penyata sebelum pengalaman berasaskan sekolah sem 2 2015

19
Penyata Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Pengalaman berasaskan sekolah yang lebih dikenali sebagai PBS merupakan suatu program yang wajib dilalui oleh setiap guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Program PBS ini perlu dijalankan sebanyak empat kali apabila guru pelatih melangkah ke dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pbs iniharus dijalankan oleh guru pelatih sehingga semester empat selama satu minggu di sekolah yang berlainan. Sebelum PBS, saya dan rakan sekelas saya telah menerima satu borang untuk menentukan dan menulis alamat sekolah yang dipilih oleh kami untuk program PBS. Pensyarah menasihati supaya memilih sekolah-sekolah yang berdekatan dengan rumah atau tempat tinggal masing-masing. Hal ini memudahkan kami untuk pergi balik dari rumah ke sekolah. Jadi, kami pun memilih sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal di negeri masing-masing. Saya telah bercadang untuk memilih sekolah yang berdekatan dengan rumah saya iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Segamat. Minggu seterusnya taklimat untuk PBS telah diadakan di Dewan Hamdan IPGKTB. Para ahli dari Unit Kurikulum telah memberi penerangan tentang PBS dan juga tentang portfolio PBS yang perlu disiapkan dan dihantar pada minggu seterusnya selepas PBS. PBS kali ini berasaskan kepada . Kerja kursus tersebut berkai rapat dengan PBS. Pada masa yang sama, beliau turut memberi serba sedikit taklimat serta bimbingan terperinci tentang kerja kursus kami matapelajaran major iaitu Sejarah. Ada segelintir daripada

Upload: jananijj

Post on 01-Oct-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pbs

TRANSCRIPT

Penyata Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Pengalaman berasaskan sekolah yang lebih dikenali sebagai PBS merupakan suatu program yang wajib dilalui oleh setiap guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Program PBS ini perlu dijalankan sebanyak empat kali apabila guru pelatih melangkah ke dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pbs iniharus dijalankan oleh guru pelatih sehingga semester empat selama satu minggu di sekolah yang berlainan. Sebelum PBS, saya dan rakan sekelas saya telah menerima satu borang untuk menentukan dan menulis alamat sekolah yang dipilih oleh kami untuk program PBS. Pensyarah menasihati supaya memilih sekolah-sekolah yang berdekatan dengan rumah atau tempat tinggal masing-masing. Hal ini memudahkan kami untuk pergi balik dari rumah ke sekolah. Jadi, kami pun memilih sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal di negeri masing-masing. Saya telah bercadang untuk memilih sekolah yang berdekatan dengan rumah saya iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Segamat. Minggu seterusnya taklimat untuk PBS telah diadakan di Dewan Hamdan IPGKTB. Para ahli dari Unit Kurikulum telah memberi penerangan tentang PBS dan juga tentang portfolio PBS yang perlu disiapkan dan dihantar pada minggu seterusnya selepas PBS. PBS kali ini berasaskan kepada . Kerja kursus tersebut berkai rapat dengan PBS. Pada masa yang sama, beliau turut memberi serba sedikit taklimat serta bimbingan terperinci tentang kerja kursus kami matapelajaran major iaitu Sejarah. Ada segelintir daripada kami telah mempersoalkan kekeliruan mereka tentang PBS dan juga kerja tugasan. Pensyarah juga tanpa rasa letih dan susah memberi penjelasan yang luas mengenai PBS dan kerja kursus kepada kami supaya kami senang untuk membuat PBS dan kerja kursus dengan mudah.

