kes study sem 3

Upload: nickzen-de-jean

Post on 06-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    1/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    1

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

    PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (AT 10)

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURIDPINTAR CERDAS

    (KBC 3023)

    TAJUK:

    Kajian Kes Kanak-kanak Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif

    (Arfan Hadri Bin Mohd Zahari)

    DISEDIAKAN OLEH:

    NURUL HUDA BINTI ARIF

    D20091034785

    PENSYARAH:

    DR. MD. NASIR BIN MASRAN

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    2/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    2

    ISI KANDUNGAN HALAMAN

    1.0 Pengenalan 1-2

    2.0 Perkembangan Fizikal, Emosi, dan Sosial

    2.1 Perkembangan Fizikal

    2.2 Perkembangan Emosi

    2.3 Perkembangan Sosial

    3-7

    3.0 Teori dan Model

    3.1 Teori Perkembangan Psikososial

    Erik Erikson

    3.2 Teori Perkembangan Sosio-Emosi

    Sigmund Freud

    8-12

    4.0 Metodologi Pengesanan Awal 13

    5.0 Kajian Kes

    5.1 Latar Belakang Responden

    5.2 Aplikasi Teori Erikson dan Freud

    Dalam Bilik Darjah

    14-15

    6.0 Ulasan Senarai Semak 16-18

    7.0 Strategi Jangka Pendek 19-20

    8.0 Perancangan Jangka Panjang (Program)

    Untuk Membantu Responden

    21-23

    9.0 Penutup 24

    Rujukan

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    3/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    3

    1.0 PENGENALAN

    Menurut United States Office of Education, pintar cerdas adaIah:

    Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who

    by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children

    who require differentiated educational programs and services beyond those normally

    provided by regular school programs in order to realize their contribution to self and

    society. (Marland dIm Davis & Rimm, 1998, ms. 18)

    Berdasarkan definisi di atas telah jelas menekankan dua perkara berikut yang berkaitan dengan

    kanak-kanak pintar cerdas:

    kebolehan pencapaian kanak-kanak pintar cerdas yang tinggi mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkan potensi yang ada

    pada mereka.

    Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya rnemperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa

    berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sarna, kelebihan ini akan menimbulkan

    beberapa masalah dalam kehidupan mereka. Sebagai golongan minoriti, masalah mereka

    mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya

    berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri rnereka. Antara masalah yang dihadapi oleh

    kanak-kanak pintar cerdas termasuklah konsep kendiri, fobia, perkernbangan fizikal, emosi dan

    sosial, dan masalah mengembangkan potensi.

    Oleh yang demikian, faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi, diskriminasi

    terhadap golongan ini, masalah keluarga, rnasalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistern

    persekitaran, dan pandangan orang lain terhadap rnereka rnenyebabkan rnasalah mereka yang

    sedia ada semakin bertambah. Menurut Davis & Rimm (1998), semakin tinggi tahap kecerdasan

    seseorang maka semakin tinggi keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya. Perkara

    ini penting untuk mengelak daripada potensi kanak-kanak tersebut berada di bawah tahap

    pencapaian sebenar mereka.

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    4/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    4

    Selain itu juga, David George (1997) telah memfokuskan beberapa komponen bagi

    kanak-kanak pintar cerdas iaitu kecerdasan merujuk kepada:

    i. kecemerlangan dalam subjek akademik,ii. berterusan,

    iii. memahami arahan dengan baik,iv. mempunyai kemahiran belajar yang baik,v. memproses maklumat dengan cepat,

    vi. daya ingatan yang baik, danvii. mempunyai pemikiran abstrak yang baik.

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    5/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    5

    2.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL

    2.1 Perkembangan Fizikal

    Menurut tokoh, perkembangan adalah suatu proses yang rencam (kompleks). Menurut Gallahue

    (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori

    asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi

    yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal

    kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), dan manipulasi

    (manipulation).

    Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanak-kanak dan

    aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden

    (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses

    pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran

    serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut

    Selain itu juga, perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas

    pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat, dan ceria. Menurut

    Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan

    KESEIMBANGAN

    Keseimbanganmerujuk

    kebolehankanak-kanakmengekalkankedudukan

    badan merekarelatif kepada

    tindakan graviti

    PERGERAKAN

    Pergerakanadalah aspek

    yang berkaitandengan

    tingkahlakukanak-kanak

    tersebut

    MANIPULASI

    Manipulasiadalah

    kemahirankanak-kanakberhubung

    dengan objek dipersekitarannya.

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    6/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    6

    fizikal kanak- kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebersihan alam sekitar,

    keselamatan, kesihatan, dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak

    menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.

    Justeru itu, dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya

    diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya

    aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat mencapai

    kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitarannya kurang

    sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan dan langkah

    untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut

    2.2 Perkembangan Emosi

    IQ tinggi dianggap sebagai penunjuk yang kuat kejayaan dan kesejahteraan dalam segala bidang

    hidup. Namun demikian. kanak-kanak pintar cerdas menghadapi pelbagai masalah sosio-emosi

    yang disebabkan oleh ciri-ciri unik dalam dirinya sendiri serta lingkungan faktor seperti

    kehidupan keluarga, persekitaran sekolah, dan salah faham dari orang lain.

    Faktor-faktor ini menghalang mereka daripada membangunkan potensi mereka

    sepenuhnya. Perkara ini menjelaskan mengapa tidak semua individu berbakat dapat mencapai

    produktiviti dan kreativiti dalam hidup mereka. Oleh yang demikian, berikut merupakan definisi

    yang jelas berkaitan emosi dan kecerdasan emosi seseorang.

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    7/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    7

    EMOSI

    Perkataan yang berasal dari perkataan Greekemovere yang bermaksud untuk keluar

    Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu

    bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.

    Satu keadaan yang dialami oleh seseorangmanusia yang melibatkan beberapa perubahan

    proses fisiologi, diri, dan psikologi.

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    8/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    8

    KECERDASAN EMOSI

    Satu kebolehan

    untuk mengekang

    perasaan atau

    emosi negativeserta

    memfokuskan

    kepada emosi

    positif

    Kemampuan

    memahami emosi,

    menyelaminya, dan

    membina hubungan

    begi meningkatkan

    pengetahuan dalammemahami emosi diri

    dan orang lain

    Kebolehan untuk

    mengenalpasti emosi

    diri sendiri dan orang

    lain untuk

    memotivasikan diri

    sendiri & mengurusemosi dengan baik

    dalam diri serta

    membina hubungan

    dengan orang laindengan memahami

    emosi diri dan orang

    lain.

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    9/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    9

    2.3 Perkembangan Sosial

    Aspek sosial pula berkaitan dengan pergaulan dan interaksi kanak-kanak dengan mereka yang

    berada di persekitarannya. Sesuatu tingkahlaku yang ditunjukkan kanak-kanak dipengaruhi oleh

    proses peneguhan, dendaan atau peniruan. Sesuatu tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-

    kanak akan diulangi sekiranya kanak-kanak tersebut memperoleh ganjaran atau pujian akibat

    dari tingkahlaku yang ditunjukkan tersebut. Walaubagaiamanapun, ganjaran atau pujian biasanya

    adalah disebabkan suatu tingkahlaku yang mereka tunjukkan yang bersesuaian dengan peraturan

    sosial mereka.

    Oleh itu, dalam perkembangan tingkahlaku kanak-kanak, sesuatu tingkahlaku akan

    diulangi jika model tingkahlaku itu bersesuaian dengan diri kanak- kanak tersebut. Begitu juga

    jika tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut dikenakan dendaan maka

    tingkahlaku itu akan cuba mereka elak atau tidak mengulanginya sama sekali.

    Perkembangan sosial melibatkan interaksi sosial seseorang dengan seseorang yang lain.

    Interaksi sosial ini bermaksud keadaan dimana seseorang melakukan hubungan saling berbalas

    respon dengan orang lain. antara aktiviti yang melibatkan permulaan interaksi sosial ini adalah

    dari saling melempar senyum, saling melambaikan tangan dan berjabat tangan, berbual, dan

    seterusnya bersaing dalam olahraga.

