pengantar pendidikan sem 3 ppismp

Download pengantar pendidikan sem 3 ppismp

If you can't read please download the document

Upload: cikaifa

Post on 30-Jun-2015

9.470 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

1.0

PENGENALAN

Pembinaan Negara bangsa sering kali menjadi matlamat utama yang hendak dicapai oleh sesebuah Negara terutamanya Negara yang didiami oleh masyarakat pelbagai kaum. Keupayaan membina sebuah Negara bangsa dilihat sebagai kemuncak kejayaan sesebuah negara, pentadbiran dan penduduknya.

Pembinaan negara tanpa mempedulikan persoalan mewujudkan banga yang satu bagi keseluruhan rakyat negara tersebut mungkin akan merugikan negara secara keseluruhan di masa hadapan. Tanpa perpaduan yang kukuh dan rasa kekitaan sebagai satu kumpulan bangsa bagi masyarakat pelbagai kaum memungkinkan perpecahan, pergaduhan kaum dan huru-hara yang sekali gus menyebabkan kegawatan ekonomi apabila pelabur asing tidak berani melibatkan diri dalam perdagangan di negara tersebut.

Oleh itu, persoalan membina negara bangsa adalah satu perkara yang tidak dapat disangkal kepentingannya dalam proses perkembangan sesebuah negara untuk menjadi negara maju dan Berjaya terutamanya dalam menghadapi cabaran utama abad ke-21 iaitu globalisasi.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang merupakan pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan dan memupuk minda kelas pertama. Walaubagaimanapun, sebarang hasrat dan aspirasi negara, serta masyarakat hanya akan terlaksana jika guru yang ditugaskan mendidik anak bangsa merupakan guru yang benar-benar berkualiti.

1

Perkara utama yang perlu diamalkan oleh seorang guru ialah dengan sentiasa menghayati Falsafah Pendidikan Negara(FPN). Sebagai guru berkualiti, kita mestilah melengkapkan diri kita dengan keempat-empat aspek yang terkandung di dalam FPN iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Di samping itu, kita juga hendaklah memiliki sikap akauntabiliti dalam menjalankan tugas agar sebarang tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan. Akhir sekali, kita juga perlu untuk sentiasa bermahasabah diri agar kita sentiasa kekal sebagai guru berkualiti. Mudah-mudahan dengan usaha kita ini, hasrat kerajaan dapat dicapai dan profesion keguruan sentiasa dimartabatkan.

2

2.0

MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA DALAM KONTEKS MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI JATI DIRI YANG KUKUH

Matlamat pendidikan di Malaysia dalam konteks melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh seperti pernyataan di bawah:

Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.

(Teks ucapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena sambutan Hari Guru 2010) FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dinyatakan berikut adalah digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.

Pendidikan di

Malaysia

adalah suatu

usaha berterusan

kea

rah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

3

2.1

Matlamat Pendidikan Kebangsaan

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan secara rasmi pada tahun 1988, maka Matlamat Pendidikan Kebangsaan adalah memperkembang insan seimbang serta membangunkan sumber manusia untuk kemajuan negara. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri yang berikut :

Percaya dan patuh kepada Tuhan Memupuk perpaduan dlm kalangan rakyat berbilang kaum

Berilmu pengetahuan

Ciri -ciri

Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

Berakhlak mulia

4

2.1.1 Percaya dan patuh kepada Tuhan

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi dengan sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hokum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan Tanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya.

Antara yang termasuk dalam kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan diberi tumpuan adalah mengakui kewujudan penciptanya, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh pencipta, mengetahui hukum alam dan fonemenanya adlaah peraturan yang telah ditetapkan oleh pencipta, menyedari bahawa manusia sememangnya dijadikan untuk memajukan alam ciptaanNya, menyedari bahawa manusia

bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri, melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama dan yang terakhir adalah menigkatkan serta mengukuhkan kepercayaan beragama.

Semua aspek tersebut haruslah dipatuhi dan dijadikan satu kepercayaaan kepada seseorang pelajar dalam membina jati diri yang kukuh di samping berpegang teguh kepada nilai agama dan moral. Dengan mematuhi ciri-ciri ini, maka pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh akan berjaya dihasilkan.

5

2.1.2 Berilmu pengetahuan

Rakyat yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan, gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha meningkatkan dan mnyebarkan ilmu pengetahuan, sentiasa memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri sendiri dan juga orang lain dan yang terakhir ialah berfikiran terbuka, luas dan mendalam. Ciriciri ini amat penting bagi setiap pelajar dalam membina jati diri yang kukuh melalui ilmu pengetahuan yang sentiasa berguna.

2.1.3 Berakhlak mulia

Ciri yang ketiga ini merujuk kepada rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Rakyat yang berakhlak mulia ini mestilah mengetahui yang mana nilai baik dan yang mana nilai yang buruk. Selain itu, mereka haruslah menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk selain mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan mengamalkan sentiasa mengamalkan perbuatan yang baik serta sentiasa menghindari tingkah laku yang buruk dan negatif. Akhir sekali, nilai kerohanian kemanusiaan serta kewarganegaraan haruslah sentiasa dihayati sepanjang masa. Hal ini haruslah dihayati sebaik-baiknya oleh pelajar dalam menanam sifat dan nilai moral yang tinggi dalam diri mereka.

