priya edu

Upload: jega-sky

Post on 13-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

PengenalanDisipilin merupakan aspek yang penting bagi setiap manusia untuk menjaga tingkahlaku mereka dengan baik demi mencapai kesejahteraan dalam hidup. Mahupun, disiplin dalam bilik darjah juga amat penting bagi murid-murid untuk mencapai objektif yang ditetapkan.Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) mengatakan bahawa disiplin ialah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa disipiln yang berasal daripada perkataan latin iaitu disiplina bermaksud mengajar. Secara keseluruhannya disiplin bermaksud merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Bilik darjah ialah satu tempat di sekolah dimana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya. Maka disiplin dalam bilik darjah merupakan konsep yang asas bagi murid-murid untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal murid untuk bertingkah laku dengan baik agar pembelajaran di bilik darjah dapat berjalan dengan lancer.

Latar Belakang Kes Kajian (Sinopsis)Tajuk kes kajian yang saya pilih ialah Always Fighting. Kes ini telah dipetik daripada buku A Case Study Appoach to Classroom Management. Kes ini adalah tentang seorang pelajar bernama Carl Waller. Dia merupakan seorang pelajar yang sangat bermasalah di sekolahnya. Dia selalu mengikari peraturan-peraturan yang ditetapkan di sekolah dengan melibatkan diri dalam kegiatan membuli dan pergaduhan dengan rakan sebaya.Watak yang seterusnya ialah Mrs. Jonas iaitu guru Sejarah baru kepada Carl Waller. Beliau merupakan guru yang sangat bertanggungjawab dan peka terhadap pembelajaran dan keselamatan anak muridnya. Apabila dia mendapat tahu tentang tingkah laku Carl Waller yang bermasalah ini, beliau telah melaksanakan beberapa strategi setelah mengadakan perbincangan dengan guru-guru sekolah tersebut. Hal ini adalah untuk mencegah Carl Waller daripada mengganggu pelajar lain. Strategi-strategi yang diatur dan dijalankan hanya berjaya mencapai objektifnya untuk beberapa hari sahaja. Selepas itu, Carl Waller sudah mula menunjukkan tingkah laku yang negatif dan anak muridnya sering mengadu dengan Mrs. Jonas. Maka, langkah-langkah bagi mencegah masalah disiplin perlulah dikenal pasti terutamanya kepada Carl Waller.

Mengenalpasti masalah-masalah dalam kesCarl Waller merupakan pelajar yang bermasalah. Carl sangat geram dengan pihak sekolah dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh mereka. Dia juga tidak berpuas hati dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dia meluahkan perasaannya dengan perbuatan yang tidak sesuai ataupun kurang sopan di dalam bilik darjah.Antara perbuatannya ialah dia sering melanggar peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Dia juga pelajar yang selalu terlibat dalam kegiatan buli dan pergaduhan. Kesemua ini merupakan masalah disiplin yang ditunjukkan oleh Carl. Masalah disiplin ini berpunca daripada peraturan sekolah yang ditetapkan oleh sekolah.Masalah disiplin yang dibawa oleh Carl adalah juga berpunca daripada masalah psikologinya sendiri. Selepas Mrs. Jonas memperkenalkan peraturan-peraturan dan strategi-strategi yang yang baru tingkahlaku Carl memangnya berubah untuk tempoh masa yang singkat. Dia telah kembali kepada tingkah laku asalnya selepas rakan sekelasnya meletakkan thumbtack di kerusi Carl dengan bertindak secara agresif. Tingkah laku Carl bertambah buruk apabila Pengetua sekolahnya memberi amaran kepada Carl dan rakannya bahawa pelajar akan dikenakan hukuman gantung sekolah jika terlibat dengan kes meletak thumbtack di kerusi pelajar lain. Tambahan pula, Carl diberi amaran bahawa dia tidak boleh bertindak mengikut emosi sedangkan adanya peraturan-peraturan yang sedia ada. Selepas itu, Carl mula terlibat dalam kes pergaduhan akibat daripada masalah tadi. Ini menyebabkan pelajar lain di kelas tersebut berasa muram dan tidak aktif dalam pembelajaran. Masalah-masalah tadi menunjukkan bahawa Carl merupakan pelajar yang agresif, tidak suka dengan peraturan sekolah, dan dia berasa dirinya tercabar jika pihak sekolah memberi amaran kepadanya.

Model Pengurusan Disiplin Berkaitan Dengan KesDalam kajian kes Always Fighting saya telah memilih sebanyak tiga model untuk mengaitkan dengannya. Antara model-modelnya ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Model Disiplin Asertif Canter dan juga Model Akibat Logikal Dreikurs.

