modul pemulihan bmm3106 sem 3

230
BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tajuk 1 Pendidikan Pemulihan Konsep, Objektif, dan Rasional Pendidikan Pemulihan Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan Jenis Pendidikan Pemulihan Ciri Murid Pemulihan 1.1 Sipnosis Program Pemulihan telah dilaksanakan semenjak tahun 60-an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah menguasai 3M. Penguasaan kemahiran asas 3M di peringkat awal terutama di Tahun 1 adalah amat penting untuk mengatasi Academic Deficit’ dalam kalangan murid-murid sekolah rendah daripada berterusan hingga ke sekolah menengah Dengan demikian program KBSR menitikberatkan strategi pengajaran secara kumpulan. Dalam hubungan ini, murid-murid diajar mengikut kebolehan mereka supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas 3M tersebut mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Bagi murid-murid yang masih belum berjaya menguasai kemahiran tertentu, mereka haruslah menjalani satu program pemulihan. Melalui program pendidikan pemulihan ini sama ada dalam kelas biasa atau kelas 1

Upload: nisah7271

Post on 12-Aug-2015

177 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

bahan dari modul ini banyak membantu dalam meyiapkan tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 1 Pendidikan Pemulihan

Konsep, Objektif, dan Rasional Pendidikan Pemulihan

Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan

Jenis Pendidikan Pemulihan

Ciri Murid Pemulihan

1.1 Sipnosis

Program Pemulihan telah dilaksanakan semenjak tahun 60-an bagi membantu

murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah menguasai 3M. Penguasaan

kemahiran asas 3M di peringkat awal terutama di Tahun 1 adalah amat penting untuk

mengatasi ‘Academic Deficit’ dalam kalangan murid-murid sekolah rendah daripada

berterusan hingga ke sekolah menengah

Dengan demikian program KBSR menitikberatkan strategi pengajaran secara kumpulan.

Dalam hubungan ini, murid-murid diajar mengikut kebolehan mereka supaya mereka

dapat menguasai kemahiran asas 3M tersebut mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Bagi murid-murid yang masih belum berjaya menguasai kemahiran tertentu, mereka

haruslah menjalani satu program pemulihan. Melalui program pendidikan pemulihan ini

sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid tersebut

mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa.

1.2 Hasil Pembelajaran

i. Menjelaskan konsep, objektif dan rasional pendidikan pemulihan

serta masalah penguasaan pembelajaran;

ii. Mengenal pasti perbezaan di antara Pendidikan Pemulihan dengan

Pendidikan Imbuhan;

iii. Menyenaraikan jenis-jenis pemulihan; dan

iv. Mengenalpasti ciri-ciri murid pemulihan.

1.3 Kerangka Konsep

1

Page 2: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

PENDIDIKAN PENDIDIKANPEMULIHAN IMBUHAN

JENIS CIRI MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN PEMULIHAN

1.4.1 Definisi

2

PEMULIHAN

Page 3: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

i. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)

“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan”

bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan

semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-

kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran

pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki

sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

ii. Blair (1956)

Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi

keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar

ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan

tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

iii. O. C. Simpson (1975)

Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang

diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami

kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di

pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan

dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

iv. Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)

Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan

pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran

dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan

daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran

pembelajaran biasa.

v. Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)

Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan

kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

vi. Tansley (1967) :

3

Page 4: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

‘ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang

benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran

pemulihan dijalankan dengan tersusun.’

vii. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):

‘..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi

keprluan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah

pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.’

viii. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984):

‘...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang

menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas

membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja

masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.’

ix. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986):

‘...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah

pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya

ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di

bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas

dalam bidang ini’.

1.4.2 Konsep

Program Pemulihan ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk

murid-murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asas

membaca, menulis dan mengira yang menjadi fokus utama Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas.

Rumusan

Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk

membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan

program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid

4

Page 5: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana

pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa

1.4.3 Program Pemulihan

“... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah...”

(Buku Panduan Am KBSR, 1982)

Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang

diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu

dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini

kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat

dikesan dan dikenal pasti.

Ab. Rahman et. al. (1997) menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu

dilaksanakan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang

memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama ini

ada di semua peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar. Masalah

pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan,

dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang

menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru

khas pemulihan di kelas khas.

Sebaik-baik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-

murid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan

Matematik di kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-murid

pemulihan di kelas biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke kumpulan

mengikut kebolehan berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa.

1.4.4 Rasional

5

Page 6: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

i. Dari sudut Falsafah, program pemulihan memenuhi keperluan setiap

murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam

kelas biasa. Ini selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua”.

ii. Dari sudut Teori, Pendekatan pengajaran seperti “Prescriptive-Diagnostic

Teaching”, “Precision Teaching”, dan Clinical Teaching” telah terbukti

berjaya yang merupakan asas kepada pelaksanaan program ini.

iii. Dari sudut Pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan

bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera.

1.4.5 Punca dan Bidang Kuasa

6

RASIONAL PEMULIHAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Mengembangkan potensi individu

Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Mengembangkan potensi individu

Mengatasi masalah rendah diri muridMengatasi masalah rendah diri murid

Mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaranMengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran

Perbezaan MuridPengalamanMinatKebolehan

Perbezaan MuridPengalamanMinatKebolehan

Meningkatkan penguasaan kemahiranMeningkatkan penguasaan kemahiran

Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.

Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.

Page 7: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

i. Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979(Perakuan 5):

“Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan

langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan

kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara

tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu

mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi

mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan

tertentu”.

ii. Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran

Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran

Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985.

(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)

Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran

Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986.

(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986)

Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran

Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.

(Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di

Sekolah-Sekolah Rendah)

1.4.6 Objektif Program Pemulihan adalah;

i. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan

kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan

pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat

mereka;

ii. memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran

mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di

antara satu dengan yang lain;

iii. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin;

7

Page 8: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

iv. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem

persekolahan biasa;

v. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap

positif terhadap pelajaran;

vi. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif,

yang boleh menjejaskan pelajaran;

vii. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-

murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan

viii. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar

dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

1.4.7 Sejarah Pendidikan Pemulihan Khas

i. Luar Negara

US berkembang pesat selepas termaktub PL 94-142 UK selepas Laporan Warnock

ii. Dalam Negara

bermula 1965 – 3 guru dapat latihan dari England

1968 - 9 guru lagi dihantar berkursus

Projek Khas Universiti Malaya

Pendidikan Imbuhan dapat sumbangan dari Yayasan Van de Leer Belanda

Latihan Guru: sebagai kursus dalam perkhidmatan

Penuh Masa atau dalam cuti dari 2 hari hingga 1 tahun (KSPK)

Mulai 2001 ditawar sebagai pengkhususan untuk KDPM sepenuh masa (3

tahun)

2007 Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan perhatian serius.

Pernah disarankan di England bahawa kanak-kanak yang mengalami

handicap atau suatu keadaan yang boleh menghalang pencapaian suatu

tahap pembelajaran yang boleh dicapai oleh kanak-kanak biasa, didedahkan

kepada enam jenis pendidikan.

a. Pendidikan Imbuhan

8

Page 9: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Untuk kanak-kanak dari persekitaran yang serba kurang atau yang

miskin, yang mengalami sekatan budaya untuk perkembangan

pembelajaran mereka.

b. Pendidikan Penyesuaian

Untuk kanak-kanak yang tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan

kehendak kurikulum. Kurikulum yang digubal terpaksa diubahsuaikan.

c. Pendidikan Khas

Untuk kanak-kanak yang buta, pekak atau cacat anggota.

d. Pendidikan Khas yang Diubahsuaikan

Untuk kanak-kanak yang separuh cacat atau yang mengalami penyakit

gila babi, darah tinggi, kencing manis, jantung berlubang atau sebagainya

yang menjadi penghalang kepada pencapaian pembalajaran biasa.

e. Pendidikan Rawatan

Untuk kanak-kanak yang mengalami masalah tekanan emosi atau yang

berkelakuan kurang laras, yang menghalang pencapaian pembelajaran

biasa.

f. Pendidikan Pemulihan

Untuk kanak-kanak yang mengalami kesulitan memperoleh kemahiran

asas membaca, menulis dan mengira.

1.4.8 Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan

Konsep pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan mempunyai perkaitan

yang amat erat. Kedua-dua konsep ini mengandungi banyak unsuryang

bertindan lapis di antara satu sama lain.

Pendidikan pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khas

untuk menolong murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam

khas. Aktiviti-aktiviti pemulihan ini biasanya dijalankan dalam suatu tempoh

masa yang pendek, iaitu selepas pengajaran kemahiran asas, manakala

pendidikan imbuhan pula, merupakan satu program pendidikan yang meliputi

9

Page 10: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

bukan sahaja usaha-usaha mengatasi kelemahan pembelajaran tetapi juga

usaha-usaha untuk mencegah berlakunya sebarang masalah pembelajaran

murid dari peringkat awal.

Berbanding dengan pendidikan pemulihan, skop kajian pendidikan imbuhan lebih

meluas kerana pendidikan imbuhan meliputi bukan sahaja unsur-unsur pedagogi

dalam kelas seperti pendidikan pemulihan, tetapi juga unsur-unsur sosioekonomi

dan politik di luar kelas.

Konsep pendidikan imbuhan muncul disebabkan ketidakseimbangan peluang

pendidikan antara golongan berada dan miskin. Ini bermaksud kanak-kanak

dalam golongan bawahan tidak mendapat kemudahan pelajaran yang

sepatutnya. Peluang-peluang untuk mendapat pendidikan itu banyak direbut

oleh mereka dari golongan atasan.

Murid-murid miskin dan kurang bernasib baik menghadapi kekurangan dari segi

kemudahan pelajaran, motivasi pembelajaran, kesihatan, kewangan,

pendedahan pengetahuan dan sebagainya. Justeru untuk merapatkan jurang

perbezaan ini Pendidikan Imbuhan telah di rancang khas dan merupakan

pendekatan yang berkesan.

Sehubungan itu Pendidikan Imbuhan menitiberatkan perkara-perkara berikut.:

i. Tindakan-tindakan diambil di peringkat awal eperti menjalankan ujian

diagnostik untuk mengesan punca masalah

ii. Penentuan objektif projek yang nyata

iii. Rancangan pengajaran dan pembelajaran disusun dengan rapi untuk

mengatasi serta mencegah masalah pembelajaran

iv. Pengubahsuaian kurikulum, bahan pelajaran, kaedah dan strategi

pengajaran dan pembelajaran

v. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan projek pembangunan

komuniti

vi. Kordinasi dengan agensi-agensi yang boleh member sumbangan untuk

program kesihatan, makanan, subsidi kewangan dan sebagainya.

1.4.9 Jadual Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan

10

Page 11: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pendidikan Pemulihan Pendidikan Imbuhan

1. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan kaya atau miskin.

2. Rancangan pembelajaran ditumpu khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca , menulis dan mengira.

3. Skop kajiannya banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah.

4. Program ini hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaram dalam bilik darjah.

5. Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid di sekolah rendah dan menengah.

6. Objektif ialah membetulkan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.

1. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonomi.

2. Rancangan pelajaran untuk semua mata pelajaran mengikut perkembangan kognitif murid.

3. Skop kajiannya meliputi pedagogi dalam bilik darjah, serta sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah.

4. Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, program ini juga meliputi program makanan, bantuan dari segi kemudahan dan kewangan.

5. Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan di peringkat prasekolah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka.

6. Objektif utama ialah untuk merapatkan jurang dalam peluang pendidikan di antara golongan kaya dengan golongan miskin.

Mok Soon Sang. 1991:158

1.4.10 Jenis-Jenis Program Pemulihan

i. Pemulihan Dalam Kelas

a) Pemulihan KBSR dalam kelas biasa membantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah

dipelajari

b) KIA2M oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum

11

Page 12: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

untuk membantu murid Tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)

dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan jika gagal Ujian Pelepasan 3, murid tersebut dikehendaki masuk

ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya.

c) PROTIM

Program Pemulihan 3M Membantu murid Tahun 6 menguasai 3M Dilaksana selepas menduduki UPSR

ii. Pemulihan Khas

a. Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)

murid yang dikenalpasti

ke kelas pemulihan pada waktu tertentu untuktk BM dan

Matematik

dihantar balik ke kelas setelah menguasi kemahiran asas yang

ditentukan.

b. Kelas Khas

murid yang dikenal pasti dimasukkan ke dalam kelas secara

sepenuh masa

dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap prestasi

yang ditentukan dalam kemahiran asas 3M.

1.4.11 Murid Pemulihan Khas

Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian

mereka hanya belajar apabila telah bersedia.

Perkembangan Murid Pemulihan dipengaruhi oleh:

rencatan akal ringan

kurang peluang

budaya / ekonomi tersekat

gangguan emosi

kurang upaya sensori

bermasalah dalam pembelajaran secara khusus

12

Page 13: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

ganjaran intrinsik

perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)

kanak-kanak perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh

ditangguhkan supaya kanak-kanak belajar bersabar

pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya .

tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka

guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh

memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.

1.4.12 Ciri-Ciri Pelajar yang Memerlukan Pemulihan (Slow Learners)

Murid-murid pemulihan ialah murid-murid yang berada dalam Tahap 1 di sekolah-

sekolah rendah, iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 3. Mereka ini kerap menunjukkan

kesulitan untuk membaca, menulis, mengira, mendengar, berfikir, bercakap, melukis,

mentaakul, memahami dan mengingat kembali. Mereka juga menunjukkan kesulitan

untuk membuat kerja-kerja atau pergerakan yang memerlukan penggunaan otot-otot

seni.

Secara umumnya kanak-kanak ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang

dipamerkan. Ini bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang

digunakan di sekolah.

Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah

Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja

Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam

situasi baru

Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual

waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja

Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. Mereka lebih suka merancang

untuk keperluan semasa.

Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi

tumpuan

Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan

Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman

Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif,

Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami

perkaitan

13

Page 14: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku

Bersikap egosentrik

Perhatian: Slow learners differ from reluctant learners.  A slow learner initially wants to learn, but has a problem with the process.

 A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities.

Anda telah mendapat maklumat asas tentang konsep pemulihan. Fahamkah anda konsep ini? Untuk memantapkan pemahaman anda, sila rujuk sumber-sumber yang berkaitan di perpustakaan. Catat maklumat baru yang anda peroleh itu.

Aktiviti 1

1. Nyatakan dua matlamat utama program pemulihan biasa.2. Berikan 3 objektif penting dalam pendidikan pemulihan.3. Apakah ciri-ciri utama murid-murid lemah dalam

pembelajaran.4. Berikan empat (4) strategi untuk membantu murid-murid

pemulihan yang mengalami masalah tumpuan untuk belajar.

14

Page 15: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 2 Perbezaan Pengelolaan dan Strategi

Pemulihan dalam Kelas Biasa

Pemulihan dalam Kelas Khas

2.1 Sipnosis

Pendidikan Pemulihan amat penting dalam sistem pendidikan kini kerana

terdapat hampir 20% daripada kanak-kanak, iaitu golongan yang lemah, yang terpaksa

bersaing dengan kanak-kanak yang biasa atau cerdas untuk menguasai kemahiran-

kemahiran yang perlu dicapai mengikut kehendak sukatan pelajaran yang sama.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), pendidikan pemulihan amat perlu sama ada di

kelas biasa atau kelas khas bagi tujuan membantu murid-murid yang mengalami

kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di sekolah khusus yang

dihadiri oleh murid atau dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam

darjah untuk pengajaran dan pembelajaran khusus oleh guru pemulihan.

2.2 Hasil Pembelajaran

i. Mengenal pasti kaedah yang boleh digunakan untuk

melaksanakan kelas pemulihan;

ii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk

pemulihan dalam kelas pemulihan khas; dan

iii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk

pemulihan dalam kelas biasa.

2.3 Kerangka Konsep

15

Page 16: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

16

PENGELOLAAN DANSTRATEGI

PEMULIHAN

PENGELOLAAN DANSTRATEGI

PEMULIHAN

PROSES PENGAJARAN PEMULIHAN

PROSES PENGAJARAN PEMULIHAN

PELAKSANAAN PENGAJARAN PEMULIHAN

PELAKSANAAN PENGAJARAN PEMULIHAN

PEMULIHANKELAS KHASPEMULIHAN

KELAS KHAS

PELAKSANAAN PENGAJARAN PEMULIHAN

PELAKSANAAN PENGAJARAN PEMULIHAN

PEMULIHANKELAS BIASAPEMULIHAN

KELAS BIASA

PERANAN PENTADBIRPERANAN

PENTADBIR

PENGURUSAN PEMULIHAN

PENGURUSAN PEMULIHAN

Page 17: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

2.4.1 Guru Pemulihan Khas

i. Ciri-ciri Guru Pemulihan Khas:

Chua & Koh (1992) memetik syor Haigh (1977): Guru Pemulihan adalah

guru yang mempunyai ciri-ciri berikut;

punyai peribadi yang stabil dan mantap

luas bacaan

cerdas

tidak takut disisihkan

sentiasa ingin belajar

cekap dalam pengajaran dan pentaksiran

ii. Peranan Guru Pemulihan Khas

a. Peranan Penilaian (Assessment Role)

Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti

murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran

asas 3M.

Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-

masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus.

Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan

sistematik.

b. Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)

Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu

bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang

tertentu.

Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan

sekiranya diperlukan.

c. Peranan Pengajaran (Therapeutic Role)

Mengajar dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah

serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-

objektif pembelajaran khusus dapat dicapai.

Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.

17

Page 18: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-

teaching’ atau ‘khidmat damping’ sekiranya perlu.

d. Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)

Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-

aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.

Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai

teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi maasalah

pembelajaran.

e. Peranan Perhubungan (Liaison Role)Berhubung dengan:

Pentadbir sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan

Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek

Ibu bapa dan waris

Masyarakat

Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.

f. Peranan Kaunseling (Counseling Role)

Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam

suasana yang bebas dari ancaman

Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif.

g. Peranan Advokasi (Advocative Role)

Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama

ada di peringkat Pusat Kegiatan Guru (PKG), daerah malah

sehingga ke peringkat negeri.

Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir

sekolah dan juga para waris melalui program ‘reach out’ atau

‘outreach’.

2.4.2 Bidang Tugas Guru Pemulihan Ditentukan oleh Surat-surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia

i. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus

18

Page 19: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

murid-murid yang dikenalpasti dari Tahun 1 – 6

keutamaan kepada tahun 1,2 dan 3

ii. Membantu guru-guru asas dalam:

mengenal pasti untuk pemulihan khas

merancang, menyediakan aktiviti dan bahan pemulihan

mengatur jadual waktu pemulihan

mengajar bersama sekiranya perlu

iii. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/ doktor/ pegawai kebajikan atau pihak lain berkaitan hal-hal:

mendapat maklumat lanjut murid – kelakuan, tabiat, kesihatan

latar belakang

iv. Melaksanakan penilaian berterusan untuk progres murid di kelas pemulihan

dan merekodkan butiran berikut:

kemajuan murid

latar belakang murid

laporan kesihatan

hasil temu bual

rujukan

2.4.3 Pemulihan dalam Kelas Biasa

Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ialah satu

usaha untuk menolong murid-murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang

belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Biasanya murid-murid yang memerlukan

pemulihan perlu didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar

untuk membolehkannya membina gambaran mental yang jelas dan seterusnya

memahami konsep yang betul.

Dengan adanya pendidikan dalam kelas biasa, murid-murid yang lemah akan merasa

diri mereka mendapat perhatian khas daripada guru. Kesedaran ini merupakan satu

bentuk terapi yang berkesan bagi mereka yang menghadapi kesulitan pembelajaran.

Mereka tidak akan merasa diri mereka tersisih.

19

Page 20: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Dengan memahami masalah murid-murid pemulihan ini, guru akan merasa empati

terhadap individu yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

berbeza ini, atau dapat menjalinkan hubungan mesra antara individu serta dapat

menghayati emosi dan keperluan orang lain.

2.4.4 Proses Pengajaran Pemulihan

Pengajaran Pemulihan dalam kelas merupakan satu proses yang berperingkat-

peringkat yang disusun mengikut urutannya. Peringkat-peringkat ini pula saling

berhubung antara satu sama lain. Menurut Jamilah Ahmad (1999), Program Pemulihan

boleh dikendalikan menggunakan kaedah JARLIN. Kaedah ini mementingkan setiap

peringkat dijalankan secara berterusan dan berhubung kait. Proses pengendalian

program pemulihan menurut kaedah ini dapat digambarkan dalam rajah berikut:

Kaedah JARLIN

JA JEJAKR RANCANGLI LAKSANAN NILAI

JEJAK

Langkah ini merupakan peringkat pertama dalam prosedur pemulihan. Guru dikehendaki

mengenal pasti masalah murid dan punca masalah tersebut.

RANCANG

20

Jejak

RancangLaksana

Nilai

Page 21: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Guru hendaklah merancang pengajaran pemulihan yang sesuai untuk murid-murid

sasaran dari segi objektif, kemahiran, persediaan dan pemilihan bahan serta proses

menilai.

LAKSANA

Guru harus bijak memilih teknik dan strategi yang sesuai dengan keupayaan murid dan

menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Rancangan pengajaran

hendaklah disusun dengan rapi supaya langkah-langkah pengajaran dapat dilaksanakan

dengan berkesan sesuai dengan peruntukan waktu yang ada. Selepas sesuatu

pengajaran dijalankan dan objektif tercapai, aktiviti pengukuhan perlu dilaksanakan agar

pembelajaran tidak terjejas dalam jangka masa yang singkat.

NILAI

Guru harus menilai aktiviti yang telah dilaksanakan dan dalam masa yang sama menilai pencapaian murid serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Hasil penilaian harus dianalisis supaya tindakan susulan dapat dilakukan.

2.4.5 Pelaksanaan Pengajaran Pemulihan di dalam Kelas Biasa

Pendidikan pemulihan ini perlu diberikan kepada mereka, supaya murid-murid

yang lemah ini mendapat layanan yang adil dan sama seperti murid-murid lain untuk

mendapat layanan yang adil dan sama seperti murid-murid biasa dan membantu mereka

mengembangkan potensi hingga ke peringkat yang memuaskan.

Dalam mata pelajaran bahasa Melayu, pemulihan dalam kelas biasa adalah aktiviti

tambahan yang lebih kompleks, menarik dan mencabar yang bertujuan untuk kemahiran

yang telah dipelajari. Objektifnya adalah untuk mengatasi kelemahan murid-murid

menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap pembelajaran. Waktu memulihkan

murid-murid berkenaan adalah secara berterusan sepanjang pengajaran dan

pembelajaran dan diteruskan selepas tamat waktu mengajar pada hari-hari biasa.

Murid-murid yang cerdas, sederhana dan lemah disatukan di dalam sebuah kelas.

Pengajaran guru berpusat kepada kaedah kelas. Pemulihan hanya dijalankan pada

waktu-waktu tertentu iaitu 20-30 minit sebelum pengajaran selesai. Ini bermakna murid-

murid yang menerima pelajaran pemulihan belajar semasa murid-murid lain membuat

latihan mereka.

21

Page 22: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Ada masa-masanya pula pengajaran pemulihan boleh dijalankan secepat mungkin

apabila satu-satu masalah itu telah dikenalpasti. Guru boleh menggunakan pengelolaan

secara perseorangan atau berpasangan dan juga boleh menggunakan bantuan murid-

murid cerdik untuk mengendalikan aktiviti pengukuhan.

2.4.6 Pemulihan dalam kelas biasa dijalankan seperti langkah-langkah berikut;

i. Program pemulihan dijalankan untuk murid-murid yang bermasalah sahaja

selepas pembelajaran berlangsung.

ii. Murid-murid diberi bimbingan individu setelah masalahnya dapat dikesan.

iii. Masa khas idak ditentukan. Bimbingan diberi semasa murid-murid lain

membuat aktiviti normal mereka.

iv. Guru mewujudkan pengajaran kumpulan.

v. Murid-murid yang berkebolehan digalakkan menolong rakannya yang

bermasalah dengan membimbing rakan mereka membuat aktiviti

pengukuhan.

vi. Murid yang lemah tidak terkecuali melakukan aktiviti pengayaan apabila

dia memerlukannya.

2.4.7 Kelebihan Pemulihan dalam Kelas

i. Menjimatkan Masa

Penumpuan guru tertumpu pada seluruh murid di dalam kelas itu sahaja

dan kaedah pengajaran mudah digunakan. Tumpuan guru berpusat kepada

kelas dan kekangan masa tidak wujud.

ii.Naluri Kanak-Kanak

Sikap murid-murid yang suka bergaul secara kumpulan adalah satu cara

pengajaran yang berkesan. Melalui pergaulan ini, penambahan kebolehan

murid akan meningkat. Semakin banyak pergaulan semakin berkembang

pengetahuan mereka.

iii. Semangat Kerjasama

22

Page 23: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Melalui aktiviti, murid-murid dapat mengadakan perbincangan dan melahirkan pendapat atau idea. Murid-murid dapat melahirkan semangat kerjasama untuk saling bantu membantu dalam sesuatu aktiviti yang diberikan.

iv. Kesempatan Bertanding

Murid-murid suka bertanding antara satu sama lain. Apabila seorang

murid mendapat pujian daripada guru mereka, maka murid yang lain akan

berusaha untuk mendapatkannya. Ini akan membawa kepada

perkembangan kemahiran murid-murid.

2.4.8 Pemulihan dalam Kelas Pemulihan Khas

Dalam pendidikan pemulihan khas, kelas merupakan satu daripada keperluan

asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas.

Murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan

dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk

pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian, dalam

menentukan kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri keperluan berikut perlu

diambil kira.

a. Tujuan

i. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-

baiknya untuk mencapai objektif pengajaran.

ii. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan

berkesan.

iii. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

b. Cara Untuk Mengadakan Kelas Pemulihan

Terdapat 3 alternatif

i. Sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-

murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut

sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3

atau 4 orang sahaja. Murid-murid pemulihan untuk setiap sesi

hendaklah tidak melebihi 15 orang.

23

Page 24: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

ii.Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-

murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas lain tetapi

jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

iii. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan

datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak

melebihi 6 orang.

Perhatian: Pemilihan mana-mana alternatif hendaklah tertakluk kepada

perundingan di antara guru kelas Pemulihan Khas dengan Guru Besar dan

guru asas.

c. Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas

Agihan masa guru Pemulihan Khas adalah seperti berikut:

iii. Masa mengajar – 990 minitiv. Masa untuk persediaan dan panduan – 120 minit (dimasukkan ke dalam

Jadual Waktu)v. Masa luang (free period) sama seperti guru-guru lain.