6

2.1.4 Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

Manusia akan memiliki sahsiah yang seimbang sepadu apabila semua potensi dirinya dikembangkan secara selaras, menyeluruhdan harmonis. Ia haruslah menjadi insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup yang datang dengan ketabahan yang tinggi serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh kerana itu ia akan dapat menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki bukan sahaja bermanfaat pada dirinya, malahan ia tercermin dalam hubunganya dengan orang lain, dengan alam sekitaran dan dengan Maha Pencipta. Perhubunganperhubungan ini tidak dihadkan oleh batas sempadan negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan antarabangsa.

2.1.5 Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara

Hal ini merujuk kepada rakyat yang mempunyai tanggungjawab sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Mereka haruslah menyedari tugas dan tanggungjawab sendiri, menyedari bahawa tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara ke arah yang lebih baik pada masa hadapan. Sifat ini perlu dimiliki dan dipupuk semenjak di bangku sekolah lagi ke dalam diri setiap pelajar bagi mencapai matlamat pendidikan yang telag ditetapkan.

7

2.1.6 Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.

Rakyat perlu sentiasa berusaha untuk memupuk perpaduan khususnya melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan lain-lain. Mereka juga akan berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka akan dapat mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara dan mematuhi perlembagaan serta peraturan negara di samping mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

Untuk mencapai semua ini, sifat yang harus dimiliki oleh mereka adalah sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita dengan sepenuh jiwa, mengenali serta menghormati raja dan pemimpin kita, sentiasa menyanjung lambinglambang kebesaran negara seperti Jalur Gemilang, lagu kebangsaan dan Jata Negara. Selain itu, mereka haruslah menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia mengorbankan apa sahaja demi mempertahankan maruah negara selain mengamalkan semangat kekitaan dan menanam sifat berdisiplin serta mematuhi undang-undang negara yang telah ditetapkan. Akhir sekali, rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara.

8

Matlamat pendidikan ini amat penting untuk dijayakan demi melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh amat penting dalam melahirkan rakyat dan pemimpin kepada masa depan negara kita kerana mereka adalah tonggak negara.

Perkara ini tidak seharusnya dipandang ringan serta remeh terutamanya dalam bidang pendidikan memandangkan pendidikan adalah salah satu sub-utama yang amat penting dalam membina rakyat yang mempunyai jati diri yang kukuh. Tanpa pendidikan, pelajar yang mempunyai sifat ini tidak akan dapat dihasilkan justeru akan mengundang bahaya kepada negara kita suatu hari nanti. Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti:

9

1. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara

2. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan

3. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsipprinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan

4. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta akan negara

5. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum

6. Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahankemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada

10

Sebagaimana yang diketahui umum, Matlamat Pendidikan Negara yang berlandaskan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1998) dan Wawasan 2020 (1991), ialah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau dalam Abad ke-21. Untuk mencapai Matlamat ini, selain daripada penubuhan institut pendidikan tinggi seperti Institut Aminuddin Baki (1985, IAB) dan Institute of Islamic Thought and Civilisation (1987-ISTAC), usaha-usaha lain yang dapat diambil ialah :

Wawasan Pendidikan dirancang dan dikemukakan pada tahun 1993 sebagai program reformasi pendidikan di peringkat sekolah

Menubuhkan Lembaga Akreditasi Negara (1996) bertujuan menjamin taraf dan mutu pendidikan di institut pendidikan tinggi supaya mencapai piawaian bertaraf dunia.

Wawasan Kementerian Pendidikan dilancarkan pada bulan Januari, 1994. Di samping Piagam Pelanggan yang berikrar memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti, 14 sasaran kerja utama diumumkan untuk melaksanakan program pendidikan dengan tujuan mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah.

Mempercepatkan proses pengkoporatan dan penswastaan universitiuniversiti tempatan dengan tujuan meningkatkan kauliti dan mutu kursus yang ditawarkan.

Menggubal dan menguatkuasakan Akta Pendidikan 1995 untuk memperkemas dan melengkapkan perundangan pendidikan agar mencapai cita-cita Wawasan 2020.

Menggubal dan menguatkuasakan Rang undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi 1996 dengan tujuan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan pusat kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia.

11

Menubuhkan Koridor Raya Multimedia, MSC (1999), untuk melaksanakan projek sekolahsekolah bestari dan memperuntukkan kemudahan-kemudahan teknologi bagi penyelidikan dan kursus sarjana yang diusahakan dalam kampus Univeriti Multimedia yang terletak dalam bandaraya MSC.

Menganjurkan Expo Pendidikan di negara-negara serantau, termasuk China dengan menarik lebih ramai pelajar luar negeri untuk mengikuti kursus pengajian di Malaysia.

Menubuhakan sekolah-sekolah bestari di dalam kawasan bandaraya MSC serta di tiap-tiap negeri di Malaysia menjelang tahun 2000.

Mempercepatkan proses pendaftaran universiti dan kolej universiti swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar bahasa utama.

Mengutamakan pelajaran bahasa Inggeris dengan menggubal Sukatan Pelajarannya setaraf dengan Kertas Ujian Bahasa Inggeris 1119 dalam peperiksaan SPM, dan mewajibkan calon STPM mengambil Kertas Ujian Bahasa Inggeris (MUET) sebagai syarat memohon masuk universiti tempatan.

12

3.0

PERANAN GURU SELARAS DENGAN CABARAN WAWASAN 2020

Peranan kita sebagai guru dalam usaha membangunkan sumber manusia seimbang bagi membina sebuah Negara Bangsa yang maju selaras dengan cabaran Wawasan 2020.