Penyata Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Pada hari pertama PBS iaitu pada 22 March 2015, saya telah sampai ke sekolah pada pukul 6.55 pagi. Saya pergi sekolah lalu berjumpa dengan guru kanan kokurikulum sekolah iaitu Pn.Radha. Saya telah mengucapkan selamat pagi dan mula memperkenalkan diri saya dan tujuan datang ke sekolah. Beliau juga memperkenalkan saya kepada guru penolong kanan pentadbiran iaitu Pn.Ananthy. Beliau telah mengucapkan selamat datang dan juga membantu saya untuk menyediakan tempat duduk kepada saya. Saya telah ditempatkan di bilik mesyuarat bersama dengan dua orang kakak senior yang dating untuk membuat PBS dari IPG yang berlainan. Selepas beberapa minit, saya telah berjumpa dengan Puan Kamala iaitu guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Segamat. Tidak lama kemudian, loceng berbunyi untuk perhimpunan. Guru besar telah menyuruh saya untuk memperkenalkan diri terhadap murid-murid di tapak perhimpunan. Mula-mula saya berasa takut tetapi guru-guru lama saya menasihati saya supaya sebagai seorang guru semestinya berani. Saya berasa bersemangat lalu memperkenalkan diri saya di perhimpunan. Selepas tamatnya perhimpunan, saya telah duduk di bilik mesyuarat bersama dengan pelajar IPG lain. Saya telah mengucapkan selamat pagi kepada semua guru yang lain sebagai tanda kehormatan. Terdapat seorang guru yang pernah mengajar saya semasa saya belajar. Beliau telah memuji saya dan berasa gembira apabila melihat saya di sekolah kerana anak didiknya akan menjadi guru seperti beliau. Selepas itu, mereka telah pergi ke bilik darjah untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, guru kanan pentadbiran telah memberi jadual waktu guru yang tidak hadir ke sekolah dan beliau menyuruh saya untuk menggantikan kelas mereka. Saya juga ikut jadual waktu yang diberi oleh beliau dan memasuki beberapa kelas. Pada mulanya, saya berasa takut kerana ini merupakan kali pertama saya memasuki bilik darjah untuk mengajar murid-murid di sekolah ini. Saya telah masuk ke tahun 4 bagi mengambil matapelajaran bahasa Tamil dan muzik, bagi tahun 5 matapelajaran Muzik dan matapelajaran Pendidikan Moral bagi tahun 1. Selepas loceng sekolah berbunyi, saya telah menandatangani buku rekod untuk pulang ke rumah. saya telah pulang ke rumah pada pukul 2.00 petang.Penyata Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Pada hari kedua iaitu 24 March 2015, saya telah sampai ke sekolah pada pukul 7.00 pagi. Saya telah bersdia bertanya kebenaran kepada guru kanan pentadbiran untuk melakukan pemerhatian dalam kelas bagi matapelajaran Sejarah. Beliau membawa saya kepada ketua panitia matapelajaran sejarah dan berbincang dengannya. Selepas itu, ketua panitia matapelajaran Sejarah iaitu Cik. Marlin berkata selepas rehat dating untuk berjumpa dengan beliau. Saya telah Tanya tentang asal usul sekolah ini kepada mentor saya. Beliau telah menceritakan tentang asal usul kemunculan sekolah ini. Saya telah mendapat maklumat iaitu sekolah ini telah dimulakan pada tahun 1972 dengan usaha pengurus Ladang Voules, pihak PIBG dan juga guru besar. Guru besar pertama sekolah ini ialah En.P.Subramaniam. Beliau telah banyak memberi sumbangan kepada sekolah ini sehingga kemunculan sekolah ini dengan kerjasama banyak pihak secara langsung mahupun tidak langsung. Selepas itu, saya telah bertanya tentang pengalaman mengajar matapelajaran Sejarah mentor saya, cadangan yang dihadapi oleh beliau sepanjang bekerja di sekolah ini dan apakah tindakan atau cadangan yang mampu membaiki cabaran-cabaran yang dihadapinya. Beliau turut menceritakannya. Selain itu, saya juga berjumpa dengan guru besar sekolah untuk bertemu bual. Soalan yang sama yang saya telah bertanya kepadanya. Guru besar juga secara sponten memberitahu cabaran dan juga cadangan untuk pengubahsuaikan cabaran tersebut. Guru kanan pentadbiran iaitu Pn. Ananthy telah hantar saya untuk mengajar murid-murid tahun 4. Saya pu berasa gembiran dan bersedia untuk mengajar matapelajaran bahasa Tamil pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi. Semasa saya mengajar murid-murid tahun 4, mereka telah memberi respons yang sangat baik terhadap pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan itu. Pada pukul 10.30 hingga 11.00, saya telah mengajar matapelajaran Pendidikan Moral kepada murid-murid tahun 1. Mereka sangat berapat dengan saya. Selepas rehat, saya telah berjumpa dengan beberapa orang guru lagi untuk bergaul mesra dengan mereka. Mereka juga memberi respons yang sangat baik kepada saya. Saya sangat gembira dengan sikap-sikap guru di sekolah itu. Saya juga berjumpa dengan Encik Megalan, guru matapelajaran Sejarah bagi tahun 4. Saya berbincang dengan En.Megalan tentang proses pengajaran matapelajaran Sejarah. Selepas itu, saya telah menandatangani buku kehadiran dan pulang ke rumah pada pukul 2.00 petang.