2.4.9 Peranan Pentadbir Dalam Program Pemulihan Khas

i. Jabatan Pendidikan Khas/ Bahagian Sekolah KPM

memberi kelulusan untuk membuka kelas

memberikan latihan untuk guru pemulihan

menyediakan kewangan untuk pengurusan

ii. Jabatan Pelajaran Negeri

melantik guru-guru pemulihan

memantau pelaksanaan

memastikan pihak sekolah menghantar data pada masa yang ditetapkan

dan dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

24

Page 25: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

iii. Pejabat Pelajaran Daerah

memantau pelaksanaan program

menggerakkan aktiviti di peringkat daerah

memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan

memastikan pihak sekolah menghantarkan data

iv. Pentadbir / Pengurus Sekolah

memastikan program berjalan mengikut surat pekeliling/ surat siaran yang

sedang berkuatkuasa

mewujudkan JK Pemulihan Khas di peringkat sekolah

memastikan JK Kurikulum merancang program kecemerlangan untuk

Program Pemulihan

Memastikan data dikemukakan kepada PPD dan JPN pada waktu yang

ditetapkan

Menyediakan prasarana bilik darjah yang cukup

Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk kelas

pemulihan berada dalam kelas berkenaan

Menyalurkan kewangan

2.4.10 Pengurusan Program Pemulihan Khas

i. Pencalonan

a. Pada akhir Tahun 1 (Murid KIA2M yang gagal Ujian Pelepasan 3)

b. Selepas Ujian Semester 1

c. Dicalonkan oleh:

Guru besar

Guru kelas/guru subjek

Guru pemulihan

Ibu bapa

d. Pencalonan dibuat melalui:

pengumpulan maklumat

Borang Latar Belakang

25

Page 26: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Maklumat pencapaian dengan merujuk keputusan

peperiksaan dan buku latihan

ii. Ujian Saringan

Mekanisme yang digunakan untuk meninjau pencapaian murid secara am

dalam kemahiran asas Bahasa Melayu dan Matematik – menilai semula

apa yang telah dipelajari di dalam kelas.

a) Bentuk dan Skop

Ujian bertulis

Merangkumi apa yang sepatutnya telah dipelajari

Keputusan Ujian Pelepasan KIA2M, IPP3M dan Ema boleh diguna

pakai

b) Pentadbiran Ujian

dilaksanakan secara kumpulan

murid dalam keadaan selesa – jauh dari gangguan

masa dihadkan

keperluan alat tulis yang lengkap

c) Kriteria Pemilihan Murid

Murid yang gagal Ujian Saringan

Jumlah murid yang telah ditentukan – yang mampu diurus

Jenis masalah yang dihadapi murid

iii. Ujian Diagnostik

Mekanisme yang diguna pakai untuk membolehkan guru pemulihan khas

mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi

oleh seseorang murid secara khusus.

26

Page 27: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

a.Jenis Ujian Diagnostik

Ujian Pengamatan (UDP)

Bahasa Melayu (UDBM)

Matematik (UDM)

b. Tujuan Ujian Diagnostik

membantu guru mengenal pasti secara khusus kesulitan- kesulitan

yang dihadapi oleh murid

membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk

menguasai sesuatu kemahiran

membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut

kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh

murid

membantu guru merancang satu program pengajaran yang

khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan

sistematik

membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan

bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid

c. Bila dilaksanakan

selepas dicalonkan/ hasil daripada Ujian Saringan

setelah menguasai satu-satu kemahiran dan bersedia untuk

kemahiran baru

d. Subjek yang diuji

BM dan Matematik

Ujian Pengamatan sebagai pelengkap kepada pengumpulan

maklumat yang mungkin mempengaruhi pencapaian murid

e. Pembinaan Ujian

Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama

perlu ditentukan :

Kemahiran yang hendak diuji

27

Page 28: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.

Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai

kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum diuji. Kemahiran

tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah

diperincikan terlebih dahulu.

JPU disediakan berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek

Jumlah item hendaklah ganjil – 5 hingga 9 – perlu ada contoh

Sebaran aras kesukaran mengikut nisbah 2:2:1 untuk aras senang,

sederhana dan susah

Item-item bagi satu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka

surat

Bentuk soalan:

- padanan / suaian

- pelbagai pilihan / diskriminasi

- mengisi tempat kosong

- benar / salah

f. Pentadbiran Ujian

dilaksanakan selepas Ujian Saringan / pemilihan murid telah dibuat

secara kumpulan atau individu

ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah

kepada yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan,

maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan

ujian bertulis.

Ujian Diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian

diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi

empat orang dalam satu masa

Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan

pemerhatian guru perlu semasa ujian

Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan

supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa.

jika murid gagal menjawab tiga kamahiran secara berurutan –

hentikan ujian

28

Page 29: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah

keterangan-keterangan atau data-data yang diberi

g. Analisis Ujian

dibuat mengikut setiap kemahiran yang diuji

jika murid gagal setiap item, analisisnya ialah tidak menguasai

kemahiran

jika gagal separuh, analisisnya ialah belum menguasai kemahiran

Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid

hendaklah direkodkan dalam Borang Analisis

Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk

menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain

h. Penyediaan Objektif pengajaran dan pembelajaran

Keputusan analisis ujian diguna untuk merangka objektif pengajaran

dan pembelajaran

Contoh:

- Objektif: Dapat menyebut abjad kecil secara berurutan dengan

betul

- Analisis: Belum menguasai kemahiran abjad kecil mengikut

urutan

Murid pemulihan khas adalah berbeza dengan murid bermasalah pembelajaran. Murid

pemulihan khas adalah murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas

3M disebabkan oleh faktor persekitaran. Manakala murid bermasalah pembelajaran pula

telah diakui oleh pakar perubatan menghadapi masalah disebabkan oleh faktor kognitif.

Murid di kelas pemulihan khas jika diajar dengan pendekatan, strategi dan teknik yang

bersesuaian dengan keperluan murid, mereka akan pulih kerana mereka bukan

bermasalah disebabkan oleh faktor kognitif.

iv. Ujian Diagnostik Pengamatan

a. Rasional

29

Page 30: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang

kukuh amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan

kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam

penerimaan pengajaran bacaan.

b. Apa itu pengamatan:

- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation” - mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan.

- Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning

Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu

proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas

pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu

pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.

c. Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan:

Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan

bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan

perkataan.

Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan

antara satu-satu objek

Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk,

corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke

kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.

Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan-

Sequencing.

Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan

sesuatu masalah.

30

Page 31: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

d. Komponen Ujian Pengamatan:

Diskriminasi yang sama (Discrimination Sameness)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan

yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf

dan sebagainya,

Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrination of

differences)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan

yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf

dan sebagainya,

Diskriminasi saiz (Discrimination of size)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu

objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

Diskriminasi kedudukan (Position in space)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk,

corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

Koordinasi Motor –mata –tangan.

Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan

dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.

Pertalian jarak (Spatial Relationship)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan

serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.

Mazing

Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti

mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.

Turutan (Sequencing)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti

31

Page 32: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

bersiri.

Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure – Ground)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.

Menyalin (Visual Copying)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah

dilihat.

e. Panduan melaksanakan ujian pengamatan

Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai

konsep sepertimana yang dalam komponen pengamatan.

Dalam ujian ini murid diberi pelbagai latihan pengamatan.

Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.

Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum

memulakan ujian.

Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.

Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan

pensel.

2.4.11 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Khas

Menetapkan murid berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik

Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Menentukan kumpulan murid

Menyenaraikan kemahiran yang akan diajar

Menentukan strategi, pendekatan dan kaedah p & p yang sesuai

Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Menyediakan bahan Pemulihan Khas

Menyediakan aktiviti

2.4.12 Penilaian

32

Page 33: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Bentuk ujian – formatif, sumatif, pencapaian

Analisis

Keputusan – meneruskan program atau balik ke kelas biasa

2.4.13 Tindakan Susulan

Pemantauan ke atas murid yang telah pulang ke kelas biasa perlu

dilaksanakan secara berterusan

2.4.14 Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas

Pemulihan Biasa Pemulihan Khas

guru ada asas latihan keguruan

ada asas perguruan dan kursus khas

dijalankan semasa proses p - p kelas biasa

dijalankan pada waktu tertentu

perlu pada setiap mata pelajaran yang diajar

hanya melibatkan mata-mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik

murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan

murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan

ujian bulanan atau penggal ujian pencapaian bagi setiap kemahiran

tidak perlu ujian saringan atau diagnostik

perlu ujian saringan dan diagnostik

tidak memerlukan rekod yang terperinci

penyimpanan segala rekod berkenaan murid amat penting

kekal dalam kelas murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran

pemulihan dilakukan secara umum

pemulihan dilakukan secara khusus

murid tahap 1 dan 2 yang keutamaan murid tahap 1 yang

33

Page 34: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pemulihan Biasa Pemulihan Khas

tidak menguasai kemahiran dicalonkan oleh guru kelas

pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan oleh guru

perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah

bilangan murid tidak dihadkan

bilangan murid maksimum 15 orang

jadual berdasarkan mata pelajaran yang diajar

jadual ditentukan sendiri oleh guru pemulihan

terlibat dengan setiap panitia mata pelajaran yang diajar

perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah

Daripada maklumat banding beza di atas, cuba anda rumuskan konsep pemulihan. Kemudian, rujuk guru pemulihan di sekolah tempat anda bertugas sekarang. Bandingkan maklumat di atas dengan perjalanan program pemulihan di sekolah anda.

Rumusan:

Sebelum guru melaksanakan kelas pemulihan, guru haruslah memahami dengan

mendalam prinsip-prinsip program pemulihan agar aktiviti-aktiviti yang dirancang dan

dilaksanakan dapat mencapai objektifnya. Guru juga perlu menguasai beberapa kaedah

pengajaran sebelum merancang aktiviti.

Aktiviti 2

1. Nyatakan perbezaan pelaksanaan aktiviti pemulihan di dalam kelas biasa dan Pemulihan Khas. Berikan contoh-contoh yang sesuai.

2. Pilih dua kemahiran lisan dan satu kemahiran bacaan daripada sukatan pelajaran tahap satu.

a. Tuliskan objektif pelajaran yang hendak dicapai melalui kemahiran tersebut.

34

Page 35: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

b. Rancangkan langkah-langkah pemulihannya.

3. Apakah yang harus diambil kira ketika membahagikan murid-murid pemulihan kepada kumpulan-kumpulan tertentu ?

Tajuk 3 Masalah Penguasaan Pembelajaran dan Cara Mengesan Kesukaran

Pembelajaran

Kemahiran Lisan

Kemahiran Membaca

Kemahiran Menulis

3.1 Sinopsis

Masalah pembelajaran bahasa boleh dikesan dalam semua bidang

kemahiran bahasa , iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Selain bidang kemahiran bahasa, masalah pembelajaran boleh juga dilihat dalam

pelbagai aspek bahasa seperi aspek fonologi, ejaan, tatabahasa, perbendaharaan kata,

dan sematik. Sehubungan iu, sebahagian besar daripada masalah pembelajaran ini

adalah dihasilkan oleh pengaruh latar belakang murid. Justeru keanekaan latar

belakang dari pelbagai bangsa, bahasa, agama dan kebudayaan itu juga merupakan

masalah dan cabaran bagi guru yang mengajar bahasa khasnya Bahasa Melayu .

3.2 Hasil Pembelajaran

i. Mengenal pasti kaedah yang boleh digunakan untuk

melaksanakan aktiviti kemahiran lisan;

ii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai

untuk melaksanakan aktiviti kemahiran membaca;

iii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk

melaksanakan aktiviti kemahiran menulis

35

Page 36: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

3.3 Kerangka Konsep

3.4 Perkembangan Bahasa

Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau

perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa

kepada suatu peringkat kedewasaan

36

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBAHASA MELAYU

UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN

EJAAN

TULISAN

BACAAN

LISAN

DEFINISI

MASALAH/KELEMAHAN

STRATEGI/ CARA MENGATASI

Page 37: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

3.4.1 Definisi Bahasa:

i. Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai

mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh

masyarakat amnya

3.4.2 Fungsi-Fungsi Bahasa

i. Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri

untuk memenuhi keinginan dan hajat.

ii. Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan

orang lain.

iii. Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.

iv. Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.

v. Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.

vi. Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu

yang

telah dialami.

vii. Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.

3.4.3 Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa Melayu

a. Kemahiran Lisan

b. Kemahiran Bacaan

c. Kemahiran Tulisan

d. Kemahiran Ejaan

3.4.4 Kemahiran Lisan

i Pengenalan

Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam

lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan

Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang

37

Page 38: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-

ulang.

3.4.5 Kemahiran-kemahiran Asas dalam Lisan

i Kemahiran Mendengar

Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam,

mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-

bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan

bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi

pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan

pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan

mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:

Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.

Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.

Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.

Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.

Mendengar secara kritikal.

” auding”

Mengikut arahan.

Memahami urutan atau sekuan.

Mengingat kembali.

Menentukan idea utama / terpenting.

Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

ii.Kemahiran Bertutur

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran

bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa

dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan

suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang

dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting

38

Page 39: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-

unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi

mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek

ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.4.6 Kepentingan Lisan

Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-

lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum

mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.

Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula

mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan

bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka

menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.

Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan

mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap

dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan

pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika

seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak

dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.

Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara.

Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.

Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah

dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara

lisan akan membina asas bahasa yang kukuh.

39

Page 40: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal

persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan

dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini

memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.

3.4.7 Pengesanan Daerah Kelemahan Lisan

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan

intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.

Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta

melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.

Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.

Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.

Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.

Mendengar secara kritikal.

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa

rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran

murid-murid.

Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya

dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.

3.4.8 Cara Memperbaiki Kelemahan-kelemahan Lisan

Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh

murid-murid.

Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama

kelemahan khusus murid-murid.

Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

40

Page 41: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi

melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

3.4.9 Perkara-perkara Penting Dalam Pengajaran Lisan

Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :

i. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.

Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan

cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada.

ii. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia

ada murid.

iii. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai

perkara-perkara tertentu.

iv. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.

v. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-

bahan mereka sendiri.

vi. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah

pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :

Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.

Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu

ketika.

41

Page 42: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh

sipenutur.

vii.Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk

sekali dua sahaja.

viii.Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang

berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.

ix Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika

didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara

spontan.

3.4.10 Kemahiran Bacaan

i. Definisi Membaca

Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan

juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran

bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima.

Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses

menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan

mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.

Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan

lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.

Kesimpulan

Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara,

memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-

makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.

3.4.11 Proses Bacaan

42

Page 43: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

i. Bacaan Sebagai Proses Sensori (KEDERIAAN)

a. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang.

b. Pendengaran : Pendengaran yang jelas.

ii. Membaca Sebagai Proses Pengamatan (PERSEPTUAL)

a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan /

mengasingkan.

b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih.

c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar.

d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan.

e. Sintesis : Membuat kesimpulan

iii. Membaca Sebagai Proses Bahasa (LINGUISTIK)

a. Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

iv. Membaca Sebagai Proses Mental (KOGNITIF)

a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman.

3.4.12 Kesediaan Membaca

Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-

kemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu

membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran

bacaan secara formal dijalankan. Ia juga adalah satu proses yang berterusan

yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu.

i. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca

a. Keadaan Fizikal

Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.

Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik.

Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.

Umur: Peringkat umur yang berbeza.

Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai

kesediaan membaca.

Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya.

43

Page 44: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.

b. Pengalaman Dan Persekitaran

Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang

pelbagai.

c. Emosi, Motivasi dan Sahsiah

Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi

perkembangan dan gangguan emosi.

Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca .

Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka

bercakap dan lain-lain.

d. Kecerdasan dan Perkembangan Kognitif

Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza.

e. Daya Diskriminasi (Pengamatan)

Diskriminasi Penglihatan.

Diskriminasi Pendengaran.

f. Pengusaan Bahasa

Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan

cita rasa.

3.4.13 Masalah-masalah Dalam Bacaan

i. Bentuk Huruf

Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.

Huruf terbalik.

Bunyi huruf yang seakan-akan sama.

Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.

Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.

Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya

berubah.

44

Page 45: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

ii. Peringkat Suku Kata

Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.

Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e

pepet.

Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja /

membatang suku kata.

Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal

perkataan.

Salah memecah / membatang suku kata.

Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak

suku kata.

Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal

Berganding.

Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf

di awal.

Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

iii. Kesukaran Dalam Pengamatan

Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.

Mengeja sebelum membaca.

Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.

Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan

Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.

Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.

Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.

Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.

Menyebut perkataan mengikut loghat.

45

Page 46: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

iv. Kesukaran Membaca Peringkat Ayat

Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.

Tertinggal.

Pembalikan perkataan.

Mengulang.

Merangkak-rangkak.

Membaca mengikut loghat.

v. Strategi Membantu Kanak-Kanaka Ke Arah Membaca

Mengenal pasti kanak-kanak.

Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.

Susun strategi pemulihan.

Pelaksanaan.

Penilaian

3.4.14 Kemahiran Tulisan

i. Definisi

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan

dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis

adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan

teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat

komunikasi.

ii. Peranan Tulisan

Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu

dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan

cekap.Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi

sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok

masyarakat.Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu

lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta

matlamat hidup.

46

Page 47: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta

akat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana

membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama

keperluan hidup masa kini).

Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair,

sajak , dan lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan

kepuasan jiwa dalam pemikiran serta perasaan yang bukan sahaja untuk

diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga untuk seluruh insan umumnya.

3.4.15 Peringkat-peringkat Perkembangan Tulisan

i Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak

bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus

yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada Peringkat contengan ini

perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat

contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak

mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan.

Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

Peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan

benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan

menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas

permukaan benda tersebut.

Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti

menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan

lain- lain.

Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan

sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke

bawah dan lain-lain.

47

Page 48: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

ii. Tulisan Mekanis

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah

faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan

selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan

kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam

penulisan mekanis murid-murid diminta.membentuk huruf-huruf pada

permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati

memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan

ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /

sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

Kemahiran mengawal dan memegang pensel.

Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

iii. Tulisan Kreatif

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di

peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang

diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

Membina ayat.

Mengarang cerita.

Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.

Menulis surat kiriman.

Lain-lain yang berkaitan.

3.4.16 Masalah Tulisan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Pemulihan

Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.

48

Page 49: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara

perkataan dengan perkataan

Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.

Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,

Mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil.

Masalah pembalikan huruf atau perkataan.

Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.

Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.

Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.

Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.

Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.

Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.

Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

3.4.17 Cara-Cara Mengatasi Masalah Tulisan

Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat

permulaan dan mendirikan asas.

Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan

betul,sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti

dengan mudah.

Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan

cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah

dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja

bertulis perlulah disediakan dengan sempurna.

Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Pertimbangan

harus dibuat bagi menentukan masa yang sesuai bagi seseorang kanak-kanak

itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

3.4.18 Ejaan

49

Page 50: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

i. Definisi

Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk

melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-

kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu

boleh diperoleh melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang

boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan.

ii. Punca Kanak-Kanak Lemah Dalam Ejaan

a. Lemah dalam ingatan penglihatan.

Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan.

Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

b. Lemah dari segi Analisis Pendengaran.

Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.

Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.

Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.

Kemungkinan lemah dalam bacaan.

3.4.19Aktiviti-Aktiviti Kemahiran Mengeja

Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung ) Contoh: la bu la ku la yu la ki dll.

Mendiskriminasi perkataan.

Melengkapkan atau menambah perkataan.

Membina perkataan di dalam perkataan.

Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.

Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.

Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.

Permainan teka teki.

50

Page 51: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Permainan Silang kata.

3.4.20 Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Untuk Murid- murid

Pemulihan

i. Mengenal pasti murid yang hendak dipulihkan

ii. Mengenal pasti masalah

iii. Strategi Pengajaran

iv. Pelaksanaan

v. Penilaian

3.4.21 Mengenalpasti Murid Yang Hendak dipulihkan

i. Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M)

ii. Berdasarkan PKBS, atau

iii. Berdasarkan pemerhatian guru, atau

iv. Berdasarkan perbincangan dengan guru besar, guru darjah, guru

Bahasa Melayu, ibu bapa, atau kesemua di atas.

3.4.22 Mengenal pasti Masalah

i. Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deria murid:

Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan,

pendengaran atau pertuturan.

Jika masalah tersebut ’agak berat’, ianya memerlukan bantuan pakar

yang berkemungkinan dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.

Jika masalah tersebut ’ringan’ – memadai dengan menjalankan ujian

pengamatan serta latihan-latihan yang berkaitan.

ii. Masalah yang berkaitan dengan akademik murid:

Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik

terdapat dalam buku Panduan - Pelaksanaan Program Pendidikan

Pemulihan Khas – terbitan JPK, KPM)

51

Page 52: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Dalam buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM, iaitu LISAN,

PRAKTIK DAN BERTULIS. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS

sahaja)

Jangan fotostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada murid

untuk menjawab.

Beri sehelai demi sehelai. Masa menjawab tidak terhad. Guru tengok cara

murid menjawab. Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab,

biarkan. Murid boleh menjawab secara individu atau kumpulan kecil.

Murid berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut.

Jangan teruskan ujian.

iii. Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi

iv.Masalah sosial seperti:

Selalu tidak hadir ke sekolah

Tiada galakan keluarga

Kemiskinan

Takut

Malu

Rasa rendah diri, dan lain-lain

Perlu diselesaikan terlebih dahulu, dengan cara kaunseling, bantuan

kewangan atau lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak

sekolah.

3.4.23 Strategi Pengajaran

Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perlu menganalisis semua

jawapan murid dan merekodkannya.

Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid.

Guru tampal senarai masalah di fail murid, agar mudah dirujuk.

i. Strategi Kumpulan:

Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi

masalah pembelajaran yang sama;

52

Page 53: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk

murid-murid yang bermasalah;

Murid-murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan

oleh guru.

ii. Strategi Individu:

Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi

masalah pembelajaran yang berlainan;

Guru boleh bergilir-gilir membetulkan kesalahan murid secara individu;

Murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan;

Guru boleh menggalakkan murid cerdas mengajar murid-murid

bermasalah secara individu

CONTOH :

Objektif Pengajaran – menjadi objektif yang ditulis dalam buku rekod mengajar.

Katakanlah ada 10 orang murid. Kumpulkan mengikut masalah yang sama, atau

yang hampir sama untuk memudahkan pengajaran guru.

Mungkin terdapat 2 atau 3 kumpulan. Guru menjalankan pengajaran dan

pembelajaran secara berkumpulan.

53

KELAS PEMULIHAN KHASSEKOLAH KEBANGSAAN KAKI BUKIT

BATU PAHAT

Nama Murid: Ali Bin AhmadTahun 1 MerahTarikh Masuk Kelas Pemulihan Khas: 04 Ogos 2005

Bil Masalah Objektif Pengajaran Tarikh Menguasai

1Tidak kenal abjad kecilm / n / j / l

Mengenal abjad kecil m / n / j / l

2Keliru membaca suku kata kv + kv

Membaca suku kata kv + kv

3Keliru menulis perkataan suku kata kv + kv

Menulis perkataan suku kata kv + kv

Page 54: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Berdasarkan contoh di atas. Katakanlah murid tersebut telah menguasai /

membaca sukukata / perkataan kv + kv, guru terus beralih ke kemahiran

seterusnya tanpa menjalankan ujian diagnostik lagi. Kemahiran tersebut perlu

ditulis di ruangan ’objektif pengajaran’.

Catatkan tarikh murid berjaya menguasai di ruangan ’tarikh menguasai’

3.4.24 Pelaksanaan

i. Guru perlu melaksanakan P&P mengikut turutan carta alir.

ii. Terdapat beberapa kaedah pengajaran (membaca) seperti:

Kaedah abjad

Kaedah pandang dan sebut

Kaedah gabungan (bunyi)

Kaedah campuran, dan lain-lain

iii. Guru boleh memilih mana-mana pendekatan yang bersesuaian dengan

kebolehan murid dan keupayaan guru sendiri.

iv. Pengajaran perlu meliputi 5 aspek: lisan, bacaan, tulisan, ejaan serta

pemahaman.

v. Dalam kelas pemulihan khas – hanya kemahiran asas ditekankan, manakala

kemahiran-kemahiran seperti menulis karangan dan tatabahasa

dipertanggungjawabkan kepada guru kelas atau lebih kepada pemulihan

dalam bilik darjah (pemulihan KBSR).

3.4.25 Penilaian

Penilaian dibuat kepada individu jika didapati seseorang murid itu telah dapat menguasai

sesuatu kemahiran.Sekiranya didapati masih gagal, guru perlu mengkaji sebabnya

(mungkin strategi guru tidak sesuai, dan perlu mengubah strategi).Jika murid tersebut

telah berjaya menguasai sesuatu kemahiran, bolehlah beralih kepada kemahiran yang

seterusnya.

Murid dikembalikan ke kelas biasa apabila didapati murid tersebut telah menguasai

kemahiran asas membaca menerusi Ujian Pencapaian.

Anda masih o.k? Marilah kita mantapkan lagi pemahaman tentang pemulihan. Cuba uji (hubung kaitkan) maklumat di atas dengan

54

Page 55: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

seorang murid anda. Catat kelemahan yang dihadapi oleh murid anda itu.

Rumusan

Langkah-langkah menjalankan sesi pemulihan adalah seperti berikut:

1. Kenal pasti dan menganalisis:

murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian;

masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan

Diagnostik;

punca masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu

pembelajaran.

2. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.

3. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.

4. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.

5. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.

6. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke

dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang

baru sekiranya murid berkenaan belum pulih.

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas boleh digrafikkan sebagaimana rajah yang

berikut:

55

kenal pasti murid

analisis masalah

Page 56: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Aktiviti 3

Kejayaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran banyak bergantung kepada ketepatan guru membina objektif pembelajaran, khususnya bagi masalah yang hendak diatasi. Perancangan persediaan mengajar yang rapi juga dapat membantu melicinkan pelaksanaan aktiviti pemulihan. Oleh itu, guru haruslah mahir dalam membina objektif yang tepat.

a. Berdasarkan kepada penggabungjalinan kemahiran berikut, bina objektif pembelajaran yang sesuai.i. Menyatakan permintaan mengikut situasi tertentu.ii. Mengeja dan membunyikan perkataan.iii. Membina dan menulis perkataan daripada huruf dan

suku kata.

b. Pilih kemahiran yang sesuai untuk mengatasi masalah murid membaca merangkak-rangkak. Sediakan satu persediaan mengajar yang lengkap.

Anda mungkin letih setelah meneliti dan melaksanakan tugasan berkaitan modul ini. Berehatlah dahulu. Dalam pada itu, fikirkan pula apa yang dimaksudkan dengan Pendidikan Pengayaan.

TAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN

Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan.

Terdapat enam langkah utama dalam pengelolaan sesi pemulihan di dalam kelas biasa.

