pp sem 3

Upload: izzul-irfan-hashim

Post on 07-Apr-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    1/28

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS SULTAN MIZAN, KOTA PUTRA,

    KG.RAJA, 22200 BESUT,

    TERENGGANU DARUL IMAN.

    KERJA KURSUS PENDEK

    PN3311D1 PENGANTAR PENDIDIKAN

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN CABARAN PENDIDIKANGLOBALISASI MASA KINI

    NAME : AHMAD IZZUL IRFAN BIN HASHIM

    NOMBOR I/C : 920123-11-5281

    UNIT : PPISMP TESL 1 SEM 3

    MATA PELAJARAN : PENGANTAR PENDIDIKAN

    NAMA PENSYARAH : EN MOHAMMAD SABRI BIN AWANG HITAM

    TARIKH HANTAR : 19 SEPTEMBER 2011

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    2/28

    Halaman Pengakuan

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan : .

    Nama Penulis : ..

    Tarikh : .

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    3/28

    Biografi

    Nama : Ahmad Izzul Irfan bin Hashim

    Nombor K/p : 920123-11-5281

    Alamat : 1584, Kampung Merbau Patah, 20050 Kuala

    Terengganu, Terengganu.

    Unit : PPISMP SEM 1 TESL 1

    Nombor Bilik : KIS-L-223_A

    Nombor Telefon : 013-5990986

    E-mail : [email protected]

    Minat : Bola Sepak dan Muzik

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    4/28

    Penghargaan

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T saya panjatkan kesyukuran

    kerana dengan limpah kurnia dan hidayatNya dapatlah saya menyiapkan tugasan

    yang dipertanggungjawabkan ini dengan sebaik mungkin.

    Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah Pengantar Pendidikan

    bagi PPISMP unit TESL semester 3 iaitu Encik Mohammad Sabri bin Awang Hitam

    kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat dan juga bimbingan yang

    terbaik kepada saya dan juga kawan-kawan sekelas dalam menyempurnakan

    tugasan ini.

    Selain itu, terima kasih ini juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa dan

    keluarga di kampung yang selama ini telah banyak memberikan semangat dan

    dorongan kepada saya supaya menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan oleh

    para pensyarah.

    Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah banyak berkongsi

    ilmu pengetahuan, sudi menghulurkan sebarang kerjasama, bantuan dan komitmen

    dengan seikhlas hati mereka dalam menyempurnakan tugasan yang diberi ini

    dengan jayanya.

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    5/28

    Senarai Kandungan

    Kandungan Halaman

    HALAMAN PENGAKUAN 2

    BIOGRAFI 3

    PENGHARGAAN 4

    SENARAI KANDUNGAN 5

    1.0 BAHAN BACAAN DARI SUMBER BERLAINAN 6

    2.0 PENGENALAN

    3.0 KONSEP FPK

    4.0 MATLAMAT FPK

    5.0 ELEMEN-ELEMEN UTAMA FPK

    6.0 IMPLIKASI FPK TERHADAP PERKEMBANGAN PEDIDIKAN

    7.0 CABARAN GLOBALISASI DALAM DUNIA PENDIDIKAN

    8.0 REFLEKSI

    BIBLIOGRAFI

    BORANG KOLABORASI

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    6/28

    Bahan Bacaan Dari Sumber Berlainan

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    7/28

    Pengenalan

    Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun

    1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan

    Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan

    Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan

    dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun

    Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan

    Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan FPK oleh pakar-pakar

    pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan

    individu, masyarakat dan negara.

    Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu falsafah,

    pendidikan dan kebangsaan. Leksikal falsafah berasal daripada dua perkataan

    Yunani, iaitu; philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala Sophia

    diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru, iaitu;

    etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli falsafah

    mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan

    penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah

    perkembangan manusia.

    E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan

    falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item.

    Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan

    falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap

    perkara yang penting. Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran

    atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian

    secara saintifik, sistematik, dan diterima umum.

    http://ads.clicksor.com/search.php?q=usahahttp://ads.clicksor.com/search.php?q=usaha
  • 8/4/2019 PP SEM 3

    8/28

    Asal usul leksikal pendidikan adalah daripada morfem bebas Latin, educare

    yang bermaksud memelihara atau mengasuh. Definisi pemajmukan leksikal

    Falsafah Pendidikan diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai Pendidikan

    merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak,

    dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat

    yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

    Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan

    yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi

    dan sains (Russel, 1946).

    Kebangsaan secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal,

    dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni metafizik/ontologi (teori

    kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik.

    Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam

    merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara

    Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan

    inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi

    pendidikan.

    Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan secara

    rasmi pada tahun 1988, maka Matlamat Pendidikan Kebangsaan adalah

    memperkembang insan seimbang serta membangunkan sumber manusia untuk

    kemajuan negara. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Kebangsaan

    bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati

    ciri-ciri yang berikut :

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    9/28

    Percaya dan patuh kepada Tuhan

    Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan keyakinan bahawa

    manusia dan alam sekitar tidak terjadi dengan sendiri tetapi ada Penciptanya, dan

    hokum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh

    kepada Tuhan dengan memikul amanah dan Tanggungjawab kepada Tuhan dalam

    usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya.

    Antara yang termasuk dalam kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan

    diberi tumpuan adalah mengakui kewujudan penciptanya, mengakui manusia dan

    alam dijadikan oleh pencipta, mengetahui hukum alam dan fonemenanya adlaah

    peraturan yang telah ditetapkan oleh pencipta, menyedari bahawa manusia

    sememangnya dijadikan untuk memajukan alam ciptaanNya, menyedari bahawa

    manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri, melakukan

    kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan, mengikuti dan mengamalkan ajaran

    Ciri -ciri

    Percaya danpatuh kepada

    TuhanBerilmu

    pengetahuan

    Berakhlakmulia

    Bertanggungjawabkepada diri, masyarakat,

    agama dan negaraMemiliki

    sahsiah yangseimbang dan

    sepadu

    Memupuk perpaduandlm kalangan rakyat

    berbilang kaum

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    10/28

    agama dan yang terakhir adalah menigkatkan serta mengukuhkan kepercayaan

    beragama.

    Semua aspek tersebut haruslah dipatuhi dan dijadikan satu kepercayaaan

    kepada seseorang pelajar dalam membina jati diri yang kukuh di samping

    berpegang teguh kepada nilai agama dan moral. Dengan mematuhi ciri-ciri ini, maka

    pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh akan berjaya dihasilkan.

    Berilmu pengetahuan

    Rakyat yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki sikap

    suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk

    manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan

    rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan, gemar membaca,

    sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha meningkatkan

    dan mnyebarkan ilmu pengetahuan, sentiasa memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri

    sendiri dan juga orang lain dan yang terakhir ialah berfikiran terbuka, luas danmendalam. Ciri- ciri ini amat penting bagi setiap pelajar dalam membina jati diri yang

    kukuh melalui ilmu pengetahuan yang sentiasa berguna.

    Berakhlak mulia

    Ciri yang ketiga ini merujuk kepada rakyat yang memiliki tingkah laku yang

    bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam

    kehidupan seharian. Rakyat yang berakhlak mulia ini mestilah mengetahui yang

    mana nilai baik dan yang mana nilai yang buruk. Selain itu, mereka haruslah

    menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk selain mempunyai

    keyakinan terhadap nilai murni dan mengamalkan sentiasa mengamalkan perbuatan

    yang baik serta sentiasa menghindari tingkah laku yang buruk dan negatif. Akhir

    sekali, nilai kerohanian kemanusiaan serta kewarganegaraan haruslah sentiasa

    dihayati sepanjang masa. Hal ini haruslah dihayati sebaik-baiknya oleh pelajardalam menanam sifat dan nilai moral yang tinggi dalam diri mereka

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    11/28

    Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

    Manusia akan memiliki sahsiah yang seimbang sepadu apabila semua

    potensi dirinya dikembangkan secara selaras, menyeluruhdan harmonis. Ia haruslah

    menjadi insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan

    cabaran hidup yang datang dengan ketabahan yang tinggi serta sentiasa berikhtiar

    untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh kerana itu ia

    akan dapat menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan

    kesejahteraan yang dimiliki bukan sahaja bermanfaat pada dirinya, malahan ia

    tercermin dalam hubunganya dengan orang lain, dengan alam sekitaran dan dengan

    Maha Pencipta. Perhubungan-perhubungan ini tidak dihadkan oleh batas sempadan

    negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan antarabangsa.

    Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara

    Hal ini merujuk kepada rakyat yang mempunyai tanggungjawab sempurna

    terhadap Tuhan, bangsa dan negara dan melaksanakan tugasnya dengan cekap,

    bersih dan amanah. Mereka haruslah menyedari tugas dan tanggungjawab sendiri,

    menyedari bahawa tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan

    sempurna, sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan sentiasa

    berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan

    negara ke arah yang lebih baik pada masa hadapan. Sifat ini perlu dimiliki dan

    dipupuk semenjak di bangku sekolah lagi ke dalam diri setiap pelajar bagi mencapai

    matlamat pendidikan yang telag ditetapkan.

    Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum

    Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan

    keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai

    dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang

    mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak

    mudah ditakluki kuasa asing.

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    12/28

    Rakyat perlu sentiasa berusaha untuk memupuk perpaduan khususnya

    melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan lain-lain.

    Mereka juga akan berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-

    dasar yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka akan dapat mengekalkan kestabilan

    politik dan keamanan negara dan mematuhi perlembagaan serta peraturan negara

    di samping mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

    Untuk mencapai semua ini, sifat yang harus dimiliki oleh mereka adalah

    sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita dengan

    sepenuh jiwa, mengenali serta menghormati raja dan pemimpin kita, sentiasa

    menyanjung lambing-lambang kebesaran negara seperti Jalur Gemilang, lagu

    kebangsaan dan Jata Negara. Selain itu, mereka haruslah menjaga dan

    mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia mengorbankan apa

    sahaja demi mempertahankan maruah negara selain mengamalkan semangat

    kekitaan dan menanam sifat berdisiplin serta mematuhi undang-undang negara yang

    telah ditetapkan. Akhir sekali, rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat

    produktif untuk memajukan negara.

    Matlamat pendidikan ini amat penting untuk dijayakan demi melahirkan

    pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran

    agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang,

    demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu

    padu. Pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh amat penting dalam melahirkan

    rakyat dan pemimpin kepada masa depan negara kita kerana mereka adalah

    tonggak negara.

    Perkara ini tidak seharusnya dipandang ringan serta remeh terutamanya

    dalam bidang pendidikan memandangkan pendidikan adalah salah satu sub-utama

    yang amat penting dalam membina rakyat yang mempunyai jati diri yang kukuh.

    Tanpa pendidikan, pelajar yang mempunyai sifat ini tidak akan dapat dihasilkanjusteru akan mengundang bahaya kepada negara kita suatu hari nanti. Selain

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    13/28

    daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah

    diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat

    pendidikannya seperti:

    Sebagaimana yang diketahui umum, Matlamat Pendidikan Negara yang

    berlandaskan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1998) dan Wawasan

    6. Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada

    5. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negaradan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum

    4. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta akan negara

    3. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan

    2. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya

    melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbanganterhadap kemajuan dan pembangunan

    1. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannyasebagai seorang warganegara

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    14/28

    2020 (1991), ialah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan

    Serantau dalam Abad ke-21. Untuk mencapai Matlamat ini, selain daripada

    penubuhan institut pendidikan tinggi seperti Institut Aminuddin Baki (1985, IAB) dan

    Institute of Islamic Thought and Civilisation (1987-ISTAC), usaha-usaha lain yang

    dapat diambil ialah :

    Wawasan Pendidikan dirancangdan dikemukakan pada tahun

    1993 sebagai programreformasi pendidikan di

    peringkat sekolah

    Wawasan KementerianPendidikan dilancarkan pada

    bulan Januari, 1994. Di sampingPiagam Pelanggan yang

    berikrar memberi perkhidmatanyang terbaik dan berkualiti, 14

    sasaran kerja utama diumumkanuntuk melaksanakan program

    pendidikan dengan tujuanmencapai matlamat

    kecemerlangan pendidikan diperingkat sekolah.