Penyata Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 06 Ogos 2014 merupakan hari yang keempat saya di sekolah SJK)T) Ladang Voules untuk melakukan PBS. Saya telah datang ke sekolah awal sikit iaitu pada pukul 6.55 kerana pada hari ini saya hendak masuk kelas untuk menebual dengan murid tahun tiga. Pagi pukul 7.30, saya telah mengingat semula kepada guru kelas tahun tiga supaya saya hendak membuat temu bual dua orang pelajar. Jadi, beliau membenarkan dua orang murid tersebut dan menyuruh saya melakukan temu bual di perpustakaan. Saya turut membawa dua orang murud tersebut untuk melakukan tugasan kerja kursus. Saya telah menghabiskan sesi temu bual selama 15 minit di perpustakaan. Setelah enghabiskan kerja tersebut, saya telah memberitahu tugasan kerja kursus saya terhadap guru kelas tahun empat dan meminta dua orang murid untuk melakukan sesi temu bual. Jadi, saya telah masuk kelas bersama dengan guru dan menyerahkan latihan kepada mereka. Pada masa itu juga saya telah memilih dua orang pelajar tersebut unruk melakukan temu bual. Saya telah melakukan temu bual di kelas empat bersama dengan guru kelasnya. Saya telah berjaya memungut dan mengumpul maklumat yang secukupnya untuk kerja tugasan. Tetapi, saya tidak lengkap dengan tugasan PBS. Jadi, saya telah memberi tumpuan terhadap tugasan yang diberi untuk PBS. Pada hari yang sama, saya telah berjumpa dengan Guru PK 1 untuk mendapatkan bilangan guru yang bekerja di sekolah ini dan beliau turut memberitahu program-program yang dijalankan di sekolah untuk memajukan murid-murid sekolah. Seterusnya, saya telah berjumpa dengan guru-guru yang lain untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai mereka. Mereka pun tanpa rasa letih membantu saya untuk menjawab soalan-soalan saya. Selepas itu, saya telah berbual sambil membantu mentor saya untuk memotong dan tampal gambar murid-murid dalam boring peribadi murid. Setelah berbunyi, saya telah bersalam dengan mentor dan guru yang ada di bilik guru dan pulang ke rumah pada pkul 1.35 petang.