Model Modifikasi Tingkah Laku SkinnerBerdasarkan kes kajian ini, saya berpendapat bahawa kes ini berkait rapat dengan Model Modifikasi Tingkah laku. Model ini mengatakan bahawa tingkah laku mempunyai kaitan dengan peneguhan (Mok Soon Sang, 2011). Apabila tingkah laku itu diikuti oleh peneguhan yang positif dan menyenangkan, maka tingkah laku itu akan dilakukan berulang-ulang. Sebailknya, jika tingkahlaku itu diikuti oleh peneguhan yang negatif, iaitu yang tidak menyenangkan, maka tingkahlaku itu tidak akan mengulang. Peneguhan positif perlu diberikan jika tingkah laku yang diingini dicapai manakala peneguhan negatif perlu diberikan jika tingkah laku yang tidak diingini dibuat. Maka, menurut Teori Modifikasi Skinner tingkah laku yang tidak diingini boleh dihapuskan dan digantikan dengan tingkah laku yang diingini melalui peneguhan. Dalam kes ini, teknik modifikasi telah diamalkan oleh Mrs. Jonas untuk menyelesaikan ataupun mengubah tingkah laku Carl yang bermasalah. Antara teknik modifikasi yang diaplikasikan ialah time out. Teknik time out ialah dendaan yang diberikan oleh guru dengan mengarahkan pelajar untuk berada di bilik darjah sehingga diberitahu oleh guru. Sebagai buktinya, Mrs. Jonas mengarahkan Carl untuk berada di kelas sehingga semua pelajar sudah keluar daripada kelas semasa masa rehat dan juga selepas tamat persekolahan. Ini merupakan peneguhan negatif yang diberikan kepada Carl. Teknik ini harus berulangan sehingga Carl menunjukkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, model ini juga telah diaplikasikan apabila Pengetua sekolahnya memberikan amaran kepada Carl dan rakannya selepas insiden meletakkan thumbtack di kerusi. Pengetua telah memberi amaran kepada Carl dan rakannya bahawa mereka akan dikenakan gantung jika masih terlibat dengan insiden tersebut. Ini merupakan teknik dendaan. Dendaan ialah tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dalam perkara ini teknik dendaan diberikan dalam bentuk lisan iaitu dengan memberikan amaran. Walaubagaimanapun, teknik ini tidak berjaya kerana Carl terlibat dalam pergaduhan selepas tamatnya sekolah akibat daripada insiden ini. Model Disiplin Asertif CanterModel ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model ini menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut (Choong Lean Keow, 2011). Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah, hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif, dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid daripada mendapatkan hak mereka.Mengikut Disiplin Asertif Canter guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah. Dalam kes ini, Mrs. Jonas telah mengaplikasikan model ini bagi mengelakkan Carl daripada menggangu pelajar lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sebagai contohnya, Mrs. Jonas menetapkan peraturan-peraturan bilik darjah dalam bentuk poster yang menyatakan bahawa Jangan Bergaduh, Jangan Bising, Belajar Sahaja. Namun, kaedah ini tidak begitu efektif kerana Mrs. Jonas hanya melekatkan poster sebagai peraturan dan beliau tidak memberi penjelasan yang penuh tentang peraturan bilik darjah kepada anak muridnya.Model Akibat Logikal DreikursModel ini dipelopori oleh Dreikurs. Model ini menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah (Mok Soon Sang, 2011). Menurut beliau, tingkah laku yang bermasalah wujud kerana empat sebab yang berikut:a)Inginkan perhatianb)Inginkan kuasac)Balas dendamd)Tonjolkan kekurangan

Model Akibat Logikal Dreikurs ini berkait rapat dengan kes ini. Perbuatan Carl yang bermasalah ini wujud kerana dia inginkan kuasa. Dia memang tidak selesa dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan di sekolah dan dia terasa bahawa dia tidak memperoleh kuasa. Sebab itulah dia sering menujukkan tingkah laku yang bermasalah seperti bergaduh dan membuli. Selain itu, masalah disiplin Carl juga berpunca daripada perasaan balas dendamnya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila, Carl bertindak secara agresif untuk membalas dendam rakan yang meletakkan thumbtack di kerusinya. Walaupun Pengetuanya telah memberikan amaran kepada Carl dan rakannya, tetapi dia masih melibatkan diri dalam pergaduhan akibat daripada insiden tersebut. Punca masalah tersebut ialah perasaan balas dendam Carl.