Langkah pertama adalah mengenal pasti murid; langkah yang kedua adalah

menganalisis masalah, langkah yang ketiga adalah membuat perancangan, langkah

yang keempat adalah melaksanakan pengajaran, langkah yang kelima adalah membuat

56

membuat perancangan

melaksanakan pengajaran

membuat penilaian

tindakan susulan

Page 57: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

penilaian dan akhir sekali langkah membuat tindakan susulan. Melalui langkah-langkah

yang khusus ini, objektif, bahan bantu mengajar, dan aktiviti khusus yang bersesuaian

dengan masalah yang dihadapi oleh murid hendaklah disediakan oleh guru untuk

melaksanakan pemulihan terhadap murid-murid yang menghadapi masalah

pembelajaran pada sesuatu kemahiran bahasa yang diajarkan di dalam kelas biasa.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Mengenal pasti masalah murid

ii. Menganalisis masalah pembelajaran dan membuat perancangan

pengajaran

iii. Melaksanakan pengajaran pemulihan di dalam bilik darjah, menilai dan

membuat tindakan susulan.

4.1 Mengenal Pasti Masalah Murid

Murid-murid pemulihan ialah murid-murid di kelas biasa yang menghadapi

masalah pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis, atau mengira.

Mereka menunjukkan ciri-ciri tertentu daripada aspek mental, fizikal, sosial dan

emosi (Syed Abu Bakar Syed Akil, 1997). Pada umumnya murid-murid pemulihan

tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau terencat akal. Walau

bagaimanapun, murid-murid dalam sesebuah bilik darjah berbeza-beza daripada

segi pengetahuan sedia ada, kebolehan, minat, bakat dan latar belakang.

Kewujudan pelbagai perbezaan ini, menyebabkan terdapat situasi kelas yang

mengandungi murid yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Terdapat

murid yang maju, sederhana dan ada yang lemah dan sukar menguasai

pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain. Murid yang lemah adalah

murid yang kurang berjaya atau gagal mencapai tahap pembelajaran yang

ditentukan dalam mata pelajaran selepas proses pembelajaran berbanding

dengan murid-murid lain di dalam kelasnya.

Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah mengetahui teknik dan

langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan bagi membantu

murid yang menghadapi masalah pembelajaran kemahiran bahasa atau tahap

pencapaian di bawah tahap pencapaian murid normal. Melalui teknik, aktiviti,

langkah-langkah yang khusus ini, serta penggunaan bahan bantu mengajar yang

57

Page 58: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh murid, guru dapat

melaksanakan aktiviti pemulihan terhadap murid-murid tersebut.

Faktor-faktor yang berikut dipercayai sebagai punca risiko tinggi untuk

melahirkan anak yang bermasalah dalam pembelajaran (Syed Abu Bakar Syed

Akil, 1997).

Hubungan kekeluargaan suami isteri yang tidak rapat

Mewarisi baka yang tidak dominan atau gen resesif

Jangka masa kandungan yang pendek atau melebihi tempoh

Kesan setengah-setengah penyakit

Kesan sinar-X yang berlebihan

Kesan dadah atau ubatan

Kekerapan ibu yang mengandung

Kecederaan yang berlaku semasa mengandung

Kelahiran yang kompleks

58

Page 59: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

4.2 Ciri-ciri Murid Lemah Murid pemulihan menunjukkan ciri-ciri yang berikut:

Ciri-Ciri Murid Lemah

Setiap murid yang yang lemah akan menunjukkan tanda-tanda yang nyata yang

dapat dikesan oleh seseorang guru. Sebagai contoh, murid yang mempunyai

kecacatan fizikal, iaitu cacat pendengaran biasanya mundur dalam aspek

sebutan dan pertuturan, lemah dalam perkembangan bahasa amnya, serta amat

lemah dalam aspek tatabahasa, ejaan, perbendaharaan kata dan dalam

pengetahuan am (Kirk, 1972 dipetik daripada Aziz Abd Talib, 2000).

4.3 Jenis-jenis Kecacatan Fizikal

Jenis-jenis kecacatan fizikal yang lazim adalah seperti yang berikut:

i. Kecacatan pertuturan seperti sengau, pelat, dan bisu.

ii. Kecacatan penglihatan seperti tidak boleh melihat jauh, rabun atau buta.

iii. Kecacatan pengamatan seperti melihat huruf terbalik, iaitu masalah

pembalikan huruf.

iv. Kecacatan pendengaran seperti kurang dengar atau pekak.

v. Kecacatan tangan yang boleh menimbulkan masalah untuk menulis.

59

Koordinasi fizikal kurang baik iaiatu cara menulis, cara berjalan dan cara berlari

Lampau aktifSuka mengggangu rakan lain

Tidak menyiapkan kerja sekolah

Sakit/ atau pening kepala

Aspek mental Aspek fizikal Aspek sosial Aspek emosi

Selalu lupa isi pelajaran yang diajar

Menghala telinga ke arah guru

Kerap meminta guru mengulang soalan

Cepat letih

Rendah diriSensitive dan mudah

tersinggungMalu dan menarik diriSuka berkelahiSuka menggangguSuka berlagak sebagai

ketua

Berasa kurang selamatTidak memberi

penumpuan terhadap pengajaran

Suka menonjol diriEnggan memberikan

kerjasamaPendiam dan pemaluTidak yakinEstem kendiri rendahCepat marah

Page 60: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

Latihan:

Anda dikehendaki membuat pembacaan tambahan tentang tanda-tanda masalah

pembelajaran mengikut aspek di atas. Analisis tanda-tanda aspek mental, sosial dan

emosi. Berdasarkan pengalaman di dalam bilik darjah anda, kenal pasti tanda-tanda

masalah pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid-murid anda. Apakah kesan

terhadap pembelajaran mata pelajaran bahasa Malaysia?.

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Antara tanda-tanda khusus yang berpunca daripada aspek fizikal adalah sperti di

bawah:

Tanda-tanda lemah penglihatan Tanda-tanda lemah pendengaran

Selalu mengerutkan muka Memegang buku secara terlalu dekat

dengan mata Menyengetkan kepala Menonjolkan kepala ke hadapan Menggerakkan kepala secara berlebihan

ketika membaca Menegangkan kelopak mata atau

membuka mata sebesar-besarnya semasa melakukan tugasan

Mengecilkan mata untuk melihat atau membaca yang berada agak jauh.

Tidak selesa di tempat duduk Kerap bertanya guru Bahagian tepi mata merah Mata berair Mata bengkak Sentiasa menggosok mata Tahi mata yang berlebihan

Bacaan mendatar Sebutan yang salah Ejaan yang lemah Menghalakan telinga ke arah guru Kerap meminta guru mengulang

sesuatu. Selalu menekap telinga Mengadu sakit kepala Tidak dapat menumpukan perhatian Sukar memahami arahan Lambat bertindak terhadap bunyi Bersuara degan nada yang tidak

semula jadi. Tidak dapat menganalisis

percakapan orang lain Lambat bertindak terhadap bunyi

4.4 Strategi Mengesan Masalah

Guru mata pelajaran Bahasa hendaklah mengesan masalah pembelajaran murid

seawal yang mungkin, iaitu pada semester pertama persekolahan. Terdapat

beberapa strategi yang dapat digunakan oleh guru bagi mengesan murid-murid

yang bermasalah di dalam kelas.

Strategi mengesan murid yang bermasalah

60

Page 61: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Setiap murid yang lemah akan menunjukkan tanda-tanda yang nyata yang dapat

dikesan oleh seseorang guru. Setelah guru mengecam murid yang menunjukkan

tanda murid yang lemah, guru hendaklah mengenal pasti strategi mengesan

masalah. Guru hendaklah membina atau memilih alat yang sesuai untuk

mengesan masalah pembelajaran murid. Contoh cara mengesan murid yang

bermasalah melalui pemerhatian adalah seperti yang di bawah,

4.4.1 Mengesan masalah melalui pemerhatian

Pengesanan masalah melalui pemerhatian membantu guru memperoleh

pelbagai maklumat tentang seseorang murid. Panduan membina alat

mengesan masalah melalui pemerhatian adalah dengan,

i. Tentukan objektif pemerhatian

ii. Tentukan item-item utama pemerhatian

iii. Sediakan senarai semak

iv. Tentukan masa (belajar, bermain, kokurikulum)

Senarai semak pemerhatian membaca dan memahami cerita

Nama murid :

61

Pemerhatian Pentafsiran rekod prestasi

Pentafsiran rekod profil

Ujian kertas dan pensil

Temu bual dengan ibu bapa/guru darjah

Secara tidak langsung gambaran wajah dan aspek fizikal

Pemerhatian tingkah laku

Pemerhatian secara berterusan

Teknik senarai semakPemerhatian di dalam dan di luar kelas

Rekod pencapaian akademik

Rekod prestasi kemahiran

Rekod lengkap tentang pencapaian di dalam kelas

Rekod diberikan kepada ibu bapa

Rekod maklumat pencapaian semua mata pelajaran

Pencapaian mengikut markah dan gred

Rekod berdasarkan ujian sumatif

Rekod diberikan kepada ibu bapa

Ujian objektif dan ujuan subjektif

Murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan

Ibu bapaLatar belakang

keluargaAspek kesihatanAspek pemakananAspek kemudahan

pembelajaranKemudahan asasGuru darjahRekod kedatanganKetepatan masaPencapaian akademikTingkah lakuPerbezaan individu

Page 62: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Darjah : Tahun :

Sekolah :

Umur : Jantina :

Tandakan [ / ] Ya atau [ X ] Tidak

Bil Aspek Ya Tidak

1 Menghubung kait maklumat dengan pengetahuan sedia ada

2 Meramal isi cerita

3 Menyedari ketepatan ramalan

4 Menggunakan klu konteks

5 Membauat gambaran awal sebelum membaca

6 Membuat inferens

7 Mengatasi masalah kegagalam memaham

8 Menjawab soalan bertumpu

9 Menjawab soalan bercapah

Skor

7 - 9 Baik

4 – 6 Sederhana

1 - 3 Lemah

Aspek kelemahan

1. ------------------------------------------------

2. -----------------------------------------------

4.4.2 Menganalisis masalah dan membuat perancangan

Langkah menganalisis masalah adalah langkah bagi mengesan masalah

dengan tepat. Langkah ini dilaksanakan selepas guru mentadbir alat bagi

mengesan masalah pembelajaran. Setelah menganalisis masalah, guru

juga perlu menganalisis punca masalah.

4.4.2.1 Masalah membaca mekanis

i. Membatang suku kata sebelum menyebut seluruh

perkataan.

62

Page 63: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

ii. Bacaan tersekat-sekat – tidak lancar

iii. Teragak-agak – berhenti sejenak kerana tidak pasti.

iv. Membaca terlalu cepat dan gopoh tanpa menghirau tanda

bacaan

v. Membaca terlalu lambat/merangkak-rangkak.

vi. Hilang tempat, melangkau perkataan atau baris ayat

vii. Membaca dalam cahaya kurang terang

viii. Menunjuk perkataan dengan jari

ix. Mengelip-ngelip mata, mengerut dahi, menggeleng

kepala

x. Suara yang terlalu perlahan/blurring

xi. Kedudukan mata yang terlalu dekat dengan bahan bacaan

xii. Mengelak daripada membaca

xiii. Tidak mengikut tanda bacaan

xiv. Tidak mengikut unit makna

xv. Tidak mengguna sebutan baku

xvi. Bacaan tersekat-sekat

xvii. Mengeja sebelum menyebut

xviii. Tekanan tidak tepat - sung-ai

xix. Meninggalkan, mengganti, menokok tambah, mengulang,

pembalikan, tidak kenal huruf, membuang, mengganti,

sebutan mengikut pengaruh dialek

xx. Tidak boleh membaca secara mekanis

4.4.2.2 Masalah membaca dan memahami

Masalah membaca dan memahami boleh berlaku pada empat

peringkat iaitu:

i. Peringkat perkataan

ii. Peringkat ayat

iii. Peringkat perenggan

iv. Peringkat teks

Pada peringkat perkataan, masalah kefahaman adalah kegagalan murid

memahami perkataan baharu atau tidak memahami makna mengikut

63

Page 64: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

makna teks, iaitu memahami makna secara terpencil atau terasing

daripada makna yang dihajati oleh penulis. Kegagalan memahami pada

peringkat ayat berlaku apabila murid tidak dapat mentafsir makna ayat

dengan tepat, tafsiran makna ayat adalah kabur atau tidak spesifik atau

murid memberikan beberapa tafsiran yang berbeza makna. Murid yang

gagal memahami hubungan antara ayat atau memahami kohesi ayat,

menunjukkan masalah mengenal pasti hubungan makna antara ayat-ayat

dan membuat beberapa kemungkinan tafsiran tentang hubungan antara

ayat. Murid yang lemah juga akan menghadapi masalah memahami pada

peringkat teks. Pada peringkat ini kelemahan murid berlaku apabila gagal

memahami hubungan antara bahagian-bahagian dalam teks, tidak

memahami motif atau tujuan penulis, serta tidak memahami bahagian-

bahagian teks dan makna keseluruhan teks.

4.4.2.3 Masalah Menulis mekanis

i. Tulisan ‘cakar ayam’ – tidak dapat dibaca

ii. Tidak tekal – campur dengan tulisan berangkai, huruf kecil

huruf besar, saiz, sendeng/tegak

iii. Tidak tekal - atas garisan antara garisan, ruang antara

perkataan dan antara ayat.

iv. Kesilapan ejaan (terbalik, tertinggal huruf, silap huruf)

v. Kesilapan tatabahasa/sintaksis

vi. Tulisan terlalu rapat

vii. Bercakap kepada diri sendiri sambil menulis

viii. Menulis terlalu lambat

ix. Alat tulis dipegang terlalu rapat dengan kertas

x. Ibu jari ditindih dengan jari telunjuk dan jari hantu

xi. Cara duduk yang tidak betul

xii. Lambat dan bersusah payah menyalin

xiii. Perbezaan yang besar antara kebolehan menulis dengan

bertutur

4.4.2.4 Punca masalah (mekanis dan pelahiran)

64

Page 65: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

i. Kecacatan fungsi otak

ii. Masalah fizikal – penglihatan dan pendengaran

iii. Masalah pengamatan penglihatan dan pendengaran

iv. Masalah keselarasan motor : mata, telinga dan tangan

v. Pengajaran yang tidak berkesan

vi. Masalah kesihatan dan emosi

vii. Daya intelek

Contoh analisis masalah membaca mekanis, punca masalah, dan cadangan tindakan pemulihan

Pemerhatian PuncaCadangan

Tindakan

Membaca terlalu lambat/ merangkak-rangkak.

Hilang tempat, melangkau perkataan atau baris ayat

Kedudukan mata yang terlalu dekat dengan bahan bacaan

Mengelak daripada membaca Tidak mengikut tanda bacaan Tidak mengikut unit makna Tidak mengguna sebutan baku Bacaan tersekat-sekat Mengeja sebelum menyebut Menunjuk perkataan dengan jari

Penglihatan

Pendengaran

Perkembangan kognitif yang lambat

Rujuk kepada ibu bapa

Sesuaikan aktiviti membaca mekanis dengan masalah

Contoh analisis masalah menulis, punca masalah,dan cadangan tindakan pemulihan

Masalah Cadangan Tindakan Pemulihan Tulisan ‘cakar ayam’ - tidak dapat

dibaca Tidak tekal – campur dengan tulisan

berangkai, huruf kecil huruf besar, saiz, sendeng/tegak

Tidak tekal - atas garisan antara garisan, ruang antara perkataan dan antara ayat.

Kesilapan ejaan (terbalik, tertinggal huruf, silap huruf)

Membuat aktiviti pratulisan Latihan memegang pensel / pen

yang betul dan berada dalam posisi tubuh yang betul semasa menulis

Latihan menulis dalam buku latihan yang mempunyai dua garisan

Menulis di udara, latihan menulis di atas pasir dengan jari, permainan teka huruf

4.5 Melaksanakan Pengajaran, Menilai, dan Membuat Tindakan Susulan

65

Page 66: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Langkah-langkah selepas mengesan masalah dan punca masalah ialah

merancang pengajaran berdasarkan aktiviti pemulihan yang dirancang,

melaksanakan aktiviti, menilai keberkesanan pelaksaaan aktiviti, dan mengambil

tindakan susulan yang sesuai.

Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran bagi mengatasi masalah

pembelajaran yang khusus. Contonya, pada akhir pelajaran murid dapat

menyebut bunyi ‘r’ dan bunyi ‘d’ dengan betul. Objektif pembelajaran haruslah

realistik dan sejajar dengan dengan kebolehan serta minat murid.

4.6 Merancang pengajaran

Pengajaran yang dirancang haruslah berdasarkan masalah yang hendak diatasi

oleh guru selepas selesai proses penilaian. Aktiviti yang dirancang juga haruslah

memenuhi keperluan kanak-kanak yang ingin diberikan pemulihan. Tahap

kesukaran aktiviti juga perlulah pada aras yang mudah.

4.7 Merancang objektif

Objektif pelajaran hendaklah dibina mengikut prinsip-prinsip seperti yang berikut,

i. Daripada yang mudah kepada yang kompleks

ii. Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui

iii. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak

iv. Daripada yang dekat kepada yang jauh

v. Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

4.7.1 Bahagian-bahagian objektif

Objektif pembelajaran perlu mengandungi tiga bahagian utama iaitu,

i. Hasil / outcomes

ii. Syarat / conditions

iii. Kriteria / criteria

66

Page 67: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Penyataan objektif tidak jelas jika tidak tidak ada ketiga-tiga bahagian di

atas.

PERLAKUAN : menghuraikan perkara yang dijangkakan murid boleh

BUAT iaitu sesuatu tingkah laku atau penghasilan sesuatu produk yang

dapat diperhati.

HASIL PERLAKUAN KATA KERJA

Spesifik boleh diukur

Contoh perlakuan

i. Membatangkan suku kata kvkk dan kvkvk

ii. Menyebut pasangan minimal

iii. Membaca ayat mudah

SYARAT : penyataan yang menghuraikan syarat/keadaan yang

diperlukan untuk membolehkan perlakuan murid.

SYARAT

Contoh syarat

i. Tanpa merujuk kepada teks ………………ii. Berdasarkan teks yang dibaca………………….....

iii. Dalam tempoh masa 10 minit............

67

Peralatan Bahan Masa Latar Perkara yang

disediakan

Membolehkan perlakuan

Page 68: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

KRITERIA : memberitahu sebaik mana murid perlu laksanakan sesuatu

tugasan supaya dapat dianggap mencapai objektif. Kriteria boleh

dikaitkan dengan had sebenar dan menghuraikan had tertentu kepada

perlakuan tersebut.

KRITERIA

Contoh kriteria

Menyalin 10 ayat dengan kemas dalam tempoh

masa 10 minit

TAJUK 5PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN KEMAHIRAN LISAN,MEMBACA DAN MENULIS

68

Menilai pencapaian murid

Peratus pencapaian Bilangan yang dicapai Bilangan kesilapan yang

dibenarkan Tempoh masa yang

ditentukan Tahap

Page 69: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan cara menyediakan rancangan pengajaran pendidikan pemulihan

berdasarkan masalah pembelajaran murid yang telah dikenal pasti semasa pengajaran

di bilik darjah. Pelbagai simptom kesulitan murid dalam kemahiran bahasa dijelaskan

untuk tindakan guru memilih strategi yang sesuai untuk pemulihan. Perancangan

strategi, aktiviti dan langkah pengajaran perlu disesuaikan dengan masalah

pembelajaran yang dihadapi oleh murid mengikut bidang-bidang kemahiran bahasa.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Mengenal pasti masalah pembelajaran murid pemulihan

ii. Merancang objektif dan langkah pengajaran dan pembelajaran pemulihan

iii. Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan

5.1 Mengenal Pasti Masalah Pembelajaran Murid Pemulihan

Murid-murid yang memerlukan pemulihan adalah murid-murid yang mengalami

kesulitan dalam pembelajaran kemahiran asas membaca, menulis dan

mengira. Pencapaian pembelajaran murid-murid tersebut biasanya berada di

bawah tahap pencapaian murid biasa. Mereka menghadapi kesulitan untuk

membaca, menulis, mengira, mendengar, mengingati kembali dan bertutur

dengan lancar, yakin dan betul. Mereka menghadapi masalah apabila

membuat kerja sekolah dan biasanya memperoleh keputusan peperiksaan

yang kurang memuaskan. Di samping itu, mereka juga memperlihatkan ciri-ciri

seperti kurang yakin diri, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan

pembelajaran dan mudah putus asa.

69

Page 70: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Secara khusus, murid-murid pemulihan boleh dikenali berdasarkan pelbagai

kelemahan yang boleh dilihat melalui perlakuan pada aspek tertentu dalam

kemahiran bahasa. Antara simptom kelemahan dan kesulitan murid pemulihan

yang boleh dilihat adalah seperti yang berikut:

a. Kemahiran mendengar dan bertutur

o Kosa kata yang terhad

o Menggunakan dialek dalam pertuturan

o Menggunakan bahasa pasar dalam lisan

o Tidak dapat membina ayat mudah

o Tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan lancar

o Menyebut nama huruf mengikut loghat bahasa ibunda

o Gagal mematuhi arahan

o Tidak boleh menghuraikan gambar yang ditunjukkan

o sukar bertutur dan menyebut perkataan

o tidak lancar dan kurang fasih dalam sebutan

o sukar menerima dan memahami arahan secara lisan dan tidak

dapat bertindak balas

o lemah dalam memberi maklumat secara lisan daripada bahan

yang ditunjukkan

b. Kemahiran membaca

Antara contoh masalah dalam kemahiran membaca:

o Keliru dengan nama, bentuk dan bunyi huruf

o Keliru pada huruf yang hampir sama: b – d; m – w

o Keliru pada bentuk huruf-huruf besar dan kecil yang berubah; a -

A; b – B

o Keliru dengan orientasi, kedudukan dan saiz huruf

o Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup

o Keliru menyebut perkataan yang akan seakan-akan sama

o Meninggalkan suku kata dalam perkataan

o Tidak dapat membatangkan perkataan lebih daripada dua suku

kata

o Membaca secara berlagu dan intonasi yang membosankan

70

Page 71: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

o Masalah disleksia: [kail] dibaca [ kali ]; [dada] dibaca [baba]

o Mengeja sebelum membaca menyebabkan bacaan terhenti-henti

o Keliru apabila membatang perkataan yang mengandungi vocal

berganding

o Tidak dapat membunyikan perkataan yang mengandungi

konsonan berganding

o Membaca secara menghafal

o Tidak memahami bahan yang dibaca

o Mengulang-ulang dan merangkak-rangkak ketika membaca

o Sukar membuat hubung kait

o Tidak dapat membuat urutan

o Kesukaran mencari maklumat daripada bahan yang dibaca

o Tidak dapat menjawab soalan kefahaman dengan ayat yang

lengkap

c. Kemahiran menulis

Antara contoh masalah dalam kemahiran menulis

o Tulisan yang buruk dan tidak boleh dibaca

o Bentuk dan condong huruf yang tidak menentu

o Saiz huruf yang tidak seragam

o Menulis terbalik –bermula dari kanan dan bergerak ke kiri. Contoh:

s ditulis ƨ

o Tulisan tidak selari dengan garisan

o Salah urutan dan arah ketika menulis

o Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk

o Jarak antara huruf atau antara perkataan yang tidak menentu

o Tidak boleh melakukan latihan koordinat mata dengan tangan

menyebabkan murid menyalin dengan lambat dan perkataan yang

disalin salah ejaan

o Masalah menggunakan huruf besar dan huruf kecil di tempat yang

tidak sesuai

o Tidak dapat membina ayat mudah

o Kosa kata yang terhad

71

Page 72: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

o Ayat tidak gramatis

o Lemah dalam penggunaan tanda baca

o Lupa format penulisan

o Lemah dalam penyampaian idea

5.2 Merancang Objektif, Langkah-Langkah Pengajaran, dan Pembelajaran

Pemulihan

a. Perancangan objektif

Objektif pembelajaran pemulihan hendaklah dibuat secara lebih khusus.

Objektif pembelajaran haruslah realistik dan sejajar dengan kebolehan

serta minat murid-murid. Guru perlu membantu murid mengatasi masalah

pembelajaran sesuatu kemahiran tertentu dengan khusus. Selain itu guru

juga perlu mengubah sikap negative dan tingkah laku yang menjejaskan

pembelajaran. Sikap yakin diri juga perlu dibina pada murid yang

mengikuti pemulihan.

Objektif yang khusus akan membolehkan murid-murid menguasai

kemahiran melalui aktiviti alternative. Murid akan mendapat layanan dan

kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan mereka dan

seterusnya peluang pembelajaran yang sama dengan murid-murid lain.

Dengan itu, mereka dapat meneruskan pembelajaran dalam sistem

persekolahan.

Objektif pembelajaran haruslah dibentuk mengikut prinsip-prinsip yang

berikut:

i. Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui

ii. Daripada yang mudah kepada yang kompleks

iii. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak

iv. Daripada yang dekat kepada yang jauh

v. Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar

pengalaman

Objektif yang baik harus memenuhi kriteria yang berikut:

i. Menggunakan kata kerja tindakan khusus yang menerangkan

objektif guru.

72

Page 73: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

ii. Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang

boleh dilihat.

iii. Menggunakan bahasa yang boleh menghuraikan tingkah laku

yang boleh dinilai.

b. Langkah-langkah menjalankan Sesi Pemulihan

i. Kenal pasti dan buat analisis:

ii. Murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian

iii. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian

saringan dan Diagnostik

iv. Punca masalah daripada aspek fizikal, intelek, dan emosi yang

mengganggu pembelajaran

v. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah

yang dihadapi.

vi. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.

vii. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.

viii. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah

dicapai.

ix. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid

berkenaan ke dalam kumpulan murid biasa atau merancang

semula aktiviti pemulihan yang baharu sekiranya murid berkenaan

belum pulih.

5.3 Langkah-langkah Pelaksanaan Sesi Pemulihan

Langkah-langkah pelaksanaan sesi pemulihan boleh digambarkan melalui rajah

yang berikut:

73

Kenal pasti murid 2. Analisis Masalah

3. Membuat perancangan

5. Membuat penilaian

4. Melaksanakan pengajaran

6. Tindakan susulan

Page 74: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

5.3 Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan

Setelah dikenal pasti murid yang perlu diberikan pemulihan, guru perlu

merancang aktiviti pemulihan yang sesuai dengan masalah. Guru perlu

menentukan objektif dan kemahiran khusus yang hendak dipulihkan, membina

dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai,

merangsang pelbagai pancaindera (multisensory) dan berbentuk konkrit. Guru

memilih teknik pengajaran yang mengambil kira gaya belajar, menggunakan latih

tubi, dan berunsurkan permainan. Strategi pelaksanaan pemulihan boleh

dijalankan dalam bentuk kumpulan atau secara individu.

1. Strategi Kumpulan

Strategi kumpulan digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid

menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Guru boleh merancang dan

menjalankan pengajaran pemulihan untuk murid-murid bermasalah. Murid-

murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru

2. Strategi individu

Strategi ini digunakan apabila murid menghadapi masalah pembelajaran

yang berlainan dan khusus. Guru boleh membetulkan kesalahan murid

secara individu sementara murid-murid lain menjalankan aktiviti

pengukuhan. Guru juga boleh menggalakkan murid cerdas mengajar atau

membimbing murid-murid bermasalah secara individu (rakan sebaya).