    Menggubal danmenguatkuasakan AktaPendidikan 1995 untuk

    memperkemas danmelengkapkan perundanganpendidikan agar mencapaicita-cita Wawasan 2020.

    Menggubal danmenguatkuasakan Rangundang-Undang Institusi

    Pendidikan Tinggi 1996 dengantujuan menjadikan Malaysia

    sebuah negara yang maju dan

    pusat kecemerlanganpendidikan yang bertaraf dunia.

    Mempercepatkan prosespengkoporatan dan

    penswastaan universiti-universiti tempatan dengantujuan meningkatkan kauliti

    dan mutu kursus yangditawarkan.

    Menubuhkan LembagaAkreditasi Negara (1996)

    bertujuan menjamin taraf danmutu pendidikan di institutpendidikan tinggi supaya

    mencapai piawaian bertarafdunia.

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    15/28

    Menubuhkan Koridor RayaMultimedia, MSC (1999), untukmelaksanakan projek sekolah-

    sekolah bestari dan memperuntukkan

    kemudahan-kemudahan teknologibagi penyelidikan dan kursus sarjanayang diusahakan dalam kampusUniveriti Multimedia yang terletak

    dalam bandaraya MSC.

    Menubuhakan sekolah-sekolah

    bestari di dalam kawasan bandarayaMSC serta di tiap-tiap negeri diMalaysia menjelang tahun 2000.

    Mengutamakan pelajaran bahasaInggeris dengan menggubal Sukatan

    Pelajarannya setaraf dengan Kertas Ujian

    Bahasa Inggeris 1119 dalam peperiksaanSPM, dan mewajibkan calon STPM

    mengambil Kertas Ujian Bahasa Inggeris(MUET) sebagai syarat memohon masuk

    universiti tempatan.

    Mempercepatkan proses

    pendaftaran universiti dan kolejuniversiti swasta yangmenggunakan bahasa Inggeris

    sebagai pengantar bahasautama.

    Menganjurkan Expo Pendidikandi negara-negara serantau,

    termasuk China denganmenarik lebih ramai pelajarluar negeri untuk mengikuti

    kursus pengajian di Malaysia.

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    16/28

    Elemen-elemen Utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Berikut merupakan elemen-elemen dalam FPK dan rujukan dalam cabang falsafah :

    Jadual 1 : Jaduan elemen FPK dan rujukan cabang falsafah

    Bil. Cabang

    Falsafah

    Elemen-elemen Implikasi

    1 epistomologi pendidikan suatu usaha

    berterusan

    a. Pendidikan adalah suatu

    proses pemerolehan dan

    pemindahan ilmu,kemahiran dan nilai murni;

    b. Proses pendidikan yang

    berterusan bagi membantu

    individu menyesuaikan diri

    dengan pelbagai

    perubahan.

    2 metafizik perkembangan potensiindividu

    a. Setiap individu telahdiberkati Tuhan dengan

    bakat, potensi dan

    kebolehan yang mungkin

    terpendam dan perlu

    dicungkil;

    b. Pendidikan seharusnya

    memberi peluang individu

    untuk berkembang bakat,

    potensi dan kebolehan

    mereka menerusi interaksi

    sosial dengan orang lain

    dan pragmatik.

    3 metafizik perkembangan individu

    secara menyeluruh dan

    a. Bakat, potensi dan

    kebolehan tidak boleh

    dikembangkan secara

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    17/28

    bersepadu berasingan; sebaliknya

    dihubungkait atau

    diselaraskan bagi

    mengelakkan pertentangan

    antara satu sama lain;

    b. Perkembangan dan

    peningkatan seelok-eloknya

    merangkumi empat aspek;

    iaitu J-E-R-I.