Bagi negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia, usaha membina Negara Bangsa adalah sangat penting untuk memastikan rakyatnya hidup bersatu padu dalam aman dan damai. Dalam era globalisasi dan perkembangan ICT yang pesat, usaha ini menjadi penting kerana pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada pelbagai negara. Ini boleh menjejaskan perpaduan negara. PIPP menggambarkan Bangsa Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik. Faktor pemangkin kepada usaha Membina Negara Bangsa ini adalah :

Bahasa Kebangsaan Demokrasi Faktor pemangkin Integrasi Nasional

Patriotisme

Kewarganegaraan

13

Matlamat dan dasar yang dihasratkan dalam teras Membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.

Dalam teras Membina Negara Bangsa Malaysia, empat fokus utama yang digariskan dalam PIPP adalah :

Memperkasakan bahasa kebangsaan

Memantapkan perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Memupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari

Fokus utama PIPP

Memupuk kecintaan kepada seni, warisan dan budaya negara

14

Teras yang ke-2 dalam PIPP pula adalah Membangunkan Modal Insan. Apa yang ditekankan dalam teras ini adalah meningkatkan keupayaan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

KPM akan memberikan tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Pelajar yang bakal dilahirkan berkompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. Sistem peperiksaan berfokuskan kepada sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar kepada 3K (kebersihan, kesihatan dan keselamatan)

Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Antara strategi yang dirangka ialah berfokuskan kepada pembangunan pendidikan dengan membuat penambahbaikan di dalam sistem pendidikan dan latihan. Berfokuskan kepada aliran perdana, sekolah kebangsaan menjadi agenda utama untuk diberi ditingkatkan kualitinya dari segi prasarana dan keperluan kurikulum supaya corak pendidikan di sekolah kebangsaan mendapat tempat di hati rakyat. Penekanan juga diberi kepada merapatkan jurang antara sekolah Bandar dan luar Bandar menikmati semua peluang akses pendidikan berkualiti melalui pendidikan sepanjang hayat.

Kesemua strategi yang dilaksanakan nanti dapat membina dan melahirkan masyarakat yang inovatif dan dinamik dan mempunyai pengetahuan dalam bidang Sains dan Teknologi. Kekuatan keintelektualan yang tinggi membentuk corak pemikiran baru dalam masyarakat Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan nasional dengan

15

mengenepikan kepentingan kaum masing-masing. Perpaduan yang mantap ini dapat memperluaskan forum perbincangan antara kerajaan, swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

3.1

PIPP

Huraian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

PENDEKATANy Kesemarataaan y Peluang Pendidikan y Kecemerlangan Institusi

ASAS PEMBANGUNANy Misi Nasional y Dasar-Dasar Pembangunan Negara y Dasar Pendidikan Kebangsaan y Islam Hadhari y Pelan Integriti Nasional

PENDEKATAN TERAS STRATEGIK PIPPy Membina Negara Bangsa y Membangunkan Modal Insan y Memperkasakan Sek

MATLAMAT Pendidikan Berkualiti Untuk Semua

Kebangsaany Merapatkan jurang pendidikan y Memartabatkan Profesion

Keguruan TERAS PEMBANGUNAN PENDIDIKANy Akses y Ekuiti y Kualiti y Kecekapan Dan y Melonjakkan Kecemerlangan

Institusi Pendidikan

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAANy Kerjasama Dan Komitmen Warga

Keberkesanan

Pendidikany Kerjasama Dan Komitmen Pihak

Berpentingany System Penyampaian Pendidikan y System Pemantauan Dan

Penilaian

16

Gambarajah 6 : Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dilancarkan pada 16 Januari 2007 (Sumber : Pelancaran PIPP : 2006)

Peredaran masa membawa bersama pelbagai tuntutan dan cabaran baru. Sistem pendidikan kita perlu sentiasa dipastikan bukan sahaja memenuhi tuntutan zaman malah harus mempunyai keupayaan untuk mendepani cabaran masa depan. Atas kesedaran itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggubal Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan

menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Pelan ini adalah pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu dan digubal berpandukan matlamat dan teras kerangka besar Misi Nasional dan Wawasan 2020.

PIPP mempunyai enam teras strategik bagi memperkukuhkan system pendidikan negara. Teras teras tersebut ialah membina negara bangsa melalui pelbagai program yang dilancarkan, membangunkan modal insan Kelas Pertama, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan terutamanya di kawasan luar Bandar dan pedalaman, memartabatkan profesion keguruan, dan yang terakhir adalah melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan melalui kluster kecemerlangan sekolah berasaskan beberapa aspek.

Selain itu, PIPP dilaksanakan dengan menggunakan dua pendekatan utama iaitu dengan menyamaratakan peluang pendidikan untuk semua dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan mewujudkan kluster kecemerlangan.

17

3.2

Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, dalam Sidang Majlis Perdagangan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 28 Febuari 1991. Wawasan ini mengandungi Sembilan cabaran seperti berikut :

Cabaran yang pertama adalah membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang diperkongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. Cabaran kedua adalah melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya, akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan yakin dengan semua yang dicapainya, dan cukup ringkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya, dan dihormati pula oleh bangsa lain. Cabaran ketiga yang sentiasa kita hadapi ialah membentuk dan

memperkembang sebuah masyarakat demokrasi yang matang, yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah, dan dapat pula dicontohi oleh negara-negara membangun lainnya. Cabaran keempat adalah membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Cabaran kelima yang terus menerus kita hadapi ialah membentuk sebuah masyarakat yang matang yang bersifat liberal lagi toleran, dengan setiap kepercayaannya, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta

18

kepercayaan agamanya masing-masing, tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut. Cabaran keenam adalah membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakin sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turun menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Cabaran ketujuh adalah membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah system social yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat yang tidak diasaskan pada negara atau individu, tetapi pada system kekeluargaan yang kukuh lagi mantap. Cabaran kedelapan adalah menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Masyarakat ini akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selagi terdapat penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompokkelompok kaum yang tertentu. Cabaran kesembilan adalah membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.