5.4 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan

Kaedah dan pengurusan aktiviti pemulihan boleh dijalankan dengan

menggunakan pelbagai cara. Aktiviti boleh dijalankan secara langkah-langkah

kecil, berfokus pada sesuatu kemahiran bahasa atau mengikut sesuatu konsep

yang berkaitan dengan masalah pembelajaran murid berkenaan. Setiap aktiviti

pemulihan yang dijalankan perlulah menepati objektif kemahiran bahasa yang

menjadi masalah dan tidak dapat dikuasai oleh murid yang berkenaan. Aktiviti

pemulihan perlulah dijalankan mengikut keperluan dan bidang kemahiran bahasa

seperti mendengar dan bertutur, bacaan dan kefahaman termasuk bacaan

mekanis, kemahiran menulis termasuk tulisan mekanis.

74

Page 75: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan

pembelajaran pemulihan. Antara pendekatan dan kaedah yang sesuai dijalankan

dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut:

i. Kaedah fonik

ii. Kaedah abjad

iii. Kaedah pandang sebut

iv. Kaedah prabacaan

v. Kaedah suku kata

vi. Kaedah seluruh perkataan

vii. Kaedah pratulisan

viii. Kaedah mekanis

ix. Pendekatan cerakinan

x. Pendekatan binaan

xi. Multisensori

Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai, menarik dan pelbagai

rangsangan perlu disediakan untuk membantu menjayakan penguasaan

kemahiran yang ditetapkan. Sebagai contohnya, guru hendak menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan membaca perkataan dua suku

kata. Guru boleh menggunakan kaedah binaan iaitu menggunakan bahan bantu

belajar kad suku kata dan meminta murid membina perkataan daripada suku

kata. Murid diminta mengeja dan membaca perkataan yang dibina. Guru boleh

menggunakan teknik permainan untuk meningkatkan motivasi dan keseronokan

dalam pembelajaran. Contoh aktiviti lain bagi membina kemahiran membaca

perkataan adalah suai padan suku kata dan membentuk perkataan. Murid

membaca kuat perkataan yang dihasilkan daripada suai padan suku kata.

Antara aktiviti pemulihan untuk membina pelbagai kemahiran bahasa adalah

seperti yang berikut:

i. Menekap huruf

ii. Menulis di pasir

iii. Menyalin huruf atau perkataan

iv. Mencari gambar tersembunyi

v. Menulis urutan huruf atau perkataan

vi. Penggunaan warna untuk membuat diskriminasi huruf

75

Page 76: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

vii. Mencari perkataan tersembunyi

viii. Mencari jalan keluar

ix. Latihan membaca nyaring-rakam dan perdengarkan semula

x. Pandang dan sebut

xi. Latihan mengeja-imlak

xii. Kaedah Gabungan Bunyi Kata

xiii. Buku Besar (Bigbook)

xiv. Aktiviti Latih tubi

a. Pemintal lidah

b. Pasangan minimal

c. Bersambut

d. Rajah tukar ganti

e. Padanan

ii. Teka silang kata

iii. Jigsaw

iv. Permainan menyampaikan pesanan-uji ingatan dan pendengaran

v. Permainan Kim- menguji ingatan dan pendengaran

vi. Membuat diskriminasi bunyi

vii. Karangan berpandu

viii. Bercerita berdasarkan gambar

ix. Menyusun ayat atau perenggan atau gambar mengikut urutan

x. Membaca kuat atau membacakan kepada (reading to)

xi. Berkongsi membaca (Shared reading)

xii. Membuat perkaitan

5.5 Pengelolaan Pengajaran Pemulihan di Kelas Biasa

Pengajaran pemulihan dalam kelas hendaklah dijalankan secara bersistematik

agar murid memperoleh faedah yang maksimum. Pengelolaan pengajaran

pemulihan melibatkan empat langkah:

i. Penentuan objektif

ii. Perancangan

iii. Pengajaran

iv. Penilaian

76

Page 77: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Penentuan objektif

Sebelum pengajaran pemulihan, objektif pengajaran hendaklah ditentukan. Aras

objektif seharusnya sejajar dengan masalah pembelajaran murid.

Contoh perancangan satu pengajaran dan pembelajaran pemulihan:

Masalah: murid tidak boleh melakukan arahan yang didengar

Objektif: pada akhir pelajaran, murid-murid dapat melakukan sesuatu mengikut

arahan yang diberikan.

Perancangan :

i. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran secara individu atau

kumpulan atau rakan sebaya.

ii. Menentukan bahan bantu belajar yang hendak digunakan mengikut aras

kesukaran, jenis,kegunaan dan daya penarik.

iii. Menentukan aktiviti-aktiviti yang memberikan peluang kepada murid

melibatkan diri dengan aktif dalam pelajaran

iv. Menentukan jenis penilaian yang akan digunakan untuk menilai

pencapaian murid

Pengajaran

i. Pengajaran normal dijalankan seperti biasa kepada semua murid dalam

bilik darjah. Pengajaran pemulihan dijalankan selepas sesuatu langkah

pengajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

ii. Guru akan mengajar seorang atau beberapa orang murid yang lambat

yang menghadapi masalah yang sama.

iii. Murid yang cerdas juga boleh diminta untuk membantu murid yang

menjalani aktiviti pemulihan.

iv. Pada masa yang sama, murid-murid cerdas dan sederhana akan

membuat aktiviti atau lembaran kerja atau aktiviti pengayaan.

Penilaian

i. Penilaian dijalankan bagi memastikan objektif dicapai atau tidak.

ii. Guru membuat pemerhatian terhadap perlakuan murid.

77

Page 78: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

iii. Selepas penilaian, murid–murid yang telah menguasai kemahiran

tersebut akan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam

kumpulan normal.

iv. Murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran tersebut akan

dirujuk kepada guru pemulihan.

Contoh aktiviti pemulihan mengikut masalah kemahiran bertutur, membaca dan

menulis.

i. Latih tubi pasangan minimal:

Murid didapati tidak dapat menyebut atau membaca perkataan dengan

betul. Murid tidak dapat membezakan bunyi yang paling minimum dalam

perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh.

Contoh perkataan : dari – lari; ladang – lalang; lada – lala; dada – lada

ii. Latih tubi pemintal lidah:

Murid didapati tidak boleh menyebut bunyi yang menggunakan huruf ‘p’

dengan betul. Contoh : Murid menyebut pemintal lidah seperti: pandang

pandan tepi pagar depan padang. Contoh : Murid bermasalah

menyebut /ny/. Murid menyebut pemintal lidah seperti : nyonya nyanyuk

nyanyi nyamuk.

iii. Latih tubi gantian:

Murid tidak dapat menulis ayat dengan lengkap dan betul. Sebagai

contoh: Pokok itu tinggi.

Murid menulis dengan menggantikan perkataan tinggi dengan perkataan

lain berdasarkan gambar dan perkataan yang ditunjukkan oleh guru

seperti gambar dan perkataan: rendah; subur; renek. Murid perlu

menghasilkan ayat seperti : Pokok itu rendah.

PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 3 Kenanga

78

Page 79: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Bilangan Murid : 32 orang

Tema : Bencana Alam

Tajuk : Ribut Di Kampung Tualang Tiga

Tarikh : 11.Ogos 2012

Masa :8.15 pg - 9.15 pg 60 minit

Fokus utama ; 1.1.1(i) lisan

5.1. 2(i) bacaan

8.2. 3(i) tulisan

Hasil Pembelajaran:

Aras 1.1.1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar

dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

Aras 5.1.2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan

pada intonansi berdasarkan tanda baca.

Aras 8.2.3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan

ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;

i. Menyatakan tentang pengalaman mereka melihat berlakunya ribut dan

kesannya secara lisan.

ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai akibat ribut

yang berlaku .

iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai kesan ribut dengan

menggunakan ayat majmuk yang betul.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.

Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan

dan intonansi.

Kosa kata :Bergoyang-goyang,ditiup,ditimpa,derma

Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai

alam

79

Page 80: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

sekitar

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT): Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan,

membuat inferens, dan kemahiran mengkategori

Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan

melaporkan.

Kecerdasan Pelbaga : Kinestetik, intrapersonal,

interpersonal, naturalis dan emosi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan

pengalaman

mereka mengenai kejadian ribut dengan cara berdialog dan

membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.

BBB : Power point, buku latihan dan alat tulis.

BBM. Petikan, Power point

Langkah/

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

catatan

Set Induksi

5 minit

Murid ditayangkan power point yangberkaitan dengan jenis-jenis gambarkejadian dan akibat ribut.

i)murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya.

ii)murid diminta untuk membezakan jenis-jenis bencana alam dan menyatakan pengalaman mereka melihat bencana alam (dari TV) secara lisan

iii)Murid dijelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu

KB : menghubungkait,inferensBCB: menonton denganaktifBBM : power

point

Langkah 1

15 minit

Murid diberi petikanteks cerita yangberkaitan denganRibut di Kampung Tualang Tiga melalui petikan

Soalan1.Nyatakan jenis-jenis bencana

i)murid dikehendaki untuk mengeliksalah satu pautan yang disediakan.

ii)murid diminta membaca petikan itusecara individu dengan kuat danmengikut intonansi serta gaya bahasa yang betul.

iii)murid-murid yang lain dikehendaki

KB : membuat inferensBCB : i) membaca denganintonansi yang betul.ii) mendengar

80

Page 81: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

2.Bagaimanakah ribut berlaku

3.Apakah akibat yang akan terjadi dari bencana ribut

4. Bagaimankah cara mengatasi membantu mangsa rebut (jawapan dalam lisan)

mendengar dan meneliti teks sambilmemahami petikan tersebut.

iv)kemudian guru menanyakan soalan

kepada murid berkaitan dengan

petikan tersebut

Murid memberi jawapan melalui

lisan

dengan aktif.BBB : teks

petikan cerita

Langkah

2

(15 minit)

Guru mengadakan perbincangankumpulan antara murid-murid danmelakukan pembentanganhasil perbincangan melalui lisan dan tulisan di hadapankelas

Isi perbincangan1 Suasana semasa ribut2.Kerosakan akibat ribut3.Selepas rebut4.Perasaan menghadapi bencana

Soalan guru1.Bagaimana keadaan semasa rebut melanda2.Cuba jelaskan keadaan selapan rebut3.Apa dilakukan selepas rebut4. Apakah perasaan anda jika telibat dengan ribut

i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

ii)murid diminta untuk berada dalamkumpulan dan membuat perbincangan.

iii) Murid diberikan tajuk untuk dibincangkan (4 tajuk)

iii)murid dikehendaki membentangkan hasil yang diperolehi dari perbincanganberdasarkan isi perbincangan yang diberikan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka secara lisan

iv)guru menanyakan soalan yangberkaitan dengan tajuk dan

pengetahuan murid

KB : membuat inferensBCB : i) membaca denganintonansi yang betul.

ii) mendengar dengan aktif.BBB : teks

cerita, kertas

dan lisan

Langkah

3

(20 minit)

Murid diberi latihan

AktivitiPengayaan:Menulis karangan pendek bepandukan gambar ributBerdasarkan tajuk yang diberi.

AktivitiPemulihan: Menyudahkanpetikan yang diberikan denganmengisi tempat kosong.

i)Murid terlebih dahulu ditanyasekiranya mereka masih memahami atau tidak memahami tajuk pengajaran pada hari ini.

Pengayaanii)Murid diberi latihan oleh guru iaitu membuat karangan pendek berpandu pada gambar mengenai Kejadian ribut dengan mengambil isi-isi penting daripada petikan.

PemulihanMenyediakan latihan yang perlu

kB : menjana idea,menghubungkaitkan,membuat inferens.BCB : mengumpul,memproses, mencatat danmelaporkan maklumat.

KP :

81

Page 82: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

dilengkapkan oleh murid dengan mengisi tempat kosong yang bertajuk rebut

intrapersonal;interpersonal,visual, verbal-linguistik.Nilai : bekerjasama,menghargai,.BBB : kertas

latihan

Langkah 4

Penutup

(5 minit)

Guru membuatrumusan mengenaipengajaran yang telah diajar danmenanyakan soalan kepadamurid akan apa yang merekatelah pelajari.Murid jugaditanyakan nilai-nilaimurni yang terdapat semasasesi pengajarandan pembelajaran

i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka. Petikan akhbar (pengayaan)Menanda imbuhan (pemulihan)

ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Nilai-nilai murni :-Menghargai-Bersyukur-Menghormati-bekerjasama-tolong-menolong-suka menderma

KB.meneroka

Petikan

akhbar

Menanda

perkataan

/garis

beimbuhan

Refleksi :

82

Page 83: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

83

Page 84: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

84

Page 85: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pekan Pahang, Rabu- Ribut telah melanda Kampung Tualang Tiga petang

kemarin. Pokok-pokok banyak yang tumbang manakala rumah-rumah penduduk

ada yang atapnya diterbang angin dan ada yang tumbang menyembah bumi.

Kejadian berlaku semasa penduduk sedang membuat persiapan berbuka

puasa. Salah seorang mangsa kejadian menceritakan “Mak Cik sedang membuat

persiapan berbuka tiba-tiba hujan turun dengan lebat bersama angin yang

kencang habis dibawa segala hidangan berbuka Mak Cik anak

beranak”.Keadaan di kampong itu seperti sebuah kawasan yang lapang yang

dipenuhi dengan sampah sarap.

Wakil rakyat yang turut sama melawat tempat tinggal sementara di dewan

orang ramai dan kawasan kejadian telah berjanji untuk membantu menguruskan

keperluan mangsa ribut tersebut seperti menyediakan tempat tinggal yang baru

atau pun membaiki rumah yang rosak . Semasa lawatan tersebut juga beliau

turut sama menyumbangkan keperluan makanan kepada mangsa.

85

Page 86: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Latihan Pengayaan

86

Page 87: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Latihan Pemulihan

Pada suatu pagi, penduduk Kampung Melati (1) ____________

riuh.Pohon kelapa banyak yang tumbang. Rumah-rumah bergoyang-goyang.

Angin bertiup terlalu (2)______________ bersama hujan yang (3)

_____________.

“Ribut,rIbut,rIbut.” Ada orang yang (4)____________.Orang ramai berlari

keluar dari rumah.Mereka(5) _____________ tempat yang selamat. Mereka

berlari cepat-cepat untuk menyelamatkan diri.

Setelah beberapa minit rebut pun berhenti. Banyak juga rumah yang

(6)____________.Ada yang roboh ditiup angin kencang. Ada yang rosak

(7)___________ pokok yang tumbang.

Orang ramai pun bergotong-royong.Mereka (8)________________

kawasan kampong.Mereka membaiki rumah-rumah yang rosak.

Pada petang itu, ada orang yang datang (9) _____________ derma.

Semua mangsa diberi wang. Ada juga yang diberi pakaian dan makanan. Mereka

bersyukur diatas(10) ___________ bantuan dari orang ramai itu.

Jawapan

kencang musnahmenjadi ditimpamencari membersihkanlebat sumbanganmenjerit memberikan

TAJUK 6 PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR AKTIVITI PEMULIHAN

87

Page 88: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan cara menyediakan bahan bantu mengajarn aktiviti pemulihan

berdasarkan masalah pembelajaran murid yang telah dikenal pasti semasa pengajaran

di bilik darjah. Pelbagai simptom kesulitan murid dalam kemahiran bahasa dijelaskan

untuk tindakan guru memilih strategi yang sesuai untuk pemulihan dan menyediakan

bahan bantu mengajar yang sesuai. Perancangan teknik, pelaksanaan aktiviti dan

penyediaan bahan bantu mengajar perlu disesuaikan dengan masalah pembelajaran

yang dihadapi oleh murid mengikut bidang-bidang kemahiran bahasa yang diajarkan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat menyediakan Bahan Bantu Mengajar aktiviti Pemulihan:

i. Kemahiran lisan

ii. Kemahiran Membaca

iii. Kemahiran Menulis

6.1 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar untuk Aktiviti Pemulihan Kemahiran

Lisan

Contoh aktiviti dan bahan:

mendengar bunyi dan menyatakan nama

melihat rangsangan dan memberi respons yang sesuai

mendengar arahan dan memberi respons yang betul

mendengar bunyi dan mengajuk bunyi

permainan bahasa

bersoal jawab berdasarkan bahan rangsangan

menyanyi dan membuat pergerakan kreatif

latih tubi sebutan atau pengucapan

Contoh bahan bantu mengajar:

Rakaman audio-visual Kad gambar Kit Pembelajaran Permainan bahasa

Radio Buku cerita Bigbook lukisan

komputer Gambar bersiri Nyanyian /lirik lagu Seni kraf

Permainan bahasa Boneka Iklan Permainan rekreasi

88

Page 89: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kad ucapan Bahan Maujud Carta karton

Kad huruf Plastesin Bahan replika filem

6.2 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan Kemahiran Membaca

Contoh aktiviti dan bahan pemulihan membaca:

Membentuk perkataan dan mengeja

Mengeja perkataan yang disebutkan

Mengeja perkataan yang ditunjukkan

Membaca arahan mudah

Membaca carta alir mudah

Membaca pantun dua kerat

Membaca baris dalam lirik lagu

Membaca dialog kartun atau komik

Membaca cerita mudah

Membaca petikan pendek dan menjawab soalan mudah

Kad Abjad Kad Domino Buku Besar Label objek

Kad Suku Kata Carta Suku Kata Buku Cerita Permainan bahasa

Kad Perkataan Kad Lipat Suku Kata Jadual Carta

Kad FrasaKad Cantum Suku

KataPeta Cogan kata

Kad Ayat Kad Tingkap Gambar Rajah Kartun

Kad Gambar Kad Padanan Lirik lagu Surat khabar

Kad Arahan Gambar Bersiri Iklan pantun

Contoh bahan bantu mengajar:

6.3 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan Kemahiran Menulis

Contoh aktiviti dan bahan pemulihan menulis:

Menulis huruf atau suku kata bagi membentuk perkataaan

Menulis perkataan yang disebut

Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang betul

Melengkapkan ayat berdasarkan perkataan yang disediakan

89

Page 90: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Menulis cerita berdasarkan gambar bersiri

Menulis ayat berdasarkan kad perkataan

Menulis ayat berdasarkan gambar

Menyambung dialog mudah

Menulis dialog yang sesuai pada gambar

Menulis kad ucapan

Menulis pesanan mudah

Menulis ayat huraian mengikut ayat topik

Menulis perenggan mengikut peta minda

Contoh bahan bantu mengajar:

kad suku kata Komik carta alir Kad arahan

Kad perkataan Katalog Peta lokasi Buku cerita

Kad ayat Gambar bersiri Jadual perjalanan Dialog mudah

Rajah tukar ganti Gambar tunggal Diari harian Silang kata

Permainan

bahasa

Akhbar Peta minda Lirik lagu/nyanyian

TAJUK 7 SESI LATIHAN PENGAJARAN PEMULIHAN PELBAGAI SENARIO

Sinopsis

90

Aktiviti

Pengajaran sesuatu kemahiran sangat memerlukan bahan bantu mengajar sebagai

alat untuk memudahkan murid menguasai konsep, maklumat dan kemahiran tersebut.

Bina bahan bantu mengajar yang sesuai dan memudahkan murid untuk menguasai

kemahiran menulis sekurang-kurang lima ayat yang betul dan lengkap tentang suatu

tajuk. Tunjukkan langkah pelaksanaan aktiviti menulis ayat dengan menggunakan

bahan bantu mengajar tersebut.

Page 91: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk ini membincangkan peranan guru untuk melaksanakan pengajaran pemulihan

dalam pelbagai senario semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam

kelas.

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat:

i. Merancang pengajaran pemulihan dalam pelbagai situasi semasa pengajaran

Bahasa Melayu.

ii. Melaksanakan aktiviti pengajaran pemulihan Bahasa Melayu mengikut pelbagai

situasi semasa pengajaran Bahasa Melayu

7.1 Perancangan Pengajaran Pemulihan Dalam Kelas Biasa

Guru perlu membantu murid-murid yang tidak menguasai kemahiran bahasa

yang telah diajarkan di dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas

supaya murid-murid tersebut dapat menguasai kemahiran yang diajarkan seperti

rakan-rakannya yang lain. Guru perlu memastikan semua murid mencapai

objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru dan tiada murid yang

ketinggalan atau tercicir dalam menguasai kemahiran bahasa yang telah

diajarkan. Selepas mengesan murid-murid yang tidak menguasai kemahiran

bahasa yang diajarkan melalui penilaian formatif, guru perlu menjalankan aktiviti

pemulihan kepada murid yang berkenaan secara serta merta. Guru perlu

menjalankan pengajaran kepada murid yang berkenaan dengan teknik yang

khusus dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai dengan keupayaan

murid yang tidak atau kurang berjaya menguasai kemahiran bahasa yang

diajarkan. Dengan tindakan segera ini, guru dapat membantu murid yang

bermasalah dalam sesuatu kemahiran bahasa untuk menguasai hasil

pembelajaran tersebut dengan lebih baik, jelas, dan betul. Dengan ini murid

tersebut akan dibantu untuk menguasai kemahiran bahasa yang diajar secara

langsung dan segera.Jika masalah pembelajaran murid didapati agak serius,

guru boleh membuat pengajaran secara individu selepas kelas dijalankan atau

pada suatu masa yang ditetapkan supaya lebih banyak masa dapat digunakan

untuk membantu murid yang bermasalah dalam kemahiran bahasa yang diajar.

Murid-murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran lisan, bacaan dan

kefahaman, atau menulis, perlu diberikan pengajaran dan pembelajaran

91

Page 92: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

berbentuk konkrit dan penggunaan dalam situasi sebenar. Aktiviti pemulihan

akan membantu murid-murid mempelajari kemahiran bahasa dengan cara yang

lebih mudah dan secara khusus daripada guru mereka. Guru juga dapat

meningkatkan keyakinan murid-murid tersebut kerana mereka dapat menguasai

kemahiran bahasa yang dipelajari dalam kelas sama seperti yang dikuasai oleh

rakan-rakan mereka dalam kelas. Dengan ini mereka akan lebih bermotivasi dan

aktif dalam pembelajaran untuk seiring dengan rakan-rakan mereka yang lain.

Proses pengajaran pemulihan dalam kelas dijalankan mengikut langkah-langkah

yang tertentu. Setiap langkah menyokong proses pemulihan dijalankan dengan

teratur. Menurut Jamilah (1999), pemulihan boleh dijalankan dengan

menggunakan kaedah JARLIN iaitu Jejak, Rancang, Laksana, Nilai.

Guru perlu mengenal pasti masalah murid dalam kemahiran bahasa yang

dipelajari dan mengesan punca masalah tersebut. Proses JEJAK ini sangat

penting supaya guru jelas aktiviti tambahan yang perlu dijalankan untuk

membantu murid mencapai penguasaan pembelajaran bahasa dengan jelas,

betul dan mudah. Selepas mengetahui aspek masalah dan punca masalah, guru

perlu RANCANG pengajaran pemulihan dengan membina aktiviti pengajaran

pemulihan yang sesuai untuk murid-murid berkenaan dari segi objektif,

kemahiran, persediaan dan pemilihan bahan serta proses menilai. Setelah dibuat

perancangan, guru akan LAKSANA aktiviti tambahan secara khusus itu kepada

murid-murid yang berkenaan mengikut proses pengajaran dan pembelajaran di

kelas. Setelah dilaksanakan pengajaran aspek kemahiran bahasa tersebut, guru

perlu membuat penilaian hasil pengajarannya atau NILAI untuk mengetahui

pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid dalam aktiviti

pemulihan.

Pemulihan dalam kelas biasa dijalankan apabila guru dapat mengesan murid-

murid yang tertentu tidak dapat menguasai hasil pembelajaran dengan baik.

Selepas guru membuat penilaian formatif dalam pengajaran dan pembelajaran

kemahiran bahasa, guru dapat mengesan murid yang tidak menguasai

kemahiran yang diajarkan dengan baik. guru menyediakan aktiviti tambahan

yang khusus bagi murid-murid yang tidak mencapai objektif seperti yang

ditetapkan. Kebiasaannya, guru sudah dapat mengenali murid-murid yang lambat

92

Page 93: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

dan bermasalah menguasai kemahiran bahasa dalam pengajaran dan

pembelajaran di kelasnya. Oleh itu, guru dapat menyediakan aktiviti tambahan

dan bahan bantuan belajar yang lebih mudah dan berkesan, untuk membantu

murid menguasai sesuatu kemahiran bahasa tersebut. Aktiviti tambahan untuk

murid bermasalah dalam menguasai sesuatu kemahiran dalam pengajaran dan

pembelajaran dijalankan semasa murid pencapaian normal membuat latihan

aktiviti pembelajaran. Ini bermakna pemulihan dijalankan secara terus dan serta

merta semasa pengajaran dan pembelajaran. Pemulihan boleh dijalankan secara

individu, berpasangan atau kumpulan kecil.

7.2 Latihan Pengajaran Pemulihan Kemahiran Lisan

Apabila guru menjalankan aktiviti pembentukan sesuatu kemahiran lisan semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas, guru perlu mengesan dengan jelas

dan tepat murid-murid yang berjaya menguasai dan yang tidak atau kurang

menguasai kemahiran tersebut. Guru perlu membuat penilaian yang tepat

mengikut kriteria dan ciri-ciri yang betul bagi setiap aktiviti lisan yang diajarkan

apabila murid membuat persembahan. Melalui maklumat tersebut, guru membuat

pemulihan kepada murid yang kurang atau tidak menguasai kemahiran lisan

tersebut. Contohnya murid tidak boleh bercerita dengan lancar dan tersusun.

Guru menyediakan gambar bersiri dan meminta murid bercerita berdasarkan

gambar tersebut. Cara lain, guru boleh menggunakan rajah atau carta alir, dan

kad perkataan dan meminta murid bercerita berdasarkan kad perkataan dan

carta alir cerita.

Sila lihat Hasil Pembelajaran 1.0 hingga 4.0 dalam KBSR dan Standard

Kandungan 1.0 dalam KSSR. Rancangkan aktiviti dan bahan bantu belajar yang

sesuai dan berkesan bagi murid-murid yang tidak dapat menguasai semua

kemahiran tersebut.

7.3 Latihan Pengajaran Pemulihan Kemahiran Membaca

Penguasaan kemahiran membaca adalah sangat penting bagi setiap murid.

Murid perlu membaca dan memahami bahan yang dibaca dengan jelas dan

betul. Apabila guru menjalankan pengajaran membaca secara mekanis, guru

93

Page 94: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

perlu memastikan murid yang dapat membaca dengan lancar, sebutan yang

betul, intonasi yang sesuai dan mengikut tanda baca yang betul. Bagi murid yang

tidak menguasai bacaan mekanis yang baik, guru hendaklah menjalankan

pemulihan kepada murid tersebut dengan mengadakan aktiviti khusus untuk

murid tersebut seperti membaca perkataan-perkataan atau beberapa ayat yang

disediakan oleh guru. Pengajaran ini boleh dijalankan secara individu atau

berpasangan.

Pemulihan bacaan dan kefahaman boleh dijalankan oleh guru di kelas kepada

murid yang bermasalah untuk memahami maklumat yang dibaca. Guru boleh

menggunakan soalan-soalan yang memandu murid untuk mengesan maklumat

penting dalam sesuatu perenggan. Dengan aktiviti berfokus seperti ini, murid

dibimbing cara mengesan isi penting atau maklumat yang betul tentang

petikan.Guru juga boleh membantu murid mengesan maklumat dengan cara

membantu murid mengesan ayat topik dalam perenggan.

Lihat Hasil pembelajaran 5.0 hingga 7.0 dalam KBSR dan SK 2.0 dalam KSSR.

Lihat dan kaji kemahiran bacaan dan kefahaman yang sukar dikuasai oleh murid.

Cadangkan teknik dan bahan bantu belajar yang berkesan untuk membantu

murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran tersebut.

7.4 Latihan Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang rumit untuk dikuasai oleh

sebahagian murid. Selain perlu mengingati bentuk huruf yang betul, cara menulis

yang betul, tulisan yang kemas dan tulisan yang seragam atau bentuk sekata,

murid juga bermasalah untuk melahirkan idea dan menulis karangan mengikut

genre penulisan yang baik. Guru perlu memastikan penguasaan kemahiran

tulisan mekanis murid adalah baik terlebih dahulu supaya murid tidak bermasalah

untuk menguasai penulisan produktif. Contohnya, guru boleh membetulkan

tulisan mekanis yang tidak betul dengan meminta murid menulis menggunakan

buku garis tiga. Bagi murid yang bermasalah dalam menulis perkataan dengan

betul, guru boleh menjalankan aktiviti imlak atau melengkapkan ayat dengan

perkataan yang betul.

94

Page 95: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Lihat Hasil Pembelajaran 8.0 hingga 11.0 dalam KBSR dan Standard Kandungan

3.0 dalam KSSR. Kemahiran yang manakah sukar dikuasai oleh murid? Apakah

punca masalah murid menguasai kemahiran tersebut? Jika guru dapat

mengesan punca masalah tersebut, guru boleh membantu murid tersebut

mengatasi masalah itu dengan lebih jelas. Contohnya, murid bermasalah dalam

membina ayat yang betul dari segi susunan. Guru boleh membuat aktiviti khusus

kepada murid yang bermasalah dalam menulis ayat yang betul dengan

menggunakan rajah tukar ganti bahagian subjek atau bahagian predikat ayat.

Cara lain, guru boleh menyediakan aktiviti melengkapkan ayat sama ada

bahagian subjek atau bahagian predikat.

TAJUK 8PENILAIAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN

Sinopsis

Tajuk ini menghuraikan kaedah yang digunakan untuk menilai pencapaian murid

95

Aktiviti

Rancang satu aktiviti pemulihan bagi murid yang tidak menguasai kemahiran

melaporkan apa yang dilihat atau didengar.

Page 96: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

pemulihan setelah aktiviti pemulihan diadakan. Berdasarkan penilaian tersebut, guru

perlu menyimpan rekod sebagai bahan rujukan pihak-pihak yang berkenaan. Hasil

daripada penilaian, tindakan susulan akan diambil untuk membolehkan murid

meneruskan pembelajaran yang seterusnya.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat:

i. Menghuraikan kaedah penilaian pendidikan pemulihan

ii. Menjelaskan proses penyimpanan rekod

iii. Menjalankan tindakan susulan terhadap murid

8.1 Takrifan Penilaian

Stufflebeam et. al. (1971: xxv) mentakrifkan “penilaian” sebagai the process of

delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision

alternatives.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu

proses untuk mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat

pertimbangan yang seterusnya digunakan ketika membuat keputusan.

8.2 Penilaian Pengajaran Pendidikan Pemulihan

8.2.1 Kaedah Penilaian

Guru boleh menjalankan penilaian terhadap murid pemulihan melalui tiga cara:

a. Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran murid

Guru membuat pemerhatian terhadap perlakuan, sikap dan keupayaan

murid semasa murid melakukan aktiviti pemulihan yang diberikan. Guru

dapat mengesan dan mengenal pasti sama ada murid dapat memahami

dan melaksanakan aktiviti yang diberikan dengan baik atau masih gagal

untuk mengatasi kelemahan dalam sesuatu kemahiran bahasa.

b. Soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru

Guru boleh menilai pencapaian murid melalui kaedah soal jawab dengan

murid pemulihan selepas guru mengajar untuk mendapat maklum balas

sama ada murid dapat memahami pengajaran guru, mampu menjawab

soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

96

Page 97: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

c. Pemeriksaan hasil kerja murid selepas aktiviti pemulihan.

Guru menyemak latihan yang telah disiapkan oleh murid pemulihan. Hasil

kerja murid dapat memberi input kepada guru tentang tahap pencapaian

murid pemulihan dalam kemahiran bahasa yang gagal dikuasainya

sebelum aktivti pemulihan diberikan.

8.2.2 Penyimpanan Rekod

Keputusan penilaian yang diperoleh akan direkodkan dalam borang rujukan dan

disimpan di dalam rekod profil murid secara individu untuk membolehkan guru

menganalisis tahap kemajuan dan pencapaian murid pemulihan.

Contoh Borang Rekod Penilaian Aktiviti Pemulihan

Mata pelajaran: Bahasa MelayuNama murid: _____________ Tahun: _______________

Punca kelemahan

Aktiviti pemulihan

Tarikh Aktiviti Penilaian LaporanKekeliruan antara perbezaan dan bunyi huruf s dan z

16.7.2012 I X Dapat membezakan bentuk s dan z tetapi masih keliru dengan bunyinya

19.7.2012 II / Dapat membezakan dan menyebut bunyi huruf s dan z dengan tepat

(Ubah suai daripada Mok Soon Sang, 1994)

8.2.3 Tindakan Susulan

Penilaian diadakan untuk membolehkan guru membuat tindakan susulan

terhadap murid pemulihan. Murid bermasalah yang telah berjaya dalam

program pemulihan dapat mengikuti pelajaran baharu dengan murid

sekelas yang lain. Murid yang berjaya dalam program pemulihan juga

akan ditempatkan dalam kumpulan yang sesuai. Murid ini boleh diberikan

aktiviti sokongan, pengayaan atau pengukuhan agar kelemahan murid

dalam kemahiran yang sama tidak akan berulang di samping bertujuan

untuk memupuk keyakinan diri murid.

97

Page 98: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Jika hasil penilaian menunjukkan bahawa murid masih tidak berjaya untuk

menguasai kemahiran tersebut, guru perlu menggunakan satu senarai

semak untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang telah

dijalankan sebelum memberikan aktiviti pemulihan yang lain kepada

murid yang terlibat, Sekiranya kegagalan berulang, murid ini perlu dirujuk

kepada guru pemuihan kerana tergolong dalam kes berat dan sukar untuk

dipulihkan dalam kelas biasa oleh guru biasa.

Contoh Senarai Semak

Bil PerkaraTanda

(/)

1Adakah program dirancang berdasarkan punca kelemahan murid?

2Adakah program yang disediakan berdasarkan pengalaman dan kebolehan murid?

3 Adakah objektif pengajaran terlalu tinggi?4 Adakah penggunaan bahan bantu berkesan?

5Adakah langkah-langkah mengajar dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak?

6 Adakah waktu pengajaran mencukupi?7 Adakah aktiviti pemulihan itu menarik minat murid?

8Adakah aktiviti pembelajaran yang diberikan kepada murid mencukupi?

9Adakah latihan diberikan sejajar dengan objektif pengajaran?

10 Adakah latihan itu terlalu sukar?

TAJUK 9PENDIDIKAN PENGAYAAN

98

Aktiviti

Bincangkan aktiviti pemulihan yang akan dilaksanakan untuk lima orang murid

pemulihan dan sediakan borang penilaian untuk menilai pencapaian setiap

murid.

Page 99: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan konsep, objektif dan prinsip-prinsip pengayaan dalam

pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Prinsip pengayaan menjadi panduan guru

untuk meningkatkan pengetahuan murid dan memperkembang bakat dan kreativiti

murid.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menjelaskan konsep dan objektif pengayaan dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa melayu.

ii. Menghuraikan prinsip-prinsip pengayaan dalam pengajaran bahasa melayu.

iii. Membandingbezakan pendidikan pengayaan dan kreativiti

9.1 Konsep Pendidikan Pengayaan

Kamus Dewan (2007:693) memberikan takrifan pengayaan sebagai perihal

(usaha, proses dan sebagainya seperti peluasan perbendaharaan kata).

Pengayaan merupakan aktiviti tambahan terhadap aktiviti asas pembelajaran

yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu

persekolahan Pengayaan melibatkan aktiviti pembelajaran yang menarik dan

mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan potensi

yang ada pada diri masing-masing, seperti sifat ingin tahu, semangat berdikari,

kreativiti dan bakat kepimpinan. Aktiviti pengayaan diberikan kepada murid

selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas

tertentu. Aktiviti pengayaan juga memberi peluang kepada murid untuk

memperluas pengalaman dan meningkatkan pengetahuan seiring dengan

kebolehan dan minat dalam aspek yang telah dan sedang dipelajari.

Menurut pandangan Ee Ah Meng (1998: 257), program pengayaan ialah suatu

rancangan pembelajaran yang dibentuk untuk murid memperoleh pelbagai

pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan

kebolehan mereka. Melalui program pengayaan, murid dapat mengalami

99

Page 100: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menggembirakan di samping

dapat memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan, daya cipta

dan bakat individu secara menyeluruh (Mok Soon Sang, 1994: 221).

Pengayaan terkandung Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah sebagai unsur dalam strategi pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu yang menekankan konsep 5P, iaitu

penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian.

Pendidikan pengayaan diberikan kepada murid cerdas, iaitu kumpulan murid

yang dapat menguasai pembelajaran lebih awal, murid sederhana yang

menguasai pembelajaran dalam masa yang telah ditetapkan serta murid lambat

yang terdiri daripada kumpulan murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran

dalam masa yang ditetapkan.

9.2 Rasional Pendidikan Pengayaan

Pendidikan pengayaan wajar diberikan kepada murid kerana setiap murid

mempunyai perbezaan dari aspek fizikal, emosi, intelek, minat, bakat dan

kebolehan. Pendidikan pengayaan dapat memberi peluang kepada murid untuk

mengikuti pembelajaran berdasarkan keupayaan, minat dan bakat yang dimiliki.

Aktiviti pengayaan yang mencabar intelek mendorong murid untuk berfikir secara

kritis dan seterusnya menghasilkan sesuatu yang kreatif sama ada dalam aktiviti

lisan, membaca dan menulis. Pengayaan juga diharapkan dapat

mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan

pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan

kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai.

9.3 Objektif Pendidikan Pengayaan

Objektif pendidikan pengayaan seperti yang berikut:

Murid dapat menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam

pembelajaran untuk pengalaman dan pengetahuan mereka dalam

pelajaran yang diajarkan guru.

Murid menjalani aktiviti pembelajaran yang menarik dan lebih mencabar

untuk mempertingkatkan pencapaian mereka.

100

Page 101: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Menimbulkan minat murid untuk pembelajaran kendiri dan menanam

sikap berdikari.

Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan aktiviti serta berkeupayaan

untuk menilai hasil kerja sendiri.

Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan murid.

Menggunakan masa lapang secara berfaedah dan memenuhi keperluan

dan bakat.

Meminati dan menguasai bacaan luas dengan merujuk pelbagai bahan

dan sumber pengetahuan.

9.4 Prinsip Pendidikan Pengayaan

i. Memberi penekanan pada aktiviti yang bersifat kreatif, interaktif,

manipulatif dan eksperimental.

ii. Murid membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.

iii. Menggunakan daya usaha sendiri.

iv. Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan sifat

kepimpinan sosial.

v. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah.

vi. Aktiviti berkaitan objektif kemahiran mata pelajaran bahasa Melayu.

vii. Bahan yang pelbagai – hasilkan sendiri, beli di pasaran

viii. Aktiviti memberi faedah dan menyuburkan potensi murid.

ix. Melibatkan pembacaan luas.

x. Berbentuk tugasan harian/waktu BM, selepas P dan P atau masa

senggang (tugasan projek 3-5 minggu)

9.5 Perbezaan Pendidikan Pengayaan dan Kreativiti

9.5.1 Ciri-ciri Murid Dalam Kumpulan Pengayaan

Murid Pengayaan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

Menguasai kemahiran 3M serta budaya pemikiran abstrak.

Mereka berkemampuan untuk menganalisis sesuatu untuk

membezakan hal yang penting dengan yang kurang penting,

seperti dalam kefahaman dan penganalisisan teks.

Mempunyai kelebihan mengkoordinasi pancaindera dengan

pemikiran, pengamatan, pendengaran dan pertuturan.

101

Page 102: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Berupaya menerima konsep-konsep baharu, dapat

mengingat kembali, cerdas serta berpengalaman tentang

alam sekeliling.

Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan dapat betindak

balas dengan bebas dan kreatif.

Berkemampuan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad,

mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi berbanding

dengan rakan sebaya mereka yang lain.

9.5.2 Kreativiti

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan

menghasilkan sesuatu yang baharu atau dalam bentuk baharu melalui

kemahiran imaginasi. Parnes (1967) mentakrifkan kreativiti sebagai “... a

funtion of knowledge, imagination and evaluation.” Sehubungan hal itu,

guru perlu menggalakkan murid supaya menggunakan imaginasi untuk

mewujudkan kreativiti. Kreativiti melibatkan:

Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baharu yang unik

dan menarik.

Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara

analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan

penyelesaian.

Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan

idea dan teori kepada bentuk aplikasi.

Menurut Sternberg (2004), minda manusia mempunyai tiga potensi

utama, iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Ketiga-tiga potensi

ini mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan

mindanya secara optimum. Namun begitu dalam konteks pendidikan di

negara kita, kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa banyak

sekali tumpuan diberikan untuk memupuk kepintaran sedangkan aspek

pemupukan kreativiti masih belum lagi diberikan perhatian yang

sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Amabile (1983) mendakwa bahawa

sesiapa yang memiliki kebolehan kognitif yang biasa dapat bercita-cita

untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dalam sesuatu bidang. Cropley

102

Page 103: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(1992) pula menambah bahawa semua pelajar tanpa mengira tahap

kepintaran mereka memiliki kemampuan untuk berfikir secara konvergen

dan divergen. Pemikiran divergen ialah pemikiran yang dikaitkan dengan

kreativiti. Kreativiti murid dapat dipertingkatkan melalui pelbagai

pendekatan pengajaran di dalam bilik darjah, seperti:

Strategi-strategi umum yang hanya melibatkan perubahan

dalam stail pengajaran guru atau pedagogi

Pendekatan berstruktur yang melibatkan penggunaan teknik-

teknik khusus

Pendekatan penyelesaian masalah terhadap isi mata

pelajaran.

Kreativiti murid dapat dirangsang melalui pengajaran kreatif daripada

guru. Pengajaran kreatif merujuk kepada teknik-teknik pengajaran yang

bermatlamat untuk membantu murid mempelajari sesuatu bahan

pengajaran dengan cara yang membolehkan murid memindahkan segala

yang telah dipelajari kepada masalah baharu yang cuba diselesaikan

(Mayer, 1983). Tan (1997) mencadangkan pendekatan pengajaran yang

lebih berpusatkan murid. Pendekatan ini akan menimbulkan keseronokan,

penglibatan di dalam bilik darjah, konsep kendiri dan bakat murid.

Berasaskan pandangan Cropley (1997), guru berperanan sebagai

pemupuk kreativiti murid melalui usaha-usaha yang berikut:

Menggalakkan murid belajar secara bebas

Memotivasikan murid untuk menguasai ilmu pengetahuan sebagai

asas kepada pemikiran divergen.

Menggalakkan murid berfikir secara fleksibel.

Menggalakkan murid melakukan penilaian kendiri terhadap idea

yang dikemukakan.

Memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan tugasan

dengan menggunakan pelbagai bahan dan dalam pelbagai

keadaan.

9.5.3 Proses Kreativiti

103

Page 104: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kreativiti dapat dicapai melalui ilmu pengetahuan seperti murid

mengumpulkan maklumat berkenaan tugasan yang diberikan guru atau

mengumpulkan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang

dikemukakan. Maklumat yang dikumpulkan boleh terdiri daripada sumber

yang diperoleh melalui media cetak, media elektronik atau sumber lisan.

Maklumat dan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan dapat memberi

sokongan dari segi kognitif dan emosi murid cerdas dan berbakat

(Johnson, 1994).

Tajuk 9 Pendidikan Pengayaan Konsep Pendidikan Pengayaan

Objektif dan Prinsip Pendidikan Pengayaan

Perbezaan Pendidikan Pengayaan dan Kreativiti

9.1 Sipnosis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengenal pasti konsep pendidikan

pengayaan dan kepentingannya, terutamanya dalam strategi pengajaran Bahasa Melayu

yang didasari oleh kesepaduan 5P yang mana salah satu ‘P’ tersebut adalah elemen

pengayaan. Pelajar perlu sedar bahawa pengajaran dan pembelajaran yang baik adalah

mengikut kemampuan dan kebolehan individu iaitu murid-murid yang berbeza. Pada

104

Aktiviti

a. Berdasarkan huraian tentang pendidikan pengayaan dan kreativiti

di atas, bincangkan perbezaan antara pendidikan pengayaan dengan

kreativiti.

b. Bincangkan peranan guru untuk meningkatkan kreativiti murid

melalui aktiviti pengayaan.

Page 105: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

umumnya dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran, terdapat tiga kumpulan

murid iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lembam. Kemampuan

setiap kumpulan ini berbeza mengikut tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu

kemahiran atau pengetahuan yang disampaikan kepada mereka. Oleh itu, pelajar perlu

tahu kesesuaian aktiviti kepada setiap kumpulan ini terutama yang cerdas.

Sememangnyalah, murid cerdas akan berasa bosan jika disogokkan dengan aktiviti

yang kurang mencabar kebolehan mereka. Sehubungan ini, wajarlah satu program

pengayaan yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan aktiviti tambahan yang menarik

dan mencabar disediakan sesuai dengan keupayaan murid tersebut.

9.2 Hasil Pembelajaran

i. Menghuraikan dan menjelaskan kosep Pendidikan Pengayaan dalam strategi

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

ii. Menganalisis dan menghuraikan objektif dan prinsip Pendidikan Pengayaan

dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

iii. Membuat banding beza antara Pendidikan Pengayaan dan Pendidikan

Kreativiti.

9.3 Kerangka Konsep

105

Pendidikan Pengayaan

Konsep

Page 106: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

9.4.1 Pendidikan Pengayaan

i. Takrif Pengayaan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan “pengayaan”

sebagai “perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya

mengayakan atau meluaskan kosa kata”. Pengayaan merupakan aktiviti

tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada

semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan

disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat

sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas,

sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan,

murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan

sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang

pelajaran tertentu.

Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas

pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang

sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini

membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat,

kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri

dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan

masyarakat.

106

PrinsipObjektif

Perbezaan antara

Pendidikan Pengayaan dan Kreativiti

Page 107: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kesimpulanya. pengayaan adalah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti

asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu

sekolah. Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan serta

mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid

akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat , daya

kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri

dalam membuat satu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

ii. Kosep Pendidikan Pengayaan

Program pengayaan adalah satu rancangan pembelajaran yang

disediakan untuk semua murid sama ada cerdas, sederhana atau lemah. Mereka

boleh mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbaga-bagai berdasarkan

aktiviti yang sesuai untuk mereka. Aktiviti- aktiviti ini dibentuk supaya menarik

dan mencabar selaras dengan peringkat pembelajaran murid-murid itu.

Oleh itu, penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti tambahan kepada

murid-murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa

yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Jenis aktiviti ini hanya dijalankan

setelah murid menguasai kemahiran-kemahiran asas. Mereka menggunakan

segala kemahiran ini sebagai asas untuk menjalankan aktiviti pengayaan.

Tegasnya, aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran

kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya

menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah

dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan

meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan

minat mereka dalam bidang tertentu

iii. Rasional Pendidikan Pengayaan

Pada peringkat permulaan persekolahan, semua murid didedahkan

kepada pengalaman pembelajaran yang sama. Pada hakikatnya, murid-murid

107

Page 108: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

adalah berbeza dari segi fizikal, emosi, minat, mental, bakat, latar belakang

sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian, pertimbangan yang wajar harus

diberikan dalam menentukan corak layanan yang diperlukan oleh murid-murid

tersebut.

Kesilapan dalam memberikan perhatian dan menyediakan wadah yang sesuai

dengan ciri-ciri murid dan tahap kemampuan mereka boleh menjadi punca

masalah kerana ini berkemungkinan akan membantutkan minat belajar murid.

contohnya, mereka berasa bosan kerana saban hari dan waktu dihidangkan

dengan corak pembelajaran yang sama. Aktiviti yang dijalankan sama untuk

keseluruhan kelas juga boleh menghilangkan keghairahan untuk belajar terutama

bagi murid yang cerdas yang merasai aktiviti tersebut tidak mencaba

kemampuan mereka.

Aktiviti 4 – Perbincangan

Kumpulan AktivitiMawar

Melur Melengkapkan maksud pantun empat kerat yang bertemakan budi

Melati Memenuhkan tempat kosong dalam pantun empat kerat yang bertemakan budi

Cikgu Halimah telah memberi tiga aktiviti bertulis mengikut tahap pencapaian muridnya. Kumpulan Mawar = cerdas; Kumpulan Melur= sederhana dan Kumpulan Melati= lemah

Berdasarkan rajah di atas apakah aktiviti pengayaan yang sesuai boleh dilakukan oleh murid Kumpulan Mawar? Jelaskan ciri-ciri pengayaan yang terdapat dalam aktiviti tersebut.

108

Page 109: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

9.4.2 Objektif Pendidikan Pengayaan

Pelaksanaan Pendidikan Pengayaan mempunyai beberapa objektif seperti:

i. Membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar

kebolehan mereka.

ii. Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu kearah

perkembangan diri.

iii. Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat

dan bakat mereka.

iv. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada

pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

v. Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi

membolehkan murid meneruskan pembelajaran seumur hidup.

vi. Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kegiatan serta

kebolehan mereka menilai hasil kerja sendiri.

vii. Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke pringkat yang

lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka.

Aktiviti 5 Cikgu Samad mendapati murid-murid Tahun Enam Raya mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Mereka mempunyai ciri-ciri kanak-kanak pengayaan dan juga kreatif. Sehubungan itu, beliau ingin menjalankan aktiviti pengayaan yang membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka; menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu ke arah perkembangan diri; dan menggalakkan mereka meminati serta menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

Cuba anda berbincang secara berkumpulan dan bina satu aktiviti pengajaran kemahiran bahasa untuk mencapai hasrat Cikgu Samad itu.

9.4.3 Siapakah Murid Pengayaan?

i. Mereka yang menguasai kemahiran “3M” serta berdaya pemikiran abstrak. Murid

kategori ini berkemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan hal yang

109

Page 110: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

penting daripada hal yang kurang penting seperi dalam kefahaman dan dapat

penganalisisan teks.

ii. Mempunyai kelebihan mengkoordinasi pancaindera dengan pemikiran,

pengamatan, pendengaran, dan pertuturan.

iii. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta

berpengalaman tentang alam keliling.

iv. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta

kreatif.

v. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Murid sebegini mempunyai

darjah kecerdasan yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya

mereka yang yang lain.

SASARAN MURID

9.4.3 Prinsip Pendidikan Pengayaan

Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti

pengayaan. Guru hendaklah membuat perancangan yang rapi supaya aktiviti-aktiviti

yang dijalankan bersesuaian dengan murid-murid mengikut peringkat perkembangan,

umur, dan kebolehan mereka. Antaranya adalah seperti berikut:

110

SEMUA

CERDASDapat menguasai

kemahiran lebih awal dari jangka masa yang

ditetapkan

SEDERHANADapat meguasai pelajaran dalam

jangka masa yang ditetapkan

LAMBATTidak dapat meguasai

pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan

Page 111: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

i. Bercorak belajar sendiri dan mengandungi arahan atau penerangan yang

jelas supaya murid dapat menjalankannya tanpa banyak memerlukan

pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Ini boleh dijalankan sama ada

secara perseorangan atau kumpulan.

ii. Menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid

yangb berbeza-beza.

iii. Boleh berbentuk program harian atau berbentuk projek yang mungkin

mengambil masa satu atau dua minggu.

iv. Diletak atau disimpan di tempat yang mudah digunakan oleh murid-murid.

v. Mengandungi bahan-bahan yang dipelbagaikan sama ada dibuat sendiri

atau diperoleh daripada pasaran. Sebaik-baiknya bahan-bahan itu

mengandungi aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran yang telah

dipelajari sama ada secara lngsung atau tidak langsung.

Dengan demikian, secara kesimpulannya, aktiviti pengayaan itu memberi penekanan

kepada penggunaan daya usaha sendiri; membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.

Aktiviti pengayaan juga memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan

eksperimental, dengan menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah serta

melibatkan pembacaan luas. Semua ini akan memberikan murid peluang untuk

mengembangkan sifat kepimpinan sosial mereka.

Rumusan Prinsip Pengayaan

111

PENGAYAANAktiviti tambahan kepada aktiviti asas

pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah

UNSURMenambahkan pengetahuanMeluaskan pengalamanMemperkukuh kemahiranMencabar minda

TUJUANMengembangkan minat, kreativiti dan sifat ingin tahuMemupuk sikap ingin tahuMencungkil bakat kepimpinanBijak membuat keputusan sendiri

Page 112: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Aktiviti 6

Berdasarkan prinsip pendidikan pengayaan iaitu bercorak belajar sendiri dan mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya murid dapat menjalankannya tanpa banyak memerlukan pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru; cadangkan satu aktiviti pengayaan untuk memenuhi hasil pembelajaran di atas.

9.4.4 Pendidikan Kreatif

Kreativiti adalah satu sikap atau tabiat atau bakat yang boleh kita gunakan

samada untuk ke arah kebaikan atau keburukan. Kreativiti memang perlu ada.

Namun begitu bakat pun kena ada. Dengan demikian, sudah tentunya kreativiti

itu seiring dengan inovasi dan bukan motivasi semata-mata. Justeru, kreativiti

itu, sudah tentunya menggunakan minda untuk kita fikirkan segala macam yang

ingin kita rekaciptakan.

Sehubungan itu pula Pendidikan Kreatif adalah sebuah upaya melakukan

pendidikan yang berorientasi pada pengembangan murid yang kreatif dan

inovatif. Pendidikan ini didasarkan bahawa setiap murid itu mempunyai potensi

yang berbeza-beza yang dapat dikembangkan menjadi individu yang kreatif dan

unggul. Kebiasaan melakukan kegiatan pembelajaran dengan hanya

memindahkan ilmu sudah tidak sesuai lagi untuk  pembelajaran masa ini.

Kemampuan guru yang memberikan corak pembelajaran seperti ini hanya akan

menciptakan murid yang pandai menghafaz, tidak kompetitif dan tidak

mempunyai semangat juang.

9.4.5 Maksud Kreativiti

Jika kita singkap konsep kreatif itu sendiri, ia bermaksud bersendikan

kemampuan untuk mereka; mencipta atau mengilhamkan (Kamus Times

Chambers Combined Dictionary 1996:299). Ia juga disinonimkan dengan

istilah seperti artistik, bervisi, inovatif, asli dan produktif.

Perkataan “kreativiti” berasal daripada perkataan Barat creativity yang bererti

keupayaan mencipta atau daya cipta (Hassan, 1997).

Perkataan creativity pula berasal dari perkataan Latin creare yang bermaksud

untuk membuat dan dari perkataan Greek krainein yang bermaksud untuk

memenuhi (Young 1999).

112

Page 113: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Namun begitu menurut Torrance (1988) adalah amat sukar atau mustahil untuk

memberikan satu definisi yang benar-benar tepat. Ini adalah kerana ciri-ciri

kreativiti itu sendiri yang infinitif serta melibatkan setiap deria yang dimiliki oleh

manusia termasuklah penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan perasaan .

Tambah beliau lagi sekiranya definisi yang tepat wujud sekalipun adalah amat

sukar untuk mengungkapkannya dalam bentuk kata-kata.

Selain daripada itu menurut Isaksen (1987) pula, kesukaran untuk memberikan

satu definisi kreativiti yang tepat mempunyai kaitan dengan sifat kreativiti itu

sendiri yang saling bergantungan antara disiplin atau bidang. Lantas itu , tiada

satu disiplin pun yang boleh mendakwa bahawa hanya disiplin itu sahaja yang

berhak untuk mengkaji kreativiti.

Walaupun definisi kreativiti atau kreatif itu adalah pelbagai. Sebagai

rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa kreativiti itu adalah kemampuan

untuk mencipta sesuatu yang asli,unik, berguna, bernilai dan ia berkait rapat

dengan kemahiran membuat dan imaginasi ( Hassan,1991.).

Kreativiti juga boleh dilihat ssebagai kecerdasan kreatif yang mengandungi

empat gaya iaitu intuitif, inovatif, imaginatif dan ilham bagi menghasilkan

sesuatu yang baru dan berbeza (Rowe, 2004)

Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong

dalam mengeneralisasikan idea baru.

Oldham dan Cumming (1196) pula menyatakakan kreativiti ialah original,

berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru.

Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia

menuju ke arah yang lebih realiti.

Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-

produk dan dihargai oleh masyarakat.

Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas seratus definisi kreativiti dan

mengklasifikasikannya kepada lima peringkat iaitu:-

i. Peringkat ekspresif

ii. Peringkat produktif

iii. Peringkat inventif

113

Page 114: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

iv. Peringkat inovatif

v. Peringkat emergentif

9.4.6 Pembelajaran Kreatif

Di Malaysia, Kementerian Pelajaran telah melakukan pelbagai inovasi dalam

bidang kurikulum supaya pendidikan dapat berubah selari dengan perubahan

yang berlaku dalam masyarakat sama ada dalam atau luar negara. Di antara

inovasi dalam bidang kurikulum yang telah dijalankan ialah penggubalan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

Salah satu objektif KBSR ialah untuk mengembangkan dan meningkatkan daya

pemikiran kreatif murid ( Pusat Perkembangan Kurikulum,2003). Oleh itu ,

banyak pembaharuan telah diperkenalkan yang menjadikannya lebih mesra

kreativiti berbanding dengan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Salah

satu aspek pembaharuan yang diberikan perhatian yang serius dalam KBSR

yang membantu ke arah meningkatkan daya pemikiran kreatif murid ialah aspek

pembaharuan dalam gaya pengajaran guru. Sebagai contohnya, dalam KBSR

gaya pengajaran guru yang berpusatkan murid adalah ditekankan berbanding

KLSR yang lebih berpusatkan guru . Ini adalah kerana murid-murid seharusnya

diberikan banyak ruang dan peluang untuk mengalami proses pertumbuhan dan

perkembangan dengan cara yang sihat .

Sememangnya, aspek hard skill adalah mengembangkan keterampilan teknis

dan analisis. Keterampilan ini berupa kemampuan murid untuk dapat mengikuti

satu keterampilan di sekolah sesuai dengan bakat, minat dan kemampuan

mereka. Keterampilan ini dikembangkan agar murid mempunyai semangat

juang yang tinggi dan jiwa persaingan yang sihat. Dengan itu, sekolah

sepatutnya dapat memberikan semua kegiatan yang diminati oleh murid sesuai

dengan minat dan kemampuannya. Hal ini diperlukan agar bakat yang

terpendam dapat disalurkan dan dikembangkan secara optimal. Kemampuan

teknis ini sangat diperlukan supaya nanti mereka mampu menciptakan lapangan

kerja yang kreatif. Begitulah juga, motivasi guru harus senantiasa disuntik

kepada murid agar kemampuan mereka untuk mencuba sesuatu dapat

dilakukan.

114

Page 115: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kesimpulannya, hard skill berkaitan dengan kemampuan atau kompetensi inti

dari suatu bidang ilmu. Kemampuan ini banyak diperoleh dari proses

pembelajaran di dalam kelas. Kemampuan ini ditentukan melalui suatu

kurikulum sehingga secara otomatis merupakan hasil dari proses pembelajaran

pada umumnya. Kemampuan berupa hard skill lebih mudah dilakukan

pengukurannya, karena memang kemampuan ini sering dijadikan dasar

penentuan kelulusan pada setiap aspek pendidikan.

Namun begitu, kita tidak boleh pula mengabaikan sot skill. Soft skill sering kali

tidak didapatkan dari proses pembelajaran di dalam kelas kerana keterbatasan

waktu yang tersedia. Sekolah sering kali terbebani tuntutan penguasaan hard

skill sebagaimana ditetapkan dalam kurikulum. Kemampuan soft skill mencakup

(a) kualiti pribadi, seperti tanggung jawab, kepercayaan diri, kemampuan

bersosialisasi, pengendalian diri, dan integriti atau kejujuran; dan (b)

keterampilan interpersonal, seperti berpartisipasi sebagai anggota kelompok,

mengajar (bemberi pengetahuan) kepada orang lain, melayani pelanggan,

kepemimpinan, kemampuan negosiasi, dan mampu bekerja dalam keragaman.

Soft skill ini melengkapi hard skill, yang boleh dikatakan juga sebagai

persyaratan teknis dari suatu pekerjaan. Sedangkan life skill adalah kemampuan

atau keterampilan seseorang dalam menghadapi berbagai persoalan yang

terjadi di lingkungan masyarakat serta bagaimana mengupayakan

penyelesaiannya.

Kesimpulannya , Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan

pembelajaran kreatif ialah:

a. pengurusan

b. komunikasi terbuka

c. teknologi

d. penyelesaian masalah

e. budaya

f. strategi

g. kepimpinan dan

h. pemikiran

115

Page 116: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

9.4.7 Langkah-langkah Mewujudkan Pembelajaran Kreatif

i. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya

dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi

dengan wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga dapat mencetuskan

suasana pembelajaran dan menggalakkan murid untuk terus belajar. Dan

juga dapat menambahbaik apa yang sedia ada pada murid.

Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan

inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang

dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan

minda, pemikiran kreatif dan inovatif murid. Stail dan pendekatan pendekatan

pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan

dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan

suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif murid tentang sesuatu

yang dipelajari.

Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang

ceria dan berkesan. Murid juga bebas daripada sebarang tekanan emosi,

perasaan dan mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan murid

daripada stress, bimbang dan takut. Guru juga tidak mengamalkan

pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat

partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat

mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif,

inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif

menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kreatif dan inovatif juga

menjadikan pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia.

116

Page 117: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sekolah yang kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan

kognitif, afektif dan psikomotor murid-murid. Sekolah juga dapat berperanan

sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagi mengembangkan pelbagai

kecerdasan (multiple intelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang

pembelajaran yang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individu

yang berbeza-beza dari segi kebolehan, minat, kecerdasan dan kecekapan

mereka.

Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu di rangka

berlandaskan kepada pembelajaran yang berpusatkan murid. Kaedah

tersebut dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mencungkil idea

baru daripada murid. Juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi.

Strategi pembelajaran yang berkesan dapat mengembangkan potensi, dan

bakat murid yang terpendam dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam

kehidupan harian. Contoh-contoh yang boleh digunakan ialah seperti

brainstorming, pembelajaran berpusat masalah, simulasi, kerja secara

berkumpulan dan sebagainya.

ii. Pemikiran Kreatif

Pembelajaran kreatif membentuk pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif adalah

pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan pemikiran kritis

yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat

baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif

mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang

sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya,

seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai

perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih

baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh (Rikards, 1990) sebagai, “Creativity

involves escaping from stuckness and opening up possibilities .”

Persoalan pertama ialah sejauhmanakah benarnya kenyataan bahawa

kreativiti para murid sememangnya boleh dipertingkatkan dalam bilik darjah?

Persoalan kedua pula ialah mengenai bagaimanakah para guru boleh

membantu meningkatkan kreativiti murid atau apakah sikap,pendekatan atau

tindakan yang guru perlu tunjuk dan lakukan untuk merangsang kemampuan

117

Page 118: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

kreatif murid? Cropley (1992) pula menambah bahawa semua murid tanpa

mengira tahap kepintaran mereka memiliki kemampuan untuk berfikir secara

konvergen dan divergen. Pemikiran divergen adalah pemikiran yang

dikaitkan dengan kreativiti.

Begitu juga, konsep “cuba jaya” (trial and error) harus benar-benar diterapkan

dalam pendidikan ini. Kemampuan bersaing juga perlu ditanamkan dalam diri

murid.

Bagi menjawab soalan yang kedua iaitu bagaimanakah kreativiti boleh

dipertingkatkan, beberapa percubaan telah dilakukan untuk membangunkan

pelbagai pendekatan untuk meningkatkan kreativiti dalam bilik darjah.

Secara keseluruhannya pendekatan itu boleh dibahagikan kepada tiga

kategori iaitu:

a. Strategi-strategi umum yang hanya melibatkan perubahan dalam stail

pengajaran guru atau pedagogi

b. Pendekatan berstruktur yang melibatkan penggunaan teknik-teknik

khusus

c. Pendekatan penyelesaian masalah terhadap isi mata pelajaran.

Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep

pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:

a. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.

b. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern

of sameness.

c. Berfikir di luar kotak atau” thinking outside of the box”.

d. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.

e. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.

f. Membuka minda dengan idea-idea baru.

g. Mencabar andaian.

h. Mencipta sesuatu yang baru.

i. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.

j. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil

118

Page 119: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Dengan itu, pendekatan pemikiran kreatif dan inovatif mengenal pasti

beberapa konsep pemikiran seperti berikut:

a. Cuba jaya

b. Celik akal

c. Mencari makna

d. Pembentukan konsep

e. Pembinaan maklumat

f. Penaakulan deduktif

g. Penaakulan induktif

h. Penyeselaian masaalah

iii. Iklim Pembelajaran

Shallcross (1981), menyarankan agar guru menyediakan iklim persekitaran

yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif dalam kalangan murid.

Untuk itu tambah beliau lagi, guru perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu

fizikal, mental dan emosi. Iklim fizikal merujuk kepada susunan fizikal bilik

darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan. Salah satu

aspek fizikal yang perlu diambil kira ialah penyediaan ruang untuk aktiviti

yang berbeza. Iklim mental atau intelektual pula merujuk kepada pelbagai

jenis rangsangan dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak

balas murid. Namun begitu, iklim fizikal dan iklim intelektual yang sesuai

sahaja masih tidak mendatangkan apa-apa kesan seandainya iklim

emosional tidak menyokong kedua-duanya. Iklim emosional yang menyokong

bermaksud memberikan murid keselamatan peribadi untuk bereaksi terhadap

rangsangan fizikal dan intelektual yang para guru sediakan di hadapan

mereka.

iv. Ciri Murid

Cropley (1992), pula menekankan tiga aspek yang terdapat dalam diri murid

iaitu kognitif, personaliti dan motivasi. Penekanan terhadap aspek kognitif

murid bermaksud guru meningkatkan kemahiran menganalisis, kemampuan

untuk mendefinisikan masalah dan kebolehan untuk merancang

pembelajaran sendiri muridnya. Penekanan terhadap aspek personaliti pula

bermaksud guru mempromosikan ciri-ciri personaliti seperti autonomi,

119

Page 120: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

toleransi terhadap kekaburan dan kecenderungan untuk memikirkan perkara-

perkara yang kompleks. Akhirnya, penekanan terhadap aspek motivasi pula

menitikberatkan kepada usaha guru untuk memupuk perasaan ingin tahu,

kebebasan daripada didominasi oleh ganjaran luaran

v. Peranan Guru

Pengajaran kreatif merujuk kepada teknik-teknik pengajaran yang

bermatlamat untuk membantu murid mempelajari sesuatu bahan pengajaran

dengan cara yang membolehkan murid memindahkan apa yang telah mereka

pelajari kepada masalah baru yang cuba diselesaikan . Dalam perkataan lain,

pada pandangan mazhab kognitif pengajaran kreatif berlaku apabila guru

mengajar sesuatu mata pelajaran dengan cara yang dapat membantu murid

memindahkan apa yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah secara

kreatif.

Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang berikut

sebagai ciri-ciri tingkah laku yang memupuk kreativiti dalam bilik darjah:

a. Menggalakkan murid untuk belajar secara bebas.

b. Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan murid dan

bersepadu secara sosial.

c. Memotivasikan murid untuk menguasai ilmu pengetahuan untuk

dijadikan asas kepada pemikiran divergen.

d. Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan

oleh murid kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan

diungkapkan dengan jelas.

e. Menggalakkan murid berfikir secara fleksibel.

f. Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea

yang mereka keluarkan.

g. Mengambil segala cadangan dan soalan murid secara serius atau

bersungguh-sungguh.

h. Menawarkan murid peluang-peluang untuk melakukan tugasan

dengan menggunakan pelbagai bahan dan dalam pelbagai keadaan

Membantu murid belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan

dan kegagalan supaya murid akan tabah untuk mencuba sesuatu yang

baru dan luarbiasa.

120

Page 121: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sebagai kesimpulannya, murid harus diberi kebebasan untuk menentukan apa yang

ingin dipelajari. Pengajaran haruslah menjadi pengalaman yang menyeronokkan.

Kesilapan dan kealpaan murid tidak harus dijadikan sebab untuk mendenda kerana

denda mematikan langsung minat murid untuk belajar. Murid yang melakukan kesalahan

tidak harus didenda bahkan dibimbing.. Kreativiti tunjangnya adalah emosi, perasaan

dan kasih sayang. Tanpa emosi, cinta kasih dan sayang kreativiti itu hanyalah garis-

garis hitam di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang tidak dapat

direalisasikan pun.

9.4.8 Faktor-faktor Penghalang Kreativiti

Walaupun perancangan teliti telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran,

namun terdapat kajian-kajian yang telah dijalankan dan kenyataan-kenyataan

yang dikeluarkan yang menunjukkan bahawa KBSR tidak diikuti dan

dilaksanakan sepenuhnya dalam bilik darjah. Sebagai contohnya, terdapat

sungutan dari pelbagai pihak bahawa dalam perlaksanaan KBSR terdapat tanda-

tanda bahawa teknik pengajaran mulai berpatah balik kepada cara lama iaitu

pengajaran secara kelas masih diamalkan sepanjang waktu (Omar Mohd.

Hashim 1991).

Jemaah Nazir Sekolah (JNS) Kementerian Pendidikan, berkata dapatan JNS

mendapati bahawa guru kurang yakin serta kurang keupayaan untuk

melaksanakan KBSR secara total. Setiap tahun JNS memeriksa antara sepuluh

ribu hingga dua puluh ribu guru mengajar . Daripada jumlah itu lebih 90% guru

yang diperiksa dan didapati tidak berkeupayaan itu adalah mereka yang telah

didedahkan dengan kursus latihan KBSR . Ternyata kursus-kursus tersebut

kurang berkesan kerana terdapat guru yang kurang berpegetahuan dan kurang

cekap dalam pengajaran mereka.

Begitu juga, hanya segelintir guru yang merancang terlebih dahulu penerapan

nilai murni, kandungan mata pelajaran, aspek bahasa, aplikasi dalam kehidupan

seharian dan sebagainya” (Utusan Malaysia 5 September, 1996). Dengan itu,

kita dapat membuat kesimpulan bahawa sekiranya aspek yang penting dalam

pengajaran seperti kandungan mata pelajaran tidak dirancang oleh sebahagian

121

Page 122: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

besar guru, apatah lagi aspek yang dianggap sebagai kesan sampingan sahaja

seperti memupuk pemikiran kreatif murid.

Hakikat ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh

(Idris,2002) yang telah menganalisis wacana pedagogi beberapa buah sekolah

di Malaysia melalui rakaman audio sepuluh aktiviti pembelajaran yang berlaku di

bilik-bilik darjah . Beliau telah menyimpulkan bahawa guru bukan sahaja

mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik darjah bahkan guru

juga banyak mengemukakan soalan-soalan tertutup.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa agak sukar untuk memupuk kreativiti kiranya

guru sahaja yang mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik

darjah. Untuk memupuk kreativiti dalam bilik darjah interaksi guru dengan murid

mestilah dua hala. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti

pembelajaran tetapi murid juga harus memainkan peranan yang aktif di samping

memberikan maklum balas.

Selain dari itu, soalan-soalan tertutup adalah soalan yang memerlukan murid

memberikan satu jawapan yang betul dan tepat . Biasanya bila menjawab

soalan-soalan tertutup murid banyak menggunakan pemikiran konvergen iaitu

pemikiran yang logik, sistematik, berstruktur dan tidak menggunakan daya

imaginasi. Oleh kerana itu soalan-soalan tertutup tidak membantu dalam

meningkatkan daya kreativiti murid.

Yong (1989) pula menyatakan bahawa walau pun pelbagai usaha telah

dijalankan untuk memajukan proses pengajaran guru, sekolah masih lagi

cenderung untuk menghasilkan murid yang berorientasikan peperiksaan.

Walaupun dalam KBSR telah dinyatakan bahawa fungsi peperiksaan dan

penilaian bukan sahaja untuk menentukan taraf pencapaian murid tetapi juga

untuk membantu memperbaiki lagi proses pengajaran-pembelajaran di bilik

darjah ; namun hakikat sebenarnya ialah penekanan pembelajaran di sekolah

masih lagi tertumpu kepada fakta-fakta untuk dihafaz dan seterusnya digunakan

dalam peperiksaan. Lantaran itu aspek pemikiran sama ada kreatif atau kritis

dipinggirkan.

122

Page 123: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Selain dari itu, penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai

bagi keseluruhan murid di akhir tahun KBSR juga telah menyebabkan guru lebih

cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru

kerana kaedah pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk

menghasilkan murid yang akan mendapat markah yang tinggi dalam

peperiksaan. Seterusnya, guru yang berjaya menghasilkan bilangan murid yang

ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan

dilihat sebagai guru yang berkesan (Toh, 2003).

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa pengajaran kreatif berlaku apabila

guru mengajar sesuatu mata pelajaran dengan cara yang dapat membantu murid

memindahkan apa yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah secara

kreatif. Namun ada juga terdapat guru yang melakukan sebaliknya. Maka

tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti murid adalah seperti berikut:

i. Guru tidak menggalakkan murid mengeluarkan idea mereka sendiri.

ii. Guru tidak merasa yakin pada diri mereka sendiri.

iv. Guru menggalakkan pembelajaran secara hafazan.

iv. Guru menpunyai minat yang sempit.

v .Guru sukar dihubungi di luar bilik darjah

9.4.9 Siapakah Murid Cemerlang?

i. Murid cemerlang sentiasa berusaha untuk menjadikan dirinya lebih baik

dari semasa ke semasa (hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih

baik dari hari ini.)

ii. Murid cemerlang sentiasa menganggap satu kegagalan bukan gagal buat

selama-lamanya.

iii. Murid cemerlang akan menjadikan kesilapan yang lalu sebagai pembantu,

bukan sebagai penghalang kejayaan.

iv. Murid cemerlang menjadikan kesilapan itu satu penguat semangat

bukannya pematah semangat.

v. Murid cemerlang mempunyai keyakinan diri, jika orang lain boleh kenapa

dia tidak.

vi. Murid cemerlang menghadapi cabaran dengan bijaksana.

123

Page 124: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

9.4.10 Kesimpulan

Semua manusia mempunyai pelbagai kecerdasan tetapi dalam darjah yang

berbeza. Sebagai contoh terdapat individu yang kurang berbakat dalam muzik

tetapi mempunyai bakat dalam logika atau penaakulan. Oleh yang demikian,

sintesis pengetahuan dengan menggunakan integrasi pelbagai jenis kecerdasan

ini untuk mengatasi kecerdasan murid yang lemah adalah digalakkan.

Sesungguhnya, individu memperoleh penghargaan sebenar melalui pendekatan

kecerdasan yang pelbagai dan untuk menguatkan kecerdasan mereka yang

lemah. Dengan cara ini kita akan menghormati kebolehan masing-masing.

Malahan perbezaan ini yang menjadikan manusia itu unik dan menarik sekali.

Kesimpulannya, semakin banyak seseorang itu mengetahui sesuatu semakin

mudah baginya menjadi kreatif.

Aktiviti 7 – Perbincangan

Tajuk 4 ini telah membincangkan konsep Pendidikan Pengayaan dan Pembelajaran Kreatif.

Dengan itu, anda diminta mengenalpasti hubungkait pendidikan pengayaan dengan kreativiti dengan membuat bandingbeza ciri yang dipunyai oleh kedua-dua jenis pendidikan ini.

Aktiviti 8

Pilih 3 jenis konsep pemikiran kreatif . Kemudian bina aktiviti pembelajaran pengayaan untuk kemahiran bahasa yang menerapkan konsep pemikiran yang anda pilih itu.

.

124

Page 125: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 10 Prosedur Program Pendidikan Pengayaan

Strategi Pelaksanaan

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

10.1 Sinopsis

Pengayaan merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep

bersepadu. Pelaksanaan aktiviti pengayaan perlu mempunyai strateginya tersendiri.

Guru perlu memikirkan proses pembelajaran yang perlu dilalui oleh murid-murid

sebelum melaksanakan aktiviti pengayaan. Di samping itu guru juga perlu merancang

bagaimana untuk mengelolakan aktiviti pengayaan supaya objektifnya menepati

kehendak sukatan pelajaran dan kemahiran dan ilmu mata pelajaran Bahasa Melayu

yang sepatutnya di kuasai oleh murid-murid.

10.2 Hasil Pembelajaran

i. menjelaskan kerangka proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

aktiviti pengayaan;

ii. mengenal pasti strategi untuk melaksanakan aktiviti pengayaan; dan

iii. memilih aktiviti pengayaan dan menghuraikan pengelolaan aktiviti tersebut

dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran

125

Page 126: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

10.3 Kerangka Konsep

126

Page 127: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

10.3 Strategi Pelaksanaan

127

PROSEDUR PROGRAM

PENDIDIKAN PENGAYAAN

STRATEGI PELAKSANAAN

PENGELOLAAN AKTIVITI PENGAYAAN

PILIHAN MURIDPILIHAN GURUMASA PELAKSANAAN

OBJEKTIFSASARANTEMPATBAHANPENILAIAN

AKTIVITI PENGAYAAN

KERJA PROJEKICTBACAAN TAMBAHAN

PERMAINAN DAN REKREASIPEMBELAJARAN AKSES KENDIRI

Page 128: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Strategi pelaksanaan aktiviti pengayaan berasaskan kepada Proses Pengayaan

itu sendiri seperti yang dipaparkan di bawah ini.

Pembelajaran

Penilaian

Pencapaian Pencapaian

Memuaskan tidak memuaskan

Aktiviti Aktiviti

Pengayaan pemulihan

Murid yang berjaya dipulihkan boleh diberikan aktiviti pengayaan.

Aktiviti Pengayaan

Berdasarkan kerangka proses pengayaan di atas, murid yang melepasi tahap penilaian

sesuatu objektif pembelajaran perlu diberikan aktiviti pengayaan. Murid yang tidak

mencapai kepada objektif tersebut pula perlu menjalani aktiviti pemulihan. Jika murid

128

Page 129: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

tersebut berjaya dipulihkan mereka akan juga menjalani aktiviti pengayaan yang sesuai

dengan tahap pencapaian mereka.

Aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan oleh guru berdasarkan kepada dua strategi utama

iaitu:

i. Pilihan murid;

Aktiviti ini lebih berfokus kepada pencapaian murid yang pelbagai. Murid ini akan

menjalankan sendiri aktiviti pengayaan berasaskan kebolehan kendiri tanpa

bantuan guru. Guru boleh bertindak sebagai pendorong atau penggalak. Aktiviti

yang diberikan oleh guru lebih berbentuk belajar sendiri pada kumpulan cerdas

dan sederhana. Penglibatan guru hanya pada peringkat penilaian. Murid-murid

yang agak lambat bimbingan guru diperlukan. Kaedah pengajaran rakan sebaya

boleh dilaksanakan supaya murid-murid bebas berinteraksi sesama mereka

dalam proses pembelajaran. Penghargaan daripada guru amat penting selepas

murid-murid berjaya menjalani aktiviti pengayaan.

ii. Pilihan guru;

Aktiviti pilihan guru ini diberikan oleh guru selepas murid-murid menguasai

kemahiran asas dan dilakasanakan lebih formal di dalam kelas.jika dilaksanakan

di luar kelas guru perlu membuat perancangan khusus. Tujuannya ialah untuk

memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Guru boleh menggunakan

buku teks, buku kerja dan buku panduan pengayaan.

10.5 Masa Pelaksanaan

Pengendalian aktiviti pengayaan ini boleh dibahagikan kepada tiga cara iaitu:

i. Dalam masa yang dipilih khas pada setiap hari.

Pelaksanaan konsep bersepadu 5P dalam pengajaran dan pembelajaran

dalam aspek pengayaan selalunya dilakukan pada peringkat akhir

sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana guru telah boleh

mengesan pencapaian objektif dan penguasaan kemahiran dalam

kalangan murid-muridnya. Oleh itu setiap satu sesi pengajaran dan

129

Page 130: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

pembelajaran guru harus telah menyediakan aktivti atau bahan

pengayaan.

ii. Selepas murid-murid menguasai sesuatu atau sekumpulan

kemahiran.

Aktiviti pengayaan selepas murid-murid menguasai sesuatu atau

sekumpulan kemahiran perlu dirancang supaya tiada aspek dalam

kemahiran tersebut tertinggal. Murid-murid boleh melaksanakan secara

individu, kumpulan atau secara kelas. Kekerapan mengadakan aktiviti

pengayaan ini boleh diadakan mengikut mingguan atau bulanan.

iii. Selepas murid-murid menguasai semua kemahiran.

Masa pelaksanaan aktiviti pengayaan apabila semua kemahiran telah

dikuasai selalunya pada penghujung penggal atau semester. Konsep

pengayaan lebih kepada menguji tahap pencapaian murid setelah

menguasai semua kemahiran. Aktiviti pengayaan lebih berbentuk

pengukuhan.

Aktiviti 9 – Perbincangan

Huraikan aspek yang perlu diambil kira semasa guru merancang dan melaksanakan aktiviti pengayaan bagi murid-murid yang cerdas.

Bincangkan masa yang sesuai melaksanakan aktiviti pengayaan jika semua kemahiran telah dikuasai oleh murid-murid dan nyatakan bentuk aktivitinya.

10.6 Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan yang dikendalikan oleh guru hendaklah berdasarkan kepada

perkara yang berikut :

i. Objektif aktiviti

130

Page 131: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Objektif aktiviti haruslah berasaskan kepada kemahiran yang terdapat

dalam huraian hasil pembelajaran mengikut kemahiran bahasa atau aspek

bahasa yang sedia ada dalam sukatan pelajaran. Guru juga perlu peka

dengan kemampuan murid-muridnya untuk mencapai objektif yang

ditentukan sama ada pencapaian secara individu, kumpulan atau kelas.

ii. Sasaran

Sasaran lebih kepada murid-murid selain daripada target guru untuk

menghabiskan sukatan pelajaran dan sasaran sekolah. Murid yang cerdas

perlu sentiasa diberikan aktiviti pengayaan supaya mereka rasa tercabar,

tidak bosan dan membuang masa. Murid yang sederhana dan lemah pula

perlu diberi pengayaan bertujuan sebagai pengukuhan penguasaan

sesuatu kemahiran dan juga sebagai motivasi dalam pembelajaran.

Rumusannya sasaran ini boleh ditumpukan kepada tiga kumpulan iaitu:

a. Kumpulan cerdas, iaitu murid-murid yang dapat menguasai pelajaran

lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

b. Kumpulan sederhana, iaitu murid-murid yang dapat menguasai

pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan.

c. Kumpulan lembam, iaitu murid-murid yang tidak dapat menguasai

pelajaran dalam masa yang ditetapkan.

iii. Tempat

Tempat untuk aktiviti pengayaan tidak semestinya bertumpu di dalam kelas

sahaja. Pelaksanaannya boleh di dalam kawasan sekolah aataupun di luar.

Di dalam kawasan sekolah aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan di dalam

atau luar kelas sama ada di perpustakaan, dewan, di sudut bacaan, di

padang, kantin dan lain-lain. Kalau pelaksanaan aktiviti pengayaan di luar

kawasan sekoalh lebih bertumpu kepada aktiviti belajar sambil melawat

atau projek-projek tertentu seperti ke Zoo Negara, Muzium Negara ,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara, Sekolah Sukan Bukit

Jalil dan lain-lain.

131

Page 132: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

iv. Bahan

Aktiviti pengayaan banyak memerlukan bahan. Bahan yang dipilih perlulah

mencabar dan menepati kehendak objektif pembelajaran. Guru boleh

menggunakan pelbagai bahan sama ada di sediakan oleh pihak guru, murid

atau sekolah. Antara perkara yang perlu difikirkan oleh guru dalam memilih

bahan ialah;

- Terkini

- Menarik

- Mencabar

- Sesuai dengan kebolehan murid

- Sesuai dengan bakat dan minat murid-murid

- Berkaitan dengan kemahiran yang perlu dikuasai

- Ada pembelajaran ilmu mata pelajaran Bahasa Melayu

v. Penilian

Setiap aktiviti pengayaan perlu ada penilaian supaya pencapaian objektif

dapat diukur. Guru perlu menilai sama ada dengan memberi pujian, ganjaran

gred, bintang, markah dan sebagainya. Sistem merekodkan pencapaian

murid dalam aktiviti pengayaan sangat membantu guru untuk merancang

aktiviti pengayaan yang seterusnya.

10.7 Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan tiada hadnya. Semakin kreatif guru merancang aktiviti

pengayaan semakin banyak pengalaman murid-muridnya untuk memajukan diri

dalam pembelajaran. Antara contoh aktivit pengayaan seperti dalam senarai di

bawah.

i. Kerja projek

Kerja projek boleh dilaksanakan secara individu , kumpulan atau kelas.

Murid-murid merancang bersama-sama dengan guru untuk melaksanakan

tugasan sama ada dalam bentuk kajian, lawatan, pameran dan sebagainya.

Antara contoh kerja projek seperti dalam senarai yang berikut:

Membuat sudut bacaan di dalam kelas.

Membuat pameran sempena minggu bahasa.

132

Page 133: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Membuat buku skrap tentang cerita-cerita yang di dengar atau dibaca

Membuat lawatan ke tempat bersejarah dan membuat laporan lawatan.

Mengadakan pementasan drama pendek untuk menguji kemahiran lisan.

Melawat sekitar kawasan sekolah dan mencari jenis tumbuhan dan

serangga untuk mengaitkan dengan simpulan bahasa yang telah

dipelajari.

ii. Penggunaan ICT

Pengajaran bahasa melalui bantuan komputer banyak dilaksanakan sekarang

ini. Terdapat pelbagai pengisian di pasaran dan ada yang dibekalkan oleh

Kementerian Pelajaran. Di samping itu pihak sekolah atau guru-guru ramai

yang berkemahiran membina program pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer. Program yang digunakan hendaklah sesuai dengan

kemampuan murid-murid. Antara contoh program pembelajaran bahasa

melalui bantuan komputer seperti senarai yang berikut:

Ask

Linkword

Hangman

Ti-tac show

Crossword

Storyboard

Matchmasty

Choicemaster

iii. Bacaan tambahan

Bacaan tambahan bolehlah disamakan dengan bacaan ekstensif ( bacaan

luas). Tujuannya supaya murid-murid dapat menambahkan ilmu

pengetahuan, memantapkan kemahiran tatabahasa, ejaan, peristilahan, laras

bahasa dan gaya bahasa. Murid-murid perlu digalakkan membuat rujukan

dan dengan ini boleh memupuk minat membaca. Dalam program pengayaan

ini bacaan luas yang dibuat oleh murid-murid perlu diikuti dengan tugasan.

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:

Kad bacaan

Membaca buku cerita mengikut tema

133

Page 134: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pertandingan bercerita berdasarkan cerita yang dibaca.

Membaca majalah kanak-kanak dan melaporkan bahan yang

dibaca.

Membuat kamus kecil – menyenaraikan perkataan antonim dan

sinonim.

Memberi membuat catatan atau respons terhadap bahan yang

dibaca.

iv. Permainan dan Rekreasi

Permainan dan rekreasi boleh mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang menggembirakan. Aktiviti ini banyak mencungkil

kreativiti dan kepantasan murid-murid berfikir.walau bagaimanapun

kawalan guru amat penting sebab sifat semula jadi kanak-kanakyang

suka bermain. Guru perlu peka untuk memastikan sambil murid-murid

bermain atau berekreasi perlu ada pembelajaran bahasa di dalamnya.

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:

Dam

Catur

Bingo

Sahiba

Domino

Teka-teki

Jigsaw puzzle

Teka silang kata

Mencari benda tersembunyi

Meneka perkataan berdasarkan aksi

Mencari jalan keluar berdasarkan lakaran gambar, pelan, peta dan

sebagainya.

v. Pembelajaran akses kendiri

Pembelajaran akses kendiri memberi tumpuan kepada minat dan

kebolehan murid-murid. Mereka boleh memilih aktiviti mengikut minat

mereka tetapi perlu kawalan guru dalam aspek kemahiran bahasa yang

perlu mereka kuasai. Hal ini akan membantu murid lebih berdikari dan

semangat ingin mencuba. Bahan-bahan pembelajaran boleh dimuat turun

134

Page 135: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

dari internet. Di samping itu bahan pembelajaran boleh juga

menggunakan bahan bercetak, rakaman audio, radio, televisyen dan

komputer.

Aktiviti 10

Sediakan sebuah rancangan pelajaran harian dengan

memasukkan aktiviti pengayaan.

Rancang satu program permainan untuk aktiviti pengayaan

dengan memasukkan tugasan Bahasa Melayu.

10.7 Rumusan

Program pengayaan banyak membantu murid-murid untuk cekap dan menguasai

sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna. Setiap guru tidak boleh

mengabaikan aktiviti pengayaan tetapi lebih mentingkan menghabiskan sukatan.

Jika aktiviti pengayaan dijalankan dengan berkesan murid-murid banyak

mendapat mafaatnya. Mereka didedahkan dengan pelbagai bahan dan aktiviti

yang dapat mengukuhkan pengetahun sedia ada dengan pengetahuan yang

bahru dipelajari.

Anda digalakkan melaksanakan aktiviti bacaan luas dengan mengakses maklumat di internet atau merujuk sumber bacaan yang berautoriti tentang aspek-aspek pemulihan dan pengayaan dalam konteks pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu

135

Page 136: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Anda telah meneliti maklumat dan menyempurnakan tugasan tentang pemulihan dan pengayaan. Sila hubung-kaitkan maklumat tersebut dengan pengalaman anda sendiri dalam melaksanakan pengajaran pemulihan dan pengayaan itu di sekolah.

Sehubungan dengan pengalaman anda itu, sediakan suatu refleksi terhadap keberkesanan pengajaran dan tindakan susulan yang diambil.

Dokumentasikan refleksi anda itu.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

TAJUK 10PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN

136

Page 137: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan strategi pelaksanaan dan pengelolaan aktiviti pengayaan.

Strategi pelaksanaan berdasarkan pilihan murid atau pilihan guru yang menjurus kepada

aktiviti yang dapat mengembangkan bakat, minat dan kebolehan murid serta mencabar

keupayaan biasa murid. Kepelbagaian aktiviti mendorong keberkesanan pelaksanaan

pengayaan sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Mengenal pasti strategi untuk melaksanakan aktiviti pengayaan.

ii. Memilih dan menentukan aktiviti pengayaan yang sesuai dengan murid

pengayaan serta menghuraikan pelaksanaan aktiviti secara terperinci.

10.1 Strategi Pelaksanaan

10.1.1 Aktiviti Pengayaan Melalui Kumpulan Murid Mengikut Kebolehan

Merupakan aktiviti pengayaan mendatar.

Murid dibahagikan kepada kumpulan cerdas, sederhana dan

lambat.

Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan yang

berbeza dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi

kadar kesukaran yang berbeza.

Murid kumpulan cerdas dan sederhana lebih mudah

menjalankan aktiviti pengayaan berbanding dengan

kumpulan murid lambat.

10.1.2 Aktiviti Kumpulan Menjalankan Aktiviti Pengayaan Serentak Dengan

Aktiviti Pemulihan

Murid cerdas dan sederhana mengikuti aktiviti pengayaan,

murid lambat mengikuti aktiviti pemulihan.

137

Page 138: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti secara

individu tanpa bimbingan guru tetapi guru perlu memberikan

arahan yang jelas sebelum mereka menjalankan aktiviti

pengayaan.

Murid lemah mengikuti aktiviti pemulihan dengan bimbingan

guru.

10.1.3 Aktiviti Pengayaan Melalui Kumpulan Pelbagai Kebolehan

Murid cerdas dilatih membantu murid lambat mengikuti

aktiviti pengayaan yang disediakan guru.

Murid cerdas mendapat pengalaman memimpin dan

memupuk semangat kerjasama antara murid dalam

kumpulan masing-masing.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan pada masa yang sama

mengikut tahap murid. Contoh aktiviti – kerja projek,

permainan dan rekreasi, bacaan tambahan dan

seumpamanya.

10.2 Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan dapat dikelolakan melalui dua cara, iaitu:

10.2.1 Aktiviti pengayaan berdasarkan pilihan murid:

Aktiviti pengayaan secara tidak formal, guru sebagai

pendorong dan pemudah cara untuk murid melaksanakan

aktiviti yang telah disediakan.

Murid cerdas dan sederhana belajar kendiri manakala guru

membimbing murid lambat.

Murid cerdas boleh membantu murid lambat secara individu

atau kumpulan. Bakat kepimpinan disuburkan dan semangat

kerjasama dipupuk.

Hasil kerja murid dibincangkan atau dipamerkan sebagai

penghargaan.

10.2.2 Aktiviti pengayaan berdasarkan pilihan guru

138

Page 139: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Aktiviti pengayaan secara formal untuk semua murid

mengikut keupayaan murid. Aktiviti dilaksanakan selepas

murid mengikuti aktiviti asas dalam sesuatu kemahiran.

Aktiviti pengayaan sebagai usaha untuk membantu murid

mengukuhkan kemahiran yang dipelajari pada waktu

pengajaran dan pembelajaran.

10.3 Prinsip Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan

i. Pengayaan harus diberikan kepada semua murid sama ada murid cerdas,

sederhana dan lambat (konteks KBSR).

ii. Aktiviti berbeza untuk kemahiran bahasa yang sama.

iii. Murid cerdas diberikan aktiviti yang mencabar manakala murid lambat

disediakan aktiviti yang mudah dan menarik.

iv. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti pengayaan sekitar 20 minit untuk

murid yang telah menguasai satu atau beberapa kemahiran atau

menguasai semua kemahiran yang diajarkan. Lazimnya murid cerdas

dapat menguasai semua dan murid sederhana dapat menguasai

sekurang-kurangnya satu kemahiran tetapi murid lambat tidak menguasai

setiap kemahiran. Murid lambat diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

v. Aktiviti pengayaan seharusnya tidak formal. Murid dapat

melaksanakannya secara individu atau kumpulan. Aktiviti pemulihan

secara terbimbing.

vi. Bahan yang digunakan perlu mempunyai arahan yang jelas , kandungan

aktiviti yang menarik dan mencabar minda murid.

10.4 Jenis Aktiviti Pengayaan

Aktiiviti pengayaan terbahagi kepada dua jenis:

10.4.1 Pengayaan Mendatar

Aktiviti berdasarkan kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti

pengayaan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan tahap pencapaian

murid. Murid lambat diberikan aktiviti pengayaan yang lebih mudah

berbanding dengan murid cerdas dan sederhana.

139

Page 140: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

10.4.2 Pengayaan Menegak

Aktiviti berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas

sahaja. Aktiviti pengayaan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk

yang lebih mencabar dan tahap tinggi seiring dengan tahap pencapaian

mereka.

Perbezaan Antara Pengayaan Mendatar Dengan Menegak

Bil. Aktiviti Pengayaan Mendatar Aktiviti Pengayaan Menegak

1 Kumpulan mengikut kebolehan Kumpulan murid cerdas sahaja

2 Tahap kesukaran aktiviti berbeza Tahap kesukaran aktiviti sama

3 Berbentuk lembaran kerja Berbentuk kerja projek, permainan

4Mengikut unit kemahiran yang

diajarkan

Boleh melebihi unit kemahiran yang

diajarkan

5

Bertujuan untuk memperkukuh

kemahiran yang telah dikuasai dan

memupuk minat belajar

Bertujuan untuk mewujudkan

keseronokan, mencungkil dan

mengembangkan bakat dan menjalin

kerjasama dalam kumpulan

6Aktiviti melibatkan kemahiran yang

sama

Aktiviti kumpulan cerdas melibatkan

kemahiran yang lebih tinggi

10.5 Masa Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan dapat dilaksanakan dalam keadaan yang berikut:

i. Aktiviti dijalankan pada masa yang telah ditentukan setiap hari, iaitu guru

memilih masa tertentu dalam mana-mana mata pelajaran.

ii. Aktiviti dijalankan selepas aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran

dijalankan yang bertujuan untuk memperkukuh kemahiran yang telah

dipelajari.

iii. Aktiiviti dilaksanakan selepas murid telah menguasai sesuatu kemahiran

atau sejumlah kemahiran, iaitu murid yang telah menguasai kemahiran

yang diajarkan lebih awal daripada rakan yang lain.

iv. Aktiviti dijalankan selepas murid telah menguasai semua kemahiran

dalam sesuatu unit pembelajaran seiring dengan program pemulihan

yang diberikan kepada kumpulan murid yang lambat menguasai

140

Page 141: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

kemahiran yang diajarkan atau menggunakan murid yang telah

menguasai kemahiran sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

TAJUK 11

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN (PENGUKUHAN DAN PENGEMBANGAN)

141

Aktiviti

Bincangkan strategi pelaksanaan aktiviti pengayaan yang akan anda laksanakan di dalam bilik darjah anda.

Huraikan perbezaan aktiviti pengayaan mendatar dengan aktiviti pengayaan menegak dengan memberikan contoh yang sesuai.

Pada pandangan anda, apakah aktiviti pengayaan kemahiran menulis yang paling sesuai untuk murid cerdas?

Page 142: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sinopsis

Murid yang telah menguasai kemahiran bahasa perlu diberikan aktiviti pengayaan yang

dapat membantu untuk mengukuhkan dan mengembangkan bakat, kreativiti dan

kebolehan murid dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis. Aktiviti pengayaan

yang diberikan kepada murid akan berupaya untuk menyerlahkan keterampilan

berbahasa murid dalam kemahiran-kemahiran yang berkenaan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menentukan aktiviti pengayaan yang sesuai untuk mengukuhkan kemahiran

lisan, membaca dan menulis murid.

ii. Melaksanakan aktiviti pengayaan untuk kemahiran lisan, membaca dan menulis

bagi murid-murid anda.

11.1 Aktiviti Pengayaan Mengikut Kemahiran

Pelaksanaan aktiviti pengayaan sebagai pengukuhan dan pengembangan

kemahiran melibatkan kemahiran lisan, membaca dan menulis. Aktiviti boleh

dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

11.1.1 Aktiviti pengayaan kemahiran lisan

Murid menyampaikan cerita yang pernah dibaca dengan

mengaplikasikan teknik bercerita yang telah dipelajari.

Murid mendeklamasikan sajak sebelum pengajaran dan

pembelajaran atau sebelum menamatkan pengajaran dan

pembelajaran.

Murid melakonkan adegan berdasarkan cerita yang dibaca

berdasarkan kreativiti murid dengan menggunakan sebutan,

intonasi dan gaya penyampaian yang sesuai.

Murid menyampaikan ucapan dalam perhimpunan sekolah atau

majlis yang diadakan di sekolah dengan menggunakan kata

sapaan, bahasa yang bertatasusila, pemilihan kata yang sesuai

dan struktur ayat yang gramatis.

11.1.2 Aktiviti pengayaan kemahiran membaca (kefahaman bacaan)

142

Page 143: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Murid merujuk kamus dan menyenaraikan perkataan dan makna

perkataan tersebut yang ditemui dalam teks yang dibaca. Senarai

perkataan dicatatkan dalam buku khas yang dapat dijadikan

sebagai koleksi perbendaharaan kata murid tersebut.

Murid membuat ulasan dan memberi pandangan terhadap watak

dan peristiwa yang berlaku dalam petikan yang dibaca.

Murid mengenal pasti nilai murni dan pengajaran yang terdapat

dalam teks yang dibaca serta mengenal pasti mesej yang ingin

disampaikan dalam teks.

Murid menghasilkan peta cerita yang dapat menggambarkan

keseluruhan cerita yang dibaca dalam petikan yang diberikan oleh

guru atau cerita yang telah dibaca murid di luar bilik darjah.

Murid memberi justifikasi dan kewajaran sesuatu peristiwa yang

dibaca itu berlaku dari aspek kekuatan dan kelemahan.

Murid mengenal pasti atau membayangkan hubungan sebab dan

akibat yang tidak dinyatakan atau tiada petunjuk yang diberikan

dalam petikan.

11.1.3 Aktiviti pengayaan kemahiran menulis

Murid mengambil imlak berbentuk ayat atau perenggan dengan

ejaan dan tanda baca yang betul serta tulisan yang kemas.

Murid menyudahkan cerita berdasarkan gambar tunggal, gambar

bersiri atau tanpa gambar.

Murid menukarkan dialog dalam bentuk cerita.

Murid menghasilkan puisi tradisional pantun atau syair atau puisi

moden sajak berdasarkan cerita yang dibaca atau didengar.

Murid memprosakan puisi syair dan sajak.

Murid menulis biodata tokoh atau individu yang dikagumi dengan

berusaha untuk mendapatkan bahan daripada sumber yang

pelbagai.

Murid menulis cerita berdasarkan tema yang ditentukan oleh guru.

Murid menulis karangan berbentuk imaginasi yang mempunyai

pelbagai kemungkinan secara kreatif dengan menggunakan frasa

”Jika saya...”

143

Page 144: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

TAJUK 12

PENYEDIAAN BAHAN BANTU AKTIVITI PENGAYAAN

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan penyediaan bahan bantu aktiviti pengayaan berbentuk

permainan bahasa, bacaan tambahan, dan kerja projek.

Hasil pembelajaran

144

Aktiviti

Berikan dua contoh aktiviti pengayaan bagi setiap kemahiran dengan

menunjukkan cara pelaksanaannya.

Page 145: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menyediakan bahan bantu mengajar bagi permainan bahasa, bacaan tambahan,

dan kerja projek.

ii. Mengaplikasikan bahan bantu mengajar bagi permainan bahasa, bacaan

tambahan, dan kerja projek.

12.1 Aktiviti dan Bahan

Perancangan yang rapi adalah perlu untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti

pengayaan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan itu hendaklah:

i. Bercorak belajar sendiri. Ia haruslah mengandungi arahan yang jelas

agar murid menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar daripada guru.

ii. Boleh dijalankan secara individu atau kumpulan.

iii. Menarik, mencabar serta sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat

murid yang berbeza-beza.

iv. Menarik berbentuk aktiviti harian atau berbentuk projek yang mengambil

masa satu atau dua minggu.

v. Mengandungi bahan-bahan yang pelbagai jenis sama ada dibuat sendiri

atau dibeli.

vi. Berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari sama ada

secara langsung atau tidak langsung.

vii. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran bahasa yang

diajarkan.

viii. Peringkat kesukaran hendaklah sesuai dengan kebolehan kumpulan

murid.

ix. Arahan hendaklah jelas, tepat, dan ringkas.

x. Ilustrasi hendaklah seelok-eloknya berwarna-warni dan bersesuaian

dengan konsep dan maksud kandungan pelajaran.

Jenis-jenis aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan terdiri daripada bacaan

tambahan, kerja projek, dan permainan dan rekreasi.

12.2 Bacaan Tambahan

Tujuan diadakan aktiviti ini ialah supaya murid dapat mempertingkatkan lagi

pengetahuan dalam bidang bahasa. Dengan cara ini, mereka akan menimba ilmu

145

Page 146: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

dalam bidang-bidang baharu. Di samping itu, murid diharap dapat meminati dan

menguasai bacaan secara luas.

Bacaan tambahan boleh dijalankan di dalam kelas, di luar kelas, atau di

perpustakaan. Guru hendaklah berperanan sebagai pembantu kepada murid

untuk memilih bahan bacaan yang sejajar dengan minat dan kebolehan mereka.

Bahan bacaan boleh terdiri daripada buku-buku berbentuk ilmu pengetahuan,

buku cerita, majalah, hasil kerja murid yang dikumpulkan, risalah, potongan

akhbar, dan ensiklopedia.

Ciri-ciri bahan bacaan bagi murid Tahap 1 dicadangkan mempunyai ilustrasi

menarik, berwarna-warni untuk merangsang imaginasi dan fantasi murid.

Struktur ayat hendaklah mudah. Fon saiz dicadangkan antara 14 – 18 dengan

bilangan muka surat kurang daripada enam muka surat.

Ciri-ciri bahan bacaan bagi murid Tahap 2 dicadangkan mempunyai ilustrasi

sesuai mengikut keperluan. Bahan-bahan berbentuk realiti lebih sesuai dengan

murid tahap ini. Struktur ayat yang boleh digunakan ialah ayat mudah dan ayat

kompleks. Saiz fon 12 lebih sesuai digunakan bagi tahap ini. Bilangan muka

surat bahan bacaan bawah 20 muka surat.

Garis panduan lain bagi menyediakan kad-kad bahan bacaan tambahan adalah

seperti yang berikut:

Bahan-bahan bacaan boleh berbentuk puisi, dialog, teka-teki, cerita, iklan,

berita

Bahan boleh dalam bentuk bahan sebenar dan kartun

Tajuk yang dipilih hendaklah sejajar dengan peringkat pembelajaran

murid.

12.3 Kerja Projek

Projek memerlukan murid membuat kajian terhadap sesuatu perkara yang

dipelajari atau diminati. Kajian-kajian itu dalam bentuk inkuiri, penerokaan,

146

Page 147: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

produk baharu seperti buku skrap, pembelajaran berasaskan masalah, drama

kreatif, diorama, dan penghasilan produk.

Murid melaksanakan projek secara kolaboratif, berpasukan, memfokuskan

kemahiran interpersonal, menyelesaikan masalah ,dan membuat keputusan.

Tempoh masa menjalankan projek bergantung kepada keperluan yang

ditentukan oleh guru. Aktiviti pengayaan berbentuk projek juga menekankan

konsep konstektual dan konstruktivisme.

Contoh-contoh projek yang boleh dijalankan:

Menyediakan carta cuaca

Mengumpul gambar, poskad yang pelbagai

Mengumpul pelbagai jenis daun

Menyediakan akuarium yang mengandungi pelbagai ikan

Menyediakan dan melengkapkan sudut pembelajaran dalam kelas

Mengadakan gotong-royong

Mengadakan lawatan

Ciri projek berasaskan inkuiri dan masalah ialah:

Meneroka cabaran dan masalah dunia sebenar untuk tujuan

menyelesaikan masalah

Bekerjasama, berkolaborasi dalam kumpulan kecil

Wujud penyerapaan antara ilmu dan disiplin mata pelajaran lain

Memerlukan kemahiran berfikir tinggi untuk membuat keputusn dan

menyelesaikan masalah.

Penilaian boleh dalam bentuk holistik dan berterusan.

Penyoalan tonggak pembelajaran inkuiri. Murid boleh mengemukakan

soalan

dan mengenal pasti kaedah menjawab dan memberikan penjelasan.

Membina membina pemahaman baharu dan refleksi

147

KITARAN INKUIRIKITARAN INKUIRI

MENYOAL

MERANCANG MEMBINA

MENYELIDIKMEMBUAT REFLEKSI

Page 148: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Rajah Kitaran Inkuiri

MENYOAL

Bermula dengan minat dan keinginan meneroka

Soalan yang bermakna kepada kehidupan murid tentang pengalaman

dunia

Soalan atau masalah sebagai fokus

Murid memurnikan dan menjelaskan masalah

MENYELIDIK

Mengumpul maklumat – mengesan sumber maklumat – membuat

pembacaan, menemu bual, membuat pemerhatian, soal selidik

Murid mungkin membina soalan baharu untuk memperoleh maklumat

dan data terperinci

MEMBINA

Membuat perkaitan antara maklumat dengan cara mensintesis dan

menemui jawapan

Membina pemahaman baharu

MERANCANG

148

Page 149: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Merancang tindakan seterusnya berdasarkan dapatan hasil penyelidikan

dan tafsiran data

MEMBUAT REFLEKSI

Memperuntukkan masa untuk melihat semula persoalan, proses mencari

jawapan dan penyelesaian masalah untuk memberikan pemahaman

makna.

12.4 Permainan dan Rekreasi

Kedua-dua jenis aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran

yang menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti itu terdiri daripada permainan pendidikan

dan permainan untuk rekreasi. Permainan-permainan ini akan mewujudkan

suasana pembelajaran yang selesa dan menggembirakan. Murid-murid akan

sentiasa berfikir dan menyusun strategi bagi mengatasi satu-satu masalah yang

dihadapi semasa permainan itu dilaksanakan. Permainan dan rekreasi

hendaklah berkaitan dengan kemahiran bahasa yang diajarkan.

Contoh permainan bahasa :

Teka silang kata

Teka teki

Ular dan tangga

Sahiba

Mencari harta karun

Congkak

Bermain dengan blok-blok

Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan atau

pengayaan bahasa melalui permainan. Terdapat dua jenis permainan bahasa:

a. Linguistik

Berfokuskan kepada cara membina struktur ayat yang betul

b. Komunikatif

Berfokuskan kepada kelancaran dan kefasihan, iaitu pertukaran maklumat

dan idea antara dua pihak, contoh: perbincangan tentang dua gambar

yang hampir serupa tetapi tidak sama.

149

Page 150: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

12.5 Memilih Permainan Bahasa

Permainan bahasa yang dipilih seharusnya memenuhi kriteria yang berikut:

Bukan sekadar hiburan

Melibatkan pertandingan “persahabatan”

Semua murid mesti terlibat

Fokus dan menggalakkan murid menggunakan bahasa

Memberikan peluang kepada murid belajar,berlatih dan mengulang kaji ,

mengukuhkan aspek bahasa yang dipelajari

Arahan yang jelas, dan demonstrasi oleh guru boleh diikuti dengan arahan

Sumber rujukan daripada internet atau bahan bercetak seperti kamus

Contoh-contoh permainan bahasa:

a. Kemahiran mendengar bertutur

Nama permainan: Telefon Karat

Objektif permainan:

Menyampaikan berita atau mesej dengan berkesan selepas

mengetahui kebenaran berita atau mesej itu.

Meningkatkan kemahiran menghafaz dan mengingat.

Melihat bagaimana sesuatu mesej atau berita disampaikan

daripada individu kepada individu yang lain.

Cara bermain:

Seorang murid diminta datang ke hadapan kelas.

Guru akan memberikannya sebuah catatan dan murid itu

diminta membacanya secara senyap.

Murid itu diminta membisikkan catatan itu kepada rakannya

yang kedua.

Rakannya itu pula diminta menyampaikan mesej itu kepada

rakan yang ketiga dan begitulah seterusnya sehingga rakan

yang kesepuluh.

Murid yang kesepuluh itu akan mengujarkan semula catatan

tersebut secara kuat di hadapan kelas.

Catatan yang perlu dibaca dan dibisikkan :

150

Page 151: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

b. Permainan Bahasa Berdasarkan Teks Bacaan

Arahan: Sila susun semula huruf dalam perkataan supaya menjadi satu

atau beberapa perkataan baharu.

KISAH : HAKIS

RUMAH : HARUM, MURAH

SATU

LIHAT

ANAK

DAPAT

c. Permainan bahasa berdasarkan menu kantin sekolah

Objektif permainan bahasa:

Menganalisis menu makanan yang terdapat di kantin sekolah.

Melengkapkan tempat kosong berpandukan menu yang dibaca.

Cara bermain:

Murid membaca maklumat yang terdapat dalam menu makanan

yang terdapat di sekolah Kebangsaan Selesa.

Murid melengkapkan tempat kosong berpandukan maklumat

tersebut.

MENU KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN SELESA

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu

Nasi

Lemak

Nasi

goreng

Mee

goreng

Laksa

Nasi

tomato

Ikan

goreng

Nasi

goreng

pataya

Nasi

lemak

Nasi

Nasi

ayam

goreng

151

Ah Ling pergi ke Kerling, ingin membeli batu giling. Dalam perjalanan

terlanggar tenggiling, lalu terjatuh terguling-guling, rupa-rupanya dia

juling.

Page 152: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Mee kari goreng

RM 1.00 RM 1.00 RM 2.00 RM 1.50 RM 1.00 RM 2.00

Arahan : Isi tempat kosong berpandukan menu di atas.

i. Hari ini ialah hari _______________. Kantin sekolah menjual

_____________ dan ______________.

ii. Semalam ialah hari _______________. Menu kantin sekolah ialah

______________ dan_____________.

iii. Dalam satu minggu, hari _____________ ialah hari cuti bagi kantin.

iv. Sepinggan nasi lemak berharga ______________. Ia dijual pada hari

_____________ dan hari ______________.

v. Kecuali pada hari _______________, kami boleh membeli nasi pada hari

___________, ____________ , _____________ , _____________ ,

___________.

vi. Sepinggan nasi ayam goreng berharga________________. Ia hanya

dijual pada hari ___________.

d. Kemahiran menulis

Objektif permainan bahasa:

Mewujudkan pemikiran kreatif dan kritis

Mewujudkan individu yang yakin menggunakan bahasa

Cara bermain:

Murid dikehendaki memilih lima gambar

Berdasarkan lima gambar tersebut, murid diminta untuk menulis sebuah

cerita

Arahan: Pilih lima gambar dan tuliskan sebuah cerita.

152

Page 153: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

TAJUK 13PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PENGAYAAN

Sinopsis

Aktiviti pengayaan memerlukan guru menyediakan satu perancangan yang baik dari

aspek ruang, objektif, langkah aktiviti dan menetapkan strategi pelaksanaan aktiviti

pengayaan untuk membolehkan guru melaksanakan aktiviti pengayaan dengan

berkesan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menyusun atur ruang di dalam kelas untuk aktiviti pengayaan.

153

Aktiviti

Berdasarkan satu kemahiran bahasa, bina aktiviti dan bahan bantu mengajar

pengayaan yang berbentuk bahan bacaan tambahan, projek, dan permainan

bahasa. Tugasan ini hendaklah dibuat dalam kumpulan dan hasil kerja

dibentangkan dalam kelas.

Page 154: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

ii. Menulis objektif yang berbeza bagi setiap kumpulan pengayaan.

iii. Menentukan strategi pengayaan yang sesuai.

13.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan memerlukan guru menyediakan rancangan pengajaran

supaya aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi kesan yang positif

ke arah meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Dalam perancangan

pengajaran, guru perlu mengambil kira aspek ruang pengayaan, objektif aktiviti,

langkah-langkah aktiviti dilaksanakan dan strategi pengajaran pengayaan.

13.1.1 Mengenal pasti ruang pengayaan

Murid berada dalam kumpulan berdasarkan pencapaian, seperti

kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Guru perlu mengatur

ruang/tempat di dalam kelas untuk menempatkan setiap kumpulan murid

bagi aktiviti pengayaan supaya lebih terurus. Bahan disimpan di tempat

yang sesuai supaya mudah untuk diambil dan digunakan. Kumpulan

murid tidak sama setiap masa kerana kebolehan setiap murid tidak sama

bagi semua mata pelajaran. Murid perlu dilatih untuk bergerak dengan

cepat dalam kumpulan supaya aktiviti pengayaan dapat dilaksanakan

dengan lancar. Oleh itu, pengurusan ruang untuk aktiviti pengayaan

secara kumpulan hendaklah dilaksanakan secara mudah alih.

13.1.2 Objektif dan langkah-langkah aktiviti

Objektif aktiviti pengayaan bagi setiap kumpulan harus berbeza. Objektif

secara kumpulan ini dianggap sebagai objektif lanjutan daripada objektif P

dan P secara kelas. Aktiviti pengayaan bagi tiga kumpulan berdasarkan

kemahiran yang sama. Peringkat kesukaran objektif setiap kumpulan

berbeza sesuai dengan tahap kebolehan dan pencapaian kumpulan.

Pencapaian minimun dalam objektif perlu sesuai dengan tahap kebolehan

setiap kumpulan murid.

Contoh objektif pengayaan untuk kemahiran menulis ayat tunggal dengan

menggunakan kata kerja transitif:

Kelas: Tahun 3

154

Page 155: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kumpulan Anggerik (cerdas)

Murid dapat menulis lima ayat tunggal dengan gramatis tanpa merujuk

gambar tanpa pilihan perkataan.

Langkah:

Guru memberi arahan kepada murid supaya menulis lima ayat tunggal

dengan menggunakan kata kerja transitif selain daripada kata kerja

transitif yang telah dipelajari.

Murid menulis lima ayat tunggal dengan gramatis tanpa bimbingan

guru.

Kumpulan Mawar (sederhana)

Murid dapat menulis lima ayat tunggal secara gramatis berdasarkan

gambar tunggal tanpa pilihan perkataan.

Langkah:

Guru memberikan sekeping gambar tunggal yang mengandungi lima

individu dalam sebuah keluarga sedang melaksanakan tugas masing-

masing.

Murid menulis lima ayat tunggal berdasarkan aktiviti yang dilakukan

oleh setiap individu dalam gambar tanpa bimbingan daripada guru.

Kumpulan Cempaka (lambat)

Murid dapat menulis lima ayat tunggal berdasarkan gambar bersiri

dengan mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan yang

diberikan.

Langkah:

Guru memberikan gambar bersiri yang terdiri daripada lima keping

gambar yang menunjukkan individu sedang melakukan sesuatu

aktiviti. Di bawah gambar terdapat satu ayat yang dikosongkan untuk

diisi dengan kata kerja transitif. Lapan pilihan jawapan disediakan oleh

guru.

Guru membimbing murid untuk memilih jawapan yang paling tepat.

13.1.3 Menentukan Strategi dan aktiviti

155

Page 156: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Guru menentukan sama ada ingin melaksanakan aktiviti pengayaan

melalui kumpulan mengikut kebolehan murid atau aktiviti pengayaan

bersama kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan atau melalui kumpulan

pelbagai kebolehan.

Jika aktiviti pengayaan dalam kumpulan mengikut kebolehan murid,

aktiviti murid cerdas harus lebih mencabar daripada murid sederhana,

aktiviti murid lambat lebih mudah daripada murid sederhana. Murid cerdas

dapat membimbing murid dalam kumpulan lambat.

Bagi aktiviti pengayaan diberikan kepada murid cerdas dan sederhana

manakala murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan , guru

memberikan arahan yang jelas kepada murid pemulihan kerana guru

perlu membimbing murid pemulihan.

Jika guru melaksanakan aktiviti pengayaan dalam kumpulan pelbagai

kebolehan, murid cerdas dilatih untuk membantu/membimbing murid

lambat. Sesuai dilaksanakan jika kekurangan bahan bantu belajar.

Wujudkan stesen untuk meletakkan bahan yang berbeza (jumlah setiap

bahan sedikit).

156

Aktiviti

Sediakan rancangan pengajaran harian untuk anda melaksanakan satu

pengajaran dengan memasukkan objektif pengayaan dan langkah-langkah

pelaksaanaan aktiviti berdasarkan strategi yang sesuai.

Page 157: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

TAJUK 14

SESI LATIHAN PENGAJARAN AKTIVITI PENGAYAAN

Sipnosis

Tajuk ini memfokuskan sesi latihan pengajaran aktiviti pengayaan yang perlu dirancang

berdasarkan kemahiran-kemahiran bahasa.

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Mengenal pasti dan merancang sesi latihan bagi aktiviti pengayaan

ii. Melaksanakan sesi latihan pengajaran bagi aktiviti pengajaran

14.1 Program Pengayaan

Program pengayaan hendaklah dilaksanakan untuk semua murid cerdas,

sederhana, dan lambat di dalam kelas KBSR dan KSSR. Program pengayaan

merupakan suatu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk murid

memperoleh pelbagai aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan kebolehan mereka.

Jenis-jenis pengayaan boleh terdiri daripada bacaan tambahan, kerja projek, dan

permainan dan rekreasi. Ketika melaksanakan aktiviti pengayaan perkara-

perkara yang berikut hendaklah diambil kira ialah:

Program pengayaan dijalankan secara tidak formal.

Program hendaklah dirancangkan dengan teliti.

Guru berperanan sebagai pendorong

Guru memberikan bimbingan kepada murid lambat ketika aktiviti

pengayaan dijalankan.

Murid cerdas digalakkan mengajar murid yang lambat

Penghargaan diberikan kepada murid yang telah menghasilkan kerja.

157

Page 158: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

14.2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur (Lisan)

Lengkapkan kata bual berdasarkan gambar bersiri cerita harimau dengan sang

kancil.

Selepas melengkapkannya, murid secara berpasangan dikehendaki

mengujarkannya

dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

14.3 Kemahiran Membaca

Bil. Aktiviti-aktiviti kemahiran Aktiviti-aktiviti pengayaan

1

Membunyikan huruf yang

ditunjukkan.

Memadankan kad gambar yang

ejaannya bermula dengan huruf yang

ditunjukkan.

2

Membunyikan suku kata

yang ditunjukkan.Menyesuaikan suku kata dengan

gambar yang diberikan.

3

Membaca perkataan yang

ditunjukkanMemadankan gambar dengan

perkataan yang diberikan.

158

Mula

Tamat

zzz

Page 159: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

14.4 Kemahiran Menulis

Contoh 1

Bil.Contoh Aktiviti-aktiviti

KemahiranContoh Aktiviti-aktiviti Pengayaan

1

Melawat ke kawasan

sekolah untuk melihat

pelbagai jenis bunga.

Mengkaji bunga, iaitu bau, warna, dan

saiz

2Bersoal jawab tentang

bunga-bunga yang dilihat

Memasukkan keratan pokok-pokok

bunga ke dalam botol-botol yang berisi

air untuk dijadikan hiasan bilik darjah

dan ditanam ke dalam pasu apabila

tumbuh akarnya.

3

Memadankan gambar

bunga dengan kad

perkataan

Melengkapkan silang kata tentang

pokok atau bunga.

4Mencari kad-kad huruf

bagi menamakan gambar

Mencari benda-benda yang tersembunyi

dalam gambar.

5

Mengisi petak kosong

untuk melengkapkan satu

nama.

Membaca kad-kad atau buku-buku yang

disediakan oleh guru tentang pokok

atau bunga.

6

Menyalin perkataan-

perkataan yang

dipelajari.

Menulis sebuah cerita pendek dengan

menggunakan perkataan-perkataan

yang disalin.

7Melukis bunga yang

digemari.

Menyediakan buku skrap berkaitan

dengan bunga-bungaan.

159

Page 160: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Contoh 2

SAYA PANDAI MENULIS AYAT

Objektif:

Murid-murid dapat membina dan menulis ayat mudah.

Bahan:

Kad yang mengandungi perkataan yang terdiri daripada dua suku kata terbuka.

Buku latihan atau kertas.

Bentuk permainan:

1. Cara bermain:

Individu

Berpasangan

2. Aktiviti permainan:

Guru memberi kepada murid kad senarai perkataan.

Guru menyuruh murid membina dan menulis seberapa banyak ayat yang

boleh dengan menggunakan perkataan-perkataan tersebut.

Murid atau kumpulan yang paling banyak dapat membina ayat dengan

betul dikira sebagai pemenang.

160

ada

biru

baru

bapa saya

suka

bajubeli

Page 161: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Contoh jawapan:1. Saya baca buku. 2. Buku bapa biru.

Saya beli buku. Buku bapa saya. Saya baru beli buku. Buku bapa saya biru. Saya baru beli buku. Buku bapa saya baru. Bapa beli buku baru. Saya suka baca buku. Bapa suka baca buku baru. Saya suka baca buku baru. Bapa baru beli buku. Bapa saya beli buku. Bapa beli buku. Bapa saya beli buku biru. Bapa suka beli buku. Bapa saya baru beli baju. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya baru beli baju biru.

161

Aktiviti:

Bina satu rancangan pengajaran yang memfokuskan aktiviti pengayaan kemudian cadangkan bahan bantu mengajar dan cara-cara mengendalikannya di dalam kelas. Simulasikan pengajaran tersebut.

Page 162: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

TAJUK 15

PENILAIAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PENGAYAAN

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan kaedah penilaian yang dapat dilaksanakan untuk menilai

pencapaian murid yang mengikuti aktiviti pengayaan, cara rekod penilaian disimpan oleh

guru dan tindakan susulan yang dijalankan oleh guru selepas penilaian dilaksanakan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menghuraikan kaedah yang digunakan oleh guru untuk menilai hasil daripada

aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid yang mengikuti pengayaaan.

ii. Menjelaskan cara penyimpanan rekod pencapaian murid selepas aktiviti

pengayaan dilaksanakan.

iii. Menyenaraikan tindakan susulan yang dapat dilaksanakan oleh guru hasil

daripada penilaian aktiviti pengayaan.

15.1 Penilaian Pengajaran Pendidikan Pengayaan

Selepas murid melaksanakan aktiviti pengayaan yang disediakan, guru

hendaklah membuat penilaian terhadap pencapaian murid semasa proses

melaksanakan aktiviti dan menilai hasil kerja murid selepas aktiviti dilaksanakan.

Guru boleh menilai hasil dengan menggunakan pelbagai kaedah yang

bersesuaian.

15.1.1 Kaedah Penilaian

Antara kaedah penilaian yang dapat diaplikasikan oleh guru seperti yang

berikut:

a. Pemerhatian semasa aktiviti pengayaan murid

Guru boleh menilai murid dari aspek cara murid berinteraksi dengan

rakan-rakan dalam kumpulan, kerjasama, toleransi, tanggungjawab,

kesungguhan, kepimpinan, semangat berpasukan dan aspek lain yang

162

Page 163: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

berkaitan. Penilaian lebih berfokus pada sikap dan sahsiah murid. Guru

boleh menyediakan borang senarai semak yang mengandungi aspek-

aspek yang dinilai, gred pemarkahan dan ulasan guru secara keseluruhan

bagi setiap murid.

b. Soal jawab dan perbincangan selepas aktiviti pengayaan

Penilaian dapat dilaksanakan melalui kaedah soal jawab dan

perbincangan. Kaedah ini digunakan oleh guru selepas aktiviti pengayaan

dijalankan. Guru boleh bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang

telah dilaksanakan sama ada senang atau sukar bagi murid, masa yang

diberikan mencukupi atau sebaliknya serta kenal pasti masalah yang

dihadapi murid semasa menyiapkan aktiviti. Perbincangan tentang cara

murid mendapatkan idea untuk menghasilkan tugasan yang diberikan

atau berbincang tentang sumber yang digunakan untuk menghasilkan

projek dan sebagainya.

c. Pemeriksaan dan penelitian hasil kerja murid selepas aktiviti

pengayaan

Guru menilai hasil kerja murid sama ada secara individu atau

berkumpulan. Hasil kerja yang dinilai boleh terdiri daripada hasil aktiviti

yang dilaksanakan di dalam bilik darjah dan aktiviti yang dilaksanakan di

luar bilik darjah. Hasil kerja dinilai berdasarkan jenis aktiviti pengayaan

yang dilaksanakan. Guru boleh menyediakan borang pemarkahan yang

mengandungi kriteria-kriteria yang ingin dinilai seperti kreativiti,

kekemasan, kesesuaian jika menilai aktiviti projek.

Jenis penilaian yang sesuai untuk menilai aktiviti pengayaan ialah

penilaian formatif, iaitu penilaian yang dibuat setiap kali aktiviti diberikan

kepada murid. Untuk aktiviti yang berbentuk projek, penilaian diberikan

selepas projek disiapkan. Penilaian boleh dilakukan oleh guru sendiri atau

mendapatkan bantuan daripada guru lain atau penilaian sesama murid itu

sendiri. Guru perlu menyediakan borang senarai semak yang

mengandungi kriteria penilaian yang sesuai dengan aktiviti yang

dijalankan. Penilaian yang diikuti oleh penghargaan daripada guru dapat

membangkitkan semangat belajar dalam kalangan murid.

163

Page 164: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

15.1.2 Penyimpanan Rekod

Keputusan penilaian yang telah dilaksanakan oleh guru semasa dan

selepas aktiviti pengayaan perlu direkodkan dan disimpan di dalam fail.

Guru boleh menyimpan rekod murid di dalam fail secara individu atau

secara kumpulan. Rekod ini penting sebagai rujukan untuk melihat

pencapaian dan hasil kreativiti murid dalam aktiviti pengayaan yang telah

dijalankan.

15.1.3 Tindakan Susulan

Guru dapat menjadikan hasil penilaian sebagai asas untuk mengadakan

tindakan susulan seperti memberikan bahan dan aktiviti yang lebih

mencabar dan menguji minda bagi murid cerdas untuk mengelakkan

mereka berasa bosan dengan aktiviti yang diberikan manakala guru juga

berperanan untuk mempertingkatkan aktiviti bagi murid yang sederhana

dan lambat jika mereka telah dapat menguasai kemahiran dengan baik

berdasarkan aktiviti pengayaan yang telah diadakan.

Kesimpulannya, guru dapat menyediakan aktiviti yang lebih sesuai dan

mencabar minda untuk setiap individu/kumpulan hasil daripada penilaian

yang telah dilaksanakan.

RUJUKAN

164

Aktiviti

a. Bincangkan kaedah penilaian yang dapat digunakan dalam

pendidikan pengayaan yang dapat membantu guru untuk meningkatkan

kualiti aktiviti pengayaan seterusnya.

b. Anda dikehendaki menyediakan fail yang mengandungi rekod

hasil penilaian aktiviti pengayaan yang telah anda laksanakan di sekolah

anda dengan memilih satu daripada kaedah penilaian yang telah

dipelajari.

Page 165: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, dan Abd. Rahim Selamat. 1997. Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur: Longman

Abdullah Sani. Y. 2003. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTSPublications & Distributor Sdn. Bhd

Boon, P.Y. dan Ragbir Kaur. 1998. Psikologi 2. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors

Chambers, J.A. 1972. College teachers: their effect on creativity of students.Journal of Educational Psychology, 65, 326-334.

Chua Yan Piaw. 2004. Perhubungan antara penumpuan perhatian ke atas pelajaran dan stail kemahiran berfikir. Tempawan: Jurnal akademik Maktab Perguruan Ilmu Khas. Jilid XXI.

Cropley, A.J. 1992. More Ways Than One: Fostering Creativity. New Jersey:Ablex Publishing Corporation

Hasan Langgulung. 1997. Kreativiti & Pendidikan : Suatu Kajian Psikologi& Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Idris, A. 2002. Analisis Wacana Pedagogi di Sekolah: Satu Kajian Kes. Laporanteknik penyelidikan SK/4/2002. Pusat Pengajian Bahasa &Linguistik.Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ikhsan, O., & Norila, M.S. 2005. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah,Aspek-aspek yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

Isaksen, S. G. 1987. Frontiers of Creativity Research Beyond the Basic. NewYork: Bearly

Jabatan Pendidikan Khas .1999a. Manual IPP3M. Kuala Lumpur

Jabatan Pendidikan Khas .1999b. Buku panduan pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas. Kuala Lumpur

Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998): Pengajian Melayu 5 dan 6. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Mayer., R. E. 1983. Cognitive views of creativity: creative teaching for creativelearning. Contemporary Educational Psychology, 14. 203-211

Mohd Azhar Abd. Hamid. 2001. Kritis dan Kreatif. Johor: UTM.

Mohd. Yusof Rahim. 1995. Kemahiran Berfikir: Kaedah dan Strategi Pengajaran. Seminar Kemahiran Berfikir Peringkat Kebangsaan, UTM-30-31, 1995,

Mok Soon Sang. 1991. Pedagogi 4- Pengujian dan Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman

165

Page 166: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: DewanBahasa & Pustaka

Shallcross, D.J. 1981. Teaching Creative Behavior: How to Teach Creativity toChildren of All Ages. New Jersey: Prentice-Hall, Inc

Toh, W.S., 2003. Student - centered Educational Beliefs &Teacher Education.Jurnal Penyelidikan MPBL, 4, 20-22.

Torrance, E. P. 1973. Creative Learning and Teaching. New York: Dodd Mead.

Torrance, E.P. 1988. The nature of creativity as manifest in its testing. In R. J.Sternberg (Ed.), The Nature of Creativity: Contemporary Psychological Perspectives (pp. 43-75). Cambridge University Press.

Yong, L.M.S. 1989. A study of creativity and its correlates among form fourpupils. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.

Young, J.G. 1999.What is creativity. Journal of Creative Behavior, 19 (2), 71-87

PANEL PENGGUBALAN MODUL

166

Page 167: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH(BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

PN. ROSAINI BT KHALID

Pensyarah,

Jabatan Pengajian Melayu

IPGM Kampus Raja Melewar

Seremban

Kelulusan:

Sarjana Linguistik UKM

B.A (Hons.) Linguistik/Sastera UM

Diploma Pendidikan -UM

Pengalaman:

Pensyarah Pengajian Melayu (25 tahun)

Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah

(7 tahun)

PN. HJH RAFIAH BT DAUD

Pensyarah,

Jabatan Pengajian Melayu,

IPGM Kampus Raja Melewar,

Seremban.

Kelulusan:

Sarjana Linguistik UKM

B.A (HONS) Peng. Melayu / Sejarah UM

Diploma Pendidikan UM

Pengalaman:

Pensyarah Pengajian Melayu ( 2 tahun)

Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah

(30 tahun)

DR MARIDAH BT HJ ALIAS

Pensyarah,

Jabatan Pengajian Melayu,

IPGM Kampus Raja Melewar,

Seremban

Kelulusan:

PhD-UPM

Sarjana Sastera-UPM

Sarjana Muda Pend. PBMP -UPM

Pengalaman:

Pensyarah Pengajian Melayu (5 tahun)

Guru Bahasa Melayu (20 tahun)

167

Page 168: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

NAMA KELAYAKAN

PN. FAIZIAH BT HJ SHAMSUDIN

Pensyarah,

Jabatan Pengajian Melayu

IPGM Kampus Raja Melewar

Seremban

Kelulusan:

M.A BM UPM

Bac. Pend. PBMP UPM

Diploma Pendidikan -UM

Pengalaman:

Pensyarah Pengajian Melayu (3 tahun)

Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah

(12 tahun)

IKON

Rehat

168

Page 169: Modul Pemulihan Bmm3106 Sem 3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

169