    Persekitaran sosial mempengaruhi perkembangan seseorang kanak- kanak. Persekitaran

    sosial yang baik seperti masyarakat yang harmoni, hubungan antara jiran tetangga yang baik,

    anak-anak boleh bermain bersama akan menimbulkan suasana yang baik untuk perkembangan

    kanak-kanak. Selain itu, suasana kerjasama dan kerukunan antara jiran tetangga akan dapat

    menggalakan pertumbuhan kanak-kanak yang lebih baik.

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    10/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    10

    3.0 TEORI DAN MODEL

    3.1 Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

    Erik Erikson adalah antara tokoh psikologi yang membentuk Teori Perkembangan Emosi

    Psikososial. Teori ini adalah hasil pengalaman kehidupannya sendiri dan apa yang dipelajari

    melalui Freud. Beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu

    iaitu faktor kendiri, emosi, dan sosial. Teori Erikson adalah berdasarkan lima prinsip iaitu:

    i. Manusia mempunyai keperluan asas yang samaii. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan

    asas

    iii. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap tertentuiv. Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi

    dengan jayanya pada tahap berikutnya

    v. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahapyang berikut

    Selain itu juga, Erikson telah membahagikan perkembangan emosi manusia kepada lapan tahap

    yang utama iaitu:

    TAHAP HURAIAN

    Tahap 1: Percaya lawan Tidak Percaya Bayi mestilah menjalinkan hubungan kasih

    sayang serta kepercayaan dengan pengasuh

    atau sebaliknya membentuk perasaan tidak

    percaya. Hal ini demikian bermakna, jika tidak

    diberi penjagaan yang sepatutnya seperti

    penyusuan, tidak dijaga atau lampin tidak

    bertukar, ketidakpercayaan kepada orang lain

    timbul dalam diri bayi yang akan menimbulkan

    ketakutan dan berprasangka

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    11/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    11

    Tahap 2: Autonomi lawan Rasa Malu/Sangsi Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini

    tertumpu kepada perkembangan kemahiran

    fizikal seperti berjalan dan pelbagai lagi. Rasa

    percaya kepada keupayaan diri timbul jika

    berjaya dan menerima sokongan. Sekiranya

    gagal mereka akan ragu-ragu terhadap

    keupayaan diri

    Tahap 3: Inisiatif lawan Rasa Bersalah Kanak-kanak pada tahap ini akan cuba

    berdikari melakukan sesuatu dan jika gagal

    perasaan bersalah akan timbul. Mereka

    meneroka persekitaran dan mencuba

    kemahiran-kemahiran baru. Mereka juga suka

    bertanya dan meminta penjelasan dan rasa

    bersalah terhadap diri sendiri akan timbul

    apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi

    peluang semasa mencuba kemahiran

    Tahap 4: Ketekunan lawan Rasa Rendah Diri Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran

    kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi

    risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan

    tidak cekap. Kemahiran yang diperoleh

    berkisar di alam persekolahan.Kanak-kanak

    yang gagal dalam peringkat ini akan merasa

    rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja

    terhadap pencapaian akademik tetapi juga

    dalam hubungan sosial dengan individu di

    persekitaran mereka

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    12/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    12

    Tahap 5: Identiti lawan Kekeliruan Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam

    pelbagai aspek seperti pekerjaan, peranan

    jantina, social, dan sebagainya jika tidak

    perasaan rendah diri akan timbul. Mereka akan

    meniru identiti orang lain di persekitaran.

    Sekiranya gagal, akan timbul kecelaruan

    identiti, rasa tidak selamat, ragu- ragu, dan

    akan mengalami pelbagai masalah di peringkat

    seterusnya

    Tahap 6: Kemesraan lawan Pengasingan Pada tahap ini manusia akan membentuk

    keintiman dalam perhubungan menuju ke alam

    perkahwinan serta membina kerjaya, sekiranya

    gagal akan merasa terasing dan tersisih.