Penyata Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 26 March 2015 merupakan hari ketiga PBS saya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Segamat. Saya telah datang ke sekolah pada pukul 7.00 pagi. Setelah menandatangani buku kehadiran, saya telah berjumpa dengan guru kanan pentadbiran iaitu Pn.Ananthy untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai sekolah. Beliau juga telah memberi pelbagai informasi yang berkesan dan tepat berkenaan dengan soalan saya dengan penuh semangat. Saya telah mendapatkan meklumat-maklumat mengenai tugasan PBS saya yang telah diberikan oleh pensyarah. Selepas itu, saya telah berjumpa dengan En.Megalan untuk menerima informasi tentang matapelajaran sejarah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Segamat. Beliau juga sedikit sibuk dengan urusan lain dan beliau kata boleh jumpanya selepas pukul 12.30 tengah hari. Selepas itu, saya Tanya tentang pemerhatian kelas pada masa matapelajaran sejarah diajarkan oleh guru. En.Megalan berkata matapelajaran sejarah meripakan matapelajaran yang terakhir. Jadi, saya bersediakan bahan-bahan yang tertentu sebelum membuat pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sejarah di tahun 4. Seterusnya, saya telah berjumpa dengan mentor saya untuk memberitahu tentang kerja kursus saya. Saya juga berbual dengan beberapa orang guru di bilik guru. Kemuannya, saya dan bersama dengan guru pelatih dari IPG lain untuk bertemu dengan Pn.Kamala untuk menandatangani kehadiran kami untuk melaksanakan PBS di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Segamat. Saya telah menghabiskan tugasan PBS saya pada hari tersebut juga kerana ia merupakan hari yang terakhir di sekolah ini. Sebelum saya keluar dari sekolah ini, saya perlu menghabiskan tugasan saya. Saya telah berjumpa dengan beberapa cikgu lagi untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya tentang mereka dan juga mengenai sekolah ini. Pada hari akhir ini, saya terdapat input yang banyak mengenai program-program yang dijalankan oleh sekolah ini. Sebelum rehat saya telah menyelesaikan segala tugasan saya kerana selepas tugasan saya perlu menerima tandatangan guru besar bagi borang sahsiah dan kehadiran saya. Saya telah berjumpa dengan GPK 1 iaitu Pn.P.Lalitha untuk mendapatkan maklumat mengenai purata saiz kelas, bilangan guru, bilangan guru bersiswazah dan bukan bersiswazah, bilangan bilik darjah serta bilangan murid perempuan dan lelaki di sekolah ini. Beliau juga memberi maklumat tentang ini kepada saya untuk mengisi ruang di borang PBS. Telah beliau memberi maklumat mengenai perkara-perkara tersebut, saya telah menyerahkan borang tersebut kepada guru besar. Saya juga telah memberi pendapat dan idea saya untuk menarik minat pelajar yang lemah dalam pendidikan. Saya telah berbincang dengan guru besar tentang cara menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah mahupun di luar sekolah Seterusnya, saya bersama dengan semua guru telah dijemput jamuan Hari Raya di prasekolah oleh Cikgu. Hizazul. Saya bersama dengan guru yang lain makan bersama-sama dan berbual. Setelah loceng sekolah berbunyi, saya telah menerima borang sahsiah dan juga kehadiran. Saya telah bersalam dengan semua orang guru. Saya memang berasa sakit hati apabila berpisah dengan mereka. Mentor saya telah memberi nasihat yang berguna kepada saya apabila saya menjadi seorang guru. Saya telah tandatangan buku kehadiran dan pulang ke rumah pada pukul 2.30 petang.

Pada pukul 11.30 pagi, saya telah memasuki tahun 4 semasa matapelajaran sejarah dijalankan oleh cikgu En.Megalan. Saya telah membuat pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran dan tingkah laku murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran sejarah dijalankan serta adakah susunan bilik darjah tahun 4 sesuai untuk menjalankan aktiviti yang dirangcang oleh guru semasa matapelajaran sejarah. Setelah tamat pemerhatian saya, saya telah mengucapkan terima kasih kepada En.Megalan atas pertimbangan beliau. Pada pukul 12.40 petang, saya telah tandatangan buku kehadiran untuk pulang ke rumah. Saya telah memberi salam dengan mentor saya, guru-guru dan guru pelatih yang lain yang telah membantu saya selama empat hari di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Segamat ini.

LAPORAN AKHIR Saya telah menjalani PBS pertama saya selama lima hari iaitu bermula dari 22 March hingga 27 march 2015. Saya telah menjaya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah saya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Segamat yang terletak di Jalan Genuang, Segamat, Johor. Sepanjang saya menjalankan PBS saya di sekolah tersebut, saya telah mendapat suatu peluang yang baik dan mulia untuk memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan dan juga ilmu-ilmu asas guru di sekolah. Daripada kelima-lima hari tersebut di sekolah, saya telah mempelajari pelbagai nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh seseorang guru semasa menjalankan tugas mereka. Nilai yang utama yang perlu dipegang oleh guru adalah nilai tanggungjawab. Sebagai seorang guru seharusnya mempunyai nilai tanggungjawab dalam melaksanakan tugasan mereka iaitu mendidik untuk melahirkan anak didik yang berkualiti, berilmu pengetahuan tinggi serta modal insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu, sepanjang saya berada di sekolah tersebut, guru-guru yang lain telah memberi dorongan dan tunjuk-ajar yang begitu baik kepada kita supaya menjadi seorang guru yang berwibawa. Ada segelintir guru yang berusaha untuk mendidik anak muridnya dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, guru-guru di sekolah SJK(T) Bandar Segamat gemar menggunakan bahan bantu mengajar seperti latihan, nota, artikel, alat rakaman dan sebagainya untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid. Saya faham bahawa kaedah ini sangat efektif bagi setiap tahap murid termasuklah murid pandai dan juga sederhana. Selain. BBM, guru perlu memegang pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, murid-murid di sekolah SJK(T) Bandar Segamat gemar belajar apabila guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan ICT iaitu teknologi maklumat dan komunikasi. Dari sinilah, saya telah mempelajari tentang pelbagai kaedah yang perlu digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, sepanjang masa saya berada di sekolah, saya telah belajar tentang menghargai masa. Ada peribahasa masa itu emas. Peribahasa tersebut seratus peratus benar. Hal ini demikian kerana guru-guru di sekolah tersebut tidak pernah masuk lambat kelas. Sebelum habis sesuatu kelas, guru yang seterudnya akan bersedia dan berdiri di luar kelas. Bukan itu sahaja, guru-guru di sekolah ini sampai ke sekolah dengan masa yang bertepatan. Peraturan sekolah ini adalah guru-guru perlu berada di sekolah sebelum pukul 7.15 pagi. Tetapi sepanjang saya berada di sekolah tersebut, tidak ada seorang guru pun yang lambat datang sekolah. Jadi, saya fahami setiap guru perlu menjalankan tugas mereka dengan masa yang berpatutan dan tepat pada masa. Tambahan pula, sepanjang saya berada sekolah SJK(T) Bandar Segamat, dari pandangan saya setiap guru memegang kemahiran berkomunikasi yang begiu lancar dengan guru-guru yang lain. Sama juga dengan murid-murid di sekolah tersebut. Murid-murid juga begitu mahir dalam berinteraksi sosial. Mereka sangat bersopan-santun, hormat-menghormati dan bertutur dengan lemah-lembut terhadap setiap warga sekolah termasuk kakitangan sekolah. Akhir kata, daripada PBS ini selama seminggu di sekolah tersebut telah mendapat banyak input mengenai perilaku seorang guru, pengurusan bilik darjah, pengurusan masa, interaksi sosial dan sebagainya. Saya berharap bahawa maklumat-maklumat yang diperoleh melalui PBS ini sangat berguna dan saya juga berusaha untuk mengamalkan input-input ini apabila saya menjadi seorang guru di sekolah.

Temu BualSaya telah mengadakan sesi temu bual selama kelima-lima hari dengan setiap empat belas guru yang bekerja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Segamat. Saya telah bermula bertemu bual mereka dengan bertanya pengalaman mengajar guru-guru di sekolah yang berlainan. Selain itu, saya telah bertanya soalan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru semasa mereka berada di sekolah atau pun semasa mereka datang ke sekolah ini untuk bertugas. Mereka turut memberitahu cabaran-cabaran yang mereka telah menghadapi. Guru besar juga menhadapi cabaran seperti kehadiran murid-murid sangat merisaukan. Hal ini kerana apabila sesi sekolah bertukar daripada hari isnin ke hari ahad, mereka tidak minat untuk menghadirkan diri ke sekolah. Walau bagaimanapun, murid-murid yang belajar di sekolah ini merupakan murid-murid yang memiliki pendidikan yang sangat tinggi. Hal ini mengembirakan guru besar sekolah. Ini menyebabkan sekolah Bandar Segamat ini menjadi salah satu sekolah harapan dalam kalangan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di peringkat Johor. Sekolah ini juga merupakan sekolah harapan abad ke-21. Di samping itu, saya juga telah meneruskan temu bual saya dengan bertanya tentang tajuk tugasan saya. Saya telah bertanya tentang respons murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sejarah juga telah memberitahu banyak informasi yang berkaitan dengan soalan tugasan saya. Akhir sekali, saya telah bertanya tentang cadangan mereka untuk memperkembangkan minat murid-murid dalam matapelajaran sejarah. Murid-murid sangat berminat belajar matapelajaran sejarah jika guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan. Murid-murid suka belajar secara berkumpulan semasa matapelajaran Sejarah yang diajarkan oleh guru tidak kira tahun 4 atau tahun 5.

Temu bualDalam temu bual ini, saya telah memilih dua orang murid yang pandai dan sederhana dari tahap satu dan juga dari tahap dua. Saya memulakan temu bual saya dengan latar belakang mereka. Mereka juga memberi respon yang begitu baik dengan saya Selain itu, saya telah mengedarkan tiga artikel yang berlainan bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Tamil untuk menguji perkembangan bahasa mereka. Mereka turut mendengar arahan saya dan mengikutnya. Di samping itu, saya telah mengedarkan latihan uji minda kepada mereka dalam tiga bahasa seperti uji perkembangan bahasa. Saya telah memberi latihan untuk menguji perkembangan kognitif mereka dalam bidang pembelajaran Apabila saya bertemu bual dengan mereka, saya telah memehami iaitu kedua-dua sederhana murid dari tahap satu dan dua telah mengalami masalah dari segi pertuturan dalam bahasa Melayu dan juga dalam bahasa Inggeris.Tetapi, kedua-dua murid cemerlang tersebut membaca dengan lancar dalam semua bahasa.

PemerhatianGuru besar mengatakan bahawa pemerhatian daripada setiap ibu bapa mampu mengembangkan minat membaca dan kegemaran anak-anak untuk hadir ke sekolah. Selain guru, ibu bapalah seharusnya membuat pemerhatian terhadap anak-anak mereka untuk menjadi seorang yang berilmu pekerti. Selain itu, jika sesuatu aktiviti hendak berjaya, maka kerjasama, sokongan, bimbingan dan bantuan semua pihak amat menitikberatkan. Contohnya, mesyuarat PIBG yang dijalankan di sekolah akan mampu mengembangkan potensi sekolah dan murid-murid sekolah. Tanpa kerjasama dan sokongan semua pihak, sesuatu rancangan tidak boleh dijayakan dengan sempurna. Tambahan pula, sesebuah sekolah perlu dilengkapi dengan prasarana yang lengkap. Kemudahan-kemudahan asas ini akan membantu guru untuk mendidik anak murid. Murid-murid juga gemar belajar sekiranya bahan yang diperukan telah disediakan oleh pihak sekolah. Guru seharusnya menghayati objektif da nisi kandungan dalam sukatan pelajaran sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh menggunakan kaedah mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

PemerhatianSaya telah membuat pemerhatian semasa guru lain menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya telah memerhatikan murid dari segi tingkah laku mereka dan Apabila matapelajaran bahasa Melayu dijalankan semua murid dikehendaki untuk berbual menggunakan bahasa Melayu terhadap guru dan raan-rakan sekelas. Bukan itu sahaja, minggu pertama adalah minggu bahasa Melayu di sekolah yang saya melakukan PBS. Pada minggu tersebut semua murid perlu bercakap dengan kawan-kawan, guru dan kakitangan sekolah dengan menggunakan bahasa Melayu semasa rehat,duduk di kantin dan sebagainya. Selain itu, saya juga memerhatikan murid-murid semasa mereka melakukan aktiviti berkumpulan semasa matapelajaran sejarah dijalankan oleh Pn.P.Letchumi. Semasa mereka diagihkan dalam kumpulan, mereka berkemampuan untuk berkongsi dan juga dapat mengeluarkan idea yang bernas.