Sesungguhnya wawasan 2020 meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam semua aspek dan dimensi ekonomi. social, kerohanian, psikologi dan budaya. Ini bermakna, menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai keyakinan diri, disanjungi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah msyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan.

19

3.3

Definisi dan konsep Pembinaan Negara Bangsa Pembinaan Negara Bangsa adalah teras strategik yang pertama dalam PIPP.

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:

membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayahwilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. (Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, proses pembinaan negara bangsa tidak boleh dicapai dalam tempoh yang singkat dan peranan guru amat penting untuk memastikan kejayaannya. Kerajaan berharap golongan guru bekerja dengan lebih keras kerana mereka menjadi tonggak kejayaan konsep ini lantaran hubungan rapat dengan anak-anak murid khususnya di peringkat awal.

Oleh itu, guru amat penting dalam memainkan peranannya dalam membina Negara Bangsa, melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri serta berbudi bahasa dan mempunyai nilai adab yang tinggi dalam masyakat.

20

3.4

Peranan Guru Menjayakan Pembinaan Negara Bangsa

Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai yang membangkitkan semangat satu bangsa seperti yang telah dinyatakan dalam cabaran pertama Wawasan 2010 untuk membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu iaitu Bangsa Malaysia dalam kalangan murid-muridnya bermula dari usia yang muda, seperti kata pepatah, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Masyarakat guru diberi amanah yang berat kerana mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri murid yang kukuh seperti yang telah dinyatakan dalam matlamat pendidikan kebangsaan. Nilai kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan amat perlu untuk disemai dalam kalangan anak bangsa demi membina negara bangsa yang teguh. Guru juga perlu berfungsi mewujudkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh serta mengamalkan semangat kekitaan dalam diri mereka.

Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu aktiviti pendidikan haruslah memberi keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat satu bangsa dan satu negara di kalangan pelajar. Guru dapat memainkan peranan dalam beberapa cara seperti dinyatakan bagi mencapai hasrat Pembinaan Negara Bangsa dan sekali gus menjayakan cabaran pertama dalam wawasan 2020.

21

3.4.1

Memperkasakan Bahasa Kebangsaan

Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama oleh pelbagai kaum dalam perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Pelajar-pelajar perlu diberi kesedaran tentang kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia. Tanggungjawab guru adalah untuk menyemai semangat cintakan Bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Malaysia, menghormati dan berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia yang sejati.

Beberapa strategi pelaksanaan telah dilaksanakan ke arah memperkasakan Bahasa Kebangsaan, memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menggalakkan minat membaca dan mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Antara program yang telah dijalankan seperti Bulan Bahasa dan Sastera, Bulan Membaca, kem penulisan, teater, kuiz dan sebagainya. Ini telah menunjukkan komitmen guru dalam memastikan semua pelajar dapat menguasai bahasa Malaysia.

22

3.4.2

Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan

Guru-guru dan pelajar yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum bersamasama menyertai aktiviti yang telah ditentukan seperti RIMUP. Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya, dan agama. Perpaduan adalah tunggak kekuatan dan kestabilan sesebuah negara dengan sebab ini kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak bagi tujuan mewujudkan keamanan, keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mancapai tujuan tersebut RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu dikalangan pelajar sejak mereka di bangku sekolah lagi. RIMUP ini adalah satu usaha yang berterusan bukan sahaja dalam program khas ini, tetapi juga diaplikasikan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di dalam kelas..

Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam Teras Satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa. Pembinaan Negara Bangsa tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman, pemuafakatan, perpaduan, serta kerjasama dikalangan semua rakyat yang ada dalam Negara Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik, budaya dan agama. Selain menggalakkan sekolah-sekolah tiga jenis aliran berinteraksi dan menjalin kefahaman serta memupuk semangat bertolak ansur dan muhibah di antara mereka, murid-murid dari ketiga-tiga buah sekolah juga dapat berkumpul di bawah satu bumbung yang sama dan menjalankan pelbagai aktiviti bersama.

Selain RIMUP, Contoh kerjasama antara ketiga-tiga jenis sekolah ini dapat dilihat jelas dalam projek pendidikan baru iaitu Sekolah Wawasan. Sekolah wawasan merupakan suatu projek pendidikan baru yang meletakkan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis kebangsaan (Cina & Tamil) dalam satu kawasan yang sama. Setiap jenis aliran sekolah mempunyai bilik darjah dan autoriti pentadbiran masing-masing tetapi bersama-sama merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti kokurikulum, system

23

berkongsi penggunaan kemudahan-kemudahan sekolah seperti padang, dewan, kantin dan sebagainya. Tujuan utama konsep sekolah ini dilancarkan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk belajar dan berinteraksi dalam sesuatu kawasan yang sama, demi memupuk perpaduan dalam kalangan anggota-anggota berbilang kaum.