    Individu pada peringkat ini sudah berupaya

    menjaga dan melindungi individu lain

    (suami/isteri dan anak) tanpa hilang identitidiri

    Tahap 7: Generativiti lawan Pemusatan Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik

    dapat memuaskan hati, atau sebaliknya akan

    membawa kepada perasaan mementingkan diri

    serta hanya memusatkan kepada perkembangan

    atau aktiviti diri. Mereka yang tidak dapat

    membentuk keintiman akan rasa terasing dan

    akan menghindari perhubungan dengan orang

    lain

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    13/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    13

    Tahap 8: Kesepaduan lawan Putus Asa Merupakan kemuncak perkembangan iaitu

    berkaitan dengan kejayaan hidup berkeluarga

    dan karier akan menimbulkan kepuasan dalam

    diri. Perkara sebaliknya jika gaga akan

    membawa kepada kedukaan dan kekecewaan

    di hari tua dan berputus asa dengan

    kehidupannya.

    3.2 Teori Perkembangan Sosio-Emosi Sigmund Freud

    Menuru Freud, apa yang dilalui pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan

    pada peringkat berikutnya. Pengalaman yang berkaitan dengan trauma dan konflik pada

    peringkat awal kanak-kanak akan mempunyai kesan jangka panjang yang akan menyebabkan

    seseorang dikawal oleh sejenis daya secara senyap. Daya ini secara perlahan-lahan akan

    mengundang perlakuan-perlakuan yang akan dipamerkan semasa seseorang itu bergaul dengan

    masyarakat.

    Freud berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan

    perkembangan fizikalnya. Kajian beliau membolehkannya membahagikan perkembangan emosi

    setiap individu kepada lima peringkat mengikut peringkat pertambahan umur yang selaras

    dengan perkembangan fizikalnya. Freud mengklasifikasikan ciri-ciri perkembangan emosi

    kanak-kanak dari 0 hingga 3 tahun kepada dua peringkat iaitu peringkat oral dan peringkat anal.

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    14/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    14

    Perkembangan pada peringkat ini ialah kanak-kanak akanmemperolehi kepuasan dari belajar menghisap, menggigit,dan menelan selepas berumur 8 bulan. Personaliti kanak-kanak juga akan terbentuk hasil daripada pengalaman yangdilalui. Pada peringkat ini juga timbul perasaan ingin

    memilik sesuatu timbul pada diri kanak-kanak danmembentuk personaliti yang agresif dan suka mengejakorang jikatidak mendapat kepuasan diri.

    PERINGKAT ORAL

    (0 HINGGA 1 TAHUN)

    Pada tahap ini kanak-kanak memperolehi kepuasandaripada aktiviti membuang air besar. Mereka akan belajarcara mengawal pembuangan air besar dan kecil bertujuanuntuk mendapat perhatian. Kanak-kanak akan membentukpersonaliti pemarah jika latihan tandas yang diberi terlalutegas.

    PERINGKAT ANAL

    (1 HINGGA 3 TAHUN)

    Kanak-kanak mula mengenali organ kejantinaan dan dilihatmereka gemar memegang kawasan kemaluan kereka.Keadaan ini dipanggil elektra kompleks bagi kanak-kanakperempuan. Mereka akan lebuh tertarik kepada bapanyadan meniru cara ibunya. Manakala bagi lelaki puladinamakan oedipus kompleks iaitu mereka lebih tertarikkepada ibunya dan meniru cara bapanya. Pada peringkatini, mereka sudah mula pandai menggunakan helah beladiri dalam mengatasi masalah penyesuaian.

    PERINGKAT FALIK

    (3 HINGGA 6 TAHUN)

    Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat Pendaman.Konflik yang dialami pada peringkat oral, anal, dan falikakan menjadi tenang kerana kanak-kanak mula terdedah

    kepada beraneka pengalaman baru atau keinginan seksualmereka terpendam sementara waktu. Pada peringkat inikanak-kanak perlu diberi peluang untuk bergaul bagimemenuhi keperluan sosial mereka. Kanak-kanak yangtidak diberi peluang untuk bersosial akan menunjukkantungkahlaku yang negatif apabila dewasa. Mereka akansukar bergaul, suka mengasingkan diri, suka menarik diri,dan merasa diri terkongkong.

    PERINGKAT LATENSI (6TAHUN HINGGA 11 TAHUN)

    Kanak-kanak mula memasuki alam remaja dan menunjukminat pada rakan sebaya yang berlainan jantina. Merekamula memikir isu seperti "dating", perkahwinan sertatentang kerjaya dan keluarga. Ibu bapa atau guru perlu

    mendekati remaja yang bermasalah pada tahap ini secaradiplomasi dan mengambil berat terhadap mereka sertasentiasa memotivasikan mereka.

    PERINGKAT GENITAL

    (12 TAHUN KE ATAS)

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    15/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    15

    4.0 METODOLOGI PENGESANAN AWAL

    PENILAIAN ULASAN

    Pemerhatian

    Mengenal huruf dengan cepat tetapi tidak pandai membaca tetapiapabila diajar responden cepat belajar dan mempunyai daya yang

    ingatan kuat

    Sukar untuk diajak bergaul pada permulaannya Bergaul apabila responden berasa perlu

    Ibu bapa

    Semasa usia kanak-kanak sedang aktif responden hanya banyakmendiamkan diri dan bermain seperti berada di dalam dunianya

    sendiri.

    Apabila ingin meminta sesuatu reponden hanya menarik tanganibunya untuk mengambil barang yang diingini.

    Mudah menghafal perkara yang diajar kepadanya.

    Responden

    Suka melihat gambar-gambar berwarna Gemar bermain permainan dalam computer

    Lain-lain

    (guru-guru, saudara-

    mara)

    Merupakan murid yang pandai di dalam kelas Mudah memahami pelajaran yang diajar Suka membaca dan melihat gambar berwarna

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    16/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    16

    5.0 KAJIAN KES

    5.1 Latar Belakang Responden

    NAMA Arfan Hadri Bin Mohd Zahari

    TARIKH LAHIR 14 Ogos 2004

    PENDIDIKAN 2 Orang (anak ke-2)

    BIL. ADIK-BERADIK Sek Sri Budiman 2

    MASALAH YANG DIHADAPI Autism dan Hiperaktif

    PEKERJAAN BAPA

    PEKERJAAN IBU

    Bisnes software

    Pembantu Tadbir Sekolah

    5.2 Aplikasi Teori Erikson Dan Freud Dalam Bilik Darjah Responden

    Pengetahuan dan pemahaman berkaitan teori perkembangan dapat membantu guru melaksanakan

    aktiviti atau program yang bersesuaian kepada murid. Pembentukan sosio-emosi yang baik

    dalam diri kanak-kanak pintar cerdas dapat dihasilkan iaitu dengan mengaplikasikan teori-teoriini dalam dalam bilik darjah. Antara aplikasi teori dalam bilik darjah yang boleh dilaksanakan

    ialah:

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    17/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    17

    Cuba memahami perasaan atau emosi responden sebelumsesuatu pengajaran dimulakan atau sebelum memberi sesuatuarahan

    Memberi responden peluang untuk mencuba sesuatu aktivitiyang baru dan sentiasa memotivasikan responden untukmencuba perkara baru

    Membantu responden untuk membentuk persahabatandengan kanak-kanak lain

    Memasukkan nilai-nilai keagamaan dan moral dalam setiapsesi pengajaran dan pembelajaran

    Memastikan responden berasa dihargai dan selamat apabila

    berada di dalam bilik darjah atau apabila meluahkanperasaan atau pendapat

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    18/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    18

    6.0 ULASAN SENARAI SEMAK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

    KANAK-KANAK PINTAR

    CERDAS

    ASPEK CIRI-CIRI RESPONDEN

    Seorang yang peramah dansuka bertanya kepada guru

    mengenai sesuatu perkara

    yang tidak difahami

    Personaliti Responden bukan seorangyang peramah dan

    bertanya sesuatu palajaran

    yang tidak difahami

    kepada guru.

    Hal ini demikian keranareponden mengalami

    masalah autism yang mana

    menyebabkan responden

    sentiasa berada dalam

    dunianya sendiri tanpa

    mempedulikan orang di

    sekelilingnya.

    Oleh itu, repondenmenjadi seorang yang

    pendiam.

    Kreatif terutamanya dalammenguasai kemahiran.

    Mereka dapat

    menggunakan barang

    ataupun peralatan yang

    biasa secara kreatif.

    Mempunyai dayaimaginasi yang tinggi,

    aktif, dan pelik

    Kreativiti

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    19/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    19

    Suka belajar dengansistematik, memberi

    tumpuan sepenuhnya

    semasa guru mengajar di

    dalam bilik darjah serta

    rajin membuat latihan

    yang diberikan oleh guru

    Belajar dengan mudah,cepat dan mempunyai rasa

    ingin tahu yang tinggi

    Berminat dalampembelajaran dan

    pencapaian akademik yang

    tinggi

    Gaya Belajar Responden hanya belajarmelalui pemerhatiannya

    seperti penggunaan

    komputer.

    Perasaan ingin mencubareponden sangat tinggi.

    Responden tidakmenunjukkan minat dalam

    pembelajaran tetapi

    pencapaian akademik

    reponden sangat

    cemerlang.

    Bijak dalam pelajaranserta mudah menerima

    ilmu yang diajar oleh guru

    dengan mudah Peka dan menunjukkan

    reaksi segera kepada

    sesuatu tugasan dan

    berupaya menyelesaikan

    masalah

    Kognitif Responden mudahmenerima sesuatu

    pelajaran dengan cepat.

    Menurut guru kelas,responden merupakan

    murid yang paling bijak.

    Daya ingatan responden juga sangat baik

    berbanding kanak-kanak

    yang sebaya dengan

    responden.

    Penyesuaian sosial dankawalan emosi yang baik

    Mampu bersosial dengancepat

    Emosi Dengan masalah autismyang dialami responden

    mengalami masalah dalam

    bersosialisasi.

    Masalah hiperaktif yang

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    20/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    20

    ada pada responden juga

    menyebabkan emosi

    responden tidak stabil dan

    sering tantrum tanpa

    dijangka terutamanya

    apabila sesuatu

    keperluannya tidak

    dituruti.

    Mempunyaiperbendaharaan kata yang

    banyak, tepat, dan

    mengekal atau mengingat

    apa yang dibaca dan

    didengar dengan mudah

    Bahasa Responden mempunyaimasalah dalam

    berkomunikasi walaupun

    sudah berumur 6 tahun.

    Tetapi, apabila diajarsesuatu perkataan atau

    pelajaran reponden dapat

    mengingatinya dalam

    jangka masa yang panjang

    tanpa perlu diulangi.

    Responden akanmengingati atau

    mengekalkan semua

    perkara yang

    didengarinya.

    Melebihi purata dari aspekketinggian, berat badan,

    kekuatan, dan kesihatan

    Fizikal Pertumbuhan fizikalresponden adalah normal.

    Manakala, kemahiranpsikomotor halus

    responden adalah kurang

    kerana masih tidak mampu

    menguruskan diri ketika

    membuang air besar.

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    21/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    21

    7.0 STRATEGI JANGKA PENDEK

    Dalam mereka atau melaksanakan aktiviti atau program untuk responden, ciri-ciri masalah yang

    dihadapi oleh responden telah dikaji bagi memastikan strategi yang digunakan dapat

    mengurangkan atau menghapuskan masalah tersebut bagi masa terdekat.

    Oleh yang demikian, beberapa strategi jangka pendek telah dilaksanakankan terhadap

    responden bagi memastikan masalah autism dan hiperaktif responden dapat dikurangkan

    seterusnya mengadakan program bagi menonjolkan bakat atau ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas

    yang terdapat pada responden agar tidak terhapus begitu sahaja.

    STRATEGI BAGI MASALAH:

    AUTISM HIPERAKTIF

    i. Melakukan terapi seperti terapi carakerja, terapi pertuturan, dan terapi

    bahasa.

    i. Jaga pemakanan (mengawalhiperaktif)

    ii. Tidak membiarkan respondenbersendirian

    ii. Token ekonomi (menggalakkanperlakuan yang diingini)

    iii.

    Menggalakkan responden bergaulbersama kanak-kanak normal

    iii.

    Menggunakan pelbagai sensoridalam proses pengajaran dan

    pembelajaran

    iv. Memasukkan responden dalamprogram pendidikan inklusif

    iv. Memberi respon yang pantas setiapperkara responden lakukan

    v. Perubatan (Ritalin): untukmeningkatkan tumpuan responden

    v. Memberi pelukan setiap kaliresponden mengalami tantrum

    vi. Pengurusan tingkahlaku sama adamengurangkan, menambahkan,

    mengekalkan, dan menghapuskan

    vi. Membenarkan respondenmelakukan perkara yang disukai

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    22/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    22

    Selain itu juga, terdapat beberapa kaedah bagi mengawal tingkahlaku tidak diingini

    dalam kalangan kanak-kanak yang bermasalah oleh guru. Kaedah yang digunakan perlulah

    berpandukan prinsip-prinsip pembelajaran dalam modifikasi tingkahlaku iaitu prinsip

    peneguhan, penghapusan, dan hukuman.

    Antara hukuman yang diberi adalahhukuman fizikal, membuat teguran, time-out dan respones cost.

    Terdapat juga beberapa perkara yang perludiberi perhatian sebelum melaksanakanhukuman termasuk reaksi agresif yangmungkun timbul daripadanya,menghasilkan tingkahlaku mengelak ataumelarikan diri, dan berkaitan dengan isuetika

    HUKUMAN

    Merupakan satu cara untuk mengurangkanatau menghapuskan sesuatu tingkahlakuyang tidak diingini

    Penghapusan bermaksud tidakmempedulikan tingkahlaku yang tidakdiingini yang ditunjukkan oleh kanak-

    kanak

    PENGHAPUSAN

    Apabila kanak-kanak menunjukkantingkahlaku yang baik, merekadipujisupaya tingkahlaku ini dapatditeruskan.

    Bagi mengelakkan kanak-kanakbertingkahlaku yang tidak diingini, konseppeneguhan negatif boleh digunapakai dimana kanak-kanak akan diberi perhatiansekiranya tidak menunjukkan tingkahlakutersebut.

    PENEGUHAN

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    23/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    23

    8.0 PERANCANGAN JANGKA PANJANG (PROGRAM) UNTUK MEMBANTU

    RESPONDEN

    Dalam merancang program untuk responden, saya telah berbincang bersama ibu bapa responden

    untuk memberi pandangan cara bagi membantu responden agar bakat yang ada tidak terhenti

    begitu sahaja. Bagi memastikan tidak menyinggung persaan kedua-dua pihak saya telah

    berbincang secara dua hala iaitu juga meminta pendapat ibu bapa responden seterusnya

    mencadangkan program yang difikir bersesuaian dengan responden. Antara program yang telah

    dirancang adalah berdasarkan kelebihan yang terdapat pada responden seperti berikut:

    PENGENALAN KEPADA

    RESPONDEN

    KELEBIHAN ATAU

    KEKURANGAN

    PERANCANGAN JANGKA

    PANJANG (PROGRAM)

    Responden seorang muridyang bijak

    Mudah menerimapelajaran dan mempunyai

    daya ingatan yang kuat

    Pencapaian akademik yangcemerlang

    Mendaftar dalam programpendidikan inklusif

    Responden merupakankanak-kanak yang pintar

    walaupun menghadapi

    masalah autism dan

    hiperaktif. Tetapi,

    reponden mempunyai

    kelebihan yang tersendiri.

