task 3 sem 3 sains 2

14
LAPORAN PENYIASATAN PENGENALAN: Melalui tugasan ketiga ini, kumpulan kami telah diundi untuk melaksanakan tugasan berkaitan topik ketelarutan (topik ke tiga). Sebagai informasi, topik ini diajar pada sukatan pelajaran Sains Tahun 2 dalam tema Alam Bahan (3.0 Mixing Things). Salinan dan rujukan Sukatan Huraian Pelajaran boleh dirujuk pada lampiran 2. Secara analisisnya, kajian dan eksperimen ini telah dilaksanakan di bilik makmal sekolah serta dengan bantuan murid agar ianya dapat memenuhi kreteria perlaksanaan, keperluan alatan dan radas. Selain itu, saya juga telah menyediakan gambar dan gambarajah yang sesuai agar perlaksanaan tugasan ini dapat dilihat dengan lebih jelas. Tugasan ini juga saya sertakan dengan gambar dan pelan penyiasatan sebagai bukti perlaksanaan. Sebelum memulakan laporan Eksperimen ini juga saya akan menghuraikan serba sedikit tentang maksud melarut dan faktor-faktor yang mempengaruhi ketelarutan. Penerangan ini dibuat agar kita dapat menentukan pembolehubah yang betul dan tepat dan menjadikan penyiasatan ini mencapai objektifnya . PENERANGAN: Maksud Melarut:

Upload: kobri-umi

Post on 11-Dec-2015

277 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

student work

TRANSCRIPT

Page 1: Task 3 Sem 3 Sains 2

LAPORAN PENYIASATAN

PENGENALAN:

Melalui tugasan ketiga ini, kumpulan kami telah diundi untuk

melaksanakan tugasan berkaitan topik ketelarutan (topik ke tiga). Sebagai

informasi, topik ini diajar pada sukatan pelajaran Sains Tahun 2 dalam tema

Alam Bahan (3.0 Mixing Things). Salinan dan rujukan Sukatan Huraian

Pelajaran boleh dirujuk pada lampiran 2. Secara analisisnya, kajian dan

eksperimen ini telah dilaksanakan di bilik makmal sekolah serta dengan bantuan

murid agar ianya dapat memenuhi kreteria perlaksanaan, keperluan alatan dan

radas. Selain itu, saya juga telah menyediakan gambar dan gambarajah yang

sesuai agar perlaksanaan tugasan ini dapat dilihat dengan lebih jelas. Tugasan

ini juga saya sertakan dengan gambar dan pelan penyiasatan sebagai bukti

perlaksanaan.

Sebelum memulakan laporan Eksperimen ini juga saya akan

menghuraikan serba sedikit tentang maksud melarut dan faktor-faktor yang

mempengaruhi ketelarutan. Penerangan ini dibuat agar kita dapat menentukan

pembolehubah yang betul dan tepat dan menjadikan penyiasatan ini mencapai

objektifnya .

PENERANGAN:

Maksud Melarut:

Di dalam Kamus Dewan Edisi ke 4 muka surat 896 ”melarut” bermaksud

menjadi hancur atau cair dalam air dan lain-lain seperti garam dalam air.

(Lampiran)

Faktor-faktor mempengaruhi kadar bahan melarut:

Menurut Robert Sneden dalam bukunya ’Material World : Separating

Material’ larutan ialah campuran dua bahan yang berbeza atau lebih larutan

cecair adalah paling lazim. Ia terhasil apabila satu bahan atau lebih pepejal,

cecair, gas dilarutkan di dalam sesuatu cecair.

Page 2: Task 3 Sem 3 Sains 2

Bahan yang dilarutkan itu disebut sebagai bahan larut dan cecair yang

melarutkan bahan itu disebut pelarut. Contoh larutan cecair adalah gula (bahan

larut) yang melarut di dalam air (pelarut).

Kebolehan bahan untuk melarut di dalam bahan lain dinamakan

ketelarutan. Ketelarutan kebanyakkan pepejal bergantung pada ciri kimia bahan

larut, pelarut dan suhu larutan cecair itu. Sesuatu pelarut yang mempunyai

isipadu tertentu, pada suhu tertentu, boleh melarut bahan tertentu sahaja.

