pbs geo sem 3
TRANSCRIPT
940713-13-5029
1.0 PENGENALAN
Kegagalan cerun atau tepatnya tanah runtuh merupakan satu kejadian geologi yang
melibatkan sebahagian besar pergerakan tanah, jatuhan batuan atau cantuman dari kedua-
duanya menuruni cerun (Muhammad Barzani et al., 2011). Kebanyakan runtuhan tanah ini
berlaku di lereng-lereng bukit dan seringkali di cetus oleh larian air permukaan. Runtuhan
tanah berlaku mungkin secara berperingkat dan mungkin berlaku dalam masa yang singkat
tanpa disedari sewaktu hujan lebat serta bergerak bersamanya bahan bumi yang
menggelongsor mengikuti tarikan graviti. Proses kegagalan cerun telah menjadi masalah di
kawasan yang berbukit-bukau seperti Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser, Tanah Tinggi
Genting di Pahang dan beberapa kawasan tanah tinggi di Malaysia.
Kebiasaan kegagalan cerun atau tanah runtuh akan meragut nyawa manusia serta
memusnahkan harta benda. Contohnya, peristiwa tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat
pada tahun 2011, di mana kejadian berlaku pada 21 Mei 2011 di sebuah premis di Batu 14
Cheras, Hulu Langat, Selangor, Malaysia di sebuah Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-
anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa. Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan 25 orang
penghuni tertimbus, kebanyakannya anak-anak yatim di bawah umur 18 tahun (Shefry
Moniz, 2011).
Selain itu, kejadian tanah runtuh sering dikaitkan dengan faktor aktiviti pembangunan
tanah yang pesat. Pembangunan tanah di Malaysia kebiasaannya melibatkan pertukaran
kawasan liputan hutan kepada pembangunan pertanian, perbandaran, perindustrian,
infrastruktur dan perumahan. Pembangunan sedemikian sering melibatkan potongan cerun
dan salah urus cerun yang bersifat tidak mesra alam sehingga memungkinkan berlaku
pergerakan jisim yang boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh.
Kegagalan cerun merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam
kejuruteraan awam terutamanya apabila terdapat pembinaan di sepanjang cerun, tidak kira di
kawasan jalan raya, perumahan dan sebagainya. Kegagalan cerun dapat dihalang daripada
berlaku kegagalan sekiranya masalah pada pergerakan tanah cerun dapat dikenal pasti seawal
yang mungkin.
1
940713-13-5029
Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kestabilan cerun di Minyak Beku, Batu
Pahat bagi memastikan binaan cerun yang selamat dapat dibina dan mengelakkan cerun yang
sedia ada daripada runtuh.
2
940713-13-5029
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti yang berikut:
i. Mengenal pasti bentuk-bentuk cerun yang terdapat di kawasan Minyak Beku .
ii. Mengenal pasti proses kegagalan cerun yang berlaku di Minyak Beku.
iii. Mengenal pasti faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun di Minyak
Beku.
iv. Mengenal pasti kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan manusia di
Minyak Beku.
v. Mencadangkan langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan yang dikaji
di Minyak Beku.
Sehubungan itu, saya ingin mengemukakan nilai-nilai murni yang patuh dimiliki oleh setiap
ahli kumpulan dengan menerapkan unsur-unsur patriotism semasa menjalankan kajian luar di
Minyak Beku, Batu Pahat, Johor.
3
940713-13-5029
3.0 LOKASI KAJIAN
Kawasan Minyak Beku ini terletak di Daerah Batu Pahat. Ianya merupakan sebuah
kawasan yang terletak di Banjaran Gunung Banang. Kawasan ini mempunyai
ketinggian purata antara 400 meter dari dasar laut dan keluasannya adalah 40 km2.
Kampung Minyak beku adalah di mana batu yang terkenal chiseled terletak, batu besar
kira-kira sepuluh kaki dalam saiz (sebelah balai polis). Terdapat dua jenis tanih di
kawasan Minyak Beku iaitu jenis tanih batuan granit dan tanih laterit. Tanih yang
berada di sebelah barat merupakan jenis batuan granit yang menganjur sampai ke tepi
pinggir pantai Minyak Beku. Kawasan ini mempunyai cerun berbentuk cembung iaitu
landai bahagian atas dan curam di bahagian bawah. Kebanyakan tanah yang terdapat di
kawasan selatan dan timur ini merupakan kawasan yang mempunyai cerun berbentuk
cekung yang berlawanan dengan cerun cembung iaitu curam di bahagian atas dan
landai di bahagian bawah.