    4 epistomologi insan yang seimbang dan

    harmonis

    a. Keimbangan antara

    keempat-empat aspek di

    atas akan menghasilkan

    individu yang mampu hidup

    secara harmonis dengan

    diri dan orang lain;

    b. Individu sedemikian

    memiliki ketahanan untuk

    menghadapi segala

    cabaran hidup serta

    sanggup berhadapan

    dengan apa jua masalah

    yang timbul.

    5 metafizik unsur intelek a. Berkemahiran untuk berfikir

    secara kreatif dan

    senantiasa berusaha

    memperoleh dan

    mengembang ilmu yang

    betul,

    b. Sangup untuk berkongsi

    ilmu dengan orang lain dan

    persekitaran

    (menyebarluaskan ilmu).

    6 epistomologi unsur rohani a. Menyedari dan percaya

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    18/28

    kepada Tuhan dan sentiasa

    bersyukur;

    b. Berakhlak mulia dan

    berpegang kepada nilai-

    nilai murni.

    7 aksiologi unsur emosi a. Mempunyai emosi yang

    matang dan stabil;

    b. Mempunyai sifat kekitaan

    dan perpaduan.

    8 Logik unsur jasmani a. Menyedari tentang

    kepentingan kesihatan

    fizikal;

    b. Mengembangkan bakat dan

    kemahiran teknikal,

    manipulatif dan sosial.

    9 aksiologi kepercayaan dan

    kepatuhan kepada Tuhan

    a. Menyedari bahawa hukum

    dan fenomena alam

    merupakan peraturan yang

    ditetapkan oleh Tuhan;

    b. Menyedari dan insaf

    bahawa individu

    bertanggungjawab

    sepenuhnya ke atas segala

    perbuatan dan tindakannya;

    c. Mengamalkan segala

    ajaran agama yang dianuti.

    10 epistomologi rakyat Malaysia yang

    berilmu pengetahuan

    a. Cintai ilmu pengetahuan;

    b. Berusaha memupuk budaya

    ilmu dan budaya membaca;

    c. Mempunyai fikiran yang

    luas dan terbuka.

    11 Logik rakyat Malaysia yang

    berketerampilan

    a. Mempunyai kecekapan dan

    kompetensi diri;

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    19/28

    b. Berpandangan jauh dan

    berinisiatif;

    c. Memupuk pembawaan diri

    yang baik.

    12 aksiologi rakyat Malaysia yang

    berakhlak mulia

    a. Mempunyai perwatakan diri

    yang baik;

    b. Berpegang kepada nilai-

    nilai murni dan moral

    sebagai prinsip hidup.

    13 Logik rakyat Malaysia yang

    bertanggungjawab

    a. Boleh dipercayai;

    b. Menjalankan tugas dengan

    amanah, bersih dan cekap;

    c. Berusaha untuk

    meningkatkan diri, keluarga,

    masyarakat, agama,

    bangsa dan negara.

    14 aksiologi rakyat Malaysia yang

    berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri

    a. Berfikiran waras dan

    berjiwa tenang;

    b. Mempunyai daya

    ketahanan yang kuat untuk

    menghadapi cabaran hidup.

    15 Logik rakyat Malaysia yang dapat

    memberi sumbangan

    terhadap keharmonian dan

    kemakmuran masyarakat

    dan negara

    a. Berusaha memupuk

    perpaduan rakyat

    bermediumkan sifat

    toleransi, bertimbang rasa,

    kekitaan, hormat-

    menghormati dan

    sebagainya;

    b. Mempertahankan maruah

    diri, profesion agama,

    bangsa dan negara.

    16 Logik berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri

    a. Berdaya tahan fizikal dan

    mental yang mantap;

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    20/28

    b. Berkebolehan mengharungi

    liku-liku hidup yang kian

    mencabar dari masa ke

    semasa.

    17 Logik sumbangan terhadap

    keharmonian dan

    kemakmuran keluarga,

    masyarakat dan negara

    a. Bersemangat patriotik;

    b. Menjadikan Rukun Negara

    sebagai amalan hidup.

    Deduktifnya, sistem pembelajaran dan pendidikan di Malaysia adalah

    berpandukan keempat-empat cabang falsafah memandangkan kesemua aspek yang

    dipandang serius sewajarnya diberi penekanan.

    Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Terhadap Perkembangan

    Pendidikan

    FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikannegara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjalaskan

    tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu

    kenyataan. Ini memerulan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para

    pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.

    FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini;

    umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan

    di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia

    dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan

    negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan

    memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK.

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    21/28

    Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras

    dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi

    program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan

    nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang

    dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan

    silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan

    teknologi.

    Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesional ketika

    menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan

    sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan

    profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran

    (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).

    Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan

    struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan

    ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang

    mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti

    budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar

    dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan

    ilmu lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

    Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya

    diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan

    terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang dihasratkan negara

    Malaysia.

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    22/28

    Cabaran Globalisasi Dalam Dunia Pedidikan

    Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) merupakan satu dokumen

    perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur,

    pengisian dan tenaga manusia. Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan

    pendidikan berkualiti untuk semua. 6 teras strategik telah dikenalpasti untuk

    memperkukuhkan sistem pendidikan negara seperti membina negara bangsa,

    membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan

    jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan, melonjakkan kecemerlangan

    institusi pendidikan.

    Teras yang pertama iaitu membina negara bangsa. Kementerian Pelajaran

    Malaysia (KPM) berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal

    persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung

    dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Peranan pendidikan penting

    untuk melahirkan semangat cintakan negara. KPM berhadapan dengan cabaran

    besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia.

    Harapan KPM adalah memupuk jati diri melalui kurikulum, program kurikulum dansukan. Sistem pendidikan perlu melahirkan warganegara glokal yang mampu

    bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan

    leberalisasi.

    Teras yang kedua pula ialah membangunkan modal insan. Pendidikan

    memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yangmempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia ,

    berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.

    Tugas KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas

    peluang bagi memperkembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai

    kemahiran, dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang

    membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara

    di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    23/28

    Manakala teras yang ketiga pula ialah memperkasakan Sekolah Kebangsaan

    (SK). Di dalam PPIP, SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah

    menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

    Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk

    perpaduan rakyat Malaysia. KPM telah memperkenalkan Dasar memperkasakan SK

    supaya SK kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia. Fokus

    memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan menengah adalah untuk

    menjadikan sekolah-sekolah ini lebih beraspirasi nasional, meningkatkan

    kecemerlangan pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana.

    Teras yang keempat pula ialah merapatkan jurang pendidikan. Dasar KPM

    adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan

    tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah

    dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. KPM

    telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti

    dan kualiti dapat ditingkatkan.

    Teras yang kelima pula ialah memartabatkan profesion keguruan. Peranan

    guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru sebagai

    pemudah cara dalam P&P, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar.

    Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi

    efektif, menarik dan menyeronokkan. Guru juga perlu memberi bimbingan, motivasi

    dan menggerakkan murid-murid dalam kelasnya agar menjalankan serta mengikuti

    aktiviti pembelajaran. Guru hendaklah memastikan penggunaan strategi pengajaran

    berpusatkan murid dan berpusatkan bahan belajar. Kaedah dan teknik pemudahcara

    bermaksud memudahkan sesuatu tindakan dalam pengajaran. Dalam pendidikan,

    pemudahcara ialah proses menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat

    dijalankan dengan lancar. Pemudahcara merupakan kecekapan guru yang berjaya

    memotivasikan pelajar-pelajar bersedia belajar. Melalui teknik pemudahcara, guru-guru dapat membimbing para pelajar menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar.

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    24/28

    Sementara itu, guru-guru perlu memberi galakan kepada pelajar-pelajar

    supaya mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Guru yang

    menguasai kemahiran pemudahcara ialah guru yang cekap menggunakan kemhiran

    lisan dan bukan lisan, teknik menyoal serta mempunyai bakat memimpin. Di dalam

    strategi pengajaran dan pembelajaran, kemahiran pemudahcara merupakan

    kemahiran yang sangat penting dan sesuai untuk aktiviti perbincangan, sama ada

    secara kelas atau kumpulan. Ciri-ciri pemudahcara ialah seperti penyoalan,

    percontohan, scaffolding, pengarahan, dan pengstrukturan kognitif. Dasar KPM

    adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru,

    kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion

    keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam

    pembinaan generasi masa hadapan negara.