Dalam kajian ini, kami akan menjalankan eksperimen berkaitan kadar

melarut bagi bahan pil ubatan yang terdiri dari jenis pil yang berbeza (tablet,

caplet dan kapsul). Kadar melarut bagi bahan ini akan ditentukan dengan

menguji masa bahan itu melarut dalam suhu yang sama dan kauantiti air yang

sama. Laporan kajian adalah seperti yang disediakan.

Antara bahan dan radas yang diperlukan dalam tugasan ini.

Page 3: Task 3 Sem 3 Sains 2

HIPOTESIS:

Jika pil mudah menyerap air, maka kurang masa yang diambil untuk melarut

Semakin pil kurang menyerap air, maka bertambah masa yang diambil untuk

melarut.

LAPORAN KAJIAN

SOALAN:

Di antara jenis ubatan (pil) – tablet, caplet atau kapsul – yang manakah melarut

dengan lebih cepat?

Tablet Caplet Kapsul

TAJUK:

Yang Manakah Cepat Melarut

SOALAN UJIKAJI:

Kamu dikehendaki menjalankan kajian tentang kadar melarut bagi tiga jenis pil

iaitu tablet, caplet dan kapsul. Tujuan eksperimen ini adalah untuk mengkaji

hubungan antara jenis ubatan (pil), kadar penyerapan dan masa ianya melarut.

Suhu dan kauntiti air adalah sama.

Page 4: Task 3 Sem 3 Sains 2

BAHAN –BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Bikar – 3

Tablet – 1

Caplet – 1

Kapsul – 1

Jam randek

Air – 300 ml

Kertas label – 3 (A,B,C)

Rod kaca/ sudu

Jadual eksperimen

Bikar Air

Jam Randik Pil-pil

Kertas label Rod (pengacau)

Page 5: Task 3 Sem 3 Sains 2

CARA-CARA PERLAKSANAAN:

1. Bikar dilabelkan dengan A, B dan C.

2. 100ml air dimasukkan ke dalam setiap bikar.

3. Membuat pemerhatian tentang keadaan dan sifat pil dan membuat

catatan pada jadual.

4. Pil (ubatan) –tablet dimasukkan ke dalam bikar A dan dikacau dengan

perlahan dalam masa yang sama tempoh masa melarut dicatatkan.

5. Ulangi (langkah 4) pada Bikar B –Caplet dan C - Kapsul.

6. Melengkapkan jadual dan laporan eksperimen.

(Lihat lampiran bergambar samasa perlaksanaan)

Pil tablet Pil Caplet Pil Kapsul

100 ml 100 ml 100ml

Bikar A Bikar B Bikar C

Perhatian: Dilaksanakan satu persatu (bermula bikar A dan seterusnya).

Page 6: Task 3 Sem 3 Sains 2

Jadual eksperimen: Yang Mana Cepat Melarut

BIKAR JENIS PIL KEADAAN/SIFAT

TAHAP PENYERAPAN

AIR

MASA MELARUT

(MINIT)

A Tablet Rapuh Menyerap 2 minit 35 saat

B Caplet Keras Kurang menyerap

3 minit 43 saat

C Kapsul Kenyal Sangat kurang menyerap

6 minit 7 saat

PEMBOLEHUBAH MANIPULASI:

Jenis pil (ubatan)

PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS:

Kadar masa melarut (minit)

PEMBOLEH UBAH DIMALARKAN:

1. Kuantiti air

2. Suhu air.

PEMERHATIAN: jadual/ graf

Pil tablet lebih cepat melarut berbanding caplet dan kapsul.

Pil tablet lebih menyerap air berbanding yang lain-lain.

Page 7: Task 3 Sem 3 Sains 2

INFERENS:

Pil tablet cepat melarut berbanding yang lain-lain kerana ianya lebih mudah

diserap oleh air dan kadar resapannya adalah tinggi. Ini kerana ianya dibuat

daripada serbuk ubatan yang dimampatkan, dibentuk dan sifatnya lebih rapuh.

Manakala caplet mempunyai lapisan berlilin dan lebih keras. Jadi ianya sukar

untuk diserap air dan melambatkan kadar ketelarutannya. Pil kapsul pula

mempunyai sarung yang diperbuat daripada gel atau geletin yang lebih kenyal

dan mencair apabila terkena air namun begitu agak sukar untuk larut dengan

cepat.

KESIMPULAN:

Kadar masa ketelarutan adalah dipengaruhi oleh kadar penyerapan air, keadaan

dan jenis bahan itu diperbuat.

CADANGAN DAN PERBINCANGAN:

Semasa melaksanakan tugasan ini ada beberapa kesukaran dalam dalam

menentukan pembolehubah. Menentukan pembolehubah manipulasi adalah

yang paling sukar ditentukan. Ini kerana pelbagai hipotesis dan jangkaan awal

bermain difikiran semasa menerima tugasan ini. Antara yang difikirkan ialah

adakah bentuk pil mempengeruhi kadar melarut? Adakah saiz pil mempengaruhi

kadar melarut? . Namun setelah membuat perbincangan bersama ahli PPG yang

lain melalui telefon dan email masalah ini telah dapat saya atasi. Saya telah

membuat pemerhatian dengan dua cara iaitu secara kualitatif (menggunakan

deria) contohnya bentuk , saiz , warna dan keadaan pil. Kedua perubahan

(perubahan fizikal-melarut).

Jika dilihat pada hipotesis yang telah diberikan saya telah membuat dua

hipotesis. Penyenaraian hipotesis ini dibuat agar penyiasatan ini dapat

menentukan mana-mana yang diperlukan dalam sukatan pelajaran. Untuk

pengetahuan, di sekolah rendah tajuk ketelarutan bahan ini hanya diajar pada

Mata Pelajaran Sains Tahun 2 Tema Alam Bahan (0.3 Mixing Things), iaitu

Bahan Yang Boleh Melarut dan Bahan Yang Tidak Boleh Melarut. Tetapi dalam

tugasan ini, ketiga-tiga bahan (pil) yang diberikan adalah bahan yang boleh

Page 8: Task 3 Sem 3 Sains 2

melarut tetapi berbeza dari segi tahap kadar ketelarutan. Oleh yang demikian

saya telah menetapkan bahawa sifat bahan dan keadaan (pil) adalah

pembolehubah manipulasi yang paling sesuai dalam menguji kadar melarut

bahan itu.

Bagi penentuan pemboleh ubah malar dan pembolehubah bergerak balas

adalah tidak menjadi masalah bagi saya. Ini kerana saya memahami kadar

kelarutan bahan itu bergantung juga kapada bahan pelarut dan suhu tertentu

(air). Kadar melarut dikenalpasti melalui permerhatian kadar masa dengan

menggunakan jam randik.

Bagi membina jadual penentu ujian pula, saya telah senaraikan bersama

dengan sifat/ keadaan bahan dan tahap penyerapan kerana ianya dilihat

mempengaruhi tahap melarut bahan tersebut (pil). Jadi ini dianggap sebagai

dapatan tambahan atau pemerhatian.

Cadangan untuk menambah baikkan pedagogi dalam topik ini ialah kajian

ini boleh dijalankan secara serentak tetapi berlainan bahan (pil). Murid boleh

dibahagikan kepada tiga kumpulan dan menjalankan pemerhatian. Contohnya

kumpulan A untuk pil tablet, kumpulan B untuk pil caplet dan kumpulan C untuk

pil kapsul. Masa mula meletakkan bahan dalam air ditentukan oleh guru dan

diselaraskan. Rekod melarut dicatatkan mengikut tempoh melarut bagi bahan

masing-masing.

Cadangan kedua adalah menggunakan bahan pelarut (air) yang

mempunyai suhu yang sederhana contohnya 50 °C kerana bahan akan lebih

cepat melarut . Namun begitu tahap suhu yang sama (malar) perlu dijaga bagi

setiap bahan yang diuji bagi menjamin eksperimen ini mencatat pemerhatian

yang saintifik, selaras dan tidak mengganggu keputusan eksperimen.

Akhirnya, semoga tugasan dan perbincangan ini memberikan ilmu yang

berguna buat saya seterusnya memantapkan pengetahuan dalam pedagogi

pendidikan Sains.

Page 9: Task 3 Sem 3 Sains 2

LAMPIRAN BERGAMBAR:

Melakar jadual penentu ujian Melabel bikar

Bikar yang siap dilabel 100 ml air dimasukkan

Memasukkan pil tablet Mengacau, mencatat, pemerhatian

Page 10: Task 3 Sem 3 Sains 2

Keadaan tablet selepas 3 minit Keadaan Caplet selepas 6 minit

Memasukkan kapsul Keadaan kapsul 5 minit

Jadual penentu ujian Tekun

Page 11: Task 3 Sem 3 Sains 2