Kawasan Minyak Beku juga merupakan kawasan yang kebanyakannya menjalankan
aktiviti pertanian dan perindustrian. Kawasan perindustrian seperti Taman Wawasan
Perindustrian telah merancakkan aktiviti perkilangan di Minyak Beku. Seterusnya,
terdapat ladang-ladang sayur telah ditanam di kawasan Minyak Beku.
Selain itu, penduduk di kawasan ini juga menjalankan aktiviti perikanan berikutan
kawasan yang berhampiran dengan Pantai Minyak Beku. Terdapat juga beberapa
kawasan yang dijadikan tempat perkuburan bagi kaum Melayu dan juga kaum China.
Kawasan Minyak Beku terdapat pusat perkhidmatan dan pengajian seperti ADTEC
dan sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Minyak Beku. Taman perumahan juga
semakin bertambah kerana lambakkan penduduk yang berpindah ke kawasan ini
kerana peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian. Di samping itu, kampung-
kampung tradisi masih dikekalkan misalnya Kampung Sungai Suloh, Kampung Sungai
Ayam, Kampung Pedang Patah dan lain-lain lagi.
4
940713-13-5029
PETA DAERAH BATU PAHAT
Peta 1: Daerah Batu Pahat
Sumber : Draf Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat 2002-2020 (Pengubahan)
5
940713-13-5029
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian merupakan faktor yang penting untuk memastikan keputusan yang
diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini menggunakan
dua jenis kaedah pengumpulan data iaitu data primer dan data sekunder.
4.1 DATA PRIMER
Data primer ialah data asal yang dikutip oleh pengkaji. Dalam hal ini, pengkaji akan
membuat kajian untuk mendapatkan data yang belum diperoleh oleh sesiapa pun melalui
kaedah pemerhatian.
4.1.1 PEMERHATIAN
Menurut Merriam (2002), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data
asal. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian semasa lawatan ke kawasan kajian untuk
mengumpulkan maklumat. Kaedah ini digunakan untuk memerhati keadaan fizikal dan
manusia di sekitar kawasan. Pengkaji telah memerhati bentuk-bentuk cerun di Minyak Beku,
proses kegagalan yang berlaku, faktor dan kesan kegagalan cerun serta langkah untuk
menstabilkan cerun di kawasan kajian. Gambar di kawasan kajian telah diambil untuk
dijadikan bahan rujukan.
4.2 DATA SEKUNDER
Data ini merupakan sumber maklumat yang terpenting kerana ia diperlukan untuk
menjelaskan tajuk kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan yang telah dibuat daripada
kajian lepas. Sumber bagi data sekunder ini telah diperoleh daripada jurnal-jurnal, buku-buku
rujukan, serta maklumat daripada laman web yang berkaitan dengan geografi, kegagalan
cerun dan sebagainya. Pengkaji menggunakannya kerana sumber rujukan ini sahih dan tidak
diragui kebenarannya.
7
940713-13-5029
5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 BENTUK-BENTUK CERUN
Terdapat pelbagai bentuk cerun di kawasan Minyak Beku, Batu Pahat. Antara bentuk
cerun yang dapat dikenal pasti oleh pengkaji ialah cerun cembung dan cerun cekung.
5.1.1 CERUN CEMBUNG
Bentuk cembung merupakan bentuk cerun di mana bahagian atasnya landai tetapi di
bahagian bawahnya curam. Bentuk cembung ini terbentuk daripada aktiviti manusia terutama
dalam sektor perindustrian seperti pemotongan, penebukan cerun di bahagian bawah. Aktiviti
ini telah menyebabkan bahagian bawah cerun menjadi curam. Cerun ini kebiasaannya
disebabkan oleh proses luluhawa yang menyebabkan batu granit yang keras terhakis. Hal ini
telah menyebabkan cerun menjadi semakin curam, hampir tegak dan tegak akibat proses
hakisan.
Rajah 1 : Cerun Cembung.
8
940713-13-5029
5.1.2 CERUN CEKUNG
Cerun cekung biasanya terdapat banyak di bahagian timur kawasan kajian dan
selalunya terbentuk di bersebelahan jalan raya. Bentuknya curam di bahagian atas dan landai
di bahagian bawah. Selain itu, cerun cekung biasanya terbentuk di kawasan batu yang
lembut ,mudah terluluhawa dan terhakis seperti tanah laterit atau tanah merah. Cerun cekung
akan terhasil apabila terjadi proses aliran tanah di mana proses runtuhan yang berlaku
mengakibatkan tanah di bahagian atas bergerak turun dan di longgokkan di bahagian bawah.
Kesannya, tanah yang runtuh tersebut telah menyebabkan sudut cerun di bahagian bawah
menjadi semakin landai dan menjadi kawasan kaki bukit yang baru.
Rajah 3 : Cerun Cengkung
Rajah : cerun cengkung
5.2 PROSES KEGAGALAN CERUN
5.2.1 TANAH RUNTUH
Kejadian tanah runtuh kerap kali berlaku semasa dan selepas hujan lebat di
kawasan Minyak Beku, Batu Pahat. Tanah runtuh biasanya berlaku di kawasan
cerun yang sangat curam. Tanah runtuh terjadi kerana daya-daya yang
mewujudkan pergerakan melampaui daya-daya yang menentangnya,
Jamaluddin (1989). Ia melibatkan pergerakan regolit tanih atau batuan dalam
isi padu yang besar dari atas cerun ke bawah secara cepat dan tiba-tiba
9
940713-13-5029
disebabkan oleh daya graviti. Di Minyak Beku, kegiatan pertanian telah
dilakukan tanpa sistem yang terancang. Aktiviti pertanian tanpa teres yang
dijalankan telah mengurangkan kestabilan cerun. Malah, aktiviti pertanian
juga melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan asal di kawasan tersebut.
Ketiadaan tumbuhan telah mengurangkan cengkaman akar yang memegang
dan mencengkam tanah di cerun. Apabila hujan turun dengan lebat di kawasan
kajian, air hujan akan menyerap dan meresap ke dalam liang-liang tanih dan
mengakibatkan tanah tepu dengan air hujan. Jisim tanah akan bertambah berat
dan tanah menjadi licin. Aktiviti pertanian tersebut telah menyebabkan
bahagian kaki bukit tidak mampu menyokong bahagian atas bukit dan
mendorong untuk berlakunya tanah runtuh di Minyak Beku, Batu Pahat.
(Gambar sila rujuk lampiran)
5.2.2 ALIRAN LUMPUR
Aliran lumpur juga merupakan salah satu proses kegagalan cerun yang berlaku
di Minyak Beku, Batu Pahat. Aliran lumpur melibatkan pergerakan bahan
seperti tanah dan lumpur dari atas cerun ke bahagian bawah cerun dengan
kadar yang cepat. Biasanya pergerakan ini berlaku di bahagian cerun yang
lebih curam di Minyak Beku. Bekalan air yang banyak akan berfungsi sebagai
pelincir serta medium pengangkutan terhadap butir kecil seperti tanah liat dan
lumpur. Di Minyak Beku, hujan berkala dan lebat menyebabkan lapisan tanah
yang longgar di permukaan yang tepu dengan air menghasilkan lumpur. Bahan
lumpur ini akan bergerak dengan cepat melalui alur-alur di lereng-lereng
bukit. Akhirnya muatan ini akan dimendapkan sebagai mendapan di kaki
bukit. Aliran jenis ini lebih aktif di permukaan cerun yang terdedah dan
kurang litupan bumi seperti yang berlaku di Minyak Beku, Batu Pahat.
(Gambar sila rujuk lampiran)
10
940713-13-5029
5.3 FAKTOR KEGAGALAN CERUN
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya kegagalan cerun sama
ada dari segi semula jadi atau kegiatan manusia. Kegagalan cerun secara semula jadi
adalah disebabkan faktor hujan dan perubahan air dalam tanah, perubahan gradient
atau cerun sesebuah bukit dan perubahan dalam liputan tumbuhan di permukaan
cerun. Manakala, kegagalan cerun akibat kegiatan manusia seperti korekan,
penambakan yang tidak terancang atau pemotongan dan penggondolan.
5.3.1 FAKTOR SEMULA JADI
Antara faktor fizikal yang mempengaruhi kestabilan cerun di Minyak Beku
ialah faktor keamatan hujan dan litupan tumbuhan permukaan cerun.
5.3.1.1 FAKTOR KEAMATAN HUJAN
Berdasarkan Jabatan Parit dan Saliran Batu Pahat, Minyak Beku menerima
jumlah hujan sebanyak 2500 hingga 3000 mm setahun. Hal ini kerana Minyak
Beku terletak di pantai barat yang menerima tiupan angin monsun barat daya
dari bulan Mei hingga September. Tiupan angin monsun ini telah membawa
hujan yang lebat ke Minyak Beku. Suasana hujan yang lebat ini merupakan
salah satu daripada punca ketidakstabilan cerun di Minyak Beku.
Ketidakstabilan cerun dan runtuhan tanah didapati lebih kerap berlaku dalam
kawasan yang mengalami keamatan hujan yang besar berbanding kawasan
yang mengalami keamatan hujan yang sedikit. Resapan air hujan yang pesat
akan menyebabkan ketepuan air dalam tanah meningkat dan pada ketika ini
tekanan air liang dalam tanah turut meningkat. Fenomena ini adalah salah satu
daripada punca berlakunya ketidakstabilan dalam tanah.
5.3.1.2 FAKTOR LITUPAN TUMBUHAN
Litupan tumbuhan pada permukaan cerun juga boleh dianggap signifikan
dalam mempengaruhi tahap kebolehruntuhan tanah. Tumbuh-tumbuhan
menjadi pelindung semula jadi untuk menstabilkan sesebuah cerun dan
berperanan untuk menyerap air larian permukaan. Daun, batang dan ranting
tumbuh-tumbuhan pula berfungsi dalam proses cegatan silara terhadap titisan
11
940713-13-5029
air hujan. Akar tumbuh-tumbuhan berperanan untuk menentukan kadar
kejeleketan ketara tanah. Di Minyak Beku, tumbuh-tumbuhan telah ditebang
untuk pelbagai tujuan seperti pembinaan penempatan, tapak industri, pertanian
dan sebagainya. Kekurangan litupan tumbuhan ini telah memudahkan
tindakan air hujan dan air larian bertindak ke atas permukaan tanih akibat
kekurangan proses cegatan silara dan infiltrasi. Jumlah air larian yang banyak
di permukaan tanih boleh menambah tekanan dan menjadi beban kepada
kestabilan ikatan tanih di bahagian bawah permukaan cerun. Ini boleh menjadi
faktor mempercepatkan kejadian runtuhan tanah di Minyak Beku, Batu Pahat.
(Gambar sila rujuk lampiran)
5.3.2 FAKTOR PERLOMBONGAN KUARI DAN PEMOTONGAN CERUN
Aktiviti perlombongan kuari melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-
kerja pengorekan tanah yang menyebabkan struktur tanah kawasan cerun
menjadi longgar. Di kawasan Minyak Beku, aktiviti pecah batu banyak
dijalankan. Dalam aktiviti perlombongan kawasan bukit juga banyak
mengandungi sumber mineral berharga seperti bijih timah, tembaga, emas dan
lain-lain. Keadaan ini menyebabkan kawasan cerun bukit menjadi tumpuan
aktiviti tersebut. Gegaran akibat penggunaan bahan letupan menyebabkan
tanah di cerun mudah runtuh akibat tarikan graviti. Lihat gambar 3 di
lampiran. Selain itu, kerja-kerja pemotongan cerun bukit menyebabkan
kecerunan cerun bertambah. Cerun yang curam biasanya tidak stabil dan
mudah runtuh. Pembinaan jalan raya atau lebuh raya juga turut melibatkan
aktiviti penebangan tumbuhan asal kawasan Minyak Beku tersebut. Amalan
ini mengalihkan sokongan lateral dan melemahkan cerun, hal ini akan
membawa kepada tanah runtuh yang banyak (Pomeroy, 1982; Schuster dan
Krizek, 1978). Penebangan tumbuhan asal menyebabkan permukaan bumi
terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa.
akibatnya struktur tanah di cerun menjadi longgar, tidak stabil dan mudah
untuk jatuh akibat tarikan graviti bumi. (Gambar sila rujuk lampiran)
12
940713-13-5029
5.4 KESAN KEGAGALAN
Kegagalan cerun telah mendatangkan banyak kesan terhadap persekitaran fizikal dan
manusia. Kesan kegagalan cerun kepada alam sekitar fizikal adalah seperti kehilangan
lapisan atas tanah, kerosakan ekosistem dan sebagainya. Manakala, kesan kegagalan
cerun kepada alam sekitar manusia ialah kemusnahan harta benda, kehilangan nyawa
dan menjejaskan ekonomi negara.
5.4.1 KESAN TERHADAP PERSEKITARAN FIZIKAL
Antara kesan akibat kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal ialah kehilangan
lapisan atas tanah yang subur. Lapisan tanah di bahagian atas telah runtuh
menyebabkan hanya tinggal bahagian yang tidak subur. Selain itu, kerosakan
ekosistem juga akan berlaku seperti habitat haiwan musnah. Kegagalan cerun akan
menyebabkan banyak habitat haiwan musnah, haiwan akan lari dari habitatnya dan
pergi ke kawasan lain. Ekosistem lain seperti kemusnahan flora juga turut terancam
akibat kegagalan cerun ini.
5.4.1.1 PERUBAHAN LANDSKAP PERMUKAAN BUMI
Tanah runtuh menyebabkan perubahan landskap yang ketara terhadap
permukaan bumi di Minyak Beku, Batu Pahat. Timbunan tanah dan juga
lumpur daripada kegiatan tanah runtuh menyebabkan kawasan tanah tinggi
mungkin menjadi rata dan pemendapan sedimen juga boleh menjadi tebal
dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai menjadi lebih cetek untuk menakung
jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan
darat berubah menjadi kawasan berair. Tanah runtuh juga boleh menyebabkan
cerun tanah atau batuan menjadi semakin cerun dan tidak stabil. (Gambar sila
rujuk lampiran)
5.4.2 KESAN TERHADAP PERSEKITARAN MANUSIA
Antara kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran manusia ialah gangguan
kepada sistem pengangkutan.
13
940713-13-5029
5.4.2.1 GANGGUAN KEPADA SISTEM PENGANGKUTAN
Proses kegagalan cerun yang berlaku di Minyak Beku, Batu Pahat juga telah
menyebabkan gangguan kepada sistem pengangkutan tempatan. Apabila hujan
turun ke permukaan cerun, tanah akan diangkut oleh air hujan ke bawah cerun
dan jalan raya misalnya Jalan Kampung Minyak Beku. Tanah tersebut akan
dilonggokkan dan tinggal di tepi jalan raya. Lama-kelamaan, tanah yang
kering tersebut akan menyebabkan keadaan jalan raya menjadi tidak rata.
Keadaan ini berkemungkinan besar akan menyebabkan kemalangan jalan raya
terutamanya yang melibatkan penunggang motosikal. Malah, habuk dan debu
daripada tanah tersebut akan terampai di udara apabila kenderaan melaluinya.
Hal ini akan menjejaskan penglihatan para pengguna jalan raya dan boleh
mengancam nyawa dan keselamatan para pengguna jalan raya. Tegasnya,
aliran lumpur telah mengganggu sistem pengangkutan di Minyak Beku, Batu
Pahat dan seterusnya menjejaskan kehidupan harian penduduk setempat.
14
940713-13-5029
5.5 LANGKAH YANG SESUAI UNTUK MENSTABILKAN CERUN DI MINYAK
BEKU, BATU PAHAT
5.5.1 SUNGKUPAN PLASTIK
Penggunaan sungkupan plastik merupakan salah satu langkah yang sesuai
untuk menstabilkan cerun di Minyak Beku, Batu Pahat. Kaedah menggunakan
sungkupan plastik ini adalah bersifat sementara sahaja untuk melindungi
permukaan cerun. Sungkupan plastik akan digunakan untuk menutup
permukaan cerun yang dipotong dan gondol. Hal ini bertujuan untuk
menghalang air hujan dari terus menyusup dan meresap masuk ke dalam tanah
di kawasan cerun di Minyak Beku, Batu Pahat. Apabila tanih kurang berat,
tarikan graviti juga berkurang dan ini dapat mengelakkan berlakunya
pergerakan jisim. Selain itu, sungkupan plastik dapat mengelakkan titisan air
hujan daripada jatuh ke permukaan cerun. Larian air permukaan akan berlaku
di permukaan sungkupan plastik sahaja. Hal ini dapat mengurangkan hakisan
terhadap permukaan tanih. Lapisan tanih di bawah sungkupan plastik akan
terlindung daripada diangkut ke bawah cerun oleh larian air permukaan.