    Teras yang terakhir pula ialah melonjakkan kecemerlangan institusi

    pendidikan. Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama KPM.

    KPM berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan

    tujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang

    sangat mencabar. Dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan

    penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster

    institusi pendidikan yang ada. Matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusi-

    institusi model yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang

    sama. Institusi-institusi ini diharapkan menjadi showcasepada peringkat

    antarabangsa dan seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat

    Kecemerlangan Pendidikan.

    Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta

    Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada Penyata Razak (1956) dan Laporan

    Rahman Talib (1960) yang mana kedua-dua laporan ini menekankan aspek

    perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat.

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    25/28

    Penyata Razak dengan jelasnya mengutamakan perpaduan negara sebagai

    satu matlamat yang perlu dicapai. Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai

    perpaduan dijadikan teras pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan

    dan kepentingan masyarakat di Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Oleh

    kerana masyarakat Malaysia berupa masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan

    dalam konteks negara ini perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan

    perpaduan rakyat berbilang kaum selaras dengan prinsip-prinsip Rukun negara.

    Perpaduan yang diwujudkan mesti berupaya menangkis gejala-gejala yang boleh

    memecah belahkan rakyat seperti gejala perkauman, keturunan, agama, bahasa,

    perasaan kedaerahan dan lain-lain lagi.

    Untuk mencapai matlamat perpaduan negara ini melalui sistem pendidikan,

    Penyata Razak telah menggariskan dua aspek utama, iaitu sistem persekolahan

    yang sama bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan

    bercorak kebangsaan. Oleh itu, bagi tujuan untuk menjamin pencapaian matlamat

    perpaduan melalui bidang pendidikan, maka kedua-dua aspek tadi perlulah diteliti

    secara lebih terperinci dengan memberi tumpuan kepada aspek seperti sistem

    persekolahan, kurikulum, struktur masa persekolahan dan penjurusan, peperiksaan

    yang sama, pengurusan dan pentadbiran secara berpusat, pengelolaan sekolah-

    sekolah swasta, sukatan pelajaran dan peperiksaan yang sama, buku-buku teks,

    pendidikan agama, sivik, moral dan etika, pembentukan disiplin, disiplin dan

    masyarakat, disiplin dan perpaduan negara, disiplin di sekolah, kegiatan ko-

    kurikulum, unit beruniform, kelab dan persatuan dan sukan dan permainan.

    Selain itu, guru-guru perlu mempunyai beberapa ciri dalam menangani

    cabaran globalisasi pendidikan. Antaranya ialah guru-guru seharusnya merupakan

    seorang guru yang beriltizam. Guru sewajarnya melibatkan diri secara bersungguh-

    sungguh serta penuh dengan tanggungjawab dalam perlaksanaan tugas sebagai

    pendidik. Seterusnya guru-guru perlulah berorientasikan maklumat dalam cabaran

    globalisasi pendidikan. Guru-guru perlu bersungguh-sungguh mengajar maklumat

    baru yang berkaitan pendidikan melalui sebarang media terutama Teknologi

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    26/28

    Maklumat dan Komunikasi (ICT). Justeru itu, guru-guru perlu mahir dan mampu

    menguasi bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan baik agar

    pengetahuan tersebut dapat diserapkan di sekolah.

    Di samping itu, seorang guru seharusnya merupakan seorang guru yang

    berwawasan. Justeru, guru sewajarnya mempunyai bersifat mempunyai pandangan

    yang jauh dan mempunyai visi terutama berkaitan pendidikan. Sementara itu, guru

    juga hendaklah berpandangan global iaitu dengan melihat perspektif pendidikan

    secara global agar dapat menghadapi cabaran pendidikan dalam proses globalisasi.

    Seorang guru perlulah befikiran positif iaitu peka kepada perubahan, sedar tentang

    keperluan negara, positif terhadap pembelajaran dan mempunyai inovasi dalam

    tugas.