    Responden pandai

    menggunakan komputer

    walaupun masih berusia 5

    tahun dan dengan masalah

    yang dialami. Justeru itu,

    Menggunakan komputertanpa bantuan orang lain

    dan hanya melihat cara

    penggunaannya

    Memberi peluang kepadaresponden mengendalikan

    komputer bersendirian

    sambil dipantau

    Mengajar secaramendalam untuk memberi

    kefahaman penggunaan

    sebenar komputer tersebut

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    24/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    24

    berikut merupakan

    program yang dicadangkan

    bagi membantu responden

    agar dapat

    mengembangkan lagi

    bakatnya supaya tidak

    akan terkubur begitu

    sahaja.

    Melibatkan respondendalam pertandingan yang

    melibatkan penggunaan

    komputer peringkat kanak-

    kanak

    Responden berusia 6 tahuntetapi masih tidak dapat

    mengawal pembuangan air

    besar atau kecil

    Mempunyai masalahdalam perkembangan

    motor halus

    Menjalani latihan ketandas seperti berikut:

    i. Melihat kanak-kanaklain yang berusia

    dengannya membuang

    air besar dan air kecil

    di tandas.

    ii. Sediakan tandas ataupotty chair yang

    bersesuaian dengan

    usia responden dan

    biarkan responden

    memilih sendiri corak

    atau warna potty

    chair tersebut.

    iii. Tentukan bahasayang akan digunakan

    untuk ke tandas.

    iv. Sentiasa memberi

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    25/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    25

    galakan dan pujian

    kepada responden

    selepas berjaya

    melakukan latihan ke

    tandas.

    v. Mengajar respondententang kepentingan

    menjaga kebersihan

    semasa dan selepas

    latihan ke tandas

    seperti membasuh

    anggota badan atau

    membasuh tangan.

    vi. Berikan ganjarankepada responden

    kerana tingkahlaku

    positif yang telah

    ditunjukkan.

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    26/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    26

    9.0 PENUTUP

    Kesimpulannya, perkembangan fizikal, emosi, dan sosial kanak-kanak amat penting bermula dari

    sejak lahir sehingga mereka meningkat dewasa. Hal ini demikian kerana pelbagai masalah akan

    timbul akibat perkembangan yang terbantut sejak kecil dan memberi impak yang negatif pada

    masa akan datang. Justeru, strategi atau intervensi awal harus dilakukan kepada kanak-kanak

    yang dikenalpasti menghadapi masalah tersebut. Ibu bapa dan guru haruslah prihatin terhadap

    perkembangan kanak-kanak agar masalah yang dihadapi dapt dikurangkan terlebih awal.

    Oleh yang demikian, pelbagai cara atau kaedah dapat digunakan bagi mengenalpasti

    masalah kanak-kanak seperti senarai semak tingkahlaku kanak-kanak, pemerhatian yang khusus,

    dan sebagainya. Seterusnya, mengaplikasikan teori atau model dalam usaha membantu

    mengembangkan bakat yang terpendam dalam diri kanak-kanak agar tidak disia-siakan begitu

    sahaja.

  • 8/2/2019 Kes Study Sem 3

    27/27

    PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

    RUJUKAN

    Cheryll, D. (2001). Students at risk:solution to classroom challenges. Canada: Pembroke.

    Gargiulo, M. Richard. (2006). Special education in contemporary society: an introduction to

    exceptionality. University of Alabama, Birmingham: Thomson.

    Lahey, B.B. (2001). Psychology:an introduction. (7th

    ed). Boston: McGraw Hill Co.

    Laura. P., Richard, L.S., & Zionts, P. (2002). Emotional behavioral problems:a handbook for

    understanding and handling students. California: Corwin Press.

    Mahani Razali, Mahzier Hamzah & Nor Junainah Mohd Isa (2009). Memahami tingkahlaku

    kanak-kanak. Selangor: YCR Distributors Sdn. Bhd.

    Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi Pendidikan: pendekatan kontemperori.

    Kuala Lumpur: McGraw Hill Malaysia Sdn. Bhd.

    Roger, P. & George, G. (2008). Classroom management for students with emotional and

    behavioral disorders:a step-by-step guide for educators. California: Corwin Press.