Selain itu, antara aktiviti lain yang telah dijalankan demi memupuk perpaduan ialah merentas desa, perkhemahan, pertunjukan kebudayaan, sambutan hari kebangsaan, gotong-royong untuk keceriaan sekolah dan kawasan sekitar sekolah. Pertemuan dan bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dirancang ini DAPAT menyemai perpaduan di antara pelajar. Kekerapan mereka bersama akan mengeratkan perhubungan antara ketiga-tiga kaum walaupun mereka bersekolah di sekolah berasingan.

3.4.3 Peperiksaan yang seragam

Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidak akan terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong dalam proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Walau di mana mereka berada, objektif peperiksaan adalah sama dan guru-guru akan mengajar sukatan yang sama untuk pelajar-pelajarnya.

Melalui sistem ini, pelajar-pelajar daripada sekolah yang berlainan akan berhubung antara satu sama lain demi mendapatkan maklumat dan spot untuk peperiksaan. Hal ini secara tidak langsung akan dapat membina elemen perpaduan dalam kaum yang berlainan dalam kalangan mereka.

24

3.4.4 Meningkatkan Perpaduan Kaum

Pada peringkat awal sekolah, jati diri murid boleh dipupuk melalui kurikulum, program ko-kurikulum dan sukan. Guru sebagai pendidik perlu memastikan diri sendiri bersedia untuk berusaha lebih inovatif, proaktif, mampu mencipta kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik untuk memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran.

Elemen

perpaduan

dapat

diterapkan

dalam aktiviti-aktiviti

yang

boleh

meningkatkan semangat patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Contohnya pertandingan bola sepak, bola jaring, hoki, bola baling, bercerita, nyanyian dan olahraga. Melalui aktiviti seperti ini, kerjasama antara kaum dapat diterapkan dan perpaduan akan wujud dengan sendirinya. Justeru, cabaran Wawasan 2020 akan dapat dicapai kerana perpaduan merupakan kunci utama untuk menjayakannya.

25

3.5

Peranan dan tangungjawab guru membina negara bangsa berlandaskan etika agama dan nilai.

Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum.

FPK, Rukun Negara, Wawasan 2020, PIPP dan Misi Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang first and foremost dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru mestilah membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan insan.

Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama dalam pembinaan negara bangsa seperti yang telah dinyatakan dalam Wawasan 2020 dn PIPP iaitu memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangun sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi adalah sangat penting. Oleh demikian penting bagi setiap guru

26

memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing. Hal ini kerana peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu.

Untuk membina sebuah negara bangsa bukanlah sesuatu yang mudah ibarat memetik jari. Strategi haruslah digunakan oleh para guru demi membentuk pelajar yang berkualiti dan mempunyai nilai moral yang tinggi, sifat kesepaduan dan mempunyai jati diri yang kukuh. Walaupun cabaran membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu ini merupakan cabaran Wawasan 2020 yang paling asas, hal ini tidak boleh dipandang remeh oleh para guru kerana untuk membentuk seorang pelajar mungkin mudah, namun untuk membentuk ramai pelajar ke arah yang satu bukanlah satu pekerjaan yang mudah dan memerlukan komitmen yang amat tinggi.

Jadi dalam usaha membentuk pelajar yang memiliki ciri-ciri yang mampu membina sebuah negara bangsa suatu hari kelak, guru haruslah menjalankan peranannya dalam:

27

3.5.1 Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilai

Ciri perkampungan global dari segi ideologi, nilai, sosiobudaya dan pemikiran yang diketengahkan melalui ledakan maklumat ini merujuk kepada model yang direka bentuk oleh pengasas dan penaja sistem teknologi maklumat dan teknologi telekomunikasi yang telah tersebar luas di seluruh dunia. Kedaifan kebanyakan Negara Dunia Ketiga dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan telekomunikasi memungkinkan mereka sukar untuk menolak gelombang yang besar dan berisiko ini (Mohamad, 1995). Oleh itu, perubahan dalam arus teknologi maklumat di negara ini telah menyebabkan wujudnya gejala sosial yang baru, misalnya isu pornografi.

Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni yang terkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al-Quran dan Assunnah. Terlalu banyak nilai murni yang selaras dengan fitrah insan terkandung dalam ilmu wahyu. Guru boleh merujuk pada nilai berkenaan dan seterusnya membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal, maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Biar apa pun nilai yang dipilih dan diamalkan pelajar, ia hendaklah tidak bertentangan dengan agama dan wahyu.

Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk dilaksanakan oleh guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran dan pada masa sama mengamalkan nilai murni. Tugas ini memang sukar dilakukan guru. Bagaimanapun jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar sebagai insan, maka tugas itu akan menjadi mudah dan memberangsangkan, InsyaAllah. Inilah yang dimaksudkan dengan tugas hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan.

28

3.5.2 Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku.

Matlamat pendidikan negara ini antara lain termasuklah mendidik pelajar supaya memilih dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya hari ini kita berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti tingkah laku ganas dan jenayah di sekolah dan dalam masyarakat. Kenapa perkara ini berlaku? Antaranya mungkin kerana kita gagal membina konsep fitrah atau tabii pelajar menjadi liar dan ganas sehingga mereka memilih tingkah laku negatif dan tidak normal. Jika dibiarkan, tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan hinggalah ke alam dewasa dan kehidupan.

Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii pelajar supaya harmoni dan sihat. Fitrah atau tabii murni inilah akan membina tingkah laku normal. Inilah etika guru yang diharapkan. Sekali lagi, tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran.

29

3.5.3 Pembangunan insan asas kualiti hidup

Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia dikaitkan dengan kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup bermaksud kejayaan memperoleh status yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Namun konsep kualiti ini tidaklah memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan dan kemewahan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sejahtera dan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh itu perlulah dicari pengertian kualiti hidup yang lebih lengkap.

Menurut paradigma pendidikan bersepadu, kualiti hidup bermaksud kehidupan yang harmoni dengan fitrah insan iaitu gaya hidup yang sentiasa harmoni dengan tabii atau fitrah insan yang dianugerah Allah SWT. Persoalannya bagaimanakah untuk membina kualiti hidup menerusi pendidikan? Dalam hal ini kita memerlukan guru yang dapat menjalankan tugasnya sebagai ibadah, dengan sendirinya ia akan berminat untuk membangunkan insan. Hal ini adalah seperti yang telah dinyatakan dalam PIPP, membangunkan modal insan sebagai teras strategik PIPP yang kedua selepas pembinaan Negara Bangsa. Insan itulah juga yang akan digunakan untuk

membangunkan negara bangsa. Apabila ciri insan terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup secara harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT. Inilah yang dinamakan kualiti hidup. Dengan perkataan lain guru yang mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkan pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT.

30

3.5.4 Menjadi agen sosialisasi kepada pelajar

Sekolah merupakan agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan itu, proses sosialisasi pelajar-pelajar merupakan satu fungsi yang sah serta positif untuk dikendalikan oleh pihak sekolah. Menurut Durkheim, peranan guru pendidikan moral dan tugas sekolah adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai

kemanusiaan dan kemasyarakatan. Beliau berpendapat bahawa keluarga terlalu kecil dan terlalu berunsur peribadi untuk menggambarkan keseluruhan sistem sosial. Beliau juga mengganggap guru adalah agen yang utama dan merupakan pertalian yang kritikal dalam proses pengaliran kebudayaan.

Guru juga perlu menjalankan peranannya sebagai individu yang paling dekat dengan pelajar semasa pelajar berada di sekolah. Oleh itu guru mestilah melaksanakan peranannya sebagai pengganti ibu bapa. Ini amat penting kerana hubungan yang rapat akan menerbitkan rasa hormat pelajar kepada guru atau orang lain di sekolah. Pelajar akan rasai dihargai dan diberi perhatian. Oleh itu tidak akan ada mana-mana pelajar beranggapan kehadiran mereka di sekolah seolah-olah tidak disedari oleh orang lain. Ini akan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan vandalisme dengan alasan ingin menarik perhatian rakan atau guru.

31

4.0

KUALITI PROFESIONAL YANG PERLU ADA PADA GURU

Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadi profesionalnya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta memiliki merit hingga dapat bersaing dan bertanding pada peringkat antarabangsa, pembinaan modal insan turut menjadi teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9 ).

Strategi pembangunan insan atau sumber manusia seperti disarankan dalam RMK-9 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh dan holistik. Sebab itulah kerajaan melabur secara besar-besaran dalam bidang pendidikan supaya mampu menghasilkan nilai tambah kepada negara dalam jangka panjang. Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahana utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang dengan menggunakan kualiti-kualiti profesional yang mereka miliki.

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib seseorang guru yang bertauliah. Seseorang yang memegang jawatan guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional untuk menjalankan tugas dengan berkesan. Guru yang memperoleh ijazah daripada university tidak semestinya boleh menjadi guru yang berkesan sekiranya tidak memiliki sifat dan kualiti profesional.

32

4.1

Guru berkualiti

Berikut adalah sedutan daripada Perutusan Hari Guru 2005 oleh Y. Bhg. Dato Dr. Hj. Ahamad bin Sipion, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia:

Kualiti merupakan sesuatu yang subjektif

dan ia merujuk

kepada darjah membangunkan

kecemerlangan, mutu atau sifat keunggulan. Dalam konteks

pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan untuk membolehkan negara kekal kompetitif di persada antarabangsa maka kualiti perlu dibudayakan dalam sistem pendidikan

Negara secara berterusan dan menyeluruh. Dalam sistem persekolahan ia bermula dengan guru. Guru berkualiti ialah guru berwawasan danbermatlamat. Guru yang rajin akan berusaha untuk meningkatkan kompetensinya dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, dan kemahiran. Guru ini memilih untuk mencapai darjah cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kerjayanya.

Sesungguhnya guru yang berkualiti akan membentuk murid yang berkualiti, dan murid yang berkualiti akan menjadi warganegara yang akan membentuk negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

33

4.2

Sifat dan Kualiti Profesional

Sifat dan kualiti profesional yang perlu ada pada guru Malaysia bagi mencapai matlamat membina Negara Bangsa ialah :

4.2.1 Ingin Tahu

Sifat ingin tahu akan mendorong seseorang guru supaya sentiasa berusaha untuk menambah pengetahuannya dan seterusnya menjadi kreatif dan inovatif. Guru ini akan selalu mempelajari dan menyesuaikan diri dalam arena pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi kokurikulum mahupun kaedah mengajar, demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru yang bersifat profesional.

Guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan dapat menterjemahkan kehendak serta matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Kecekapan guru mengadaptasikan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan akan menjadikan mereka sebagai guru yang cemerlang dan disukai pelajar. Guru yang mengasingkan diri daripada inovasi akan menjadi guru yang tidak efektif dan tidak sesuai dengan cabaran dunia global yang berlaku pada masa kini. Guru-guru juga perlu lebih kreatif mencari pembaharuan untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di samping cuba mendekatkan lagi diri guru dengan para pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya.

34

4.2.2 Pengetahuan Ikhtisas

Seseorang guru yang memperoleh pengetahuan dalam bidang pendidikan adalah guru yang bertauliah, iaitu layak menjadi seorang guru dalam erti kata yang sebenar. Guru ini akan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu kokurikulum, kandungan mata pelajaran dan sebagainya. Guru yang melengkapkan diri dengan berbagai-bagai pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah memperoleh kualiti profesional dalam konteks pendidikan. Selain itu, seseorang guru haruslah bijak dalam menggunakan pelbagai ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Ciri profesionalisme keguruan merangkumi kemahiran mengajar, kecekapan dan kewibawaan seorang guru, pengetahuan dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Para guru perlulah mempunyai pengetahuan dan sifat kepimpinan yang positif dan sesuai dengan keadaan. Sebagai seorang guru juga mereka bebas membuat keputusan namun ia perlulah mengambil kira kepentingan pelajar-pelajarnya. Membuat keputusan yang rasional adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada guru-guru bertindak melulu sehingga boleh meninggalkan kesan buruk terhadap pelajar dan masyarakatnya. Pendekatan ini memerlukan kesabaran, pengetahuan dan kemahiran yang dipupuk dari masa ke semasa dan guru juga haruslah tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan, tetapi sentiasa belajar dari kesilapan (Nur Faizah,2006). Selain itu, guru haruslah bijak mengaplikasikan teori kepada amalan. Ia menunjukkan kecekapan seseorang guru untuk mengaplikasikan pengetahuan teori yang dipelajari kepada amalan. Potensi yang ada pada guru haruslah digunakan sepenuhnya. Teori yang diperolehi dan dipelajari di dalam kuliah serta ilmu yang didapati melalui kursus dalam perkhidmatan, latihan kemajuan staf, seminar penyelidikan dan sebagainya harus dijadikan input untuk diaplikasikan dalam situasi sebenar iaitu di bilik darjah secara kreatif dan inovatif (Mohd Izranuddin, 2006). Pengetahuan ini juga akan dapat membantu para guru menyelesaikan masalah pembelajaran dan membentuk seseorang guru menjadi lebih berwibawa dalam melaksanakan tugas mereka.

35

4.2.3 Suka membaca

Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu yang lengkap, guru harus memperoleh ilmu pengetahuan yang luas serta mendalam. Objektif ini hanya boleh tercapai apabila guru sentiasa membaca buku ilmiah. Oleh yang demikian, sifat suka membaca merupakan kriteria yang penting untuk mempertingkatkan kualiti profesional seseorang guru.

Profesion keguruan yang berteraskan kepada ilmu memerlukan guru memupuk minat diri sendiri untuk mencintai ilmu pengetahuan dan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang berlaku dengan begitu pesat dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik supaya peka dan menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Hal ini juga akan membolehkan seseorang guru itu untuk membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan bidang-bidang berkenaan. Selain itu guru juga dapat berkongsi maklumat dengan murid-muridnya.

Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan sekiranya guru tidak mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadikan budaya belajar serta membaca sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan memartabatkan profesion perguruan (Abd. Rahim, 2005). Seseorang guru itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan mengambil usaha menambahbaikkan sesetengah daripada aspek pengajarannyanya setiap kali mengajar (Khairulniza, 2007). Melalui cara ini guru-guru dapat memperbaiki banyak kelemahan dan menambah resepi dalam pengajarannya agar lebih baik dan menarik.

36

4.2.4 Kemahiran bertutur

Keberkesanan penyampaian pelajaran bergantung kepada kemahiran bertutur. Guru yang menguasai pertuturan dengan jelas dan tepat akan membolehkan murid mendengar pelajaran yang diajarnya dengan berkesan. Dengan penggunaan sebuatan dan tatabahasa yang betul, murid-murid tidak akan tersilap. Oleh yang demikian, kmahiran bertutur merupakan salah satu kualiti profesional yang penting bagi seseorang guru.

Kualiti ini termasuk dalam ciri-ciri interpersonal yang merujuk kepada kemahiran berhubung, berkomunikasi, menangani masalah, menyesuaikan diri dan sebagainya. Guru-guru perlu mengelakkan komunikasi sehala sehingga pelajar berasa bosan terhadap pengajarannya. Guru tidak boleh mementingkan diri sendiri sehingga tidak mengambil peduli sama ada pengajarannya dapat diterima atau tidak oleh pelajar dan mengambil sikap endah tidak endah terhadap tahap kefahaman dan penerimaan mereka. Seorang guru yang baik akan cuba mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajarnya, sama ada meminta pendapat atau bertanyakan soalan yang berkaitan.

Guru juga harus peka dengan tingkah laku setiap pelajarnya. Jika ada yang berangan atau mengantuk, guru perlulah mengajukan soalan atau meminta pandangan daripada pelajar tersebut. Guru perlu memanggil nama pelajar dengan baik, mengucapkan terima kasih di atas jawapan dan pendapat yang diberi. Bukan itu sahaja, para guru juga perlu menunjukkan sifat prihatin dan menghormati para pelajarnya dan tidak sesekali mengherdik atau menghina pelajar yang dianggap nakal di hadapan kawankawan mereka. Seorang guru memang perlu bersikap tegas untuk mengawal muridmuridnya, namun janganlah memarahi pelajar dengan kata-kata kesat atau membebel sehingga berjam-jam lamanya. Perlu diingat bahawa tenaga yang dikeluarkan daripada kata-kata yang kesat hanya akan memberikan impak yang lebih negative berbanding positif, diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi (Nur Faizah,2006).

37

4.2.5 Daya ingatan

Daya ingatan yang baik akan membantu guru menyampaikan pelajaran sepenuhnya mengikut rancangan yang disediakan. Murid-murid akan ketinggalan sebarang isi pelajaran yang penting serta tidak akan menerima ajaran yang salah. Oleh yang demikian, daya ingatan yang baik merupakan syarat penting untuk

mempertingkatkan kualiti profesional seorang guru. Tanpa daya ingatan yang baik, kemungkinan seseorang guru itu akan menyampaikan maklumat yang salah kepada pelajarnya dan juga maklumat yang disampaikan kepada pelajar juga akan menjadi kurang berkesan.

4.2.6 Daya usaha

Seseorang guru yang mempunyai kualiti daya usaha tidak akan terperangkap dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai kualiti profesional ini akan sentiasa memikir dan mencuba pendekatan atau kaedah mengajar yang baru supaya pengajarannya sentiasa menjadi menarik dan berkesan.

Justeru, guru haruslah mempunyai kemahiran ilmu pedagogi. Ilmu pedagogi meliputi pengetahuan tentang pendidikan dan teori serta amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran mikro dan latihan mengajar yang lebih komprehensif bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru untuk melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar memerlu-kan cara, kaedah, teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang berubah-ubah. Jika guru masih menumpukan kepada kaedah lama dan tradisional, adalah tidak mustahil sekiranya masalah malas belajar, ponteng sekolah, kurang minat belajar dan sifat membenci guru akan tetap berterusan (Mohd Izranuddin, 2006).

38

Manakala, mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti profesional seseorang guru merangkumi semangat berdedikasi, peka kepada perubahan, sedar tentang keperluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran, dan mempunyai inovasi dalam tugas. Setiap guru sememangnya harus mempunyai sifat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Tiada istilah main-main atau tidak serius dalam kamus hidup seorang guru. Sebab itulah sifat dedikasi amat penting untuk diamalkan dan sebati dalam diri seseorang guru. Guru perlulah sentiasa peka dengan keadaan yang terjadi di sekeliling mereka tidak kira di persekitaran pengajarannya mahupun isu semasa dalam bidang pendidikan.

Oleh yang demikian, sebagai seorang guru mereka perlulah bersedia dengan segala ilmu dan maklumat secara meluas. Ini penting agar mereka dapat menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Seterusnya akan melahirkan pelajar yang berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Guru selaku pendidik anak bangsa haruslah berusaha menyumbangkan peranan di era globanisasi ini. Ini semua dapat mengangkat martabat kita sebagai pendidik. Guru perlu sentiasa bersedia dan menimba ilmu secukupnya bagi menghadapai cabaran-cabaran yang mendatang, Ini semua penting agar kita dapat mengecapi nikmat kemajuan dan pembangunan negara di masa akan datang seterusnya membina sebuah negara bangsa yang berjaya.

39

5.0

Rumusan

Matlamat Pendidikan Kebangsaan amat penting dalam menunjukkan hala tuju system pendidikan di negara kita. Tanpanya, sistem pendidikan negara tidak akan berjaya melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh seterusnya menjadi pemimpin yang berkualiti di masa hadapan. Oleh itu, berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan arah tuju demi mencapai Wawasan 2020, apa yang telah dilahirkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) haruslah dijayakan.

Pembinaan Negara Bangsa Malaysia yang beridentiti nasional memerlukan usaha yang gigih dan kerjasama padu daripada setiap golongan masyarakat dan kaum di Malaysia. Melalui pendidikan, diharapkan segala usaha menyemai semangat perpaduan, cinta dan setia kepada negara dapat diperkembangkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Pembinaan Negara Bangsa dapat memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi. Guru diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pembinaan negara bangsa kerana perpaduan perlu dipupuk sejak dibangku sekolah lagi agar ianya menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia. Guru sangat penting dalam menjayakan matlamat ini memandangkan guru adalah medium utama penyampaian yang paling dekat dengan pelajar di sekolah. Pelbagai pendekatan haruslah dijalankan oleh semua guru bersama ciri-ciri profesional yang dimiliki oleh mereka demi menghasilkan kejayaan dalam bidang pendidikan.

40

Kesemua strategi pelaksanaan dan pelan tindakan dalam

teras Membina

Negara Bangsa ini telah dirancang dengan mengambil semua pertimbangan yang sewajarnya, supaya Negara Bangsa Malaysia dengan acuan sendiri dapat dihasilkan. Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru mempunyai peranan utama untuk membentuk anak-anak bangsa Malaysia seperti yang dihasratkan dalam matlamat pembinaan Negara Bangsa.

Apabila Negara Bangsa Berjaya dibina, maka berjayalah salah satu teras dalam PIPP dalam menjayakan Wawasan 2020 yang telah disytiharkan oleh Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1991 dahulu. Sesungguhnya, bukan senang untuk mengorak langkah dan menjayakan hasrat ini demi menjadi sebuah negara maju yang setanding dengan negara-negara lain di dunia yang telah maju sama ada dari segi teknologi atau pun sumber manusia.

41