Justeru, penggunaan sungkupan plastik merupakan langkah yang amat
berkesan untuk mengelakkan berlakunya proses kegagalan cerun di Minyak
Beku, Batu Pahat. (Gambar sila rujuk lampiran)
5.5.2 PENANAMAN TUMBUHAN TUTUP BUMI
Salah satu langkah untuk menstabilkan cerun di Minyak Beku, Batu Pahat
adalah dengan menanam pokok, rumput dan tumbuhan tutup bumi. Tumbuhan
tutup bumi yang boleh ditanam ialah rumput dan pokok-pokok renek yang
lain. Tumbuhan-tumbuhan ini berperanan sebagai pelindung semula jadi yang
paling berkesan untuk kestabilan cerun bukit. Tumbuhan-tumbuhan akan
bertindak sebagai penghalang titisan air hujan daripada terus jatuh ke
permukaan tanah melalui proses cegatan silara. Sementara itu, akar-akar
pokok akan bertindak sebagai pengikat dan mencengkam tanah sekali gus
mengurangkan berlakunya pergerakan jisim. Langkah ini amat sesuai
dilaksanakan di sekitar kawasan pertanian di Minyak Beku sementara bijih
benih tanaman baru disemai. (Gambar sila rujuk lampiran
15
940713-13-5029
5.5.3 PEMBINAAN TEMBOK
Tembok konkrit biasanya didirikan di kawasan cerun curam yang bersudut
tegak 90° dan dikenal pasti sebagai tidak stabil dan berisiko untuk runtuh atau
mendap. Paip bagi saluran air dipasang di bahagian tembok ini supaya air
yang bertakung di belakang tembok dapat dikeluarkan. Penggunaan konkrit
simen berbentuk hexagon yang disusun bertingkat-tingkat juga berupaya untuk
mengawal pergerakan jisim ini. Melalui kaedah ini air dalam tanih akan keluar
melalui sisi konkrit tersebut. Tembok juga dibina melalui kaedah batuan yang
dimasukkan ke dalam sangkar dawai dan disusun secara bertingkat-tingkat.
Tembok yang dibina ini adalah bertujuan untuk menahan pergerakan tanah
dari atas cerun ke bawah. Oleh itu, kaedah ini amat sesuai untuk mengatasi
proses kegagalan cerun yang berlaku di Minyak Beku, Batu Pahat. (Gambar
sila rujuk lampiran)
16
940713-13-5029
6.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan di Minyak Beku, Batu Pahat, pengkaji telah
mengenal pasti bentuk-bentuk cerun yang terdapat di sekitar bukit tersebut. Antara bentuk
cerun yang terdapat di kawasan kajian ialah cerun cembung dan cerung cekung. Cerun
cembung merupakan bentuk cerun di mana bahagian atasnya landai tetapi di bahagian
bawahnya curam. Manakala, cerun cekung merupakan bentuk cerun di mana bentuknya
curam di bahagian atas dan landai di bahagian bawah. Bentuk-bentuk cerun ini boleh
terbentuk disebabkan oleh proses luluhawa yang menyebabkan tanih terhakis.
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa proses kegagalan cerun yang berlaku di
Minyak Beku ialah tanah runtuh dan aliran lumpur. Di Minyak Beku, aktiviti pertanian tanpa
teres yang dijalankan telah mengurangkan kestabilan cerun. Hujan yang turun di kawasan
kajian telah menyebabkan liang-liang tanih tepu dengan air hujan. Apabila bahagian kaki
bukit tidak mampu menyokong jisim tanah yang semakin berat di bahagian atas bukit. Tanah
runtuh akan berlaku di Minyak Beku. Bagi kejadian aliran lumpur pula, kegagalan cerun ini
boleh berlaku disebabkan permukaan cerun yang terdedah dan kurang litupan bumi seperti
yang berlaku di Minyak Beku, Batu Pahat. Lapisan tanah yang longgar di permukaan cerun
akan bercampur dengan air hujan dan menghasilkan lumpur. Bahan lumpur ini akan bergerak
ke bawah cerun dengan cepat dan seterusnya dimendapkan di kaki bukit.
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun di Minyak Beku ialah
faktor keamatan hujan, faktor litupan tumbuhan dan faktor penggondolan akibat aktiviti
pertanian. Minyak Beku menerima jumlah hujan yang banyak setiap tahun. Keamatan hujan
yang banyak menyebabkan ketepuan air dalam tanah meningkat dengan cepat. Kekurangan
litupan tumbuhan pada permukaan cerun juga menyebabkan air larian permukaan yang cepat.
Manakala, aktiviti manusia seperti kegiatan pertanian di Minyak Beku menyebabkan
kawasan hutan digondolkan. Ketiadaan cengkaman akar pokok menyebabkan struktur tanah
menjadi longgar, tidak kukuh dan mudah runtuh.
17
940713-13-5029
Daripada hasil kajian juga, didapati bahawa kegagalan cerun yang berlaku di Minyak
Beku telah mendatangkan banyak kesan kepada persekitaran fizikal dan manusia. Bahan
lumpur mengalir ke dalam sungai dan menyebabkan air sungai keruh dan kotor. Di samping
itu, kegagalan cerun ini juga mengganggu sistem pengangkutan di kawasan kajian. Tanah dan
lumpur yang dilonggokkan di tepi jalan raya telah menyebabkan keadaan jalan raya yang
tidak rata. Ini telah meningkatkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya.
Bagi menstabilkan cerun di Minyak Beku, sungkupan plastik boleh digunakan untuk
menutup permukaan cerun yang gondol. Hal ini dapat melindungi lapisan tanah di bawah
sungkupan plastik daripada diangkut ke bawah cerun oleh larian air permukaan. Tembok juga
dibina di sepanjang cerun di Minyak Beku untuk menahan pergerakan tanah dari atas cerun
ke bawah. Selain itu, tumbuhan tutup bumi seperti rumput dan pokok-pokok renek yang lain
boleh ditanam di sekitar kawasan pertanian. Akar-akar pokok akan bertindak sebagai
pengikat dan mencengkam tanah lalu mengurangkan pergerakan jisim.
Secara kesimpulannya, kita perlu bersyukur kerana kejadian kegagalan cerun yang
berlaku di kawasan kajian tidak begitu serius jika dibandingkan dengan kejadian yang
berlaku di luar negara. Kita perlu memberi komitmen dan bertanggungjawab dalam usaha
memelihara dan memulihara alam sekitar. Melalui kajian ini, pengkaji dapat memupuk
semangat kerjasama dan tanggungjawab di kalangan ahli kumpulan yang membuat kajian
bersama-sama.
18
940713-13-5029
SENARAI RUJUKAN
Draf Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat. 2002-2020 (Pengubahan). Majlis
Perbandaran Daerah Batu Pahat.
Jamaluddin Mohd. Jahi, 1989. Pengantar Geomorfologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 142.
Merriam Dlm. Zamri Mohamad dan Nor Razah Lim, 2002. Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 51.
Muhammad Barzani Gasim, Sahibin Abd. Rahim, Mohd. Ekhwan Toriman dan Diyana Ishnin, 2011. Kegagalan Cerun Di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor Dan Hubungannya Dengan Sifat Fizikal Tanah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 139.
Utusan Malaysia, 21 Mei 2011. Kejadian Tanah Runtuh Di Asrama Anak Yatim, Hulu Langat, Selangor.
19
940713-13-5029
LAMPIRAN
Gambar 1 : Cerun yang mengalami fenomena tanah runtuh
Gambar 2 : Longgokan tanah dalam saliran perparitan akibat daripada aliran lumpur
20
940713-13-5029
Gambar 3 : Kegiatan perlombongan kuari di kawasan kajian
Gambar 4 : Perubahan landskap selepas ditarah
21
940713-13-5029
Gambar 5 : Tanaman tutup bumi seperti pokok boleh ditanam di atas permukaan cerun
Gambar 6 : Pembinaan tembok konkrit
22