, sikap komited dan dedikasi Pn. Rohaiti dalam pengajaran dan pembelajaran telah membawanya selangkah kehadapan dari guru-guru yang lain. Beliau juga telah banyak membawa inovasi dalam pengajaran dan pembelajarannya yang membolehkan murid-murid mudah faham dalam setiap langkah yang di ajarAntara kebaikan sekolah ini ialah guru-gurunya sangat disiplin, fakAtor guru-guru adalah salah satu factor yang menyumbang kepada pengiktirafan sekolah sebagai sekolah cemerlang. Kebanyakkan guru-guru sekolah ini sangat komited kepada kerjaya mereka dan sanggup berkorbankan masa dan tenaga untuk meningkat prestasi sekolah mereka. Faktor lain ialah murid-murid yang cemerlang dalam bidang pelajaran malah aktif juga dalam sukan squasy di peringkat Kejohanan Squasy Antarabangsa Singapore.Antara kelemahan yang dapat saya lihat dalam program ini ialah aspek peruntukan masa, masa 10 jam tidak cukup untuk kami mendapat maklumat keseluruhan tentang SR Arab Batang 3 Timur ini.Pendedahan pada program ini banyak memberikan maklumat yang berguna dan akan saya jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Melalui lawatan penanda aras ini guru akan jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Selain itu guru akan lebih mempunyai ilmu dan idea dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah nanti. Program Bina Insan Guru (BIG) dan 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, saya telah didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin walaupun sudah bergelar guru agar saya lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masing-masing supaya terus cemerlang.Pertama sekali, saya sedar bahawa dalam hidup ini manusia perlu membuat suatu perubahan untuk menjadi yang lebih baik. Hal inid emikian kerana ia akan menentukan siapa diri kita pada masa hadapan. MenurutTnj. HJ. Ishak bin Ali Shah, beliau mendefinisikan perubahan sebagai satu penukaran atau satu pelakuan yang tidak stabil kepada yang lebih stabil. Perubahan juga merupakan suatu yang kekal dan ia bukannya sementara.Perubahan ini merupakan suatu proses yang panjang dan secara umumnyaperubahan biasanya untuk ke arah yang lebih baik.Hal ini bermakna kita perlu mencari kelemahan yang perlu dilakukanperubahan agar kita menjadi lebih baik. Jadi, sekiranya seorang guru dapatmemberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak murid, seperti membantumereka membanding beza antara kebaikan dan keburukan, cara yang sopan dan beretika dalam melakukan semua perkara, maka adalah tidak menjadi masalahbagi mereka apabila mereka pergi ke kumpulan masyarakat yang lebih besar danketika bersosial dengan orang ramai.Menghadiri seminar ceramah ini juga telah memberikan kesan positif yangamat mendalam terhadap kerjaya saya. Hal ini demikian kerana daripadaceramah ini, saya sedar bahawa sebagai seorang bakal guru yang mempunyaietika sosial yang sempurna, kita haruslah sentiasa mengamalkan sifat tawaduk,atau sikap merendah diri tidak kira di mana sahaja. Sememangnya semua orangharus bersikap merendah diri dan tidak sombong, terutamanya terhadap orangyang lebih tua, berpengalaman dan veteren daripada kita. Jika tidak, kita akansentiasa dilebelkan dengan istilah angkuh, sombong dan banyak lagi perkataanyang tidak sedap didengar dan negatif. Yang lebih teruk lagi, sekiranya kitadilebelkan dengan istilah-istilah yang disebutkan di atas, adalah sangat susahbagi individu tersebut untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya bukan sepertiorang yang dilabelkan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengawal tingkah laku,pertuturan dan pemikiran kita pada kadar yang boleh bersamaan dengan rendahdiri agar kita dapat bergaul dengan orang lain dengan harmoni, tenteram dansejahtera tanpa sebarang prejudis dan bias terhadap orang itu.Malah, sebagai seorang guru yang beretika sosial, kita haruslah sentiasaberpenampilan sempurna, yang selesa dan disenangi oleh semua pihak, samaada rakan sejawat, ibu bapa, murid, ataupun masyarakat awam. Berpenampilansempurna ini sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita mahu mempamerkandan menonjolkan kepada orang lain. Dalam konteks ini, ia merangkumi banyakaspek dan memerlukan ilmu dan pengetahuan yang khusus, tidak kira caraberpakaian, cara pertuturan, cara perhubungan dan komunikasi dengan oranglain. Dengan mengambil contoh tentang cara berpakaian dalam kalangan gurupelatih, selepas mendengar ceramah tersebut, saya sedar bahawa kita haruslahberpakaian mengikut norma-norma yang disetujui ramai dan peraturan yangditetapkan.Seminar ceramah ini juga turut memberikan impak positif yang amatmendalam terhadap masyarakat dan komuniti di sekeliling saya. Dalam konteksini, ia merujuk kepada aspek pertuturan dan komunikasi dengan orang lain. Selepas mendengar penerangan En. Khairi bin Zakaria yang merupakanpensyarah di Unit Kaunseling IPG Kampus Pendidikan Islam, beliau telahmemberikan seminar yang bertajuk Guru Berjiwa Pendidik. Setelahmenjalaniseminar ini, saya dapat menyedari bahawa seorang guru tugasnyabukan hanya sekadar mengajar, malah turut mendidik anak-anak di sekolah agar menjadi modal insan yang berguna selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK). Mengajar dapat didefinisikan sebagai memberitahu,memahamkan dan menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Namun, mendidikbermaksud merentasi masa atau sempadan masa atau jawatan dan memastikanmaklumat difahami, dihayati dan diamalkan oleh orang yang menerima. Di sini,dapat dilihat bahawa, tugas seorang guru lebih baik apabila seseorang guru itumendidik murid-murid agar mereka dapat dahami hayati dan seterusnyamengamalkan nilai-nilai serta ilmu yang disampaikan kepada mereka. Guru jugaperlu membimbing mereka dari semasa ke semasa agar mereka tidak terkeluar dari landasan dalam menjadi insan yang berguna.Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 6 siri 2 initelah berjaya dicapai di mana ciri-ciri kualiti peribadi dan profesional seorang gurutelah dijelaskan dengan terperinci dengan harapan bakal-bakal guru dapatmengaplikasikannya semasa di sekolah kelak. Besar harapan saya agar programseperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana begitu banyakmanfaat yang diperoleh. Melalui program ini, pelatih guru dapat mengenal diriserta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah membina diri sebagai insan guru yang cemerlang secara berterusan.