CARA PENYELESAIAN MASALAH MENGIKUT MODELModel Modifikasi Tingkah Laku Skinner Berdasarkan kes ini, beberapa langkah penyelesaian boleh dibuat mengikut Model Skinner ini. Pertamanya, Mrs. Jonas perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Carl terlebih dahulu dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya. Contohnya, beliau perlu berbincang dengan Carl dan menasihatinya atau membimbingnya dengan cara yang baik supaya dia dapat mengamalkan tingkah laku yang baik.Seterusnya, Mrs. Jonas perlu menjelaskan tentang akibat yang dia terima atas sikap yang tidak diinginya pada Carl. Jika Carl melakukan apa-apa masalah disiplin, Mrs. Jonas perlu memberitahu kesan daripada perbuatannya. Contohnya, Mrs. Jonas perlu memberi amaran bahawa jika sesiapa membuat bising, pelajar tersebut kena berdiri di belakang kelas. Jika berbuat demikian, Carl akan berasa takut untuk membuat masalah disiplin.Selain itu, Mrs. Jonas tidak harus selalu mendenda Carl malah mendorongnya dan memberi peneguhan positif. Mrs. Jonas harus menggalakkan Carl untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kelas. Jika Carl menujukkan penglibatan yang aktif, Mrs. Jonas perlu memberi peneguhan positif dengan memberi pujian atau memberi tepukkan tangan.Model Disiplin Asertif CanterBerdasarkan kes Carl, beberapa langkah penyelesaian boleh dibuat mengikut Model Canter ini. Pertamanya Mrs. Jonas perlu menetapkan peraturan bilik darjah yang jelas di bilik darjah. Beliau hanya melekatkan poster sebagai peraturan dan ia tidak akan menjadi efektif. Hal ini kerana, menurut model ini guru perlu memberitahu tentang peraturan bilik darjah dengan jelas dan menerangkan kepada murid tentang kepentingan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Selain itu, Mrs. Jonas juga perlu memberitahu tindakan guru sekiranya pelajar mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Dengan ini, murid akan memahami peraturan dan melaksanakannya dengan hati yang terbuka. Oleh itu, Mrs. Jonas harus menetapkan peraturan bilik darjah dengan jelas.Selain itu, Pengetua sekolah tersebut bersifat agresif. Ia dapat dilihat apabila beliau terus memberi amaran kepada Carl selepas insiden thumbtack tersebut. Beliau tidak berbincang dengan masalah yang dihadapi oleh Carl dan alasan yang diberikan olehnya. Perbuatan beliau menunjukkan bahawa murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Amaran tersebut menyebabkan Carl berasa terancam dan bergaduh selepas tamat sesi sekolah. Maka Pengetua perlu bersifat asertif seperti yang dikatakan oleh Canter. Beliau harus berbincang dengan Carl dan bertanyakan sebab-sebab dia bertindak sedemikian. Selepas itu, Pengetua harus menerangkan tentang akibat daripada perbuatannya kepada Carl dengan jelas. Dengan ini Carl dapat memahami perasaan guru dan mengenal pasti tingkah laku yang diingini oleh guru. Oleh itu, masalah disiplin Carl dapat dicegah dengan cara yang mudah. Model Akibat Logikal DreikursBerdasarkan kes ini, beberapa langkah penyelesaian boleh dibuat mengikut Model Dreikurs. Pertamanya, Mrs. Jonas tidak seharusnya memberikan dendaan time-out kepada Carl. Beliau seharusnya melaksanakan time-out jika Carl menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Ini bermaksud Carl terpakse menerima dendaan walaupun dia tidak membuat apa-apa kesalahan. Beliau bertindak sedemikian kerana ingin menyelamatkan pelajar lain daripada diganggu oleh Carl. Sepatutnya beliau harus menerangkan tanggungjawab Carl sebagai seorang pelajar dan membantunya untuk terus berusaha untuk mencapai matlamat baharu (Halizah Hamzah, 2009). Contohnya, Mrs. Jonas haruslah selalu menggalakkannya untuk membuat tugasan yang diberi dan juga melibatkan diri dalam pengajaran di kelas. Dengan ini, Carl tidak akan mengganggu pelajar lain, tidak terlibat dalam pergaduhan dan dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan semangat. Carl berasakan bahawa dia dicabar oleh Pengetuanya kerana diberi amaran setelah insiden thumbtack. Sepatutnya, Pengetua haruslah berjumpa dengan Carl secara individu dan membincangkan masalah penyelesaian dengan baik. Kemudian, Pengetua tersebut harus mengenal pasti punca kelakuannya dan juga mengambil berat tentang masalah yang dihadapi. Beliau juga harus berbincang tentang motif sebenar daripada kelakuan tersebut. Akhirnya beliau harus menunjukkan sebab dan akibat yang munasabah yang akan dihadapi olehnya jika mengulangi masalah tersebut (Haliza Hamzah, 2011). Dengan ini, perasaan marah Carl dapat dikurangkan.CADANGAN UMUM YANG LAINSelain menggunakan teori, saya juga mempunyai beberapa cadangan umum untuk menyelesaikan kes ini. Pertamanya ialah Carl yang dianggap sebagai pelajar bermasalah harus diberikan bimbingan dan kaunseling oleh guru pakar. Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang lebih memahami diri dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar belakang yang berbeza maka pemikiran mereka akan berbeza. Oleh itu semasa manghadapi masalah mereka hanya melihat dari satu sudut sahaja. Dengan adanya bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan menolong Carl memahami, melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa menghadapi masalah. Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling kaunselor akan memberikan khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin. Tujuan ini adalah menolong individu memahami tentang dunia jenayah dan memberi panduan atau nasihat kepada mereka. Dengan ini, Carl dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik seperti bergaduh dan membuli.Keduanya, pihak sekolah harus menghubungi ibu bapa jika Carl mempunyai masalah disiplin yang amat serius. Pihak sekolah harus berbincang dengan ibu bapa tentang tingkah lakunya, psikologinya, masalah-masalah yang dihadapi di rumah dan juga sebagainya. Barulah pihak sekolah boleh memahami masalah yang dihadapi oleh Carl secara mendalam dan mengatur strategi-strategi yang sesuai bagi mengelakkan berlakunya masalah disiplin.