    Seterusnya guru-guru perlulah berpengetahuan, fleksibel, dan mudah

    menyesuaikan diri. Oleh itu, guru-guru hendaklah mempunyai inovasi dalam

    perhubungan sosial, berpekerti mulia, mudah suai, berdaya kepimpinan, mempunyai

    kesedaran terhadap persekitaran, dan mengamalkan sikap toleransi. Selain itu,

    guru-guru perlu mahir dalam teknologi pendidikan terutama guru di sekolah Bestari,

    yang berperanan melahirkan tenokrat-tenokrat bertaraf dunia serta bermoral.

    Guru-guru juga perlu membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan kerana

    ia dapat menggunakan teori pelajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan

    kelemahan pegajaran serta pembelajaran pelajar. Sementara itu, guru-guru juga

    perlu merebuat peluang pendidikan terbuka (Open Education). Pendidikan terbuka

    ialah pendidikan masyarakat atau aktiviti pendidikan di luar sekolah. Contohnya

    Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Seterusnya guru-guru perlulah mewujudkan hubungan

    interpersonal secara sarwajagat. Ia dapat melahirkan warganegara yang bukan

    sahaja berupaya berkhidmat kepada negara malah dapat berjasa ke arah kemajuan,

    keamanan dan kestabilan antarabangsa.

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    27/28

    Refleksi

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur terhadap Ilahi, iaitu

    dengan limpah kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih

    yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa dan keluarga saya yang telah

    membantu saya dari segi kewangan dan maklumat-maklumat yang saya perlukan

    tentang apa yang saya kaji seterusnya melengkapkan tugasan ini tidak kiralah

    secara langsung atau tidak langsung.

    Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya banyak mempelajari tentang

    bagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal disamping apakah tujuan ia

    dibentuk. Selain itu juga, saya juga dapat menajamkan lagi pemikiran saya tentang

    dasar-dasar pendidikan di negara ini dan bagaimanakah ia berfungsi untuk

    membangunkan bidang pendidikan di negara ini.

    Kolektifnya, pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh pihak

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) adalah bermediumkan sekolah. Maka, perealisasian hasrat sedemikian perlu

    ditekan dan diketengahkan ke dalam seantro aktiviti yang dipertanggungjawabkan

    ke sekolah tersebut. FPK merupakan dokumen rasmi dan menjadi rujukan variasi

    pihak khususnya sekelompok insan yang terlibat dalam bidang pendidikan.

    Pelaksanaan FPK di sekolah kajian adalah di tahap optimum dan boleh diperbaiki

    dari semasa ke semasa.

    Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada

    pensyarah saya iaitu En. Muhammad Sabri bin Awang Hitam kerana dengan tunjuk

    ajar dan bimbingannya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Beliaulah yang telah

    bertungkus-lumus membimbing, membantu dan mengajar saya sehingga terhasilnya

    tugasan ini.

  • 8/4/2019 PP SEM 3

    28/28

    Bibliografi

    1. Abang Chor. (2011, Mac 29). Guru Lama Dakwa Susah Naik Pangkat. Berita

    Harian.

    2. (2008, Januari 20). Pembelajaran Sepanjang Hayat Ditekan. Utusan.

    3. Martabatkan Pendidikan Vokasional. (2010, September 19). Diambil daripada

    http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0919&pub=Utusan_M

    alaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

    4. Sekolah Berasrama Penuh Perlu Selaras Hukuman Pelajar. (2011, Mac 3)

    Diambil daripadahttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahBerasramaPenuhperlusel

    arashukumanpelajar/Article

    5. Mok Soon Sang. (2004). Pengantar Pendidikan Teras Untuk Kursus

    Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah. Kuala

    Lumpur, Percetakan Sentosa (K.L) Sdn. Bhd.

    6. Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah.Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

    http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htmhttp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htmhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahBerasramaPenuhperluselarashukumanpelajar/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahBerasramaPenuhperluselarashukumanpelajar/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahBerasramaPenuhperluselarashukumanpelajar/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/SekolahBerasramaPenuhperluselarashukumanpelajar/Articlehttp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htmhttp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm